perkembangan perusahaan bijih timah di tanah melayu

Upload: engkamop

Post on 30-May-2018

281 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/9/2019 Perkembangan Perusahaan Bijih Timah di Tanah Melayu

    1/36

    PerkembanganPerusahaan

    Bijih Timah di TanahMelayu

  • 8/9/2019 Perkembangan Perusahaan Bijih Timah di Tanah Melayu

    2/36

  • 8/9/2019 Perkembangan Perusahaan Bijih Timah di Tanah Melayu

    3/36

    Pengenalan

    Perusahaan bijih timah dijalankan oleh orang

    Melayu berabad-abad lamanya sebelum abad

    ke-19.

    Dipercayai sejak abad ke-9, perusahaan ini

    dijalankan secara kecil-kecilan sebagai

    pekerjaan sambilan dengan menggunakan

    teknologi kuno terutamanya mendulang.

    Orang Melayu menguasai perusahaan bijih

    timah sehingga tahun 1830-an.

  • 8/9/2019 Perkembangan Perusahaan Bijih Timah di Tanah Melayu

    4/36

  • 8/9/2019 Perkembangan Perusahaan Bijih Timah di Tanah Melayu

    5/36

    Sejak tahun 1840, pembesar-pembesar

    Melayu seperti Long Jaafar dan NgahIbrahim (Larut), Dato Kelana (SungaiUjong), Raja Abdullah (Kelang) telahmembawa masuk orang Cina dari Negeri-

    negeriSelat untuk mengerjakan lombongbijih timah mereka.

    Sejak itu, perusahaan bijih timah dikuasaioleh orang Cina.

    Serentak dengan penglibatan orang-orang Cina, berlaku perkembanganperusahaan bijih timah di Tanah Melayu.

  • 8/9/2019 Perkembangan Perusahaan Bijih Timah di Tanah Melayu

    6/36

  • 8/9/2019 Perkembangan Perusahaan Bijih Timah di Tanah Melayu

    7/36

    Faktor-faktorperkembangan

    perusahaan

    bijih timah

  • 8/9/2019 Perkembangan Perusahaan Bijih Timah di Tanah Melayu

    8/36

    Bijih timah mula dilombong oleh pelombong Melayu pada pertengahan abad ke-18

  • 8/9/2019 Perkembangan Perusahaan Bijih Timah di Tanah Melayu

    9/36

    1. Revolusi perusahaan

    Perkembangan Revolusi Perusahaan sejak

    awal abad ke-19 telah menyebabkan

    permintaan bijih timah oleh industri di Eropah

    dan AmerikaSyarikat meningkat lebih-lebihlagi selepas terciptanya teknologi mengetin

    makanan oleh Peter Durar dan Nicholas Appot

    pada tahun 1810.

    Permintaan bijih timah juga meningkat akibatberlakunya PerangSaudara Amerika pada

    tahun 1860-an.

  • 8/9/2019 Perkembangan Perusahaan Bijih Timah di Tanah Melayu

    10/36

    Bijih timah diperlukan untuk mengetin makanan

    tentera yang terlibat dalam peperangan.

    Permintaan yang bertambah menyebabkan harga

    bijih timah meningkat kepada lebih 7 pada

    tahun 1872.

    Harga yang meningkat telah menggalakkanpengeluaran bijih timah di Tanah Melayu.

    Permintaan terhadap bijih timah juga meningkat

    kerana bijih timah mempunyai kualiti tertentu

    yang tidak terdapat pada logam-logam lain. Apabila bijih timah dicampurkan dengan logam

    lain, ini akan menambahkan kegunaan logam

    tersebut.

  • 8/9/2019 Perkembangan Perusahaan Bijih Timah di Tanah Melayu

    11/36

    2.Campur tangan British

    Campur tangn British danperlaksanaanSistem Residen sejak

    tahun 1874 di negeri-negeri yang kayadengan bijih timah iaitu Perak danSelangor telah menamatkankekacauan seperti pergaduhan antarapembesar, pergaduhan antarapelombong Cina, ancaman lanun dansebagainya.

  • 8/9/2019 Perkembangan Perusahaan Bijih Timah di Tanah Melayu

    12/36

    Keamanan dan peraturan yang wujud

    serta kestabilan politik telahmembolehkan kegiatan

    perlombongan bijih timah dijalankan

    tanpa gangguan. Selain itu,keadaan ini telah menarik

    pelabur-pelabur sama ada dari Tanah

    Melayu atau dari seberang laut untukmenambah modaldalam perusahaan

    bijih timah di TanahMelayu.

  • 8/9/2019 Perkembangan Perusahaan Bijih Timah di Tanah Melayu

    13/36

    3.Penubuhan Negeri-negeri

    Melayu Bersekutu 1896

    Penubuhan Negeri-negeri Melayu

    Bersekutu 1896

    yang

    menggabungkanPerak, Selangor,Negeri Sembilandan

    Pahangtelah berjaya mewujudkan

    keseragaman dalam Undang-undang

    Tanah, cukai dan sebagainya di negeri-

    negeri tersebut

  • 8/9/2019 Perkembangan Perusahaan Bijih Timah di Tanah Melayu

    14/36

    Keseragaman dan kecekapan dalam

    pentadbiran, keamanan sertakestabilan akibat penubuhanpersekutuan tersebut telah

    membolehkan kegiatanperlombongan bijih timah dijalankandengan lebih giat.

    Penubuhan Negeri-negeri Melayu

    Bersekutu juga telah menarik ramaipelabur terutama dari Eropah untukmenanam modal di Tanah Melayu.

  • 8/9/2019 Perkembangan Perusahaan Bijih Timah di Tanah Melayu

    15/36

    4. Sistem perhubungan

    Pembinaan sistem perhubungan jalan raya dankeretapi telah memudahkan pengangkutan bijihtimah dari kawasan perlombongan ke pelabuhanutama untuk dieksport.

    Jalan keretapi pertama dibina pada tahun 1885untuk menghubungkan Taiping dengan PortWeld, 1886 Kuala Lumpur Kelang, 1891 PortDickson Seremban, 1893 Ipoh Teluk Anson.

    Menjelang 1903, terdapat jalan keretapimenghubungkan Perai ke Seremban dandisambungkan ke Johor Bahru pada tahun 1909.Pada tahun 1911, sudah terdapat jalan raya dariPerai ke Singapura.

  • 8/9/2019 Perkembangan Perusahaan Bijih Timah di Tanah Melayu

    16/36

    5. Penubuhan bandar

    Penubuhan bandar-bandar di kawasanperlombongan bijih timah telah menyediakanpelbagai kemudahan seperti pejabat kerajaan,klinik, sekolah dan sebagainya.

    Kemudahan-kemudahan ini telah memberikankebaikan kepada penduduk di kawasan yangterlibat di kawasan perlombongan.

    Contohnya, kemudahan kesihatan yang

    disediakan dapat menjamin kesihatan pekerja-pekerja dan membolehkan kegiatanperlombongan bijih timah dapat dijalankan tanpagangguan.

  • 8/9/2019 Perkembangan Perusahaan Bijih Timah di Tanah Melayu

    17/36

    6.Kilang melebur bijih timah

    Pada tahun 1890-an, kilang meleburbijih timah telah didirikan di PulauPinang dan Singapura.

    Pembinaan kilang ini menyebabkanbijih timah tidak perlu dihantar keEropah untuk dileburkan.

    Bijih timah dapat dilebur diTanahMelayu dan dieksport ke Eropah danAmerika dalam bentuk jongkong.

  • 8/9/2019 Perkembangan Perusahaan Bijih Timah di Tanah Melayu

    18/36

    7.Kapal korek

    Pengenalan kapal korek sejak 1912 telahmemberikan sumbangan dalamperusahaan bijih timah di Tanah Melayu.

    Penggunaan kapal korek telahmenambahkan pengeluaran bijih timahkerana kapal korek dapat digunakan di

    kawasan yang teknik-teknik lain tidakdapat digunakan terutamanya kawasanberpaya.

  • 8/9/2019 Perkembangan Perusahaan Bijih Timah di Tanah Melayu

    19/36

    KAPAL KOREK

  • 8/9/2019 Perkembangan Perusahaan Bijih Timah di Tanah Melayu

    20/36

    Pada peringkat awal, kapal korekhanya mampu dimiliki oleh pemodalEropah kerana harganya mahal.

    Kapal korek yang pertamadigunakan dengan jayanya padatahun 1912 oleh Malayan TinTrading, Batu Gajah (Perak).

    Menjelang tahun 1929 terdapat 105buah kapal korek di Tanah Melayu.

  • 8/9/2019 Perkembangan Perusahaan Bijih Timah di Tanah Melayu

    21/36

    8.Dasar British yang liberal

    Dasar Britishyangliberalterhadap kemasukan

    imigran-imigran juga memberikan sumbangan

    terhadap perusahaan bijih timah.

    Britishbukan sahaja tidak menyekat kemasukanimigran malah menggalakkan lagi kedatangan

    mereka.

    Buktinya,Britishtelah menandatangani

    perjanjian dengan pemilik kapal dan saudagar-saudagar Cina bahawa Britishakan memberikan

    subsidi sebanyak $5terhadap setiap imigran

    Cina yangdibawa masuk ke TanahMelayu.

  • 8/9/2019 Perkembangan Perusahaan Bijih Timah di Tanah Melayu

    22/36

    Untuk menggalakkan kedatangan orang Cina,

    British menyediakan pelbagai kemudahan. Pada tahun 1877, Jabatan Perlindungan

    Orang-orang Cina telah ditubuhkan bagi

    mengurus hal-ehwal orang Cina terutamanya

    yang berkaitan dengan kemasukan,pekerjaan, perlindungan dan sebagainya.

    Untuk mendapat keyakinan orang Cina,

    Jabatan Perlindungan Orang-orang Cina

    diketuai oleh W.A. Pickering yang dapatbertutur dalam 4 jenis dialek Cina.

  • 8/9/2019 Perkembangan Perusahaan Bijih Timah di Tanah Melayu

    23/36

    9.Bantuan modal

    Pelombong-pelombong Cina bukan sahaja

    mendapat bantuan modal daripada saudagar

    Negeri-negeriSelat, tetapi juga daripada

    pihak British. Contohnya, pada tahun 1883, Frank

    Swettenham telah memberikan pinjaman

    sebanyak $52 000 kepada pelombong Cina di

    Selangor dan pada tahun 1890, Maxwell telahmemberikan pinjaman sebanyak $57 000

    kepada pelombong Cina di Perak.

  • 8/9/2019 Perkembangan Perusahaan Bijih Timah di Tanah Melayu

    24/36

    10. Sistem ekonomi orang Cina

    Perkembangan perusahaan bijih timah di TanahMelayu berkait rapat dengan kejayaan sistemekonomi orang Cina.

    Dalam sistem ekonomi orang Cina terdapat 4aspek penting yang memberikan sumbangankepada perkembangan perusahaan bijih timah,iaitu tenaga buruh, teknik peleburan, modal danpengusaha.

    Tenaga buruh didapati dengan mudah dan murahhasil daripada usaha-usaha mereka untukmembawa imigran-imigran Cina dariSelatan Cinaterutama dari Kwantung, Kwangsi, Fukkien

  • 8/9/2019 Perkembangan Perusahaan Bijih Timah di Tanah Melayu

    25/36

    Terdapat antara buruh ini yang sudahmempunyai pengalaman dalamkegiatan perlombongan di negaramereka.

    Merekalah yang kemudiannya menjadi

    tenaga mahir dan separuh mahir dalamperlombongan bijih timah di TanahMelayu.

    Orang Cina juga telah memperkenalkanteknik-teknik melombong yang lebihbaik daripada orang Melayu.

  • 8/9/2019 Perkembangan Perusahaan Bijih Timah di Tanah Melayu

    26/36

    Antara teknik tersebut ialah lombong dedah,

    enjin wap, pam berantai dan lain-lain. Orang-orang Cina juga telah

    memperkenalkan teknik roda air yang dapatmengelakkan banjir di kawasan

    perlombongan. Saudagar-saudagar Cina di Negeri-negeriSelat pula telah memberikan sumbanganmodal bagi menjalankan perusahaan bijih

    timah di Negeri-negeri Melayu. Selain itu, terdapat pengusaha-pengusaha

    yang berkebolehan dalam menjalankanperlombongan bijih timah di Tanah Melayu.

  • 8/9/2019 Perkembangan Perusahaan Bijih Timah di Tanah Melayu

    27/36

    11.Kanun Galian 1896

    Kanun Galian 1896 meletakkan hal ehwalperlombongan bijih timah di bawah 2 orangpenguasa galian persekutuan.

    Di bawah mereka terdapat merinyu-merinyu

    yang ditugaskan untuk melicinkan kegiatanperlombongan bijih timah seperti mengeluarkanlesen dan menentukan kawasan perlombongan.

    Pada tahun 1893, seorang ahli kaji bumi telah

    dilantik untuk menjalankan kerja-kerja saintifikyang berkaitan dengan perlombongan bijih timahterutamanya bagi menentukan kawasan-kawasan yang kaya dengan bijih timah.

  • 8/9/2019 Perkembangan Perusahaan Bijih Timah di Tanah Melayu

    28/36

    12.Perang Dunia Pertama

    Perang Dunia Pertama yang meletus di

    Eropah pada tahun 1914 hingga 1918 juga

    memberikan sumbangan kepada perusahaan

    bijih timah di Tanah Melayu. Peperangan tersebut menyebabkan

    permintaan bijih timah meningkat kerana

    diperlukan untuk mengetin makanan tentera

    yang terlibat dalam peperangan dan untukmembuat senjata.

  • 8/9/2019 Perkembangan Perusahaan Bijih Timah di Tanah Melayu

    29/36

    13.Undang-undang Tanah yang liberal

    Undang-undang Tanah yang liberal telah

    membolehkan pengusaha-pengusaha asing

    memiliki tanah untuk menjalankan

    perlombongan bijih timah. British berjaya menghapuskan hak pemilikan

    tanah oleh pembesar.

    Tanah menjadi hak kerajaan dan sesiapa

    sahaja dibenarkan memohon untukmendapatkan tanah terutamanya bagi

    menjalankan perusahaan bijih timah.

  • 8/9/2019 Perkembangan Perusahaan Bijih Timah di Tanah Melayu

    30/36

    14.Sistem pengukuran

    Sistem pengukuran tanah yang

    tepat dan hak milik yangjelas

    telah menamatkan pertikaianmerebut tanah terutamanya

    tanah perlombongan.

    Ini membolehkan kegiatanperlombongan bijih timah dapat

    dijalankan tanpa gangguan.

  • 8/9/2019 Perkembangan Perusahaan Bijih Timah di Tanah Melayu

    31/36

    15.Pembukaan Terusan Suez 1869

    Pembukaan Terusan Suez 1869telah memendekkan perjalanan laut

    dari Eropah ke Tanah Melayu. Keadaan ini menarik ramai pelabur

    Eropah untuk datang ke Tanah

    Melayu dan melabur dalamperusahaan bijih timah.

  • 8/9/2019 Perkembangan Perusahaan Bijih Timah di Tanah Melayu

    32/36

    16.Penglibatan firma Eropah Penglibatan firma-firma Eropah telah memajukan

    lagi perusahaan bijih timah di Tanah Melayu.

    Kekuatan modal mereka membolehkan lebih banyaklombong bijih timah dibuka.

    Antara firma itu ialah Syarikat Peterson and Simons,Syarikat Bijih Timah Sungai Ujong dan Syarikat BijihTimah Selangor, Syarikat Tin Trading dansebagainya.

    Selain itu, terdapat juga firma kuasa Barat lain yangmenjalankan kegiatan perlombongan bijih timah di

    Tanah Melayu. Sebagai contoh, firma Perancis yang menjalankan

    perlombongan bijih timah di Tapah Do Societe desMines dEtains.

  • 8/9/2019 Perkembangan Perusahaan Bijih Timah di Tanah Melayu

    33/36

    17.Dasar Kerajaan British

    Dasar Kerajaan British di Tanah Melayu dan diEngland memberikan sumbangan kepadaperkembangan perusahaan bijih timah di TanahMelayu.

    Untuk menggalakkan eksport, Kerajaan British diTanah Melayu telah mengurangkan cukai eksportke atas bijih timah.

    Kerajaan British juga berjaya menghalangpembesar-pembesar mengenakan cukai ke atas

    bijih timah yang dibawa melalui kawasan mereka. Kerajaan British di England pula menghapuskan

    cukai import ke atas bijih timah pada tahun 1823.

  • 8/9/2019 Perkembangan Perusahaan Bijih Timah di Tanah Melayu

    34/36

    Kesimpulan

    Mulai pertengahan abad ke-19, perusahaan

    bijih timah di Tanah Melayu telah berkembang

    dengan pesat.

    Menjelang tahun 1883, Semenanjung TanahMelayu merupakan pengeluar bijih timah

    yang terbesar di dunia.

    Hasil daripada perusahaan bijih timah

    membolehkan British memodenkan TanahMelayu.

  • 8/9/2019 Perkembangan Perusahaan Bijih Timah di Tanah Melayu

    35/36

    Jelaskan faktor-faktor yangMempengaruhi perkembangan

    perusahaan bijih timah di

    Negeri-negeri Melayu dari tahun1840-an hingga 1920-an.

    [STPM 2004]

  • 8/9/2019 Perkembangan Perusahaan Bijih Timah di Tanah Melayu

    36/36

    Bincangkan perkembanganperusahaan bijih timah di

    Tanah Melayu hingga tahun

    1941.

    [STPM 2007]