kemerdekaan tanah melayu

21
Kemerdekaan Negara 31 Ogos 1957 LATAR BELAKANG KEMERDEKAAN MALAYSIA Pada tahun 1946, Inggeris kembali berkuasa di Tanah Melayu setelah Jepun menyerah kalah dan mengundurkan tenteranya. Namun rakyat menolak penjajahan Inggeris kerana corak penjajahan Jepun yang zalim dan kejam begitu menghantui. Inggeris telah mengatur rancangan membentuk Malayan Union di Tanah Melayu. Sir Edward Gent, telah dihantar untuk menerajui Malayan Union yang pertama. Beliau telah mengangkat sumpah untuk jawatan tersebut di Kuala Lumpur. Rakyat menolak penubuhan Malayan Union malah juga ditentang oleh Raja-raja Melayu. Raja-raja Melayu dan rakyat tempatan mula menentang upacara itu dan berkabung selama satu minggu dengan melilit kain putih di songkok masing-masing seperti yang dipetik dalam akhbar Majlis di mana akhbar ini menyeru orang Melayu menentang Malayan Union dan berusaha mewujudkan sebuah kerajaan Tanah Melayu yang merdeka dan berdaulatnyang ditadbir oleh anak tempatan Pada tahun 1946, Datuk Onn Jaafar telah menubuhkan satu kongres bagi semua kumpulan dan pertubuhan politik Melayu di Tanah Melayu. Kongres ini telah diadakan di Kuala Lumpur Mukasurat 1 drp 21

Upload: azrika89

Post on 30-Jun-2015

436 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kemerdekaan Tanah Melayu

Kemerdekaan Negara 31 Ogos 1957

LATAR BELAKANG KEMERDEKAAN MALAYSIA

Pada tahun 1946, Inggeris kembali berkuasa di Tanah Melayu

setelah Jepun menyerah kalah dan mengundurkan tenteranya. Namun

rakyat menolak penjajahan Inggeris kerana corak penjajahan Jepun

yang zalim dan kejam begitu menghantui.

Inggeris telah mengatur rancangan membentuk Malayan Union

di Tanah Melayu. Sir Edward Gent, telah dihantar untuk menerajui

Malayan Union yang pertama. Beliau telah mengangkat sumpah untuk

jawatan tersebut di Kuala Lumpur. Rakyat menolak penubuhan

Malayan Union malah juga ditentang oleh Raja-raja Melayu. Raja-raja

Melayu dan rakyat tempatan mula menentang upacara itu dan

berkabung selama satu minggu dengan melilit kain putih di songkok

masing-masing seperti yang dipetik dalam akhbar Majlis di mana

akhbar ini menyeru orang Melayu menentang Malayan Union dan

berusaha mewujudkan sebuah kerajaan Tanah Melayu yang merdeka

dan berdaulatnyang ditadbir oleh anak tempatan

Pada tahun 1946, Datuk Onn Jaafar telah menubuhkan satu

kongres bagi semua kumpulan dan pertubuhan politik Melayu di Tanah

Melayu. Kongres ini telah diadakan di Kuala Lumpur pada Mac 1946.

Dalam kongres tersebut, satu kata sepakat telah dicapai bagi

membentuk sebuah parti politik sebagai wakil seluruh orang-orang

Melayu di Semenanjung. Hasilnya Pertubuhan Kebangsaan Melayu

Bersatu (PEKEMBAR) atau United Malays Nations Organization (UMNO)

telah dibentuk. Bermula dari situ satu usaha ke arah memperjuangkan

kemerdekaan Malaya telah tercetus dan akhirnya ke arah

Mukasurat 1 drp 17

Page 2: Kemerdekaan Tanah Melayu

Kemerdekaan Negara 31 Ogos 1957

pembentukan negara

Malaysia. Dengan beberapa barisan pejuang yang berjiwa kental yang

antaranya terdiri dari Datuk Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Tun

Abdul Razak, dan Tun Hussein Onn, maka pada 31 Ogos 1957 negara

tercinta Malaysia telah menyaksikan satu detik bersejarah dengan

penurunan bendera Union Jack di hadapan Bangunan Sultan Abdul

Samad sebagai tanda berakhirnya sebuah penjajahan British di Tanah

Melayu.

31 OGOS 1957

PENGISYTIHARAN KEMERDEKAAN PERSEKUTUAN TANAH

MELAYU

Tanah Melayu telah menerima pengisytiharan kemerdekaannya

tepat pada detik pertama pukul 12.00 tengah malam di Padang Kelab

Selangor, Kuala Lumpur, bagi menandakan lahirnya sebuah negara

baru yang berdaulat, setaraf dan setimpal dengan semua negara-

negara yang berdaulat di dunia. Laungan "MERDEKA" sebanyak tujuh

kali telah dilaksanakan oleh Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri

Persekutuan Tanah Melayu yang pertama keesokan harinya tepat 9.30

pagi di hadapan 20 ribu rakyat Persekutuan Tanah Melayu dan Raja-

rajanya serta perwakilan dari 30 negara-negara Komanwel dan negara-

negara asing lainnya, di Stadium Merdeka Kuala Lumpur.

Mukasurat 2 drp 17

Page 3: Kemerdekaan Tanah Melayu

Kemerdekaan Negara 31 Ogos 1957

PERDANA MENTERI PERTAMA

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Abdul Hamid

Shah

(1903 - 1990)

BAPA KEMERDEKAAN

Perdana Menteri Malaysia pertama dari 31 Ogos 1957 hingga 21

September 1970. Laungan Merdeka! Merdeka! Merdeka! oleh Tunku

Abdul Rahman Putra Al-Haj bergema di seluruh pelusuk Persekutuan

Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Negara tidak dijajah lagi.

Bermulalah demokrasi berparlimen di

mana Seri Yang di-Pertuan Agong,

Tuanku Abdul Rahman dilantik sebagai

Agong yang pertama. Gabungan parti

politik yang mewakili tiga bangsa

majoriti negara; Melayu, Cina dan India

di bawah Parti Perikatan berjaya

membawa perubahan dan menjadi asas

perpaduan hingga ke hari ini. 16

September 1963, Malaysia ditubuhkan

dan perancangan pembangunan negara

bermula demi kesejahteraan rakyat.

Mukasurat 3 drp 17

Page 4: Kemerdekaan Tanah Melayu

Kemerdekaan Negara 31 Ogos 1957

Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj

Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj lahir pada 8 Februari 1903 di

Alor Star, Kedah. Ayahanda beliau, Sultan Abdul Hamid Halim Shah

adalah Sultan Kedah yang ke-24 dan bonda beliau, Cik Menyalara,

adalah anak kepada Luang Naraborirak (Kleb), seorang pegawai

daerah dalam kerajaan Thai ketika pemerintahan Raja Rama V.Semasa

kecilnya, putera raja ini suka mencuri keluar daripada kawasan istana.

Beliau suka bergaul dengan orang kebanyakan dari semua peringkat

masyarakat. Beliau telah mulakan persekolahan di Sekolah Rendah

Melayu, kemudian ke English Medium School di Alor Star, dan mengaji

Quran di sebelah petang, sebelum dihantar bersama tiga orang

kakandanya ke Debsirindir School di Bangkok pada 1913. Pada 1916,

beliau pulang ke Kedah dan memasuki Penang Free School.

Kemudian, Tunku Abdul Rahman menerima biasiswa kerajaan

negeri untuk belajar di Universiti Cambridge, England. Tunku

menerima Ijazah Bachelor of Arts pada 1925 dan kemudian

meneruskan pendidikan di sekolah undang-undang di Inner Temple.

Enam tahun kemudian Tunku pulang tanpa menamatkan pelajarannya.

Mukasurat 4 drp 17

Page 5: Kemerdekaan Tanah Melayu

Kemerdekaan Negara 31 Ogos 1957

Tunku pernah bekerja di dalam

perkhidmatan awam Kedah dan pernah

dilantik sebagai Pegawai Daerah Kulim dan

Sungai Petani. Pada 1947, Tunku berangkat

semula ke England untuk menyambung

pengajian undang-undang dan akhirnya

dipanggil ke bar di Inner Temple ketika

usianya 45 pada tahun 1948.

Di London pada "zaman sekolah kali kedua" inilah Tunku

bertemu dengan Abdul Razak Hussein (kemudiannya Datuk dan Tun).

Pada masa itu Tunku adalah Presiden Persatuan Melayu Great Britain

and Abdul Razak yang berumur 26 pada masa itu, merupakan

setiausahanya. Pada 1949, beliau pulang ke Tanah Melayu.

Kepulangan itu ternyata bukan merupakan akhiran sebuah perjalanan

tetapi permulaan satu kehidupan yang baru. Pada mulanya, beliau

dihantar ke pejabat Pegawai Undang-undang di Alor Star. Kemudian

beliau memohon untuk bertukar ke Kuala Lumpur. Di Kuala Lumpur,

Tunku menjadi Timbalan Pendakwa Raya, walaupun menerima gaji

yang sama seperti di Alor Star, tetapi mendapat elaun bulanan

sebanyak RM150. Kemudian, beliau dilantik sebagai Presiden

Mahkamah Sesi. 

Pada masa itu, semangat kebangsaan sedang marak di kalangan

orang-orang Melayu, dengan Datuk Onn Jaafar mengetuai Umno dalam

perjuangan menentang Malayan Union tajaan Britain. Pada Ogos 1951,

kemelut mula terserlah dalam kepimpinan Umno. Krisis dalaman ini

akhirnya telah menyebabkan Datuk Onn meletak jawatan sebagai

presiden parti pada Oktober pada tahun itu. Ketika itu, rata-rata orang

Mukasurat 5 drp 17

Page 6: Kemerdekaan Tanah Melayu

Kemerdekaan Negara 31 Ogos 1957

Melayu mengharapkan kepimpinan Tunku Abdul Rahman untuk

menggantikan Datuk Onn. Tunku yang bersetuju mengambil alih

tampuk pimpinan Umno akhirnya memegang jawatan itu selama 20

tahun. Pada tahun-tahun pertama Tunku memimpin Umno, salah satu

tugas utama beliau adalah untuk menyatukan semua kaum utama di

Tanah Melayu dan mencapai satu persetujuan dalam isu-isu

bersangkutan perjuangan untuk menuntut kemerdekaan.

Pada awal 1952, satu pilihanraya kecil telah diadakan di majlis

perbandaran Kuala Lumpur, di mana Umno dan Persatuan Cina (MCA)

yang baru ditubuhkan bersetuju untuk tidak bertanding menentang

satu sama lain.

Hasil daripada persefahaman ini, lahirlah perikatan UMNO-MCA,

dan kedua-dua pihak telah muncul sebagai pemenang. Seterusnya

pada 1955, Parti Perikatan ini telah disertai oleh Kongres India Se-

Tanah Melayu (MIC) yang mewakili komuniti India. Hasilnya,

merupakan satu perkongsian kuasa yang sangat kukuh dan mewakili

majoriti besar rakyat Tanah Melayu. Banyak isu yang sebelum ini sukar

untuk diselesaikan telah menjadi jelas dan hanya memerlukan

perbincangan biasa untuk mencapai kata sepakat.

Mukasurat 6 drp 17

Page 7: Kemerdekaan Tanah Melayu

Kemerdekaan Negara 31 Ogos 1957

Pada 1954, Tunku telah mengetuai satu rombongan ke England untuk

berbincang bagi menuntut kemerdekaan bagi Tanah Melayu, tetapi

kunjungan itu tidak berhasil. Pada tahun berikutnya, pilihanraya

persekutuan umum yang pertama telah diadakan, dan Parti Perikatan

telah memenangi 51 daripada 52

kerusi yang dipertandingkan. Dengan majoriti ini, Tunku Abdul Rahman

telah dilantik sebagai Ketua Menteri Tanah Melayu yang pertama. Satu

lagi rombongan ke London telah diadakan pada tahun 1955, dan

akhirnya England telah bersetuju untuk memberikan kemerdekaan

kepada Tanah Melayu, dan 31 Ogos 1957 telah diputuskan sebagai

tarikh kemerdekaan Tanah Melayu.

Sebaik pulang dari England selepas berjaya menuntut

kemerdekaan Tanah Melayu, Tunku telah mengisytiharkan berita

gembira ini buat kali pertamanya pada 20 Februari 1956 di Bandar

Mukasurat 7 drp 17

Page 8: Kemerdekaan Tanah Melayu

Kemerdekaan Negara 31 Ogos 1957

Hilir, Melaka. Perkhabaran ini telah disambut dengan penuh

kesyukuran daripada penduduk Tanah Melayu. Bila England dengan

rasminya menurunkan bendera mereka di Kuala Lumpur pada 31 Ogos

1957, Tunku telah mengetuai orang ramai bersorak 'MERDEKA!'

Gambar hitam-putih Tunku yang menjulang tangannya, dan suara

beliau yang penuh emosi tetapi lantang dan tegas dalam mengetuai

sorakan Merdeka itu kini merupakan gambar kenangan Kemerdekaan

yang paling bermakna sehingga kini, dan menjadi peringatan paling

nostalgik, sinonim kepada saat bersejarah itu. Sumbangan besar

Tunku kepada negara tidak berhenti setakat itu sahaja. Selepas

kemerdekaan, beliau meneruskan usaha-usaha pembinaan negara

yang telah beliau bina; memupuk persefahaman antara kaum dan

memajukan ekonomi untuk memperkukuhkan pentadbiran beliau.

Rancangan Tanah Melayu yang pertama, yang telah dimulakan sejak

1956, telah teruskan dalam usaha mengisi Kemerdekaan yang baru

dimiliki.  

Tunku telah membawa Tanah Melayu ke arena antarabangsa;

menyertai Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan Komanwel,

mengambil dasar anti-apartheid dan menyokong perjuangan rakyat

Palestin serta Congo. Pada September 1963, Tunku telah menjadi bapa

kepada sebuah lagi negara baru, Malaysia, apabila Tanah Melayu

bergabung dengan Singapura, Sarawak dan Borneo Utara (sekarang

Sabah). 

Mukasurat 8 drp 17

Page 9: Kemerdekaan Tanah Melayu

Kemerdekaan Negara 31 Ogos 1957

Tunku telah memulakan penubuhan Association of Southeast

Asia (ASA) pada 1961; menggabungkan Tanah Melayu, Thailand dan

Filipina. Gabungan ini kemudian telah dibubarkan untuk memberi

laluan kepada persatuan yang lebih besar iaitu Association of

Southeast Asian Nations (Asean) pada 1967.

Era pentadbiran Tunku merupakan zaman penuh pancaroba dan

pancawarna, dan tentunya tidak semua berjalan lancar seperti yang

diharapkan. Krisis-krisis seperti Konfrontasi Indonesia, perpisahan

Singapura, peristiwa 13 Mei dan Darurat 1948-1960 menggegarkan

seluruh negara, namun Tunku berjaya melaluinya dengan

kebijaksanaan, kesabaran, toleransi yang tinggi serta peri

kemanusiaan. 

Tunku Abdul Rahman tidak pernah kelihatan sebagai seorang

yang warak, namun idea-idea dan penglibatannya dalam aktiviti-

aktiviti keagamaan telah mencetuskan pemikiran dan penubuhan

institusi-institusi besar yang kekal hingga ke hari ini. Selepas

menjadikan Islam sebagai agama rasmi setelah Merdeka, pada 1960

Tunku telah menubuhkan Pertubuhan Kebajikan Islam (PERKIM),

sebuah pertubuhan untuk membantu golongan mualaf dalam

menyesuaikan hidup baru sebagai Muslim. Tunku memegang jawatan

Presiden PERKIM sehingga setahun sebelum beliau mangkat. Pada

1961, Malaysia

menjadi tuan rumah Pertandingan Membaca Al-Quran Peringkat

Antarabangsa yang pertama. Acara ini merupakan hasil cambahan

ilham Tunku, yang menganjurkan pertandingan peringkat negeri yang

pertama di Kedah pada 1951. 

Mukasurat 9 drp 17

Page 10: Kemerdekaan Tanah Melayu

Kemerdekaan Negara 31 Ogos 1957

Tunku bukan saja berusaha keras untuk meninggikan imej Islam

di Malaysia dan di rantau Asia tetapi juga di peringkat antarabangsa.

Pada 1969, beliau membantu menubuhkan Pertubuhan Persidangan

Islam (OIC), di mana beliau dilantik sebagai Setiausaha Agungnya yang

pertama. Seiringan itu, beliau telah mengusulkan penubuhan Bank

Pembangunan Islam (IDB) sebagai satu institusi khusus dalam

kerangka OIC. Tunku juga merupakan presiden Majlis Dakwah

Serantau Asia Tenggara dan Pasifik (RISEAP) dari tahun 1982 hingga

1988. Sebagai seorang pencinta sukan, Tunku telah memperkenalkan

kejohanan Pestabola Merdeka, yang merupakan pertandingan

bolasepak antarabangsa pada 1957. Pada tahun berikutnya, beliau

telah dilantik sebagai president pertama Asian Football Confederation

(AFC), jawatan yang disandangnya sehingga 1976. 

Walaupun Tunku Abdul Rahman dilahirkan di istana, beliau tidak

direncanakan menjadi Sultan di negerinya, tetapi menjadi pemimpin

kepada seluruh negara. Keperibadian beliau yang selalu merendah diri

dan cepat mesra telah menarik ribuan pengikut dan sahabat, dan telah

menghadiahkan Kemerdekaan kepada negara tanpa pertumpahan

darah. Semangat kebangsaannya yang tidak pernah luntur telah

membawa Tanah Melayu daripada sebuah jajahan Britain yang tidak

dikenali hingga menjadi anggota baru dunia yang bermaruah. Tunku

Abdul Rahman Putra Alhaj meletakkan jawatan sebagai Perdana

Menteri dan Presiden Umno pada 1971, dan tempatnya

diambil oleh timbalannya yang merupakan sahabatnya sejak belajar di

London, Datuk Abdul Razak Hussein. 

Mukasurat 10 drp 17

Page 11: Kemerdekaan Tanah Melayu

Kemerdekaan Negara 31 Ogos 1957

Tunku, Bapa Kemerdekaan dan Bapa Malaysia yang dicintai mangkat

pada 6 Disember, 1990 ketika berusia 87 tahun dan telah disemadikan

di Makam Diraja Langgar di Alor Star.

ROMBONGAN KEMERDEKAAN

Sebuah parti iaitu Parti Perikatan Telah berusaha untuk

mendapatkan kemerdekaan pada awal tahun 1956.Ketua Menteri

Persekutuan Tanah Melayu,Tunku Abdul Rahman,telah membuat

perundingan bersama raja-raja Melayu dan pihak British bagi

mendapatkan kemerdekaan.Perundingan ini membawa persetujuan

untuk mengadakan mesyuarat rasmi dengan pihak British yang

akhirnya dibuat satu rombongan ke London yang dikenali sebagai

Rombongan Merdeka.Rombongan ini diwakili oleh empat orang wakil

Parti Perikatan,Tunku Abdul Rahman sendiri disertai dengan Tun

Dr.Ismail,Tun H.S Lee,dan Tun Abdul Razak Hussein.selain daripada

itu,ia juga turut diwakili dari pihak raja-raja Melayu,yang terdiri

daripada Dato Panglima Bukit Gantang (Menteri Besar Perak), Abdul

Aziz Abdul Majid (Menteri Besar Selangor), Dato' Wan Idris Wan

Ibrahim (Timbalan Menteri Besar Johor) dan Dato' Nik Ahmad Kamil

(bekas Menteri Besar Kelantan) telah berlepas ke Karachi dengan kapal

Ital 'Asia' dan kemudiannya dengan kapal terbang ke London pada 2

Januari 1956.Pada 18 Januari 1956 rundingan kemerdekaan pun

bermula. Pihak kerajaan British diwakili oleh Allen Lennox Boyd yang

merupaka Setiausaha Tanah Jajahan British ketika itu. Rundingan

tersebut mencakupi pelbagai masalah termasuklah masalah Raja-raja

Melayu, kedudukan pegawai-pegawai awam

British yang sedang berkhidmat di Tanah Melayu dan lain-lain langkah

peralihan yang perlu diputuskan sebelum kemerdekaan serta tarikh

Mukasurat 11 drp 17

Page 12: Kemerdekaan Tanah Melayu

Kemerdekaan Negara 31 Ogos 1957

kemerdekaan yang menurut Tunku perlu disegerakan. Perundingan itu

tamat setelah diadakan selama tiga minggu iaitu pada 8 Februari 1956

dengan kejayaan cemerlang di pihak Tunku Abdul Rahman. Pada 6

Februari 1956, beliau telah menurunkan tandatangan atas perjanjian

'Merdeka' bersama Lennox Boyd dalam satu istiadat sederhana di

Lancester House.Selain itu,kedua-dua pihak telah bersetuju dan di

mana akhirnya membawa kepada satu perjanjian iaitu Perjanjian

London yang mempunyai elemen-elemen penting sebelum merdeka

iaitu;

Tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu ditetapkan pada

31 Ogos 1957.

Perlantikan sebuah suruhanjaya bebas bagi menggubal

Perlembagaan Merdeka.

Satu perjanjian pertahanan dengan British akan ditandatangani

bagi menjaga keselamatan dan kepentingan ekonomi British di

Persekutuan Tanah Melayu.

Parti Perikatan tidak akan mengambil alih perniagaan British

atau kepentingan Barat di Persekutuan Tanah Melayu.

Konsep Raja Berperlembagaan dikekalkan.

Pembahagian kuasa di antara kerajaan pusat dan negeri

diteruskan.

Mukasurat 12 drp 17

Page 13: Kemerdekaan Tanah Melayu

Kemerdekaan Negara 31 Ogos 1957

Rombongan Merdeka telah tiba di Tanah Melayu pada 20 Februari

1956,rakyat menyambut kepulangan tokoh-tokoh yang berjasa ini

dengan sambutan yang begitu meriah dalam perhimpunan besar-

besaran di Padang Merdeka,Bandar Hilir,Melaka.Tunku Abdul Rahman

mengisytiharkan tarikh kemerdekaan di sisni yang disambut dengan

laungan `Merdeka’ oleh orang ramai yang bersemangat.

PENYEDIAAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

TANAH MELAYU

Tunku Abdul Rahman dan Parti Perikatan telah bersetuju untuk

menubuhkan sebuah suruhanjaya bebas seperti yang dinyatakan di

dalam Perjanjian London.tujuan penubuhan suruhanjaya iani adalah

untuk menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang

bakal merdeka bagi menjaga hak setiap kaum.Oleh itu,Suruhanjaya

Reid telah dibentuk pada Mac 1956 yang dipengerusikan oleh Lord

William Reid.Suruhanjaya Reid mempunyai tugasnya yang tersendiri

iaitu,merangka sebuah perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu

yang akan merdeka,menjamin kedudukan khas raja-raja

Melayu,membentuk dan menentukan kuasa kerajaan pusat dan negeri

serta mewujudkan satu rupa bangsa Persekutuan Tanah

Melayu.Suruhanjaya ini telah mendapat sebanyak 131 memorandum

atau cadangan tentang sesuatu perkara daripada semua pihak tidak

terkecuali dari raja-raja Melayu sendiri.Satu draf perlembagaan telah

dikeluarkan oleh Suruhanjaya Reid untuk dibahaskan oleh

masyarakat samada penduduk mahupun parti politik pada Februari

1957 iaitu enam bulan sebelum merdeka.berpandukan draf

perlembagaan yang dikeluarkan tadi,beberapa cadangan Suruhanjaya

Reid dipinda bagi menerima

Mukasurat 13 drp 17

Page 14: Kemerdekaan Tanah Melayu

Kemerdekaan Negara 31 Ogos 1957

cadangan-cadangan masyarakat bagi memuaskan hati masing-

masing.Oleh itu,antara perkara yang telah dipersetujui ialah;

Sebuah negara persekutuan dibentuk dengan pembahagian

kuasa pusat dan negeri

Jus soli hanya diberikan kepada mereka yang lahir di Tanah

Melayu.

Kedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan tanpa

mengganggu kaum lain

Institusi raja-raja Melayu dan konsep Raja Berpelembagaan di

kekalkan.

Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar atau bahasa

kebangsaan.Namun,Bahasa Cina dan Tamil masih juaga boleh

dikembang dan dijadikan bahasa pengantar di sekolah masing-

masing

Agama Islam merupakan agama rasmi Persekutuan,namun

agama lain turut boleh diamalkan.

Cadangan Suruahanjaya Reid ini diterima oleh

masyarakat.Pemimpin Melayu turut menyokong cadangan ini.Selain

itu,Parlimen British menerima cadangan Suruhanjaya Reid ini pada

bulan Jun 1957.

Mukasurat 14 drp 17

Page 15: Kemerdekaan Tanah Melayu

Kemerdekaan Negara 31 Ogos 1957

PERLEMBAGAAN MERDEKA

Dalam Perlembagaan Merdeka terdapat beberapa fasal yang

penting iaitu;

Sebuah kerajaan Persekutuan dibentuk dengan nama

Persekutuan Tanah Melayu.

Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara

Pembentukan sebuah parlimenyang mempunyai Dewan

Rakyat dan Dewan Negara

Perdana Menteri sebagai ketua pentadbiran

Agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan Tanah

Melayu

Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Kerakyatan terbuka kepada sesiapa sahaja yang lahir di

Persekutuan Tanag Melayu.Kerakyatan secara permohonan

dengan syarat tertentu juga diberi pertimbangan

Kedudukan istimewa orang Melayu diteruskan tanpa

mengrangkan mhak warganegara yang lain.

Mukasurat 15 drp 17

Page 16: Kemerdekaan Tanah Melayu

Kemerdekaan Negara 31 Ogos 1957

PERISTIWA PEMASYHURAN MERDEKA

Peristiwa menurunkan bendera Union Jack yang kemudiannya

digantikan dengan menaikkan bendera Persekutuan Tanah Melayu

telah dilakukan di padang Kelab Selangor,Kuala Lumpur,tepat pukul 12

malam,sebelum pemasyhuran kemerdekaan dibuat.Peristiwa

bersejarah ini telah disaksikan ribuan rakyat.Sebaik sahaja bendera

Union Jack mencecah bumi,rakyat bersorak gembira menunjukkan

Persekutuan Tanah Melayu bebas daripada penjajah lagi. Kesokan

harinya,31 0gos 1957, pemasyhuran kemerdekaan Tanah Melayu telah

dilakukan dengan gilang-gemilang di Stadium Merdeka,Kuala

Lumpur.Peristiwa ini disaksikan ribuan rakyat di mana kesemua tempat

dipenuhi oleh rakyat.Raja-raja Melayu bersemayam di pentas khas.

Wakil dari Ratu Ellizabeth,Duke Of Wallington sedia untuk dokumen

penyerahan kuasa.Upacara pemasyhuran kemerdekaan ini dimulai

dengan ucapan wakil Baginda Ratu England.Kemudian penyerahan

dokumen pengisytiharan kemerdekaan kepada Yang di-Pertua Agong

yang dimana menunjukkan negara ini bebas setelah dijajah oleh kuasa

asing selama 446 tahun.Tunku Abdul Rahman ketua Parti Perikatan

yang juga bakal menjadi Perdana Menteri yang pertama membaca

pengisytiharan kemerdekaan itu dengan lantang yang kemudiannya

Tunku melaungkan seruan MERDEKA!sebanyak tujuh kali.Laungan ini

disambut oleh para hadirin yang bergema memenuhi seluruh stadium.

Mukasurat 16 drp 17

Page 17: Kemerdekaan Tanah Melayu

Kemerdekaan Negara 31 Ogos 1957

Saya akan menghargai kemerdekaan yang telah diperjuangkan

oleh Tunku Abdul Rahman dengan bersemangat setia negara

disamping sedia berkorban kepada bangsa dan negara.Saya jugaakan

bersikap taat setia kepada raja dan pemimpin negara.

Saya berbangga menjadi rakyat Malaysia ynag menghormati raja

danpemimpin negara serta menghargai jasa-jasa Tunku serta

pemimpin-pemimpin negara.Untuk mengekalkan kemerdekaan,saya

akan bersifat kekitaan dimana bersatu-padu dan berharmoni

disamping bertolak-ansurdan bertoleransi.

Sebagai rakyat berdisiplin dan sentiasa berakhlak mulia dan

berbudi pekerti,ia menerapkan sikap amanah,jujur dalam diri.Selain

itu,saya jugaperlu berusaha dan produktif di mana saya perlu

mempunyai sifat tabah menghadapi cabaran disamping berilmu dan

berketrampilan

Mukasurat 17 drp 17