bab 1 kt bm sangeetha.doc

24
Tajuk: Meningkatkan kemahiran membina ayat majmuk dengan teknik latihtubi Disediakan oleh Sanggetha a/p Kaliperumal 1

Upload: murali-raj

Post on 03-Oct-2015

26 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Tajuk:

Meningkatkan kemahiran membina ayat majmuk dengan teknik latihtubiDisediakan oleh

Sanggetha a/p KaliperumalInstitut Perguruan Tun Huessein Onn,

Batu Pahat, Johor Darul Takzim

Kandungan

BAB 1PENDAHULUAN1. Pengenalan

Literasi bahasa atau dalam bahasa Melayu pernah juga disebut sebagai "kenal huruf" atau "celik huruf" bermaksud kemampuan minimum untuk membaca dan menulis dalam suatu bahasa. Penulis tidak menggunakan istilah kenal huruf dalam makalah ini kerana maksud kenal huruf akan terpesong apabila perbincangan tentang konsep literasi dikupas secara terperinci, dan merangkum bukan sahaja mengenal huruf dan dapat menulis semula huruf tersebut secara mekanis. Konsep literasi bahasa lebih meluas daripada istilah kenal huruf yang kita ketahui selama ini apabila perbincangan menyentuh aspek pemahaman bacaan dan penulisan yang berkesan, serta menggunakan daya pemikiran yang kritis dan analitis dalam pembacaan dan penulisan. Menurut Abdul Rasid Jamian (2011) Pertubuhan Pendidikan, Sains, dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) mendefinisikan orang yang mempunyai keupayaan literasi sebagai orang yang 99 membaca dan menulis suatu pernyataan yang pendek dan mudah dalam kehidupan hariannya. Namun demikian, kita harus sedar bahawa banyak orang yang dapat membaca sesuatu pernyataan yang ditulis di tempat-tempat awam dengan lancar seperti papan tanda di hadapan gedung membeli belah, tanda jalan, peraturan jalan raya dan sebagainya, baik dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris, tetapi mereka masih tidak mempunyai keupayaan literasi yang dapat membantu mereka menggunakan kemahiran membaca dan menulis tersebut dalam kehidupan harian mereka sepenuhnya kerana kelemahan mereka dalam menguasai kemahiran bahasa tersebut. Tahap keupayaan membaca dan menulis bagi mengukur tahap literasi sebenarnya semakin meningkat selaras dengan peredaran masa dan meningkatnya kemajuan masyarakat menggunakan bahan bercetak dan sumber maklumat pelbagai media. Bidang kemampuan literasi pun semakin hari semakin bertambah apabila sesuatu masyarakat menempuh arus kemajuan dalam pelbagai bidang kehidupan. Keupayaan literasi yang lebih luas ini dapat dihubungkan dengan literasi budaya, literasi ekonomi, literasi undang-undang, literasi teknologi maklumat, dan sebagainya. Semakin maju sesuatu masyarakat, semakin banyak bidang kehidupan yang perlu diketahui oleh anggotanya. Bagi menjadikan tahap literasi bahasa berfungsi dalam kehidupan hariannya, seseorang itu haruslah dapat memanfaatkan kebolehan membaca dan menulis sepenuhnya dan berterusan bagi tujuan pembentukan dirinya dan penglibatan diri dengan masyarakatnya.2. Latar belakang masalah

Menulis ditakrifkan sebagai proses penghasilan simbol-simbol grafik yang disusun berdasarkan pertuturan yang membentuk perkataan dan seterusnya disusun menjadi ayat. Ayat yang disusun ada kalanya panjang dan ada kalanya pendek berdasarkan beberapa urutan yang bermakna yang membentuk teks, nota, draf dan bahan bercetak. Takrif lain menyebutkan menulis sebagai suatu kegiatan penghasilan simbol-simbol grafik yang disusun atur menjadi perkataan-perkataan, yang seterusnya membentuk ayat-ayat yang bermakna. Dalam konteks yang lebih luas, penulisan bermaksud penghasilan wacana yang bermakna dan bermaklumat. Oleh itu, kemahiran menulis secara mekanis, iaitu kemahiran membentuk dan menyusun simbol-simbol tulisan tidak selesai pada peringkat itu sahaja. Sebaliknya kemahiran ini akan diteruskan dengan aktiviti mengarang yang memerlukan penggemblengan aspek psikologi dan kognitif. Kamarudin Husin (1999) mentakrifkan penulisan sebagai pelahiran perasaan, fikiran dan idea dalam bentuk grafik. Bentuk-bentuk grafik itu disusun hingga melambangkan bunyi bahasa yang dapat dibaca dan difahami maksudnya.

Kemahiran menulis merupakan satu kemahiran yang paling tinggi dan penting berbanding kemahiran bahasa lain, untuk dikuasai oleh murid-murid bukan sahaja dalam pembelajaran bahasa tetapi juga untuk beberapa mata pelajaran lain. Segala cita-cita yang murni ini hanya akan dapat dicapai jika pengurusan pendidikan sedia ada dapat bergerak seiring dengan kehendak falsafah pendidikan kebangsaan. Bagi memenuhi hasrat sebegini maka pengajaran dan pembelajaran seharusnya dijadikan asas kepada penambahbaikan diri dan juga bagi memastikan setiap individu mempunyai rangsangan bagi menambah pengetahuan sedia ada dengan ilmu-ilmu pengajaran dan pembelajaran sedia ada.

Menurut Ramlan, Ahmad dan Wan Mohd. Rashid (2008) Malaysia masih baru untuk menjadikan pendidikan sebagai agenda pembangunan negara jika dibandingkan dengan negara maju seperti Amerika Syarikat, German dan Australia. Oleh yang demikian Perdana Menteri menekankan dalam konteks dunia global sekarang, modal insan yang benar-benar berkualiti sangat diperlukan jika negara ingin melangkah ke era ekonomi global yang berpaksikan pengetahuan.Konsep pembelajaran disini adalah konsep belajar bagi menambah pengetahuan dan ia tidak terikat dengan menyambung pembelajaran di peringkat ijazah pertama, diploma pos siswazah (post grade diploma), ijazah sarjana dan seterusnya Doktor Falsafah. Konsep pembelajaran disini adalah mempelajari ilmu-ilmu baru yang datangnya dari pelbagai sudut dan kedudukan. Pembelajaran ilmu-ilmu sebegini mungkin banyaknya datang dari seminar-seminar, kursus-kursus dan juga kolokium yang diadakan dari semasa ke semasa.

Proses pembinaan kemahiran menulis adalah sangat penting kerana menulis sama pentingnya dengan membaca dan mengira di dalam pengkaedahan 3M yang telah lama diperkenalkan. Ada lapan fungsi menulis kepada murid-murid dan guru, iaitu pertamanya untuk memotivasi atau merangsang idea dan perasaan untuk diterjemahkan dalam bentuk tulisan. Keduanya bagi menjadikan diri mahir dalam penguasaan tatabahasa dan perbendaharaan kata. Murid-murid berpeluang untuk menerokai pelbagai bidang bahasa. Seterusnya bagi memperluaskan pengetahuan dan melahirkan idea dalam bentuk penulisan. Menulis juga bertujuan bagi menggunakan seluruh anggota mekanis iaitu mata, tangan, akal dan lain-lain untuk merangsang pembelajaran. Ia dapat melatih murid mengeluarkan pendapat dan idea dalam bentuk tulisan serta melatih murid menyusun huruf supaya menjadi suku kata, perkataan dan ayat. Pada masa yang sama, wujud kepuasan diri kerana boleh mengemukakan idea secara bertulis untuk bacaan generasi akan datang.

Terdapat dua tujuan menulis iaitu serta-merta dan lanjutan. Walau bagaimanapun, tujuan seseorang itu menulis harus dilihat dari aspek kenapa seseorang itu perlu menulis.3. Pernyataan masalah

Menurut Ramlan, Ahmad dan Wan Mohd. Rashid (2008), rakyat sebagai modal insan di negara ini perlu sentiasa menguasai ilmu. Pada hari ini, modal insan yang berkualiti adalah satu kemestian bukan lagi satu kelebihan. Bagi melahirkan modal insan yang berkualiti, kerajaan dan rakyat harus bersama-sama mempunyai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan denga n penuh komitmen. Konsep pembelajaran sepanjang hayat seperti yang didefinisikan oleh OECD (Organisation for Economic Cooperation and Development) ialah untuk menjadikan individu dalam sesebuah masyarakat yang telah didorongkan untuk terus belajar menerusi hayat mereka samada secara formal dan tak formal.

Pendidikan tidak terhad kepada golongan yang bekerja sahaja malah ia perlu melewati semua golongan termasuk suri rumah, pesara, golongan kurang upaya dan warga emas. Pendidikan bermatlamat untuk meningkatkan kualiti kehidupan individu dan masyarakat. Tujuannya ialah untuk memberi latihan dan pendidikan kepada semua orang dengan salah satu matlamat untuk membangunkan modal insan. Di alam persekolahan, pembangunan modal insan difokuskan untuk memberi tumpuan kepada sistem nilai, disiplin, sahsiah, akhlak dan jati diri pelajar bagi melahirkan tenaga kerja yang kompeten dalam bidang sains dan teknologi, inovatif, kreatif serta boleh dipasarkan.

Kajian ini berhasrat untuk melihat bagaimana peningkatan kemahiran di dalam pembinaan ayat majmuk dengan menggunakan teknik latihtubi dapat dijalankan dengan sempurna serta memenuhi objektif kajian. Kemahiran menulis merupakan suatu budaya intelek yang saling melengkapi antara kemahiran membaca dengan menulis. Keupayaan menulis merupakan proses penyaluran maklumat yang bersifat mekanikal dan disalurkan secara bersistem iaitu mengambil kira matlamat, penggunaan bahasa, audiens, dan gaya penulisan. Sehubungan itu, keupayaan membaca dan menulis merupakan suatu kemahiran yang menjadi punca atau asas dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam pelbagai disiplin ilmu di sekolah. Pencapaian dan kebolehan yang tinggi dalam kemahiran membaca dan menulis pasti dapat meningkatkan penguasaan pembelajaran murid dalam Bahasa Melayu dan mata pelajaran tertentu

1.1 OBJEKTIF KAJIANTerdapat tiga objektif digariskan bagi meneroka amalan peningkatan kemahiran di dalam pembinaan ayat majmuk dengan menggunakan teknik latihtubi sebagai panduan dalam kajian ini iaitu:a) Untuk mengkaji pemahaman guru bahasa Melayu di dalam peningkatan kemahiran di dalam pembinaan ayat majmuk dengan menggunakan teknik latihtubi.b) Untuk mengenal pasti faktor-faktor penyumbang untuk mengamalkan sesi pengajaran dan pembelajaran dalam proses peningkatan kemahiran di dalam pembinaan ayat majmuk dengan menggunakan teknik latihtubic) Untuk melihat jenis pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dalam proses peningkatan kemahiran di dalam pembinaan ayat majmuk dengan menggunakan teknik latihtubi1.2 PERSOALAN KAJIANKajian ini dilakukan kepada dua orang murid Tahun Tiga di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Serkam, Merlimau, Melaka yang menghadapi masalah penulisan khususnya dalam membina ayat majmuk. Tiga soalan kajian yang membantu dalam mendapatkan maklumat untuk kajian ini ;

1. Apakah pemahaman penyelidik selaku guru bahasa Melayu dalam peningkatan kemahiran di dalam pembinaan ayat majmuk dengan menggunakan teknik latihtubi. 2. Apakah faktor-faktor yang menyumbang kepada guru bahasa Melayu yang terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran khususunya dalam peningkatan kemahiran di dalam pembinaan ayat majmuk dengan menggunakan teknik latihtubi.3.Apakah jenis-jenis pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dalam proses peningkatan kemahiran di dalam pembinaan ayat majmuk dengan menggunakan teknik latihtubi.

1.6 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini juga turut mempunyai kepentingan yang boleh dimanfaatkan oleh pihak tertentu dalam meningkatkan tahap perkembangan pendidikan di negara ini. Secara khususnya, hasil kajian ini dijangkakan dapat menyumbang kepada;a)Membantu mengembangkan konsep pengajaran dan pembelajaran dalam melihat peningkatan kemahiran di dalam pembinaan ayat majmuk dengan menggunakan teknik latihtubi.

b)Menjadi panduan dan bahan rujukan kepada bakal pengkaji dalam menjalankan kajian lanjutan.1.6.1Kepentingan kajian kepada sekolahKajian ini dapat membantu pihak pengurusan sekolah dalam menyusun strategi dan teknik kefahaman yang bersesuaian dengan keperluan murid sedia ada. Kejayaan yang akan dicapai hanya dapat dibuktikan melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang berpaksikan kepada teknik latihtubi. 1.6.2 Kepentingan kepada Guru Besar dan pengurusan sekolahKajian ini diharapkan dapat membantu Guru Besar semua sekolah bagi mengetahui sejauh manakah proses pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dalam masalah peningkatan kemahiran di dalam pembinaan ayat majmuk dengan menggunakan teknik latihtubi. Pengurusan sekolah dapat mengambil kira langkah-langkah pengajaran dan aktiviti yang bersesuaian sebagai panduan yang boleh digunapakai oleh guru-guru lain yang menghadapi permasalahan yang sama di masa akan datang.1.6.3 Kementerian Pendidikan MalaysiaKajian ini akan memberikan gambaran sebenar tentang proses pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan peningkatan kemahiran bagi proses pembinaan ayat majmuk dengan menggunakan teknik latihtubi. Kementerian boleh menyediakan kursus-kursus yang bersesuaian dalam menghadapi permasalahan yang sama dikalangan guru-guru dalam menjawab permasalahan sedia ada.

1.7 SKOP DAN BATASAN KAJIAN

Kajian ini dibataskan kepada responden seramai dua orang murid Tahun 3 di SJKT Ladang Serkam, Merlimau, Melaka. Dari segi responden, penyelidik membataskan kepada guru yang mengajar dan murid yang dijadikan responden. Ini bertujuan memudahkan penyelidik untuk mendapatkan dan mengumpul data yang diperlukan dalam menjalankan kajian yang dirancang.

Segala proses penganalisisan data dan dapatan adalah berdasarkan kepada kajian yang dibuat terhadap kumpulan pelajar ini. Oleh itu, penyelidik menganggap bahawa segala data yang diperolehi adalah benar dan ikhlas untuk menggambarkan keadaan sebenar dalam usaha mencapai objektif kajian.

1.8 DEFINISI ISTILAH

Kajian ini menggunakan definisi istilah berdasarkan kepada konsep atau model yang dinyatakan berikut.1.8.1Aspek pengupayaan

Aspek pengupayaan merupakan jenis-jenis tugas atau bidang yang diupayakan oleh guru yang mengajar serta murid yang belajar di Tahun 3, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil lading Serkam, Merlimau, Melaka. Dalam konteks kajian ini, aspek-aspek yang dikaji adalah melibatkan aspek-aspek membuat keputusan, menyelesaikan masalah dan melaksanakan sesuatu tanggungjawab yang tertentu.1.8.2 Aspek membuat keputusanMenurut Zulkafli Kamaruddin (2007), membuat keputusan merupakan satu proses yang penting untuk mendapatkan kesempurnaan dalam bidang pengurusan bagi semua organisasi. Keputusan ialah pilihan yang dipilih daripada berbagai alternatif yang sedia ada setelah mempertimbangkan tindakan dan akibat daripada pilihan tersebut. Membuat keputusan dalam kajian ini adalah merujuk kepada penglibatan guru-guru bahasa Melayu serta pengkaji dalam proses membuat keputusan berkaitan dengan isu-isu pembangunan kendiri, peluang pendidikan seoanjang hayat dan juga pengurusan sekolah. Manakala proses membuat keputusan ialah tahap membuat keputusan iaitu mengenalpasti, menganggotai dan melibatkan diri, memberi maklumat, memberi cadangan yang dikehendaki dalam membuat keputusan.1.8.3Pembelajaran dikalangan murid

Menurut Ramlan Ahmad dan Wan Mohd. Rashid (2008), pelaksanaan program pembelajaran melalui konsep latihtubi bukanlah terpikul sepenuhnya kepada kepimpinan sekolah tetapi ia adalah peranan sebahagian daripada anggota komuniti untuk memberi idea intelek yang boleh menggerakkan aktiviti tersebut. Guru perlu menjadi pelopor kepada penghayatan pendidikan pembelajaran melalui konsep latihtubi. Kepimpinan sekolah merupakan individu yang penting untuk membangunkan komuniti sekolah. Mereka dilihat lebih memahami keperluan masyarakat malah lebih dekat dengan ibu bapa dan penjaga murid sekolah. Kepimpinan sekolah tidak perlu mengorbankan peranan sekolah terhadap pendidikan formal. Apa yang komuniti perlukan ialah idealisme kepimpinan sekolah disamping memberi sedikit ruang kepada komuniti menggunakan kemudahan sekolah tanpa menjejaskan kepentingan murid-murid sekolah.

Menurutnya lagi, kepimpinan sekolah tidak perlu merasakan idea dan konsep ini sebagai beban kepada sekolah tetapi mesti melihat kaedah mengajar orang-orang dewasa sebagai cabaran dan bukan halangan kepada pelaksanaan program pembelajaran sepanjang hayat. Sekolah perlu menjadi peneraju dalam menggerakkan guru-guru bukan sahaja menguasai pedagogi tetapi juga menguasai kemahiran yang lain. 1.8.4Perbezaan pengalaman belajar di kalangan murid

Berdasarkan Buku Panduan Am Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KPM 2003), bahawa setiap murid adalah berbeza antara satu sama lain sama ada dari segi pengalaman, tingkah laku, amalan, bakat dan kebolehan. Oleh yang demikian, guru seharusnya memahami keperluan konsep pemulihan di dalam bilik darjah bagi mengatasi permasalahan menguasai kemahiran membaca dan menulis dalam kalangan murid sekolah rendah di luar bandar.1.8.5Kemahiran berbahasa

Menurut Roselan (2003) di dalam Abdul Rasid Jamian (2011), kemahiran berbahasa merupakan kemahiran asas yang amat penting dan perlu ditekankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Guru sebagai pelaksana kurikulum perlu mengambil berat tentang objektif kurikulum yang digubal bagi membolehkan hasrat kerajaan tercapai. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melancarkan projek untuk meninjau keperluan pengajaran pemulihan, iaitu melalui Program KIA2M (Kelas Intervensi Awalan Membaca dan Menulis) mengesahkan bahawa keperluan pengajaran pemulihan amat diperlukan. Justeru, Bahagian Sekolah-Sekolah KPM telah merangka program pengajaran pemulihan di sekolah rendah bagi memenuhi keperluan murid-murid lembam ini (Abdul Rasid dan Zulkafli 2008 di dalam Abdul Rasid Jamian (2011), Namun sekarang program ini diberi perubahan tetapi matlamat yang sama, iaitu Program Literasi dan Numerasi (LINUS) yang telah dicadangkan oleh YAB. Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran pada 15 Januari 2010. Program ini memberi penekanan kepada literasi Bahasa Melayu, iaitu lisan, bacaan dan tulisan serta ditambah dengan kemahiran asas kiraan sertamemahami ideamatematik yang mudah.1.9 RUMUSAN

Murid-murid sekolah rendah merupakan aset negara pada masa hadapan bagi meneruskan kesinambungan bangsa dalam memajukan negara menjelang Wawasan 2020. Walau bagaimanapun, wujudnya jurang pemisah dalam membangunkan generasi muda dalam keseimbangan potensi individu. Penekanan dalam konsep kepelbagaian kecerdasan serta perbezaan individu murid menjadikan pendidikan pemulihan sebagai pilihan dalam membantu mereka agar berjaya mencapai matlamat kehidupan dan kejayaan sistem pendidikan di negara ini. Sehubungan itu, pemulihan dalam penulisan merupakan satu pendekatan yang berbeza daripada kelas biasa dalam sistem persekolahan kebangsaan. Pendidikan pemulihan berfokuskan objektif memulihkan sesuatu kekurangan atau sesuatu kecacatan dalam membentuk kemahiran pembelajaran murid. Permasalahan murid-murid yang tidak dapat menulis dengan baik amat merisaukan bukan sahaja ibu bapa tetapi juga masyarakat dan kerajaan. Masalah pencapaian yang rendah atau masalah pembelajaran murid kebiasaannya dipengaruhi oleh faktor psikologi, biologi dan persekitaran. 1.10 Rujukan

Abdul Rasid Jamian, 2011, Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa melayu murid-murid sekolah rendah diluar bandar, Jurnal pendidikan bahasa Melayu, ISSN: 2180-4842, Vol. 1, Bil. 1 (Mei 2011): 1-12Ramlan, Ahmad dan Wan Mohd. Rashid, 2008, Pelaksanaan program pendidikan sepanjang hayat (PSH) kolej komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. In: World Congress on Teacher Education for TVET in conjunction with World Teachers Day Celebration, 5 - 6 10 2010, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

1