bab 3 enjin kt

15
BAB 2: ENJIN (KT) Jenis dan Kegunaan Pengikat dan Pencantum Pengikat Bol Saiz bol ditentukan mengikut ukuran panjang dan diameter batangnya. Ianya digunakan bersama nat. Sebahagian daripada batang bol berulir. Jenis-jenis bol terdiri daripada: (a) Bol kepala segi empat (b) Bol kepala heksagon Saiz bol Bol dan Nat Nat Nat ialah pengikat yang mempunyai pelbagai bentuk kepala dan digunakan bersama bol atau stad. Nat mempunyai ulir dalam. Saiznya ditentukan oleh diameter lubangnya. Terdapat beberapa jenis nat yang biasa digunakan. Jenis Kegunaan Nat segi empat la digunakan bersama dengan bol untuk kerja-kerja umum Nat heksagon la digunakan bersama dengan bol atau stad untuk kerja-kerja umum Nat kota Digunakan bersama-sama dengan cemat untuk menahan nat terkeluar daripada bol. Nat telinga Tidak menggunakan sepana untuk mengetat atau melonggarkannya. Tidak memerlukan tekanan yang kuat. Stad Stad adalah pengikat tanpa kepala. Kedua-dua hujungnya berulir. Bahagian berulir kasar diikat pada bongkah enjin sementara bahagian yang berulir halus dipasangkan dengan nat. Saiz stad ditentukan oleh panjang dan diameternya.

Upload: azlee-skandal

Post on 25-Dec-2015

294 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

bab3

TRANSCRIPT

BAB 2: ENJIN (KT)

Jenis dan Kegunaan Pengikat dan Pencantum

PengikatBol

Saiz bol ditentukan mengikut ukuran panjang dan diameter batangnya. Ianya digunakan bersama nat. Sebahagian daripada batang bol berulir. Jenis-jenis bol terdiri daripada:(a) Bol kepala segi empat(b) Bol kepala heksagon

Saiz bol Bol dan NatNat

Nat ialah pengikat yang mempunyai pelbagai bentuk kepala dan digunakan bersama bol atau stad. Nat mempunyai ulir dalam. Saiznya ditentukan oleh diameter lubangnya. Terdapat beberapa jenis nat yang biasa digunakan.

Jenis KegunaanNat segi empat la digunakan bersama dengan bol untuk kerja-kerja umum

Nat heksagon la digunakan bersama dengan bol atau stad untuk kerja-kerja umum

Nat kota Digunakan bersama-sama dengan cemat untuk menahan nat terkeluar daripada bol.

Nat telinga Tidak menggunakan sepana untuk mengetat atau melonggarkannya. Tidak memerlukan tekanan yang kuat.

StadStad adalah pengikat tanpa kepala. Kedua-dua hujungnya berulir. Bahagian berulir kasar diikat pada bongkah enjin sementara bahagian yang berulir halus dipasangkan dengan nat. Saiz stad ditentukan oleh panjang dan diameternya.

Skru TudungSkru tudung ialah jenis pengikat yang mempunyai benang pada seluruh batangnya. Ia diskrukan ke dalam lubang berulir pada bahagian enjin. Jenis skru tudung ditentukan mengikut bentuk kepalanya iaitu:(a) Skru tudung kepala bujur (d) Skru tudung kepala rata(b) Skru tudung kepala bulat (e) Skru tudung kepala heksagon(c) Skru tudung kepala fillister

Pencantum

Pencantum digunakan untuk mengunci bahagian enjin yang berputar seperti roda tenaga dan aci engkol. Pencantum yang digunakan dinamakan kekunci.

KekunciKekunci digunakan untuk mencantum dua bahagian enjin yang berputar seperti pada aci engkol dengan roda tenaga. Terdapat dua jenis kekunci yang biasa digunakan iaitu kekunci woodruff dan kekunci persegi.

(a) Kekunci woodruff

•Kekunci woodruff juga dikenali sebagai kekunci separuh bulatan.•Bahagian bawah kekunci yang berbentuk separuh bulatan berada di dalam alur kekunci pada aci untuk menahan takal daripada bergerak atau tertanggal.

(b) Kekunci persegi

•Kekunci persegi juga dikenali sebagai kekunci benam.•Separuh bahagian daripada kekunci akan berada di dalam alur kekunci pada aci manakala separuh lagi berada di dalam hihagian takal yang dicantumkan.

Bahagian Luar Enjin dan Fungsinya

Nama Bahagian Fungsi1 Kepala silinder • Menutup lubang silinder.

• Menempatkan palam pencucuh.• Dipasang di atas bongkah enjin.• Diperbuat dari besi tuang atau aloi aluminium.• Mengandungi ruang pembakaran.• Mempunyai sirip penyejuk.

2 Sirip penyejuk • Memerangkap udara bagi tujuan penyejukan enjin.• Memindahkan haba dari bongkah enjin ke udara di sekeliling.• Terdapat di kepala silinder, bongkah enjin, dan roda tenaga.

3 Palam pencucuh • Menghasilkan percikan bunga api bagi membakar campuran udara dan bahan api yang dimampat di dalam ruang pembakaran.

• Palam pencucuh dipasang pada lubang berulir di kepala silinder.

4 Bongkah enjin Merupakan bahagian utama enjin di mana terdapat:(i) lubang silinder(ii) sirip penyejuk(iii) palam isi minyak(iv) ukurcelupBahagian enjin yang bergerak dipasang dalam bongkah enjin contohnya:(i) piston(ii) aci engkol(iii) aci sesondol(iv) tapet(v) rod penghubung

5 Palam pengisi minyak

• Palam pengisi minyak terdapat pada bongkah enjin.• Berfungsi sebagai ruang untuk mengisi minyak pelincir.

Nama Bahagian Fungsi6 Ukur celup • Ukur celup digunakan untuk mengukur aras minyak pelincir di

dalam takung minyak pelincir.7 Palam buang minyak • Merupakan satu saluran untuk membuang minyak pelincir.

• Terletak di takung minyak pelincir.8 Karburetor • Karburetor berfungsi untuk mengewapkan udara bahan api

mengikut kadar yang betul bagi tujuan pembakaran.• Karburetor dipasang pada rongga masukan.• Salur bahan api menyambungkan tangki bahan api ke karburetor .

9 Pembersih udara • Alat ini mengandungi satu elemen penapis untuk menapis udara dari habuk dan kotoran sebelum masuk ke dalam karburetor.

• Mengurangkan bunyi bising udara yang masuk ke dalam karburetor dan bertindak sebagai penahan nyalaan api sekiranya berlaku enjin tersedak.

• Terdapat beberapa jenis pembersih udara seperti jenis katrij, kertas, foam, kawal minyak, dan kasa dawai.

10 Tangki bahan api • Tangki bahan api berfungsi menyimpan dan menyalurkan bahan api ke karburetor.

• Tangki bahan api dipasang pada kedudukan yang lebih tinggi untuk memudahkaan pengaliran bahan api ke karburetor.

11 Roda tenaga • Mewujudkan momentum untuk membolehkan enjin berputar.• Sirip yang terdapat pada roda tenaga bertindak sebagai kipas

untuk menyedut udara masuk.• Pada bahagian dalam roda tenaga terdapat magnet kekal yang

berfungsi sebagai sistem penyalaan magneto.12 Penyenyap bunyi • Penyenyap bunyi mengurangkan bunyi bising hasil pembakaran

campuran udara dan bahan api.• Paip ekzos menyalurkan gas ekzos melalui rongga ekzos.• Gas ekzos ialah gas karbon monoksida.

13 Takung minyak pelincir

• Takung minyak pelincir adalah bekas menakung minyak pelincir yang dipasangkan di bahagian bawah bongkah enjin.

14 Perumah penghembus

• Perumah penghembus merupakan penutup logam yang menutup bongkah enjin dan roda tenaga.

• Udara yang disedut oleh sirip roda tenaga dialirkan melalui perumah penghembus untuk menyejukkan enjin.

Alatan Tangan

SepanaSepana digunakan untuk mengetatkan dan melonggarkan bol, nat, dan skru tudung. Terdapat tiga jenis sepana yang sering digunakan iaitu:(a) Sepana hujung terbuka

• Kedua-dua hujungnya terbuka.• Satu hujungnya mempunyai saiz lebih besar daripada hujung

yang satu lagi.• Sepana ini sesuai digunakan pada tempat di mana sepana

gelang tidak boleh digunakan.• Saiz sepana hujung terbuka ditentukan oleh bukaan rahangnya.

(b) Sepana gelang• Sepana gelang ini mempunyai gelang soket pada kedua-dua

hujungnya.• Sepana gelang memberikan cengkaman yang kuat dan tidak

mudah tergelincir semasa mengetat dan melonggarkan bol dan nat.

• Saiz sepana gelang ditentukan oleh diameter dalam gelang.• Digunakan pada ruang yang sempit apabila soket tidak boleh

digunakan.

(c) Sepana gabung• Sepana ini mempunyai satu hujung gelang dan satu hujung

rahang terbuka.• Kedua-dua hujung mempunyai saiz yang sama.

SoketSoket mempunyai ciri seperti sepana gelang tetapi tidak bertangkai. Soket memberikan cengkaman yang kuat dan tidak mudah tergelincir. Soket digunakan bersama dengan tangkai. Saiz soket ditentukan oleh diameter dalam soket.

Alatan Tangan Fungsi1 Soket • Soket digunakan untuk mengetat dan melonggarkan bol,

nat, dan skru tudung kepala heksegon.

2 Soket dalam • Soket dalam mempunyai badan yang lebih panjang daripada soket.

• Soket dalam sesuai digunakan untuk memasang dan membuka palam pencucuh.

TangkaiAlat yang disambungkan pada soket untuk membuka atau memasang bol, nat, dan skru tudung. Jenis-jenis tangkai ialah tangkai L, tangkai T, dan tangkai pelaju.

Alatan Tangan Fungsi1 Tangkai L • Tangkai L boleh menghasilkan tekanan yang kuat

semasa mengetatkan bol dan nat.

2 Tangkai pelaju • Tangkainya berbentuk seperti engkol.• Digunakan untuk mengetatkan dan melonggarkan bol

dan nat dengan cepat.• Daya ketat nat tidak begitu kuat.

3 Tangkai hayun • Mengetat dan melonggarkan bol dan nat yang memerlukan tekanan atau rengkuhan yang kuat.

• Tangkai hayun mempunyai sendi supaya dapat ditukar arah tanpa mengangkat soket daripada nat semasa mengetatkan nat.

Alatan Tangan Fungsi4 Tangkai T • Tangkai T dapat memberi daya pusingan yang kuat.

• Penyuai segi empat dipasang pada kepala yang boleh diubah kedudukannya.

5 Tangkai gear sala • Tangkai gear sala membolehkan soket dipusingkan satu arah sama ada untuk membuka atau mengetatkan tanpa perlu mengangkat soket daripada nat.

• Terdapat tuil yang digunakan untuk menentukan arah pusingan.

6 Perengkuh daya kilas • Mempunyai skala untuk menunjukkan jumlah tepat daya kilas yang sepatutnya digunakan bagi mengetatkan sesuatu bol atau nat.

• Daya kilas ini disukat dalam ukuran paun - kaki.

7 Tolok perasa • Tolok perasa digunakan untuk mengukur sesuatu kelegaan yang ditetapkan.

• Contohnya pada celahan palam pencucuh, kelegaan tapet, dan kelegaan poin titik sesentuh.

• Dua jenis tolok perasa ialah tolok perasa bilah dan tolok perasa dawai.

(a) Tolok perasa bilahDigunakan untuk mengukur kelegaan permukaan rata seperti kelegaan tapet dan kelegaan poin titik sesentuh. Mempunyai beberapa bilah yang berlainan ketebalan dan dilabelkan dengan angka untuk menunjukkan ukuran.

(b) Tolok perasa dawai Digunakan untuk mengukurcelahan pada palam pencucuh. Di bahagian hujungnya terdapat dawai-dawai bulat yang bengkok dan mempunyai ukuran diameter yang berbeza.

8 Pemutar skru kontot • Mempunyai batang dan hulu yang pendek• Memutar skru pad tempat yang sempit dan terhad

Bahagian Dalam Enjin

Bahagian Fungsi1 Ruang pembakaran • Terletak di bahagian kepala silinder.

• Tempat di mana campuran udara bahan api yang dimampat dan dibakar bagi tujuan menghasilkan kuasa.

• Terdapat lubang berulir untuk memasang palam pencucuh.2 Lubang silinder • la adalah bahagian berlubang dalam bongkah enjin yang

menempatkan piston.• Lubang silinder terletak di bahagian bongkah enjin.

3 Rongga masukan • Rongga masukan adalah saluran yang terletak di antara karburetor dengan rongga pembakaran.

• Campuran udara dan bahan api akan disedut masuk ke dalam lubang silinder melalui rongga masukan.

4 Rongga ekzos • Rongga ekzos adalah saluran yang menghubungkan lubang silinder dengan paip ekzos.

• Gas ekzos dikeluarkan melaui rongga ekzos.5 Piston • Piston bergerak turun dan naik di dalam lubang silinder

yang dipanggil gerakan salingan piston.• Piston berfungsi untuk menerima daya penolakan hasil

pembakaran dan memindahkan daya ini ke aci engkol.

i Bahagian Fungsi6 Rod penghubung • Menghubungkan piston dengan aci engkol.

• Bahagian hujung kecil rod ini disambungkan kepada piston.• Bahagian hujung besar pula disambung kepada aci engkol.• Terdapat pengaut pada bahagian hujung besar untuk

menyimbah minyak pelincir.• Berfungsi menukarkan gerakan saling piston kepada

gerakan putaran aci engkol.7 Aci engkol • Aci engkol dipasang di dalam bongkah enjin.

• Pada aci engkol terdapat pengimbang tara berat yang mengimbangi dan melicinkan pergerakan putaran enjin. (•J)))J

• Satu hujung aci engkol disambungkan dengan roda tenaga.• Manakala satu hujung lagi ialah aci penghantar kuasa yang

menukarkan gerakan putaran kepada kuasa gerakan mekanikal.

8 Aci sesondol • Aci sesondol mempunyai gear dan dua buah sesondol.• Pergerakan sesondol akan menyebabkan injap terbuka

dan tertutup.• Gear aci sesondol dipasangkan bersama dengan gear aci

engkol.9 Tapet • Tapet terletak di antara sesondol dan batang injap

• Sesondol akan menggerakkan tapet bagi membuka dan menutup injap.

10 Injap • Terdapat dua jenis injap iaitu:(a) Injap masukan(b) Injap ekzos

• Injap masukan terletak berhampiran dengan rongga masukan.

• Injap ini bersaiz besar sedikit daripada injap ekzos.• Injap ekzos terletak berhampiran dengan rongga ekzos.• Injap masukan berfungsi untuk mengawal kemasukan

campuran udara dan bahan api ke dalam lubang silinder.• Injap ekzos berfungsi untuk membebaskan gas ekzos hasil

pembakaran dalam lubang silinder melalui paip ekzos.

Edaran Empat Lejang

Kebanyakan enjin kecil melibatkan edaran empat lejang. Lejang-lejang ini terhasil daripada pembakaran campuran udara dan bahan api. Daripada pembakaran ini tenaga dihasilkan untuk menggerakkan piston dari atas ke bawah atau dari bawah ke atas yang disebut sebagai lejang. Terdapat empat lejang yang berlaku setelah enjin dihidupkan.

Prinsip EdaranTakat Terakhir Atas (TTA) ialah takat paling tinggi

dapat dicapai oleh piston apabila bergerak ke atas. Takat Terakhir Bawah (TTB) ialah takat yang paling rendah dicapai oleh piston apabila bergerak ke bawah. Lejang ialah jarak ukuran gerakan piston dari Takat Terakhir Atas (TTA) ke Takat Terakhir Bawah (TTB) atau dari TTB ke TTA.

Pergerakan piston ke atas dan ke bawah akan menghasilkan empat lejang iaitu:(a) Lejang masukan (b) Lejang mampatan (c) Lejang kuasa(d) Lejang ekzos

Bahagian Fungsi

1 Lejang masukan • Piston bergerak dari takat terakhir atas ke takat terakhir bawah (TTA ke TTB).

• Keadaan vakum berlaku di dalam lubang silinder.• Injap masukan terbuka dan injap ekzos tertutup.• Keadaan vakum menyebabkan campuran udara bahan api

disedut masuk ke dalam lubang silinder.• Aci engkol telah berpusing setengah pusingan (180°).

2 Lejangmampatan

• Piston bergerak dari TTB ke TTA.• Injap masukan dan injap ekzos tertutup.• Campuran udara dan bahan api di dalam lubang silinder

dimampatkan hingga ke ruang pembakaran.• Aci engkol telah berpusing sebanyak satu pusingan (360°).

3 Lejang kuasa • Bila piston sampai ke TTA pada hujung lejang mampatan, ketika itu palam pencucuh mengeluarkan bahan api.

• Injap masukan dan injap ekzos masih tertutup.• Campuran udara dan bahan api yang termampat dibakar di

ruang pembakaran.• Hasil pembakaran itu menyebabkan piston ditolak ke TTB

untuk menghasilkan tenaga dan haba.• Aci engkol telah berpusing sebanyak satu setengah pusingan

(540°).4 Lejang ekzos • Piston bergerak dari TTB ke TTA.

• Injap ekzos terbuka dan injap masukan tertutup.• Gas ekzos ditolak keluar oleh pergerakan piston yang naik

ke atas (TTA).• Aci engkol telah berpusing sebanyak dua pusingan (720°).

Sistem EnjinSesebuah enjin perlu mempunyai sistem supaya enjin tersebut boleh berfungsi dan

beroperasi dengan lancar dan sempurna. Jika satu daripada beberapa sistem yang terdapat pada enjin itu mengalami kerosakan, perjalanan enjn mungkin tidak lancar atau tidak berfungsi. Terdapat lima sistem enjin bagi enjin satu silinder empat lejang iaitu:(a) Sistem pelinciran(b) Sistem bahan api(c) Sistem penyalaan(d) Sistem ekzos(e) Sistem penyejukan

Sistem pelinciranSistem pelinciran berfungsi untuk membekalkan minyak pelincir kepada semua bahagian

enjin yang bergerak bagi mengurangkan geseran.Sistem pelinciran juga dapat memindahkan haba yang berlebihan dan juga menyerap gegaran.Pengaut berfungsi untuk mengaut minyak pelincir dan menyimbah ke bahagian enjin yang bergerak di dalam bongkah enjin. Bahagian sistem pelinciran terdiri daripada:- palam buang minyak- takung minyak pelincir- palam isi minyak- pengaut- ukur celup

Sistem Bahan Api• Bekalan campuran udara dan bahan api yang berterusan dapat membantu enjin berfungsi dengan

sempurna.• Sistem ini terdiri daripada bahagian-bahagian berikut:

Bahagian FungsiKarburetor Mengewapkan bahan api untuk bercampur dengan udara bagi

tujuan pembakaran.Pembersih udara Menapis udara dari luar untuk masuk ke dalam karburetor.Tangki bahan api Menakung dan mengalirkan bahan api ke karburetor.Saluran bahan api Menyalurkan bahan api dari tangki bahan api ke karburetor.Injap masukan Mengawal campuran udara dan bahan api masuk ke ruang

pembakaran.Rongga masukan Menyalurkan campuran udara dan bahan api masuk ke dalam

silinder.• Sistem bahan api berfungsi di permulaan lejang masukan.• Semasa piston bergerak dari TTA ke TTB, keadaan separa vakum terjadi di dalam silinder.

Keadaan ini menyebabkan campuran udara dan bahan api disedut masuk ke dalam lubang silinder kerana injap masukan terbuka.

Sistem Penyalaan• Sistem penyalaan berfungsi untuk membekalkan voltan tinggi yang dihasilkan di bahagian magneto

ke palam pencucuh melalui kabel tegangan tinggi.• Sistem penyalaan mengandungi bahagaian-bahagian seperti palam pencucuh, magnet kekal, dan

gelung penyalaan, titik sesentuh, dan kondenser.

\f— ....... \n Bahagian

Fungsi j

i Palam pencucuh Menghasilkan percikan bunga api untuk menyalakan campuran udara dan bahan api yang termampat di ruang pembakaran.

i Magnet kekal Terletak pada bahagian dalam roda tenaga bagi mewujudkan medan magnet untuk menghasilkan voltan tinggi kepada palam pencucuh.

i Gegelung penyalaan Meninggikan voltan dan dialirkan ke palam pencucuh.i Kondenser Mencegah titik sesentuh dari terbakar.

Mempercepat keruntuhan dan pengembangan medan magnet. Menyimpan arus elektrik buat sementara waktu.

! Titik sesentuh Mengawal pengeluaran bunga api pada palam pencucuh.| Sesondol pemutus Mengawal bukaan titik sesentuh.1 Kabel tegangan tinggi Mengalirkan arus voltan tinggi ke palam pencucuh.

• Sistem penyalaan bagi enj in satu silinder adalah sistem penyalaan magneto.• Arus voltan tinggi itu dihantar kepada palam pencucuh melalui kabel tegangan tinggi.• Palam pencucuh mengeluarkan bunga api hasil daripada arus voltan tinggi yang melompat melalui celahan di antara elektrod-elektrod palam pencucuh untuk membakar campuran udara bahan api.

Sistem Ekzos• Sistem ekzos berfungsi mengeluarkan gas ekzos hasil pembakaran campuran udara bahan api dari dalam silinder.• Sistem ini dapat membantu mengurangkan bunyi bising semasa pembakaran melalui penyenyap bunyi.

• Sistem ekzos terdiri daripada bahagian-bahagian berikut iaitu:

(a) injap ekzos (c) penyenyap bunyi(b) paip ekzos (d) rongga ekzos

Bahagian FungsiInjap ekzos Membenarkan campuran udara bahan api yang telah terbakar keluar dari

silinder.Paip ekor Paip ekzos

Menghalakan gas ekzos ke udara.Menghubungkan rongga ekzos dengan penyenyap bunyi.

Penyenyap bunyi Menyerap bunyi bising hasil dari letupan pembakaran enjin.Rongga ekzos Menghubungkan Hang ekzos dengan penyenyap bunyi.

• Pada lejang ekzos, piston bergerak ke atas, injap ekzos terbuka.• Campuran udara dan bahan api yang telah terbakar hanya mempunyai satu jalan keluar kerana

injap masukan masih tertutup.• Gas tersebut ditolak keluar melalui Hang ekzos masuk ke rongga ekzos dan seterusnya keluar

melalui paip ekzos.

Sistem Penyejukan Udara• Terdapat dua jenis sistem penyejukan iaitu sistem penyejukan cecair dan sistem penyejukan

udara.• Sistem penyejukan cecair digunakan pada enjin banyak silinder seperti kereta.• Enj in-enj in kecil pula menggunakan sistem penyej ukan udara.• Antara bahagian-bahagian yang terdapat dalam sistem penyejukan udara ialah sirip penyejuk, roda

tenaga, dan perumah penghembus.

Bahagian FungsiPerumah penghembus Mengarahkan udara ke sirip penyejuk.Sirip penyejuk Memberikan permukaan yang lebih luas untuk pelepasan haba.Roda tenaga Menyedut udara dan mengedarkannya ke perumah penghembus.

• Sistem penyejukan bertujuan untuk mengurangkan haba yang dihasilkan akibat pembakaran campuran udara bahan api pada sesebuah enjin.

• Semasa enjin hidup, udara disedut masuk ke dalam perumah penghembus yang kemudiannya disebarkan melalui sirip penyejuk.