bab 1 kt bm radha

32
Tajuk: Meningkatkan kemahiran membaca perkataan kvkv dalam kalangan murid Tahun 1 Komethegam dengan teknik permainan (Dam Ular) Disediakan oleh RADHA A/P PARAMASIVAM 1

Upload: murali-raj

Post on 18-Nov-2015

42 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Tajuk:

Meningkatkan kemahiran membaca perkataan kvkv dalam kalangan murid

Tahun 1 Komethegam dengan teknik permainan (Dam Ular)

Disediakan oleh

RADHA A/P PARAMASIVAMInstitut Perguruan Tun Huessein Onn,

Batu Pahat, Johor Darul Takzim

Kandungan

Tajuk

Muka suratBAB 1

PENDAHULUAN1.1 PENGENALAN

31.2 LATAR BELAKANG MASALAH

7

1.3 PENYATAAN MASALAH

10

1.4 OBJEKTIF KAJIAN

12

1.5PERSOALAN KAJIAN

13

1.6 KEPENTINGAN KAJIAN

141.7 SKOP DAN BATASAN KAJIAN

161.8 DEFINISI ISTILAH

171.9 RUMUSAN

211.10 RUJUKAN

22BAB 1PENDAHULUAN1.1 PENGENALANMembangunkan sebuah negara yang merdeka bukanlah suatu tugas yang mudah. Mengisi kemerdekaan adalah suatu tugas yang maha hebat dalam memastikan ianya bukan sahaja menjurus kepada kelangsungan menjadikan Negara itu membangun tetapi juga memastikan ianya terus kekal bebas, berdaya saing,maju dan disegani kawan dan lawan. Bidang pendidikan merupakan antara bidang yang memberi ruang dan peluang kepada sesebuah Negara yang membangun untuk maju dan memenuhi hasrat yang ingin dicapai. Menurut Jamil Ahmad (2011), sebagai sebuah negara membangun, Malaysia menghadapi cabaran dan tekanan cukup besar dalam memastikan dan mendepani persaingan abad ke-21 sedia ada. Menurutnya lagi, menjelang tahun 2020 nanti, Malaysia yang selalu berhasrat untuk menjadi sebuah negara maju mengikut acuan sendiri, iaitu mencapai kemajuan seimbang daripada segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian dan kebudayaan harus mengorak langkah yang baru dalam pembangunan pendidikannya. Malaysia kini berhasrat besar bagi menjadi sebuah negara yang masyarakatnya bukan sahaja perlu bersatu padu dan mempunyai keyakinan yang tinggi, malah terus berpegang teguh kepada nilai-nilai agama yang suci, moral dan etika serta menikmati kehidupan yang demokratik, liberal dan bertolak ansur. Penyelidik juga sedar bahawa hanya melalui perkongsian ekonomi yang adil dan saksama mampu menjadikan Negara ini terus progresif dan makmur serta pada masa yang sama akan dapat menguasai ekonomi yang mampu bersaing, dinamik, tangkas serta berdaya tahan dengan Negara negara membagun yang lain. European Comission (2001) di dalam Ramlan, Ahmad dan Wan Mohd. Rashid (2008) menjelaskan bahawa pembelajaran sepanjang hayat telah memperkenalkan bidang objektif yang luas dan didefinisikan seperti berikut iaitu semua aktiviti pembelajaran yang diikuti adalah bertujuan untuk menambah pengetahuan, kemahiran-kemahiran dan tahap kecekapan setiap orang, atau perspektif yang ada hubungan dengan pekerjaan. Oleh itu, pembelajaran sepanjang hayat jika ingin diringkas bermakna aktiviti-aktiviti yang bertujuan untuk menambah pengetahuan dan kemahiran bagi memperbaiki tahap kecekapan setiap individu yang kemudiannya boleh digunakan bagi memperbaiki bidang pekerjaan mereka.Bagi mencapai kehendak kemajuan Negara berkenaan maka Malaysia telah dan akan sentiasa melakukan satu anjakan besar untuk membangunkan satu sistem pendidikan yang berkualiti serta berdaya maju. Sistem pendidikan Malaysia kini diterajui oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (dulunya, Kementerian Pelajaran Malaysia atau KPM) yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam pentadbiran dan pengurusan sistem pendidikan kebangsaan di peringkat sekolah dalam segala peringkat. Ianya meliputi bermula dengan pendidikan prasekolah, pendidikan rendah, pendidikan menengah dan pendidikan lepasan menengah; pendidikan Teknik dan Vokasional, pendidikan khas, pendidikan sukan dan seni warisan serta pendidikan pra pengajian tinggi (Matrikulasi) dan pendidikan tinggi.

Menurut Jamil Ahmad (2011), dalam usaha Negara memantap dan meningkatkan kualiti sistem pendidikan kebangsaan di peringkat sekolah sedia ada, KPM telah merangka, menyebarluas dan selesai melaksanakan satu perancangan strategik iaitu Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang memberikan fokus kepada enam teras strategik iaitu membina negara bangsa, membangunkan modal insan, memperkasakan sekolah kebangsaan, merapatkan jurang pendidikan, memartabatkan profesion keguruan dan melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan. Selaras dengan itu KPM juga telah menyediakan Pelan Strategik Pendidikan Tinggi ke arah meningkatkan daya saing Malaysia di peringkat global melalui penyampaian pendidikan dan latihan yang berkualiti, berkesan, relevan dan mempunyai komitmen yang tinggi kepada pembelajaran sepanjang hayat dengan membangunkan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) melalui dua pendekatan utama iaitu pendidikan dan latihan yang berjalan secara bersepadu. Hamedah (2009) di dalam Tee Tiam Chai, Hamdan Said, Norashuha Tajuddin dan rakan-rakan (2013) pula menyatakan bahawa usaha membangunkan modal insan adalah agenda utama negara seperti mana yang terkandung dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Hala tuju pendidikan Negara terus berlaku mengikut landasan yang telah dilakar dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Modal insan yang bakal dilahirkan bukan sekadar mempunyai kecemerlangan dalam akademik malahan terpuji dari segi keperibadian dan sahsiah. Pandangan beliau bukan sahaja berfokus kepada generasi muda sahaja malah meliputi semua peringkat umur dalam proses pembelajaran sepanjang hayat bagi memelihara kesejahteraan serta kelangsungan negara pada landasan sebagai negara maju. Saingan dan arus globalisasi telah memberi impak yang besar terhadap dunia pendidikan, sekaligus mendesak sistem pendidikan negara untuk bertindak balas, dan berubah ke arah memenuhi keperluan sosial dan kemajuan negara.Fokus utama pengajaran dan pembelajaran dalam proses mempertingkatkan pemahaman terhadap aspek pembacaan adalah bagi terus memperkukuh sistem pembelajaran yang berteraskan pengetahuan, menjalankan penyelidikan (dan penyelidikan tindakan) yang memberi impak kepada dunia akademia-industri menerusi konsep elitis serta memberikan perkhidmatan kepada masyarakat yang berterusan. Keduanya ialah bagi terus membuka laluan pengajian tinggi yang bersifat terbuka dan sepanjang hayat melalui institusi pengajian seperti universiti terbuka, politeknik, dan kolej komuniti. Selain daripada IPTA, IPTS seperti Open University Malaysia juga telah berkembang pesat dan memainkan peranan yang tidak kurang penting dan merupakan supplementary dan complementary kepada institusi pendidikan di Malaysia itu sendiri.

1.2 LATAR BELAKANG MASALAHMenurut Ramlan, Ahmad dan Wan Mohd. Rashid (2008) menjelaskan bahawa dalam kehidupan bermasyarakat pendidikan tidak formal telah berlaku sejak zaman berzaman lagi sebagai pusingan untuk meneruskan kehidupan dikenali sebagai pendidikan seumur hidup. Perubahan yang berlaku di era globalisasi di mana ekonomi berteraskan ilmu pengetahuan menjadikan pendidikan sepanjang hayat sebagai agenda kerajaan untuk mencorak modal insan mengikut acuan semasa. Walaupun kadar celik huruf tinggi dan masyarakat Malaysia pandai membaca, menulis dan mengira tetapi mereka kurang berminat dan bersemangat untuk membaca bagi meluaskan ilmu pengetahuan dan pemikiran mereka. Banyak institusi yang telah mempelopori kursus pembelajaran sepanjang hayat namun tidak ada perubahan yang ketara untuk mengubah persepsi negatif ini. Cabaran seterusnya ialah bagaimana untuk membudayakan ilmu di dalam komuniti setempat dan tahap pendidikan di negara kita dikatakan kian merosot. Sekolah sepatutnya dilihat mempunyai potensi yang besar kearah itu memandangkan pengiktirafan sekolah sebagai pusat sosialisi, kedudukannya yang hampir dihati masyarakat dan amalan kolaborasi boleh membawa kepada menang-menang kepada sekolah dan komuniti. Manakala Jamil Ahmad (2011) pula menjelaskan bahawa pada awal abad ke-21, beberapa perubahan dan perkembangan dalam sistem pendidikan di Malaysia telah berlaku dengan pesat disebabkan oleh cabaran yang dihadapi akibat kesan globalisasi, liberalisasi, dan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi. Menurutnya lagi bahawa segala cabaran negara Malaysia waktu ini adalah untuk membangunkan suasana ekonomi berasaskan pengetahuan atau K-ekonomi bagi menghadapi persaingan bukan sahaja dengan Negara jiran malah dengan negara lain. Ini menuntut Negara Malaysia untuk membangunkan sumber tenaga manusia yang berketerampilan tinggi dalam pelbagai bidang dan berdaya saing disamping pengurusan pendidikan yang berkualiti sepenuhnya. Sistem pendidikan di Malaysia yang pada awalnya diterajui oleh dua kementerian iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang bertanggungjawab dalam pentadbiran dan pengurusan sistem pendidikan kebangsaan di peringkat primary dan secondary iaitu di peringkat sekolah yang meliputi pendidikan prasekolah, pendidikan rendah, pendidikan menengah dan pendidikan lepasan menengah; dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang bertanggungjawab ke atas pendidikan peringkat tertiary iaitu pada peringkat Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Kini, sejak pilihanraya umum ke 13 yang lalu, kesemuanya telah ditadbir oleh satu kementerian utama iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Proses pembangunan manusia bermula dengan kemajuan dirinya di dalam bidang pendidikan. Bidang pendidikan begitu luas dan ia tidak hanya bertumpu kepada soal mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan semata-mata sebaliknya ia menjurus kepada kebolehan dalam mencapai kemahiran membaca, menulis dan mengira yang baik. Penguasaan kemahiran ini adalah sangat penting kerana literasi ini harus bukan sahaja perlu dikuasai malah dipertingkatkan ke tahap yang lebih baik. Guru yang mengajar bahasa di sekolah mempunyai tanggungjawab besar di dalam memastikan kemahiran sedia ada ini dikuasai oleh anak murid mereka dengan sempurna dan mencapai kehendak yang standard.Menurut Azizah Zain (2010), membaca yang menjadi asas semua bidang pengetahuan amat penting bagi membolehkan seseorang itu memperolehi pendidikan sepanjang hayat. Sebahagian besar ilmu pengetahuan terdapat dalam bentuk tulisan. Kemahiran membaca adalah penting untuk dikuasai oleh setiap pelajar di peringkat awal lagi. Oleh itu minat membaca perlu dipupuk sejak dari awal lagi supaya terbina asas yang kukuh. Melalui asas yang kukuh ini dapat menimbulkan minat yang berterusan. Peringkat prasekolah merupakan peringkat yang sesuai untuk membina asas membaca. Pada peringkat ini, kemahiran asas ini perlu diberi penekanan supaya tidak timbul masalah kelemahan membaca apabila kanak-kanak ini memasuki alam persekolahan secara formal. Membaca juga merupakan tumpuan utama yang terkandung dalam Tunjang Komunikasi dalam Kurikulum Standard Prasekolah (2009).Kajian yang dilakukan oleh Azizah Zain (2010) turut menjelaskan bahawa dengan menyedari kepentingan penguasaan kemahiran membaca dikalangan kanak-kanak maka kemahiran ini perlu diajar di peringkat awal dengan menggunakan kaedah-kaedah yang sesuai dengan kebolehan mereka. Antara langkah untuk menggalakkan kemahiran membaca dalam kalangan kanak-kanak bagi meningkatkan kelancaran dan kefahaman ialah menggunakan kaedah bacaan berulang. Menurut Musti-Roa, Hawkins dan Barkley (2009) bacaan berulang memerlukan pelajar membaca berulangkali petikan atau teks dalam jangkamasa tertentu atau sehingga pelajar tersebut lancar membaca.Terdapat beberapa kajian yang telah dijalankan tentang kaedah bacaan berulang. Antaranya ialah kajian oleh Rasinski (1990) di dalam Azizah Zain (2010) yang membuktikan bacaan berulang adalah afektif dalam menggalakkan kelancaran dan kefahaman untuk mereka yang menghadapi masalah dalam membaca. Memandangkan kajian-kajian yang dijalankan membuktikan bacaan berulang memberi kesan kepada kefahaman maka adalah wajar kaedah ini dijadikan sebagai salah satu kaedah yang sesuai dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran membaca diperingkat awal di seluruh prasekolah di Malaysia.1.3 PENYATAAN MASALAHMenurut Ramlan, Ahmad dan Wan Mohd. Rashid (2008), minat untuk mempelajari sesuatu merupakan sifat yang utama dalam pembangunan modal insan. Individu atau pekerja yang berminat ialah pekerja yang produktif (Mahmood Nazar, 2005). Perubahan pada tahap individu ini bergantung kepada penguasaan kemahiran baru, pembentukan sikap baru serta pembentukan pemahaman baru (Tor Geok Hwa, 2004) Ini seharusnya merupakan proses pembelajaran sepanjang hayat yang kurang diamalkan oleh kebanyakan mereka yang bekerja di negara ini.Berdasarkan huraian yang dinyatakan di atas maka dapat dirangkumkan bahawa pembelajaran sepanjang hayat amat diperlukan bagi memastikan agenda Negara dapat dipenuhi. Pembelajaran sepanjang hayat membolehkan pengetahuan dan ilmu kemahiran akan semakin berkembang dan ianya boleh digunapakai sebagai asas kepada kemenjadian guru bimbingan dan kaunseling yang berhemah dan berpengetahuan tinggi. Melalui pembelajaran sepanjang hayat ini, guru-guru bimbingan dan kaunseling boleh mendalami aspek-aspek yang ditunjukkan di dalam teori-teori kaunseling yang baru dan boleh disesuaikan dengan situasi dan keadaan semasa.

Ini tidak bermakna teori-teori lama seperti yang dikelompokkan seperti Psikodinamik, Tingkahlaku, Humanistik, Kognitif, Sistematik dan Gabungjalin (Fadzil Che Din, 2002) sudah tidak berguna lagi namun dengan mengikuti pembelajaran sepanjang hayat ini maka gabungan teori-teori sedia ada dengan terapi-terapi baru seperti Psikologi Kognitif Ad-Din dan Terapi Naratif serta yang lain-lain lagi (Sapora Sipon, Ruhaya Hussin, 2012) boleh dipelajari dan dipraktikkan oleh guru bimbingan dan kaunseling sedia ada.

Azizah Zain (2010) menjelaskan bahawa masalah penguasaan kemahiran membaca akan menyebabkan masalah keciciran pelajar dalam pelajaran. Berita tentang 163,835 orang murid tahun satu yang menghadapi masalah membaca dan menulis di Malaysia pada tahun 2006 membuktikan jumlah murid yang belum menguasai kemahiran ini berada dalam tahap membimbangkan. Mereka telah melalui ujian saringan dan keputusan ujian itu menunjukkan hanya 57.5 % sahaja yang berjaya melepasi ujian tersebut (The News Strait Times 23 September 2006 di dalam Azizah Zain (2010). Para pengkaji dalam bidang bacaan berpendapat bahawa langkah yang paling ideal untuk mengatasi masalah kurang upaya dalam bacaan adalah pada peringkat tadika dan tahap 1 persekolahan. Langkah yang segera disarankan supaya kanak-kanak tidak terus bergelumang dengan masalah menguasai kemahiran asas 3M. Pengajaran bacaan di peringkat prasekolah harus diberi penekanan kerana kanak-kanak dapat dibentuk dengan lebih mudah ketika usia yang lebih muda. Kajian ini menunjukkan bahawa keupayaan kanak-kanak menggarap ilmu adalah paling pesat di antara 0 hingga 5 tahun (Chiam Heng Keng 2000; Azizah, 2007 di dalam Azizah Zain (2010).1.4 OBJEKTIF KAJIANTerdapat tiga objektif digariskan bagi meneroka tugas meningkatkan kemahiran membaca perkataan kvkv dalam kalangan murid Tahun 1 Komethegam dalam teknik permainan (Dam Ular) dalam kajian ini iaitu:a) Untuk mengkaji keberkesanan teknik permainan (Dam Ular) dalam meningkatkan kemahiran membaca perkataan kvkv di kalangan murid Tahun 1 berkenaan.

b) Untuk meningkatkan pemahaman guru bahasa Melayu yang mengajar kelas Tahun 1 Komethegam di dalam langkah pengajaran kemahiran membaca perkataan kvkv berkenaan. c) Untuk mengenal pasti faktor-faktor penyumbang kepada peningkatan kefahaman di dalam pengajaran kemahiran membaca perkataan kvkv di dalam kelas Tahun 1 berkenaan.1.5 PERSOALAN KAJIANKajian ini dilakukan kepada 7 orang murid Tahun 1 Komethegam yang menghadapi masalah bacaan kvkv.

Tiga soalan kajian yang membantu dalam mendapatkan maklumat untuk kajian tindakan ini ;

1. Apakah pemahaman saya selaku guru bahasa Melayu yang bertugas di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Jalan Haji Manan tentang amalan pengajaran yang berkesan dalam mempertingkatkan pemahaman murid bagi kemahiran membaca perkataan kvkv dengan teknik permainan (dam ular). 2. Apakah faktor-faktor yang menyumbang kepada amalan pengajaran yang berkesan dalam mempertingkatkan pemahaman murid bagi kemahiran membaca perkataan kvkv dengan teknik permainan (dam ular). 3. Apakah langkah-langkah yang berkesan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dalam mempertingkatkan pemahaman murid bagi kemahiran membaca perkataan kvkv dengan teknik permainan (dam ular). 1.6 KEPENTINGAN KAJIAN

Hasil kajian ini, penyelidik berharap dapat memberi manfaat kepada penyelidik serta pihak-pihak terlibat. Kepentingan sesuatu kajian memberi implikasi yang besar dalam memperbaiki sesuatu masalah atau situasi bagi kajian yang dijalankan. Oleh itu, kajian ini juga turut mempunyai kepentingan yang boleh dimanfaatkan oleh pihak tertentu dalam meningkatkan tahap perkembangan pendidikan di negara ini. Secara khususnya, hasil kajian ini dijangkakan dapat menyumbang kepada;a)Membantu mengembangkan konsep pengajaran dan pembelajaran dalam mempertingkatkan pemahaman murid bagi kemahiran membaca perkataan kvkv dengan teknik permainan (dam ular). b)Menjadi panduan dan bahan rujukan kepada bakal pengkaji dalam menjalankan kajian lanjutan.1.6.1Kepentingan kajian kepada sekolahKajian ini penting untuk sekolah bagi mengenal pasti kaedah pengajaran dan gaya pembelajaran yang mempengaruhi guru-guru bahasa Melayu khususnya dalam meningkatkan kemahiran membaca perkataan kvkv dalam kalangan murid Tahun 1 dengan teknik permainan (Dam Ular). Disamping itu, kajian ini juga mendedahkan kepada guru-guru bahasa Melayu tentang kepentingan meningkatkan kemahiran membaca perkataan kvkv dalam kalangan murid Tahun 1 dengan teknik permainan (Dam Ular). 1.6.2Kepentingan kajian kepada Guru Besar

Kajian ini diharapkan dapat membantu Guru Besar bagi mengetahui sejauh manakah kaedah pengajaran dan gaya pembelajaran yang diamalkan oleh guru-guru bahasa Melayu mampu mempertingkatkan kefahaman murid-murid terhadap pembacaan yang sepatutnya dikuasai oleh mereka pada awal tahun pembelajaran khususnya di Tahun 1.1.6.3Kepentingan kajian kepada Kementerian Pendidikan Malaysia

Kajian ini akan memberikan gambaran sebenar tentang gaya kaedah pengajaran dan gaya pembelajaran yang sesuai terhadap tahap keberkesanannya di kalangan guru-guru bahasa Melayu dan murid-murid Tahun 1 sedia ada di sekolah-sekolah di negara kita khususnya bagi mereka yang menghadapi masalah pembacaan. Ia juga dapat membantu Kementerian Pendidikan di dalam menyusun kerangka program dan menguruskan kursus-kursus bagi menerapkan elemen kaedah pengajaran dan gaya pembelajaran yang bersesuaian dikalangan guru-guru berkenaan.1.7 SKOP DAN BATASAN KAJIAN

Kajian ini dibataskan kepada responden yang terdiri daripada 7 daripada 26 orang murid Tahun 1 Konthegam di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Jalan Haji Manan di Negeri Johor Darul Takzim. Dari segi responden, penyelidik membataskan kepada 7 orang murid yang kemudiannya dijadikan responden di dalam kajian ini. Ini bertujuan memudahkan penyelidik untuk mendapatkan dan mengumpul data yang diperlukan dalam menjalankan kajian tindakan yang dirancang.

Segala proses penganalisisan data dan dapatan adalah berdasarkan kepada kajian tindakan yang dibuat terhadap kumpulan ini. Oleh itu, penyelidik menganggap bahawa segala data yang diperolehi adalah benar dan ikhlas untuk menggambarkan keadaan sebenar dalam usaha mencapai objektif kajian tindakan ini.1.8 DEFINISI ISTILAH

Kajian ini menggunakan definisi istilah berdasarkan kepada konsep atau model yang dinyatakan berikut.1.8.1 Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil)

Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) yang dimaksudkan adalah Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) yang dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia sahaja. Dalam konteks kajian tindakan ini dijalankan, Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Jalan Haji Manan di Negeri Johor Darul Takzim akan menjadi pusat kajian tindakan yang melibatkan guru bahasa Melayu berkenaan.

1.8.2Amalan Pengupayaan (empowerment)

Menurut Mohamad Anuar, Azizi Yahaya dan Hamdan Zainal Afuad (2004) di dalam Azliana Abd.Rahman (2012) menyatakan pengupayaan dalam konteks pendidikan ialah satu proses yang diberikan oleh sekolah kepada guru untuk membangunkan kecekapan diri untuk tanggungjawab dan mampu menyelesaikan masalah yang timbul.

Bagi Abdul Syukor Abdullah (1993), pula berpendapat melalui pengupayaan, guru akan bertindak lebih profesional kerana ia akan melahirkan sikap akauntibiliti dan sepunya. Dalam kajian ini, amalan pengupayaan adalah meliputi aspek dan kriteria pengupayaan yang dilakukan oleh guru bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Jalan Haji Manan di Negeri Johor Darul Takzim. Melalui pengupayaan membolehkan guru berkenaan akan tetap menjalankan tugas hakiki mereka disamping menambah pengetahuan di dalam bidang pembelajaran sedia ada

1.8.3Aspek melaksanakan tanggungjawab

Tanggungjawab boleh didefinisikan sebagai kesedaran untuk melakukan, pesediaan untuk melakukan dan kemampuan untuk melakukan sesuatu tugas yang diberikan (Kamus Dewan, Edisi keempat 2010). Berdasarkan kajian ini, rasa tanggungjawab bukanlah datang daripada luar diri seseorang individu tetapi daripada dalam diri seseorang individu tertentu. Jika rasa tanggungjawab wujud secara dalaman maka individu terbabit akan terdorong untuk memenuhi tuntutan tugas yang telah diberikan kepada mereka.1.8.4Kecekapan guru

Menurut Idris Mohd Noh dan rakan-rakan (2001) kecekapan ialah kebolehan berfikir secara logik, tidak dipengaruhi oleh emosi dan kebolehan seseorang menggunakan alat pengurusan untuk mengurus sesuatu isu dengan cara yang beretika.1.8.5Kepercayaan

Patricia J.Parson (2004) mendefinisikan kepercayaan sebagai kebergantungan dengan penuh keyakinan terhadap integriti atau keadilan pihak lain. Abdul Ghani Abdullah, Abd. Rahman Abd Aziz dan Mohammed Zohir (2008) menyatakan kepercayaan yang tinggi kepada seseorang pekerja, menyebabkan ketua organisasi sedia berkongsi idea dan isu-isu oganisasi untuk kepentingan bersama. Oleh itu, guru-guru bimbingan dan kaunseling yang terlibat akan mampu mengorganisasikan tugas mereka kerana selain menyempurnakan tugas hakiki, mereka masih boleh menimba ilmu dan pengetahuan dari semasa ke semasa.

1.8.6 Komitmen Guru

Komitmen membawa maksud positif iaitu perasaan positif terhadap pencapaian dan prestasi yang diingini. Makin tinggi perasaan positif, maka makin kuat perasaan komitmennya menurut Zulkafli Kamaruddin (2007). Sehubungan dengan itu, istilah komitmen yang digunakan dalam kajian ini boleh didefinisikan sebagai orientasi individu untuk mengenalpasti dan melibatkan diri dengan menerima kepercayaan, nilai-nilai, matlamat sekolah dan kesediaan untuk memberikan usaha yang tinggi terhadap kemajuan sekolah serta mempunyai keinginan yang kuat untuk terus berkhidmat di sekolah tersebut di samping menambah pengetahuan sedia ada.1.8.7 Aspek menyelesaikan masalah

Menyelesaikan masalah boleh didefinisikan sebagai proses kognitif yang digunakan untuk mencari cara-cara yang sesuai bagi mencapai matlamat yang diinginkan. Menurut Azizi Yahya (2010) menyelesaikan masalah ialah kecekapan menggunakan akal untuk berfikir, cekap menyusun maklumat, konsep dan idea secara teratur akan mampu menghasilkan keputusan yang tepat dan terarah untuk kepentingan bersama. Manakala ahli psikologi menyatakan manusia akan mempelajari sesuatu apabila mereka menyelesaikan masalah. Ini kerana semasa menyelesaikan masalah, seseorang individu itu akan mencari kesimpulan tentang perkara yang berlaku, mengaplikasikan masalah dengan cara yang mudah dan merangka beberapa cadangan sebagai penyelesaian masalah.1.9 RUMUSAN

Menurut Jamil Ahmad (2011) dan Ramlan, Ahmad dan Wan Mohd. Rashid (2008) menjelaskan bahawa pembangunan sumber tenaga manusia merupakan teras kepada kejayaan sesebuah negara. Dengan tenaga manusia yang terdidik dan terlatih negara akan lebih mudah menghadapi cabaran yang datang. Sektor pendidikan dan latihan adalah penting bagi memastikan sumber tenaga manusia negara Malaysia dilengkapi dengan pelbagai ilmu dan kemahiran. Justeru, Malaysia merancang pelan pembangunan pendidikan secara menyeluruh dan bersepadu bagi memastikan kecemerlangan dan kualiti pendidikan bertaraf dunia agar matlamat Wawasan 2020 Malaysia tercapai.

Pengupayaan boleh disimpulkan sebagai satu proses yang mana Guru Besar atau pentadbir memberi ruang kepada guru-guru untuk membangunkan kecekapan diri guru untuk bertanggungjawab terhadap kemajuan diri dan memyelesaikan sebarang masalah yang timbul semasa berhadapan isu-isu di sekolah. Secara tidak langsung guru-guru yang diupayakan akan memperoleh kemahiran dan ilmu pengetahuan serta mampu bertindak berdasarkan situasi untuk melakukan penambahbaikan terutama dalam meningkatkan prestasi organisasi pendidikan.

Pembangunan keupayaan untuk membangunkan tahap kefahaman murid Tahun 1 di dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu adalah sangat penting khususnya di dalam membina literasi dikalangan mereka. Kajian ini cuba melihat apakah kajian tindakan yang dijalankan akan mampu membaiki proses pengajaran dan amalan pembelajaran yang dijalankan di dalam bilik darjah berkenaan.1.9 RUJUKANAzizah Zain, 2010, Penggunaan bacaan berulang dapat mempertingkatkan kelancaran dan kefahaman dalam kalangan kanak-kanak prasekolah, Proceedings of The 4th International Conference on Teacher Education; Join Conference UPI & UPSI Bandung, Indonesia, 8-10 November 2010, Jurnal akademik, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Jamil Ahmad, 2011, Pentadbiran dan Pengurusan Sistem Pendidikan Malaysia Ke Arah Pendidikan Berkualiti, Kajian Pendidikan, Open University Malaysia.Ramlan, Ahmad dan Wan Mohd. Rashid, 2008, Pelaksanaan program pendidikan sepanjang hayat (PSH) kolej komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. In: World Congress on Teacher Education for TVET in conjunction with World Teachers Day Celebration, 5 - 6 10 2010, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Tee Tiam Chai, Hamdan Said, Norashuha Tajuddin dan rakan-rakan, 2013, Kepuasan pelajar terhadap akademik, 2nd International Seminar on Quality and Affordable Education (ISQAE 2013), Universiti Teknologi Malaysia.

Tor Geok Hua, 2004, Masalah pembelajaran satu kajian tindakan, Universiti Utara Malaysia. 20