bab 1 keluk kemungkinan pengeluaran

69
UNIT EKONOMI AE015 1

Upload: raizo-afiq

Post on 05-Dec-2014

144 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

ekonomi negara

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 1 Keluk Kemungkinan Pengeluaran

UNIT EKONOMI AE015 1

Page 2: Bab 1 Keluk Kemungkinan Pengeluaran

UNIT EKONOMI AE015 2

Page 3: Bab 1 Keluk Kemungkinan Pengeluaran

1. Objektif Pengajaran :Diakhir pembelajaran pelajar akan dapat:

1.1 Mentakrif dan menghuraikan konsep asas ekonomi• Menerangkan skop kajian mikroekonomi • Menerangkan skop kajian makroekonomi• Mengklasifikasikan jenis barang

1.2. Keluk Kemungkinan Pengeluaran

1.3. Sistem Ekonomi

UNIT EKONOMI AE015 3

Page 4: Bab 1 Keluk Kemungkinan Pengeluaran

Ekonomi merupakan satu sains sosial yang mengkaji tentang gelagat / perlakuan manusia menggunakan faktor pengeluaran yang terhad untuk memaksimumkan kehendak manusia yang tidak terhad.

UNIT EKONOMI AE015 4

1.1.1 (a) DEFINISI EKONOMI

Page 5: Bab 1 Keluk Kemungkinan Pengeluaran

1.1.1(b) UNIT-UNIT EKONOMIDefinisi setiap unit ekonomi/Objektif• ISI RUMAH -definisi : individu/sekumpulan individu yang membuat keputusan kewangan secara bersama-objektif: Memaksimumkan kepuasan• FIRMA -definisi : unit ekonomi/organisasi yang menggunakan faktor pengeluaran

untuk mengeluarkan barang/perkhidmatan-objektif: Memaksimumkan keuntungan• KERAJAAN -definisi : pelaku unit ekonomi yang mengawal aktiviti ekonomi isi rumah dan

firma melalui undang-undang- objektif: Memaksimumkan kebajikan masyarakat.• SEKTOR LUAR (asing)

-definisi : unit perdagangan antarabangsa -objektif: Memaksimumkan keuntungan

UNIT EKONOMI AE015 5

Page 6: Bab 1 Keluk Kemungkinan Pengeluaran

1.1.1 (c) SUMBER EKONOMI :

• Merupakan input yang secara relatif bersifat kekurangan yang diperlukan dlm proses pengeluaran barang dan perkhidmatan. Terdiri daripada:

• Buruh – Individu yang menawarkan tenaga secara mental dan fizikal untuk menghasilkan output: Contoh Buruh Mahir, separuh mahir, tak mahir.

• Tanah – Sumber alam semulajadi yang merangkumi sumber di daratan, lautan dan di dalam bumi. Contoh hutan, galian.

• Modal – Barang yang dikeluarkan dan digunakan sebagai input bagi mengeluarkan barangan lain. Contoh: bangunan, mesin, jentera.

• Usahawan – individu yang mempunyai kemahiran mengabungkan sumber-sumber ekonomi untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan.

UNIT EKONOMI AE015 6

Page 7: Bab 1 Keluk Kemungkinan Pengeluaran

1.1.1 (d) MASALAH EKONOMI

SUMBER ADALAH TERHAD DAN KEHENDAK TIDAK TERBATAS

UNIT EKONOMI AE015 7

Page 8: Bab 1 Keluk Kemungkinan Pengeluaran

1.1.1 (e) KONSEP MASALAH EKONOMI

1. KEKURANGAN2. PILIHAN3. KOS LEPAS

UNIT EKONOMI AE015 8

Page 9: Bab 1 Keluk Kemungkinan Pengeluaran

Masalah ekonomi

1. Kekurangan• Merupakan satu konsep yang membandingkan

antara sumber ekonomi yang bersifat kekurangan dengan kehendak manusia yang tidak terhad.

• (Individu kekurangan pendapatan, Firma kekurangan sumber pengeluaran – (input), Kerajaan kekurangan sumber hasil).

• Kekurangan memaksa unit-unit ekonomi membuat pilihan.

UNIT EKONOMI AE015 9

Page 10: Bab 1 Keluk Kemungkinan Pengeluaran

2. Pilihan

• Masalah pilihan ialah masalah memilih barang dan perkhidmatan yang hendak dikeluarkan. Masalah ini wujud kerana kekurangan sumber.

UNIT EKONOMI AE015 10

Page 11: Bab 1 Keluk Kemungkinan Pengeluaran

3. Kos Lepas

• Kos lepas ialah pilihan kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan kerana membuat pilihan ke atas / atau mengeluarkan sesuatu barang atau perkhidmatan yang pertama terbaik.

• Contoh antara membina sekolah dengan hospital. Jika kerajaan memilih untuk membina sekolah maka kos lepas ialah membina hospital.

UNIT EKONOMI AE015 11

Page 12: Bab 1 Keluk Kemungkinan Pengeluaran

Unit Ekonomi

Kekurangan Pilihan Kos lepas

Individu Pendapatan Buku atau Handset

Buku

Firma Faktor Pengeluaran

Intensif buruh @ modal

Modal

Kerajaan Hasil Kerajaan

Kem tentera @ sekolah

Kem tentera

UNIT EKONOMI AE015 12

Page 13: Bab 1 Keluk Kemungkinan Pengeluaran

1.1.1(f) Masalah Asas Ekonomi

i. apa dan berapa

Wujud sebab sumber pengeluaran terhad tapi kehendak tidak terhad.

• Terpaksa buat pilihan untuk menentukan jenis barang yang hendak dikeluarkan

• Keluarkan barang yang perlu – kehendak – kepuasan.

• Melihat jumlah permintaan supaya tidak berlaku lebihan atau kurangan.

• Bergantung kepada jumlah sumber pengeluaran yg diperuntukkan.

UNIT EKONOMI AE015 13

Page 14: Bab 1 Keluk Kemungkinan Pengeluaran

ii. Bagaimana

• Merujuk kepada teknik pengeluaran yang paling cekap dan harga relatif yang paling rendah.

• Intensif modal atau intensif buruh.

UNIT EKONOMI AE015 14

Page 15: Bab 1 Keluk Kemungkinan Pengeluaran

iii. Untuk siapa

Diselesaikan melalui corak pengagihan kekayaan/ pendapatan dan kuasa beli.

• Keluarkan barang kepada golongan yg mampu membayar.

• Biasanya barang mahal diminta oleh golongan berpendapatan tinggi dan sebaliknya

UNIT EKONOMI AE015 15

Page 16: Bab 1 Keluk Kemungkinan Pengeluaran

1.1.1 (g) Takrifan Mikroekonomi Dan Makroekonomi

• MIKROEKONOMI- Satu cabang ekonomi yang mengkaji perlakuan dan pilihan

manusia dalam unit ekonomi yang kecil. Mengkaji unit-unit ekonomi sahaja.

• MAKROEKONOMI- Makroekonomi menjelaskan tentang kegiatan

ekonomi secara keseluruhan serta interaksi antara sektor isirumah, sektor firma, sektor kerajaan dan sektor negara asing dalam menentukan tingkat pencapaian ekonomi.

UNIT EKONOMI AE015 16

Page 17: Bab 1 Keluk Kemungkinan Pengeluaran

1.1.2 . SKOP KAJIAN MIKROEKONOMI

Skop kajian terdiri daripada:

a. Permintaan

b. Penawaran

c. Teori pengeluaran dan kos

d. Struktur pasaran

e. Peranan kerajaan dalam ekonomi

UNIT EKONOMI AE015 17

Page 18: Bab 1 Keluk Kemungkinan Pengeluaran

1.1.3 . SKOP KAJIAN MAKROEKONOMI

Skop kajian terdiri daripada:

a. Pendapatan Negara

b. Tingkat Harga Umum

c. Guna Tenaga

d. Imbangan Pembayaran

UNIT EKONOMI AE015 18

Page 19: Bab 1 Keluk Kemungkinan Pengeluaran

1.1.4 . PENGKELASAN JENIS BARANG

a.1. Barang Percuma Definisi : barang yang tidak mempunyai kos lepas dan

terdiri dari sumber alam

Ciri-ciri :• Penawarannya tidak terhad.• Boleh didapati secara percuma tanpa perlu

mengorbankan barang lain.• Ditawarkan oleh alam semulajadi anugerah Tuhan.• Tidak mempunyai kos lepas.• Contoh: udara, cahaya matahari, air hujan dan air

sungai.• **Hadiah yang diterima secara percuma bukan

barang percuma.

UNIT EKONOMI AE015 19

Page 20: Bab 1 Keluk Kemungkinan Pengeluaran

a.2. Barang Ekonomi Definisi : barangan yang penawarannya terhad dan

penggunaan barangan tersebut melibatkan kos

Ciri-ciri:• Penawarannya terhad. • Mempunyai harga dan kos lepas.Contoh makanan, pakaian dan rumah.**Semua jenis barang yang ada di dalam dunia ini

adalah barang ekonomi , kecuali barang percuma.

UNIT EKONOMI AE015 20

Page 21: Bab 1 Keluk Kemungkinan Pengeluaran

b.1. Barang modal / Barang PengeluarDefinisi: barang yang digunakan oleh sesebuah firma bagi

menghasilkan barang lain.

Ciri-ciri:• Penggunaan bukan untuk tujuan akhir tapi untuk

hasilkan barang lain.• Tidak hilang bentuk asal walaupun selepas digunakan. • Berlaku susut nilaiContoh – mesin , perkakas pejabat, kereta dan jentera. ** Kereta adalah barang modal jika dijadikan teksi, tapi

adalah barang pengguna jika untuk tujuan persendirian.

UNIT EKONOMI AE015 21

Page 22: Bab 1 Keluk Kemungkinan Pengeluaran

b.2. Barang Perantaraan

Definisi: merupakan input yang digunakan bagi menghasilkan barang akhir

Ciri-ciri: • Hilang bentuk asal apabila diproses• Barang yang mesti diproses untuk dijadikan barang

akhir atau barang siap

Permintaannya dikenali permintaan berkait atau permintaan terbitan .

Contohnya bahan mentah – getah, kelapa sawit, bijih timah dll.

UNIT EKONOMI AE015 22

Page 23: Bab 1 Keluk Kemungkinan Pengeluaran

b.3. Barang pengguna / Barang Akhir

Definisi: Barang yang dihasilkan oleh firma untuk tujuan penggunaan

Ciri-ciri:• Boleh digunakan terus oleh pengguna tanpa

melalui proses pemprosesan (barang akhir).• Dapat dikelaskan kepada barang tahan lama

dan barang mudah rosak.• Barang tahan lama contohnya.- kipas angin dan

dapur gas.• Barang mudah rosak contohnya - ikan, sayur –

sayuran .

UNIT EKONOMI AE015 23

Page 24: Bab 1 Keluk Kemungkinan Pengeluaran

c.1. Barang Awam.

Definisi: Barang yang ditawarkan kepada semua individu tanpa pengecualian.

Ciri-ciri:

• Untuk kegunaan bersama.

• Ditawarkan kepada orang ramai .

• Pengeluaran mempunyai kos lepas

• Contoh jalanraya, taman permainan, balairaya.

UNIT EKONOMI AE015 24

Page 25: Bab 1 Keluk Kemungkinan Pengeluaran

c.2 . Barang persendirian .

Definisi: Barang yang dimiliki dan dikuasai oleh individu secara mutlak

Ciri-ciri: • Barang yang diperolehi dan dimiliki oleh

individu/firma tertentu.• Tidak boleh dinikmati oleh individu lain

tanpa kebenaran .• Tidak mempunyai sifat kegunaan bersama

atau bersifat kekecualian.

Contoh rumah, kereta dan sebagainya.

UNIT EKONOMI AE015 25

Page 26: Bab 1 Keluk Kemungkinan Pengeluaran

1.2 Objektif Pengajaran :Diakhir pembelajaran pelajar akan dapat:

1.2.a Mentakrif dan menerangkan Keluk kemungkinan pengeluaran1.2.b Menghuraikan andaian-andaian 1.2.c Melakar KKP1.2.d Mentafsir jadual dan rajah KKP1.2.e menerangkan hubungkait KKP dengan masalah ekonomi1.2.f Menerangkan pergerakan dan perubahan kuantiti sumber dan teknologi terhadap KKP

UNIT EKONOMI AE015 26

Page 27: Bab 1 Keluk Kemungkinan Pengeluaran

1.2.1.a. Takrif KKP KKP merupakan satu keluk yang

menunjukkan had maksimum kombinasi-kombinasi dua barang yang boleh dikeluarkan dengan menggunakan semua sumber yang sedia ada pada suatu tingkat teknologi yang tertentu.

UNIT EKONOMI AE015 27

1.2 1.2 Keluk Kemungkinan Keluk Kemungkinan PengeluaranPengeluaran

Page 28: Bab 1 Keluk Kemungkinan Pengeluaran

1.2.1 b. Andaian KKP:

i. Sumber ekonomi digunakan secara maksimum.

ii. Ekonomi hanya mengeluarkan dua barang sahaja.

iii. Tingkat teknologi adalah tetap.

iv. Jumlah faktor pengeluaran adalah tetap dan tidak berubah.

UNIT EKONOMI AE015 28

Page 29: Bab 1 Keluk Kemungkinan Pengeluaran

JADUAL KKP

Kombinasi A B C D E

Rumah 0 1 2 3 4

Kereta 100 90 75 55 0

UNIT EKONOMI AE015 29

Page 30: Bab 1 Keluk Kemungkinan Pengeluaran

1.2.1.c. Keluk Kemungkinan Pengeluaran

UNIT EKONOMI AE015 30

Kereta

Rumah1 2 3 4

AB

C

D

E

0

10090

75

55

Page 31: Bab 1 Keluk Kemungkinan Pengeluaran

• Titik A –rumah 0 unit dan kereta 100 unit. • Titik E – rumah 4 unit dan kereta 0 unit.• Ini menunjukkan jika semua sumber

pengeluaran digunakan untuk mengeluarkan rumah maka tiada kereta yang dapat dikeluarkan dan sebaliknya untuk titik E.

• Pergerakan dari titik A ke B – Jika masyarakat memilih untuk mengeluarkan 1 unit rumah, maka sebanyak 10 unit kereta terpaksa dilepaskan (100-90)

UNIT EKONOMI AE015 31

Page 32: Bab 1 Keluk Kemungkinan Pengeluaran

• Dari titik B ke titik C – Tambahan pengeluaran rumah sebanyak 1 unit iaitu dari 1 unit kpd 2 unit menyebabkan masyarakat terpaksa melepaskan 15 unit kereta iaitu dari 90 unit kepada 75 unit.

• Ini menunjukkan kos lepas bagi tambahan 1 unit rumah ialah 10 unit kereta.

UNIT EKONOMI AE015 32

Page 33: Bab 1 Keluk Kemungkinan Pengeluaran

KENAPA KKP BENTUK CEMBUNG?

• Mengambarkan bahawa semakin banyak sesuatu barang yang hendak dikeluarkan maka semakin banyak barang lain yang harus dilepaskan.

ATAU• Sejumlah barang lain (brg x) yang terpaksa dikurangkan

dengan jumlah yang semakin bertambah bagi mendapatkan tambahan satu unit barang (brg y),

• Ini menunjukkan kos lepas yang semakin meningkat.

UNIT EKONOMI AE015 33

Page 34: Bab 1 Keluk Kemungkinan Pengeluaran

JADUAL KKP MALAR

Kombinasi A B C D E

Rumah 40 30 20 10 0

Kereta 0 1 2 3 4

UNIT EKONOMI AE015 34

Page 35: Bab 1 Keluk Kemungkinan Pengeluaran

KELUK KKP MALAR

UNIT EKONOMI AE015 35

0 Kereta

Rumah

40

30

20

10

1 42 3

A

B

C

D

E

Page 36: Bab 1 Keluk Kemungkinan Pengeluaran

KENAPA KKP MALAR?

• KKP berbentuk garis lurus yang mencerun ke bawah dari kiri ke kanan

• Mengambarkan kos lepas adalah malar iaitu kos lepas sesuatu barang adalah tetap walaupun pengeluaran barang lain bertambah secara terus-menerus.

UNIT EKONOMI AE015 36

Page 37: Bab 1 Keluk Kemungkinan Pengeluaran

UNIT EKONOMI AE015 37

●X

●Y

1.2.1.d KONSEP KECEKAPAN KKP

Kereta

Rumah

1 2 3 4

AB

C

D

E

0

10090

75

55

Page 38: Bab 1 Keluk Kemungkinan Pengeluaran

i. Kekurangan

• Kombinasi pengeluaran yang berada di sepanjang KKP.

• Contoh titik A, B, C• Apabila semua sumber ekonomi telah digunakan,

masyarakat tidak akan dapat menambah suatu barang tanpa mengurangkan barang yang lain.

• Cth: Tambah kereta, kurangkan rumah

UNIT EKONOMI AE015 38

Page 39: Bab 1 Keluk Kemungkinan Pengeluaran

ii. Pilihan

• Di tunjukkan oleh pergerakan disepanjang KKP yang merupakan pilihan kecekapan.

• Masyarakat boleh memilih sebarang kombinasi disepanjang KKP sama ada untuk mengeluarkan satu barang sahaja (titik A & E) atau 2 barang titik B, C dan D.

• Jika masyarakat memilih mengeluarkan lebih suatu barang, maka barang lain perlu dikurangkan kerana masalah kekurangan.

UNIT EKONOMI AE015 39

Page 40: Bab 1 Keluk Kemungkinan Pengeluaran

iii. Kos Lepas

• Jika masyarakat membuat pilihan, mereka perlu menanggung kos lepas.

• Contohnya pilihan untuk menambahkan bilangan rumah dari 2 kepada 3 unit, maka kos lepasnya ialah 20 unit kereta ( 75-55 unit kereta)

• kecerunan KKP menggambarkan bentuk kos lepas sama ada kos lepas meningkat atau kos lepas malar

UNIT EKONOMI AE015 40

Page 41: Bab 1 Keluk Kemungkinan Pengeluaran

Ketidakcekapan dan Pengangguran

• Sebarang titik yang berada di dalam/bawah KKP seperti titik X, penggunaan sumber ekonomi adalah tidak cekap.

• Pengeluaran dapat dilakukan tetapi tidak mencapai tahap maksimum kerana faktor pengeluaran tidak digunakan sepenuhnya.

• Titik terletak di dalam keluk kemungkinan pengeluaran.

UNIT EKONOMI AE015 41

Page 42: Bab 1 Keluk Kemungkinan Pengeluaran

Keluaran yang tidak boleh dicapai

• Kombinasi pada titik Y menunjukkan kombinasi barang yang tidak dapat dikeluarkan/capai

Hanya dapat dicapai sekiranya

i. faktor pengeluaran bertambahii. teknologi berubah.

UNIT EKONOMI AE015 42

Page 43: Bab 1 Keluk Kemungkinan Pengeluaran

PERALIHAN KKP KESAN PERUBAHAN TEKNOLOGI

UNIT EKONOMI AE015 43

Brg y

Brg xQxo

Qx1

Qyo

Brg y

Brg xQxo

Qyo

Qy1

Kemajuan teknologi pengeluaran barang X sahaja

Kemajuan teknologi pengeluaran barang Y > dari kemajuan teknologi barang X

Qx1

Page 44: Bab 1 Keluk Kemungkinan Pengeluaran

PERALIHAN KKP : PERUBAHAN KUANTITI SUMBER

UNIT EKONOMI AE015 44

Brg y

Brg xQxo

Qx1

Qyo

Qx1

Peralihan KKP secara selari

Page 45: Bab 1 Keluk Kemungkinan Pengeluaran

1.3 Objektif Pengajaran :Diakhir pembelajaran pelajar akan dapat:1.3.1 Menerangkan sistem ekonomi kapitalis, sosialis dan campuran1.3.1.a Menghuraikan ciri sistem ekonomi 1.3.1.b menerangkan kebaikan dan kelemahan1.3.1.c Menjelaskan bagaimana setiap sistem menyelesaikan masalah asas ekonomi1.3.2 Menjelaskan Sistem Ekonomi Islam1.3.2.a Menerangkan prinsip ekonomi Islam1.3.2.b Menerangkan ciri sistem ekonomi Islam1.3.2.c Menjelaskan bagaimana sistem ekonomi Islam menyelesaikan masalah asas ekonomi1.3.3 Perbandingan Sistem Ekonomi Islam Dengan sistem kapitalis, campuran dan sosialis

dari aspek: a. objektif/matlamat b. ciri c. pendekatan penyelesaian masalah asas ekonomi

UNIT EKONOMI AE015 45

Page 46: Bab 1 Keluk Kemungkinan Pengeluaran

1.3 . SISTEM EKONOMI

• Merupakan satu unit organisasi yang menyelesaikan masalah asas ekonomi dalam sistem ekonomi.

• Sistem ekonomi terdiri daripada:

a. Sistem Ekonomi Kapitalis/Pasaran Bebas

b. Sistem Ekonomi Sosialis/Perancangan Pusat

c. Sistem Ekonomi Campuran

UNIT EKONOMI AE015 46

Page 47: Bab 1 Keluk Kemungkinan Pengeluaran

a. Sistem ekonomi kapitalis Dikenali juga sebagai sistem ekonomi Laissez – faire Tidak terdapat sebarang campurtangan kerajaan dalam

semua keputusan ekonomi. Pengeluaran barang dan perkhidmatan ditentukan oleh

kuasa permintaan dan penawaran (Mekanisme Harga).• Matlamat:- Motif pengeluar adalah untuk memaksimumkan

keuntungan. Oleh itu wujud persaingan dalam pengeluaran.

• Pemilikan:- Faktor pengeluaran dimiliki oleh pihak persendirian.• Keputusan Ekonomi:- Ditentukan oleh pihak swasta melalui permintaan

dan penawaran

UNIT EKONOMI AE015 47

Page 48: Bab 1 Keluk Kemungkinan Pengeluaran

Kebaikan Sistem Ekonomi Kapitalis• Mementingkan kebajikan pengguna - sebab

individu bebas membuat keputusan dan kepuasan dapat dimaksimumkan.

• Menggalakkan persaingan - firma dapat meningkatkan kecekapan dan terus kekal

dalam industri.• Menggalakkan perkembangan teknologi dan

reka cipta - dapat menjimatkan kos dan meningkatkan daya pengeluaran.

• Kebebasan dalam melakukan kegiatan ekonomi bagi pengguna dan pengeluar .

• Pasaran memberikan maklumat yang tepat kepada pengeluar - maklumat tentang

jumlah DD penting untuk hasilkan barang - untung maksimum. UNIT EKONOMI AE015 48

Page 49: Bab 1 Keluk Kemungkinan Pengeluaran

Kelemahan Sistem Ekonomi Kapitalis

• Kegagalan dalam menyediakan barang awam - sebab tujuan firma untuk mendapatkan keuntungan.

• Ketidakstabilan ekonomi - kerana harga ditentukan oleh mekanisme pasaran.

• Ketidakadilan dalam agihan pendapatan - golongan meskin terabai kerana jurang perbezaan pendapatan yang besar antara golongan kaya dan meskin.

• Mewujudkan monopoli dalam pengeluaran - persaingan menyebabkan hanya firma besar saja yang terus dapat bertahan.

• Kesan luaran negatif (eksternaliti) - tujuan firma untuk memaksimumkan keuntungan menyebabkan tanggungjawab sosial diabaikan.

UNIT EKONOMI AE015 49

Page 50: Bab 1 Keluk Kemungkinan Pengeluaran

Penyelesaian Masalah Asas Ekonomi

- Dalam sistem ekonomi kapitalis, masalah apa dan berapa banyak barang yang hendak dikeluarkan bergantung kepada kuasa permintaan dan penawaran (mekanisme harga).

- Masalah bagaimana barang hendak dikeluarkan bergantung kepada intensif buruh atau intensif modal untuk meminimumkan kos pengeluaran supaya motif pengeluar untuk memaksimumkan

untung dapat dicapai.

- Masalah untuk siapa barang dikeluarkan bergantung kepada agihan pendapatan isirumah.

UNIT EKONOMI AE015 50

Page 51: Bab 1 Keluk Kemungkinan Pengeluaran

b. Sistem Ekonomi Sosialis• Semua sumber pengeluaran dimiliki oleh kerajaan.

• Matlamat :- Motif pengeluaran adalah untuk meningkatkan

kesejahteraan masyarakat dan tiada motif keuntungan.

• Pemilikan :- Semua sumber adalah milik kerajaan.- Tidak wujud persaingan dalam pengeluaran.

• Keputusan Ekonomi- Kerajaan akan menentukan jenis barang yang

hendak dikeluarkan.

UNIT EKONOMI AE015 51

Page 52: Bab 1 Keluk Kemungkinan Pengeluaran

Kebaikan Sistem Ekonomi Sosialis– Pengagihan pendapatan adalah saksama - sebab

semua faktor milik kerajaan dan tiada harta persendirian.

– Penggunaan sumber ekonomi yang cekap - pengeluaran barangan dikawal oleh kerajaan dan ini menjamin kecekapan penggunaan sumber.

– Matlamat sosial sentiasa diutamakan – kerana kerajaan lebih fokus kepada barang awam.

– Keadaan ekonomi lebih stabil - kerana ekonomi tidak dipengaruhi kesan turun naik harga sebab dikawal oleh kerajaan.

– Harga dan kos rendah - sebab dasar pemilikan negara menyebabkan tiada persaingan untuk

pengiklanan.UNIT EKONOMI AE015 52

Page 53: Bab 1 Keluk Kemungkinan Pengeluaran

Kelemahan Sistem Ekonomi Sosialis

• Kehilangan kuasa untuk memiliki kekayaan – tidak bebas memiliki kekayaan dan mengumpul harta kekayaan.

• Pekerja kurang motivasi dan inisiatif untuk kerja kuat.• Pembaziran sumber - kerajaan memilih insentif buruh

dan daya pengeluaran jatuh.• Pentadbiran kurang efisien – wujud birokrasi.

UNIT EKONOMI AE015 53

Page 54: Bab 1 Keluk Kemungkinan Pengeluaran

Penyelesaian Masalah Asas Ekonomi

• Apa dan berapa banyak barang yang hendak dikeluarkan ditentukan oleh kerajaan bergantung kepada keperluan untuk meningkatkan kebajikan.

• Bagaimana barang hendak dikeluarkan

bergantung kepada cara yang sesuai dan selaras dengan matlamat ekonomi negara. Jika kerajaan ingin menurunkan kadar pengangguran ia akan memilih intensif buruh dan intensif modal jika ingin meningkatkan pertumbuhan ekonomi.

• Untuk siapa barang dikeluarkan untuk semua rakyat

bergantung kepada keperluan isirumah.

UNIT EKONOMI AE015 54

Page 55: Bab 1 Keluk Kemungkinan Pengeluaran

c. Sistem Ekonomi Campuran

• Merupakan gabungan daripada sistem ekonomi kapitalis dengan sistem ekonomi sosialis.

• Rasionalnya - kerajaan perlu campurtangan dalam sistem pasaran bebas untuk mengurangkan kelemahan yang wujud dalam pasaran bebas. Contoh campurtangan kerajaan ialah seperti perlaksanaan dasar kawalan harga, dasar pencukaian dan subsidi.

UNIT EKONOMI AE015 55

Page 56: Bab 1 Keluk Kemungkinan Pengeluaran

• Matlamat :- Semua campurtangan kerajaan bertujuan membentuk sebuah

sistem ekonomi yang lebih mementingkan kebajikan sosial daripada terlalu mementingkan keuntungan persendirian.

• Pemilikan :- Kerajaan dan swasta

• Keputusan Ekonomi- Semua keputusan ekonomi ditentukan oleh kerajaan dan

mekanisma harga, kerana sumber ekonomi dimiliki oleh pihak kerajaan dan swasta. Firma bebas bersaing tapi dikawal oleh pihak kerajaan.

UNIT EKONOMI AE015 56

Page 57: Bab 1 Keluk Kemungkinan Pengeluaran

Kebaikan Sistem Campuran

– Wujudnya motif untung persendirian dan motif kebajikan- Pengeluaran dibuat secara cekap dan kebajikan pengguna sentiasa dijamin.

– Pertumbuhan ekonomi yang stabil- kerajaan boleh merangsang pertumbuhan ekonomi apabila ekonomi merosot dan mengurangkan inflasi jika ekonomi melambung

– Penggalakan penggunaan teknologi- pengeluaran menggunakan sumber secara cekap mendorong peningkatan teknologi.

– Kawalan kerajaan- pengeluaran tertakluk oleh undang-undang yang diwujudkan oleh kerajaan.

UNIT EKONOMI AE015 57

Page 58: Bab 1 Keluk Kemungkinan Pengeluaran

Penyelesaian Masalah Asas Ekonomi

• Masalah apa dan berapa banyak yang hendak dikeluarkan masih ditentukan oleh mekanisme pasaran tetapi sekiranya wujud kelemahan (samada membebankan pengguna/pengeluar), kerajaan akan campurtangan.

• Masalah bagaimana barang dikeluarkan bergantung kepada teknik pengeluaran yang paling cekap samaada intensif buruh/modal.

• Masalah untuk siapa barang dikeluarkan bergantung kepada agihan pendapatan isirumah dan pada masa yang sama kebajikan masyarakat tidak diabaikan.

UNIT EKONOMI AE015 58

Page 59: Bab 1 Keluk Kemungkinan Pengeluaran

• Tujuan Campurtangan kerajaan dalam Sistem Ekonomi Campuran

• Mewujudkan kestabilan ekonomi.• Menyediakan barang awam• Mengelakkan amalan monopoli.• Merapatkan jurang perbezaan pendapatan.• Menghapuskan kesan luaran yang negatif.• Mengawal aktiviti pengeluaran yang bertentangan

dengan undang-undang.

UNIT EKONOMI AE015 59

Page 60: Bab 1 Keluk Kemungkinan Pengeluaran

• Bentuk Campurtangan Kerajaan

• Mengenakan peraturan dan undang-undang.• Penentuan tingkat harga - menetapkan dasar harga

maksimum dan dasar harga minimum.• Pencukaian - mengenakan cukai tak langsung kepada

pengeluar. Hasil kerajaan naik dan untung berkurangan.

• Subsidi - mengurangkan kos pengeluaran.

UNIT EKONOMI AE015 60

Page 61: Bab 1 Keluk Kemungkinan Pengeluaran

1.3.2 Sistem ekonomi Islam

• Merupakan sistem ekonomi yang dijalankan berlandaskan hukum syarak dengan menjadikan Al-Quran dan Hadis sebagai sumber rujukan. Contoh negara yang mengamalkannya ialah Arab Saudi dan Mesir.

UNIT EKONOMI AE015 61

Page 62: Bab 1 Keluk Kemungkinan Pengeluaran

Prinsip Ekonomi Islam

• Hubungan manusia dengan Pencipta

• Hubungan manusia dengan manusia

• Hubungan manusia dengan alam

• Tanggungjawab manusia sebagai pemegang amanah.

UNIT EKONOMI AE015 62

Page 63: Bab 1 Keluk Kemungkinan Pengeluaran

b. Ciri-ciri Ekonomi Islam Terdapat lima ciri penting dalam sistem ekonomi

ini iaitu:

1. Matlamat• Keseimbangan antara kepentingan individu dan

masyarakat.

2. Pemilikan Harta• Terdapat hakmilik individu dan hakmilik umum.

3. Peranan kerajaan• Kerajaan berfungsi mengawal aktiviti ekonomi dan

melaksana hukuman yang ditetapkan dalam Al-Qura’an

4. Sistem zakat• Sistem zakat berfungsi menyeimbangkan

agihan pendapatan.UNIT EKONOMI AE015 63

Page 64: Bab 1 Keluk Kemungkinan Pengeluaran

c.Penyelesaian Masalah Asas Ekonomi:

Penyelesaian masalah asas ekonomi hampir sama dengan sistem ekonomi Campuran. Apa dan berapa banyak barang yang hendak dikeluarkan bergantung kepada mekanisme harga dan barang yang haram tidak dibenarkan sama sekali. Kerajaan campurtangan untuk menjamin kestabilan ekonomi.

UNIT EKONOMI AE015 64

Page 65: Bab 1 Keluk Kemungkinan Pengeluaran

Bagaimana barang hendak dikeluarkan berdasarkan kecekapan dalam pengeluaran dengan tidak membebankan masyarakat. Manusia sebagai pemegang amanah Allah dan perlu menguruskan sumber ekonomi dengan cekap serta memakmurkan mukabumi dengan tidak meninggalkan kesan luaran yang negatif - pencemaran.

UNIT EKONOMI AE015 65

Page 66: Bab 1 Keluk Kemungkinan Pengeluaran

Untuk siapa barang dikeluarkan - setiap individu dijamin memperolehi keperluan asas. Barang awam dikeluarkan oleh kerajaan dan barang ekonomi untuk mereka yang mampu. Yang berpendapatan tinggi akan memperolehi lebih banyak barang dan perlu membayar zakat dan yang kurang mampu dibantu dengan sistem zakat - agihan pendapatan lebih adil.

UNIT EKONOMI AE015 66

Page 67: Bab 1 Keluk Kemungkinan Pengeluaran

1.3.3 Perbandingan Sistem Ekonomi Islam Dengan Sistem Ekonomi Kapitalis dan Sistem Ekonomi Sosialis

Aspek perbandingan berdasarkan :

1. Objektif2. Ciri3. Pendekatan menyelesaikan masalah asas

UNIT EKONOMI AE015 67

Page 68: Bab 1 Keluk Kemungkinan Pengeluaran

Sistem EkonomiKapitalis

EkonomiSosialis

Objektif

Ciri

PendekatanPenyelesaian Masalah

Ekonomicampuran

UNIT EKONOMI AE015 68

Tugasan : senaraikan perbandingan sistem Tugasan : senaraikan perbandingan sistem ekonomi berdasarkan jadual ekonomi berdasarkan jadual dibawah:dibawah:

Page 69: Bab 1 Keluk Kemungkinan Pengeluaran

UNIT EKONOMI AE015 69