eksternaliti - ukm.my · kemungkinan pengeluaran sebuah firma atau beberapa firma lain sama ada...

14
EKSTERNALITI Isu eksternaliti penting bukan sahaja melibatkan isu moral tetapi juga melibatkan isu ekonomi dalam aspek Penggunaan sumber Kesan kos luaran yang positif dan negatif e.g kos rawatan & kos-kos lain Hyman(2002) mendifinisikan eksternaliti sebagai kos atau faedah daripada suatu transaksi pasaran yang tidak dikenakan sebarang harga. Ia bermaksud ekternaliti berlaku kesan kpd orang ketiga iaitu selain daripada penjual & pembeli Kos atau faedah tidak diambil kira dalam pengeluaran (penjual) atau penggunaan (pembeli) Menurut Brodway (1979), eksternaliti adalah aktiviti sesuatu pihak (isirumah atau firma) mempengaruhi kemungkinan utiliti atau pengeluaran pihak lain dengan tidak dikenakan harga. Implikasinya adalah seperti berikut: pihak yang mengeluarkan kesan itu tidak mempunyai insentif untuk mengambilkiranya, sama ada kesan itu memberi faedah atau merugikan pihak yang dipengaruhi. pihak yang mempengaruhi mungkin menggunakan jumlah sumber yang tidak cekap dalam menjalankan aktiviti mereka Jenis-jenis eksternaliti eksternaliti positif (kesan luaran positif) o e.g: penemuan vaksin bagi perlindungan drpd virus tertentu, latihan kpd pekerja-pekerja dll eksternaliti negatif (kesan luaran negatif) o e.g: pencemaran alam sekitar. Analisis tingkat optimum aktiviti pengeluaran/ penggunaan akibat berlakunya eksternaliti adalah seperti berikut: Eksternaliti positif Ia adalah optimum jika, = + = h j j A MB MB MC 1 dimana ia adalah Faedah sut Sosial (FSS) kerana mengambilkira kesan faedah luaran tetapi tidak optimum jika, MC = MB A dimana ia hanya mengambilkira faedah sut (MB) persendirian sahaja 1

Upload: vodang

Post on 11-May-2019

242 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

EKSTERNALITI Isu eksternaliti penting bukan sahaja melibatkan isu moral tetapi juga melibatkan isu ekonomi dalam aspek

• Penggunaan sumber • Kesan kos luaran yang positif dan negatif e.g kos rawatan & kos-kos lain

Hyman(2002) mendifinisikan eksternaliti sebagai kos atau faedah daripada suatu transaksi pasaran yang tidak dikenakan sebarang harga.

• Ia bermaksud ekternaliti berlaku kesan kpd orang ketiga iaitu selain daripada penjual & pembeli

• Kos atau faedah tidak diambil kira dalam pengeluaran (penjual) atau penggunaan (pembeli)

Menurut Brodway (1979), eksternaliti adalah aktiviti sesuatu pihak (isirumah atau firma) mempengaruhi kemungkinan utiliti atau pengeluaran pihak lain dengan tidak dikenakan harga. Implikasinya adalah seperti berikut:

• pihak yang mengeluarkan kesan itu tidak mempunyai insentif untuk mengambilkiranya, sama ada kesan itu memberi faedah atau merugikan pihak yang dipengaruhi.

• pihak yang mempengaruhi mungkin menggunakan jumlah sumber yang tidak cekap dalam menjalankan aktiviti mereka

Jenis-jenis eksternaliti

• eksternaliti positif (kesan luaran positif) o e.g: penemuan vaksin bagi perlindungan drpd virus tertentu, latihan kpd

pekerja-pekerja dll • eksternaliti negatif (kesan luaran negatif)

o e.g: pencemaran alam sekitar. Analisis tingkat optimum aktiviti pengeluaran/ penggunaan akibat berlakunya eksternaliti adalah seperti berikut:

• Eksternaliti positif Ia adalah optimum jika,

∑=

+=h

jjA MBMBMC

1 dimana ia adalah Faedah sut Sosial (FSS) kerana

mengambilkira kesan faedah luaran tetapi tidak optimum jika, MC = MBA dimana ia hanya mengambilkira faedah sut (MB) persendirian sahaja

1

• Eksternaliti Negatif Ia adalah optimum jika,

∑=

+h

jjMDMC

1= MBA dimana ia melibatkan Kos Sut Sosial (KSS) iaitu dengan

mengambil kira kos eksternaliti negatif. Tetapi ia tidak optimum jika MC = MBA dimana ia mengambilkira kos sut (MC) persendirian sahaja

Jenis Eksternaliti Mengikut Aktiviti (Analisis Secara Persamaan Matematik) 1. Eksternaliti Pengeluaran • Eksternaliti ini wujud apabila aktiviti pengeluaran sesuatu firma mempengaruhi

kemungkinan pengeluaran sebuah firma atau beberapa firma lain sama ada dengan memberi faedah atau kerugian

• e.g kilang kelapa sawit yang membuang hampas atau sisanya ke sungai akan menyebabkan pencemaran yang merosakkan ikan. Ini akan merugikan nelayan. Pencemaran air di hulu sungai akan menyusahkan firma di hilir yang menggunakan air sungai ini. (kesan luaran negatif)

• e.g latihan yang diberi oleh sesebuah firma kepada pekerjanya memberi faedah kepada firma lain apabila pekerja ini berpindah ke firma lain. (kesan luaran positif)

Implikasinya

• firma yang menjalankan aktiviti itu mengeluarkan ekonomi luaran atau tak ekonomi luaran terhadap firma lain dengan tidak mendapat faedah atau tidak melibatkan kos melalui mekanisme harga.

• membawa kepada salah peruntukan sumber, iaitu terlalu sedikit aktiviti apabila ekonomi luaran berlaku dan terlalu banyak aktiviti apabila tak ekonomi luaran berlaku.

Jumlah kesan yang dikeluarkan mungkin bergantung kepada jumlah output dikeluarkan atau jumlah sesuatu faktor pengeluaran digunakan oleh firma yang mengeluarkan kesan ini. Contohnya, katakan firma ini mengeluarkan X dan firma yang dipengaruhi ialah Y. Katakan X dikeluarkan oleh fungsi pengeluaran berikut:

X = f(Lx, Kx)

Jika firma X memaksimumkan keuntungan dalam industri bersaingan, ia akan membayar perkhidmatan faktor mengikut nilai keluaran sut:

2

& XLxx MPPw .= X

KXx MPpr .=

Dan jika firma yang mengeluarkan Y menerima faedah yang bergantung kepada penggunaan modal oleh firma X. Fungsi pengeluaran bagi Y ialah:

Y = g(Ly, Ky, Kx)

Katakan firma Y saja yang dipengaruhi oleh Kx. Tingkat Kx adalah ditetapkan baginya, dan ia memaksimumkan keuntungan dengan membayar buruh dan modal mengikut nilai keluaran sut mereka. Ketidakoptimuman timbul kerana Kx menyumbang kepada output Y tetapi firma X tidak mengambilkira kesan ini. Pada tingkat optimum, kos sut menggunakan Kx, iaitu harganya r, patut bersamaan dengan jumlah sumbangan sut bagi kedua-dua pengeluaran X dan Y atau:

YKXy

XKXx MPPMPPr .. +=

dimana ialah nilai keluaran sut KYKXY MPP . x dalam pengeluaran Y (bernilai positif atau

negatif). Implikasinya, firma yang mengeluarkan X, dalam menimbangkan faedah sut sendiri daripada penggunaan Kx berbanding dengan faedah sut sosial adalah mencapai tingkat output yang tidak cekap.

Lebih umum lagi, mungkin banyak firma yang dipengaruhi. Katakan firma-firma ini adalah Y1 ... Yn. Dengan itu faedah sut sosial daripada penggunaan Kx adalah diterima oleh semua firma dan syarat pengoptimuman penggunaan Kx ialah:

iKx

n

ii

xKxx MPpMPpr ..

1∑

=

+=

dimana pi ialah harga Yi dan adalah keluaran sut KiKxMP x dalam pengeluaran Yi.

Analisis di atas mengandaikan bahawa besarnya kesan luaran bergantung kepada penggunaan Kx dalam pengeluaran X. Tetapi ia mungkin bergantung kepada jumlah output X. Contohnya, dalam kes kawasan penangkapan ikan, tak ekonomi luaran yang dikenakan terhadap nelayan lain dijangka bergantung kepada jumlah tangkapan tiap-tiap orang. Fungsi pengeluaran Y sekarang ialah:

Y = g(Ly, Ky, X)

3

Kos sut kepada firma X bagi mengeluarkan outputnya termasuk bayaran kepada buruh dan modal yang digunakannya, sementara faedah sut sosial meliputi harga yang diterima daripada jualan X (faedah sut sendiri) dan faedah sut luaran (positif atau negatif) kepada firma lain.

Di sini firma X tidak berkelakuan optimum kerana dalam memaksimumkan keuntungan, ia memilih tingkat output yang memenuhi syarat berikut:

Px = MCx Pengeluaran optimum X sepatutnya ialah: x

yxyX MCMPPP =+ .

yang mana ialah nilai keluaran sut output X kepada proses pengeluaran Y (postitif atau negatif).

Yxy MPYP .

• Dalam kes ekonomi luaran, firma X menggunakan faktor pengeluaran yang

kurang dan mengeluarkan terlalu sedikit output. • Ini boleh diperbaiki dengan memberi insentif untuk menambahkan output

(misalnya dengan memberi subsidi) atau memberi insentif yang sesuai untuk menggunakan buruh dan modal (contohnya, memberi subsidi bagi penggunaan buruh dan modal bagi pengeluaran X pada kadar yang sama). Kesannya ialah kedua-dua langkah ini mempengaruhi firma mengambilkira kesan luaran yang dijananya.

2. Eksternaliti Penggunaan

• Maksudnya penggunaan oleh seseorang individu mungkin mempengaruhi dengan secara langsung tingkat utiliti pengguna lain tanpa melalui mekanisme harga.

• e.g: pencemaran alam yang mempengaruhi individu daripada memandu kereta atau merokok atau kesan luaran yang timbul daripada perasaan, misalnya A mengalami perasaan kejatuhan tingkat utiliti jika jirannya membeli kereta baru.

• sepatutnya aktiviti penggunaan seseorang itu memasuki fungsi utiliti seseorang lain dalam bentuk positif jika ekonomi luaran, atau negatif jika ekonomi tak luaran.

Terdapat dua cara untuk membezakan bagaimana penggunaan seseorang itu boleh mempengaruhi utiliti orang lain melalui tingkat penggunaan sesuatu barang atau melalui tingkat utiliti yang dicapai oleh pengguna itu.

• kes pertama, penggunaan sesuatu barang oleh individu itu, seperti kereta, mempengaruhi secara langsung tingkat utiliti yang dicapai oleh orang lain, katakan melalui pencemaran alam. Jika penggunaan X oleh individu A mempengaruhi utiliti B, fungsi utiliti B, boleh dituliskan sebagai;

UB = UB (XB, YB, ZB, ..., XA)

4

• Penggunaan A bukan saja memberi faedah kepadanya sendiri, tetapi kepada B juga.

• Jika penggunaan X oleh A ialah XA, syarat optimum yang sesuai untuk mencapai tingkat kecekapan ialah:

px = MBA

XA + MBBXA

Jika lebih dari seorang yang dipengaruhi, syarat optimum ini ialah:

px = MBAXA ∑

=

+n

i

iXAMB

1

Oleh kerana A tidak mengambilkira , akibatnya adalah perlakuan tak optimum,

iaitu terlalu sedikit aktiviti itu dijalankan jika kesan itu adalah ekonomi luaran dan sebaliknya terlalu banyak aktiviti jika kesan itu ialah tak ekonomi luaran.

∑=

n

i

iXAMB

1

• Kes kedua ialah kes utiliti saling bergantung. Kes ini berlaku apabila individu A

mendapat faedah (atau mengalami kerugian) daripada utiliti yang diperolehi B. • Jika A bersikap mementingkan kebajikan orang lain ia mungkin merasa

kedudukannya bertambah baik (atau buruk) jika kedudukan B bertambah baik (atau buruk). Fungsi utiliti A adalah,

UA = UA [XA

, YA, ZA, ..., g (XB, YB, ZB, ...)] yang mana g ialah fungsi yang mencerminkan peta keluk puas sama B.

5

Analisis Secara Rajah (kesan Eksternaliti)

MEC= kos tambahan kpd pihak ketiga akibat pengeluaran tambahan barangan & perkhidmatan

• Tidak dikira dalam harga barang • e.g: pencemaran sungai kos terlibat $10 per ton kertas. • anadaian PPS keseimbangan di titik A iaitu D=S tetapi apabila wujud kesan

negatif pengeluaran (MEC meningkat) tetapi o/p masih kekal di tingkat qty asal (iaitu pd titik G), maka MSC > MSB – ia adalah titik yang tidak optimum

• optimum pd titik B iaitu MSC = MPC + MEC = MSB • faedah bersih = segitiga BGA dimana Q menurun dan P meningkat (kos ekst.

telah dimasukkan) akibat pengurangan kertas.

6

7

8

9

MDB + MCX

MDB = -MBB

MCX

MBA

f

e

j

c

h

Kos, Harga (RM)

g

_

AX

d a

b

0AX 0 Kuantiti XA

10

PENCUKAIAN TERHADAP XA

Katakan kerajaan memungut cukai daripada A kerana penggunaan XA pada kadar

bersamaan dengan kerosakan sut yang dilakukan terhadap B pada tingkat optimum,

atau ab. Dari segi A, kos sut aktiviti XA telah dinaikkan ke MCX + ab menjadikan

garis hj menggambarkan kos sut. A akan menyamakan kos sut ini dengan faedah

sutnya dan akan memilih output optimum XA. Kesannya adalah seperti berikut:

Untung kepada B = abcd (pengurangan kerosakan)

Untung kepada A = -ehbd (kerugian lebihan pengguna)

Untung kepada kerajaan = ehba (hasil cukai)

-----------------------------------------------------------------

Untung sosial = bcd

11

PEMBERIAN SUBSIDI KEPADA A UNTUK MENGURANGKAN AKTIVITI XA

Kerajaan memberi subsidi kepada A pada kadar MDB (dinilaikan pada tingkat

)oAX bagi setiap unit XA bagi sebarang pengurangan outputnya yang kurang daripada

AX−

. Keputusan untuk mengeluarkan satu unit output bermakna subsidi tidak akan

diberi bagi output itu. Kos melepas kepada A bagi setiap tingkat aktiviti ialah MCX

campur subsidi yang tidak diperolehi, iaitu MBX atau dj. Bermula pada tingkat output

AX−

, faedah sut kepada A daripada mengurangkan output ialah penjimatan kos MCX

dan penerimaan subsidi dj. hj adalah seperti garis faedah sut dan MBA adalah 'kos'

kepada A bagi mengurangkan aktiviti XA. A akan memilih titik b pada mana untung

sut daripada pengurangan XA bersamaan dengan kos sut (daripada pengurangan

faedah). Kesan pemberian subsidi ialah:

Untung kepada B = abcd (pengurangan kerosakan)

Untung kepada A = bjd (untung subsidi - kerugian lebihan pengguna)

Untung kepada kerajaan = -abjd (bayaran subsidi)

----------------------------------------------------------------------------------

Untung sosial bersih = bcd

---------------------------------------------------------------------------------

12

LIABILITI KEROSAKAN KEPADA A

Eksternaliti boleh juga dibetulkan dengan memperuntukkan liabiliti kerosakan kepada

satu pihak, dan membenarkan bayaran untuk keroskaan dicapai melalui gantirugi yang

dikenakan mengikut undang-undang atau melalui persetujuan di antara pihak terlibat.

Katakan A bertanggungjawab ke atas kerosakan yang dilakukannya, menjadikan B secara

berkesan diberi hak milik. Seterusnya, katakan bayaran ganti rugi untuk kerosakan ini

boleh dikenakan dengan tidak melibatkan sebarang kos. Dengan itu A diperlukan

membayar ganti rugi bagi sebarang kerosakan yang dilakukan ke atas B pada kadar yang

diberi oleh kawasan di bawah keluk MDB, iaitu keluk kerosakan sut B. A yang

sebenarnya menghadapi kos sut menambahkan XA bersamaan dengan keluk MDB + MCX,

dan memilih titik b sebagai tingkat aktiviti optimum . Di sini A mesti membayar B

sebanyak efba untuk menjalankan aktiviti ini. Kesannya ialah:

oAX

Untung kepada B = efcd (pengurangan kerosakan + bayaran dari A)

Untung/rugi kepada A = -efbd (kerugian lebihan pengguna dan bayaran kepada B)

--------------------------------------------------------------------------------

Untung bersih sosial = bcd

-------------------------------------------------------------------------------

13

HAK MILIK KEPADA A

Di sini B tidak mempunyai hak untuk memaksa A supaya tidak mengeluarkan di tingkat .

Tetapi, oleh kerana tidak optimum, maka masih ada untung bersih yang boleh didapati

oleh A dan B bersama dengan mengurangkan output. Jika tawar menawar tidak melibatka

AX−

AX−

n

kos, B akan beruntung apabila A dibayar dengan sukarela untuk mengurangkan output.

Dalam Rajah 3.4, B bersedia membayar jumlah sebanyak kawasan di bawah keluk MDB

untuk mengurangkan XA. Pada masa yang sama, A bersedia mengurangkan outputnya jika ia

menerima sekurang-kurangnya kawasan di antara keluk faedah sut, MBA dan keluk kos sut,

MCX. Tawar menawar mengurangkan XA adalah mungkin selagi jumlah maksimum yang B

sedia membayar untuk mengurangkan XA (MDA) melebihi jumlah minimum yang A sedia

menerima untuk mengurangkan XA, (MBA - MCX). Tawar menawar akan berlaku sehingga

kedua-dua jumlah ini bersamaan, dan kesannya ialah output optimum XA. Kecekapan dalam

peruntukan sumber akan dicapai tidak mengira siapa yang diberi hak milik (dan

mengandaikan tawar menawar yang tidak melibatkan kos) adalah diketahui sebagai teorem

Coase. Teorem Coase ini menunjukkan bahawa kesan luaran mungkin boleh diselesaikan

dengan tidak memerlukan campurtangan kerajaan melalui mekanisme pasaran.

Pembahagian untung dan rugi di antara A dan B tidak dapat diramalkan dari analisis

ini. Ia bergantung kepada siapa yang lebih cekap dalam tawar menawar. B bersedia

membayar jumlah sehingga abcd bagi A mengurangkan aktivitinya ke tingkat . A mesti

menerima jumlah minimum sebanyak abd untuk berbuat begitu. Perbezaannya ialah kawasa

oAX

n

bcd (untung bersih). Jumlah gantirugi yang dibayar kepada A oleh B ialah di antara abd dan

abcd dan jumlah yang sebenarnya bergantung kepada kecekapan tawar menawar sesuatu

pihak itu.

14