pengenalan - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/bbek1103/83265... · keluk...

47
PENGENALAN Kita telah lihat di Topik 2 bagaimana kuantiti permintaan berhubung kait secara negatif dengan harga dan kuantiti penawaran berhubung kait secara positif dengan harga. Namun, hubungan tersebut adalah terlalu umum. Kita mungkin perlu tahu banyak manakah kuantiti yang diminta akan jatuh sekiranya naik sebanyak 10%. Dalam Topik 3 ini, anda akan mempelajari tentang keseimbangan pasaran. Anda juga akan mempelajari tentang sejauh mana kuantiti diminta sensitif kepada perubahan harga. Maklumat ini penting kepada firma untuk menentukan harga barangan yang dikeluarkan. Kepada ahli ekonomi pula, maklumat ini penting dalam menganalisis dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan. Sensitiviti kuantiti terhadap perubahan harga boleh diukur dengan menggunakan konsep keanjalan yang akan diterangkan di dalam topik ini. T T o o p p i i k k 3 3 Keseimbangan Pasaran Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menunjukkan bagaimana kuantiti dan harga keseimbangan dicapai dengan menggunakan diagram dan persamaan; 2. Menerangkan bagaimana keseimbangan pasaran boleh berubah; 3. Mengira keanjalan permintaan harga, keanjalan penawaran, pekali keanjalan silang dan keanjalan pendapatan; 4. Mentafsirkan keanjalan permintaan harga, keanjalan penawaran, pekali keanjalan silang dan keanjalan pendapatan; dan 5. Mengaplikasikan konsep keanjalan dalam analisis pasaran. HASIL PEMBELAJARAN

Upload: duongngoc

Post on 01-Jul-2018

285 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGENALAN - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBEK1103/83265... · keluk penawaran S. Harga dan kuantiti keseimbangan adalah P0 dan Q0. Apabila permintaan

PENGENALAN

Kita telah lihat di Topik 2 bagaimana kuantiti permintaan berhubung kait secara negatif dengan harga dan kuantiti penawaran berhubung kait secara positif dengan harga. Namun, hubungan tersebut adalah terlalu umum. Kita mungkin perlu tahu banyak manakah kuantiti yang diminta akan jatuh sekiranya naik sebanyak 10%. Dalam Topik 3 ini, anda akan mempelajari tentang keseimbangan pasaran. Anda juga akan mempelajari tentang sejauh mana kuantiti diminta sensitif kepada perubahan harga. Maklumat ini penting kepada firma untuk menentukan harga barangan yang dikeluarkan. Kepada ahli ekonomi pula, maklumat ini penting dalam menganalisis dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan. Sensitiviti kuantiti terhadap perubahan harga boleh diukur dengan menggunakan konsep keanjalan yang akan diterangkan di dalam topik ini.

TTooppiikk

33 Keseimbangan

Pasaran

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menunjukkan bagaimana kuantiti dan harga keseimbangan dicapai dengan menggunakan diagram dan persamaan;

2. Menerangkan bagaimana keseimbangan pasaran boleh berubah;

3. Mengira keanjalan permintaan harga, keanjalan penawaran, pekali keanjalan silang dan keanjalan pendapatan;

4. Mentafsirkan keanjalan permintaan harga, keanjalan penawaran, pekali keanjalan silang dan keanjalan pendapatan; dan

5. Mengaplikasikan konsep keanjalan dalam analisis pasaran.

HASIL PEMBELAJARAN

Page 2: PENGENALAN - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBEK1103/83265... · keluk penawaran S. Harga dan kuantiti keseimbangan adalah P0 dan Q0. Apabila permintaan

TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN 50

KESEIMBANGAN PASARAN

Apakah keseimbangan pasaran? Bagaimanakah permintaan dan penawaran berhubung kait?

Untuk menunjukkan bagaimana kedua-duanya berinteraksi dalam menentukan harga dan kuantiti, kita perlu melakar keluk permintaan dan penawaran dalam satu diagram.

Terma keseimbangan digunakan dalam ekonomi untuk menerangkan keadaan di mana semua pemboleh ubah telah mencapai titik yang mantap tanpa sebarang kecenderungan untuk berubah. Keseimbangan hanya akan berubah sekiranya penentu permintaan atau penawaran berubah. Pada titik keseimbangan pasaran, kehendak pembeli adalah sama dengan kehendak penjual iaitu kuantiti yang diminta adalah sama dengan kuantiti yang ditawarkan pada harga yang tertentu. Kuantiti dan harga ini dikenali sebagai kuantiti keseimbangan dan harga keseimbangan. Berdasarkan kepada perbincangan kita sebelum ini, kita tahu yang keluk permintaan mempunyai kecerunan yang negatif manakala keluk penawaran pula bercerun positif. Di dalam Rajah 3.1, kedua-dua keluk ini dilakarkan dalam diagram yang sama. Kedua-dua keluk ini bersilang pada titik E. Titik E ini dikenali sebagai titik keseimbangan, manakala Pe dan Qe mewakili harga keseimbangan dan kuantiti keseimbangan.

Titik persilangan antara keluk permintaan dan penawaran adalah titik keseimbangan pasaran.

Permintaan dan penawaran adalah model yang menerangkan gelagat pengguna dan penjual di pasaran.

3.1

Page 3: PENGENALAN - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBEK1103/83265... · keluk penawaran S. Harga dan kuantiti keseimbangan adalah P0 dan Q0. Apabila permintaan

TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN 51

Rajah 3.1: Keseimbangan pasaran

3.1.1 Keseimbangan, Lebihan dan Berkurang

Jadual 3.1 menerangkan konsep keseimbangan, lebihan permintaan dan lebihan penawaran. Kadang-kadang, lebihan permintaan juga dipanggil sebagai berkurang manakala lebihan penawaran sebagai lebihan. Ini bermakna, lebihan permintaan diwakili dengan nilai negatif manakala lebihan penawaran dengan nilai positif. Lebihan sifar pula menunjukkan yang kita berada pada titik keseimbangan.

Jadual 3.1: Lebihan, Berkurang dan Keseimbangan Pasaran

Harga (RM)

Kuantiti Diminta (Unit)

Kuantiti Ditawarkan

(Unit)

Berkurang (-) Lebihan (+)

Kecenderungan Harga

1 18 2 -16 Meningkat

2 16 4 -12 Meningkat

3 14 6 -8 Meningkat

4 12 8 -4 Meningkat

5 10 10 0 Keseimbangan

6 8 12 +4 Menurun

7 6 14 +8 Menurun

8 4 16 +12 Menurun

9 2 18 +16 Menurun

Page 4: PENGENALAN - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBEK1103/83265... · keluk penawaran S. Harga dan kuantiti keseimbangan adalah P0 dan Q0. Apabila permintaan

TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN 52

Pengurangan berlaku apabila pada tahap harga tertentu, kuantiti permintaan melebihi kuantiti penawaran. Jadual 3.1 menunjukkan pengurangan atau lebihan permintaan berlaku pada harga RM1 hingga RM4 seunit. Apabila harga adalah RM1, terdapat pengurangan sebanyak 16 unit manakala apabila harga adalah RM4, pengurangan berlaku menjadi empat unit. Pengurangan akan memberi tekanan kepada harga untuk naik dan kenaikan harga ini akan mengurangkan permintaan dan seterusnya mengurangkan pengurangan dalam pasaran. Lebihan pula berlaku apabila pada tahap harga yang tertentu, kuantiti yang ditawarkan melebihi kuantiti yang diminta. Lebihan akan berkurangan apabila harga menurun. Justeru itu, lebihan akan memberi tekanan kepada harga untuk turun. Berdasarkan Jadual 3.1, kita boleh lihat bagaimana lebihan berkurangan daripada 16 unit kepada 14 unit apabila harga turun daripada RM9 kepada RM6 seunit. Keseimbangan akan dicapai apabila tiada lebihan atau pengurangan. Di sini, tiada lagi tekanan ke atas harga untuk berubah. Pada Jadual 3.1, keseimbangan dicapai pada harga RM5 seunit dan kuantiti 10 unit. Perhatikan bahawa pengurangan akan menyebabkan harga meningkat dan lebihan akan mendorong harga untuk jatuh. Rajah 3.2 menunjukkan keadaan pengurangan, lebihan, keseimbangan dan tekanan kepada harga.

Rajah 3.2: Keseimbangan, berkurang dan lebihan

Page 5: PENGENALAN - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBEK1103/83265... · keluk penawaran S. Harga dan kuantiti keseimbangan adalah P0 dan Q0. Apabila permintaan

TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN 53

3.1.2 Perubahan Keseimbangan Pasaran

Keseimbangan pasaran tidak akan berubah selagi tiada sebarang kuasa di pasaran yang mempengaruhi permintaan dan penawaran. Walau bagaimanapun, permintaan dan penawaran akan sentiasa bergerak ke kiri atau kanan apabila penentu permintaan dan penawaran berubah. Oleh itu, perubahan dalam penentu permintaan dan penawaran akan menyebabkan kuantiti dan harga keseimbangan berubah. (a) Perubahan Permintaan

Secara umumnya, perubahan permintaan dan penawaran akan memberi kesan yang boleh dijangka kepada kuantiti dan harga keseimbangan seperti berikut:

(i) Apabila permintaan meningkat manakala penawaran tidak berubah, harga dan kuantiti keseimbangan juga akan meningkat. Untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang kesan peningkatan permintaan ke atas keseimbangan pasaran, mari kita lihat Rajah 3.3(a). Keluk D0 dan S adalah titik keseimbangan asal. Titik E0 adalah titik keseimbangan asal di mana keluk permintaan D0 bersilang dengan keluk penawaran S. Harga dan kuantiti keseimbangan adalah P0 dan Q0. Apabila permintaan meningkat, keluk permintaan D0 akan beralih ke D1. D1 dan E1 adalah keluk permintaan titik keseimbangan yang baru; dan

Kuantiti diminta melebihi kuantiti ditawarkan = Kuantiti ditawarkan melebihi kuantiti diminta = Fikirkan yang manakah merujuk kepada lebihan dan yang mana berkurang.

SEMAK KENDIRI 3.1

Dengan menggunakan ayat anda sendiri, terangkan bagaimana pasaran mencapai keseimbangan. Kongsi jawapan anda dengan rakan yang lain.

AKTIVITI 3.1

Page 6: PENGENALAN - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBEK1103/83265... · keluk penawaran S. Harga dan kuantiti keseimbangan adalah P0 dan Q0. Apabila permintaan

TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN 54

(ii) Apabila permintaan berkurangan dan penawaran tidak berubah, harga dan kuantiti keseimbangan akan jatuh (rujuk Rajah 3.3[b]).

Rajah 3.3: Kesan peralihan keluk permintaan kepada keseimbangan

(b) Perubahan Penawaran

(i) Apabila penawaran meningkat dan permintaan tidak berubah, harga keseimbangan akan jatuh dan kuantiti keseimbangan akan naik (rujuk Rajah 3.4[a]); dan

(ii) Apabila penawaran turun dan permintaan tidak berubah, harga keseimbangan akan naik dan kuantiti keseimbangan akan jatuh (rujuk Rajah 3.4[b]).

Page 7: PENGENALAN - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBEK1103/83265... · keluk penawaran S. Harga dan kuantiti keseimbangan adalah P0 dan Q0. Apabila permintaan

TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN 55

Rajah 3.4: Kesan peralihan keluk penawaran kepada keseimbangan

(c) Perubahan Permintaan dan Penawaran Perubahan permintaan dan penawaran secara serentak akan menyebabkan

harga dan kuantiti keseimbangan berubah seperti berikut:

(i) Apabila kedua-dua permintaan dan penawaran meningkat, kuantiti keseimbangan akan naik (rujuk Rajah 3.5[a]); dan

(ii) Apabila kedua-dua permintaan dan penawaran turun, kuantiti keseimbangan akan jatuh (rujuk Rajah 3.5[b]).

Rajah 3.5: Kesan peralihan keluk permintaan dan penawaran dalam arah yang sama

Page 8: PENGENALAN - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBEK1103/83265... · keluk penawaran S. Harga dan kuantiti keseimbangan adalah P0 dan Q0. Apabila permintaan

TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN 56

Rajah 3.5 menunjukkan kedua-dua keadaan ini. Kesan ke atas harga pula tidak dapat ditentukan kerana ia bergantung kepada beberapa perkara terutamanya sejauh mana keluk berubah dan juga keanjalan keluk iaitu:

(i) Apabila permintaan naik dan penawaran turun, harga keseimbangan akan naik (rujuk Rajah 3.6[a]); dan

(ii) Apabila permintaan turun dan penawaran naik, harga keseimbangan akan turun. Kesan kepada kuantiti tidak dapat ditentukan disebabkan oleh perkara yang sama seperti di atas (rujuk Rajah 3.6[b]).

Rajah 3.6: Kesan peralihan keluk permintaan dan penawaran dalam arah yang berlainan

Page 9: PENGENALAN - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBEK1103/83265... · keluk penawaran S. Harga dan kuantiti keseimbangan adalah P0 dan Q0. Apabila permintaan

TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN 57

PASARAN DALAM BENTUK PERSAMAAN

Kita juga boleh menerangkan hubungan antara permintaan pasaran dan penawaran pasaran untuk sesuatu barangan dan penentu-penentu mereka dalam bentuk persamaan. Persamaan boleh dinyatakan dalam bentuk fungsi yang umum atau dengan memberikan nilai yang tertentu kepada pemboleh ubah tertentu. Persamaan ini dikenali sebagai fungsi permintaan dan fungsi penawaran. Selain itu, keseimbangan pasaran juga boleh diperoleh daripada fungsi-fungsi tersebut.

3.2.1 Fungsi Permintaan

Fungsi permintaan menunjukkan hubungan antara kuantiti diminta dan penentunya dalam bentuk fungsi: Fungsi permintaan yang umum boleh ditulis seperti berikut:

Fungsi umum ini menyatakan secara amnya yang kuantiti diminta, Qd, berfungsi kepada harganya sendiri, Pg; harga barangan pengganti, Ps; harga barangan

Qd = f(Pg, Ps, Pc, Y, T, Peg)

3.2

LATIHAN 3.1

Tentukan sama ada kenyataan berikut adalah BENAR (B) atau SALAH (S).

1. Apabila pasaran mencapai keseimbangan, perubahan permintaan dan penawaran akan menyebabkan berlakunya lebihan atau berkurang.

2. Kebanyakan pasaran dapat mengekalkan keseimbangan untuk jangka masa yang lama.

3. Lebihan permintaan atau berkurang akan menyebabkan harga jatuh.

4. Jika permintaan meningkat dan penawaran kekal tidak berubah, harga dan kuantiti keseimbangan akan naik.

Page 10: PENGENALAN - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBEK1103/83265... · keluk penawaran S. Harga dan kuantiti keseimbangan adalah P0 dan Q0. Apabila permintaan

TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN 58

penggenap, Pc; pendapatan, Y; cita rasa, T; dan jangkaan harganya pada masa hadapan, Peg. Kebiasaannya, fungsi permintaan yang digunakan hanya menunjukkan hubungan antara kuantiti diminta dengan harga barangan tersebut. Persamaan ini boleh ditulis dalam bentuk Qd = a bP, di mana Qd = Kuantiti diminta a = Pemalar (constant) b = Kecerunan keluk permintaan P = Harga barangan Persamaan mudah ini adalah berdasarkan kepada andaian bahawa lain-lain penentu permintaan tidak berubah. Semua pemboleh ubah yang konstant dimasukkan dalam nilai konstant a. Sekiranya berlaku perubahan dalam pemboleh ubah yang lain, keluk permintaan akan beralih. Kecerunan keluk permintaan akan berubah sekiranya nilai b berubah. Rajah 3.7 adalah keluk permintaan yang dilakarkan berdasarkan kepada fungsi permintaan Qd = 20 2P.

Rajah 3.7: Keluk permintaan

3.2.2 Fungsi Penawaran

Sama seperti permintaan, penawaran juga boleh dipersembahkan dalam bentuk persamaan.

Page 11: PENGENALAN - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBEK1103/83265... · keluk penawaran S. Harga dan kuantiti keseimbangan adalah P0 dan Q0. Apabila permintaan

TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN 59

Persamaan umum penawaran boleh ditulis seperti berikut:

Fungsi umum ini menyatakan bahawa kuantiti ditawarkan berfungsi kepada harga barangan tersebut, Pg; kos pengeluaran, Cg; harga barangan pengganti dalam pengeluaran, Ps; harga barangan yang dihasilkan bersama, Pc; dan jangkaan harga, Peg. Persamaan penawaran yang mudah pula menunjukkan hubungan antara kuantiti ditawarkan dan harga barangan tersebut. Lain-lain pemboleh ubah diandaikan sebagai tidak berubah. Fungsi ini boleh ditulis dalam bentuk Qs = c + dP di mana Qs = Kuantiti ditawarkan c = Konstant d = Kecerunan keluk penawaran P = Harga barangan Apabila lain-lain pemboleh ubah berubah, c akan berubah dan keluk penawaran akan beralih. Perubahan dalam nilai d pula akan menyebabkan kecerunan keluk berubah. Rajah 3.8 adalah keluk penawaran yang dilakar berdasarkan kepada persamaan Qs = -5 + 3P.

Rajah 3.8: Keluk penawaran

Qs = f(Pg, Cg, Ps, Pc, Peg)

Page 12: PENGENALAN - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBEK1103/83265... · keluk penawaran S. Harga dan kuantiti keseimbangan adalah P0 dan Q0. Apabila permintaan

TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN 60

3.2.3 Keseimbangan Pasaran

Kita telah mengetahui bahawa keseimbangan pasaran dicapai apabila kuantiti permintaan sama dengan kuantiti penawaran atau Qd = Qs. Dengan menggunakan persamaan permintaan dan penawaran yang dinyatakan di atas, kita boleh mendapatkan harga dan kuantiti keseimbangan seperti berikut: Qd = Qs 20 2P = 5 + 3P 5P = 25 P = 5 Gantikan nilai P ke dalam fungsi permintaan dan fungsi penawaran untuk mendapatkan nilai kuantiti keseimbangan (anda akan memperoleh nilai yang sama).

Qd = 20 2P atau Qs = 5 + 3P = 20 2(5) = 5 + 3(5) = 10 = 10

Rajah 3.9 menunjukkan keseimbangan pasaran yang dicapai dengan harga keseimbangan RM5 dan kuantiti keseimbangan 10 unit.

Rajah 3.9: Keseimbangan pasaran

Page 13: PENGENALAN - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBEK1103/83265... · keluk penawaran S. Harga dan kuantiti keseimbangan adalah P0 dan Q0. Apabila permintaan

TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN 61

LATIHAN 3.2

Isikan tempat kosong

1. Pasaran adalah institusi atau mekanisme yang menemukan _____________dan _____________ untuk sesuatu barangan dan perkhidmatan.

2. Selain harga, faktor yang boleh mempengaruhi keputusan untuk membeli adalah _____________, _____________ dan _____________.

3. Hubungan antara harga dan kuantiti dalam jadual permintaan adalah _____________, manakala dalam jadual penawaran, hubungan antara harga dan kuantiti dalam jadual permintaan adalah _____________.

4. Penurunan permintaan bermakna pengguna akan membeli pada kuantiti yang _____________ pada setiap tahap harga atau hanya sanggup membayar _____________ untuk kuantiti yang sama.

5. Hukum penawaran menyatakan bahawa harga yang lebih tinggi akan mendorong penjual untuk menawarkan _____________ barangan kepada pengguna dan sebaliknya.

6. _____________ pasaran dicapai pada tahap harga di mana kuantiti diminta adalah sama dengan kuantiti _____________.

7. Pengurangan berlaku apabila harga pasaran _____________ harga keseimbangan kerana kuantiti _____________ lebih tinggi daripada kuantiti _____________. Sekiranya harga pasaran melebihi harga keseimbangan, maka _____________ akan berlaku kerana kuantiti _____________ melebihi kuantiti _____________.

8. Jika permintaan meningkat dan penawaran berkurangan, harga keseimbangan akan _____________ manakala kuantiti keseimbangan akan _____________. Jika permintaan dan penawaran kedua-duanya meningkat, _____________ akan meningkat tetapi perubahan _____________ tidak dapat ditentukan.

Page 14: PENGENALAN - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBEK1103/83265... · keluk penawaran S. Harga dan kuantiti keseimbangan adalah P0 dan Q0. Apabila permintaan

TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN 62

Jawab soalan berikut.

1. Berikut adalah jadual permintaan tiga individu iaitu A, B dan C untuk barang X. Sekiranya pasaran barang X terdiri daripada tiga individu tersebut:

(a) Dapatkan jadual permintaan pasaran; dan

(b) Lakarkan keluk permintaan pasaran untuk barang X.

Harga (RM) Kuantiti diminta (Unit)

A B C

0.40 1 4 0

0.36 3 5 1

0.32 6 6 15

0.28 10 7 10

0.24 15 8 16

2. Persamaan permintaan dan penawaran untuk barang X adalah: Qd = 20 + 3P

Qs = 220 5P

(a) Kirakan harga dan kuantiti keseimbangan dengan menyelesaikan persamaan di atas secara matematik;

(b) Lakarkan kedua-dua persamaan di dalam diagram yang sama di atas kertas graf dan tunjukkan titik keseimbangan sebagai titik E; dan

(c) Berdasarkan kepada persamaan di atas, kirakan kuantiti diminta dan kuantiti ditawarkan untuk setiap tahap harga seperti yang ditunjukkan di bawah dan nyatakan sama ada berlaku lebihan atau pengurangan di pasaran.

Harga (RM) 10 20 30 40 50

Kuantiti diminta (unit)

Kuantiti ditawarkan (unit)

Lebihan/Berkurang (unit)

LATIHAN 3.3

Page 15: PENGENALAN - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBEK1103/83265... · keluk penawaran S. Harga dan kuantiti keseimbangan adalah P0 dan Q0. Apabila permintaan

TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN 63

KEANJALAN DAN SENSITIVITI

Apakah yang dimaksudkan dengan keanjalan?

Secara amnya, nilai keanjalan diperoleh melalui formula berikut:

Terdapat beberapa sebab kenapa keanjalan diukur dengan peratus perubahan:

(a) Keanjalan membolehkan perbandingan dibuat terhadap perubahan dua subjek yang diukur dalam unit yang berbeza. Sebagai contoh, kita boleh membandingkan perubahan kuantiti dengan perubahan harga dalam nilai mata wang;

(b) Kita boleh mengelakkan masalah penentuan saiz unit yang digunakan. Sebagai contoh, peningkatan daripada RM1 kepada RM2 dianggap sebagai peningkatan satu unit harga tetapi perubahan daripada 100 sen ke 200 sen adalah 100 unit harga. Apabila kita menggunakan peratusan, nilai peningkatan yang sama akan diperoleh tanpa perlu mengambil kira unit yang digunakan; dan

(c) Perubahan mutlak tidak dapat menerangkan sama ada sesuatu perubahan itu penting atau tidak. Ini hanya boleh diketahui sekiranya kita diberi nilai asal. Sebagai contoh, perubahan sebanyak RM1 untuk satu barangan yang asalnya berharga RM5 boleh dianggap sebagai penting. Namun, jika harga asalnya adalah RM100, perubahan sebanyak RM1 dianggap sebagai tidak penting. Dengan kata lain, apa yang perlu kita lihat adalah peratus perubahan bukannya perubahan mutlak.

Konsep keanjalan boleh diaplikasikan oleh pembuat dasar, pengeluar dan juga pengguna. Contohnya, firma boleh menggunakan konsep ini untuk menentukan penggunaan sumber pengganti apabila harga input meningkat. Sekiranya kos modal meningkat, firma boleh menggantikan modal dengan buruh tetapi kadar pertukaran akan ditentukan oleh nilai keanjalan.

3.3

Peratus perubahan kuantiti Peratus perubahan penentu

Keanjalan

Keanjalan boleh didefinisikan sebagai ukuran sensitiviti sesuatu pemboleh ubah (seperti kuantiti diminta atau kuantiti ditawarkan) terhadap perubahan penentu-penentunya (seperti harga atau pendapatan).

Page 16: PENGENALAN - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBEK1103/83265... · keluk penawaran S. Harga dan kuantiti keseimbangan adalah P0 dan Q0. Apabila permintaan

TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN 64

Ada empat jenis keanjalan yang biasanya digunakan (rujuk Rajah 3.10) iaitu keanjalan permintaan harga, keanjalan penawaran harga, keanjalan permintaan pendapatan dan keanjalan permintaan silang. Kita akan membincangkan jenis keanjalan permintaan terlebih dahulu sebelum kita membincangkan keanjalan penawaran.

Rajah 3.10: Jenis keanjalan

KEANJALAN PERMINTAAN HARGA

Ia diukur melalui peratus perubahan dalam kuantiti diminta yang disebabkan oleh perubahan harga sebanyak satu peratus. Ukuran ini tidak memiliki sebarang unit.

Keanjalan permintaan mengukur respons kuantiti diminta bagi sesuatu barangan terhadap perubahan harga barangan tersebut.

3.4

Pada pendapat anda, kenapa kita perlu mengukur keanjalan? Apakah kepentingan keanjalan dalam kehidupan seharian kita?

AKTIVITI 3.2

Page 17: PENGENALAN - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBEK1103/83265... · keluk penawaran S. Harga dan kuantiti keseimbangan adalah P0 dan Q0. Apabila permintaan

TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN 65

3.4.1 Pengiraan Keanjalan Permintaan Harga

Nilai keanjalan permintaan harga boleh diperoleh melalui formula berikut:

Jika peningkatan harga sebanyak 10 peratus akan menyebabkan kuantiti diminta berkurangan sebanyak 20 peratus, maka keanjalan permintaan harga adalah 20% / 10% = 2.

Nilai keanjalan boleh dikira menggunakan dua kaedah iaitu kaedah keanjalan titik dan kaedah keanjalan lengkuk atau titik tengah. Formula keanjalan titik adalah seperti berikut:

di mana, Q0 adalah kuantiti asal dan Q1 adalah kuantiti baru, manakala P0 harga asal dan P1 harga baru. Simbol digunakan untuk mewakili perubahan, contohnya:

Q = Q1 Q0

Keanjalan titik mengukur nilai keanjalan pada satu titik di atas keluk manakala keanjalan lengkuk adalah purata keanjalan antara dua titik di atas keluk yang sama.

1 0

0 0

1 0 0

0

100QP100

d

Q QQ PE P P QP

Peratus perubahan kuantiti dimintaPeratus perubahan harga

dE

Anda sedia maklum bahawa peningkatan harga barangan akan menyebabkan kuantiti diminta berkurangan. Namun, tahukah anda sebanyak mana kuantiti diminta akan jatuh? Bagaimanakah caranya untuk kita mengukur perubahan atau penurunan tersebut?

AKTIVITI 3.3

Page 18: PENGENALAN - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBEK1103/83265... · keluk penawaran S. Harga dan kuantiti keseimbangan adalah P0 dan Q0. Apabila permintaan

TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN 66

Nota: Terdapat satu masalah utama yang timbul apabila kita menggunakan formula keanjalan titik. Nilai keanjalan yang diperoleh adalah berbeza untuk peningkatan harga dan penurunan harga. Ini disebabkan oleh nilai pembawah yang berbeza. Untuk memahami masalah ini, mari kita lihat contoh berikut: Contoh: Andaikan harga X turun dari RM10 ke RM5 dan kuantiti diminta naik dari 4 unit ke 7 unit.

Dengan menggunakan formula keanjalan titik, nilai keanjalan yang diperoleh adalah -1.5 sepertimana yang ditunjukkan oleh pengiraan di bawah:

Sekarang, mari kita lihat apa yang berlaku apabila harga naik daripada RM5 ke RM10 dan kuantiti diminta turun daripada 7 unit kepada 4 unit. Nilai keanjalan yang diperoleh adalah:

0

0

QP

7 4 105 10 4

3 105 4

1.5

dPEQ

Page 19: PENGENALAN - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBEK1103/83265... · keluk penawaran S. Harga dan kuantiti keseimbangan adalah P0 dan Q0. Apabila permintaan

TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN 67

Contoh ini menunjukkan bahawa walaupun kita mengira keanjalan dalam lingkungan harga yang sama (iaitu antara RM5 dan RM10), nilai keanjalan yang diperoleh adalah berbeza, bergantung kepada sama ada harga naik daripada RM5 ke RM10 atau harga turun daripada RM10 kepada RM5. Di sini kita dapati bahawa apabila harga turun, permintaan adalah anjal (-1.5) tetapi apabila harga naik, permintaan menjadi tidak anjal (-0.43). Perbezaan ini mungkin tidak begitu besar sekiranya perubahan harga adalah kecil. Namun, untuk perubahan yang besar, perbezaan tersebut juga akan menjadi semakin besar. Untuk mengatasi masalah ini, kita boleh menggunakan satu lagi formula keanjalan iaitu keanjalan lengkuk. Keanjalan lengkuk mengukur keanjalan purata antara dua titik di atas keluk yang sama. Formulanya adalah seperti berikut:

Dengan menggunakan contoh yang sama seperti di atas, keanjalan lengkuk adalah:

Nilai 0.7 ini bermakna, apabila harga berubah sebanyak 1%, kuantiti diminta akan berubah sebanyak 0.7%. Oleh itu, permintaan adalah tidak anjal untuk lingkungan harga tersebut. Nilai keanjalan yang sama akan diperoleh sama ada harga naik atau harga turun. Nilai keanjalan titik boleh juga dikira atau dianggar dengan melihat Rajah 3.11.

1 0

1 0

� Q 3 15= = 0.7

� P 5 13

d

P PE

Q Q

1 0

1 0 1 0

1 0 1 0

1 0

100/ 2 � Q

= =� P100

/ 2

d

Q QQ Q P P

E P P Q QP P

0

0

3 50.43

5 7

d

PQEP Q

Page 20: PENGENALAN - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBEK1103/83265... · keluk penawaran S. Harga dan kuantiti keseimbangan adalah P0 dan Q0. Apabila permintaan

TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN 68

Rajah 3.11: Pengiraan keanjalan

Keanjalan pada titik B adalah:

dan pada titik C:

400= 1

400

GE GC GEGC OG OG

600= 3

200

HE HB HEHB OH OH

Andaikan harga minyak petrol naik sebanyak 60%. Keadaan ini menyebabkan kuantiti diminta untuk minyak petrol turun sebanyak 15%. Apakah keanjalan permintaan harga minyak petrol? Sekiranya harga tepung gandum turun sebanyak 10% dan kuantiti naik sebanyak 30%, apakah keanjalan permintaan harga tepung gandum? Pada pendapat anda, yang mana satu antara minyak petrol dan tepung gandum yang lebih anjal?

AKTIVITI 3.4

Page 21: PENGENALAN - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBEK1103/83265... · keluk penawaran S. Harga dan kuantiti keseimbangan adalah P0 dan Q0. Apabila permintaan

TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN 69

3.4.2 Tahap Keanjalan

Untuk memudahkan kita dalam menganalisis keanjalan permintaan, kebiasaannya kita akan mengabaikan tanda negatif keanjalan yang diperoleh dan hanya akan mengambil kira nilai mutlak. Ini adalah kerana nilai keanjalan permintaan adalah sentiasa negatif disebabkan oleh hubungan negatif antara perubahan harga dan perubahan kuantiti yang diminta. Secara amnya, keanjalan boleh digambarkan melalui bentuk keluk permintaan. Namun, sepertimana yang diterangkan sebelum ini, nilai keanjalan adalah berbeza-beza bagi setiap titik di atas keluk yang sama kecuali dalam tiga kes: keluk mendatar, keluk menegak dan keluk berbentuk hiperbola. Keluk permintaan yang mendatar dikatakan sebagai anjal sempurna dan nilai keanjalan adalah sama di sepanjang keluk iaitu infiniti. Untuk keluk permintaan yang menegak, nilai keanjalan adalah sifar di sepanjang keluk. Manakala untuk keluk permintaan hiperbola, keanjalan adalah sentiasa bersamaan dengan satu (anjal unit) di sepanjang keluk. Anjal unit bermaksud nilai peratus perubahan kuantiti diminta adalah sama dengan nilai peratus perubahan harga. Jadual 3.2 merumuskan hubungan antara nilai keanjalan, tahap keanjalan dan bentuk keluk permintaan.

Jadual 3.2: Tahap Keanjalan dan Bentuk Keluk Permintaan

Nilai Keanjalan Tahap Keanjalan Bentuk Keluk Permintaan

Ed = Anjal sempurna Mendatar

1 < Ed < Anjal Condong

Ed = 1 Anjal unit Hiperbola

0 < Ed < 1 Tidak anjal Curam

Ed = 0 Tidak anjal sempurna Menegak

SEMAK KENDIRI 3.2

Bagaimanakah caranya untuk kita tentukan sama ada permintaan sesuatu barangan adalah anjal?

Page 22: PENGENALAN - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBEK1103/83265... · keluk penawaran S. Harga dan kuantiti keseimbangan adalah P0 dan Q0. Apabila permintaan

TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN 70

3.4.3 Keanjalan Permintaan Harga dan Jumlah Perbelanjaan/Pendapatan

Sebelum ini, kita telah menyatakan bahawa konsep keanjalan boleh membantu dalam membuat keputusan mengenai pengeluaran dan penggunaan. Sensitiviti kuantiti terhadap harga membolehkan kita mengira sensitiviti jumlah hasil terhadap harga kerana formula untuk mengira jumlah hasil (TR) adalah TR = P x Q di mana P adalah harga dan Q kuantiti. Di samping membantu pengeluar untuk meramal perubahan jumlah hasil, keanjalan juga boleh membantu pengguna untuk meramal perubahan jumlah perbelanjaannya.

Rajah 3.12: Jumlah hasil

Rajah 3.12 menunjukkan bagaimana pengiraan jumlah hasil dilakukan. Sebagai contoh, 1,000 unit barangan yang dijual pada harga RM2 seunit akan menghasilkan RM2,000. Di dalam Rajah 3.12, jumlah ini ditunjukkan sebagai kawasan yang dilorek di mana jumlah pendapatan adalah harga (RM2) kali kuantiti (1,000 unit). Apa yang perlu dilakukan sekiranya firma berhasrat untuk meningkatkan jumlah hasilnya? Bolehkah ia dicapai dengan menaikkan atau menurunkan harga semata-mata? Firma boleh menjawab persoalan ini dengan menggunakan nilai permintaan harga. (a) Permintaan Anjal

Apabila permintaan adalah anjal, peratus perubahan kuantiti adalah lebih besar daripada peratus perubahan harga. Ini bermakna, perubahan kuantiti akan memberi kesan yang lebih besar kepada jumlah hasil berbanding perubahan harga.

D

Page 23: PENGENALAN - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBEK1103/83265... · keluk penawaran S. Harga dan kuantiti keseimbangan adalah P0 dan Q0. Apabila permintaan

TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN 71

Maka,

Di sini, kita boleh lihat bahawa apabila permintaan adalah anjal, perubahan

dalam jumlah hasil adalah seiring dengan perubahan kuantiti.

Rajah 3.13: Jumlah hasil permintaan anjal

Rajah 3.13 menggambarkan perbezaan antara jumlah hasil yang diperoleh

daripada dua harga yang berbeza ke atas satu keluk permintaan yang anjal. Andaikan harga meningkat daripada RM5 kepada RM6. TR akan menurun daripada RM100 kepada RM60. Tetapi apabila harga menurun daripada RM6 kepada RM5, TR akan meningkat daripada RM60 kepada RM100. Oleh itu, jika permintaan adalah anjal, firma harus mengurangkan harga untuk meningkatkan jumlah hasil.

(b) Permintaan Tidak Anjal

Apabila permintaan tidak anjal, perkara yang sebaliknya akan berlaku. Nilai perubahan harga adalah lebih besar berbanding dengan peratus perubahan kuantiti. Perubahan harga akan mempunyai kesan yang lebih besar berbanding perubahan kuantiti.

Jika P meningkat, peratus penurunan Q adalah lebih besar. Oleh itu, TR akan menurun. Jika P menurun, peratus kenaikan Q juga adalah lebih besar. Oleh itu, TR akan meningkat.

D

Page 24: PENGENALAN - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBEK1103/83265... · keluk penawaran S. Harga dan kuantiti keseimbangan adalah P0 dan Q0. Apabila permintaan

TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN 72

Perubahan dalam jumlah hasil berlaku seiring dengan perubahan harga. Keadaan ini digambarkan pada Rajah 3.14.

Rajah 3.14: Jumlah hasil apabila permintaan tidak anjal

Jika harga turun daripada RM6 kepada RM4, TR akan turun daripada

RM60 kepada RM48. Sebaliknya, jika harga meningkat daripada RM4 kepada RM6, TR akan naik dari RM48 kepada RM60.

Oleh itu, jika firma mempunyai permintaan yang tidak anjal, harga boleh

ditingkatkan untuk meningkatkan jumlah hasil. (c) Permintaan Anjal Unit

Jika peratus perubahan harga adalah sama dengan peratus perubahan kuantiti diminta, permintaan ini dikatakan sebagai anjal unit. Apabila peningkatan harga sebanyak satu peratus diikuti dengan penurunan kuantiti sebanyak satu peratus juga, maka kesan kenaikan harga dihapuskan sepenuhnya dengan penurunan kuantiti. Ini seterusnya akan menyebabkan tiada perubahan langsung dalam TR. Rajah 3.15 adalah contoh keluk permintaan yang anjal unit di sepanjang keluk. Sepertimana yang dapat kita lihat, jumlah hasil pada harga RM10 seunit adalah TR = RM10 2 = RM20. Nilai TR yang sama diperoleh pada tahap harga RM5, TR = RM5 4 = RM20.

Jika P naik, peratus kejatuhan Q adalah lebih kecil. Justeru, TR akan naik. Jika P turun, peratus peningkatan Q adalah lebih kecil dan TR akan berkurangan.

D

Page 25: PENGENALAN - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBEK1103/83265... · keluk penawaran S. Harga dan kuantiti keseimbangan adalah P0 dan Q0. Apabila permintaan

TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN 73

Rajah 3.15: Jumlah hasil apabila permintaan anjal unit

(d) Permintaan Anjal Sempurna

Apabila permintaan adalah anjal sempurna, keluk permintaan berbentuk mendatar. Pada harga yang lebih tinggi daripada harga pasaran, permintaan adalah sifar tetapi pada harga yang lebih rendah daripada harga pasaran, permintaan adalah infiniti. Peratus perubahan jumlah hasil adalah sama dengan peratus perubahan kuantiti. Dalam keadaan ini, satu-satunya cara untuk meningkatkan jumlah hasil adalah dengan meningkatkan kuantiti.

Rajah 3.16: Jumlah hasil apabila permintaan anjal sempurna

Keadaan ini ditunjukkan dalam Rajah 3.16. Jumlah hasil (seperti yang

ditunjukkan di kawasan berlorek) meningkat apabila kuantiti meningkat dari Q0 kepada Q1.

D

D

Page 26: PENGENALAN - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBEK1103/83265... · keluk penawaran S. Harga dan kuantiti keseimbangan adalah P0 dan Q0. Apabila permintaan

TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN 74

(e) Permintaan Tidak Anjal Sempurna Permintaan seperti ini diwakili dengan keluk permintaan yang menegak dengan nilai keanjalan bersamaan sifar di sepanjang keluk. Kuantiti diminta adalah tidak sensitif kepada perubahan harga. Peratus perubahan jumlah hasil adalah bersamaan dengan peratus perubahan harga. Dalam kes ini, jumlah hasil boleh ditingkatkan dengan menaikkan harga.

Rajah 3.17 menunjukkan peningkatan jumlah hasil (kawasan berlorek) apabila harga naik dari P0 kepada P1.

Rajah 3.17: Jumlah hasil apabila permintaan tidak anjal sempurna

3.4.4 Keanjalan Keluk Permintaan Bergaris Lurus

Berdasarkan kepada perbincangan sebelum ini, kita mengetahui bahawa keanjalan untuk keluk permintaan menegak dan mendatar kekal sama di sepanjang keluk. Namun, keluk permintaan bergaris lurus yang bercerun ke atas mempunyai keanjalan yang berbeza di sepanjang keluk tersebut. Sepertimana yang telah diterangkan di atas, perubahan keanjalan berlaku kerana keanjalan diukur dalam bentuk nisbah. Oleh itu, apabila harga berubah, nisbah perubahan adalah lebih besar untuk nilai asal harga (kuantiti) yang kecil berbanding dengan nilai asal harga (kuantiti) yang lebih tinggi.

D

Andaikan permintaan untuk satu barangan adalah tidak anjal. Adakah perbelanjaan pengguna akan meningkat apabila harga barangan tersebut meningkat?

AKTIVITI 3.5

Page 27: PENGENALAN - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBEK1103/83265... · keluk penawaran S. Harga dan kuantiti keseimbangan adalah P0 dan Q0. Apabila permintaan

TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN 75

Kita juga telah membincangkan sebelum ini tentang hubungan antara jumlah hasil dan keanjalan permintaan. Apabila keanjalan berubah di sepanjang satu keluk, maka arah perubahan jumlah hasil juga akan berubah. Di sini, kita akan lihat contoh keluk permintaan dengan kecerunan -1. Jadual 3.3 dan Rajah 3.18(c) diperoleh dan dilakar berdasarkan kepada persamaan permintaan Qd = 100 10P. Sementara itu, Rajah 3.18(a) menunjukkan keanjalan yang berdasarkan kepada fungsi Qd = a bP. Rajah 3.18(b) dan 3.18(d) adalah keluk yang menggambarkan hubungan antara jumlah hasil dan kuantiti.

Jadual 3.3: Fungsi Permintaan Bergaris Lurus

Harga (RM) Kuantiti Diminta Jumlah Hasil Jenis Keanjalan

0 100 0 Tidak Anjal

1 90 90 Tidak Anjal

2 80 160 Tidak Anjal

3 70 210 Tidak Anjal

4 60 240 Tidak Anjal

5 50 250 Anjal Unit

6 40 240 Anjal

7 30 210 Anjal

8 20 160 Anjal

9 10 90 Anjal

10 0 0 Anjal

Berdasarkan kepada Jadual 3.3 dan Rajah 3.18(b) dan 3.18(d), perhatikan bagaimana jumlah hasil meningkat sekiranya harga meningkat, apabila keluk permintaan adalah anjal iaitu dari P = 1 hingga P = 4. Namun, apabila keluk permintaan tidak anjal iaitu dari P = 6 hingga P = 10, jumlah hasil berkurangan apabila harga meningkat.

Page 28: PENGENALAN - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBEK1103/83265... · keluk penawaran S. Harga dan kuantiti keseimbangan adalah P0 dan Q0. Apabila permintaan

TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN 76

Rajah 3.18: Keluk permintaan bergaris lurus dan jumlah hasil

3.4.5 Penentu Keanjalan Permintaan

Tahap keanjalan permintaan harga boleh dipengaruhi oleh beberapa faktor termasuk: (a) Bilangan Barangan Pengganti

Antara penentu utama keanjalan permintaan harga adalah bilangan barangan pengganti yang ada serta tahap persamaan di antara barangan pengganti. Semakin banyak barangan pengganti yang ada dan semakin hampir sama barangan pengganti tersebut, maka semakin anjal permintaan barangan tersebut.

Sebagai contoh, permintaan untuk minyak petrol adalah tidak anjal kerana tidak banyak barangan lain yang boleh menjadi pengganti kepada minyak petrol. Namun, sekiranya kita lihat kepada jenama minyak petrol, kenaikan harga bagi satu jenama akan menyebabkan pengguna beralih kepada jenama yang lain. Ini bermakna permintaan untuk satu jenama minyak petrol adalah lebih anjal. Di sini kita boleh katakan bahawa kesan

Page 29: PENGENALAN - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBEK1103/83265... · keluk penawaran S. Harga dan kuantiti keseimbangan adalah P0 dan Q0. Apabila permintaan

TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN 77

penggantian disebabkan oleh perubahan harga adalah lebih besar jika terdapat lebih banyak barangan pengganti yang wujud.

(b) Nisbah Bajet Semakin tinggi nisbah pendapatan yang dibelanjakan untuk sesuatu barangan, semakin tinggi kemungkinan yang kita akan mengurangkan penggunaan barangan tersebut apabila harganya meningkat. Oleh itu, permintaan akan menjadi lebih anjal untuk barangan seperti pakaian dan pengangkutan. Sebaliknya, keanjalan untuk barangan seperti garam dan roti yang merupakan perbelanjaan yang kecil daripada pendapatan kita adalah rendah.

(c) Masa Apabila harga barangan meningkat, kita memerlukan masa untuk membuat perubahan dalam perbelanjaan kita dan untuk mencari pengganti. Justeru, semakin panjang masa yang ada, semakin anjal permintaan harga sesuatu barangan.

(d) Bilangan Kegunaan Barangan

Semakin banyak kegunaan sesuatu barangan, semakin anjal permintaan harganya.

1. Kenapakah sesetengah barangan adalah sangat anjal dan sesetengah yang lain sangat tidak anjal?

2. Apakah faktor yang mempengaruhi keanjalan permintaan harga?

SEMAK KENDIRI 3.3

Page 30: PENGENALAN - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBEK1103/83265... · keluk penawaran S. Harga dan kuantiti keseimbangan adalah P0 dan Q0. Apabila permintaan

TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN 78

KEANJALAN PERMINTAAN SILANG

Ukuran ini membolehkan kita untuk membuat ramalan tentang perubahan permintaan sesuatu barangan disebabkan oleh perubahan harga barangan yang lain. Keanjalan silang diukur dengan:

Keanjalan permintaan silang mengukur sensitiviti permintaan sesuatu barangan terhadap perubahan harga barangan yang lain iaitu barangan pengganti dan barangan penggenap.

Peratus perubahan kuantiti diminta untuk barang Peratus perubahan harga barang

XYX

EY

3.5

LATIHAN 3.4

Tentukan sama ada kenyataan berikut adalah BENAR (B) atau SALAH (S).

1. Apabila peratus perubahan harga lebih besar daripada peratus perubahan kuantiti, nilai keanjalan permintaan adalah lebih besar dari satu.

2. Keanjalan adalah lebih tinggi pada harga yang rendah dan lebih rendah pada harga yang tinggi.

3. Titik keanjalan unit untuk keluk permintaan bergaris lurus dengan kecerunan yang menurun berada pada titik pertengahan keluk tersebut.

4. Kesemua keluk permintaan memiliki bahagian yang anjal, tidak anjal dan unit anjal.

Page 31: PENGENALAN - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBEK1103/83265... · keluk penawaran S. Harga dan kuantiti keseimbangan adalah P0 dan Q0. Apabila permintaan

TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN 79

3.5.1 Pengiraan Keanjalan Silang

Keanjalan silang adalah:

Nilai keanjalan silang boleh dikira dengan formula keanjalan titik:

Atau dengan formula keanjalan lengkuk:

Kini, anda seharusnya lebih yakin untuk mengira nilai keanjalan. Cuba dapatkan nilai keanjalan silang antara barang X dan barang Y serta di antara barang X dan barang Z dengan menggunakan formula keanjalan lengkuk dan berdasarkan kepada maklumat di Jadual 3.4.

Jadual 3.4: Pengiraan Nilai Keanjalan Silang

Harga Barang X (RM)

Kuantiti Diminta (Unit)

Barang Y Barang Z

2 10 20

3 5 30

Peratus perubahan kuantiti diminta untuk barang Peratus perubahan harga barang XY

XE

Y

1 0

1 0 1 0

1 0 1 0

1 0

100/ 2

100/ 2

X X

X X Y YXXY

Y Y Y X X

Y Y

Q QQ Q P PQE P P P Q QP P

1 0

0 0

1 0 0

0

100

100

X X

X YXXY

Y Y Y X

Y

Q QQ PQE P P P QP

Page 32: PENGENALAN - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBEK1103/83265... · keluk penawaran S. Harga dan kuantiti keseimbangan adalah P0 dan Q0. Apabila permintaan

TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN 80

3.5.2 Penggunaan Keanjalan Silang

Sekiranya barang Y adalah pengganti kepada barang X, permintaan barang X akan meningkat apabila harga barang Y meningkat. Oleh itu, keanjalan silang adalah positif. Namun, jika barang Y adalah penggenap kepada barang X, permintaan untuk X akan jatuh apabila harga Y naik. Oleh itu, keanjalan silang adalah negatif. Sebagai contoh, keanjalan silang antara roti dan mentega adalah negatif kerana roti dan mentega adalah barang penggenap kepada satu sama lain. Sebaliknya, keanjalan silang antara mentega dan marjerin adalah positif kerana kedua-dua barangan ini adalah pengganti antara satu sama lain. Keanjalan silang antara mentega dan kasut pula adalah sifar kerana kedua-duanya tiada kaitan antara satu sama lain.

Semakin tinggi tahap penggantian antara dua barangan, semakin tinggi nilai keanjalan yang diperoleh. Begitu juga untuk barangan penggenap, semakin hampir dua barangan sebagai penggenap kepada satu sama lain, semakin tinggi nilai keanjalan. Nilai positif dan negatif yang tinggi menunjukkan sejauh mana kesan perubahan harga sesuatu barangan memberi kesan kepada permintaan barangan yang lain. Firma boleh mengaplikasikan konsep keanjalan silang ini untuk tujuan perancangan dan mengenal pasti kesan perubahan harga barangan pesaing mereka kepada barangan mereka.

(i) EXY < 0, barang X dan barang Y adalah penggenap;

(ii) EXY > 0, barang X dan barang Y adalah pengganti; dan

(iii) EXY = 0, barang X dan barang Y tidak berkaitan.

Filem dan kamera adalah barangan penggenap manakala ayam dan itikbarangan pengganti. Tentukan sama ada keanjalan silang dua setbarangan ini adalah positif atau negatif dan nyatakan sebabnya.

AKTIVITI 3.6

Page 33: PENGENALAN - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBEK1103/83265... · keluk penawaran S. Harga dan kuantiti keseimbangan adalah P0 dan Q0. Apabila permintaan

TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN 81

KEANJALAN PERMINTAAN PENDAPATAN

Seperti yang kita sedia maklum, pendapatan adalah penentu utama dalam peralihan keluk permintaan. Oleh itu, keanjalan permintaan pendapatan mengukur tahap sensitiviti permintaan terhadap perubahan pendapatan.

3.6.1 Pengiraan Keanjalan Pendapatan

Keanjalan pendapatan dikira melalui formula berikut:

Dengan Y mewakili pendapatan, maka formula keanjalan pendapatan titik adalah:

Manakala formula lengkuk pula adalah:

Keanjalan permintaan pendapatan atau keanjalan pendapatan adalah ukuran yang membolehkan kita menganggar perubahan permintaan apabila berlaku perubahan pendapatan.

1 0

1 0 1 0

1 0 1 0

1 0

100( )/ 2

100( )/ 2

Y

X

X

X

Q QQ Q Y YQE Y Y Y Q QY Y

1 0

0 0

1 0 0

0

100

100Y

X

X

X

Q QQ YQE Y Y Y QY

Peratus perubahan kuantiti dimintaPeratus perubahan pendapatanYE

3.6

Page 34: PENGENALAN - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBEK1103/83265... · keluk penawaran S. Harga dan kuantiti keseimbangan adalah P0 dan Q0. Apabila permintaan

TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN 82

3.6.2 Kegunaan Keanjalan Pendapatan

Keanjalan pendapatan boleh digunakan untuk mengkategorikan barangan kepada barang mewah, barang normal, barang keperluan dan barang bawahan. Sekiranya sesuatu barangan memiliki nilai keanjalan pendapatan yang tinggi, maka jualan dijangka akan meningkat dengan cepat apabila pendapatan meningkat. Sebaliknya, jualan akan menurun dengan cepat jika pendapatan menurun.

Jadual 3.5: Nilai Keanjalan Pendapatan dan Jenis Barangan

Nilai Keanjalan Tahap Keanjalan Jenis Barangan

EY = 0 Tidak Anjal Sempurna Barang Keperluan

EY > 1 Anjal Barang Mewah

O < EY < 1 Tidak Anjal Barang Normal/Biasa

EY < 0 Keanjalan Negatif Barang Bawahan

Anda mungkin memerlukan sedikit bantuan untuk mentafsir tahap keanjalan seperti yang dirumuskan dalam Jadual 3.5. Contohnya, apabila Ey = 0, sebarang perubahan dalam pendapatan tidak akan memberi kesan kepada kuantiti diminta. Oleh itu, barangan ini dianggap sebagai barang keperluan. Jika Ey > 1, kadar perubahan kuantiti diminta adalah lebih besar daripada kadar perubahan pendapatan pengguna. Oleh itu, ini adalah barang mewah. Manakala, apabila keanjalan pendapatan adalah negatif (Ey < 0), kadar perubahan kuantiti diminta bergerak adalah arah yang bertentangan dengan kadar perubahan pendapatan. Justeru, ini bermakna barangan ini adalah barang bawahan. Sekarang, cuba tafsirkan apa yang dimaksudkan oleh keanjalan pendapatan yang bernilai 0 < Ey < 1.

Page 35: PENGENALAN - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBEK1103/83265... · keluk penawaran S. Harga dan kuantiti keseimbangan adalah P0 dan Q0. Apabila permintaan

TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN 83

Rajah 3.19: Pelbagai tahap keanjalan pendapatan

Rajah 3.19 menunjukkan hubungan antara pendapatan pengguna dan kuantiti yang diminta untuk sesuatu barangan. Keluk ini dikenali juga sebagai keluk Engel (kita akan bincangkan dengan lebih lanjut tentang keluk Engel di Topik 4). Barang keperluan ditunjukkan dengan keluk yang menegak manakala barang normal dan barang mewah dengan keluk yang bercerun positif. Barang bawahan pula diwakili dengan keluk yang bercerun negatif.

KEANJALAN PENAWARAN

Keanjalan penawaran mengukur sensitiviti penawaran terhadap perubahan harga seperti yang ditunjukkan formula berikut:

Pengiraan nilai keanjalan penawaran adalah sama seperti pengiraan untuk keanjalan pendapatan. Walau bagaimanapun, di sini kuantiti merujuk kepada kuantiti ditawarkan. Sama seperti keanjalan permintaan, keanjalan penawaran juga terdiri dari:

(a) Anjal sempurna;

(b) Anjal;

Peratus perubahan kuantiti ditawarkanPeratus perubahan hargaSE

3.7

Page 36: PENGENALAN - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBEK1103/83265... · keluk penawaran S. Harga dan kuantiti keseimbangan adalah P0 dan Q0. Apabila permintaan

TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN 84

(c) Anjal unit;

(d) Tidak anjal; dan

(e) Tidak anjal sempurna. Apabila keluk penawaran menegak, penawaran adalah tidak anjal sempurna manakala apabila ia mendatar, penawaran adalah anjal sempurna. Jadual 3.6 menunjukkan hubungan antara nilai keanjalan, tahap keanjalan dan bentuk keluk penawaran.

Jadual 3.6: Tahap Keanjalan Penawaran dan Keluk Penawaran

Nilai Keanjalan Tahap Keanjalan Bentuk Keluk Penawaran

ES = 0 Tidak anjal sempurna Menegak

ES < 1 Tidak anjal Bersilang dengan paksi kuantiti

ES = 1 Anjal unit Bermula dari titik asal

ES > 1 Anjal Bersilang dengan paksi harga

ES = Anjal sempurna Mendatar

Sesuatu yang agak luar biasa tentang keanjalan penawaran adalah nilainya boleh diperoleh dengan mudah dengan hanya melihat persilangan keluk dengan paksi. Jika keluk penawaran bersilang dengan paksi harga seperti di Rajah 3.20(a), maka penawaran adalah anjal (ES > 1). Jika ia bersilang dengan paksi kuantiti seperti di Rajah 3.20(b), maka penawaran adalah tidak anjal (ES < 1). Keluk penawaran yang bergaris lurus dan yang bermula daripada titik asal (0,0) akan memiliki keanjalan penawaran unit walaupun pada tahap kecerunan yang berbeza (lihat Rajah 3.21). Dengan menggunakan pengetahuan anda setakat ini, anda seharusnya dapat membuktikan kenapa keadaan yang dinyatakan di atas berlaku. Anda juga boleh menggunakan kaedah yang ditunjukkan dalam Rajah 3.21.

Page 37: PENGENALAN - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBEK1103/83265... · keluk penawaran S. Harga dan kuantiti keseimbangan adalah P0 dan Q0. Apabila permintaan

TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN 85

Rajah 3.20: Keanjalan penawaran

Rajah 3.21: Keluk penawaran keanjalan unit

3.7.1 Penentu Keanjalan Penawaran

Nilai keanjalan penawaran ditentukan oleh beberapa faktor: (a) Faktor Masa

Masa memberi pengeluar peluang untuk membuat perubahan dalam penawaran. Oleh itu, masa boleh dibahagikan kepada tiga tahap iaitu jangka masa sangat pendek, jangka masa pendek dan jangka masa panjang.

Dalam jangka masa sangat pendek, firma mungkin tidak dapat membuat

banyak perubahan dalam pengeluarannya. Penawaran adalah tetap atau

Page 38: PENGENALAN - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBEK1103/83265... · keluk penawaran S. Harga dan kuantiti keseimbangan adalah P0 dan Q0. Apabila permintaan

TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN 86

hanya boleh diubah sedikit berdasarkan jumlah stok yang ada. Oleh itu penawaran adalah tidak anjal.

Rajah 3.22: Keanjalan penawaran dalam tempoh masa berbeza

Merujuk kepada Rajah 3.22, S1 adalah keluk penawaran untuk tempoh

masa sangat pendek. Peningkatan permintaan dari D0 ke D1, menyebabkan harga meningkat dengan banyak dari P0 ke P1, tetapi kuantiti hanya berubah sedikit dari Q0 ke Q1.

Sementara itu, dalam jangka masa pendek, beberapa input boleh ditambah

untuk meningkatkan penawaran. Ini ditunjukkan oleh keluk S2 di Rajah 3.22, di mana kuantiti keseimbangan meningkat dari Q0 ke Q2, tetapi peningkatan harga masih lagi tinggi iaitu dari P0 ke P2.

Dalam jangka masa panjang, firma mempunyai masa dan ruang untuk

meningkatkan jumlah input. Firma lain juga boleh memasuki industri tersebut. Oleh itu, keluk penawaran akan menjadi lebih anjal seperti yang ditunjukkan oleh S3 dalam Rajah 3.22. Peningkatan permintaan mendorong kepada peratus peningkatan dalam kuantiti berbanding dengan peratus peningkatan harga, di mana harga meningkat dari P0 ke P3 dan kuantiti meningkat dari Q0 ke Q3.

(b) Saiz Industri/Perubahan Kos Pengeluaran

Penawaran dalam industri yang kecil adalah lebih anjal berbanding penawaran industri yang besar. Industri kecil menggunakan jumlah input yang lebih sedikit. Oleh itu, mereka boleh mendapatkan input tanpa mengganggu harga input tersebut. Justeru, kos pengeluaran tidak akan

Page 39: PENGENALAN - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBEK1103/83265... · keluk penawaran S. Harga dan kuantiti keseimbangan adalah P0 dan Q0. Apabila permintaan

TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN 87

meningkat dan penawaran adalah lebih sensitif terhadap perubahan harga. Akan tetapi, untuk industri besar, peningkatan permintaan untuk input akan meningkatkan harga input. Justeru, penawaran dalam industri yang besar adalah kurang anjal.

(c) Mobiliti Faktor Pengeluaran

Keanjalan penawaran adalah lebih tinggi untuk barangan yang menggunakan faktor pengeluaran yang mudah ditukar penggunaannya atau barangan yang menggunakan proses pengeluaran yang mudah dikongsi dengan barangan lain. Contohnya, dalam pengeluaran tepung beras dan tepung pulut, pengeluar boleh menukar dengan mudah penggunaan pengisar daripada tepung beras kepada tepung pulut. Oleh itu, jika permintaan untuk tepung pulut meningkat, pengeluar boleh dengan mudah meningkatkan pengeluaran tepung pulut dengan mengurangkan pengeluaran tepung beras. Jika pengeluaran sesuatu barangan memerlukan peralatan atau kemahiran khusus yang tidak boleh diubah dengan mudah, maka penawaran akan menjadi kurang anjal. Kita boleh menggunakan khidmat guaman sebagai contoh. Walaupun permintaan untuk perkhidmatan ini meningkat, kita tidak boleh dengan mudah meningkatkan jumlah peguam untuk memenuhi permintaan tersebut.

APLIKASI KONSEP KEANJALAN

Salah satu aplikasi konsep keanjalan adalah untuk menganalisis soalan siapa sebenarnya yang menanggung beban cukai yang dikenakan oleh kerajaan. Selain itu, siapakah sebenarnya yang layak untuk mendapat subsidi dari kerajaan? Cukai mengurangkan insentif penjual untuk menjual dan pengguna untuk membeli. Oleh itu, cukai kebiasaannya akan menyebabkan output dan jualan

3.8

Dengan menggunakan kreativiti anda, lakarkan diagram yang merumuskan kesemua faktor yang mempengaruhi dan menentukan keanjalan penawaran. Bentangkan diagram tersebut di kelas tutorial dan bandingkan dengan jawapan rakan anda. Dapatkan maklum balas dari rakan anda yang lain.

AKTIVITI 3.7

Page 40: PENGENALAN - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBEK1103/83265... · keluk penawaran S. Harga dan kuantiti keseimbangan adalah P0 dan Q0. Apabila permintaan

TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN 88

berkurangan dan seterusnya akan menyebabkan penggunaan input berkurangan. Justeru, cukai dikatakan menyebabkan berlakunya ketidakcekapan dan sesetengah ahli ekonomi menghuraikan kesan cukai sebagai kesan penghalang. Walau bagaimanapun, cukai tidak semestinya akan menyebabkan output berkurangan. Seterusnya, kita akan membincangkan dengan lebih lanjut tentang isu ini.

3.8.1 Beban Cukai

Apabila cukai dikenakan kepada penjual bagi setiap unit barangan yang dijual, ia akan menyebabkan harga yang dibayar pembeli berbeza dengan harga yang akan diterima oleh penjual. Perbezaan antara kedua-dua harga ini adalah hasil cukai yang akan diperoleh oleh kerajaan. Beban cukai kepada penjual adalah dalam bentuk harga yang lebih rendah yang akan diterima dan jumlah jualan yang lebih rendah. Sebaliknya, kepada pengguna, beban cukai adalah dalam bentuk harga yang lebih tinggi dan penggunaan yang lebih rendah. Beban cukai kebiasaannya akan ditanggung oleh penjual dan pengguna tetapi nisbah beban antara kedua-duanya bergantung kepada keanjalan atau kecerunan keluk permintaan dan penawaran.

Rajah 3.23: Kesan cukai kepada keseimbangan pasaran

Cukai menyebabkan kos penjual meningkat. Justeru, keluk penawaran akan beralih ke kiri. Rajah 3.23 menunjukkan kesan cukai kepada keluk penawaran dan nisbah beban cukai yang akan ditanggung oleh penjual dan pembeli. Tanpa cukai, keseimbangan dicapai pada titik A dengan harga keseimbangan P0 dan

Page 41: PENGENALAN - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBEK1103/83265... · keluk penawaran S. Harga dan kuantiti keseimbangan adalah P0 dan Q0. Apabila permintaan

TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN 89

kuantiti keseimbangan Q0. Andaikan cukai t untuk setiap unit dikutip oleh kerajaan daripada penjual. Keluk penawaran akan beralih secara menegak sebanyak nilai y bagi setiap unit kuantiti. Sementara itu, keluk permintaan kekal tidak berubah. Apabila keluk penawaran beralih dari S0 ke S1, keseimbangan pasaran akan beralih dari titik A ke titik B. Pada titik B, kuantiti diminta selepas cukai adalah sama dengan kuantiti ditawarkan selepas cukai iaitu Q1. Bagaimanapun, harga yang dibayar pengguna dan harga yang diterima penjual adalah berbeza sebanyak nilai t. Peningkatan harga yang perlu dibayar pengguna adalah bahagian cukai yang perlu ditanggung oleh pengguna. Rajah 3.22 menunjukkan jumlah cukai yang dikutip oleh kerajaan adalah bersamaan dengan kawasan P1P2BC; jumlah yang ditanggung oleh pengguna adalah P0P2BE dan selebihnya iaitu P1P0EC, adalah beban cukai yang ditanggung penjual. Secara amnya, nisbah beban cukai boleh dirumuskan seperti berikut:

(a) Untuk keluk permintaan yang sama, semakin rendah keanjalan penawaran, semakin besar beban cukai yang perlu ditanggung oleh penjual. Sebaliknya, semakin tinggi keanjalan penawaran, semakin besar beban cukai yang akan dialihkan kepada pengguna; dan

(b) Untuk keluk penawaran yang sama, semakin rendah keanjalan permintaan, semakin besar beban cukai yang perlu ditanggung oleh pengguna. Sebaliknya, semakin tinggi keanjalan permintaan, semakin besar beban cukai yang akan dialihkan kepada penjual.

Rajah 3.24: Beban cukai dan keanjalan keluk penawaran

Page 42: PENGENALAN - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBEK1103/83265... · keluk penawaran S. Harga dan kuantiti keseimbangan adalah P0 dan Q0. Apabila permintaan

TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN 90

Sebagai bukti kepada formula, perhatikan Rajah 3.24 dan 3.25. Rajah 3.24 menunjukkan dua bentuk keluk penawaran di mana Rajah 3.24(a) mengilustrasi keluk yang tidak anjal dan Rajah 3.24(b) memaparkan keluk penawaran anjal. Titik A dalam kedua-dua diagram adalah titik keseimbangan asal dan titik B adalah titik keseimbangan selepas pelaksanaan cukai. Daripada Rajah 3.24(a), anda boleh lihat yang beban cukai yang ditanggung oleh penjual adalah kawasan GHEF, manakala pengguna menanggung beban yang diwakili oleh kawasan HCBE. Anda boleh melakukan analisis yang sama untuk Rajah 3.24(b).

Rajah 3.25: Beban cukai dan keanjalan keluk permintaan

Sementara itu, Rajah 3.25(a) dan 3.25(b) menunjukkan nisbah beban cukai untuk dua keluk permintaan dengan keanjalan berbeza. Berdasarkan kepada diagram tersebut, anda seharusnya dapat membuat analisis dan kesimpulan anda sendiri. Selain daripada beban cukai, kita juga boleh membuat analisis berkenaan kesan cukai kepada output keseimbangan. Berdasarkan kepada Rajah 3.24 dan 3.25, kita boleh merumuskan bahawa apabila keanjalan permintaan atau penawaran bertambah kecil, output akan berkurangan kerana cukai juga akan berkurangan (contohnya, dari Q* ke Q1). Justeru, anda boleh buktikan dengan menggunakan diagram bahawa jika keluk permintaan dan penawaran adalah tidak anjal sempurna, maka output keseimbangan langsung tidak akan berubah. Sementara itu, dalam kes beban cukai, jika permintaan adalah tidak anjal sempurna, semua beban akan ditanggung oleh pengguna. Manakala, jika penawaran tidak anjal sempurna, semua beban akan ditanggung oleh penjual.

Page 43: PENGENALAN - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBEK1103/83265... · keluk penawaran S. Harga dan kuantiti keseimbangan adalah P0 dan Q0. Apabila permintaan

TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN 91

Melalui analisis beban cukai, kita boleh merumuskan bahawa jika kerajaan ingin memperoleh hasil cukai yang lebih tinggi, cukai boleh dikenakan ke atas komoditi atau barangan yang mempunyai keanjalan permintaan dan penawaran yang rendah. Ini adalah kerana cukai tersebut tidak akan menyebabkan penurunan yang tinggi dalam kuantiti keseimbangan. Rokok adalah contoh barangan yang keanjalan permintaannya adalah sangat rendah disebabkan oleh masalah ketagihan yang dihadapi oleh kebanyakan perokok. Justeru, beban cukai yang dikenakan kebanyakannya akan ditanggung oleh pengguna.

3.8.2 Manfaat Subsidi

Subsidi (Ŝ) boleh diandaikan sebagai satu bentuk cukai yang negatif kerana bayaran akan dibuat oleh kerajaan kepada penjual, pengeluar atau pengguna sebagai satu cara untuk menggalakkan pengeluaran atau penggunaan. Oleh itu, subsidi adalah bertentangan dengan cukai. Kos pengeluaran akan berkurangan apabila pengeluar menerima subsidi. Oleh itu, keluk penawaran akan beralih ke kanan pada kadar subsidi yang diterima. Sepertimana yang ditunjukkan oleh Rajah 3.26, keluk penawaran beralih dari S0 ke S1, dan jumlah subsidi per unit yang diterima adalah BC(Ŝ).

Rajah 3.26: Kesan subsidi

Kuantiti keseimbangan sebelum subsidi adalah Q0. Ia akan meningkat menjadi Q1 selepas subsidi. Pada masa yang sama, harga akan jatuh dari P0 ke P1. Harga yang diterima oleh penjual adalah P2 manakala pembeli membayar harga P1. Nisbah manfaat yang diperoleh daripada subsidi juga bergantung kepada keanjalan permintaan dan penawaran.

Page 44: PENGENALAN - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBEK1103/83265... · keluk penawaran S. Harga dan kuantiti keseimbangan adalah P0 dan Q0. Apabila permintaan

TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN 92

Kini, anda seharusnya berasa lebih yakin untuk membuat analisis anda sendiri tentang kesan subsidi apabila keluk permintaan dan penawaran memiliki nilai keanjalan yang berbeza. Antara kesimpulan yang anda harus peroleh dari analisis anda adalah semakin anjal keluk permintaan, semakin besar manfaat subsidi yang akan dinikmati oleh penjual; dan semakin anjal keluk penawaran, semakin besar manfaat yang diterima oleh pembeli. Anda juga boleh melakukan analisis yang berkaitan subsidi diberi kepada pengguna.

Tentukan sama ada kenyataan berikut adalah BENAR (B) atau SALAH (S).

1. Keanjalan pendapatan adalah positif untuk barang normal dan negatif untuk barang bawahan.

2. Jika keluk penawaran adalah bergaris lurus dan melalui titik asal, keanjalan penawaran adalah berbeza di sepanjang keluk.

Penuhkan tempat kosong

1. ___________ adalah satu konsep umum yang mengukur ___________ perubahan antara dua barangan yang berkaitan.

2. Keanjalan berubah di sepanjang keluk permintaan yang bercerun negatif, apabila harga jatuh dan kuantiti ___________, keanjalan permintaan harga adalah ___________.

3. Jika nilai keanjalan permintaan harga adalah lebih dari satu, permintaan adalah ___________dan peningkatan harga akan menyebabkan jumlah hasil ___________. Jumlah hasil tidak akan dipengaruhi oleh harga apabila keluk permintaan adalah ___________.

4. Keanjalan permintaan __________ menunjukkan perubahan penggunaan apabila kuasa beli berubah. Ia diukur dengan membahagikan peratus perubahan kuantiti diminta dengan peratus perubahan ___________.

5. Keanjalan permintaan ___________ mengukur peratus perubahan kuantiti diminta untuk sesuatu barangan apabila harga barangan lain berubah sebanyak 1%. Nilai yang positif menunjukkan kedua-dua barangan tersebut adalah ___________, manakala nilai negatif menunjukkan bahawa barangan tersebut adalah ___________.

LATIHAN 3.5

Page 45: PENGENALAN - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBEK1103/83265... · keluk penawaran S. Harga dan kuantiti keseimbangan adalah P0 dan Q0. Apabila permintaan

TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN 93

Soalan Masalah

1. Jika harga barang X meningkat sebanyak 10% dan kuantiti berkurangan sebanyak 30%, apakah keanjalan permintaan harga untuk barangan tersebut?

2. Fungsi permintaan untuk barang M adalah Qd = 100 2P. Kirakan keanjalan permintaan harga untuk M jika harga naik dari RM2 seunit kepada RM3 seunit.

3. Jika keanjalan permintaan harga adalah 2, kenaikan harga daripada RM10 seunit kepada RM12 seunit akan menyebabkan kuantiti diminta berkurangan daripada 20 unit kepada _________ unit.

4. Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara pendapatan dan kuantiti diminta untuk barang R, barang S dan barang T.

Pendapatan Barang R Barang S Barang T RM1,000 20 20 50 RM2,000 40 10 50

(a) Kirakan keanjalan permintaan pendapatan untuk barang R, barang S dan barang T; dan

(b) Nyatakan jenis barangan berdasarkan kepada nilai keanjalan yang diperoleh di (a).

5. Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara barang A dan kuantiti diminta untuk barang K, barang L dan barang M.

Harga Barang A Kuantiti Diminta (Unit) (RM) K L M

2 10 20 40 3 5 30 40

(a) Kirakan keanjalan silang antara barang A dengan barang K, barang L dan barang M; dan

(b) Nyatakan hubungan antara barang K dan A; L dan A; M dan A.

6. Jika harga naik dari RM20 seunit kepada RM30 seunit dan kuantiti ditawarkan meningkat daripada 120 kepada 140 unit, kirakan keanjalan penawaran.

LATIHAN 3.6

Page 46: PENGENALAN - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBEK1103/83265... · keluk penawaran S. Harga dan kuantiti keseimbangan adalah P0 dan Q0. Apabila permintaan

TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN 94

Keseimbangan pasaran dicapai apabila permintaan menyamai penawaran. Kuantiti dan harga keseimbangan tidak akan berubah selagi tiada perubahan dalam permintaan dan penawaran.

Lebihan permintaan atau pengurangan memberi tekanan kepada harga

untuk naik dan lebihan penawaran atau lebihan menyebabkan munculnya tekanan kepada harga untuk turun.

Kuantiti dan harga keseimbangan boleh berubah apabila salah satu antara

keluk permintaan atau keluk penawaran beralih atau kedua-duanya beralih.

Keanjalan permintaan harga mengukur respons kuantiti diminta terhadap perubahan harga.

Permintaan boleh menjadi anjal, tidak anjal, anjal sempurna atau tidak anjal

sempurna bergantung kepada nilai keanjalan yang diperoleh. Semakin besar nilai keanjalan, semakin anjal permintaan tersebut.

Penentu utama keanjalan permintaan adalah bilangan barangan pengganti,

masa dan kepentingan barangan dalam bajet perbelanjaan pengguna.

Keanjalan pendapatan adalah peratus perubahan kuantiti dibahagi dengan peratus perubahan pendapatan. Nilai negatif bermakna barangan itu adalah barang bawahan, sifar untuk barang keperluan dan positif untuk barang normal dan mewah.

Keanjalan silang adalah peratus perubahan kuantiti barangan dibahagi

dengan peratus perubahan harga barangan yang lain. Jika keanjalan adalah positif, kedua-dua barangan tersebut adalah barang pengganti antara satu sama lain. Jika ia negatif, barangan tersebut adalah penggenap kepada satu sama lain.

Keanjalan penawaran adalah peratus perubahan kuantiti yang ditawarkan

dibahagi dengan peratus perubahan harga.

Penentu utama keanjalan penawaran adalah tempoh masa, saiz industri dan pergerakan faktor pengeluaran.

Antara penggunaan konsep keanjalan ialah menentukan beban sebenar cukai

dan juga manfaat sebenar yang diperoleh daripada subsidi.

Page 47: PENGENALAN - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBEK1103/83265... · keluk penawaran S. Harga dan kuantiti keseimbangan adalah P0 dan Q0. Apabila permintaan

TOPIK 3 KESEIMBANGAN PASARAN 95

Berkurang

Fungsi penawaran

Fungsi permintaan

Harga keseimbangan

Keanjalan lengkuk

Keanjalan penawaran

Keanjalan permintaan harga

Keanjalan permintaan pendapatan

Keanjalan permintaan silang

Keanjalan titik

Keseimbangan

Keseimbangan pasaran

Kuantiti keseimbangan

Lebihan