bab 1

18
BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pada masa kini, manusia telah tenggelam dalam teknologi alam yang kita sendiri tidak mengambil kira hal sebenar yang sedang berlaku. Nielsenwire (2011) menyatakan bahawa keadaan ini merupakan satu fenomena baru di mana ramai remaja menggunakan teknologi. Secara tidak langsung manusia berkomunikasi dengan tangan dan bukan dengan mulut, mengetuk papan kekunci dan touchpads dengan irama fikiran sendiri. Ini adalah cara manusia berkomunikasi dalam abad ke-21. Dalam dekad yang lalu, kemajuan dalam teknologi maklumat telah berubah dengan ketara melalui cara manusia berinteraksi. Antaranya ialah dengan menggunakan e-mel, SMS, sosial rangkaian, mesej segera, dan Skype. Oleh itu, manusia akan menghabiskan masa mereka dengan menggunakan aplikasi tersebut untuk berhubung tanpa bersemuka dengan orang ramai setiap masa.

Upload: sya-kila

Post on 15-Apr-2016

17 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

komunikasi

TRANSCRIPT

Page 1: BAB 1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pada masa kini, manusia telah tenggelam dalam teknologi alam yang kita sendiri

tidak mengambil kira hal sebenar yang sedang berlaku. Nielsenwire (2011)

menyatakan bahawa keadaan ini merupakan satu fenomena baru di mana ramai

remaja menggunakan teknologi. Secara tidak langsung manusia berkomunikasi

dengan tangan dan bukan dengan mulut, mengetuk papan kekunci dan touchpads

dengan irama fikiran sendiri. Ini adalah cara manusia berkomunikasi dalam abad ke-

21. Dalam dekad yang lalu, kemajuan dalam teknologi maklumat telah berubah

dengan ketara melalui cara manusia berinteraksi. Antaranya ialah dengan

menggunakan e-mel, SMS, sosial rangkaian, mesej segera, dan Skype. Oleh itu,

manusia akan menghabiskan masa mereka dengan menggunakan aplikasi tersebut

untuk berhubung tanpa bersemuka dengan orang ramai setiap masa.

Menurut kajian Dokoupil (2012), manusia semakin ketagih menggunakan

internet dan beliau mendapati sebanyak 77% daripada remaja mempunyai telefon

bimbit dan hanya 39% mereka melakukan panggilan telefon setiap hari, manakala

63% menghantar mesej setiap hari. Dari tahun 1995 hingga kini, bilangan pengguna

Internet di seluruh dunia telah meningkat 16.000.000-2280000000 pada bulan Mac

2012, iaitu 32.7% daripada jumlah penduduk dunia (Internet World Stats, 2012).

Seluruh negara di dalam dunia sedang bersaing untuk mencapai kemajuan negara

masing-masing melalui sektor ekonomi, sosial, dan politik. Oleh itu, perintis

Page 2: BAB 1

2

pemimpin sesebuah negara perlu mempunyai tahap akademik yang tinggi dan

kemahiran tambahan yang bermanfaat.

Kemahiran yang dimaksudkan ialah kemahiran generik. Kemahiran generik

merupakan kemahiran yang sangat penting dan perlu ada dalam diri seseorang

individu untuk menjadi seseorang yang berjaya terutamanya para graduan universiti

terutamanya kemahiran komunikasi. Semua manusia di dalam dunia perlu

berkomunikasi, menurut Sulaiman (2010), proses komunikasi merupakan tunjang

utama dan tidak dapat dielakkan bagi seseorang itu dalam menjalankan aktiviti

harian mereka. Ini kerana, proses ini akan terjadi dengan sendirinya apabila

wujudnya interaksi antara dua individu. Sekolah dan Universiti merupakan institusi

pendidikan yang sangat menekankan kepentingan komunikasi berkesan di dalam

kelas bagi mewujudkan perkembangan sosial sejagat.

Proses pembelajaran di dalam kelas bukan hanya bermatlamat untuk

melahirkan pelajar yang cemerlang dalam akademik semata-mata, tetapi turut terlibat

dalam proses pembentukan sahsiah diri dan penerapan kemahiran-kemahiran yang

diperlukan bagi menjadikan pelajar itu berkualiti. Menurut Abdullah dan Ainon

(2010) komunikasi berlaku apabila seorang guru menyampaikan pengalaman dan

pengetahuannya kepada murid-muridnya. Hal ini disokong oleh Zamri, Norasmah

dan Mohammed Sani (2008), yang menyatakan guru yang memiliki kemahiran

dalam membina interaksi yang berkesan merupakan antara ciri-ciri bagi

menghasilkan kepimpinan bilik darjah yang berkesan. Apabila seseorang itu ingin

menjadi seorang guru yang berkesan, disukai pelajar dan disanjung oleh anak-anak

murid salah satu kemahiran yang perlu ada pada diri guru itu ialah kemahiran

berkomunikasi.

Dalam melahirkan pelajar yang bakal menjadi pendidik pada masa akan

datang kemahiran komunikasi perlu diterapkan dalam diri para pelajar di Fakulti

Pendidikan Teknikal & Vokasional. Komunikasi juga melibatkan penggunaan gadget

seperti komputer riba, telefon bimbit, telefon pintar dan sebagainya menjadi medium

untuk masyarakat berkomunikasi. Penggunaan gadget ini semakin hari semakin

meluas digunakan pada setiap golongan masyarakat tidak mengira usia tua atau

muda. Malahan kanak – kanak juga telah mahir menggunakan teknologi yang serba

canggih untuk berkomunikasi. Pengaruh teknologi dalam kehidupan manusia telah

Page 3: BAB 1

3

menarik perhatian, Marshall Mcluhan dalam buku beliau yang bertajuk

Understanding Media (1964), beliau menulis mengenai pengaruh teknologi,

khususnya teknologi komunikasi seperti jam,televisyen, radio, filem, telefon dan

permainan.Morrisan (2010).

Telefon bimbit atau telefon pintar adalah sebuah alat komunikasi yang sering

digunakan untuk berkomunikasi jarak jauh. Ia juga menjadi medan untuk

pembelajaran terutamanya bagi pelajar di sekolah dan di institusi pengajian yang

banyak menggunakan komputer serta telefon pintar untuk belajar. Daripada kajian,

Sharples (2000) beliau mengatakan dengan adanya peralatan teknologi, secara tidak

langsung peluang untuk mengubah bentuk kaedah pembelajaran untuk mencipta

komuniti pembelajaran amat luas, serta dapat menghubungkan manusia pada masa

nyata ataupun dunia maya, untuk menyediakan kepakaran yang diperlukan dan

seterusnya menyokong pembelajaran sepanjang hayat. Kemahiran berkomunikasi

merupakan suatu kemahiran yang perlu ada pada seseorang pelajar. Kemahiran ini

perlu diamalkan kerana tanpa komunikasi yang baik seseorang itu dianggap tidak

kompeten dalam sesuatu elemen yang berkaitan.

Kebanyakkan pelajar pada masa kini banyak berkomunikasi melalui gadget

mereka seperti menggunakan komputer riba dan telefon bimbit untuk berkomunikasi

dengan orang lain. Menurut Thurlow & Poff (2011), di Malaysia telefon bimbit

digunakan untuk menghantar mesej. Tetapi akibatnya ramai yang tersalah tafsir dari

segi penerimaan sesuatu mesej yang mereka terima. Ini akan menimbulkan salah

faham dan boleh menyebabkan banyak masalah yang akan berlaku terutamanya

pergaduhan dan sebagainya.

Page 4: BAB 1

4

1.2 Latar Belakang Masalah

Perkembangan teknologi komunikasi yang pesat telah memberikan kesan kepada

semua aspek termasuklah cara berkomunikasi. Melalui kemahiran komunikasi

seseorang itu dapat menyampaikan idea, berkongsi pendapat dan berinteraksi dengan

orang lain. Kemahiran komunikasi adalah penting bagi seseorang pelajar . Hal ini

turut disokong oleh Hurley (2008), yang mengatakan keperluan bagi kemahiran

komunikasi ini adalah perlu di dalam semua karier yang diceburi oleh pelajar,kerana

80% daripada masa mereka bekerja akan sentiasa berkomunikasi di antara satu sama

lain, berseorangan atau di dalam kumpulan. Proses komunikasi selalunya berlaku

dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Oleh itu, sebagai pelajar yang mengambil kursus sebagai pendidik mereka

perlu mengambil lebih perhatian terhadap komunikasi secara lisan berbanding

komunikasi bukan lisan. Jika kemahiran komunikasi tidak dapat dikuasai oleh pelajar

akan menyebabkan kesukaran kepada pelajar untuk mendapatkan pekerjaan semasa

sesi temuduga untuk mendapatkan kerja. Dalam kajian yang dilakukan oleh Mazilah

(2013), beliau menyatakan bahawa 50% pelajar daripada lulusan politeknik yang

mengambil jurusan teknikal menganggur 9 bulan setiap tahun sebelum mendapat

pekerjaan tetap. Hal ini berlaku apabila terdapat laporan yang menyatakan bahawa

graduan lepasan politeknik dan vokasional kurang dalam kemahiran insaniah.

Antara kelemahan graduan ialah kemahiran komunikasi. Isu pengangguran di

kalangan graduan masih lagi ketara sedangkan terdapat ribuan kekosongan jawatan

dalam pelbagai sektor di Negara kita yang mencukupi untuk menampung ribuan

graduan dari seluruh IPTA di Malaysia. Pelajar gagal dalam temuduga yang

dijalankan kerana mereka lemah dalam penguasaan kemahiran generik. Ini disokong

dengan kenyataan Nurul Najmi (2007) yang menyatakan tahap penguasaan

kemahiran generik di kalangan pelajar-pelajar Sarjana Muda Teknologi Serta

Pendidikan adalah lemah semasa menjalani latihan industri. Akibat dari kesilapan

ini, pelajar tidak dapat menerapkan kemahiran tersebut di alam pekerjaan.

Permintaan terhadap tenaga sumber manusia yang mempunyai kemahiran

komunikasi diperlukan oleh majikan sangat tinggi kerana kebanyakkan kerja

menggunakan peralatan yang canggih dan berteknologi tinggi.

Page 5: BAB 1

5

Sebilangan besar lulusan teknikal intitusi pengajian tinggi (IPT) didapati

tidak memiliki kemahiran insaniah yang diperlukan oleh majikan (Mazilah, 2013).

Kaedah baru komunikasi digunakan kerana kaedah berasaskan suara tradisional telah

berkurangan dan mengurangkan komunikasi sebagai beberapa aksara teks yang

mungkin. Ramai penyelidik dan individu bersyukur kerana inovasi ini, menunjukkan

mereka boleh menggalakkan pembinaan hubungan dan penyelenggaraan dan

membolehkan individu untuk berkomunikasi sambil berdiri di hujung bertentangan

dengan dunia (Kavanaugh, Carroll, Rosson, Zin, & Reese 2005).

Kajian yang dijalankan oleh Rahman (2010) menyatakan bahawa 80%

manusia yang gagal dalam kerjaya disebabkan kegagalan mereka untuk

berkomunikasi dan berhubung dengan orang lain. Selain itu, kekurangan dari segi

penguasaan kemahiran komunikasi bukan sahaja akan mengurangkan peluang

graduan untuk menonjolkan diri bagi menarik minat bakal majikan, malah

mengurangkan potensi mereka untuk berdaya saing di peringkat global (Nurul Aini,

2012). Teknologi baru juga menjadikan interaksi lebih mudah dan cepat, serta

membolehkan orang ramai yang mempunyai kebimbangan dalam bersosial untuk

berkomunikasi dengan orang lain dalam persekitaran sosial yang lebih selesa. Oleh

itu, penyelidikan telah mendapati bahawa 20% daripada individu yang lebih suka

berkomunikasi dalam talian atau menghantar mesej kepada seseorang (Thompson,

2012).

Komunikasi teknologi semakin tersebar luas ke dalam budaya manusia.

Walau bagimanapun, ia jelas menunjukkan bahawa banyak kesan negatif daripada

hasil positif yang muncul. Menurut sebuah artikel yang ditulis pada tahun 2005,

majikan mengadu tentang kekurangan kemahiran komunikasi interpersonal bagi

pemohon kerja mereka dan kemahiran komunikasi telah mengakibatkan mereka telah

ditolak ke bahagian atas senarai kualiti yang diperlukan pekerja (McKay,2005).

Menurut A.Rahim N (2013) dalam kajian beliau mendapati,berdasarkan hasil

Laporan Kaji Selidik Pengguna Telefon Bimbit 2007 yang dikeluarkan Suruhanjaya

Komunikasi Multimedia Malaysia, lebih separuh daripada 21 juta pengguna telefon

bimbit di Negara ini gemar menggunakan khidmat SMS atau MMS sebagai medium

komunikasi.

Page 6: BAB 1

6

Seperti yang kita sedia maklum, pelajar lebih banyak berkomunikasi dengan

menggunakan gadget berbanding berkomunikasi secara lisan tidak kira bersama

pensyarah atau rakan. Ini mengakibatkan pelajar lebih cenderung untuk

berkomunikasi dengan menggunakan gadget sahaja kerana bagi mereka dengan

menggunakan teknologi yang serba canggih pada masa kini tidak perlu

berkomunikasi secara berhadapan dengan orang untuk berkata- kata hanya dengan

menghantar mesej pesanan ringkas sudah boleh untuk menyampaikan maklumat.

Penyelidikan neurosains telah mula mengkaji bagaimana teknologi komunikasi

mengubah otak manusia. Kajian-kajian ini telah mendapati bahawa otak individu

yang menghabiskan banyak masa di internet menyerupai orang-orang penagih dadah

dengan cara yang ketara. Setiap kali seseorang individu bertindak balas kepada satu

mesej segera atau mesej teks, sejumlah kecil dopamine dirembeskan ke dalam otak

sebagai ganjaran, sama dengan berada di bawah pengaruh dadah (Dokoupil,2012).

1.3 Pernyataan Masalah

Berdasarkan kepada latar belakang yang dibincangkan, pengkaji mendapati bahawa

kemahiran komunikasi amat penting dan perlu dikuasai oleh semua pelajar di

Universiti untuk memastikan bakal graduan yang bakal lahir mempunyai kemahiran

psikomotor, afektif dan kognitif. Pada masa kini penggunaan gadget sangat meluas

yang mana tujuannya digunakan untuk berkomunikasi dengan orang lain. Tetapi

malangnya proses komunikasi yang berlaku tidak melibatkan komunikasi secara

berhadapan dengan orang lain atau dengan kata lain komunikasi secara bersemuka.

Kita menghabiskan lebih banyak masa di Internet dengan orang lain dan

menyebabkan komunikasi secara bersemuka jelas berkurangan.

Satu kajian menunjukkan bahawa masyarakat lebih banyak masa berbelanja

dengan komputer, dan kurang masa yang mereka luangkan bersama keluarga dan

rakan-rakan (Nie & Erbring, 2010). Perkara ini jika sering berterusan dilakukan

untuk berkomunikasi dengan orang lain bagi menyampaikan maklumat akan

menimbulkan masalah seperti penyalahtafsiran maklumat yang diperolehi kerana

terdapat perbezaan komunikasi secara lisan dan tidak lisan. Selain itu, kegagalan

seseorang itu untuk berkomunikasi dengan baik menyebabkan masalah akan berlaku

semasa sesi temuduga untuk mendapatkan pekerjaan. Menurut Tengku Mahaleel

Page 7: BAB 1

7

(2002), beliau menyatakan bahawa antara penyebab graduan gagal dalam sesi

temuduga adalah kerana mereka gagal meyakinkan majikan dengan kelebihan diri

masing–masing.

Mereka juga gagal untuk memberi pendapat yang bernas bagi sesuatu isu

walaupun antara mereka mempunyai kelulusan akademik yang cemerlang. Justeru

itu, jelaslah kelulusan akademik dan teknikal perlulah juga dilengkapi dengan

kemahiran komunikasi yang berkesan. Hal ini turut disokong daripada kajian

tinjauan yang dijalankan oleh Kementerian Sumber Manusia (2005) dan

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (2006) telah mendapati ramai siswazah

mengganggur. Antara faktor utama yang menjadi petunjuk utama pengangguran

tersebut ialah kurang kemahiran komunikasi khususnya dalam kemahiran lisan dan

kemahiran pemikiran kritikal khususnya dalam penaakulan yang berkaitan

penyelesaian masalah.

Ia juga akan menyebabkan manusia kurang berkeyakinan semasa melakukan

komunikasi secara bersemuka. Terdapat kajian yang menemukan bahawa pelajar

yang tidak yakin dan takut untuk berucap di khalayak ramai (Kulwindr Kaur Sidhu,

2006). Ini mungkin kerana perasaan gementar serta struktur sesuatu ucapan itu yang

perlu disokong oleh contoh-contoh, ilustrasi, fakta dan angka. Selain itu perasaan

gementar yang timbul juga menyebabkan sesuatu ucapan itu tidak dapat disampaikan

dengan lancar.

1.4 Tujuan Kajian

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji tahap komunikasi pelajar FPTV,

mengenalpasti gaya yang mempengaruhi komunikasi dan perbezaan tahap

komunikasi pelajar lelaki dengan perempuan.

Page 8: BAB 1

8

1.5 Objektif Kajian

Dalam menjalankan kajian ini, pengkaji telah menggariskan beberapa objektif seperti

yang berikut:

i) Mengenalpasti kemahiran komunikasi pelajar FPTV

ii) Mengenalpasti gaya komunikasi pelajar FPTV

iii) Membezakan tahap komunikasi antara pelajar lelaki dengan perempuan

1.6 Persoalan Kajian

Secara spesifikasi kajian ini cuba untuk menjawab persoalan seperti di bawah:

i) Apakah kemahiran komunikasi pelajar FPTV?

ii) Apakah gaya komunikasi pelajar FPTV?

iii) Adakah terdapat perbezaan tahap komunikasi antara pelajar lelaki dengan

perempuan?

1.7 Kepentingan Kajian

Kepentingan kajian ini dapat memberi manfaat kepada beberapa pihak yang juga

berkepentingan dalam melahirkan pelajar yang mempunyai penguasaan terhadap

kemahiran komunikasi.

1.7.1 Pelajar

Dengan adanya kajian ini, ia dapat memberikan kesedaran kepada pelajar mengenai

betapa pentingnya terhadap kepentingan kemahiran komunikasi serta kepentingan

dalam meningkatkan serta menguasai kemahiran komunikasi di kalangan pelajar-

pelajar tidak kira di sekolah mahupun di university. Kepelbagaian aktiviti yang

melibatkan pelajar berupaya memberi pendedahan kepada pelajar untuk

meningkatkan keyakinan mereka bagi menempuh alam pekerjaan.

Page 9: BAB 1

9

1.7.2 Pensyarah

Dengan adanya kajian ini, pensyarah dapat menyelaraskan aktiviti pembelajaran

yang menekankan kepentingan kemahiran komunikasi yang berkesan bagi

melahirkan graduan yang berkeyakinan tinggi dalam berkomunikasi. Selain itu,

pensyarah juga dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran serta dapat melahirkan

persekitaran yang kondusif kepada pelajar agar pelajar lebih berkeyakinan untuk

berinteraksi.

1.7.3 Fakulti

Pihak fakulti dapat menyelaraskan aktiviti pembelajaran yang menekankan

kepentingan kemahiran komunikasi. Penguasaan kemahiran komunikasi ini amat

penting bagi bakal graduan yang akan menjadi seorang guru kelak.

1.8 Skop Kajian

Kajian mengenai kemahiran dan gaya komunikasi dalam kalangan pelajar FPTV

dijalankan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang hanya melibatkan

pelajar tahun 1 dan 2 bagi kemasukkan 2015/2016 di Fakulti Pendidikan Teknikal &

Vokasinal.(FPTV). Oleh itu dapatan kajian ini tidak boleh mewakili selain daripada

pelajar Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional.

1.9 Batasan Kajian

Kajian ini terbatas kepada perkara-perkara yang dihadkan oleh pengkaji. Di antara

batasan-batasan tersebut ialah dari segi lokasi kajian, sampel kajian dan faktor yang

dikaji. Dari segi lokasi kajian, kajian ini dijalankan di Fakulti Pendidikan Teknikal &

Vokasional (FPTV) di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan

Page 10: BAB 1

10

responden dalam kajian ini adalah mereka yang terdiri daripada kalangan pelajar

tahun 1dan 2 bagi kemasukkan 2015/2016 di FPTV.

1.10 Definisi Operasi

Dalam kajian ini terdapat beberapa istilah yang perlu diperjelaskan bagi

menerangkan dengan lebih tepat berkaitan dengan kehendak dan keperluan

penyelidik di dalam kajian ini. Antara istilahnya ialah:

1.10.1 Komunikasi

Dalam kajian ini, komunikasi berdasarkan Kamus Dewan (2005) didefinisikan

sebagai perhubungan (secara langsung atau dengan perantaraan), mengadakan

perhubungan (berbincang, bertukar-tukar fikiran) atau menyampaikan maklumat.

Komunikasi berasal daripada perkataan Latin communiatus yang membawa maksud

berkongsi sesuatu. Komunikasi boleh dikategorikan kepada dua iaitu komunikasi

lisan (verbal) dan komunikasi bukan lisan (non-verbal). Secara amnya, komunikasi

merupakan proses penghantaran dan penerimaan mesej melalui simbol-simbol yang

bermakna. Ia juga merupakan pemindahan maklumat dan kefahaman daripada satu

individu dengan individu lain melalui simbol-simbol yang bermakna.

1.10.2 Kemahiran Komunikasi

Dalam kajian ini, kemahiran komunikasi merupakan kebolehan menyampaikan idea

dan mengamalkan kemahiran mendengar yang didefinisikan oleh Panduan

Pembangunan Kemahiran Insaniah UPSI (2007). Penekanan dibuat berdasarkan

kepada tiga bahagian iaitu komunikasi lisan, bukan lisan dan kemahiran mendengar.

Page 11: BAB 1

11

1.10.3 Gaya Komunikasi

Gaya komunikasi telah lahir secara semulajadi pada manusia. Proses komunikasi

akan berlaku apabila seseorang bercakap dengan orang lain, dari itu komunikator

yang menyampaikan mesej akanmenyampaikan dengan cara atau gaya mereka

sendiri.

1.10.4 Gadget

Menurut Kuncoro (2009), gadget merupakan sebuah ciri yang berteknologi tinggi.

Gadget juga merupakan alat peranti yang mempunyai tujuan serta fungsi praktikal

khusus yang berguna dan umumnya diberikan terhadap sesuatu yang baru. Gadget

tidak hanya diumpamakan sebagai sebuah telefon bimbit, malah ia juga merangkumi

semua instrumen yang berbentuk seperti tablet,dvd,ipad,windows, komputer riba,

kamera digital dan sebagainya.

Page 12: BAB 1

12

1.11 Kerangka Konsep

Kajian ini menggunakan dua pembolehubah yang melibatkan pembolehubah tak

bersandar dan pembolehubah bersandar.

INPUT OUTPUT

DV IV

Rajah 1.11.1 Kerangka Kajian

Pelajar FPTV

Gaya Komunikasi

Kemahiran Komunikasi

dalam kalangan pelajar FPTV

Kemahiran komunikasi

dalam kalangan pelajar FPTV

Page 13: BAB 1

13

1.12 Rumusan

Secara keseluruhannya, bab ini menerangkan latar belakang masalah, pernyataaan

masalah, tujuan kajian, objektif kajian, persoalan kajian, hipotesis kajian, skop

kajian, kerangka konsep, kepentingan kajian, dan definisi operasi. Bab ini

mempunyai kepentingan dalam memperkenalkan kajian yang ingin dilakukan oleh

penyelidik kepada umum, dan membantu untuk penyelidik yang lain bagi tujuan

kajian lanjutan.