b5dt1e2.doc

7
INSTRUMEN PENTAKSIRAN STANDARD PRESTASI BAHASA MALAYSIA TAHUN 2 Kemahiran Menulis Band 5 Pernyataan Standard Memahami, menaakul dan memberikan respons/menyampaikan sesuatu perkara yang didengar tutur, dibaca dan ditulis dalam pelbagai situasi dengan betul dan tepat. Deskriptor B5DT1 Menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara dengan tepat. Evidens B5DT1E2 Membina dan menulis jawapan dengan ayat yang lengkap. ( 5.3.2 ) Aktiviti Pentaksiran Bahan: Menyediakan petikan/teks dan lembaran kerja Langkah Pentaksiran : Murid membina dan menulis jawapan dengan ayat yang lengkap

Upload: asrafads

Post on 21-Dec-2015

221 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: B5DT1E2.doc

INSTRUMEN PENTAKSIRAN STANDARD PRESTASI BAHASA MALAYSIA TAHUN 2

INSTRUMEN PENTAKSIRAN STANDARD PRESTASI

Kemahiran Menulis

Band 5

Pernyataan Standard Memahami, menaakul dan memberikan respons/menyampaikan sesuatu perkara yang didengar tutur, dibaca dan ditulis dalam pelbagai situasi dengan betul dan tepat.

Deskriptor B5DT1Menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara dengan tepat.

Evidens B5DT1E2Membina dan menulis jawapan dengan ayat yang lengkap.( 5.3.2 )

Aktiviti Pentaksiran Bahan: Menyediakan petikan/teks dan lembaran kerjaLangkah Pentaksiran :

Murid membina dan menulis jawapan dengan ayat yang lengkap

Page 2: B5DT1E2.doc

BAHASA MALAYSIA TAHUN DUA

NAMA : ………………………………… TARIKH : ………………………..

KELAS : …………………………………

RUJUKAN : B5DT1E1

ARAHAN : Baca petikan dan jawab soalan pemahaman.

Hari Sukan Sekolah Kami

Hari ini hari sukan tahunan sekolah kami. Pagi-pagi lagi, kami sudah

berkumpul di padang sekolah. Ramai ibu bapa yang datang ke sekolah kami

untuk menyaksikan sukan tahunan ini. Kami beratur mengikut warna rumah

sukan masing-masing.

Sebelum acara sukan dimulakan, guru besar telah memberikan ucapan dan

seterusnya merasmikan hari sukan sekolah kami. Acara dimulakan dengan

pertandingan perbarisan setiap rumah sukan dan persembahan senamrobik

daripada murid-murid sekolah kami.

Pelbagai acara telah dijalankan seperti olahraga, acara sukaneka, dan tarik

tali. Para penonton bersorak sambil bertepuk tangan untuk menyokong

pasukan masing-masing. Pasukan yang menang telah menerima hadiah

yang disampaikan oleh guru besar. Walaupun penat tetapi kami berasa

gembira.

Tulis jawapan yang lengkap bagi soalan-soalan di bawah.

Page 3: B5DT1E2.doc

1. Siapakah yang telah merasmikan hari sukan sekolah tersebut ?

_________________________________________________________________

2. Di manakah mereka berkumpul sebelum acara sukan dimulakan ?

_______________________________________________________________________

3. Nyatakan acara sukan yang telah dipertandingkan.

a)

b)

c)

d)

4. Apakah perasaan kamu sekiranya kamu kalah dalam satu pertandingan ?

____________________________________________________________________

5. Mengapakah kita perlu bersukan ?

_____________________________________________________________________

Contoh jawapan murid.

1. Hari sukan sekolah telah dirasmikan oleh guru besar.

2. Mereka berkumpul di padang sekolah.

Page 4: B5DT1E2.doc

3. a. pertandingan perbarisanb. olahragac. sukanekad.tarik tali

4. Sekiranya kalah dalam pertandingan, saya akan sedih tetapi akan berusaha

bersungguh-sungguh pada masa hadapan.

5. Kita perlu bersukan kerana bersukan dapat menyihatkan badan.

Page 5: B5DT1E2.doc
Page 6: B5DT1E2.doc