assingment iklan

7
BBR12603 MEKANIK,SIFAT JIRIM DAN HABA NAMA PENSYARAH DR LAI CHEE SERN NAMA AZIEZUDIN BIN MOHAMAD DB100322 821015-06-5375 TAJUK TUGASAN MOMENTUM

Upload: wirda-azyra

Post on 27-Jun-2015

1.326 views

Category:

Business


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Assingment iklan

BBR12603

MEKANIK,SIFAT JIRIM DAN HABA

NAMA PENSYARAH

DR LAI CHEE SERN

NAMA

AZIEZUDIN BIN MOHAMAD

DB100322

821015-06-5375

TAJUK TUGASAN

MOMENTUM

Page 2: Assingment iklan

ADVERTISEMENT ANALYSIS

PENDAHULUAN

Kreativiti boleh ditakrifkan sebagai keupayaan seseorang mencipta sesuatu yang baru atau

mampu mengolah idea yang baru/lain yang lebih bermakna.Apa yang lebih menariknya tentang

kreativiti ini ialah seseorang itu akan mencuba untuk menghasilkan satu idea yang menarik dan

dan yang lebih baru dari yang sedia ada iaitu mampu mencipta sesuatu yang baru yang belum

dicipta oleh orang lain dan mampu menarik perhatian audien tantang apa yang dihasilkan.

Menghasilakn benda yang baru bukanlah mudah dan memerlukan pengertian yang sebenar

tentang kreativiti dan idea yang dijana itu hendaklah sesuatu yang baru dan tiada peniruan dari

pihak lain.

Dunia perniagaan berkait rapat dengan kreativiti dan inovasi. Tanpa kreativiti dan inovasi, dunia

perniagaan akan kekal statik tanpa sebarang pembaharuan dan perubahan. Kreativiti dan inovasi

di dalam dunia perniagaan boleh dilakukan dalam pelbagai cara iaitu melalui produk,

perkhidmatan, jenama, model perniagaan dan pemasaran. Untuk memasarkan sesuatu produk

yang dicipta, pentingnya iklan yang boleh mempromosikan produk tersebut seterusnya mampu

menarik minat pembeli untuk membeli produk itu.

Didalam sesuatu iklan yang hendak dicipta, pentingnya elemen kekreatifan yang mampu menarik

minat audien atau pembeli. Pelbagai jenis iklan digunakan dalam bidang perniagaan untuk

mempromosikan barangan produk atau perkhidmatan. Ciri iklan bukan sahaja dapat dilihat

dalam seni-lukis foto, tetapi gaya bahasa yang turut dimanfaatkan bagi tujuan promosi komersial.

Ciri-ciri iklan perlu dikenal pasti dari dua sudut. Pertama, apakah bentuk dan elemen kekreatifan

yang digunakan dalam bahasa iklan komersial. Kedua, melihat bagaimanakah unsure-unsur

tersebut dimanfaatkan dalam bentuk bahasa dari segi komunikasi. Perbincangan ini akan melihat

elemen kreatif dalam sesuatu iklan dan kesan kekreatifan pengiklan yang diaplikasikan ke dalam

bahasa iklan komersial.

Page 3: Assingment iklan

PERBINCANGAN ELEMEN KEKREATIFAN DI DALAM IKLAN

Iklan yang dipilih untuk kerja kursus kali ini adalah sebuah iklan syampu dari jenama yang

terkenal iaitu Pantene. Iklan ini dimulakan dengan seorang kanak-kanak yang pekak dan bisu

mempunyai minat yang terlalu mendalam terhadap permainan biola. Dia sering melihat seorang

pemain biola jalanan yang bermain biola dan bercita-cita untuk menjadi seorang pemain biola

yang terkenal. Semasa di sekolah menengah beliau dicemburui oleh temannya yang bermain

piano dan sering diejek oleh rakannya. Beliau berasa sedih dan tertekan dengan kekurangan yang

beliau miliki dan sering mengadu nasib kepada pemain biola jalanan tadi. Pemain biola jalanan

itu memberi perangsang dengan kata-kata semangat kepada beliau disamping menghadiahkan

beliau sebuah biola.

Beliau bertekad untuk memasuki pertandingan bermain alat muzik klasik untuk membuktikan

kepada semua orang tentang kelebihan yang beliau miliki. Beliau sering berlatih dengan pemain

biola jalanan sebelum memasuki pertandingan itu. Hal ini mengundang rasa cemburu kepada

rakannya yang bermain piano itu tadi. Rakannya itu tadi telah mengupah beberapa orang

samseng untuk menghancurkan biola itu dan memukul pemain biola jalanan itu dengan harapan

supaya beliau tidak dapat menyertai pertandingan itu.

Semasa pertandingan itu dijalankan, rakannya yang bermain piano itu bermain dengan baik

sehingga mendapat tepukan gemuruh dari penonton. Tanpa disangka beliau muncul disaat akhir

pertandingan dengan biola yang ditampal dengan salotape. Pihak penganjur memberi beliau

peluang untuk bermain alat muziknya. Beliau bermain dengan bersungguh-sungguh sehingga

membuatkan para penonton tergamam dan akhirnya berdiri sambil memberi tepukan yang paling

gemuruh terhadap persembahan beliau.

Berdasarkan iklan yang dipilih, terdapat pelbagai elemen kreatif yang boleh dikupas dalam iklan

itu. Pertamanya adalah slogan iklan yang digunakan. Iklan ini menggunakan slogan yang mudah

iaitu You can Shine dimana apabila kita meneliti iklan ini, ia menggunakan model yang

mempunyai rambut yang panjang dan bersinar. Pada minit ke 2.50 menunjukkan model ini

Page 4: Assingment iklan

bermain biola dengan keadaan yang bersungguh-sungguh sambil menghayun-hayunkan

kepalanya. Motif yang ingin ditunjukkan adalah walaupun dengan keadaan bagaimana sekalipun,

dengan menggunakan syampu ini rambut tetap dalam keadaan yang terurus dan sempurna.

Kedua, elemen kreatif yang digunakan adalah iklan ini telah memasukkan elemen muzik sebagai

asas utama pembikinan iklan ini. Pemilihan alat muzik biola dilihat satu idea yang tepat dimana

permainan alat muzik ini memerlukan gerakan tubuh terutama di bahagian kepala. Kalau kita

lihat pemain biola yang professional, mereka bermain sambil menggerak-gerakkan kepala ke kiri

dan kanan. Jika tidak memiliki rambut yang sempurna dan terurus sudah tentu rambut pemain

akan kusut masai. Gabungan antara alat muzik dan produk ini dilihat satu idea yang kreatif dan

dapat menarik minat pengguna semasa menonton iklan ini seterusnya membeli produk ini.

Elemen yang seterusnya yang dapat dilihat dalam iklan ini adalah unsur budaya yang diterapkan.

Jika dilihat kepada permulaan iklan ini, ia menunjukkan seorang kanak-kanak yang melihat

pemain jalanan bermain biola dan kata-kata penghinaan yang dilemparkan kepadanya.Elemen

dramatik yang menyentuh jiwa ini dapat menarik minat penonton untuk menonton iklan ini

sampai habis walaupun penonton sendiri tidak mengetahui produk yang akan diiklankan. Selain

itu kata-kata yang disampaikan oleh model di dalam iklan ini seperti “ why I am different from

others?” , “ why do you have to be like others?” , “ music is a visible thing” , “ close your eyes

you will see”. Kata –kata itu begitu memberi makna yang mendalam dan membantu perjalanan

plot cerita iklan tersebut.

Seterusnya elemen kreatif yang dapat dilihat ialah pemilihan watak pekak dan bisu yang dibawa

oleh model iklan ini. Watak ini begitu memberi kesan yang mendalam di mana ia mampu

menerapkan perasaan simpati penonton semasa menonton iklan ini seterusnya mengajak

penonton menyelami jiwa seseorang yang dilahirkan pekak dan bisu. Penerapan nilai sebegini

amatlah penting untuk melahirkan msyarakat yang mempunyai nilai moral yang tinggi. Iklan ini

berfungsi sebagai medium penyampaian untuk menerapkan nilai kepada penonton.

KESIMPULAN

Page 5: Assingment iklan

Daripada analisis beberapa contoh elemen kreatif yang terdapat dalam satu iklan itu, dapatlah

disimpulkan bahawa setiap pembikin iklan mestilah mempunyai pemikiran kreatif yang tinggi

untuk membentuk satu iklan yang mampu menarik minat penonton dan seterusnya dapat

mempromosikan produk yang ingin diiklankan. Elemen kreatif ini juga tidak tertumpu kepada

iklan bergerak sahaja tetapi meliputi iklan-iklan yang dipaparkan dipapan iklan.

BIBLIOGRAFI

Asmah Haji Omar (1988) Bahasa Iklan Perniagaan: satu kajian bahasa retorik. Kuala

Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Carter,R. (2004) Language and Creativity: the art of common talk. New York: Routledge.

Forseville, C. (1996) Pictorial Metaphor in Advertising. London:Routledge

Laman web

http://www.youtube.com/watch?v=Um9KsrH377A ( 11 Sept 2008 )