assignment seni dalam pendidikan

15
Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru (EDU 3083) Tugasan 2 b. Isu Kesantunan Guru 1.0 Pengenalan Kesantunan atau etiket adalah tatacara, adat atau kebiasaan yang berlaku dalam masyarakat. Kesantunan merupakan aturan perilaku yang ditetapkan dan disepakati bersama oleh suatu kelompok masyarakat tertentu dan menjadi prasyarat yang disepakati oleh perilaku sosial. Kesantunan melibatkan perlakuan verbal ataupun nonverbal. Bagi tokoh-tokoh bahasa, mereka berpendapat bahawa kesantunan ialah perlakuan berbahasa yang mampu mewujudkan keharmonian sewaktu berlaku sesuatu komunikasi. Manakala Za’ba yang pernah menulis tentang nilai dalam perlakuan dan etiket Melayu yang disiarkan dalam jurnal Malayan Branch (1950 ) menyenaraikan beberapa perkara yang menjadi peraturan ketat dalam masyarakat bagi mengawal perlakuan. Berdasarkan perkembangan semasa dalam profesion keguruan, kesantunan dapat dibahagikan kepada tiga iaitu kesantunan berpakaian, kesantunan tingkah laku dan kesantunan berbahasa. 2.0 Kesantunan Berpakaian Dalam kesantunan berpakaian, beberapa perkara perlu diberikan perhatian oleh guru. Guru perlulah berpakaian yang sopan sesuai dengan etika berpakaian yang disarankan dalam Peraturan Tatatertib dan Kelakuan bagi penjawat awam. Guru tidak boleh berpakaian yang dapat merangsang orang lain terutama dari 1

Upload: nas-fellah-kalika

Post on 22-Dec-2015

29 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

IPG

TRANSCRIPT

Page 1: ASSIGNMENT SENI DALAM PENDIDIKAN

Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru (EDU 3083)

Tugasan 2

b. Isu Kesantunan Guru

1.0 Pengenalan

Kesantunan atau etiket adalah tatacara, adat atau kebiasaan yang berlaku dalam

masyarakat. Kesantunan merupakan aturan perilaku yang ditetapkan dan disepakati

bersama oleh suatu kelompok masyarakat tertentu dan menjadi prasyarat yang

disepakati oleh perilaku sosial. Kesantunan melibatkan perlakuan verbal ataupun

nonverbal. Bagi tokoh-tokoh bahasa, mereka berpendapat bahawa kesantunan ialah

perlakuan berbahasa yang mampu mewujudkan keharmonian sewaktu berlaku sesuatu

komunikasi.

Manakala Za’ba yang pernah menulis tentang nilai dalam perlakuan dan etiket

Melayu yang disiarkan dalam jurnal Malayan Branch (1950 ) menyenaraikan beberapa

perkara yang menjadi peraturan ketat dalam masyarakat bagi mengawal perlakuan.

Berdasarkan perkembangan semasa dalam profesion keguruan, kesantunan

dapat dibahagikan kepada tiga iaitu kesantunan berpakaian, kesantunan tingkah laku

dan kesantunan berbahasa.

2.0 Kesantunan Berpakaian

Dalam kesantunan berpakaian, beberapa perkara perlu diberikan perhatian oleh

guru. Guru perlulah berpakaian yang sopan sesuai dengan etika berpakaian yang

disarankan dalam Peraturan Tatatertib dan Kelakuan bagi penjawat awam. Guru tidak

boleh berpakaian yang dapat merangsang orang lain terutama dari jenis jantina yang

berlainan, seperti pakaian yang jarang dan menampakkan bahagian badan yang

umumnya perlu ditutup. Kod etika berpakaian seharusnya menjadi rujukan penuh

kepada guru dalam usaha untuk memastikan mereka sentiasa menunjukkan kesantunan

yang tinggi dalam etika berpakaian ke sekolah. Di samping itu guru harus bijak memilih

pakaian supaya dapat disesuaikan dengan majlis yang dihadirinya sama ada majlis

rasmi atau majlis santai.

Adalah tidak wajar seseorang guru memakai pakaian yang terlalu ketat atau

mendedahkan auratnya kerana gaya tersebut bukan sahaja bertentangan dengan

ajaran agama malah menganggu konsentrasi murid ketika belajar.

1

Page 2: ASSIGNMENT SENI DALAM PENDIDIKAN

Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru (EDU 3083)

3.0 Kesantunan Tingkah Laku

Kesantunan tingkah laku adalah tatacara bertindak atau gerak geri guru ketika

menghadapi sesuatu atau dalam situasi tertentu. Sebagai contohnya ketika menerima

tetamu iaitu ibu bapa yang berurusan di sekolah, duduk di dalam kelas, berhadapan

dengan orang yang kita hormati seperti Guru Besar atau pegawai dari Jabatan,

menunggu giliran untuk sesuatu urusan dan sebagainya. Semua tingkahlaku yang

dinyatakan tersebut memerlukan tingkah laku yang berbeza. Sebagai contohnya pada

waktu makan bersama, memerlukan kesantunan cara duduk, cara mengambil makanan,

cara makan dan mrngunyah, cara menggunakan senduk, cara membersihkan mulut

setelah makan dan cara mamakai tusuk gigi.

Begitu juga ketika berhadapan dengan ibu bapa, pihak pengurusan sekolah dan

murid-murid memerlukan guru menunjukkan kesantunan tingkah laku yang berbeza

sesuai dengan situasi pada waktu tersebut. Penampilan tingkahlaku yang positif oleh

guru menjadi ikutan dan contoh teladan kepada murid-murid. Guru memainkan peranan

yang amat penting membantu membentuk tingkahlaku positif dan ini dapat melahirkan

murid-murid yang memiliki akhlak yang terpuji.

Tingkahlaku yang baik yang dipamerkan oleh guru menunjukkan guru tersebut

mempunyai peribadi yang terpuji dan dan ibu bapa akan merasa selesa menjalinkan

hubungan dan berinteraksi dengan guru bagi meningkatkan prestasi murid-murid.

Semua masalah yang mendatang dapat diselesaikan dengan bijaksana.

4.0 Kesantunan Berbahasa

Kesantunan berbahasa tercermin dalam cara guru berkomunikasi sama ada dari

segi verbal atau cara berbahasa. Ketika berkomunikasi, guru perlu mengambilkira

kepada norma-norma budaya dan tidak sekadar menyampaikan idea yang difikirkan

sahaja. Cara berbahasa harus disesuaikan dengan unsur-unsur budaya yang ada dalam

masyarakat setempat dan perkataan atau bahasa yang digunakan perlulah sesuai

dengan situasi ketika berkomunikasi. Guru yang tidak dapat menggunakan kesantunan

berbahasa dengan betul mungkin akan dianggap sebagai seorang yang sombong,

angkuh, tidak beradat dan berbudaya.

2

Page 3: ASSIGNMENT SENI DALAM PENDIDIKAN

Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru (EDU 3083)

5.0 Fokus Isu Ialah Salah Laku Guru Wanita yang Melibatkan Kesantunan Tingkah

Laku.

Berdasarkan Berita Harian

NUTP dedah salah laku guru wanita

Posted on March 2, 2011 by psbtpnsarawak

Rabu , 02 Mac 2011

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/NUTPdedahsalahlakuguruwanita/

Article/index_html

Oleh SyuhadaChooAbdullah

[email protected]

Ibu bapa buat laporan anak lelaki sering diusik dalam kelas

KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP)

mendedahkan ada guru wanita didakwa ‘mengusik’ pelajar lelaki, terutama yang

dikatakan memiliki paras rupa atau penampilan menarik di sekolah

menengah.Presidennya, Hashim Adnan, berkata perbuatan guru wanita sedemikian

didakwa menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan ibu bapa pelajar terbabit

sehingga ada yang membuat aduan kepada NUTP.“Setakat ini, ada tiga ibu bapa

menghubungi NUTP mengadu guru wanita mengambil kesempatan terhadap anak lelaki

mereka di sekolah.“Satu daripada aduan membabitkan seorang pelajar lelaki Tingkatan

Empat mendakwa pipinya selalu ‘dicubit-cubit manja’ oleh seorang guru wanita di kelas

kerana meminati rupa parasnya yang menarik, bukan kerana hukuman

disiplin.“Perbuatan itu bukan saja menyebabkan pelajar terbabit sering berasa segan

dan serba-salah, malah menjadi bahan ejekan atau gurauan rakan sekelas

terhadapnya,” katanya ketika dihubungi semalam.Kes guru didakwa mencabul

kehormatan atau merogol pelajar di sekolah menjadi tajuk berita sejak kebelakangan ini,

termasuk kelmarin, akhbar melaporkan 11 pelajar perempuan Tingkatan Tiga sebuah

sekolah menengah di Ampang di sini, mengadu dicabul guru disiplin ketika merotan

mereka kerana tidak hadir perhimpunan, Jumaat lalu.

Guru lelaki itu didakwa meletakkan tangannya pada dada pelajar terbabit kononnya bagi

merasai denyutan jantung sebelum merotan punggung mereka.Namun, jarang

dilaporkan mengenai kes guru wanita yang terbabit dalam salah laku membabitkan

pelajar lelaki.Hashim berkata, dakwaan membabitkan kedua-dua guru lelaki mahupun

wanita harus dibendung bagi mengelakkan masyarakat semakin hilang kepercayaan

3

Page 4: ASSIGNMENT SENI DALAM PENDIDIKAN

Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru (EDU 3083)

terhadap integriti dan kredibiliti pendidik di sekolah.Justeru, katanya, semua guru mesti

bersikap profesional ketika menjalankan tugas, termasuk ketika mengambil tindakan

berbentuk fizikal terhadap pelajar.“Disarankan guru lelaki atau wanita yang dikesan

mahupun didapati ada tanda atau kecenderungan melakukan ‘usikan’ tidak wajar

terhadap pelajar berlainan jantina, ditukarkan untuk bertugas di sekolah lelaki atau

perempuan sepenuhnya,” katanya

Berdasarkan berita harian yang bertajuk NUTP Dedah salah laku Guru Wanita

yang berkaitan kesantunan guru iaitu isu seksual. Guru tersebut didakwa mengusik

pelajar lelaki terutama yang mempunyai rupa paras yang menarik.Tabiat guru tersebut

menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan ibu bapa pelajar terbabit.

Artikel ini menunjukkan guru wanita tersebut terlibat dengan kesantunan tingkah

laku.Syed Ismail bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki bin Miskon (2010) menyatakan

setiap guru perlu bersikap adil terhadap setiap orang murid tanpa mengira faktor

jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama. Mereka juga

menyatakan setiap guru lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid

daripada hal-hal lain.

Perbuatan atau tindakan yang dilakukan oleh guru wanita tersebut dianggap

lucah. Mangsa berasa terganggu akibat daripada perlakuan guru tersebut. Gangguan

seksual dalam isu kesantunan guru ini terbahagi kepada dua iaitu secara verbal dan

non-verbal. Kementerian Sumber Manusia (1999) mengkategorikan bentuk-bentuk

gangguan seksual kepada lima jenis utama.

Pertama , gangguan secara lisan iaitu penggunaan bahasa lucah melalui perbualan,

bercerita, berjenaka, membuat bunyi-bunyian, memberi kritikan, pujian atau mengajukan

soalan berunsur seksual ke atas penampilan, pakaian, tingkahlaku, tubuh badan atau

aktiviti selsual sehingga berasa tersinggung gterhina atau terugut untuk berurusan.

Kedua, gangguan secara bukan lisan iaitu sikap atau perlakuan seseorang yang

memberi maksud atau gambaran keinginan yang berunsurkan seksual seperti

menjeling, menggoda, merenung, mengintai,menjilat bibir atau mengguna bahasa

isyarat yang lain.

4

Page 5: ASSIGNMENT SENI DALAM PENDIDIKAN

Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru (EDU 3083)

Ketiga, gangguan seksual berbentuk sentuhan fizikal seperti mendekati orang lain dalam

jarak yang terlalu dekat sehingga orang tersebut berasa kurang selesa, memegang,

memeluk, menepuk, menggosok, mencubit, mencium atau meraba sehingga pengadu

berasa tersinggung, atau terhina.

Keempat, gangguan secara visual iaitu perlakuan menghantar nota, surat, mel-

elektronik, gambar atau bahan bacaan yang berunsur seksual melalui penggunaan apa

jua peralatan media atau peralatan komunikasi juga termasuk kepada gangguan

seksual.

Kelima, gangguan psikologi iaitu perbuatan secara seksual, mendorong, mendesak atau

memujuk rayu bagi memenuhi keinginan seksual.

Sebagai seorang guru tidak seharusnya berkelakuan begitu rupa sehingga boleh

mencemarkan sifat profesionalisme dan akan menyebabkan kehilangan kepercayaan

orang ramai. Guru seharusnya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang guru

dengna penuh ddikasi, tidak memmentingkan diri sendiri.dan berfikiran bersih dan

penuh keikhlasan ketika menjalankan amanah mendidik murid-murid. Guru seharusnya

tidak melakukan perkara yang tidak sopan sehingga mencemarkan profesionnya.

Di sekolah guru adalah pengganti ibu bapa yang seharusnya mereka diberi

layanan yang terbaik dan guru menjadi contoh teladan yang terbaik untuk diikuti oleh

murid-murid. Pengalaman-pengalaman hitam tidaj seharusnya dilalui oleh murid-murid

kerana ini akan meninggalkan kesan yang buruk di dalam kehidupan mereka.

Ketidakselesaan yang dialami akan membuatkan mereka tidak bersemangat untuk

belajar dan merasa ketakutan. Emosi-emosi negatif ini perlu dihindari sama sekali.

Sebagai seorang guru seharusnya memberi pendidikan yang terbaik kepada murid-

murid untuk dijadikan pegangan pada masa hadapan.

Setiap profesion mempunyai kod etika kerja yang tersendiri. Profesion perguruan

juga tidak terlepas daripada mempunyai etika kerja sendiri. Etika kerja perguruan

digubal bagi memartabatkan profesion perguruan. Setiap individu yang bergelar guru

wajib mematuhi kod etika ini selama masih dirinya bergelar guru. Ia adalah untuk

menjaga status, akhlak dan maruah dalam profesion keguruannya. Di Malaysia,

5

Page 6: ASSIGNMENT SENI DALAM PENDIDIKAN

Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru (EDU 3083)

‘Tatasusila Profesion Keguruan’ yang disarankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia

merupakan landasan dan garis panduan bagi setiap guru. Menurut ‘Tatasusila Profesion

Keguruan’ ini, setiap guru mempunyai akauntabiliti ke atas murid, ibu bapa, masyarakat

dan negara, rakan sejawat dan profesion.

Ikrar Tatasusila Profesion Keguruan:

“Kami, guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha

menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu,yang taat setia, yang

bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha menuju

ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang, dan yang percaya

kepada demokrasi, kebebasan perseorangan dan prinsip-prinsip Rukun Negara.

Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab mebimbing anak muda untuk

mecapai kemajuan sepenuh-penuhnya, maka dengan ini, kami menerima Tatasusila

berikut sebagai panduan untuk membolehkan kami menyempurnakan profesion kami ke

taraf kesusilaan yang setinggi-tingginya :

                      i.        Tanggungjawab terhadap pelajar

                    ii.        Tanggungjawab terhadap ibu bapa

                   iii.        Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara

                   iv.        Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan”

Kod etika perguruan menjadi garis panduan bagaimana bertingkahlaku dalam

profesion yang banyak menguji kesabaran ini. Kod etika perguruan juga menyatakan

dengan jelas tentang tanggungjawab guru sebagai pemegang amanah di dalam bidang

pendidikan. Amanah yang dipikul oleh insan bernama guru adalah amat besar. Guru

harus mendidik dan mencorak generasi muda yang bakal memimpin negara pada masa

akan datang. Maka, guru haruslah mengikut dan mematuhi kod etika perguruan agar

guru masih lagi berjalan dan berlari di atas landasan yang betul.

6.0 Faktor-Faktor Punca Isu Tersebut Berlaku

6

Page 7: ASSIGNMENT SENI DALAM PENDIDIKAN

Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru (EDU 3083)

Profesion Keguruan ialah satu jawatan professional seperti mana kerjaya-kerjaya

lain dalam masyarakat dunia. Salah satu sebab yang mewujudkan masalah kesantunan

guru ialah faktor peribadi guru itu sendiri. Sudah menjadi tanggapan umum bahawa guru

boleh dijadikan model dalam kehidupan bermasyarakat. Namun pandangan dan

tanggapan positif masyarakat kian menipis apabila ada sesetengah guru yang

melanggar etika keguruan. Ini termasuklah guru yang selalu ponteng kelas dan keluar

dari kawasan sekolah atas sebab peribadi. Sikap sambil lewa guru menjadikan guru

yang tidak bertanggungjawab dan kesannya pengajaran tidak dapat dijalankan dengan

sebaik mungkin. Sifat keikhlasan untuk mengajar telah luntur di dalam jiwa mereka.

Mereka merasakan kerjaya sebagai guru tidak menyeronokkan dan terbeban.

Malahan ada guru yang sanggup menghisap rokok dan bersembang dengan guru

yang lain. Lebih malang lagi ada guru yang sanggup memperdaya dan melakukan

hubungan seks dengan pelajarnya. Segala perbuatan negatif ini tentunya mengikis

kepercayaan dan penghormatan masyarakat terhadap profesion perguruan.

Faktor yang boleh diambil kira menyebabkan kesantunan guru tercalar ialah

pengaruh media masa yang berleluasa dan boleh mendapatkan maklumat di hujung jari

sahaja, mudah, cepat, murah dan tidak ada tapisan dan sekatan yang ketat dari pihak

berkuasa. Unsur-unsur negatif begitu mudah diperolehi dari penceritaan dan peristiwa

yang dipaparkan saban hari.

Menurut kajian yang dilakukan pengaruh media elektronik lebih banyak dari

pengaruh media masa. Segala maklumat amat mudah diperolehi tanpa sekatan dari

pihak berwajib. Unsur-unsur negatif yang membawa kepada keruntuhan akhlak amat

mudah diperolehi. Oleh yang demikian guru-guru yang mengikut hawa nafsu amat

mudah melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang yang

bergelar guru dan menjadi role model kepada anak didiknya.

Guru – guru yang mempunyai masalah keluarga seperti perceraian

memungkinkan mereka melakukan perkara-perkara yang di luar jangkaan yang tidak

sepatutnya dilakukan oleh insane yang bergelar guru.Sepertimana yang kita ketahui

kerjaya guru Cuma berkaitan dengan usaha-usaha mengajar dan mendidik manusia

agar berjaya dalam hidup mereka. Dunia guru telah membataskan pergaulan dan

7

Page 8: ASSIGNMENT SENI DALAM PENDIDIKAN

Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru (EDU 3083)

interaksi mereka dengan rakan setugas dan para pelajar sahaja. Peluang mereka untuk

bergaul dengan masyarakat amat terhad. Segala keterhadan ini akan membataskan

peluang orang ramai untuk mengenali dan memahami peranan guru. Jadi ada di

kalangan guru merasakan ianya menjadi tekanan hidup dan untuk lari dari masalah

mereka melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya dilakukan olen seorang guru.

Lebih ketara lagi apabila guru-guru tidak mempunyai apa-apa kuasa atau pengaruh

terhadap urusan hidup masyarakat moden sekarang ini.

Faktor yang boleh diambil kira ialah guru yang terbabit kurang memahami etika

keguruan. Oleh itu bagi menjaga imej profesion, setiap guru perlu patuh kepada etika

profesionaliesme, etika pengajaran,etika tingkah laku dan etika perkhidmatan awam.

Guru merupakan tenaga iktisas di dalam bidang perguruan yang

dipertanggungjawabkan untuk mendidik murid-murid di sekolah.

Oleh itu, guru-guru yang mempunyai kemahiran professional serta kecerdasan

emosi memainkan peranan besar dalam menghasilkan generasi yang berpendidikan,

berkemahiran, berbudaya ilmu, dan berakhlak selaras dengan Falsafah Pendidikan

Negara.

7.0 Implikasi Terhadap Profesion Perguruan

Gangguan seksual merupakan perkara yang mampu mewujudkan implikasi

kompleks terutamanya kepada profesion perguruan kerana guru merupakan pendidik

yang sepatutnya menjadi role model. Antara impaknya termasuklah impak kepada

psikologi, emosi, kesihatan fizikal, perhubungan sosial dan impak kepada tekanan kerja.

Menurut American Psychological Association pada tahun 1999 melaporkan ramai

mangsa mengalami tekanan berat selepas menerima gangguan seksual. Ini

termasuklah kesan psikologi iaitu rasa rendah diri dan sering menyalahkan diri sendiri.

Apabila mereka mengalami perkara ini terlampau lama mereka akan mengalami

penyakit neurosis termasuk fobia. Murid yang mengalami gangguan seksual akan

mengubah corak hidop mereka kepada pendiam dan pasif dan jarang bergaul.

8

Page 9: ASSIGNMENT SENI DALAM PENDIDIKAN

Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru (EDU 3083)

Selain daripada itu ianya juga memberi kesan kepada kesihatan fizikal.

Contohnya mangsa gangguan seksual sering mengalami simpton muntah-muntah serta

mengalami gangguan kurang selera makan dan sukar untuk tidur. Keadaan ini terjadi

kerana mangsa terlalu memikirkan kejadian yang berlaku ke atas diri mereka dan jika

berterusan ia akan menjadi lebih parah sehingga mengalami sakit mental jika tidak

mendapat rawatan awal. Ini akan menjejaskan prestasi pembelajaran mereka.

Gangguan seksual khususnya di tempat kerja turut memberi kesan terhadap

produktiviti dan ekonomi negara. Ianya akan merugikan pasaran buruh kerana ianya

boleh menjejaskan kenaikan pangkat kepada mangsa yang sudah berpengalaman kerja.

Imej sekolag akan tercalar jika perkara ini di ketahui umum.

Implikasi yang seterusnya ialah hubungan guru yang melakukan perkara ini

dengan murid-murid akan renggang di mana semua murid akan berasa takut untuk

menuntut ilmu dengan guru tersebut. Ini akan menjatuhkan reputasi pembelajaran

murid. Murid-murid tidak akan menunjukkan kesungguhan untuk belajar. Kesannya

keputusan peperiksaan akan merosot sekiranya masalah ini tidak dapat diselesaikan

oleh pengrusan sekolah.

Selain itu hubungan guru terababit dengan rakan sejawat juga akan musnah

kerana guru lain tidak akan percaya kepada guru tersebut. Jika ianya berterusan , guru

tersebut akan mengalami masalah jiwa terhadap perbuatan yang dilakukannya. Kesan

jangka panjang yang akan di terima oleh guru tersebut ialah mereka tidak akan diterima

oleh masyarakat di mana di mana masyarakat akan memandang rendah dan serong

kepada mereka. Perasaan hormat masyarakat kepada guru akan hilang akibat

perbuatan mereka, Guru tersebut jug akan dipindahkan dari sekolah berkenaan bagi

menjaga nama baik sekolah tersebut. Di mata masyarakat guru tersebut tidak akan

mendapat tempat di mana masyarakat tidak akan mempercayai mereka lagi.

Kesan jangka pendek pula ialah masyarakat akan memandang rendah terhadap

profesion perguruan. Masyarakat tidak akan memandang profesion ini sebagai profesion

yang penting. Profesion ini tidak akan dianggap mulia kerana masyarakat menganggap

profesion ini tidak lagi selamat untuk anak mereka. Tambahan pula profesion ini tidak

lagi dihormati oleh masyarakat. Kesan jangka panjang kepada profesion perguruan ialah

9

Page 10: ASSIGNMENT SENI DALAM PENDIDIKAN

Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru (EDU 3083)

generasi muda tidak lagi mahu menjadi pelapis terhadap profesion ini. Penyusutan

kuasa untuk menjalankan tugas secara professional menyebabkan profesion perguruan

menurun di kaca masyarakat.

Dalam minda masyarakat Malaysia, seorang guru itu haruslah merupakan seorang

insan yang sempurna. Elok penampilan, tersusun tutur bahasa, baik tingkah laku dan

tinggi akhlak pekerti adalah trait-trait personaliti guru dalam minda masyarakat kita.

Mereka amat berharap guru yang mengajar anak-anak mereka di sekolah merupakan

individu yang berakauntabiliti dan berintegriti serta sesuai dijadikan contoh ikutan anak-

anak mereka. Rasa percaya mereka terhadap guru akan timbul dengan melihat guru-

guru yang wajar dijadikan contoh bagi anak-anak di sekolah.

Kerjaya guru tugas mulia di sisi Islam, apatah lagi membabitkan disiplin ilmu

berkaitan agama. Islam sebagai satu agama yang mementingkan ilmu pengetahuan,

memandang tinggi martabat seorang pendidik sama ada berkaitan ilmu duniawi atau

ukhrawi. Dalam hal ini, Rasulullah SAW membuktikan betapa pentingnya peranan guru

dalam proses penyebaran dakwah Islamiah pada zaman permulaan Islam. Sebagai

utusan terakhir kepada umat manusia, Baginda SAW sendiri mengajar dan mendidik

umat manusia berpandukan wahyu Ilahi. Baginda juga merupakan seorang guru pada

zamannya.

Sesungguhnya segala amal bakti seorang guru dalam menyampaikan ilmu yang

bermanfaat kepada anak didiknya akan melayakkan dirinya mendapat ganjaran

kebaikan, meskipun setelah pergi mengadap Ilahi. Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu,

tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, sebagai balasan yang

sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya." (Surah al-Muzammil, ayat 20).

Rasulullah SAW juga bersabda yang bermaksud: "Apabila meninggal dunia seorang

manusia, maka terputuslah pahala amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariah, ilmu

yang bermanfaat, anak soleh yang mendoakannya." (Hadis riwayat Muslim). Jelas di sini

bahawa profesion perguruan itu mendapat tempat yang tinggi di dalam agama Islam.

Ianya merupakan sebuah profesion yang mulia. Maka, sebagai seorang yang bergelar

guru, kita haruslah menjaga nama baik profesion dan tidak melanggar etika-etika

10

Page 11: ASSIGNMENT SENI DALAM PENDIDIKAN

Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru (EDU 3083)

perguruan agar masyarakat kekal memandang mulia kerjaya guru sehingga akhir zaman

nanti. InsyaAllah! 

11