assignment psv

8
1.0 Pengenalan Daoed Yoesoef (1980) menyatakan bahawa seorang guru mempunyai tiga tugas utama iaitu tugas profesional, tugas manusiawi dan tugas kemasyarakatan (sivic mission). Secara umumnya, tugas profesional seorang guru adalah berkaitan dengan logika dan estetika, manakala tugas kedua dan ketiga pula berkaitan dengan etika. Tugas-tugas profesional seorang guru ialah menyampaikan ilmu pengetahuan dan nilai-nilai lain yang belum diketahui anak didik dan sewajarnya diketahui oleh mereka. Selain itu,para guru adalah bertugas mendidik anak murid agar menjadi manusia yang berguna kelak. Tugas-tugas mereka itu termasuklah transformasi diri dan pencarian identiti. Menurut Dudi (2011), seni banyak membantu dalam pelbagai aspek kehidupan. Ia memberi info atau maklumat, mengembangkan minat dan memperluaskan pengalaman manusia. Seni juga bukan setakat terbatas pada seni tarian atau visual sahaja tetapi ia ada kaitannya dengan falsafah dan pelbagai bidang yang lain. Pendidikan Seni banyak mempersiapkan individu untuk ke dunia kerjaya. Ramai pendidik berpendapat seni wajar dijadikan mata pelajaran teras di sekolah. Seni dapat membantu dalam pelbagai bidang dan banyak membantu dari sudut kerjasama dan kasih sayang, merancang dan melaksanakan, meningkatkan kemahiran berfikir, berkebolehan dalam mengadaptasi diri dengan orang lain, mengembangkan bakat, berani mengambil risiko dan membuatkeputusan, meningkatkan harga diri dan keyakinan diri dan sebagainya.

Upload: ngu-woo-hing

Post on 21-Jan-2016

130 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Assignment Psv

1.0 Pengenalan

Daoed Yoesoef (1980) menyatakan bahawa seorang guru mempunyai tiga tugas utama

iaitu tugas profesional, tugas manusiawi dan tugas kemasyarakatan (sivic mission). Secara

umumnya, tugas profesional seorang guru adalah berkaitan dengan logika dan estetika, manakala

tugas kedua dan ketiga pula berkaitan dengan etika. Tugas-tugas profesional seorang guru ialah

menyampaikan ilmu pengetahuan dan nilai-nilai lain yang belum diketahui anak didik dan

sewajarnya diketahui oleh mereka. Selain itu,para guru adalah bertugas mendidik anak murid

agar menjadi manusia yang berguna kelak. Tugas-tugas mereka itu termasuklah transformasi diri

dan pencarian identiti.

Menurut Dudi (2011), seni banyak membantu dalam pelbagai aspek kehidupan. Ia

memberi info atau maklumat, mengembangkan minat dan memperluaskan pengalaman manusia.

Seni juga bukan setakat terbatas pada seni tarian atau visual sahaja tetapi ia ada kaitannya

dengan falsafah dan pelbagai bidang yang lain. Pendidikan Seni banyak mempersiapkan individu

untuk ke dunia kerjaya. Ramai pendidik berpendapat seni wajar dijadikan mata pelajaran teras di

sekolah. Seni dapat membantu dalam pelbagai bidang dan banyak membantu dari sudut

kerjasama dan kasih sayang, merancang dan melaksanakan, meningkatkan kemahiran berfikir,

berkebolehan dalam mengadaptasi diri dengan orang lain, mengembangkan bakat, berani

mengambil risiko dan membuatkeputusan, meningkatkan harga diri dan keyakinan diri dan

sebagainya.

Setiap guru Pendidikan Seni Visual yang telah melalui latihan profesional (initial

training) sewajarnya menguasai beberapa disiplin ilmu untuk disampaikannya di sekolah kelak

melalui jalur pendidikan. Seseorang itu tidak mungkin dianggap guru seni yang cemerlang

sekiranya dia tidak menguasai pengetahuan tentang seni dengan baik. Namun begitu, hal ini

bukanlah bermakna seseorang yang menguasai ilmu seni dengan baik dapat menjadi guru seni

yang cemerlang. Segalanya bergantung kepada kebolehan seseorang guru itu menguasai seni

mengajar (art of teaching). Selain mengajar, seorang guru seni juga berperanan sebagai

pengurus, pembimbing, motivator, pemudah cara (fasilitator) dan inisiator bagi meningkatkan

lagi kepekaan, kreativiti, daya imaginasi murid untuk mencapai pembelajaran optimum,

menyeluruh dan menyeronokkan.

Page 2: Assignment Psv

2.0 Kaedah Pengumpulan data

Keberkesanan pengajaran dan pembelajran boleh ditingkatkan sekiranya guru dapat

memahami kemampuan dan persepsi diri terhadap objektif yang terkandung dalam sukatan

pelajaran. Maklumat yang diperolehi boleh digunakan untuk memperbaiki pengajaran diri dan

seterusnya berjaya mencapai hasrat negara untuk muncul sebagai negara maju menjelang tahun

2020.

Angelo dan Cross (1993) menyatakan bahawa terdapat pelbagai kaedah yang boleh

digunakan oleh penyelidik untuk mendapatkan maklumat dari subjek kajian. Antara kaedah yang

boleh digunakan untuk memperolehi maklum balas ialah temu bual, soal selidik dan

pemerhatian. Dalam kajian ini penyelidik telah menggubah satu set soal selidik berdasarkan

sukatan pelajaran pendidikan seni visual untuk mengukur domain persepsi guru seni terhadap

objektif pendidikan seni visual sekolah menengah. Selain daripada itu, kaedah temu bual dan

pemerhatian turut digunakan untuk mendapat maklumat yang lebih kukuh dan tepat.

Dengan izin pihak pentadbir sekolah dan bantuan guru besar sekolah di daerah

Meradong, penyelidik telah berpeluang memerhati beberapa orang guru seni menjalankan

aktiviti P&P. Pengkaji telah memilih objektif iaitu memupuk budaya penyelidik dalam proses

penghasilan karya seni sebagai dasar menentukan pelaksanaan objektif dalam P&P. Dapatan data

ialah kelima-lima orang guru seni telah mengamalkan objektif ini dalam P&P, sebagai contoh 1:

Dalam mengajar unsur-unsur seni seperti garisan: Pelajar diminta mengkaji dan menyelidik

garisan yang terdapat di sekeliling bilik darjah dan mengkaji fungsi setiap jenis garisan dalam

masa 160 minit. Contoh 2: Dalam unit catan: Pelajar diminta bandingbezakan antara 2 jenis

catan yang berlainan teknik, menyelidik aliran kedua catan tersebut, pelajar terpaksa membuat

rujukan perpustakaan untuk mengumpul maklumat dan seterusnya membuat laporan. Pendekatan

pengumpulan dan penyusunan data-data membantu pelajar membuat penyelidikan secara

saintifik mengenai seni. Pelajar dilatih secara ilmiah supaya dapat mengenali ciri-ciri teperinci

bagi sesuatu aliran seni. Walaupun guru seni tersebut telah mengambil masa 2 minggu untuk

mengajar sebahagian kecil dalam unit catan tetapi hasilnya amat memerangsangkan. Menurut

Tuckman (1978), penyelidikan ialah suatu usaha yang sistematik untuk mendapat jawapan

kepada sesuatu masalah. Ia bertujuan untuk mencari kebenaran dan menambah ilmu

pengetahuan. Walaupun keesahan dan kebolehpercayaan kaedah ini rendah tetapi rumusannya

Page 3: Assignment Psv

ialah tidak 100% objektif yang dilaksanakan merujuk kepada matlamat FPK tetapi sebahagian

objektif pasti dilaksanakan oleh guru seni yang berpengalaman.

Page 4: Assignment Psv

3.0 Hubungan matlamat PSV dengan FPK

Page 5: Assignment Psv

4.0 Ciri-ciri guru PSV yang berkesan

Guru memainkan peranan yang sangat penting dalam pembentukan pelajar kerana guru

membimbing dan memberi tunjuk ajar yang baik kepada para pelajar. Jika salah pengajaran guru

itu, maka salahlah apa yang dilakukan oleh pelajar. Oleh itu, guru hendaklah mempunyai strategi

dan cara yang berkualiti semasa mengajar murid-murid dengan cara yang berkesan dan efektif. 

 Antara ciri-ciri guru yang berkesan ialah mempunyai pengetahuan yang mendalam

tentang subjek yang diajarnya. Dalam pengajaran pendidikan seni visual, guru tersebut

hendaklah mempunyai kemahiran dalam bidang kesenian seperti melukis,membuat corak dan

rekaan, mengenal semua jenis kraftangan dan sebagainya agar murid-murid dapat manfaat ilmu

dengan lebih banyak. Guru-guru hendaklah bekerja kuat untuk memastikan pengetahuan dan

kemahirannya terkini dan tepat.

 Selain itu, guru-guru hendaklah mempunyai kesediaan kognitif. Guru-guru yang

berkesan hendaklah membuat persediaan untuk berfikir,menganalisis, membentuk konsep, dan

sebagainya sebagai persediaan untuk mengajar. Guru-guru hendaklah melakukan analisis awal

mengenai perkara yang akan diajar kepada murid. Sekiranya guru itu tidak mempunyai

kesediaan kognitif, murid-murid mungkin akan mempertikaikan ilmu yang akan diberikan oleh

guru itu. Sebagai contoh, guru bagi pendidikan seni visual hendaklah melakukan analisis atau

menambahkan ilmu mengenai cara-cara melukis ataupun sejarah-sejarah mengenai kesenian

sebelum mengajar murid-murid.

Disamping itu, guru yang berkesan juga mempunyai kualiti pengajaran. Guru itu boleh

melakukan program yang sistematik dalam pengajaran seperti aktiviti dalam kumpulan kecil,

melakukan beberapa permainan yang boleh menghilangkan bosan pelajar. Melalui aktiviti-

aktiviti ini, murid-murid akan lebih bersemangat untuk belajar kerana tidak tertekan dengan

sesuatu pembelajaran yang baru. Tambahan lagi, guru itu juga hendaklah bijak untuk berinteraksi

dan tahu keinginan murid agar proses P&P berjalan dengan lancar dan lebuh berkesan. Guru itu

juga boleh bimbingan untuk murid itu memberanikan diri untuk bercakap dihadapan untuk

memberi keyakinan kepada murid tersebut. Melalui cara ini, guru itu boleh menggunakan

pendekatan behavior learning.

Page 6: Assignment Psv

Ciri-ciri guru yang berkesan juga bijak memberi motivasi pelajar untuk belajar.

Seseorang guru boleh memberi motivasi untuk meningkatkan semangat belajar, semangat

mencari ilmu dan sebagainya. Guru itu boleh mencipta peluang pembelajaran melalui kerja

hands.on, aktiviti dalam kumpulan, bimbingan rakan sebaya dan pengajaran individu. Tambahan

lagi, guru itu juga boleh menceritakan kebaikan menuntut ilmu agar memotivasikan semangat

pelajar untuk tidak berputus asa dalam pencarian ilmu.