assignment penuh kaedah dan teknik pembelajaran bahasa

12
ASSIGMENT PENUH Kaedah Dan Teknik Pembelajaran Bahasa Kaedah pengajaran merupakan salah satu elemen yang digunakan oleh para guru untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Menurut Abu Salleh (1988), kedah itu merupakan satu aktiviti pengajaran yang mengandungi langkah-langkah yang tersusun dan dalam setiap langkah yang tersusun tersebut mempunyai kemahiran dan latihan yang terancang. Menurut Mok (1992), kaedah ialah satu siri tindakan yang sistematik dengan tujuan untuk mencapai objektif pengajaran dalam jangka masa yang pendek. Kaedah pengajaran pula merupakan cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan prosedur yang tersusun. Teknik ditakrifkan sebagai pengendalian suatu organisasi yang berlaku di dalam bilik darjah. Teknik ini berfungsi untuk mencapai objektif pengajaran dengan segera. Teknik juga merupakan instrumen yang digunakan oleh guru untuk menyampaikan bahan-bahan pengajaran guru bahasa yang telah dipilih untuk murid-murid. Menurut Kamarudin (2001), teknik mengajar didefinisikan sebagai 1

Upload: sadai-lasan

Post on 11-Dec-2015

33 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Kaedah

TRANSCRIPT

Page 1: Assignment Penuh Kaedah Dan Teknik Pembelajaran Bahasa

ASSIGMENT PENUH

Kaedah Dan Teknik Pembelajaran Bahasa

Kaedah pengajaran merupakan salah satu elemen yang digunakan oleh para guru

untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Menurut Abu

Salleh (1988), kedah itu merupakan satu aktiviti pengajaran yang mengandungi

langkah-langkah yang tersusun dan dalam setiap langkah yang tersusun tersebut

mempunyai kemahiran dan latihan yang terancang. Menurut Mok (1992), kaedah ialah

satu siri tindakan yang sistematik dengan tujuan untuk mencapai objektif pengajaran

dalam jangka masa yang pendek. Kaedah pengajaran pula merupakan cara mendekati

sesuatu objektif pelajaran dengan prosedur yang tersusun.

Teknik ditakrifkan sebagai pengendalian suatu organisasi yang berlaku di dalam

bilik darjah. Teknik ini berfungsi untuk mencapai objektif pengajaran dengan segera.

Teknik juga merupakan instrumen yang digunakan oleh guru untuk menyampaikan

bahan-bahan pengajaran guru bahasa yang telah dipilih untuk murid-murid. Menurut

Kamarudin (2001), teknik mengajar didefinisikan sebagai wadah yang digunakan untuk

mengajar sesuatu pelajaran. Teknik pengajaran mempunyai beberapa objektif.

Antaranya seperti berikut:

a) Untuk menyampaikan bahan pengajaran dengan cara yang menarik minat murid-

murid dan untuk mengekalkan perhatian dan daya ingin tahu mereka.

b) Untuk memudahkan murid-murid mencapai objektif-objektif pengajaran.

Teknik-Teknik Pengajaran Bahasa

1

Page 2: Assignment Penuh Kaedah Dan Teknik Pembelajaran Bahasa

a) Teknik simulasi

Teknik simulasi merupakan satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai

keadaan sebenar yang memerlukan para peserta berinteraksi berdasarkan

peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu

atau tugasan tertentu. Melalui teknik ini, pelbagai kemahiran dapat

digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan,

membaca dan menulis.

Kelebihan teknik ialah dapat menggalakkan murid-murid untuk

menyelesaikan masalah dan membuat keputusan, selain itu dapat mewujudkan

pelbagai aktiviti yang menarik yang menjadi sumber motivasi kepada murid-

murid untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran. Teknik ini juga

dapat memperluaskan pengetahuan dan pengalaman murid-murid, dan murid

mempunyai peluang untuk menjalankan pelbagai aktiviti yang meningkatkan

kemahiran insaniah mereka.

Tujuan teknik ini digunakan ialah untuk menarik minat murid-murid ke

arah pengajaran yang dijalankan oleh guru. Selain itu guru dapat menimbulkan

suasana yang berfungsi untuk menilai dan menguji kemahiran murid-murid tanpa

menghakis elemen realiti. Teknik ini juga bertujuan untuk mengesan

pengetahuan murid-murid, menggalakkan murid-murid secara kreatif, inovatif,

logik, dan kritis. Ia juga berfungsi untuk mendorong muri-murid menyusun dan

menghuraikan bahan yang diajar.

b) Tunjuk cara (Demonstrasi)

2

Page 3: Assignment Penuh Kaedah Dan Teknik Pembelajaran Bahasa

Kaedah ini melibatkan kemahiran guru melakukan tunjuk cara di dalam teknik

pengajaran dan pembelajaran bahasa. Tunjuk cara ini melibatkan aktiviti

penerangan dan demonstrasi guru bersama aktiviti pendengaran, penglihatan,

dan percubaan murid.

Sebelum demontrasi, guru perlu menyediakan topik, objektif, alatan, radas, dan

tujuan demonstrasi. Selepas demonstrasi mereka akan membincangkan

bahagian demonstrasi yang penting, tujuan, dan aktiviti pengukuhan.

Teknik ini mempunyai beberapa jenis iaitu model hidup, model simbolik,

dan model persepsi. Model hidup ialah contoh sebenar yang ditunjukkan kepada

murid-murid dalam sesi pembelajaran di dalam kelas seperti demonstrasi

bermain alat muzik. Selain itu model simbolik pula contoh yang diterangkan

secara penulisan dan murid-murid akan mengikut setiap langkah yang sudah

disenaraikan oleh guru. Akhir sekali model persepsi ialah contoh yang

ditunjukkan melalui video. Sebagai contoh ialah pergerakan tubuh badan

semasa menari dan pola langkah dalam tarian tersebut.

c) Eksplorasi penemuan

Eksplorasi dikaitkan dengan penerokaan terhadap sesuatu. Sudah menjadi

lumrah manusia yang mempunyai sifat ingin tahu. Bagi memenuhi keinginan ini

mereka sentiasa ingin menerokai sesuatu yang baru. Kaedah ini sangat

bersesuaian untuk mengembangkan sifat ini melalui proses pengajaran dan

pembelajaran berorientasikan penyelesaian masalah. Kaedah eksplorasi

penemuan merupakan aktiviti yang dapat meransang pembelajaran murid.

Murid-murid akan memperoleh maklumat berdasarkan hasil penyelidikan sendiri

3

Page 4: Assignment Penuh Kaedah Dan Teknik Pembelajaran Bahasa

yang melibatkan proses pertanyaan, mencari, menjalankan kajian, dan

penyelidikan sendiri.

Eksplorasi mengandungi proses seperti mengenali masalah, mengkaji

ramalan, mengumpul maklumat, menganalisis, dan membuat rumusan. Kaedah

atau teknik eksplorasi ini dikendalikan mengikut urutan aktiviti yang dilakukan

bagi mencari dan menyelesaikan sesuatu masalah atau fenomena yang telah

dirancang. Berikut ialah urutan dan langkah aktiviti yang teknik eksplorasi adalah

seperti berikut:

a) Pemerhatian

b) Pengelasan

c) Membuat ramalan

d) Uji kaji

e) Merekod, melabel, dan melapor

f) Pentafsiran dan pengaman

Dalam pelaksanaan aktiviti ini guru tidak semestinya menggunakan bahan-bahan atau

alat bantu pengajaran. Sudah memadai penggunaan sumber-sumber biasa seperti

buku teks, gambar, atau bacaan tambahan untuk kaedah ini. guru perlu menerangkan

secara terperinci kepada murid-murid mengenai sumber yang digunakan untuk

mengumpul maklumat atau data. Guru juga boleh menggunakan sumber komuniti yang

melibatkan penyertaan masyarakat sekeliling.

d) Memberi Arahan

4

Page 5: Assignment Penuh Kaedah Dan Teknik Pembelajaran Bahasa

Kaedah pengajaran dan pembelajaran juga dikaitkan dengan kemahiran guru untuk

memberi arahan di dalam kelas. Kemahiran ini dianggap penting kerana guru perlu

bijak memberi arahan supaya pelajar dapat memahaminya dengan mudah. Arahan

guru tersebut haruslah jelas, tepat, dan mudah difahami oleh murid-murid. Beberapa

panduan telah ditetapkan untuk menjamin arahan yang diberikan jelas dan mudah

difahami.

a) Arahan yang diberikan pada mula ditulis, hal ini demikian bertujuan untuk

memudahkan murid-murid mengingati arahan yang diberikan.

b) Jika arahan yang diberikan terlalu banyak, guru perlu membuat demonstrasi

atau penerangan yang lebih terperinci.

c) Laras bahasa yang digunakan perlulah bersesuaian supaya murid dan

memberi tumpuan sepenuhnya.

d) Menguji tahap kefahaman murid-murid dengan bertanyakan soalan kepada

murid-murid tersebut, dan minta penjelasan ringkas mengenai arahan yang

diberikan.

Satu cara memperbaiki kemahiran memberi arahan adalah dengan menganalisis

masalah yang dihadapi oleh murid semasa mereka melakukan ativiti. Arahan tidak

tepat, kabur, sukar, singkat, dan diulang-ulang akan membuatkan murid melakukan

kesalahan semasa menyelesaikan tugasan.

e)Program Cahayaku

Secara umumnya, konsep pembelajaran Cahayaku menekankan perkembangan EQ

(emotional quality) dan IQ (intellectual quality). Konsep ini wujud berdasarkan 7M, iaitu

5

Page 6: Assignment Penuh Kaedah Dan Teknik Pembelajaran Bahasa

main, membaca, mengira, menulis, mewarna, mengeja, dan moral. Sistem ini

menggabungkan tiga teknik mengajar secara serentak, iaitu mimik untuk guru, Iqra’

untuk ibu bapa, dan latih tubi untuk guru dan ibu bapa. Cahayaku menggalakkan kanak-

kanak membaca dengan sendiri apabila corak susunan belajar yang dibina oleh guru

dapat dikuasai oleh pelajar. Keadaan ini akan menimbulkan sifat ketagihan untuk

membaca di samping menerapkan sifat mulia yang lain pada masa yang sama.

Cahayaku seperti program yang lain juga yang mempunyai keistimewaannya

yang tersendiri berdasarkan ciri yang dimilikinya. Program ini jelas cirinya dengan

adanya dua buah buku bacaan dan tiga buah buku latihan digunakan dalam proses

pembelajaran. Apabila pelajar diajar, perkataan perlu disebut secara automatik dalam

bahasa baku. Dengan kaedah ini, pelajar tidak berasa terbeban dan membosankan

semasa belajar sekali gus membentuk minat membaca dalam kalangan pelajar.

Kaedah ini jelas dapat mengesan kelemahan antara pelajar dan guru melalui penilaian

bagi setiap pembelajaran.

Program Cahayaku sebenarnya bukan sahaja dapat digunakan oleh guru dalam

proses pembelajaran pelajar, malah ibu bapa juga boleh menerapkan kaedah ini dalam

membantu guru mendidik pelajar di rumah. Dengan kaedah ini, mereka tidak perlu

mengeja perkataan tersebut, sebaliknya hanya bunyikan perkataan. Dalam masa

sesingkat dua hingga lima minit latihan bersama ibu bapa sehari, pelajar akan lebih

cepat memahami suku kata perkataan. Ibu bapa perlu memastikan bahawa guru-guru

yang mengajar mempunyai sijil Cahayaku yang sah kerana guru-guru tersebut telah

mengikuti kursus sistem Cahayaku dan memahamu cara-cara mengajar dengan

menggunakan buku Cahayaku.

6

Page 7: Assignment Penuh Kaedah Dan Teknik Pembelajaran Bahasa

Secara keseluruhannya atau ringkasannya, program cahayaku ini dapat

dikatakan sebagai satu teknik untuk perkembangan IQ (minda) serta pemerolehan

kefahaman secara drastik. Selain itu, program ini sebagau satu teknik untuk guru-guru

mengesan dan menyelamu jiwa pelajar di samping untuk guru mengesan kesan diri

sendiri terhadap hasil yang telah diterapkan kepada pelajar, iaitu melalui interaksi dan

komunikasi antara guru dan pelajar. Program ini jelas dapat melahirkan kanak-kanak

atau pelajar ke arah generasi yang dinamik dan membentuk modal insan yang lebih

berpengetahuan.

7.4 Saranan Pengajaran

Pengajaran berkualiti telah dibincang sejak dulu lagi, hingga hari ini isu ini masih

dibangkit. Pelbagai model dan saranan yang telah dikemukakan bagi menjamin kualiti

pendidikan terus meningkat. Sesetengah inovasi lebih bersifat fizikal dan material

semata-mata serta kurang menyentuh soal dalaman guru dan pelajar sebagai manusia

pengajar dan pelajar ( Yahya Othman et. al, 2009). Perkembangan sains dan teknologi

telah mengubah tamadun manusia. Perkembangan tamadun ini memerlukan

perubahan besar dalam sistem pendidikan. Pengajaran yang berkualiti juga dikaitkan

dengan persoalan iaitu kualiti pengajaran secara teori dan ilmu semata-mata atau

kepercayaan? Hal ini turut dijelaskan oleh Roselan Baki (2003) jika amalan pengajaran

berdasarkan ilmu dan teori, maka proses dan prosedur perlaksanaannya empiris,

sistematik, tekal, dan dapat dipertanggungjawabkan. Sebaliknya jika pertimbangan

pengajaran banyak dipengaruhi pengalaman dan kepercayaan semata-mata, maka

guru akan sering bertemu ketidaktentuan dan kecelaruan.( dlm Yahya, 2009).

7

Page 8: Assignment Penuh Kaedah Dan Teknik Pembelajaran Bahasa

Kini sudah tiba masanya guru beralih kepada pengajaran secara santai. Hal ini

demikian kerana, selama ini penilaian terhadap pengajaran berkualiti dinilai dari sudut

fizikal dan material. Seharusnya aspek emosional dan psikologi diberi penekanan

sewajarnya. Industri pengajaran turut dianggap sebagai industri perniagaan, kerana

bidang memberi perkhidmatan kepada pelanggan iaitu guru dan murid. Dengan

penerapan model-model dan alat bantu mengajar yang sesuai sesi pengajaran dapat

dilakukan dalam keadaan yang seronok. Kebanyakan guru-guru enggan melakukan

aktiviti pembelajaran di dalam kelas kerana dianggap tidak bersungguh-sungguh dalam

melaksanankan tugas mereka sebagai guru. Hakikatnya murid-murid tidak dapat

memahami kepentingan ilmu itu walaupun kepentingan ilmu sudah diterangkan oleh

guru.

Teknik dalam pengajaran perlu diperbaharui supaya pembelajaran di dalam kelas lebih

bersifat aktif.

Selain itu guru harus didedahkan dengan ilmu kemanusiaan supaya lebih peka

dengan kehendak pelajar yang diajar. Guru perlu didedahkan dengan konsep

penguasaan ilmu menerusi pancaindera. Peranan otak juga perlu diberi pendedahan

oleh guru supaya ilmu yang disampaikan akan dapat digarap dengan berkesan. Ilmu ini

juga secara positif membuat guru lebih memahami pelajar daripada pelbagai latar

belakang. Berdasarkan kajian Dr Ornstein (dlm R. Jeyagobi: 2007), otak manusia

berfungsi mengikut gelombang yang diukur dalam bentuk beta, alpha, theta, dan delta.

Gelombang ini mengikut aktiviti seharian yang dilakukan atau perasaan yang dialami

oleh individu tersebut.

8

Page 9: Assignment Penuh Kaedah Dan Teknik Pembelajaran Bahasa

Kini guru lebih didedahkan cara untuk mendekatkan diri dengan murid-murid

atas aspek memberi keseronokan dalam sesi pembelajaran. Pelbagai saranan yang

telah diberi untuk menaiktaraf kedudukan pendidikan di Malaysia. Oleh itu usaha yang

perlu dicapai ialah memupuk hubungan antara guru dan pelajar. Tanpa pemupukan ini,

pembelajaran tidak akan berlansung dengan seronok. Murid-murid juga hanya

memandang remeh ilmu yang disampaikan oleh guru walaupun kepentingan ilmu

tersebut sudah dijelaskan. Teknik penyampaian yang berkesan ialah dengan

menggunakan cara pengajaran yang sesuai dengan pemikiran pelajar yang suka

kepada keseronokan. Tiada lagi perasaan terpaksa untuk mengikuti sesi pembelajaran,

malah pelajar akan lebih menghargai ilmu yang telah disampaikan.

8.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya sebuah proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan kekreatifan

guru-guru sebagai penyampai ilmu. Tanpa elemen ini kelas yang sedang berjalan

hanya sebuah kelas yang tidak berfungsi. Pembelajaran di dalam seharusnya aktif

supaya komunikasi guru dan murid berjalan sekaligus dapat meningkatkan kefahaman

murif-murid. Menyampaikan ilmu merupakan tugas utama guru memandangkan tugas

mereka sendiri merupakan pendidik, namun begitu tugas guru bukan sekadar mengajar

di hadapan begitu buku teks semata-mata. Tugas pendidik lebih mencabar kerana

peredaran zaman memerlukan guru-guru yang mempunyai kriteria berkualiti, lebih aktif

dan bijak mengendalikan murid-murid.

9