assignment oumh1130

Upload: norazian-binti-taat

Post on 04-Jun-2018

237 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/13/2019 Assignment oumh1130

    1/13

    ISI KANDUNGAN

    Isi Kandungan 1

    1.0 Pengenalan 2

    2.0 Tujuan Kajian 3

    3.0 Ciri-Ciri Penting Seseorang Pelajar Yang Dapat Menyumbang

    Kepada Kejayaan Dalam Suasana Pembelajaran Atas Talian

    3.1 Pembelajaran atas talian akan melahirkan pelajar yang

    mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi 6

    3.2 Memberi peluang memperolehi ilmu di luar buku dan bilik darjah 7

    3.3 Memberi peluang kedua kepada pelajar 8

    3.4 Menyediakan asas yang kuat kepada modal insan negara 8

    4.0 Cadangan Strategi Yang Boleh Digunakan Oleh Pelajar Untuk Berjaya

    Dalam Persekitaran Pembelajaran Atas Talian

    4.1 Meningkatkan kemahiran teknologi maklumat 9

    4.2 Perancangan dan pengurusan masa yang berkesan 10

    4.3 Menguruskan tekanan 10

    4.4 Mengubah gaya hidup 10

    4.5 Motivasi kendiri 12

    5.0 Kesimpulan 12

    6.0 Rujukan 14

  • 8/13/2019 Assignment oumh1130

    2/13

    OUMH1103

    1

    1.0 PENGENALAN

    Dalam arus perkembangan teknologi masa kini, pelbagai teknik dan corak

    pembelajaran baru telah diwujudkan bagi membantu memaksimumkan penerimaan input

    dan keberhasilan pembelajaran sekaligus melangkau halangan masa, jarak dan had

    keupayaan biasa manusia. Seperti yang telah diketahui umum dengan menggunakan

    teknologi moden dalam pembelajaran terbuka dan jarak jauh, pengajaran dan

    pembelajaran telah memasuki satu alaf baru. Untuk pertama kalinya, dalam bidang

    pendidikan terutamanya bagi Universiti Terbuka Malaysia (OUM) telah bebas dari

    kekangan masa dan jarak serta boleh disampaikan pada bila-bila masa, dimana-mana dan

    kepada sesiapa sahaja. Sejarah telah membuktikan bahawa perindustrian dan

    perkembangan teknologi mampu mengubah sesebuah masyarakat. Perkembanganteknologi terutamanya evolusi internet telah mencabar konsep dan teori pendidikan

    tradisional, terutamanya konsep bilik darjah serta kaedah pengajaran dan pembelajaran

    (Hunt, 2004; Resnick dan Wirth, 1996.)

    OUM telah menggunakan kaedah blended learning dalam pengajaran dan

    pembelajarannya. Apakah yang dimaksudkan dengan blended learning?. Menurut Jan

    Welker dan Lisa Berardino, blended learning ialah pembelajaran secara gabungan

    ataupun pembelajaran pelbagai teknik. Pembelajaran gabungan ialah gabungan mana-

    mana peralatan pembelajaran elektronik sebagai tambahan tanpa mengabaikan

    pembelajaran bersemuka (face-to-face learning). Sebagai contoh dengan menggabungkan

    pembelajaran secara talian (on-line) yang menggunakan talian internet dengan

    pembelajaran bersemuka (face-to-face). Tujuan pembelajaran pelbagai teknik ialah untuk

    menyediakan pengalaman pengajaran yang paling efektif dengan gabungan kepelbagaian

    penyampaian. Oleh itu, pembelajaran pelbagai teknik ini digunakan untuk menerangkan

    pembelajaran yang melibatkan pelbagai aktiviti termasuk pembelajaran dalam kelas, e-

    pembelajaran secara langsung, pengurusan pengetahuan dan pembelajaran kendiri.

    Pembelajaran pelbagai ini juga didefinisikan sebagai gabungan pelbagai media

    penyampaian yang direka untuk memperlengkapkan antara satu sama lain dan

    memperkenalkan pembelajaran dan akses kendiri kepada pelajarnya.

  • 8/13/2019 Assignment oumh1130

    3/13

    OUMH1103

    2

    Menurut Rosmah, Rasidah, Nor Liza, dan Rohayu (2001), e-pembelajaran ini

    membolehkan pembelajaran terkini dijalankan dan membenarkan capaian ke atas lebih

    ramai pelajar tanpa mengira jarak di samping membolehkan pembelajaran berlangsung

    secara berterusan. Oleh kerana e-pembelajaran ini adalah sistem pembelajaran yang

    menggunakan internet sebagai saluran (Rosmah, Rasidah, Nor Liza, dan Rohayu (2001),

    atau teknologi portal yang menggabungkan sistem data dengan sistem maklumat yang

    lain (Hartley, 2000) maka ia berupaya menyampaikan teori, metodologi dan amalan yang

    telah diterbitkan kepada pelajar yang lebih ramai dan menarik kerana menurut

    Learnframe (2001) penggunaan media-media ini kebiasaanya mengandungi teks, animasi,

    grafik, audio dan video yang menarik di samping menyediakan kemudahan untuk

    perbincangan menerusi talian dan bantuan profesional.

    Kandungan pelajaran secara e-pembelajaran ini juga didefinisikan sebagai

    pendekatan pembelajaran di mana pendidikan, latihan dan maklumat yang terancang

    digabungkan dan disampaikan oleh komputer melalui internet khususnya web, atau dari

    cakera keras, CD ROM, storan mudah alih berkeupayaan tinggi atau melalui sistem

    jaringan organisasi (Jamaludin Mohaiadin, 2000).

    Di OUM, e-pembelajaran berperanan penting sejak ia dibuka kepada seramai

    753 pelajar pada Ogos 2001 (pengambilan pertama OUM). Sebagai sebahagian daripada

    pedagogi yang diamalkan oleh universiti, e-pembelajaran telah membolehkan ia

    menampung sejumlah lebih 65,000 pelajar dari dalam dan luar negara. Sejak itu, OUM

    mendapati ianya sangat penting dan kualiti persekitaran pembelajaran yang terjamin

    setiap masa. E-pembelajaran yang suatu masa dulu merupakan bahan eksperimen ujikaji

    tapi kini telah beralih menjadi tunjang utama dalam pendidikan tinggi (Garrison &

    Anderson 2003).

    2.0 TUJUAN KAJIAN

    2.1 Untuk mengenalpasti ciri-ciri penting seseorang pelajar yang dapat

    menyumbang kepada kejayaan dalam suasana pembelajaran atas talian.

    2.2 Untuk mencadangkan strategi yang boleh digunakan oleh pelajar untuk

    berjaya dalam persekitaran pembelajaran atas talian.

  • 8/13/2019 Assignment oumh1130

    4/13

    OUMH1103

    3

    3.0 CIRI-CIRI PENTING SESEORANG PELAJAR YANG DAPAT

    MENYUMBANG KEPADA KEJAYAAN DALAM SUASANA

    PEMBELAJARAN ATAS TALIAN

    Matlamat Kementerian Pendidikan adalah untuk memastikan semua guru di

    sekolah adalah berkelulusan ijazah menyebabkan program pensiswazahan bagi guru

    berkelulusan sijil atau diploma diwujudkan di universiti-universiti tempatan. Guru mahu

    tidak mahu, terpaksa melanjutkan pelajaran melalui program pensiswazahan ini untuk

    membolehkan mereka terus berkhidmat dan dapat memenuhi matlamat pendidikan

    negara.

    Kebanyakan guru yang melanjutkan pelajaran adalah berumur di antara 25 tahun

    dan ke atas serta seharusnya guru-guru ini telah pun mempunyai keluarga. Ini

    menunjukkan, mereka telah mempunyai tanggungjawab sebagai seorang isteri/ibu atau

    pun suami/bapa. Namun, tujuan sebenar pendidikan ialah untuk mengumpul pengalaman

    pendidikan yang dikehendaki yang membolehkan seseorang itu melakukan perubahan

    yang maksimum dari segi fizikal, emosi, social dan juga ekonomi.

    Walau bagaimanapun disebalik itu terdapat juga beberapa cabaran yang

    perlu dilalui semasa mengikuti pembelajaran pelbagai ini. Selain menghadapi tekanan

    kerana sentiasa berdepan dengan tingkah laku pelajar dan komitmen yang tinggi di

    sekolah, guru-guru yang melanjutkan pengajian mereka ke peringkat sarjana turut

    mengalami tekanan melalui perubahan mereka yang kembali menjadi pelajar. Dengan erti

    kata lain, perubahan di mana mereka ini memainkan dua peranan dalam satu masa iaitu

    berperanan sebagai guru dan juga pelajar.

    Gold dan Roth (1993) menyatakan bahawa salah satu punca tekanan adalah

    perubahan. Inilah situasi yang pastinya akan dialami oleh para guru yang melanjutkan

    pengajian mereka ke peringkat sarjana kerana di samping tekanan kerja yang dihadapi di

    sekolah mereka turut mengalami tekanan belajar yang melibatkan bebanan tugasan dan

    juga pengurusan masa belajar. Beech (1992) mengatakan tekanan kerja yang berlebihan

    akan menyebabkan tindak balas tegangan terhadap emosi dan mental. Justeru itu, untuk

    mengelakkan pelajar bereaksi negatif terhadap beban tugas pembelajaran yang dihadapi

  • 8/13/2019 Assignment oumh1130

    5/13

    OUMH1103

    4

    setiap hari, Maslin Sulaiman (2002) menyatakan bahawa adalah perlu seseorang pelajar

    untuk menganalisis tugas dan membahagikan tugas secara terperinci untuk mengelakkan

    bebanan dan tekanan yang berlebihan. Maka di sinilah guru yang juga berperanan sebagai

    pelajar perlu bijak dalam menguruskan bebanan dan masa mereka bagi mengelakkan

    tekanan.

    Keadaan diri pelajar juga perlu bersedia untuk belajar. Dalam keadaan yang penat

    tentulah pelajar tidak dapat menumpukan perhatian kepada pembelajaran. Ini sering

    terjadi apabila pelajar baru balik dari pejabat atau selepas membuat aktiviti luar(Ab.Rasid

    Mat Zin,1994). Menurut France Henri dan Anthony Kaye (dipetik dari Keegan D. 1993)

    terdapat 2 gangguan iaitu gangguan dalaman dan gangguan luaran.

    Faktor dalaman merujuk kepada perasaan marah, tekanan emosi dan takut dan

    manakala faktor luaran pula ialah keadaan yang panas, peralatan yang tidak mencukupi,

    bunyi bising dan sebagainya.

    3.1 Pembelajaran atas talian akan melahirkan pelajar yang mempunyai

    kemahiran berfikir aras tinggi

    Pembelajaran atas talian memerlukan para tutor untuk mengubah kaedah

    pengajaran mereka daripada yang bercorak behaviorisma dan kognitivisma kepada

    konstruktivisma. Konstruktivis dikatakan berupaya mengubah sikap pembelajaran secara

    pasif kepada yang lebih aktif dengan menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran

    yang dapat mempertingkatkan kemahiran berfikir aras tinggi (hight order thinking skills).

    Kaedah ini juga tertumpu kepada penglibatan multisensori pelajar juga persekitaran

    pembelajaran yang interaktif dan eksploratori dapat membantu meningkatkan kemahiran

    yang dimaksudkan.

    Menjelang abad ke-21 ini teori konstruktivisme dikatakan semakin popular. Teori

    ini berperspektifkan psikologi dan falsafah dengan mengambil kira bagaimana seseorang

    individu membina atau membentuk apa yang dipelajari dan difahami oleh mereka

    (Bruning, Schraw & Ronning, 1995). Konsep utama konstruktivisme ialah pengetahuan

    dibina oleh pelajar bukan hanya disebarkan oleh orang perseorangan (Driver, etal., 1994).

    Konstruktivisma percaya bahawa seseorang itu adalah aktif dan membina pengetahuan di

    dalam pembelajaran mereka dengan tujuan dan keinginan hendak tahu berdasarkan

  • 8/13/2019 Assignment oumh1130

    6/13

    OUMH1103

    5

    pengalamannya (Brooks & Brooks, 1993; Fosnat, 1989; Piaget, 1954). Pelajar digalakkan

    untuk menyoal antara satu sama lain di samping membuat hujahan berdasarkan perspektif

    masing-masing.

    3.2 Memberi peluang memperolehi ilmu di luar buku dan bilik darjah

    Pembelajaran atas talian yang berasaskan masalah dan pembelajaran inkuiri sesuai

    kerana sebagai contoh tutor akan memberi tugasan, dimana setiap pelajar dikehendaki

    mencari maklumat dan bahan-bahan dari laman-laman web yang dicadangkan atau

    melalui pencarian mereka sendiri.

    Melalui laman web yang dilayari oleh pelajar, mereka akan memperolehi

    pengalaman dan ilmu baru yang di luar daripada apa yang biasa ditemui di dalam modul

    yang telah dibekalkan. Pengalaman yang diperolehi oleh setiap pelajar mungkin berbeza

    antara satu sama lain. Seterusnya mereka akan berbincang berdasarkan topik yang

    diberikan mengikut pandangan dan perspektif masing-masing berdasarkan fakta, hujahan

    dan bukti-bukti yang mereka kemukakan. Sekiranya keadaan seperti ini berlaku

    pembelajaran tentunya lebih aktif jika dibandingkan dengan pembelajaran yang hanya

    banyak bergantung kepada maklumat yang diberikan oleh tutor atau pensyarah. Proses

    pembelajaran yang dilalui tentunya akan dapat melahirkna para pelajar yang kritis dan

    berfikir pada tahap tinggi. Seterusnya para pelajar ini akan keluar sebagai ahli komuniti

    yang mempunyai pemikiran yang kreatif, kritis, luas dan berupaya menyelesaikan

    pelbagai permasalahan yang akan timbul dalam masyarakat, terutama di era globalisasi

    yang sangat mencabar ini.

    Menurut De Lacey dan Leornard, Harvard Business School (2002), students not

    only learned more when online sessions were added to traditional courses but student

    interaction and satisfaction improved as well. Ini menunjukkan banyak kelebihan

    apabila seorang guru mempelbagaikan strategi dalam pengajaran dan pembelajarannya.

    Pelajar pula perlu bersedia untuk melibatkan diri dalam pengajaran dan pembelajaran

    yang telah disediakan.

  • 8/13/2019 Assignment oumh1130

    7/13

    OUMH1103

    6

    3.3 Memberi peluang kedua kepada pelajar

    Pembangunan sosial dan ekonomi penting untuk memastikan taraf hidup yang

    lebih selesa bagi rakyat sesebuah negara. Dengan kemajuan yang dicapai sekarang,

    didapati pelabur asing gemar melabur di Malaysia. Ini adalah kerana tenaga kerja di sini

    kebanyakannya terlatih, bertanggungjawab dan berpengatahuan. Keadaan ini merupakan

    satu galakan untuk menarik pelabur datang ke negara ini (Shireen Haron, Feb 1995).

    Sehubungan dengan itu, dengan adanya program pembelajaran atas talian ini ia

    dapat memberi peluang kepada mereka yang telah bekerja untuk meningkatkan

    kelayakan, kemahiran dan pengetahuan. Keperluan ini dapat memastikan perkembangan

    ilmu yang sihat demi pertumbuhan ekonomi, sosial dan politik negara yang pesat

    (Mohd.Noor Saleh, 1994). Oleh sebab itu kaedah pengajian ini penting kerana ia akan

    memperbanyakkan lagi jumlah rakyat yang berpengetahuan dan berilmu. Ini selaras

    dengan perkembangan sektor awam dan swasta di mana tanggungjawabnya semakin

    besar dan kompleks. Sehubungan dengan itu, sektor ini memerlukan individu yang

    berdedikasi dan berilmu.

    3.4 Menyediakan asas yang kuat kepada modal insan negara

    Pembangunan modal insan ialah proses pembangunan sumber manusia yang

    mampu menyumbang secara aktif kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan

    sesebuah negara (Khalijah Mohd Salleh, 2007). Bahkan, menurut Al-

    Namiy (1994), manusia sebagai insan yang disempurnakan sifatnya dengan akal,

    potensi diri dan kemahiran bertujuan untuk memahami, menguasai ilmu dan menonjolkan

    keupayaan seseorang serta mampu untuk meneroka kehidupannya dan menjauhkan anasir

    tidak elok dari menimpanya. Mendapatkan modal insan yang berkualiti sangat diperlukan

    oleh negara dalam mencapai matlamat negara maju sebagaimana yang disampaikan oleh

    YAB Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 1 Mei 2006 sempena Perutusan Hari

    Pekerja yang menegaskan:

    Modal insan yang berkualiti adalah satu kemestian, bukan lagi satu kemewahan.

    Pendidikan dan latihan kemahiran berkualiti yang berterusan juga akan memastikan

  • 8/13/2019 Assignment oumh1130

    8/13

    OUMH1103

    7

    modal insan negara kekal relevan dengan kehendak industri dan pasaran serta mampu

    berdepan dengan cabaran dan suasana persaingan antarabangsa yang kian

    meningkat.

    Kalau dilihat dari sudut sejarah, bagaimana pembangunan modal insan ini pernah

    berjaya direalisasikan oleh baginda Nabi s.a.w dalam membentuk ummah dan negara.

    Pembangunan ini telah dimulakan dengan revolusi ilmu yang mencorakkan cara berfikir,

    tingkah-laku, akhlak, hukum agama, undang-undang dan aturan hidup.

    Guru di sekolah memainkan peranan yang penting untuk mendidik murid-murid

    dalam melahirkan modal insan atau generasi yang berketrampilan, mahir, berkebolehan,

    inovasi, kreatif, bertanggungjawab serta bermoral tinggi. Sebagai seorang guru yang

    profesional mereka hendaklah sentiasa menambahkan pengetahuan dan kemahiran

    pengajarannya. Untuk mencapai hasrat ini guru digesa mempersiapkan diri mereka

    dengan segala ilmu pengetahuan selaras dengan arus perubahan teknologi.

    4.0 CADANGAN STRATEGI YANG BOLEH DIGUNAKAN OLEH PELAJAR

    UNTUK BERJAYA DALAM PERSEKITARAN PEMBELAJARAN ATAS

    TALIAN

    4.1 Meningkatkan kemahiran teknologi maklumatBelajar secara atas talian atau e-pembelajaran memerlukan pelajar melengkapkan

    diri dengan asas-asas kemahiran teknologi maklumat dan juga internet yang secukupnya

    sesuai dengan peredaran masa. Alat komunikasi dan bahan-bahan e-pembelajaran

    disampaikan melalui internet dan menerusi platform penghantaran atas talian OUM yang

    dikenali sebagai Sistem Pengurusan Pembelajaran (my VLE). Dengan itu pelajar

    seharusnya berusaha untuk meningkatkan lagi ilmu pengetahuan dan juga kemahiran

    dalam bidang teknologi maklumat, sekurang-kurangnya mahir mengendalikan sebuah

    komputer peribadi, bagaimana untuk melayari internet, bagaimana menggunakan

    Microsoft Internet Explorer (IE), membaca dokumen dalam Portable Document Format

    (PDF) dan menggunakan Persekitaran Pembelajaran Maya OUM (my VLE).

    Pelbagai cara boleh dilakukan oleh pelajar dewasa bagi meningkatkan lagi ilmu

    pengetahuan dan juga kemahiran teknologi maklumat. Antaranya ialah dengan

  • 8/13/2019 Assignment oumh1130

    9/13

    OUMH1103

    8

    menghadiri kursus jangka pendek, bertanya dengan rakan yang lebih mahir dan

    meningkatkan tahap pembacaan dengan kemahiran yang berkenaan. Selain itu amalan

    penggunaan komputer yang berterusan juga amat digalakkan. Ini menjadikan kemahiran

    teknologi maklumat tidak tertumpu kepada teori semata-mata. Penggunaan yang kerap

    dapat membantu memahirkan lagi pelajar. Dengan meningkatkatnya kemahiran teknologi

    maklumat maka pembelajaran atas talian akan menjadi lebih menyeronokkan. Secara

    tidak langsung dapat membantu melonjakkan prestasi pelajar.

    4.2 Perancangan dan pengurusan masa yang berkesan

    Perumpamaan pernah mengatakan orang yang gagal merancang adalah merancang

    untuk menjadi gagal. Di sini jelas bermaksud dalam melaksanakan sesuatu terutamanya

    dua tugas dalam masa yang sama, perancangan teliti perlu dibuat. Sebagai pelajar dewasa

    yang bekerja mereka perlu menyediakan satu jadual yang sistematik. Pelajar harus

    mengatur masa untuk belajar dengan membahagikan masa untuk keluarga, kerja dan

    tugas yang lain.Sokongan ahli keluarga amat penting supaya pelajar dapat menetapkan

    masa untuk belajar dengan kerelaan ahli keluarga. Masa harus di kawal untuk

    memastikan penggunaan masa yang berkualiti untuk pembelajaran. Rancanglah masa

    dengan baik, senaraikan segala tugas, pekerjaan, temu janji dan masa untuk belajar dalam

    buku harian agar segala aktiviti berjalan dengan lancar dan sistematik.Perkara-perkara penting hendaklah diutamakan tanpa mengabaikan tugas sampingan.

    Tarikh akhir sesuatu perkara seperti tarikh menghantar tugasan hendaklah dikenalpasti

    lebih awal. Pakar-pakar motivasi sering memberi penekanan kepada aspek pengurusan

    masa bagi mencapai kecemerlangan dalam sesuatu bidang. Ini kerana masa merupakan

    sesuatu yang amat berharga. Pelajar dewasa perlulah melaksanakan sesuatu tugas

    berdasarkan kepentingannya. Ini bermaksud perkara yang utama dan penting perlulah

    didahulukan. Jadual yang disediakan juga hendaklah dipatuhi sepenuhnya. Bagi pelajar

    dewasa yang melanjutkan pelajaran bersama pasangan masing-masing ataupun dengan

    rakan sekerja bolehlah saling ingat mengingati perkara-perkara yang penting dalam

    aktiviti e-pembelajaran.

  • 8/13/2019 Assignment oumh1130

    10/13

    OUMH1103

    9

    4.3 Menguruskan tekanan

    Lessard (1998) mendapati stress bukan sahaja dialami oleh orang-orang dewasa,

    tetapi turut dialami oleh pelajar-pelajar universiti. Ini kerana universiti

    merupakan persekitaran yang unik yang seringkali menuntut pelajar menyumbangkan pel

    bagai peranan disamping tugasan-tugasan yang perlu dilaksanakan. Bagi pelajar-

    pelajar baru di dalam sistem pembelajaran di atas talian mereka akan mengalami

    gangguan stress yang berganda jika hendak dibandingkan dengan pembelajaran secara

    tradisional. Masalah akan datang dari segenap sudut dan aspek yang pasti akan

    menganggu perasaan dan emosi. Secara tidak langsung akan memberi stress atau

    tekanan perasaan kepada pelajar-pelajar.

    Menurut Wright (1967) kebiasaannya stress akan dialami dalam pelbagai keadaan

    seperti rasa kesunyian, kurang tidur, keresahan, kebimbangan yang tinggi serta perubahan

    fisiologi yang ditunjukkan kesan daripada sesuatu peristiwa yang dialami. Apabila

    berlaku stress, faktor fizikal dan rohani akan terganggu dan stress itu boleh menjadi

    negatif ataupun positif. Stress yang positif akan memastikan kita sentiasa berjaga-berjaga,

    mendorong kita agar lebih bermotivasi di dalam menghadapi cabaran atau rintangan

    serta membawa kita di dalam mencari jalan penyelesaian. Manakala stress atau

    tekanan perasaan negatif adalah masalah ataupun impak negatif yang boleh

    menganggu pelajar-pelajar samada dari segi kesihatan mental dan fizikal, personaliti dan

    juga prestasi pembelajaran itu sendiri. Menurut Campbell dan Svenson (1992), apabila

    stress dilihat dari segi aspek negatif atau tekanan yang terlalu tinggi, ianya boleh

    mendatangkan kesan negatif terhadap tahap kesihatan dan pencapaian akademik

    para pelajar. Bagi pelajar-pelajar baru kebiasaannya faktor yang selalu memberi tekanan

    dan menimbulkan stress ialah kesuntukkan masa di dalam menyiapkan kertas kerja yang

    diberi, kurang kemahiran di dalam perkakasan komputer,kurang mahir di dalam

    menggunakan sumber-sumber yang disediakan seperti kemudahan my VLE yang

    disediakan oleh pihak OUM, bebanan kerja di pejabat yang semakin bertambah dan

    sebagainya.

  • 8/13/2019 Assignment oumh1130

    11/13

    OUMH1103

    10

    4.4 Mengubah gaya hidup

    Golongan pelajar dewasa bekerja yang mengambil keputusan untuk melanjutkan

    pelajaran perlu memahami mengapa mereka berbuat demikian. Ini terdapat segelintir

    pelajar dewasa tidak memahami dengan jelas matlamat mereka. Mengubah gaya hidup

    adalah salah satu cara untuk mencapai kejayaan belajar secara atas talian. Disiplin diri

    amat penting supaya menyambung pengajian itu bukanlah satu usaha yang sia-sia.

    Pelajar dewasa hendaklah memahami selain bekerja mereka juga sekarang telah bergelar

    pelajar. Sikap yang negatif seperti berbual kosong, menghabiskan masa dengan menonton

    televisyen dan juga kurang membaca perlu dielakkan. Ini kerana selain pembelajaran

    secara atas talian, sistem pembelajaran OUM juga merangkumi pembelajaran kendiri

    iaitu pelajar membaca modul yang disediakan. Kegagalan berbuat demikian boleh

    menimbulkan implikasi terutama semasa perbincangan atau menjawab soalan secara atas

    talian. Disamping menjalankan tugas hakiki sebagai pekerja, pelajar dewasa juga pada

    masa yang sama perlu sentiasa memahami tugas sebagai pelajar. Sistem pembelajaran

    terutamanya my VLE hendaklah sentiasa dipantau. Ini bagi membolehkan maklumat

    sentiasa dikemas kini.

    4.5 Motivasi kendiri

    Motivasi secara umumnya merupakan satu daya yang menggerakkan seseorang

    untuk mencapai sesuatu objektif. Chaplin (1985) mendefinisikan motivasi sebagai

    pemboleh ubah yang digunakan untuk menerangkan tentang faktor dalam organisasi yang

    membangkitkan, mengekalkan dan mengarah tingkah laku ke arah sesuatu matlamat.

    Ditinjau dari aspek belajar motivasi adalah satu tindakan untuk mencapai tujuan tertentu

    (Reber & Beech, 1982). Ini jelas menunjukkan pentingnya minat serta motivasi dalam

    belajar. Lee Shok Mee (1991) pula menegaskan bahawa minat pelajar memainkan

    peranan yang penting dalam mempengaruhi kesediaan pelajar untuk belajar. Keadaan ini

    juga sama terhadap guru-guru yang melanjutkan pengajian mereka di peringkat sarjana di

    mana minat serta motivasi mereka yang tinggi dapat mendorong mereka untuk terus

    belajar.

  • 8/13/2019 Assignment oumh1130

    12/13

    OUMH1103

    11

    5.0 KESIMPULAN

    Era globalisasi telah membawa arus perubahan kepada gaya hidup serta sistem

    sosial masyarakat dunia begitu juga di Malaysia. Oleh kerana kesan globalisasi tidak

    dapat dielakkan maka kita perlu bergerak seiring dengan kepantasan perubahan yang

    dibawa oleh globalisasi itu sendiri. Sebagai usaha untuk penyesuaian dalam era

    globalisasi maka penguasaan ilmu pengetahuan baru dapat dicapai melalui pembelajaran

    sepanjang hayat.

    Melanjutkan pelajaran pada usia dewasa tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak

    dapat mencapai keputusan yang cemerlang. Oleh itu perkara utama yang perlu difikirkan

    ialah matlamat sebenar melanjutkan pelajaran. Pelajar perlu mengetahui dengan jelas

    kenapa mereka memilih untuk belajar secara atas talian ataupun e-pembelajaran.

    Perancangan yang teliti juga membolehkan sesuatu perkara dapat dilaksanakan dengan

    lebih berkesan. Belajar merupakan satu proses yang menyeronokkan. Secara tidak

    langsung motivasi diri sentiasa berada pada tahap terbaik dan kecemerlangan akan

    tercapai.

    (3000 patah perkataan)

  • 8/13/2019 Assignment oumh1130

    13/13

    OUMH1103

    12

    6.0 RUJUKAN

    Dato Dr Zaiton Osman et al. (2012). Learning Skills for Open Distance Learners

    (2nd ed.). Seri Kembangan : Meteor Doc. Sdn. Bhd.

    Henry OLawrence (2006). The Influences of Distance Learning on Adult Learners.

    Journal of Technique, 47-49.

    Abdul Aziz Ibrahim (1993). Penggunaan Alat Bantu Mengajar dalam Proses Pengajaran

    dan Pembelajaran Kejuruteraan Awam di Politeknik-politeknik Malaysia. Satu

    tinjauan. UTM: Tesis Ijazah Sarjana Muda.

    Faridah Abd Wahab (2000). Satu Kajian Kes Di Kalangan Pelajar Wanita Yang Telah

    Berumahtangga Melanjutkan Pelajaran Di UTM: Mengimbangi Tanggungjawab

    Antara Keluarga Dan Pelajaran. Projek Sarjana Muda, Fakulti Pendidikan, UTM

    Skudai. Tidak Diterbitkan.

    Razmah Man & Yusup Hashim (2000). Potensi dan cabaran dalam pembelajaran maya

    dan elektronik, Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia.

    Journal of educational Technology system,issue;volume 34, number1/2005-2006.pages

    33-35.