assignment jms 319

23
JMS 319 Kandungan Perkara Mukasurat Kulit hadapan Profile pelajar Kandungan 1 Pengenalan 2 Peranan Dr. Sun Yat Sen dalam Revolusi 1911 4 Menubuhkan pertubuhan revolusiner ke arah gerakan anti-Manchu 4 Mengembangkan perasaan anti-Manchu 7 Mendapatkan sokongan daripada Orang Cina seberang laut. 8 Mencetuskan Revolusi 9 Kesimpulan 13 Bibliografi 14 1

Upload: sujairi-amhari

Post on 15-Apr-2016

40 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

assingment

TRANSCRIPT

Page 1: Assignment Jms 319

JMS 319

Kandungan

Perkara Mukasurat

Kulit hadapan

Profile pelajar

Kandungan 1

Pengenalan 2

Peranan Dr. Sun Yat Sen dalam Revolusi 1911 4

Menubuhkan pertubuhan revolusiner ke arah gerakan anti-Manchu 4

Mengembangkan perasaan anti-Manchu 7

Mendapatkan sokongan daripada Orang Cina seberang laut. 8

Mencetuskan  Revolusi 9

Kesimpulan 13

Bibliografi 14

1

Page 2: Assignment Jms 319

JMS 319

Pengenalan

Dr. Sun Yat Sen yang dikenali sebagai bapa Revolusi China dilahirkan pada tahun 1866

di Hsiang Shan, 40 batu dari Canton dalam wilayah Kwangtung di Selatan China. Nama beliau

yang asal adalah Sun Wen dan nama kelahirannya ialah Sun Deming( diberikan oleh

ibubapanya).beliau memiliki beberapa nama antaranya ialah Dixiang, Zaizhi dan Rixin.Semasa

melanjutkan pendidikan di Hong Kong,beliau mendapat gelaran Yat-Sen. Satu nama yang

menjadikan beliau dikenali. Ianya bersempena nama yang diberikan kepada beliau oleh Miyazaki

Touten iaitu Nakayama1.

Beliau memperolehi pendidikan tradisional sehingga berumur 12 tahun. Pada tahun 1879,

beliau dihantar ke Hawaii dan tinggal bersama saudara tuanya Sun Mei atau Sun Teh Chang. Di

Hawali beliau memasuki sekolah mubaligh Protestan iaitu Bishop College School. 2Sejak itu,

beliau dipengaruhi oleh idea-idea Barat dan tidak lagi percaya kepada unsur-unsur tradisi dan

konservatif China. Hal ini terbukti bila beliau memotong tocangnya dan kemudiannya memeluk

agama Kristian. Pada tahun 1883, beliau kembali ke China dan semasa berusia 20 tahun, Sun Yat

Sen memasuki Sekolah Perubatan Dochi di Cantoon dan pada tahun 1887 beliau berpindah ke

Kolej Perubatan untuk orang-orang China di Hong Kong. Setelah belajar selama 5 tahun, beliau

lulus dengan tempat pertama dalam kelasnya dan selepas mendapat diploma perubatan dan

pembedahan beliau mempraktikkannya dan menjadi doktor di Macau dan kemudiannya

berpindah ke Cantoon.

Ketika menuntut di Kolej Perbatan Hong Kong, beliau memperlihatkan kecenderungan

ke arah perkembangan politik moden terutamanya mengenai nasionalisme, demokrasi cara

Amerika dan sejarah revolusinya. Keadaan politik di Hawaii dan Hong Kong telah

mempengaruhi beliau. Perbezaan yang begitu menonjol antara China dengan Hong Kong dan

1 www.wikipedia.com2 ibid

2

Page 3: Assignment Jms 319

JMS 319

Hawaii benar-benar mempengaruhinya untuk menggulingkan sistem monarki dan menubuhkan

kerajaan yang bercorak republik di China.

Sun yang semakin kecewa oleh kerajaan Qing (yang konservatif dan menolak untuk

mengamalkan pengetahuan dan teknologi dari negara-negara Barat) berhenti dari amalan

perubatannya untuk mencurahkan waktu untuk mengubah China.3 Pada awalnya Sun sependapat

dengan reformis Kang You wei dan Liang Qi chao yang berusaha untuk mengubah sistem

pemerintahan China menjadi raja berperlembagaan. Pada tahun 1894, Sun menulis surat panjang

kepada Li Hong zhang (Gabenor Zhi li dan reformis)4, tentang cara dan cadangan untuk

mengukuhkan Cina, tetapi ia ditolak. Sejak saat itu, Sun mulai menyeru untuk penghapusan

Monarki dan pembentukan Republik.

 

Peranan Dr. Sun Yat Sen dalam Revolusi 19113 Marie-Claire Bergère, Janet Lloyd,19984 Lyon Sharman , 1968 .

3

Page 4: Assignment Jms 319

JMS 319

Segala sikap dan tindakan serta fahaman Sun Yat Sen telah mempengaruhi

perkembangan Revolusi China yang meletus pada 10 Oktober 1911 akibat ketidak-puasan orang-

orang Cina terhadap pemerintahan Manchu.5 Pada tahun 1894, Sun Yat Sen telah menghantar

satu memorandum kepada Li Hung Chang mendesak perlantikan pegawai-pegawai China yang

terlatih secara Barat ke dalam perkhidmatan kerajaan. Pada peringkat awalnya, Sun Yat Sen

hanya bertujuan untuk memoden, menguat dan memulihkan negeri China. Apabila

memorandumnya ditolak, Sun Yat Sen berazam untuk melancarkan Revolusi China bagi

menggulingkan Dinasti Manchu. Kegagalan rancangan pembaharuan seperti Gerakan

Memperkuatkan Diri 1861-1894 dan Islah 1898 menyedarkan beliau bahawa Dinasti Manchu

perlu digulingkan supaya perubahan dan pembaharuan dapat dilaksanakan di China.

Menubuhkan pertubuhan revolusiner ke arah gerakan anti-Manchu

Dalam usaha untuk menguatkan gerakan menentang Manchu, Sun Yat Sen telah

menubuhkan “Perkumpulan Menghidupkan Semula China” yang dikenali sebagai Hsing Chung

Hui di Hawaii pada tahun 1894. Dalam usaha mengadakan revolusi, Dr. Sun Yat Sen

berpendapat sokongan orang-orang Cina seberang laut amatlah penting. Justeru itu, pada 24

November 1894, beliau belayar ke Honolulu dan dengan bantuan abangnya, beliau telah

menubuhkan ‘Hsiung Chung Hui’ iaitu Persatuan Memulihkan Negara China,

dengankeahliannya seramai 112 orang yang kebanyakannya golongan sarjana. Hal

ini merupakan gelaran pertama yang ditubuhkan oleh Dr. Sun Yat Sen dengan slogan

perjuangannya ‘Singkirkan Orang-orang Manchu, PulihkanPemerintahan Orang-orang China dan

Tubuhkan Republik’. Hsiung Chung Hui merupakan pertubuhan politik yang pertama

ditubuhkan di luar negeri dan mempunyai hubungan dengan cawangan-cawangannya

5 Richard W. Rigby ,1980.

4

Page 5: Assignment Jms 319

JMS 319

yangditubuhkan secara sulit di wilayah-wilayah dalam China bagi mencari sokongan dan

bantuan untuk menggerakkan revolusi.

Tujuannya ialah untuk menjalankan gerakan bagi menggulingkan Dinasti Manchu.

Cawangan-cawangan Hsing Chung Hui telah ditubuhkan di Canton, Macau dan Hong Kong.

Pada tahun 1895, Sun Yat Sen telah melancarkan pemberontakan di Canton dan pada tahun 1900

di wilayah Kwangtung. Beliau juga telah mempengaruhi orang-orang Cina ke arah gerakan anti

Manchu. Kegagalan pemberontakan tersebut telah menyebabkan Sun Yat Sen melarikan diri ke

Filipina dan kemudiannya ke Amerika. Dari Amerika, beliau telah pergi ke London dan ditahan

oleh agen-agen Manchu6. Walau bagaimanapun, campur tangan gurunya Sir James Cantlie dan

dengan kerjasama Kerajaan British, beliau telah dibebaskan. Beliau kemudiannya melawat

negara-negara Eropah dan juga Jepun dengan tujuan untuk mendapat sokongan orang-orang Cina

seberang laut ke arah melancarkan Revolusi China. Pada peringkat awal kegiatannya, Sun Yat

Sen mendapat saingan daripada pertubuhan yang memperjuangkan pengekalan sistem monarki di

negeri China iaitu Emperor Protection Society di bawah pimpinan Kang Yu Wei dan Liang Chih

Chao. Mereka menolak idea melancarkan revolusi dan membentuk sebuah republik. Sungguhpun

mendapat saingan dari Emperor Protection Society, ia tidak menghalang cita-cita Sun Yat Sen

untuk meneruskan gerakan menjatuhkan Dinasti Manchu.

Pada tahun 1905, Sun Yat Sen sekali lagi melawat Eropah dan Jepun dengan tujuan untuk

mendapat sokongan penuntut-penuntut China di sana. Beliau telah mengadakan pertemuan dan

menubuhkan perkumpulan-perkumpulan pelajar di Tokyo, Brussels, Paris, Berlin, London dan

lain-lain. Beliau telah berjaya mempengaruhi mereka ke arah melaksanakan revolusi bagi

menggulingkan Dinasti Manchu. Semasa di Tokyo pada September 1905, Sun Yat Sen bersama-

sama Huang Hsing dan Sung Chiao Jen telah menubuhkan Liga Bersatu yang dikenali sebagai

Tung Meng Hui yang merupakan gabungan pertubuhan anti- Manchu iaitu Hsing Chung Hui,

6 ; David B.Gordon , Peter N.Stearns, 2010.

5

Page 6: Assignment Jms 319

JMS 319

Hua Hsing Hui dan Kung Fu Hui. Di Jepun, (dikenali sebagai Nakayama Sho), Sun menyertai

kumpulan pemberontak Cina (yang kemudian menjadi Tong Meng Hui) dan akan menjadi

pemimpin mereka. Dia menghabiskan 10 tahun di Jepun, berteman dengan Miyazaki Toten

(1871-1922) seorang pejuang revolusioner demokratik di Jepun, dan membantu Sun secara

kewangan. Sebuah Muzium Sejarah Cina Moden di Nanjing, berdiri patung gangsa dari Sun dan

Miyazaki. Miyazaki menulis beberapa siri artikel untuk surat khabar nasional (Asahi) tentang

Sun dan usaha revolusioner Sun yang berjudul "mimpi 33 tahun". 7

Tung Meng Hui ditubuhkan dengan tujuan untuk menggulingkan Dinasti Manchu dan

menubuhkan sebuah republik di China. Selain itu, Tung Meng Hui juga akan menjadikan tanah-

tanah hak kerajaan dan menghapuskan penguasaan kuasa-kuasa asing di China. Pimpinan Tung

Meng Hui dikuasai oleh Sun Yat Sen dan Tung Meng Hui merupakan pertubuhan revolusiner

yang paling berkesan yang terdapat di China ketika itu. Anggota-anggota Tung Meng Hui

berjumlah 10,000 orang dalam tempoh setahun penubuhannya. Cawangan-cawangan Tung Meng

Hui telah ditubuhkan di Singapura, Brussels, San Francisco dan Honolulu.8 Manakala di  China,

cawangan-cawangan Tung Meng Hui telah ditubuhkan di Hankow, Wuchang dan Hanyang. Sun

Yat Sen telah melawat tempat-tempat di mana terdapat orang-orang Cina seberang laut dengan

tujuan untuk mendapat sokongan mereka ke arah menjayakan Revolusi China. Melalui

cawangan-cawangan seberang laut Tung Meng Hui, Sun Yat Sen mendapat bantuan kewangan

dan merekrut sukarelawan bagi melaksanakan revolusi. Dalam usaha mengadakan revolusi, Dr.

Sun Yat Sen berpendapat sokongan orang-orang Cina seberang laut amatlah penting

Mengembangkan perasaan anti-Manchu7 ibid8 Gustav Amann , Frederick Philip Grove , 2004.

6

Page 7: Assignment Jms 319

JMS 319

Matlamat utama Sun Yat Sen ialah menyatu-padukan orang-orang Cina dalam usaha

untuk menentang Dinasti Manchu. Beliau telah memainkan peranan penting dalam

perkembangan perasaan anti Manchu di kalangan orang-orang Cina terutamanya kongsi gelap-

kongsi gelap. Beliau telah berkhutbah mengenai pemberontakan nasionalis melalui rencana-

rencana akhbar, Sun Yat Sen telah menerbitkan akhbarnya sendiri iaitu Min Pao di Tokyo bagi

menjalankan propaganda anti-Manchu dan menyebarkan idea-idea revolusi. Beliau telah berjaya

mengeksploitasikan perasaan anti-Manchu di kalangan anggota-anggota kongsi gelap. Gerakan

revolusiner di bawah pimpinan Sun Yat Sen telah mendapat sokongan pelajar-pelajar, rakyat

China yang tidak berpuas hati dengan Kerajaan Manchu, ahli-ahli kongsi gelap dan tentera Cina

yang dilatih secara Barat. Sejak tahun 1909, beliau sering melakukan lawatan-lawatan ke luar

negeri seperti Amerika, Hawaii, Eropah, Jepun dan kemudian ke Selatan seperti Hong Kong

serta Asia Tenggara termasuk Tanah Melayu dalam usaha-usaha untuk mendapat sokongan

orang-orang Cina serta mendapat bantuan kewangan dari orang-orang Cina seberang laut bagi

menjayakan perjuangannya.

Mengemukakan Idea Revolusi

Sun Yat Sen telah mengemukakan ideologi revolusi yang jelas dalam menjayakan

perjuangannya. Langkah awal yang dijalankan oleh Sun Yat Sen ialah untuk menyedarkan

“Fahaman Republik” di kalangan orang-orang Cina supaya perjuangannya akan mendapat

sokongan ramai. Prinsip perjuangan Sun Yat Sen dikenali sebagai Tiga Prinsip Rakyat atau San

Min Chu I 9iaitu nasionalisme, demokrasi dan kebajikan sosial atau penghidupan rakyat. Prinsip

“nasionalisme” dikhaskan kepada orang-orang Cina dalam perjuangan membebaskan negeri

China dari Kerajaan Manchu. Walau bagaimanapun, perjuangan Sun Yat Sen menyentuh

imperialisme Barat kerana beliau mendapat sokongan dan bantuan kuasa-kuasa Barat. Prinsip

9 Gottfried Karl Kindermann, 1982.

7

Page 8: Assignment Jms 319

JMS 319

kedua iaitu “demokrasi” bertujuan untuk menggantikan pemerintahan Manchu atau

pemerintahan monarki kepada corak republik atau demokrasi. Prinsip ketiga bermaksud

pemerintahan yang akan mengutamakan kebajikan rakyat. Ideologi San Min Chu I telah

menyumbangkan kepada perkembangan gerakan revolusiner di negeri China kerana ramai orang

Cina telah dipengaruhi olehnya.

Sun Yat Sen orang yang terkemuka dan popularitinya semakin meluas di semua daerah,

khususnya ke Nanyang (Asia Tenggara) dimana penempatan besar Orang Cina diluar negeri

berada di Singapura dan Malaysia. Sun Yat Sen mengakui sokongan sejumlah masyarakat

Tionghoa di seberang laut dapat dilihat dalam kiriman wang ke Negara China. Kerana itu ia

melakukan lawatan untuk menyebarkan mesej revolusioner kepada komuniti-komuniti di seluruh

dunia.

Mendapatkan sokongan daripada Orang Cina seberang laut.

Sun Yat Sen membuat telah membuat lapan kunjungan ke Singapura antara tahun 1900

dan 1911. Yang pertama pada tanggal 7 September 1900, adalah untuk menyelamatkan Miyazaki

Toten, suatu tindakan yang mengakibatkan penangkapan dirinya dan larangan mengunjungi

pulau tersebut selama 5 tahun. Setelah itu, kunjungan berikutnya ialah pada Jun 1905, Sun Yat

Sen bertemu dengan pedagang Cina tempatan iaitu Tan Eng Hock, Tan Chor Nam dan Lim Nee

Soon dalam pertemuan yang menandakan bermulanya sokongan langsung dari Cina seberang

laut. Setelah mendengar laporan tentang revolusioner, masyarakat Cina seberang laut mula

mengaturkan gerakan mereka di Eropah dan Jepun.

Pada tahun 1908, Sun Yat Sen ke Singapura untuk melarikan diri dari penangkapan oleh

pemerintah Qing setelah gagal dalam Pemberontakan Zhennanguan. Sun Yat Sen dan para

pengikutnya melakukan perjalanan dari Singapura ke Malaya dan Indonesia untuk menyebarkan

pesanan revolusioner mereka. 

8

Page 9: Assignment Jms 319

JMS 319

Sun Yat Sen juga meluangkan waktu untuk membangunkan Perpustakaan China

Amerika di Singapura, untuk menyebarkan falsafah politik dan idea dari 3 Prinsip Rakyat. Hal

ini juga kemudian disebarkan dan menghasilkan sokongan untuk Revolusi Cina 1911 terhadap

penguasa Manchu. Pada puncak kemunculannya, perpustakaannya berfungsi sebagai markas de

facto untuk pengikut setia Sun Yat Sen di Malaya dan Singapura. Sun Yat Sen juga telah

berjaya mendapatkan bantuan kewangan yang besar dari orang Cina sebarang laut,sebagai

contoh dalam Persidangan Penang pada 13 November 1910,bantuan telah diperolehi untuk

membiayai Pemberontakan Guangzhou pada 1911.

Mencetuskan  Revolusi

Pada tahun penghujung tahun 1894, Sun Yat Sen telah berusaha mewujudkan satu

gerakan yang dapat melancarkan revolusi melalui penglibatan kongsi-kongsi gelap di Cantoon,

malangnya usaha beliau melalui Hsiung Chung Hui telah gagal kerana kurang sambutan dan

kejayaan pihak berkuasa mengesan gerakan mereka. Ekoran daripada itu, beliau terpaksa

melarkan diri ke Hong Kong kerana diburu oleh Kerajaan Manchu. Beliau mendapat

perlindungan di Jepun. Di Jepun, beliau menghidupkan Hsiung Chung Hui. Antara tahun 1903

hingga tahun 1904, beliau sering berulang-alik antara Jepun, Hawaii, Amerika dan Eropah.

Dalam musim panas tahun 1905, beliau pulang ke Jepun dan bertemu dengan dua orang

nasionalis China iaitu Huang Hsung dan Sung Chiao Jen. Dengan galakkan dan sokongan

Kerajaan Jepun, Sun Yat Sen dan pengikut-pengikutnya telah berjaya mengumpulkan orang-

orang China dari pelbagai golongan di Tokyo pada bulan Ogos 1905. Dalam perjumpaan yang

besar ini, Sun Yat Sen telah menubuhkan Tung Meng Hui/Liga Bersatu pada 20 Ogos 1905.

Tung Meng Hui merupakan gabungan Hsiung Chung Hui dengan dua persatuan revolusioner

yang lain iaitu Hua Hsiung Hui dan Kung Fu Hui. Tujuan Tung Meng Hui ialah untuk

menggulingkan Kerajaan Manchu dan menubuhkan sebuah republik di China. Cawangan-

9

Page 10: Assignment Jms 319

JMS 319

cawangan Tung Meng Hui telah ditubuhkan di Singapura, Brussels, San Francisco, Honolulu dan

bandar-bandar penting di China.

Melalui cawangan-cawangan seberang laut, Sun Yat Sen telah memungut dana dan

merekrut sukarelawan bagi melaksanakan pemberontakan di China. Tung Meng Hui juga

dikembangkan di China khsanya di bahagian China Selatan. Ianya dikembangkan melalui

pertubuhan-pertubuhan kongsi gelap. Sun Yat Sen telah memainkan peranan penting dalam

perkembangan perasaan anti-Manchu di kalangan orang-orang China. Beliau berjuang

bersungguh-sungguh untuk menyebarkan perjuangannya di kalangan orang-orangChina,

khasnya di kalangan mereka yang berada di seberang laut. Beliau berkhutbah tentang

pemberontakan nasionalise melalui rencana-rencana akhbar. Beliau telah menerbitkan akhbar

sendiri iaitu Ming Pao/ The People di Tokyo.Melalui penerbitan ini, idea-idea republik

beliau disebarkan. Selain berjaya mengumpulkan dan mempengaruhi orang-orang China yang

berada di Jepun, terutamanya para pelajar, beliau juga berkunjung ke merata tempat didunia

khasnya di Amerka dan Eropah.  Tujuannya ialah mendapat sokongan moral dan material dari

masyarakat China di luar negeri. Kesungguhan beliau telah menghasilkan kejayaan. Beliau

berjaya mendapat sokongan moral mereka, khasnya dari segi kewangan. Sokongan tersebut

sangat  penting bagi membolehkan Tung Meng Hui menjalankan kegiatan pemberontakan di

China. Hasil usaha Sun Yat Sen yang bersungguh-sungguh itu , Tung Meng Hui begitu popular

dan mendapat sambutan dari pelbagai golongan sama ada dalam atau luar negeri. Gerakan

revolusioner pimpinan Sun Yat Sen mendapat sokongan pelajar, rakyat China yang tidak puas

hati dengan Kerajaan Manchu, ahli-ahli kongsi gelap dan tentera China yang dilatih secara Barat.

  Ketika Sun Yat Sen berusaha mendapat sokongan di Barat, didapati usaha-

usaha menyekat pergerakan beliau diteruskan oleh Kerajaan Manchu. Semasa di London pada

tahun 1896, beliau diculik oleh diplomat China dari kedutaan dan berusaha untuk menghantarnya

pulang ke China untuk menghadapi tuduhan subversif dan dijatuhkan hukuman mati. Dengan

10

Page 11: Assignment Jms 319

JMS 319

pertolongan London, Dr. Cantlie dan Kementerian Luar British, beliau telahdapat diselamatkan.

Peristiwa ini meninggalkan kesan yang penting ke arah mempercepatkan lagi proses perjuangan

revolusi kerana akhbar London menyiarkannya secara besar-besaran. Perjuangan beliau menjadi

lebih berkesan dan menarik sokongan orang-orang China kerana beliaumengemukakan

ideologi/prinsip perjuangan. Beliau mengemukakan juga prinsip rakyat/San Min Chui iaitu

nasionalisme, demokrasi dan kebajikan rakyat. Ideologi ini telah menyumbangkan kepada

perkembangan gerakan revolusioner di China. Tujuannya untuk melaksanakan prinsip-prinsip

tersebut. Di sebalik usaha-usaha menguatkan pertubuhan ini, Dr. Sun Yat Sen tetap

menggerakkan Tung Meng Hui kearah mencetuskan revolusi. Bagi menggerakkan revolusi

mulai tahun 1906, beberapa pemberontakan kecil telah berjaya dilancarkan di beberapa tempat

dalam wilayah Selatan China. Pemberontakan telah diprojekkan diJepun. Oleh sebab mendapat

protes yang kuat dari Kerajaan China, Jepun tidak dapat membenarkan Dr. Sun Yat Sen dan

Tung Meng Hui digerakkan dari Jepun. Oleh itu, pada tahun 1907, Dr. Sun Yat Sen dan

sekutunya terpaksan berpindah ke Hanoi bagi meneruskan gerakannya. Pada 11 April 1911, satu

gerakan telah diatur bagi melancarkan revolusi tetapi gagal dan menyebabkan 72 orang tokoh

revolusioner terkorban

Antara tahun 1895-1911, Sun Yat Sen dan pengikutnya telah merancang, mengatur dan

mengetuai sepuluh pemberontakan dan beberapa pembunuhan di negeri China. Walaupun

pemberontakan-pemberontakan itu gagal tetapi ianya telah mengakibatkan kemerosotan

pengaruh dan martabat Kerajaan Manchu. Pemberontakan Wuchang di bawah pimpinan Li Yuan

Hung yang meletus pada 10 Oktober 1911 yang menandakan permulaan Revolusi China

dimulakan oleh tentera-tentera China yang dipengaruhi oleh Tung Meng Hui. Wilayah-wilayah

lain dibawah pengaruh Tung Meng Hui juga turut memberontak dan mengisytiharkan bebas dari

Kerajaan Peking. Revolusi ini telah menyebabkan kejatuhan Dinasti Manchu dan penubuhan

sebuah republik di China apabila Maharaja Hsuan Tung atau Pu Yi diturunkan takhta pada 12

11

Page 12: Assignment Jms 319

JMS 319

Februari 1912. . Hal ini mengakibatkan kejatuhan Kerajaan Manchu dan penubuhan sebuah

kerajaan republik di China. Dr. Sun Yat Sen telah dilantik sebagai Presiden Kerajaan Sementara

yang ditubuhkan di Nanking

Revolusi China bermula dengan rasminya pada 10 Oktober 1911 dan Sun Yat Sen tidak

berada di China semasa meletusnya revolusi tersebut. Beliau hanya mengetahui mengenai

revolusi melalui akhbar semasa berada di Amerika. Beliau kembali ke China pada 25 Disember

1911 dan dilantik sebagai Presiden Sementara pada 29 Disember 1911. Sun Yat Sen memegang

jawatan tersebut secara rasminya pada 1 Januari 1912. Akibat dari saingan Yuan Shih Kai, Sun

Yat Sen telah menyerahkan jawatan Presidennya kepada Yuan Shih Kai pada 15 Februari 1912.

 

Kesimpulan

12

Page 13: Assignment Jms 319

JMS 319

  Dia adalah seorang revolusioner dan pemimpin politik. Sebagai pelopor Nasionalis Cina,

dia sering disebut sebagai bapa pengasas Republik China. Sun memainkan peranan penting

dalam memberikan inspirasi kepada penggulingan Dinasti Qing, Dinasti terakhir empayar China.

Dia adalah Presiden sementara pertama apabila Republik Rakyat China (ROC) ditubuhkan pada

tahun 1912 dan kemudian menubuhkan Parti Kuomintang (KMT), di mana ia menjawat jawatan

sebagai pemimpin pertama.

Warisan Sun berupa karyanya dalam mengembangkan falsafah politik yang dikenali

sebagai 3 Prinsip Rakyat (Three Principles of The People): Nasionalisme, Demokrasi, dan

kemakmuran masyarakat. Ideologinya tetap fleksibel, bagaimanapun mencerminkan keyakinan

peribadinya.

Dia memperkenalkan dirinya sebagai nasionalis ke nasionalis, sebagai sosialis ke sosialis,

dan permusuhan kepada golongan anarkis, dan menyatakan bahawa "Tujuan dari Tiga Prinsip

Rakyat adalah untuk mencipta sosialisme dan anarkisme." Ini adalah suatu perkara yang menjadi

perdebatan apakah eklektisisme ini mencerminkan usaha yang tulus untuk menggabungkan idea-

idea dari beberapa pemikiran atau hanyalah sikap oportunis. Dalam hal apapun, fleksibiliti

ideologinya membuatkannya menjadi tokoh utama dalam gerakan Nasionalisme kerana ia adalah

salah satu dari sangat sedikit orang yang mempunyai hubungan baik dengan semua paksi

gerakan.

Bibliografi

13

Page 14: Assignment Jms 319

JMS 319

1. Wikipedia.com.

2. Sun Yat-Sen ; Marie-Claire Bergère, Janet Lloyd,Stanford University Press, 1998 –

Biography & Autobiography .

3. Sun Yat-Sen, His Life and Its Meaning: A Critical Biograph ; Lyon Sharman ,

Stanford University Press, 1968 .

4. Sun Yat Sen : seeking a newer China ; David B.Gordon , Peter N.Stearns,

Prentice Hall, 2010. 

5. Sun Yat-sen ; Richard W. Rigby , University of Queensland Press, 1980.

6. The Legacy Of Sun Yatsen: A History Of The Chinese Revolution ; Gustav Amann ,

Frederick Philip Grove , Kessinger Publishing , 2004.

7. Sun Yat-sen: founder and symbol of China's revolutionary nation-building ; Gottfried

Karl Kindermann, Olzog, 1982.

8. Sun Yat Sen and the awakening of China ; James Cantlie, Charles Sheridan Jones ,

Fleming H. Revell company, 1912 .

9. Sun Yat-sen, founder of the Chinese Republic ; Cornelia Spencer , John Day Co., 1967.

14

Page 15: Assignment Jms 319

JMS 319

15