jms 101 apakah sejarah

24
Ahmad Mat Hashim JM8868/07

Upload: siswak

Post on 14-Jun-2015

1.552 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: JMS 101 Apakah sejarah

Ahmad Mat Hashim JM8868/07

Page 2: JMS 101 Apakah sejarah

Soalan Kajian : Apakah sejarah? Bincangkan sebab-sebab sejarah

penting dalam kehidupan manusia.

Pengertian sejarah

Apakah sejarah? Secara umumnya sejarah itu boleh ditakrifkan sebagai sesuatu yang

telah berlaku atau sesuatu peristiwa yang telah berlalu yang melibatkan pelbagai perkara

di mana ia merupakan peristiwa yang berterusan.

Secara khususnya pula sejarah itu merupakan catatan atau rekod masa lalu yang

dicatat di mana sesuatu itu dianggap sebagai sejarah apabila ia melibatkan peristiwa atau

kejadian besar dan ianya melibatkan masyarakat ramai keseluruhannya.

Walau bagaimanapun suka diingatkan bahawa apa yang berlaku kini, sekarang, esok,

atau masa akan datang tidaklah dianggap sebagai sejarah. Ini kerana sejarah itu adalah

apa yang telah berlaku. Namun begitu jika sesuatu peritiwa yang pernah berlaku itu tidak

dicatat atau direkodkan, maka peristiwa itu tidak pula akan dianggap sebagai sejarah.

Dalam masa yang sama, walaupun sesuatu peristiwa itu direkodkan tetapi jika

peristiwa itu tidak dapat diterima akal atau hanya cerita dongeng semata-mata, maka

ianya tidaklah dianggap sebagai sejarah.

Begitu pun suka ditegaskan bahawa sesuatu itu hanya akan dianggap sebagai sejarah

apabila sesuatu peristiwa itu adalah hasil daripada tindak-tanduk manusia yang normal.

Ini kerana jika orang yang menghasilkan sesuatu tindakan itu manusia yang tidak waras

atau gila maka peristiwa itu tidak akan dianggap sebagai sejarah dan peristiwa itu tidak

akan dikaji oleh sejarawan.

2

Page 3: JMS 101 Apakah sejarah

Selain daripada itu sesuatu itu hanya dianggap sebagai sejarah apabila ia berdasarkan

kepada fakta logik dan sumber-sumber yang boleh dipercayai daripada tulisan-tulisan dan

monumen-monumen.

Perkataan ‘history’ dalam bahasa Inggeris sebenarnya berasal daripada perkataan

Yunani ‘historia’ bermaksud “penyelidikan”, “penyiasatan”, atau “pertanyaan”.

Manakala perkataan ‘sejarah’ dalam bahasa Melayu berasal daripada perkataan Arab iaitu

syajarah atau syajaratun yang bermaksud, “pohon”, “salasilah”, atau “keturunan”.

Perkataan sejarah ini juga dalam bahasa Melayu pada peringkat permulaannya disebut

Tawarikh; daripada perkataan Arab Ta’rikh yang bermaksud “pengtarikhan” yakni

pemberitahuan waktu.

Orang-orang Yunani kemudiannya memberi pengertian sejarah ini sebagai;”sebuah

rekod atau cerita hasil daripada siasatan”.

Manakala dalam pensejarahan moden, sejarah bermaksud penyiasatan, objek yang

dijadikan bahan penyiasatan serta rekod yang terhasil daripada siasatan yang dilakukan

oleh seorang ahli sejarah.

Namun begitu, dalam bahasa Jerman, Geshichte (sejarah) ialah; “perkara yang telah

lalu” atau dalam lain perkataan, sejarah adalah masa lalu itu sendiri.

3

Page 4: JMS 101 Apakah sejarah

Justeru itu M.Y. Ibrahim dalam bukunya Pengertian Sejarah, memuatkan kedua-dua

pengertian sejarah ini. Beliau mengklasifikasikan pengertian dalam bahasa Yunani itu

sebagai pengertian khusus manakala pengertian sejarah dalam bahasa Jerman itu pula

sebagai pengertian umum. Dalam buku tersebut Muhd Yusuf Ibrahim menyatakan

bahawa sejarah itu ada dua pengertian; yang pertama, iaitu yang umum; sejarah itu adalah

masa lalu itu sendiri. Manakala yang kedua, yang lebih khusus; sejarah merupakan

catatan atau rekod mengenai sesuatu peristiwa yang telah berlaku pada suatu masa yang

lalu. (1986: 7)

Penjelasan yang lebih lanjut tentang pengertian yang pertama itu ialah, apa sahaja

yang telah berlaku atau pernah berlaku, tidak kira sama ada perkara atau peristiwa atau

kejadian itu penting atau tidak penting, atau sama ada perkara atau peristiwa atau

kejadian itu melibatkan tindak tanduk atau perbuatan atau aktiviti manusia atau tindakan

Tuhan (atau alam semulajadi), semuanya dianggap sebagai sejarah. Ukuran atau

penentunya di sini ialah peristiwa atau kejadian itu telah berlaku dan pernah berlaku.

Oleh kerana maksud yang pertama ini boleh ditakrifkan sebagai “perubahan”

(change), maka sejarah dalam pengertian ini hanya menganggap “sejarah” itu sebagai

perkara-perkara atau hal-hal yang berubah dari satu keadaan ke satu keadaaan yang lain

sahaja. Pengertian sejarah sebegini terlalu umum hingga mengelirukan sebahagian

daripada kita.

4

Page 5: JMS 101 Apakah sejarah

Bagi memahami maksud yang kedua yang lebih khusus itu, iaitu sejarah merupakan

peristiwa masa lalu yang telah dicatat ataupun direkodkan, Muhd Yusuf Ibrahim

mendefinisikan “peristiwa” itu ialah “peristiwa” hasil daripada tindak tanduk atau aktiviti

manusia. Ini bermakna, seandainya peristiwa itu tidak direkod dan dicatatkan maka ia

tidak dianggap sebagai sebuah sejarah walaupun peristiwa itu telah pernah berlaku.

Dalam erti kata lain, mengikut pengertian ini, ia hanya dianggap sebagai sejarah lisan dan

bukanlah sejarah yang sebenar kerana ia hanya merupakan sumber dan satu teknik

mengumpul maklumat. Begitu juga dengan “sejarah alam semulajadi” itu juga tidak

termasuk ke dalam pengertian sejarah ini.

Pengertian yang kedua ini juga bermaksud bahawa sejarah itu merupakan kajian atau

hasil penyelidikan kerana tanpa dikaji dan diselidik sesuatu kejadian atau peristiwa itu

tidak akan dicatat dan direkodkan. Sementara itu seperti sudah jadi kelaziman bahawa

apa yang akan dicatat itu adalah perkara-perkara atau hal-hal yang penting sahaja atau

yang benar-benar ingin diingati. Namun begitu menurut M. Yusuf, catatan-catatan

ringkas seperti catatan harian atau diari bukanlah sejarah’ tetapi ia hanya merupakan

sumber sejarah itu sendiri.

Lantaran itu, oleh kerana peristiwa yang berlaku pada masa lalu itu terlalu banyak dan

tidak mungkin sejarawan dapat mengkaji semuanya disebabkan keterbatasan waktu,

tempat, keadaan, kebudayaan, agama, politik, maka sejarah itu merupakan satu disiplin

yang khusus dan terbatas. Khusus dan terbatas kepada apa yang diketahui oleh sejarawan

itu sahaja.

5

Page 6: JMS 101 Apakah sejarah

E.H.Carr dalam bukunya, What is History?, pula berpendapat bahawa sejarah itu

merupakan satu proses berterusan interaksi di antara ahli sejarah dengan fakta-faktanya,

satu dialog yang tidak berkesudahan di antara masa kini dan masa lampau.(1986 : 27)

Ini bermakna sejarah itu adalah satu interpretasi sejarawan terhadap bukti-bukti yang

diperolehinya. Dalam hal ini, kelihatan ahli sejarah cuba dan berusaha mendirikan semula

atau menghidupkan kembali peristiwa yang pernah berlaku pada masa lalu dengan cara

berdialog dengan bahan-bahan bukti dan sumber yang diperolehi dan ditemuinya.

Sumber atau bukti ini mewakili masa peristiwa yang pernah berlaku itu (masa yang telah

berlalu) manakala sejarawan pula mewakili masa kini. Hal ini juga membawa maksud

yang sejarah itu adalah kajian dan catatan tentang masa lalu.

Murthada Mutahhari di dalam bukunya Masyarakat dan Sejarah, pula merumuskan

pengertian sejarah itu sebagai pengetahuan tentang peristiwa-peristiwa, kejadian-kejadian

dan keadaan kemanusiaan di masa lampau. Ini bermakna sejarah itu ialah merupakan

pengetahuan tentang perkara tertentu, yakni pengetahuan tentang rangkaian episod

peribadi dan masyarakat. Sejarah juga merupakan satu kajian tentang riwayat hidup dan

tradisi-tradisi, pengetahuan tentang perkara yang benar-benar berlaku, dan bukannya

tentang apa yang akan berlaku serta merupakan satu jambatan masa menghubungkan

dengan masa lampau, bukannya masa kini atau masa akan datang.

Abdul Rahman Haji Abdullah di dalam bukunya Pengantar Ilmu Sejarah pula

menyatakan terdapat dua aliran pentakrifan tentang sejarah. Pertama daripada asas

empirisisme1 maka lahir aliran objektivisme2 yang mentakrifkan sejarah sebagai kisah-

1Abdul Rahman Haji Abdullah, Pengantar Ilmu Sejarah, (Kuala Lumpur: DBP-USM), hlm. 160. 2 Abdul Rahman Haji Abdullah, Pengantar Ilmu Sejarah, (Kuala Lumpur: DBP-USM), hlm. 162.

6

Page 7: JMS 101 Apakah sejarah

kisah yang berlaku pada masa lampau di mana mengikut aliran ini ia bergantung kepada

fakta sejarah yang objektif dan bebas, serta dapat dikaji secara saintifik dan kritis.

Kedudukan ini diperkuatkan lagi dengan kebangkitan aliran sejarah objektif atau

sejarah saintifik oleh Leopold von Ranke (1975-1886). Bagi Ranke, sejarah itu adalah

untuk mengambarkan kejadian-kejadian “sebagaimana sebenarnya berlaku” berasaskan

fakta-fakta dan dukumen-dokumen yang dikaji secara saintifik.

Manakala daripada asas rasional pula lahir aliran subjektivisme 3yang mentakrifkan

pengertian sejarah sebagai satu kajian atau penyelidikan yang dilakukan oleh sejarawan.

Ini bertepatan pula jika dilihat dari sudut etimolog4 takrifan ini dikatakan secocok dengan

makna asal ‘historia’ dari bahasa Greek, yang kemudiannya diterima pakai dalam

bahasa-bahasa lain seperti ‘history’ (Inggeris), dan ‘histoire’ (Perancis), dengan maksud

penyelidikan atau penyiasatan. Ringkasnya, apa yang dikatakan sejarah ialah kajian atau

penyelidikan yang dilakukan oleh sejarawan. Oleh kerana itu, lalu dikatakan yang semua

sejarah adalah sejarah masa kini. Hal ini dipersetujui oleh seorang tokoh idealis

Benedetto Croce (1886 – 1952) sampai beliau pernah menegaskan bahawa semua sejarah

ialah sejarah masa kini. Manakala bagi Robin G. Collingwood (1899 – 1943), semua

sejarah ialah sejarah pemikiran. Bahkan, beliau berpendapat, semua sejarah ialah

pementasan kembali pemikiran masa lampau di dalam pemikiran ahli sejarah. Dalam

pengertian lain boleh dijustifikasikan sejarah itu bukan apa yang sudah berlaku, tetapi apa

yang ditulis oleh sejarawan sebagai satu pemikiran sejarawan yang hidup pada masa kini.

3 Ibid4 Lihat Kamus Ddwibahasa Oxford Fajar Edisi Ketiga, susunan Joyce M Hawkin, (Selangor: Fajar Bakti). m.s 131.

7

Page 8: JMS 101 Apakah sejarah

Dalam hal ini jelas kelihatan bahawa proses pemikiran memainkan peranan yang

penting dalam sejarah. Masa lalu sahaja tidak memadai untuk menempatkan sesuatu

peristiwa atau kejadian itu dalam disiplin sejarah. Oleh kerana itu Carr mengatakan

bahawa semua sejarah adalah sejarah pemikiran, dan sejarah adalah pembentukan semula

dalam fikiran dan minda ahli sejarah tentang pemikiran sejarah yang sedang dikaji

olehnya.(1984 : 18)

8

Page 9: JMS 101 Apakah sejarah

Kepentingan Sejarah Dalam Kehidupan Manusia

Mengenali diri, masyarakat dan bangsa

Sejarah dipelajari untuk membolehkan seseorang itu mengenali dirinya,

masyarakatnya dan bangsanya. A. Marwick dalam bukunya The Nature of History

mengatakan, sejarah merupakan ilmu untuk membolehkan seseorang itu atau sesuatu

masyarakat itu menentukan identiti dirinya. Melalui sejarah juga membolehkan seseorang

itu mengenali diri sendiri. Ini kerana hanya melalui pengetahuan sejarah sahaja sesebuah

masyarakat itu dapat memperolehi pengetahuan tentang dirinya.

Hari ini, kebanyakan generasi yang lahir selepas merdeka tidak mengenali siapa

dirinya, asal-usulnya, bagaimana pembentukan masyarakat dan bangsanya. Jauh sekali

untuk memahami dan menghayati bagaimana pada suatu ketika dahulu bangsa dan

masyarakatnya merupakan antara bangsa yang termaju dalam bidang ekonomi hingga

dapat menguasai perdagangan antarabangsa dengan begitu hebat sekali.terutama pada

abad ke 14.(Baca Sejarah Melayu Melaka).

Sedangkan mengetahui tentang diri sendiri bererti mengetahui apa yang diri sanggup

lakukan. Walau bagaimanapun tidak ada sesiapa yang dapat mengetahui dan tahu tentang

kesanggupan dirinya melakukan sesuatu sehingga ia sendiri telah melakukannya atau

sekurang-kurangnya telah mencubanya.

9

Page 10: JMS 101 Apakah sejarah

Sejarah juga merakamkan bagaimana bermulanya campurtangan asing dan rentetan

pelbagai peristiwa selama lebih 400 tahun ke atas negara ini. Melalui catatan sejarah juga

kita mengetahui bagaimana semangat nasionalisme muncul dan pejuang-pejuang

kemerdekaan berjuang menuntut sebuah negara berdaulat yang akhirnya dikenali sebagai

Malaysia kini di mana ia dihuni oleh tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India dan

diikuti oleh lain-lain kaum serta suku kaum lain dan peribumi di Sabah dan Sarawak.

Atas kepercayaan perpaduan, perasaan tanpa prasangka antara kaum dan perkongsian

kuasa politik dan ekonomi yang adil adalah pra-syarat paling penting dan utama bagi

membentuk masyarakat majmuk dan unik di Malaysia agar dapat hidup dalam harmoni

dan bertolenrasi antara satu sama lain meskipun berlainan agama, bahasa, budaya dan

sosial. Ini kerana hanya melalui sejarah juga masyarakat di negara ini belajar untuk hidup

bersama dan menghormati apa jua hak yang yang termaktub dalam perlembagaan

terutama sekali hak keistimewaaan orang Melayu. terutamanya selepas peristiwa

berdarah 13 Mei 1969 yang disebabkan oleh ketidakseimbangan dalam aspek ekonomi

dan sosial masyarakat sehingga memaksa kerajaan merangka satu dasar penting apa yang

dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru (DEB). Ia bertujuan untuk mengurang jurang

ekonomi yang ketara antara bumiputra dengan bukan bumiputra dan menyusun semula

masyarakat yang sebelum ini terbentuk

Untuk menentukan warisan dan lambang tamadun

Wang Gangwu dalam bukunya The Use of History mengatakan terdapat tiga sebab

utama mengapa manusia memerlukan sejarah dalam kehidupan mereka.Pertama sekali

ialah untuk dapat menjustifikasikan sesuatu tuntutan. Contohnya pertuanan orang-orang

10

Page 11: JMS 101 Apakah sejarah

Melayu ke atas Tanah Melayu berasaskan kepada kewujudan sejarah kerajaan Melayu

Melaka dan kerajaan-kerajaan Melayu yang lain seperti Perak, Johor, Kedah dan lain-lain

di Tanah Melayu.

Wang Gangwu juga berpendapat pengetahuan sejarah itu penting dalam kehidupan

manusia ialah untuk dijadikan pendidikan praktikal dan moral kepada sesuatu bangsa.

Contoh yang paling baik sekali yang boleh dilihat daripada aspek ini ialah sejarah dinasti

China itu sendiri. Dalam hal ini, sejarah telah dijadikan sebagai ‘bench mark’ atau kayu

pengukur moral kepada bangsa itu sama ada baik atau sebaliknya.

Ia juga dijadikan alat untuk mewujudkan satu sistem pentadbiran yang stabil pada

masa kini kepada mana-mana kerajaan yang dibentuk berasaskan pengalaman kerajaaan

yang dibentuk pada masa lalu. Ini kerana melalui sejarah sesuatu bangsa itu dapat

menjadikannya satu disiplin ilmu yang mulia kerana ia dapat memberikan penjelasan-

penjelasan tentang konsep-konsep tertentu di dalam kepercayaan mereka.. Seperti kata

St. Augustin, mengetahui masa lalu akan membantu kita menghadapi hari ini dan

bersedia untuk menghadapi masa hadapan.

11

Page 12: JMS 101 Apakah sejarah

Teladan dan sempadan

Persoalan yang ingin ditimbulkan di sini ialah apakah sejarah mengajar kita? Secara

mudah jawapannya – ‘benar’. Ini bermaksud sebarang tindakan atau keputusan yang

bijak yang kita ambil pada hari ini berasaskan kepada yang kita telah pelajari dan kaji

daripada pengalaman lalu yang telah berlaku itu. Timbul satu lagi pertanyaan yang

menarik iaitu apakah pengalaman lalu yang telah berlaku itu? Jawapannya sudah tentulah

sejarah itu sendiri. Justeru itu, tidak menjadi satu kesalahan kalau kita katakan bahawa

sejarah itu mengajar kita.

Sebagai contoh, hasil daripada tindakan Si Puntum yang menyanggupi membunuh

J.W.W. Birch , Residen British di Perak telah memberi ruang dan alasan yang cukup

kukuh bagi British untuk campurtangan dalam pentadbiran negeri-negeri Melayu.

Seterusnya menguasai dan menjadikan Tanah Melayu sebagai tanah jajahan mereka yang

baru. Daripada peristiwa ini, memberi pengajaran kepada pemimpin-pemimpin yang

terkemudian untuk ‘belajar dari sejarah’ agar sebarang tindakan dan keputusan yang

diambil tidak merugikan bangsa dan seterusnya kepada negara. Pepatah Inggeris ada

mengatakan “Sekali terkena, dua kali mengelak”. Jadi kita semua belajar dari

pengalaman, sedangkan pada hakikatnya pengalaman itu adalah peristiwa yang lalu dan

yang telah berlaku – iaitu sejarah

12

Page 13: JMS 101 Apakah sejarah

Meskipun setiap satu situasi atau kejadian itu adalah berbeza antara satu sama yang

lain, namun setiap satunya pula berhubungkait dengan yang telah lalu dan yang akan

datang oleh satu jaringan sebab musabab, kemungkinan dan ketidaksengajaan. Apa yang

ada dan wujud pada hari ini mungkin kesan daripada ketidaksengajaan atau kesan

daripada tindakan kuasa yang tidak dapat dielakkan. Walau bagaimanapun, konsekuen

hari ini tentang peristiwa-peristiwa dan kejadian-kejadian yang lalu memang benar-benar

berlaku dan wujud dan ia tidak dapat diterbalikkan atau diubah.

Oleh kerana itu apabila kita memerhatikan proses perubahan atau perkembangan yang

kelihatan selari dengan apa yang pernah berlaku pada masa lalu maka kita dapat

menjangka apa yang bakal berlaku pada masa akan datang. Ini bermakna kita dapat

meramal atau mengagak apa yang akan berlaku jika proses itu berterusan dalam bentuk

dan acuan yang sama.

13

Page 14: JMS 101 Apakah sejarah

Kesimpulan

Daripada pengertian dan perbincangan tentang sebab-sebab sejarah itu penting dalam

kehidupan manusia, dapatlah dibuat konklusi bahawa sejarah itu merupakan satu disiplin

ilmu yang amat penting kepada kehidupan dan pembentukan tamadun manusia sejagat.

Di mana ia perlu dihayati dan difahami oleh setiap individu yang bernama insan kerana

hanya melalui sejarah sahaja seseorang itu boleh mengenali diri dan potensi yang

dimilikinya, mengenali masyarakatnya, bangsanya, negaranya, warisan dan tamadunnya.

Selain daripada itu pengajian sejarah ini sangat penting bukan hanya kerana apa yang

diceritakannya kepada kita tentang dunia kita, tetapi juga kerana nilainya di dalam

memperkembangkan kuasa berfikir kita. Ini bermakna pengajian sejarah yang berjaya itu

apabila ia berjaya memaksa kita melatih semua aspek penting dalam aktiviti intelektual

seperti merangsang perasaan ingin tahu dan semangat penyiasatan, mendisiplinkan

kebolehan penaakulan, memupuk seni memberi penjelasan dan berkomunikasi pada

seseorang itu. Selain daripada itu pengajian sejarah penting bagi memajukan tabiat

berfikiran kritis dan tidak skeptik5 serta merupakan asas untuk mencapai kearifan dan

nilai manusia berpendidikan dan berpengetahuan tinggi..

Ini kerana sesuatu bangsa yang tidak tahu tentang sejarah atau jahil tentang sejarah

atau lebih malang sekali tidak mempunyai sejarah seperti kata Cicero “ tidak mengetahui

apa yang berlaku sebelum anda dilahirkan bermakna kekal selama-lamanya sebagai

kanak-kanak”. Marilah kita fikirkan kebenaran ini.

5 Ibid

14

Page 15: JMS 101 Apakah sejarah

BIBLIOGRAFI

Abdul Rahman Haji Abdullah, 1994. Pengantar Ilmu Sejarah. Kuala Lumpur : Dewan

Bahasa dan Pustaka – Universiti Sains Malaysia / Pusat Pengajian Luar Kampus

Abdul Rahman Haji Ismail. 1983 . China Tradisional, Pensejarahan, Pusingan Wangsa dan Proses Pencinaan. Pulau Pinang : Universiti Sains Malaysia

Carr, E.H. 1976. What is History? Middlesex : Penguin Books.

Collingwood, R.G. 1978. The Idea of History. Oxford : Oxford University Press..

Croce, B. 1944. History : Its Theory and Practice. New York : W.W. Norton & Co.

Gangwu, Wang. 1968. The Use of History. Kuala Lumpur.

Garragham, GJ. 1973. A Guide to Historical Method. Westport, Conn.

: Greenwood Press

Marwick, A. 1970. The Nature of History. London : Delta.

Muhd. Yusof Ibrahim. 1986. Pengertian Sejarah Beberapa Perbahasan mengenai Teori

dan Kaedah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Murthada Mutahhari. 1986. Masyarakat dan Sejarah. Bandung : Mizan..

Omardin Haji Ashaari dan Yunus Muhamad. 1996. Kaedah Pengajaran Sejarah. Kuala

Lumpur : Utusan Publications & Distributors

Suntharalingam, R. 1985. Pengenalan Kepada Sejarah. Kuala Lumpur : Marican & Sons

Zainal Abidin Borhan. 2001. Tamadun Islam Dan Tamadun Asia . Kuala Lumpur :

: Universiti Malaya

15