assignment isu profesionalisme guru (1).doc

Upload: khusnyuddin-mohd-mokhtar

Post on 06-Oct-2015

159 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

ANITA MUSTAFA BMM 7A

EDU 3038

TUGASAN 1..sebuah negara majmuk seperti Malaysia, peranan guru membina satu masyarakat yang harmonis dan bersatu padu menjadi semakin mencabar. Walaupun negara kita telah merdeka 56 tahun dan masyarakat pelbagai kaum dapat hidup secara bersama dalam suasana harmoni, tugas untuk memelihara perpaduan kaum adalah satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan secara berterusan. Kita tidak boleh lalai dan leka kerana kecenderungan kearah polarisasi kaum sentiasa wujud dan jika tidak dibendung ia akan memberikan kesan yang amat buruk terhadap keharmonian masyarakat dan kestabilan negara.

YAB Tan Sri Dato Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin

Teks Ucapan Hari Guru Peringkat Kebangsaan

2013

Teks ucapan di atas menekankan tentang akauntabiliti guru terhadap masyarakat dan negara bagi menjamin keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara seperti digariskan dalam kod etika keguruan.

Dewasa ini, pendidikan adalah perkara yang menjadi keutamaan. Kualiti pendidikan sering sahaja menjadi kritikan sesetengah pihak, kualiti pendidikan perludiperlihara oleh sesebuah negara. Untuk memastikan kualiti pendidikan terpelihara guru merupakan fokus utama. Profesion perguruan mempunyai matlamat untuk membentuk insan manusia yang sempurna dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmaninya.

Guru juga berperanan menyediakan seorang individu itu tentang peranan dan tanggungjawabnya di dalam masyarakat demi mencapaiu kesempurnaan dan kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat seterusnya membantu negara mencapai kemajuan.

Guru adalah pendidik dan juga sebagai pengasuh kanak-kanakyang akan mmenjadi warisan kebudayaan dan ilmu pengetahuan untuk kemajuan negarapada masa depan. Guru memainkan peranan yang amat penting. Selain menyampaikan ilmu, segala tingkahlaku guru akan menjadi contoh teladan kepada murid-murid. Oleh yang demikian,guru mestilah mempunyai sifat dan kualiti peribadi, profesional dan sosial yang baik danmurni. Hanya guru yang mempunyai tatasusila yang tinggi berjaya menjalankan tugas sebagai pendidik dengan lebih sempurna.Seorang guru seharusnya menjalankan tanggungjawabnya dengan penuh dedikasi, tidak mementingkan diri sendiri dan memilih tugas. Ciri-ciri ini penting kerana tugas guru berkait rapat dengan mutu pendidikan di mana dalam pengajaran, jika guru lakukan dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh, ia akan menarik minat pelajar untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh.

Oleh kerana setiap tindakan dan tingkah laku guru akan menjadi perhatian dan ikutan pelajar, ia memerlukan tindakan yang penuh perhatian yang teliti dan berhati-hati. Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan garis panduan atau kod etika perguruan di Malaysia agar para guru tidak lari dari landasan serta tidak melakukan tindakan yang tidak wajar. Etika perguruan adalah satu set tingkah laku atau tanggung jawab guru terhadap masyarakat dan negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa.

Kelestarian profesionalisme seorang guru bukan hanya merangkumi aspek pedagogical content knowledge(PCK) tetapi termasuk juga sejauh manakah penghayatan serta pemahaman guru tersebut terhadap kod Etika Guru Malaysia dan seterusnya mengamalkan dalam tugasan harian sejajar dengan nilai integriti pendidikan.Dari segi konsep etika, etika dari segi istilah telah dikemukakan oleh para ahli falsafah dengan maksud yang berbeza mengikut sudut pandangan masing-masing. Menurut Frankena (1973) etika merupakan falsafah moral atau pemikiran falsafah tentang kemoralan, masalah moral dan pertimbangan moral. Menurut Ahmad Amin (1983) , beliau mengertikan etika adalah ilmu yang menjelaskan baik atau buruk, menerangkan apa yang seharusnya dilakukan oleh manusia dan menyatakan tujuan di dalam perbuatan mereka.

Kod Etika Profesion merupakan peraturan untuk membantu guru yang profesional mematuhi prinsip-prinsip yang termaktub demi menjaga imej profesion. Terdapat 3 aspek fungsi utama Kod Etika Profesion iaitu memberikan pedoman kepada setiap ahli mengenai prinsip profesionalisme yang dirangkakan, memberi pemahaman pada masyarakat tentang kepentingan sesuatu profesion dan membantu para professional mencegah campur tangan pihak di luar organisasi profesion tentang hubungan etika dalam keanggotaan profesion.

Dari aspek tatasusila profesion perguruan pula, adalah merupakan suatu garis panduan atau kod-kod tingkahlaku yang perlu dipatuhi oleh semua orang yang menggelar dirinya sebagai pendidik dalam sistem pendidikan di Malaysia. Tatasusila tersebut dibahagikan kepada empat bidang tanggungjawab termasuklah pelajar, ibu bapa, masyarakat dan negara serta rakan sejawat dan profesionnya sendiri. Bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan kebangsaan, Kod Etika Keguruan Malaysia telah dijadikan sebagai satu dokumen yang menyedarkan para guru mengenai tanggungjawab dan akauntabiliti dalam profesion ini. Antara kandungan yang utama kod etika ini adalah aspek-aspek tanggungjawab bagi seorang guru di Malaysia, iaitu tanggungjawab terhadap pelajar, tanggungjawab terhadap ibu bapa, tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara, dan tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion perguruan. Sebagaimana yang telah kita maklumi, guru adalah pendidik dan pengasuh kanak-kanak. Guru memainkan peranan menyebar ilmu kepada murid-muridnya. Jadi, guru mestilah mempunyai segala sifat dan haruslah menyemai dan memupuk sifat dan kualitinya sendiri di dalam usaha menjalankan tugasnya sesuai dengan seorang pendidik, pengasuh serta penyebar ilmu pengetahuan dan kebudayaan negara. Hanya guru yang memiliki sifat dan kualiti yang murni dan bernilai sahaja dapat menjalankan tugas dan memikul tanggungjawab dengan sempurna dan penuh dedikasi. Pengertian akauntabiliti mengikut kamus dwibahasa, perkataan akauntabilti dijelaskan sebagai bertanggungjawab kepada seseorang atau bertanggungjawab terhadap sesuatu. Jadi, dibawah konteks keguruan, akauntabiliti boleh dirumuskan sebagai bertanggungjawab terhadap profesionalisme keguruan. Akauntabiliti seseorang guru terhadap profesionnya, boleh diperlihatkan daripada laporan rasmi yang dikemukakan oleh sekumpulan penilai bebas tentang pandangan mereka terhadap pencapaian atau prestasi guru itu semasa melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan. Sebagai contoh, guru yang sedang mengikuti latihan mengajar akan diawasi dan dinilai oleh panel penilai yang dilantik kementerian pendidikan. Panel penilai ini biasanya terdiri daripada orang-orang profesional yang diberi pengiktirafan dan mempunyai kecekapan menjalankan penilaian secara tepat dan saksama tentang tugas yang dilaksanakan oleh guru yang dinilai. Selepas penilaian itu, pengerusi dalam panel penilai akan mengemukakan laporan mengenai prestasi atau pencapaian guru itu berdasarkan tugas yang dilaksanakan mengikut ciri-ciri yang ditetapkan. Laporan yang dikemukakan kepada pihak yang berkenaan adalah bertujuan untuk mempertimbangkan langkah yang selanjutnya bagi meningkatkan prestasi guru. Misalnya, prestasi guru-guru dalam pelbagai kategori adalah dinilai oleh panel penilai yang terdiri daripada Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah, Guru Besar dan Penolong Kanan. Hasil penilaian ini akan direkodkan dalam laporan penilaian prestasi yang kemudiannya dikemukakan kepada Kementerian Pendidikan untuk memperbaiki kebolehan guru tersebut.Menurut akauntabiliti guru terdapat beberapa bidang yang dapat dijelaskan seperti bidang pekerjaan, terdapat banyak bidang pekerjaan di Malaysia. Sebagai contoh, seorang pendidik bertanggungjawab terhadap pekerjaannya iaitu akauntabiliti terhadap kurikulum yang dia ditugaskan untuk melaksanakannya. Oleh itu, guru harus memahami kurikulum sekolah secara mendalam supaya dapat melaksanakanya dengan sempurna tanpa sebarang kesilapan. Pendek kata, pengajaran murid mengikut kurikulum yang ditugaskan adalah salah satu akauntabiliti guru terhadap bidang pekerjaannya.Akauntabiliti guru terhadap pelajarnya adalah melalui tingkah laku guru yang menjadi contoh kepada murid-murid. Oleh itu, guru haruslah mempunyai sifat-sifat yang terpuji yang boleh menjadi teladan kepada murid-murid untuk dicontohi. Dalam hal ini, guru haruslah sentiasa berpakaian kemas, berkelakuan baik, bersopan santun, berbudi bahasa, sentiasa menepati masa, rajin dan mempunyai sikap terhadap tugas-tugas yang diamanahkan. Pendek kata, guru haruslah berkelakuan seperti guru, berpakaian seperti guru, berjalan seperti guru dan bertutur seperti guru. Seorang guru haruslah menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi di bilik darjah termasuk mematuhi masa dalam jadual waktu serta melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mengikut kaedah dan teknik yang berkesan. Guru juga haruslah mengutamakan kemajuan, kebajikan dan keselamatan murid-murid berbanding hal-hal lain. Seorang guru yang bertanggungjawab haruslah bersikap adil terhadap pelajar-pelajarnya tanpa mengira bangsa, agama, faktor jasmani, emosi, mental, politik, sosial dan perkara-perkara lain. Guru hendaklah membimbing dan mengajar murid-murid di bilik darjah tanpa meminta sebarang bayaran atau hadiah daripada mereka, sebaliknya guru sekali-sekala perlu memberi hadiah kepada murid-muridnya untuk menggalakkan mereka berminat terhadap proses pembelajaran. Memberi contoh teladan yang baik dengan berpakaian kemas, berbudi bahasa dan bersopan santun semasa bertugas harus juga di amalkan supaya murid memperolehi model yang baik. Ini adalah kerana seorang guru merupakan orang yang di hormati oleh pelajarnya, oleh yang demikian perlulah guru menjaga profesionalisme guru supaya mereka tidak di benci,di pandang serong dan tidak di hormati lagi oleh anak muridnya.

Murid sebagaimana yang kita ketahui, tugas dan tanggungjawab guru tidak hanya terhad kepada penyampaian ilmu pengetahuan dalam bilik darjah sahaja, tetapi juga meliputi pembentukan sahsiah murid-murid. Ini meliputi berbagai-bagai aspek perkembangan dari aspek JERI iaitu intelek, rohani, emosi dan jasmani supaya murid-murid menjadi insan yang berilmu pengetahuan, bermoral tinggi , hormonis dan seimbang. Oleh itu, guru mempunyai akauntabiliti terhadap tahap pencapaian, kemajuan serta kelakuan murid-murid yang diajarnya.Akauntabiliti guru terhadap diri sendiri merangkumi juga penguasaan Pedagogical Content Knowledge (PCK) yang merupakan faktor penting dalam menentukan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Selain itu guru juga perlu menampilkan personaliti yang dinamik, berdaya saing, berbudi pekerti dan menjadi sumber inspirasi kepada pelajar. Guru juga perlu menjaga kesihatan badan diri supaya dapat menjalankan tugas dengan sempurna, dan mengawal emosi sendiri supaya mendapat ketenangan dan ketenteraman jiwa .Dari aspek kewangan juga, guru perlu menguruskan kewangan sendiri dengan bijak supaya pendapatan adalah seimbang dengan perbelanjaan harian. Melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan melalui pembacaan yang luas termasuklah membaca buku ilmiah selain membaca buku teks. Menjadi seorang yang berpengetahuan dan peka terhadap peristiwa-peristiwa yang berlaku disekeliling melalui surat khabar serta radio dan televisyen . Seorang guru juga perlu bersosial dengan melibatkan diri dalam sesuatu hobi atau aktiviti yang bermanafaat dengan tujuan mengisi masa lapang secara berfaedah. Sementara akauntabiliti seorang guru terhadap sekolahnya adalah bersikap optimistik dan menunjukkan minat yang tinggi di dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang guru di sekolah. Sekolah ialah tempat seseorang guru bertugas. Oleh itu, guru juga bertanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan oleh pentadbiran sekolah. Sebagai seorang ahli dalam sebuah sekolah, guru mempunyai akauntabiliti terhadap perkembangan dan kemajuan sekolah.Guru menggunakan kaedah mengajar yang sesuai dengan perkembangan kognitif murid-murid sekolah. Dalam hal ini, selain mengajar di dalam kelas, guru juga dikehendaki sentiasa mengambil inisiatif untuk menjalankan tugas-tugas yang lain seperti sebagai guru disiplin, kaunselor, setiausaha peperiksaan, pengerusi skim pinjaman buku teks, setiausaha PIBG, panitia mata pelajaran dan jawatan-jawatan lain yang dilantik oleh pihak pentadbiran sekolah. Akauntabiliti guru terhadap ibu bapa adalah seperti menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dalam bilik darjah. Ini termasuklah menepati masa mengikut jadual waktu serta menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan cara berkesan. Mengutamakan kebajikan, kemajuan, dan keselamatan murid-murid daripada hal-hal lain. Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor Jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama. Guru juga perlu sentiasa mengambil inisiatif untuk membentuk perhubungan dan pemuafakatan yang erat di kalangan guru dan ibu bapa. Membantu ibu bapa dalam usaha mendidik dan membimbing anak-anak di sekolah. Selain itu, guru juga memainkan peranan sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling atau kaunselor Pelajar dalam proses pembentukan sahsiah pelajar. Sikap guru yang sentiasa menunjukkan sikap yang positif dan menghormati ibu bapa akan mewujudkan suasana harmoni di antara guru, murid dan ibu bapa.

Membimbing dan mengajar murid-murid dalam bilik darjah tanpa meminta hadiah atau bayaran . Memberi contoh teladan yang baik seperti berpakaian kemas , berbudi bahasa dan bersopan santun semasa bertugas. Guru juga perlu menggalakkan kerjasama di antara guru dengan ibubapa dan masyarakat, serta mengamalkan tingkah laku sopan yang diterima oleh masyarakatAkauntabiliti guru terhadap masyarakat dan negara iaitu menjalankan tugas menyebarkan Falsafah Pendidikan Negara dan Rukun Negara dengan jelas. Memupuk nilai dan sikap yang murni dan sesuai dengan masyarakat berbilang bangsa dalam setiap jiwa pelajar dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab serta berguna. Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara dengan menghormati perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama, serta menggalakkan kerjasama dan persefahaman antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat. Menghormati masyarakat tempat berkhidmat dan mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara.Guru juga perlu memenuhi tanggungjawab sebagai seorang rakyat Malaysia dengan mengambil bahagian secara tegas dalam kegiatan-kegiatan masyarakat. Mengeratkan persefahaman dan berkerjasama dengan ikhlas dikalangan guru dan ibu bapa murid. Memberi sumbangan secara sekarela kepada negara. Bersopan santun dan bertingkah laku baik dalam segala aktiviti sosial demi mewujudkan suasana harmoni dalam masyarakat. Profesion sebagai seorang yang profesional, guru juga menpunyai akuantabiliti terhadap rakan sejawat dan profesionnya. Oleh itu guru memainkan peranan sebagai mentor bagi rakan sejawat yang baru dan bertanggungjawab mewujudkan budaya kerja yang kolaboratif dan koperatif dalam kalangan rakan sejawat. Guru perlu mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seorang guru, dan sentiasa bersedia membantu rakan sejawat serta mengawal diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan. Seorang guru juga perlu meningkatkan imej profesion keguruan dengan memberi perkhidmatan yang bermutu tinggi seperti mengajar murid dengan cekap dan dedikasi supaya setiap murid yang diajarnya akan berjaya mencapai keputusan akedemik yang cemerlang dan memantapkan system pendidikan yang efisien, efektif dan bertaraf dunia. Dalam hal ini guru hendaklah sentiasa berazam menambahkan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pendidikan supaya dapat menjalankan tugas mengajar cekap dan sempurna. Ini merupakan salah satu usaha untuk menepati akauntabilitinya terhadap profesionalisme keguruan. Tugas, tanggungjawab dan peranan guru pada masa ini bukan sahaja berbeza berbanding dahulu malahan lebih berat serta kompleks. Ini adalah akibat daripada perkembangan dan kemajuan pendidikan negara yang pesat. Guru harus menyedari tugas dan amanah yang diserahkan kepadanya untuk mendidik generasi yang akan menjadi dewasa nanti. Perubahan pendidikan Malaysia yang pesat, ,memerlukan guru pula merefomasikan diri ke arah pandangan, sikap dan daya usaha melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran mengajar yang canggih demi mempertingkatkan keupayaan dan prestasinya dalam bidang kerja yang kian mencabar. Tugas dan kerja guru hari ini tidak sama dengan masa-masa yang lalu ekoran daripada reformasi pendidikan yang dilancarkan. Peranan guru pada masa ini lebih ditumpukan kepada menjadi seorang pembimbing, fasilitator dan pemberi perangsang dalam bilik darjah. Guru masa dahulu menumpukan masanya untuk menyedarkan masyarakat betapa mundurnya mereka dan usaha untuk menggembeleng tenaga mereka untuk memajukan diri sendiri sentiasa dipandang berat oleh guru-guru. Perubahan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah adalah seiring dengan perubahan peranan seorang guru. Ini bermakna sistem latihan perguruan dahulu tidaklah lagi bersesuaian dengan peredaran zaman yang sentiasa memerlukan pembaharuan baik dari segi perancangan mahupun perlaksanaan. Untuk menghadapi tuntutan dan cabaran daripada perubahan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah supaya memainkan peranan yang lebih berkesan, guru hari ini hendaklah sentiasa melengkapkan diri dengan mengemaskini ilmu pengetahuan dan kemahiran mengajar dari semasa ke semasa.

Sehubungan ini, guru hendaklah mengikuti kursus pendidikan yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah misalnya Kursus Dalam Perkhidmatan atau Kursus Peningkatan Profesionalisme Keguruan. Kehadiran kursus-kursus pendidikan seperti ini adalah penting bagi guru demi mempertingkan keupayaan dan prestasinya dalam bidang kerja pendidikan yang kian kompleks, canggih serta kian mencabar. Akauntabiliti guru terhadap program pendidikan yang dilaksanakan oleh kerajaan, perlulah kaum guru melibatkan diri dengan membaca secara meluas buku-buku yang berkaitan dengan mata-mata pelajaran yang diajar, memahami selengkap-lengkapnya isi dan ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar, menyertai seminar pendidikan dan menghadiri Kursus Dalam Perkhidmatan untuk meningkat prestasi dalam aktiviti pengajaran, merancang dan melaksanakan strategi pengajaran sepenuhnya supaya mencapai okbektif pelajaran secara maksimum dan mengajar dengan fakta yang betul supaya murid dapat belajar dengan tepat dan menerima ilmu pengetahuan yang betul.Di dalam konteks perkembangan profesionalisme keguruan, salah satu usaha utama ialah meningkatkan teknik pengajaran dalam bilik darjah. Dalam hal ini, guru harus sentiasa berusaha membawa perubahan dan penyesuaian demi mempertingkatkan prestasi dan memberi perkhidmatan yang bermutu tinggi dalam bidang profesion mereka. Usaha ini boleh dilaksanakan dengan menguasai beberapa kaedah asas seperti menjalankan kajian terhadap keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran mereka di bilik darjah, menggunakan teknik refleksi dan menguasai kemahiran penilaian kendiri untuk mempertingkatkan kemahiran pembelajaran dalam bilik darjah.Kesimpulannya, sebagaimana profesion-profesion yang lain, guru haruslah menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka mengikut hasrat sekolah, murid, ibu bapa, masyarakat dan negara . Adalah diharapkan, kaum guru dapat menjalankan tugas mereka dengan penuh dedikasi supaya mutu perkhidmatan mereka selaras dengan akauntabiliti mereka terhadap bidang, sekolah, tingkahlaku murid dan profesion keguruan. Semoga dengan dapat memahami prinsip akauntabiliti, guru dapat memahami tanggungjawabnya yang sebenar. Penghayatan akauntabiliti haruslah di hayati sepenuhnya kerana akan dapat meningkatkan tahap profesionalisme keguruan. Ini kerana penghayatan tersebut membolehkan semua guru dapat menjalankan tanggungjawab dan tugas-tugasnya dengan penuh komited dan dedikasi. Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru merangkumi akuntabilitinya terhadap sekolah, diri sendiri, murid-murid dan profesion keguruan akan dapat ditingkatkan sekiranya seseorang guru itu benar-benar menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik dengan berkesan. Peningkatan dalam bidang tersebut melambangkan tingginya kualiti seseorang guru yang juga akan meningkatkan taraf profesionalisme keguruan. Selain itu guru juga dapat melaksanakan tugas itu dengan bersungguh-sungguh dan penuh dedikasi sekiranya guru tahu tanggungjawabnya terhadap kerjayanya. Kesedaran kepada akauntabiliti akan menjadikan seseorang guru itu lebih bertanggungjawab terhadap tanggungjawab yang di laksanakannya.Oleh yang demikian, akauntabiliti perlulah dihayati oleh semua guru. Sekiranya seseorang guru itu mengabaikan akauntabiliti terhadap tugas dan tanggungjawabnya, maka tanggungjawabnya tidak dapat di jalankan dengan baik dan akan gagal melahirkan modal insan seperti yang di cita-citakan negara. Ini akan menjatuhkan martabat profesion perguruan oleh kerana perbuatan yang tidak bertanggungjawab terhadap amanah yang di berikan. Seiring dengan harapan Menteri Pelajaran Malaysia yang mahukan kita tidak lalai dan leka, sentiasa menjaga keharmonian masyarakat dan kestabilan negara dan terus hidup aman damai di tanahair tercinta kita ini, Malaysia.

TUGASAN 2

ULASAN ARTIKEL

Amalan Kecemerlangan Sekolah dalam kalangan Dua jenis sekolah Berprestasi Tinggi di MalaysiaMuhammad Faizal A. GhaniATIKAN: Jurnal Kajian Pendidikan, Volume 2, Nomor 2, Desember 2012

(http://atikan-jurnal.com/wp-content/uploads/2012/12/03.gani_.um_.des_.12.pdf)

Pengenalan Agenda untuk memperbaiki sekolah adalah bertumpu pada peningkatan pencapaian murid-murid, yang mengaitkan faktor guru merupakan penyumbang kepada kejayaan sesebuah organisasi sekolah. Kajian ini menunjukkan wujud hubungan yang signifikan antara budaya sekolah positif dengan kepemimpinan guru besar, komitmen guru, dan pencapaian sekolah. Data kajian kualitatif didapati menyokong kuat data kuantitatif. Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan budaya sekolah merupakan peramal terhadap pencapaian sekolah dan faktor yang mempengaruhi komitmen guru. Dapat dirumuskan bahawa budaya sekolah positif secara relatif lebih dipraktikkan di sekolah berpencapaian tinggi berbanding di sekolah berpencapaian rendah dan budaya sekolah positif mempunyai hubungan dengan komitmen guru, kepemimpinan sekolah, dan pencapaian sekolah. Para pengkaji berpendapat bahawa kajian perbandingan mengenai keberkesanan pengurusan sekolah adalah amat penting. Ini adalah kerana penemuan kajian tersebut dapat mengenalpasti faktor penyumbang kepada keberkesanan sesebuah sekolah. Pengkaji juga berpendapat bahawa kajian perbandingan di antara sekolah yang berlainan aliran juga perlu dilakukan kerana masih terdapat beberapa faktor penyumbang kepada keberkesanan sekolah berupaya untuk dijadikan panduan bagi mengurus sekolah. Pengkaji memetik pandangan F. Ramirez dan J. Meyer ( 2001) bahwa penemuan kajian di konteks yang lain perlu dikenalpasti kesesuaiannya untuk dilaksanakan di tempat sendiri. Ini kerana sesebuahtempat itu memiliki keperluan dan kemampuan yang berbeza. (Harris, 2002). Atas dasar ini, pengkaji membuat keputusan untuk menjalankan kajian perbandingan amalan sekolah cemerlang di antara dua buah sekolah berprestasi tinggi yang berbeza aliran ; sebuah sekolah ialah aliran agama, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan sebuah lagi adalah Sekolah Berasrama Penuh (SBP).Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti perbezaan amalan sekolah cemerlang antara SBP (Sekolah Berasrama Penuh) dengan SMKA (Sekolah Menengah Kebangsaan Agama) di Malaysia. Pengkaji ingin (1) mengenal pasti sekiranya wujud perbezaan yang signifikan antara SBP dengan SMKA dalam aspek amalan sekolah cemerlang; dan (2) mengenal pasti sekiranya wujud perbezaan yang signifikan antara SBP dengan SMKA dalam aspek kepimpinan sekolah.

Ulasan KajianTunjukkan saya sekolah cemerlang dan saya akan tunjukkan anda seorang pengetua yang cemerlang.D.M. Quinn (2002)

Kajian ini menggunakan kerangka teori Model Keberkesanan dan Penambahbaikan Sekolah yang mengambil kira konteks tempatan yang dikemukakan oleh pengkaji yang sama pada tahun 2008. Kerangka tersebut memaparkan beberapa pembolehubah utama, iaitu pembolehubah input, proses, konteks, hasilan sementara, dan outcome. Pembolehubah input melibatkan pembolehubah yang memiliki tahap keberkesanan yang tinggi. Pembolehubah tersebut telah diproses menerusi aktiviti yang dilaksanakan secara serentak. Ketika aktiviti pemprosesan tersebut dilaksanakan, faktor persekitaran luar yang melibatkan pembolehubah konteks amat mempengaruhi hasilan yang diperolehi. Sekiranya pembolehubah proses tidak dilaksanakan secara serentak, maka pihak sekolah gagal untuk membentuk semula budaya dan struktur organisasi. Keadaan tersebut berlaku di pembolehubah hasilan pertengahan yang bersifat sementara dan bertindak sebagai proses kawalan. Justeru, pihak sekolah perlu melaksanakan semula amalan sekolah cemerlang bagi memperolehi outcome, iaitu kemenjadian murid.

Artikel ini juga membincangkan pelbagai konsep sekolah cemerlang yang dikemukakan oleh pengkaji-pengkaji berdasarkan apa yang mereka kehendaki. Di Malaysia, sebagai contoh, konsep sekolah cemerlang merujuk kepada pembolehubah hasilan. Sekolah cemerlang digambarkan dengan pelbagai pengiktirafan dalam bentuk anugerah, sama ada di peringkat negeri mahupun kebangsaan. Misalnya, Anugerah Sekolah Harapan Negara (KPM, 1997). Menurut Abdul Shukor Abdullah (1995) dan Ibrahim Md Nor (1998), penganugerahan tersebut adalah berdasarkan pencapaian yang ditetapkan oleh pihak kerajaan. Namun, perspektif sekolah cemerlang telah berubah kepada sains organisasi pada pertengahan tahun 1970-an. Hal tersebut disebabkan masyarakat telah mula mengenali konsep pengurusan. Mereka mengaitkan definisi sekolah cemerlang dengan hubungan sesama manusia dalam sesebuah organisasi yang melibatkan aspek berikut, iaitu; kepuasan dalam bekerja perlu bagi setiap warga organisasi; pihak pentadbiran organisasi mementingkan perkembangan profesionalisme staf; dan penglibatan bersama dalam proses membuat keputusan (Scheerens, 1992 dan 2005).Satu fakta yang menarik perhatian saya ialah di mana pengkaji menyertakan pandangan Islam berkenaan pengurusan sekolah yang berkesan. Islam menggalakkan umatnya supaya bekerja dalam satu pasukan bagi menghasilkan dapatan yang lebih cekap dan berkesan berbanding bekerja secara bersendirian. Malah, Rasulullah pernah bersabda, menerusi riwayat At-Turmuzi, bahawa tangan Allah (pertolongan Allah) beserta dengan kumpulan. Kesimpulannya, Islam menitikberatkan kerja dalam satu pasukan yang melibatkan setiap warga sekolah dan pihak berkepentingan pendidikan. Tanggung jawab tersebut perlu dilaksanakan secara amanah, syura, dan adil bagi mencapai matlamat untuk kepentingan agama, masyarakat, dan negara.Kaedah KajianPengkaji menggunakan kaedah kajian tinjauan untuk mengumpul data dari kalangan guru di sekolah tersebut. Pemilihan peserta kajian adalah secara rawak dan berbentuk persampelan bertujuan (purposive sampling) dalam kalangan guru sekolah cemerlang di Malaysia. Seramai 360 guru terlibat dalam kajian ini, 180 guru SBP ( 120 guru perempuan dan 60 guru lelaki) dan 180 guru SMKA (110 guru perempuan dan 70 guru lelaki). Kajian ini mengguna-pakai instrumen soal selidik yang telah dibentuk oleh Muhammad Faizal A. Ghani (2008). Instrumen kajian tersebut yang telah dibentuk dengan mengambil kira konteks tempatan ini mengandungi tiga bahagian, iaitu: (1) Bahagian I mengenai profil sekolah yang mempunyai dua item; (2) Lima item mengenai profil peserta kajian atau bahagian II; dan (3) Seratus tiga puluh lapan item mengenai amalan sekolah cemerlang. Kesahan kandungan bagi instrumen ini telah dicapai menerusi kajian Delphi sebanyak empat sesi pusingan. Manakala kebolehpercayaan instrumen tersebut berdasarkan skor Alfa sejumlah 0.932. Data soal selidik di analisis menggunakan program SPSS (Statistical Package for the Social Sciences) versi 16.0 melibatkan kaedah statistik deskriptif dan inferensi.Dapatan KajianKajian ini menemui wujud perbezaan yang signifikan antara SBP dengan SMKA dalam mempraktikkan amalan sekolah cemerlang berikut, iaitu kepimpinan pengetua dan persekitaran sekolah yang kondusif. Malah, amalan tersebut lebih dipraktikkan oleh warga SBP berbanding SMKA.

Dalam konteks kajian ini amalan sekolah cemerlang yang dilaksanakan di SBP dan SMKA telah dilaksanakan bagi mengenal pasti kelebihan yang dimiliki oleh setiap jenis sekolah tersebut. Kajian ini menemui wujudnya perbezaan yang signifikan antara SBP dan SMKA. Dalam mempraktikkan amalan sekolah cemerlang berikut, iaitu kepimpinan pengetua dan persekitaran sekolah yang kondusif. Malah, amalan tersebut lebih dipraktikkan oleh warga SBP berbanding SMKA. Hal ini disebabkan masih terdapat beberapa factor yang menjadi penghalang kepada SMKA untuk berperanan dengan lebih berkesan. Umpamanya, terdapat beberapa pendapat bahawa pengurusan dan pentadbiran sekolah agama masih ditahap lemah kerana ada pendapat mendapati bahawa Pengetua SMKA kurang mengambil berat terhadap kebajikan guru. Kajian tersebut mendapati bahawa terdapat jurang komunikasi antara pengetua dengan warga sekolah, khasnya guru. SMKA juga kurang memiliki persekitaran sekolah yang kondusif berbanding SBP. Keadaan sebaliknya bagi SBP yang lebih mempraktikkan kepimpinan pengetua secara cekap dan berkesan. Begitu juga dengan amalan sekolah cemerlang lain yang menunjukkan tiada terdapat perbezaan perlaksanaannya antara SBP dan SMKA. Amalan tersebut adalah dimana staf akademik mengamalkan stail kepimpinan guru; para guru berusaha untuk melaksanakan kurikulum dengan cekap dan berkesan; pihak sekolah melaksanakan amalan pengharapan secara menyeluruh; pihak sekolah mengambil kira pembolehubah proses ketika melaksanakan pengharapan tinggi; pihak sekolah berusaha untuk mewujudkan suasana yang mencabar minda murid; usaha pihak sekolah untuk menilai pencapaian murid; usaha pihak sekolah untuk menilai pencapaian sekolah; usaha pihak sekolah untuk mewujudkan hubungan yang erat dengan pihak ibu bapa; dan usaha sekolah untuk mengeratkan hubungan dengan masyarakat. Implikasinya, pengurusan sekolah oleh kepimpinan sekolah kurang menghadapi masalah dan berjalan lancar (KPM, 2006). Kajian ini juga mendapati tidak wujud perbezaan yang signifikan antara amalan gaya kepimpinan guru di SBP dan SMKA. Pengkaji menyatakan bahawa berdasarkan kajian terdahulu, aspek kepimpinan pengetua bukan merupakan faktor penyumbang utama kepada keberkesanan sekolah cemerlang. Hal tersebut disebabkan pembolehubah input bagi sekolah cemerlang adalah pembolehubah yang terbaik dan terpilih. Oleh itu, sekolah cemerlang kurang menghadapi masalah dalam aspek murid, guru, dan sekolah yang boleh menghalang keberkesanan pengetua untuk memimpin sekolah mereka. Pengetua sekolah berperanan sebagai orang tengah kepada penggubal dasar. (A. Harris (2002, 2003, dan 2004); Hussein Mahmood (2008); serta Muhammad Faizal A. Ghani et al. (2011) Peranan mereka untuk memastikan dasar tersebut dilaksanakan di sekolah secara cekap dan berkesan. Manakala, guru merupakan faktor penyumbang utama kepada kejayaan sesebuah sekolah disebabkan guru bertindak sebagai pelaksana kepada dasar tersebut. Guru mempunyai hubungan yang rapat dengan murid disebabkan sebahagian hidup guru berada di dalam bilik darjah dan berkomunikasi dengan murid . Justeru, guru-guru peka dengan permasalahan murid dan mereka lebih mengetahui kaedah meningkatkan pencapaian murid.KesimpulanIsu amalan sekolah cemerlang yang diperjelaskan di dalam artikel ini adalah satu isu yang amat menarik untuk dikaji dengan lebih mendalam. Jelas, pengkaji cuba menggambarkan bahawa jika bersandarkan hanya kepada kepimpinan pengetua sahaja, atau hanya kepada persekitaran yang kondusif sahaja, atau hanya kepada pelajar yang cemerlang sahaja, tidak akan menyumbang kepada keberkesanan atau kecemerlangan sesebuah sekolah itu secara berterusan. Pengkaji juga berpendapat bahawa perbezaan latar belakang pelajar dari segi aspek sosio ekonomi tidak menghalang sesebuah sekolah itu untuk berubah ke arah yang lebih cemerlang. Ini kerana perubahan itu berupaya dilaksanakan sekiranya kepimpinan sekolah berperanan secara cekap dan berkesan , dan pihak berkepentingan lain juga perlu memberikan sokongan untuk kejayaan sekolah.Ketika berlakunya peningkatan dalam akauntabiliti dan pengharapan tinggi masyarakat terhadap sekolah, pelaksanaan amalan sekolah cemerlang menjadi penting untuk memenuhi hasrat tersebut. Hal ini disebabkan sekolah cemerlang berupaya melahirkan modal insan untuk menepati kehendak pasaran. Malah, dalam tuntutan kepada perubahan, sekolah cemerlang berupaya menjadi alat untuk mengenal pasti bakat, mengajar, dan menilai keupayaan setiap murid. Guru yang mempunyai ciri-ciri professional, beretika dan berakauntabiliti amat penting kerana ia memberi kesan positif atau implikasi baik yang banyak kepada banyak pihak yang berkaitan secara langsung dan tidak langsung dengan dunia pendidikan. Dapat dilihat, semenjak dahulu lagi pelbagai usaha telah digembleng dan dilaksana bagi memartabatkan profesion keguruan dan sistem pendidikan negara. Usaha tersebut berterusan pelaksanaannya sehingga kini dengan penambah baikkan hasil daripada penyelidikan-penyelidikan yang dibuat terhadap profesion keguruan dan sistem pendidikan di negara ini. Warga pendidik yang kehidupan kerjayanya adalah dalam dunia pendidikan. Modal insan yang cemerlang adalah hasil didikan daripada pendidik yang cemerlang dengan ciri-ciri profesionalisme guru yang cemerlang. Etika keguruan yang tinggi, akauntabiliti, integriti dan sebagainya. Profesion keguruan yang baik akan mampu meningkatkan sistem pendidikan negara. hal ini kerana kedua-duanya adalah elemen yang berkait rapat dalam dunia pendidikan.RefleksiSelesai membaca pelbagai definisi bagi konsep sekolah cemerlang yang diutarakan oleh pengkaji, saya tertarik untuk memikirkan definisi yang manakah sesuai untuk diaplikasikan di sekolah saya. Namun begitu, saya bersetuju dengan pendapat pengkaji yang walaupun masyarakat lebih menumpukan kepada institusi pendidikan yang berupaya menghasilkan kemenjadian murid, definisi kemenjadian itu adalah pelbagai dan mengikut apa yang dikehendaki oleh mereka. Oleh itu, sebagai sebuah institusi pendidikan, pelaksanaan amalan-amalan cemerlang perlu dilakukan secara sistemik bagi memenuhi keperluan dan pengharapan tinggi masyarakat yang menyakini bahawa sekolah cemerlang berupaya melahirkan modal insan untuk menepati kehendak pasaran. Malah, dalam tuntutan kepada perubahan, sekolah cemerlang berupaya menjadi alat untuk mengenal pasti bakat, mengajar, dan menilai keupayaan setiap murid.Dalam usaha ke arah penambahbaikan yang berterusan, dapatan kajian ini amat membantu dan kritikal bagi sesebuah organisasi pendidikan agar perubahan dapat dilakukan dengan lebih terancang dan sistematik. Menurut John Kenneth Galbraith (1967) pendidikan merupakan usaha sistematik yang disengajakan oleh sesebuah masyarakat untuk menyampaikan pengetahuan, nilai, sikap, dan kemahiran kepada ahlinya. Oleh itu, usaha ke arah perkembangan potensi individu secara menyeluruh boleh dilaksanakan melalui perubahan yang selektif dan kritikal. Perubahan ini boleh bermula daripada sistem pendidikan yang berkesan.

BibliografiAliman, Arshad. (1999). Kesan Kepimpinan ke Atas Keberkesanan Pentadbiran Sekolah.

Tesis Sarjana Tidak Diterbitkan. Kuala Lumpur, Malaysia: Fakulti Pendidikan UM

[Universiti Malaya]. Amat Sehab, Misyati et al. (2011). Kepimpinan Sekolah dan Amalan Pengurusan Strategik

di Beberapa Sekolah Menengah Agama di Selangor dalam Jurnal Internasional

Manajemen Pendidikan, VII(1), ms.66-77.Che Omar, Azman. (2008). Pengurusan dari Perspektif Islam. Kuala Lumpur, Malaysia:

Pustaka Dewan & Bahasa.Chrispeels, J.H. (1992). Purposeful Restructuring: Creating a Climate of Achiement and

Learning in Elementary Schools. London: Falmer.Coleman, T.S. & T.B. Hoffer. (2001). Public and Private High Schools: The Impact of

Communities. New York: Basic Books.

Edmonds, R. (1979a). Effective Schools for the Urban Poor dalam Educational Leadership,

37(1), ms.15-27. Dicapai pula pada 6 Ogos 2012 daripada ERIC Document Reproduction Service, No. ED14671.Edmonds, R. & R. Frederiksen. (1979). Search for Effective Schools dalam Educational

Leadership, 37 (1), ms.1-6. Dicapai pada 12 Jun 2012 daripada ProQuest database.Faizal A. Ghani, Muhammad. (2008). Pembentukan Model Keberkesanan dan Penambahbaikan Sekolah. Disertasi Doktor Falsafah Tidak Diterbitkan. Kuala Lumpur, Malaysia: Fakulti Pendidikan UM [Universiti Malaya].Ghani Ishak, Abdul. (1993). Kepemimpinan Pengetua Sekolah Menengah Agama di Negeri

Selangor dan Kaitannya dengan Kepuasan Bekerja di Kalangan Guru-guru. Tesis Sarjana Tidak Diterbitkan. Bangi, Selangor Darul Ehsan: Fakulti Pendidikan UKM [Universiti Kebangsaan Malaysia].Hamid Othman, Abdul. (1992). Ke Arah Penyelarasan dan Penyatuan Sistem Pentadbiran

dan Pelajaran Sekolah-sekolah Menengah Agama dan Arab di Malaysia. Kertas

kerja dibentangkan dalam Seminar Penyelidikan Islam di Malaysia, UKM [Universiti

Kebangsaan Malaysia] Bangi.

KPM [Kementerian Pelajaran Malaysia]. (1997). The Malaysian Smart School: Smart School

Conceptual Blueprint. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia. Diambil semula pada 10 Ogos 2004 daripada EPRD, KPM.KPM [Kementerian Pelajaran Malaysia]. (2006). Kajian Pengetua Kanan: Satu engenalan.Masleh Yunus, Mohd. (1996). Stail Kepemimpinan Pengetua Sekolah Berasrama Penuh

dan Kaitannya dengan Kepuasan Guru. Tesis Sarjana Tidak Diterbitkan. Bangi, Selangor Darul Ehsan: Fakulti Pendidikan UKM [Universiti Kebangsaan Malaysia]. ATIKAN, 2(2) 2012Mohd Nawawi, Ahmad Saman. (1986). Pengurusan Sekolah: Satu Cabaran. Kertas kerja

dibincang dalam Bengkel Jemaah Nazir Persekutuan di Malaysia.

ISU PROFESIONALISME GURU:ARTIKEL YANG DIULAS

Ulasan artikel-profesionalisme guruPengenalanMalaysia merupakan sebuah negara maju yang semakin membangun. Pelbagai langkah dan tindakan yang dirancang dan dilaksanakan untuk mencapai misi dan visi negara. Pelaksanaan tersebut telah mula sebelum negara menggapai merdeka lagi. Langkah dan usaha kerajaan tersebut meliputi pelbagai perkara dan segenap sudut seperti aspek kesihatan, pendidikan, pengangkutan dan banyak lagi. Langkah dan usaha kearah kemajuan dan pembangunan Negara yang dilaksanakan dalam bidang pendidikan. Hal ini dapat dilihat apabila terhasilnya Laporan Rahman Talib, Ordinan Pelajaran, Laporan Razak dan lain lain lagi yang bertujuan ke arah pembangunan dalam bidang pendidikan. Dewasa ini, bidang pendidikan telah diangkat ke satu tahap yang lebih tinggi apabila kerjaya guru diiktiraf sebagai satu profesion. Artikel daripada Berita Harian bertarikh 13 Mac 2012, bertajuk Minda Pengarang : Menambahbaik Profesion Perguruan Mampu Tingkat Sistem Pendidikan, menyatakan sistem pendidikan Negara yang bagus adalah faktor utama kepada penghasilan modal insan yang berkualiti seperti yang dihasratkan negara. pelbagai usaha dan langkah yang telah dilaksanakan oleh kerajaan bagi memastikan mutu sistem pendidikan negara bertambah baik dari semasa ke semasa. Antara usaha tersebut ialah dengan memartabatkan profesion keguruan. Sebelum melihat dan menganalisis dengan lebih mendalam berkaitan pemartabatan profesion keguruan, akan dibincangkan terlebih dahulu tentang kerjaya guru yang diiktiraf sebagai suatu profesion. Pada era 2000, kerjaya guru kurang mendapat perhatian masyarakat berikutan ledakan kemajuan negara ketika itu menjadikan penjanaan peluang pekerjaan yang berasaskan kemajuan infrastruktur, teknologi maklumat, perindustrian dan perkilangan. Namun kini, telah berubah apabila kerjaya guru menjadi rebutan khususnya pelajar-pelajar lepasan SPM. Pada setiap tahun permintaan terhadap bidang ini semakin meningkat. Sedangkan tempat yang ditawarkan adalah terhad (Syed Ismail dan Ahmad, 2012). Hal ini ekoran kesukaran para lulusan universiti mendapat pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan mereka. Bagi memastikan profesionalisme pendidikan guru berada di landasan yang betul dan dijamin kualitinya, pihak kementerian telah menyediakan pelbagai kemudahan dan mewajibkan bakal guru serta guru terlatih menjalani pelbagai kemahiran baharu sesuai dengan arus globalisasi. Latihan yang khusus adalah penting kepada seorang bakal guru untuk membolehkannya melangkah ke alam profesion guru. Syed Ismail dan Ahmad (2012) menyatakan, menurut Kamus Dewan, profesion adalah suatu bidang pekerjaan khasnya yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan khas. Mengikut Lieberman (1956), pula, sesuatu kerjaya yang digolongkan sebagai profesion haruslah mengandungi beberapa ciri khusus. Pertama, mereka golongan profesional yang pernah mendapat latihan khusus dalam sesuatu bidang kemahiran ikhtisas mengikut satu tempoh masa tertentu. Seterusnya, pekerjaan itu, merupakan perkhidmatan yang unik dan penting dengan matlamat yang jelas untuk masyarakat dan negara. Selain itu, pekerjaan yang menggunakan banyak keupayaan dan kebolehan intelek semasa memberi perkhidmatan. Kemudian mereka golongan pakar dalam bidang pekerjaan tertentu dan mempunyai kuasa autonomi semasa menjalankan tugasnya. Mereka juga mementingkan mutu perkhidmatan serta dedikasi terhadap pekerjaannya dan tidak mementingkan pendapatan atau ganjaran kewangan semasa memberi perkhidmatan. Pekerja dalam kerjaya itu terdiri daripada ahli-ahli satu organisasi yang berkuasa menentukan nilaitara-nilaitara untuk kemasukan, mengawal mutu perkhidmatan dan penyingkiran ahli. Seterusnya, setiap ahli mematuhi sesuatu kod etika yang ditentukan oleh organisasi profesion itu. Terakhir, setiap ahli akan bertanggungjawab terhadap semua tindakan dan keputusan yang dibuat olehnya. Berdasarkan ciri - ciri tersebut, Mok Soon Sang (1996) merumuskan secara ringkas konsep profesionalisme sebagai suatu pekerjaan yang khusus dan dilaksanakan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan ikhtisas yang cukup bermutu, bersikap jujur, dedikasi, bertanggungjawab dan bermoral tinggi, mempunyai autonomi bertugas serta mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasinya. Oleh hal yang demikian, adalah pasti bahawa kerjaya guru merupakan suatu profesion berdasarkan ciri-ciri dalam kerjaya guru yang menepati ciri-ciri yang dinyatakan oleh Liberman. Dalam dunia pendidikan, terdapat beberapa istilah yang nampak hampir sama pada zahirnya, tetapi berlainan pada maknanya. Istilah-istilah ini adalah penting untuk diketahui dan difahami. Pertama konsep perguruan dan kosep keguruan. menurut Kamus Dewan (1989), konsep perguruan diertikan sebagai pengajaran, misalnya kepada guru pelatih, pelajar dan sebagainya. Konsep keguruan adalah perkara yang berkaitan dengan guru seperti peranan, tugas, kelayakan dan sebagainya. Kemudian, konsep profesion keguruan dan konsep profesion perguruan. Menurut Kamus Dewan (1989) juga, konsep profesion keguruan adalah pekerjaan yang berkaitan dengan peranan tugas, tanggungjawab, sifat dan kualiti guru. Manakala, konsep profesion perguruan adalah pekerjaan pengajaran yang memerlukan pelajaran yang tnggi dan latihan khas. Menurut Syed Ismail dan Ahmad (2012) dalam konteks keguruan, guru yang profesional haruslah mempunyai tiga ciri kemahiran professional guru iaitu mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam banyak aspek, bukan sahaja mata pelajaran yang diajarnya. Ciri seterusnya, bertanggungjawab dan memberikan perkhidmatan yang bermutu tinggi. Ciri ketiga, ialah terlatih dan mahir dalam tugas-tugas mengajar dan membimbing murid.Perkembangan Meningkatkan dan memartabatkan profesion keguruan adalah suatu pandangan positif yang telah dapat dilihat oleh kerajaan sejak awal lagi. Hal ini dibuktikan berdasarkan perancangan dan langkah yang telah dan akan direncana kerajaan kearah memartabatkan profesion keguruan. KPM telah berusaha untuk memartabatkan profesionalisme guru dengan meningkatkan kualiti guru, kerjaya guru dan kebajikan guru. KPM bermatlamat untuk menjadikan profesion guru dihormati dan dipandang tinggi sesuai dengan amanah yang dipikul. KPM berusaha memartabatkan profesion keguruan dengan memberi tumpuan kepada fokus dan strategi pelaksanaan seperti menambah baik sistem pemilihan calon guru dengan cara memperketat syarat dan kriteria pengambilan calon melalui Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia (Malaysian Teachers Selection Test - MTeST), temuduga individu dan berkumpulan serta ujian bertulis Bahasa Inggeris, telah banyak dijalankan oleh fakulti pendidikan di universiti. Pemilihan melalui penampilan calon guru seperti pertuturan, dan cara pembawaan, pandangannya terhadap sesuatu isu, kebolehannya untuk mengawal perasaan dan keadaan fizikal seseorang merupakan kriteria yang boleh diuji semasa sesi temuduga dijalankan. Tanpa temuduga seperti ini, kita dapat mengesan individu yangmempunyai kelemahan atau kecacatan tertentu seperti tidak pandai bertutur dengan baik, perwatakan yang tidak sesuai dan sikap terlalu gugup tidak dapat dikesan. Tindakan tersebut juga terpaksa diambil untuk memastikan seseorang guru tidak memilih opsyen perguruan sebagai pilihan terakhir mereka.Seterusnya untuk meningkatkan lagi profesion keguruan, kerajaan telah memperkenalkan falsafah pendidikan negara. Falsafah pendidikan merupakan langkah permulaan dalam proses pembangunan sistem pendidikan. Penetapan aspek-aspek lain yang terdapat adalah seperti matlamat, isi kandungan, pendekatan, srategi dan kaedah pengajaran merujuk kepada falsafah pendidikan yang telah ditetapkan. Penting sebagai satu garis panduan kepada guru untuk mengajar dengan lebih berkesan. Proses mendidik pelajar perlu dijalankan secara terancang dan sistematik untuk mendatangkan hasil seperti yang diharapkan. Falsafah pendidikan bukan sahaja menjadi asas kepada pembentukan sesuatu sistem pendidikan tetapi juga menjadi panduan yang penting dalam pelaksanaan sesuatu sistem pendidikan. Ketiadaan suatu sistem dasar yang jelas dan mantap akan menyebabkan sistem pendidikan dan pelaksaaannnya tidak mempunyai hala tuju yang tetap dan dan tidak akan berlangsungdengan lancar, teutamanya apabila dipengaruhi oleh persekitaran seperti kepimpinan,kewangan, pengaruh politik, dunia tanpa sempadan, sosial dan lain-lain lagi yang diambil kira untuk dijadikan asas bagi pelaksanaan sistem pendidikan. Menurut Tan Sri Muhyiddin Yasin dalam sebuah buku Sudut Pandang Muhyiddin, beliau menyatakan satu daripada contoh langkah memartabatkan profesion keguruan ialah program pensiswazahan guru yang mensasarkan supaya menjelang 2015, kita akan mempunyai 60 peratus guru siswazah di sekolah rendah dan 90 peratus di sekolah menengah. Menurut Noriati et al. (2010) KPM (Kementerian Pelajaran Malaysia) telah mengadakan pelbagai program pensiswazahan. Antara program pensiswazahan guru yang dikendalikan oleh KPM adalah Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG). Program ini memsiswazahkan guru-guru sekolah menengah dan merupakan program khas KPM yang telah dimulakan pada tahun 1999. Program ini melibatkan kerjasama antara IPTA (Institut Pengajian Tinggi Awam) dengan IPG (Institut Pendidikan Guru). Namun begitu, PKPG telah ditamatkan ambilannya pada tahun 2006 setelah Keputusan Jemaah menteri yang berkaitan Memorandum Bersama Kementerian Pelajaran Malaysia memutuskan ambilan terakhir pelatih seramai 1500 orang dalam PKPG penempatan di sekolah menengah adalah pada tahun 2006. Kedua, Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR). Program ini khsusus ditawarkan kepada guru-guru sekolah rendah untuk memberikan peluang kepada mereka menyambung pengajian pada peringkat Ijazah Sarjana Muda Perguruan (ISMP). Program ini bermula dengan ambilan November 2008. Program yang menggunakan mod Kursus Dalam Cuti (KDC) adalah tempoh pengajiannya selama 4 tahun. Hal ini bermakna, guru-guru yang mengikuti program PGSR akan mengikuti pengajian hanya pada waktu cuti sekolah dan pada hari-hari lain mereka meneruskan kerjaya mengajar seperti biasa. Seterusnya Program Khas Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB) yang dilaksanakan oleh Institut Aminuddin Baki dalam memastikan bahawa Guru Besar di sekolah memiliki ijazah. Program yang dijalankan secara kolaborasi dengan Inuversiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim ini merupakan program pengajian selama 3 tahun. Menurut Tan Sri Muhyiddin Yasin, langkah lain dalam memartabatkan profesion keguruan adalah pada aspek kenaikan pangkat, pelbagai faedah disediakan untuk perkhidmatan perguruan dan kebanyakannya tidak dinikmati sektor perkhidmatan yang lain. Satu contoh ialah Kerajaan meluluskan Bayaran Berprestasi Tinggi bagi menghargai jasa guru dan kakitangan sokongan yang berkhidmat di Sekolah Berprestasi Tinggi. Begitu juga keputusan kerajaan mewujudkan jawatan Guru Wibawa dan Pendeta Guru yang bakal memegang gred tertingi dalam perkhidmatan awam. Semua ini sepatutnya boleh dilihat sebagai isyarat jelas betapa kerajaan amat serius dalam usaha memartabatkan profesion keguruan. Dalam usaha memartabatkan profesion keguruan dan meningkatkan sistem pendidikan negara, diwujudkan pula Sistem Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM). Sistem ini adalah salah satu adaptasi inovasi yang merupakan suatu pembangunan dalam sistem pendidikan negara yang telah berjaya dibangunkan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) pada tahun 2003. SKPM telah pun diperakui dan diiktiraf sebagai Piawai Pendidikan Kebangsaan (sekolah), (Noriati et al, 2010). Antara tujuan SKPM adalah satu inisiatif yang memberikan fokus kepada pemantapan profesionalisme tenaga pendidik di sekolah yang dapat meningkatkan standard kualiti pendidikan di sekolah dapat dilaksanakan. Seterusnya ia sebagai satu nilai tara atau sukatan tahap kecemerlangan pada sekolah dapat dilakukan. Sistem ini juga bertujuan supaya peningkatan keberkesanan dan kecekapan pengurusan sekolah yang bermatlamat akhirnya ialah peningkatan tahap pencapaian murid. Peranan guru adalah amat penting dalam pembentukan modal indan cemerlang yang dapat membawa kepada perubahan negara. Sehubungan dengan itu, yang diberi keutamaan adalah pembentukan modal insan dengan hasrat guru dapat menjalankan tanggungjawab dan peranan dengan baik. Hal ini berkait rapat dan bergantung kuat kepada sistem latihan perguruan kepada guru-guru. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah membuat perubahan dalam sistem latihan perguruan apabila menaik taraf maktab perguruan menjadi Institut Pendidikan Guru (IPG). Maktab perguruan yang selama ini melatih guru di peringkat Sijil Perguruan dan Diploma Perguruan telah berubah apabila guru-guru lepasan Institut Pendidikan Guru dianugerahkan dengan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) sebagai bekalan tenaga pendidik di sekolah rendah. Program pensiswazahan ini telah bermula pada tahun 2006. Menurut Noriah et al. (2010) aspirasi KPM adalah untuk melahirkan guru siswazah di sekolah rendah akan tercapai apabila IPG mendapat kelulusan melaksanakan pogram ijazah. Implikasi Peningkatan profesion keguruan yang baik berasaskan matlamat dan tujuan yang jelas akan menghasilkan kesan-kesan juga implikasi yang positif dalam segenap aspek dan perkara yang berkaitan dengan profesion keguruan. Hal ini sememangnya sanagat perlu, berikutan peranan pelbagai yang dimainkan oleh seseorang guru yang cemerlang. Guru yang mempunyai budaya profesionalisme yang tinggi akan dapat merealisasikan aspirasi negara. golongan ini akan memainkan peranan dengan cemerlang dalam melahirkan modal-modal insan yang cemerlang. Modal insan yang cemerlang ini adalah harapan negara yang akan memacu kemajuan dan memelihara keharmonian dan keamanan negara. Modal insan ini juga adalah generasi penyambung kecemerlangan alam pendidikan di negara ini. Guru yang berada di tahap profesion keguruan yang baik akan dapat membuatkan kemenjadian pelajar yang tinggi. Hal ini kerana guru tersebut mempunyai telah dilengkapi dan disediakan dengan ciri-ciri professional seorang guru. Guru yang profesional mempunyai akauntabiliti diri dan kerja yang tinggi. Selain itu, guru tersebut mempunyai integriti dan etika guru yang baik. Akan lahir minat untuk belajar dalam diri murid atau pelajar yang dididik oleh seorang guru yang profesional. Hal ini kerana guru tersebut akan merancang dan memastikan beliau dapat menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Menurut Syed ismail dan Ahmad (2012) guru berakauntabiliti mendidik murid untuk persediaan kehidupan mereka pada masa depan. Hubungan guru yang baik dengan murid yang berteraskan keihklasan dan sifat penyayang akan memberi impak yang baik. Implikasi peningkatan profesion keguruan yang seterusnya adalah kepada masyarakat. Peranan guru bukanlah terbatas kepada komuniti dan masyarakat dalam sekolah sahaja, tetapi guru yang juga sebagai agen perubahan berperanan membawa perubahan dalam masyarakat. Menurut Syed Ismail dan Ahmad (2012), sebagai agen perubahan guru perlu membawa ilmu pengetahuan dan mengajarkannya kepada masyarakat. Guru yang berakauntabiliti terhadap masyarakat akan mengubah cara hidup masyarakat dengan memberikan pelbagai ilmu pengetahuan yang boleh diadaptasi dan diamalkan oleh masyarakat dalam kehidupan harian mereka. Cadangan Jika menginginkan kesempurnaan atau yang terbaik pada sesuatu perkara, maka penambahbaikkan kepada perkara tersebut perlu sentiasa dilakukan. Untuk melaksanakan penambahbaikkan pula perlu kepada cadangan-cadangan yang baik dan bernas. Terdapat banyak cadangan untuk penambaikkan profesion keguruan yang boleh diambil. Antaranya, pertama kursus peningkatan profesionalisme. Menurut Mok Soon Sang (1996) guru hari ini hendaklah sentiasa berusaha melengkapkan diri dengan mengemaskini ilmu pengetahuan dan kemahiran mengajar dari semasa ke semasa. Sehubungan dengan itu, guru hendaklah mengikuti kursus-kursus pendidikan yang dianjurkan oleh ihak Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah, misalnya Kursus Dalam Perkhidmatan atau Kursus Peningkatan Profesionalisme Keguruan. Cara yang seterusnya untuk meningkatkan profesion perguruan ialah dengan meningkatkan akauntabiliti pendidik itu sendiri. Ini merupakan nilai yang terpenting untuk membezakan guru yang komited dengan guru yang bermasalah. Kerja mendidik membawa konotasi moral kepada orang yang menjalankan tugas ini perlu bertanggungjawab kepada diri sendiri kerana mereka akan dipersoalkan sekiranya sesuatu tanggungjawab itu diabaikan. Jika seseorang guru mempunyai akauntabiliti yang tinggi maka ia juga akan mempengaruhi profesionalisme guru dan secara tidak langsung dapat meningkatkan lagi profesionalisme guru. Cadangan seterusnya ialah, teknik pengajaran dalam bilik darjah yang berkesan. Guru harus sentiasa mampu membawa perubahan dan penyesuaian teknik pengajaran dan pembelajaran demi meningkatkan prestasi dan memberi perkhidmatan bermutu tinggi dalam bidang profesion guru. Usaha ini boleh dijalankan dengan menguasai beberapa kaedah asas seperti menjalankan kajian terhadap keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran mereka dalam bilik darjah, menggunakan teknik refleksi dan menguasai kemahiran penilaian kendiri untuk mempertingkatkan kemahiran pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. (Mok Soon Sang, 1996) Guru juga harus berkualiti dari segi kerohanian untuk meningkatkan lagi profesionalisme guru. Guru yang berkualiti kerohaniannya terdiri daripada mereka yang memiliki sifat-sifat berikut iaitu memiliki sahsiah atau tingkah laku yang baik atau terpuji. Antara ciri-ciri seorang guru yang mempunyai sahsiah baik ialah menjalankan tugas tepat pada masanya, ikhlas dalam menjalankan tugas, menghormati rakan sejawat serta pelajar, rajin dan lain-lain. Nilai tara sahsiah atau tingkah laku yang baik ini sudah terkandung dalam etika dan profesion perguruan. Dalam pembentukan Falsafah Pendidikan Negara, agama diletakkan ditempat yang tertinggi. Pegangan agama yang kuat akan menyebabkan seseorang guru bertanggungjawab terhadap tugasnya, berilmu, berprinsip serta amanah. Guru itu juga harus berkualiti dari segi rohani iaitu mempunyai penampilan dan imej diri yang baik melalui cara berpakaian, tingkah laku dan tutur kata. Seseorang guru perlu memiliki tubuh badan yang baik agar dapat menjalankan tugas dengan berkesan.Untuk meningkatkan profesion keguruan, perlu kepada pendidikan kearah perkembangan kendiri. Menurut H.V Perkins dalam bukunya Human Development and Learning (1974) dalam Mok Soon Sang (1996), konsep diri (konsep kendiri) terdiri daripada persepsi, kepercayaan, sikap serta nilai yang khusus yang dipegang oleh seseorang individu tentang dirinya. Maka, konsep ini sememangnya mempengaruhi segala tingkah laku seorang individu dalam alam sekitar sedikit sebanyak mencerminkan konsep dirinya. Cadangan seterusnya, disyorkan pusat atau kelab guru diwujudkan. Kelab ini dikendalikan oleh semua golongan pendidik dan bertujuan menjaga kepentingan professional guru-guru temasuklah guru-guru pelatih yang menjalani latihan dalam sesebuah kawasan. Menerusi badan ini bolehlah dikelolakan seminar dan bengkel tentang pengajaran dan perkara-perkara berkaitan dengan pendidikan. Guru-guru juga boleh mendapat saluran untuk berbincang dan bertukar-tukar fikiran tentang perkara-perkara yang mereka sama-sama alami, seperti pengajaran untuk KBSM. Dengan wujudnya kelab ini khususnya guru pelatih, maka dapatlah mereka sokongan dan bimbingan daripada rakan-rakan sejawat atau yang berpengalaman dalam perkara-perkara tertentu. Seandainya segala usaha tersebut dilaksanakan, maka ia dengan sendirinya akan menggalakkan perubahan yang besar dalam sistem pendidikan kita. Ia meminta guru-guru memikirkan bersama-sama dengan pembuat dasar di Kementerian Pelajaran cara-cara untuk merubah dan meningkatkan mutu pengajaran di sekolah-sekolah.(Robiah Sidin , 1994). Seterus, guru perlu berkongsi maklumat yang bermanfaat, kemahiran dan kepakaran dengan orang lain, kerana guru yang cemerlang akan berkongsi matlamat yang sama dengan pemimpin dan guru-guru lain untuk melahirkan sekolah yang cemerlang dan berkesan. Guru yang profesional akan menjalankan tugas berkumpulan dengan aman dan harmoni kerana mereka boleh berkerja bersama, saling bantu membantu dan sebagainya dalam meningkatkan kecemerlangan sekolah dan warganya. Menurut Syed Ismail dan Ahmad (2012) kesediaan dan kesanggupan guru berkongsi kepakaran dan pengetahuan bersama guru lain sudah pasti dapat mengekalkan dan meningkatkan kecemerlangan potensi dirinya. Menurut mereka lagi, untuk mencapai matlamat ini, guru mestilah mempuyai kesedaran diri yang tinggi dan bersedia untuk berkongsi kepakaran yang dimilikinya bersama komuniti persekitarannya. Perkongsian kepakaran ini boleh dilaksanakan melalui Program Dalam Latihan atau juga dikenali sebagai Program Perkembangan Staf. Perkongsian kepakaran bukan sahaja boleh dikongsi dalam komuniti sekolah, malah perlu dikongsi dengan komuniti pendidikan yang lebih meluas. Sebagai contoh, guru boleh berkongsi kepakarannya dengan menawarkan diri sebagai fasilitator atau penceramah dalam kursus motivasi guru-guru baharu anjuran Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD). Usaha ini membolehkan guru berkongsi kepakarannya bersama rakan sejawat yang baharu. (Syed Ismail dan Ahmad, 2012). Selain itu, untuk meningkatkan profesion keguruan, pengamalan dan budaya refektif perlu lebih diperkukuh. Menurut Syed Ismail dan Ahmad (2012), guru perlu meningkatkan profesionalisme diri melalui pelbagai strategi amalan reflektif agar dapat memikul tanggungjawab tersebut. Menurut mereka lagi, amalan reflektif adalah sangat penting dalam pembentukan profesionalisme keguruan. amalan ini akan bertindak serta mempunyai hubungan dan kesinambungan dalam mengekalkan serta membentuk peribadi professional dalam diri setiap guru. Guru sebagai pemangkin perlu memberikan pendedahan amalan reflektif kepada murid supaya mereka dapat membina daya pemikiran yang analitikal, kritis, dan kreatif bagi menghadapi perubahan-perubahan semasa. Rumusan Guru yang mempunyai ciri-ciri professional, beretika dan berakauntabiliti amat penting kerana ia memberi kesan positif atau implikasi baik yang banyak kepada banyak pihak yang berkaitan secara langsung dan tidak langsung dengan dunia pendidikan. Dapat dilihat, semenjak dahulu lagi pelbagai usaha telah digembleng dan dilaksana bagi memartabatkan profesion keguruan dan sistem pendidikan negara. Usaha tersebut berterusan pelaksanaannya sehingga kini dengan penambah baikkan hasil daripada penyelidikan-penyelidikan yang dibuat terhadap profesion keguruan dan sistem pendidikan di negara ini. Warga pendidik yang kehidupan kerjayanya adalah dalam dunia pendidikan. Modal insan yang cemerlang adalah hasil didikan daripada pendidik yang cemerlang dengan ciri-ciri profesionalisme guru yang cemerlang. Etika keguruan yang tinggi, akauntabiliti, integriti dan sebagainya. Profesion keguruan yang baik akan mampu meningkatkan sistem pendidikan negara. hal ini kerana kedua-duanya adalah elemen yang berkait rapat dalam dunia pendidikan.disediakan oleh,MUHAMMAD SYAHMI BIN SHAFFEI8 PISMP PA/BA/AQ Peranan Kepimpinan Guru dalam mempengaruhi iklim bilik darjahRahmad Shukor Ab. Samad dan Shahrir JamaluddinJournal Masalah Pendidikan 2005, UM.(http://myais.fsktm.um.edu.my/4990/1/11.pdf)

Ulasan ArtikelArtikel yang ditulis oleh Rahmad Sukor Ab. Samad dan Shahrir Jamaludin daripada Universiti Malaya ini adalah berkenaan peranan guru sebagai pemimpin pengajaran dalam mempengaruhi iklim bilik darjah. Penyelidik menyatakan kajian ini penting kerana 1) tidak banyak kajian yang dibuat berkaitan kepimpinan guru di dalam bilik darjah, berbanding artikel berkaitan peranan dan kepimpinan Guru Besar dan Pengetua di sekolah. 2) kepimpinan bilik darjah adalah satu unit daripadasystemic changeyang melanda yang akan mempengaruhi keseluruhan keberkesanan sesebuah sekolah. Perbezaan dalam pencapaian pelajar dalam sekolah juga dipengaruhi oleh perbezaan yang ketara dalam diri guru-guru yang menyumbang kepada kecemerlangan sesebuah sekolah.

Artikel ini membincangkan ketidaktepatan persepsi guru mengenai kepimpinan bilik darjah. Guru beranggapan bahawa kepimpinan hanya terletak di bahu Guru Besar dan Pengetua, sedangkan gurulah sebenarnya berperanan sebagai pemimpin pengajaran manakala pentadbir sebagai penyelaras sahaja. Guru tidak mengutamakan kepimpinan bilik darjah, hanya mengutamakan pengurusan bilik darjah sahaja, iaitu pengurusan pengajaran dan pembelajaran dan sedikit pengurusan kelas dalam hal-hal berkaitan kebersihan dan disiplin bilik darjah. Penulis mengatakan perkara ini mungkin disebabkan oleh program latihan guru lebih berfokus dan menekankan kepada amalan didalam pengurusan bilik darjah.

Banyak contoh tentang maksud kepimpinan mengikut orientalis dan pemikir barat juga disertakan. Pentadbir juga dilihat berperanan dalam memberi arahan, sumber dan sokongan kepada guru dan pelajar bagimemperbaiki pengajaran dan pembelajaran di sekolah, secara tidak langsung menyerlahkan peranan guru sebagai pemimpin pengajaran. Seterusnya kepimpinan itu sendiri mempunyai hubungan secara langsung dengan proses-proses pengajaran di mana guru, pelajar dan kurikulum saling berinteraksi. Kepimpinan pengajaran guru inilah akhirnya bertindak sebagai pemangkin pembelajaran pelajar-pelajar.

Contoh-contoh kesan wujudnya kepimpinan guru dalam bilik darjah juga dijelaskan di dalam artikel ini, antaranya ialah :

Pelajar mencapai apa yang tidak dijangka dicapai dalam bilik darjah (kemahiran selain akademik),

Pertumbuhan personaliti pelajar (tingkahlaku, perwatakan dan sikap),

Pelajar mematuhi arahan (disiplin), dan

Pelajar sentiasa memerlukan panduan dan menjadikan guru sebagai teladan (kepimpinan melalui teladan)

Penurunan kuasa (empowerment) kepada pelajar juga adalah kesan kepimpinan berkesan di dalam bilik darjah. Dikatakan bahawa kepimpinan berkesan akan mewujudkan dua jenis pemimpin dalam bilik darjah iaitu ;

1. Guru kelas atau guru subjek, dan

2. Pelajar yang diberi kuasa memimpin di dalam kelas tersebut.

Seterusnya artikel ini juga menyarankan pendapat Hook & Vass (2000) bahawa kepimpinan berkesan oleh guru-guru hendaklah mempunyai kemahiran-kemahiran berikut :

1. Boleh mengembangkan keupayaan memahami dan mempunyai visi,

2. Kemahiran menghasilkan hubungan berkesan,

3. Memahami tingkah laku dan keinginan pelajarnya,

4. Memahami bilik darjah sebagai satu sistem, dan

5. Kebolehan menyelesai dan menganalisis maklumat.

Di samping kemahiran yang dijelaskan di atas, artikel ini turut menyelitkan pandangan Shippen & Shippen (2004), tentang tujuh ciri kepimpinan berkesan seorang guru :

1. Boleh membentuk dan menyampaikan visi di bilik darjah,

2. Boleh memimpin, fleksibel dan bersikap terbuka terhadap pelajarnya

3. Boleh memimpin dan menjadi teladan pelajarnya,

4. Bijak membuat keputusan tanpa menjejaskan dasar sekolah,

5. Tidak pentingkan diri sendiri tetapi mementingkan pelajarnya,

6. Boleh membuat pertimbangan yang seimbang dan membina hubungan positif antara guru dengan pelajar, dan

7. Mengamalkan pembelajaran berterusan sebagai guru.

Faktor-faktor yang mempengaruhi iklim bilik darjah juga diterangkan di dalam artikel ini, bagaimana bilik darjah yang efektif itu sendiri seperti suasana harmoni, hubungan interpersonal antara guru-pelajar, keselamatan yang terjamin, keselesaan (kemudahan fizikal) serta kebersihan bilik darjah apabila diadun dengan agenda bilik darjah iaitu pematuhan kepada hak setiap anggota atau ahli, kebertanggungjawaban ahli, mematuhi peraturan dan rutin harian akan dapat mencapai kepimpinan bilik darjah yang berkesan.

Pada akhirnya artikel ini juga menjelaskan akan cabaran dan kekangan bagi mencapai hasrat membudayakan kepimpinan guru dalam mempengaruhiiklim bilik darjah di Malaysia. Antaranya ialah masalah kekurangan guru,opsyen yang tidak sesuai, saiz kelas dan lain-lain lagi. Dan adakah konsep kepimpinan bilik darjah ini perlu disebarluaskan kepada semua guru, kerana tidak semua guru mempunyai kemahiran dan ciri kepimpinan bilik darjah seperti yang dihuraikan di dalam artikel ini.

Kritikan ArtikelArtikel ini adalah satu kajian dan pandangan yang amat menarik tentang konsep kepimpinan guru dan pengaruhnya kepada iklim bilik darjah. Isu yang dibincangkan sangat menyeluruh dan pelbagai aspek telah disentuh dan dibincangkan dengan baik dan berkesan. Ia jelas membincangkan tentang bilik darjah sebagai satu entiti kecil di sekolah yang sebenarnya merupakan penyebab berjaya atau tidaknya sekolah tersebut dalam mencapai matlamat dan dasar yang ditentukan (visi dan misi). Kegagalan pelajar di bilik darjah amnya dan kegagalan guru sebagai agen kepimpinan khasnya akan mempengaruhi pencapaian atau kejayaan sekolah sebagai satu organisasi. Jelas disini bahawa guru juga berperanan sebagai pentadbir dan pengurus di sekolah.

Tidak keterlaluan jika saya melabel guru sebagai model hidup dimana tingkah laku guru menjadi contoh teladan kepada pelajar. Nilai nilai murni yang ditonjolkan oleh guru di dalam bilik darjah secara tidak langsung akan diterapkan dalam jiwa pelajar. Oleh itu, guru memikul tanggungjawab yang besar bagi mewujudkan suasana iklim bilik darjah yang kondusif bukan sahaja untuk menyampaikan proses pengajaran dan pembelajaran secara berkesan kepada pelajar, juga sebagai platform bagi pelajar untuk mendewasakan diri mereka secara fizikal dan mental. Sikap positif dan berekspektasi tinggi yang dipaparkan oleh seorang guru akan membawa kepada kecemerlangan pelajar. Cara kepimpinan guru yang demokratik yang menekankan kerjasama, berinisiatif dan penggunaan pujian juga mampu membimbing pelajar ke arah nilai positif.

Kepemimpinan seorang guru turut dipandang dalam sudut pandangan islam. Menurut perspektif islam, kepimpinan adalah amanah yang wajib ditunaikan. Pemimpin pula ialah orang memandu dan mengajak orang lain ke arah kebahagiaan, mendapat keredhaan Allah, membuat segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya. Seorang pemimpin seharusnya beriman kepada Tuhan dan mempunyai kepercayaan dan kepatuhan kepada agama. Tidak kiralah sama ada guru tersebut beragama Islam, Kristian, Hindu ataupun Buddha, kepercayaan ini penting bagi memastikan mereka mempunyai pegangan dan dasar kepercayaan yang utuh. Bertitik tolak kepada kepercayaan kepada agama ini lah yang akan mencernakan peribadi terpuji selaras dengan tuntutan agama. Manakala konsep etika dan amalan keagamaan seharusnya memberi kekuatan jati diri kepada para guru yakni pemimpin di dalam memimpin sesebuah organisasi terutamanya memacu kecemerlangan pendidikan di sekolah.

Dalam konsep kepimpinan guru dan budaya sekolah, guru merupakan pemimpin yang berperanan sebagai agen perubahan. Perubahan yang dimaksudkan adalah melibatkan perubahan ke atas sekolah dan pengajaran dalam bilik darjah. Guru juga adalah individu yang menggariskan hala tuju dan membentuk pelajar ke arah merealisasikannya dengan nilai-nilai kepimpinan yang positif. Guru sebagai pengajar perlu berusaha untuk memahamkan pelajar berkaitan konsep dengan mudah, sistematik, seronok dan bermakna. Di samping itu, guru turut sama berperanan sebagai individu yang menjadi jambatan rujukan pengetahuan dan maklumat para pelajar. Justeru, guru perlulah melonjakkan kepimpinannya dengan sentiasa bersedia dan boleh menyesuaikan diri dengan keadaan iaitu mempamerkan corak atau gelagat kepimpinan yang sesuai. Contohnya, dalam zaman globalisasi pendidikan yang mencabar ini, rata-rata pelajar terlebih dahulu terdedah dan mahir dalam penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Maka, sebagai guru, kita perlu lah mengambil langkah yang lebih besar untuk mempelajari kemahiran TMK dan berada seiring dengan perkembangan budaya dan persekitaran pelajar.

Kecemerlangan sesebuah sekolah bergantung kepada pendekatan dan kesungguhan guru-guru di sekolah bekerjasama dalam mendukung hasrat misi dan visi sekolah. Kerjasama dalam kalangan guru bukan sahaja menyerlahkan profesionalisme keguruan malah turut menjulang kepimpinan guru. Seorang guru yang berkarisma dalam memimpin sesuatu organisasi juga berupaya untuk memupuk nilai kepimpinan dalam diri rakan sejawatannya dan seterusnya mewujudkan suasana yang fleksibel untuk sebarang bentuk kerjasama antara mereka. Berdasarkan kajian-kajian terdahulu, sekolah yang berjaya dan berkesan biasanya dibantu oleh penglibatan aktif guru-guru dalam tugas berkumpulan dan lazimnya wujud kerjasama harmoni dalam kalangan komuniti tersebut.

Konsep kepemimpinan guru ini juga turut meliputi ruang lingkup yang lebih luas dengan melibatkan masyarakat umum. Guru yang mengamalkan kepimpinan yang berkesan dapat menarik kepercayaan masyarakat untuk bekerjasama dengan pihak sekolah. Ahli masyarakat yang dimaksudkan di sini adalah golongan ibu bapa yang menjadi tulang belakang kepada kehidupan sosial pelajar. Guru yang berwibawa memiliki keupayaan untuk melibatkan ibu bapa dalam proses memberikan pendidikan formal kepada anak-anak mereka. Hubungan ibu bapa dan guru yang tidak hanya terbatas di atas meja mesyuarat PIBG akan membuka ruang kolaborasi yang lebih dinamik serta mengikis kebimbangan ibu bapa terhadap kreadibiliti guru dalam aspek pembentukan disiplin dan jati diri anak mereka.

Secara ringkasnya, guru boleh dianologikan sebagai kapten kapal yang sedang mengemudi sebuah kapal yang tidak ada penghujung pelayarannya tetapi yang ada cuma persinggahan untuk menurunkan penumpang. Jika baik pengemudiaanya maka penumpang (pelajar) akan dapat berlabuh dengan selamat. Ibu bapa pula adalah bebaling yang menyokong dan memastikan kapal sampai ke destinasi yang hendak dituju sepertimana diharapkan. Analogi ini memberikan gambaran akan betapa pentingnya nilai kepimpinan seseorang guru yang juga digelar arkitek pembinaan insan dalam melaksanakan tugas yang tiada penghujungnya. Kepimpinan pendidikan di peringkat sekolah melibatkan satu set proses pengaruh yang kompleks dan aktiviti-aktiviti yang dilakukan bagi memperbaiki kesannya kepada sekolah adalah melalui perubahan secara sukarela. Oleh itu, pengurus sekolah perlu bersikap proaktif dan memberi keutamaan yang khusus dalam memastikan kemenjadian guru sebagai pemimpin instruksional yang berkesan di bilik darjah bagi menjamin kemenjadian pelajar yang selanjutnya akan menyumbang kepada kecemerlangan sekolah

TUGASAN 1

BERDASARKAN TEKS UCAPAN YANG DIBERI, BINCANGKAN AKAUNTABILITI GURU TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA BAGI MENJAMIN KEHARMONIAN DAN KEMAKMURAN MASYARAKAT DAN NEGARA SEPERTI YANG DIGARISKAN DALAM KOD ETIKA KEGURUAN.

TUGASAN 2

ANDA DIKEHENDAKI MENELITI ARTIKEL DARIPADA JURNAL YANG BERKAITAN DENGAN FAKTOR GURU MERUPAKAN PENYUMBANG KEPADA KEJAYAAN SESEBUAH ORGANISASI SEKOLAH. SEDIAKAN RUMUSAN DENGAN MEMBERIKAN JUSTIFIKASI DAN CONTOH YANG SESUAI BERASASKAN PENGALAMAN ANDA.

LAMPIRAN

36