assignment en azmi..gaya bahasa

8
2.0 ASPEK GAYA BAHASA Apabila sesebuah pengucapan dilontarkan atau dilantunkan, kita selalunya akan mendapati terdapat satu bentuk ,rupa atau corak gaya bahasa yang akan digunakan oleh seseorang. Begitulah juga apabila kita membaca atau mendengar. Selalunya gaya bahasa ini dilakukan secara sedar atau tidak. Kebolehan gaya bahasa ini terletak pada sejauh mana seseorang penutur atau penulis itu mahir dan cekap berbahasa. Di dalam bidang kesusasteraan, karya puisi adalah karya yang begitu kaya dengan penggunaan gaya bahasa. Orang-orang tua kita dahulu boleh dikatakan sebagai golongan yang memang cekap dan mahir di dalam menggunakan gaya bahasa semasa mereka berkarya. Kemampuan mereka menggunakan gaya bahasa yang indah sama ada semasa menulis atau bercakap tidak boleh disangkal. Keindahan ini dapat kita lihat dalam karya-karya mereka yang diwarisi sehingga kini seperti di dalam pantun, syair, gurindam, seloka, peribahasa dan sebagainya. Sebagai contoh simpulan bahasa “berhati batu” yang bermaksud seseorang yang berperangai degil, tolol dan tidak mendengar kata. Di sinilah dapat kita lihat betapa halusnya bahasa yang digunakan oleh orang-orang tua dulu yang amat menjaga ketertiban dan kehalusan budi bahasa di dalam kehidupan. 2.1 Definisi Gaya Bahasa Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat 2005, gaya dapat ditakrifkan sebagai sikap, kesukaan, ketaksukaan dan cara berkelakuan yang menjadi cirri seseorang . Gaya dalam bidang penghasilan karya bertulis ialah corak, bentuk, rupa atau pengetahuan tentang penggunaan kata-kata dan penyusunan ayat. Gaya juga bermaksud satu cara menulis atau bercakap. Bahasa pula adalah satu alat perhubungan dan terbina daripada kalimat-kalimat. Bloch & Trager mendefinisikan bahasa sebagai salah satu sistem lambang-lambang pertuturan yang

Upload: zuzanariah-osman

Post on 08-Jul-2015

193 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Assignment en azmi..gaya bahasa

2.0 ASPEK GAYA BAHASA

Apabila sesebuah pengucapan dilontarkan atau dilantunkan, kita selalunya akan mendapati

terdapat satu bentuk ,rupa atau corak gaya bahasa yang akan digunakan oleh seseorang.

Begitulah juga apabila kita membaca atau mendengar. Selalunya gaya bahasa ini dilakukan

secara sedar atau tidak. Kebolehan gaya bahasa ini terletak pada sejauh mana seseorang

penutur atau penulis itu mahir dan cekap berbahasa. Di dalam bidang kesusasteraan, karya

puisi adalah karya yang begitu kaya dengan penggunaan gaya bahasa.

Orang-orang tua kita dahulu boleh dikatakan sebagai golongan yang memang cekap dan

mahir di dalam menggunakan gaya bahasa semasa mereka berkarya. Kemampuan mereka

menggunakan gaya bahasa yang indah sama ada semasa menulis atau bercakap tidak boleh

disangkal. Keindahan ini dapat kita lihat dalam karya-karya mereka yang diwarisi sehingga

kini seperti di dalam pantun, syair, gurindam, seloka, peribahasa dan sebagainya. Sebagai

contoh simpulan bahasa “berhati batu” yang bermaksud seseorang yang berperangai degil,

tolol dan tidak mendengar kata. Di sinilah dapat kita lihat betapa halusnya bahasa yang

digunakan oleh orang-orang tua dulu yang amat menjaga ketertiban dan kehalusan budi

bahasa di dalam kehidupan.

2.1 Definisi Gaya Bahasa

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat 2005, gaya dapat ditakrifkan sebagai sikap, kesukaan,

ketaksukaan dan cara berkelakuan yang menjadi cirri seseorang . Gaya dalam bidang

penghasilan karya bertulis ialah corak, bentuk, rupa atau pengetahuan tentang penggunaan

kata-kata dan penyusunan ayat. Gaya juga bermaksud satu cara menulis atau bercakap.

Bahasa pula adalah satu alat perhubungan dan terbina daripada kalimat-kalimat. Bloch &

Trager mendefinisikan bahasa sebagai salah satu sistem lambang-lambang pertuturan yang

Page 2: Assignment en azmi..gaya bahasa

arbitrari yang digunakan oleh anggota masyarakat untuk berhubung. Manakala mengikut

Kamus Dewan Edisi Keempat 2005, bahasa ditakrifkan sebagai sistem lambang bunyi suara

yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam satu kelompok manusia (antara seseorang

individu dengan individu yang lain). .

Oleh itu gaya bahasa dapatlah ditakrifkan sebagai cara penulis menggunkan bahasa sebagai

alat untuk menyampaikan pemikiran dan pandangan terhadap sesuatu tema atau persoalan

melalui karya mereka. Pendita Za’aba mentakrifkan gaya bahasa sebagai rupa susuk bahasa

yang dipakai apabila bercakap atau mengarang. Gaya bahasa juga dikatakan sebagai kekuatan

perbandingan yang dipakai di dalam sesuatu karya. Dengan itu dapatlah disimpulkan bahawa

gaya bahasa merupakan satu corak, bentuk kata-kata dan penyusunan kalimat yang digunakan

sewaktu berhubung diantara satu sama lain secara lisan mahupun tulisan.

Semua pengarang atau penulis akan mencuba sebaik mungkin untuk mencari satu gaya

bahasa yang terbaik sebagai satu cara untuk menarik minat pembaca dalam menghasilkan

satu karya yang hebat. Oleh itu, apabila kita membaca apa jua bentuk tulisan, kita pasti akan

tersua dengan pelbagai gaya bahasa yang cuba digunakan. Cara bagaimana gaya bahasa

digunakan merupakan satu kekuatan berkarya bagi seseorang pengarang. Gaya bahasa ini

dapatlah diibarat sebagai perencah atau penambah perisa untuk menyedapkan sesuatu

makanan yang dimasak.

2.2 Jenis-jenis Gaya Bahasa.

Secara umumnya gaya bahasa dapatlah dibahagikan kepada empat jenis iaitu:

2.2.1- Gaya bahasa perbandingan

2.2.2- Gaya bahasa sindiran

2.2.3- Gaya bahasa penegasan

Page 3: Assignment en azmi..gaya bahasa

2.2.4- Gaya bahasa pertentangan

2.3 Gaya Bahasa di dalam Peribahasa

Gaya-gaya bahasa di dalam peribahasa adalah seperti:

2.3.1- Diksi

2.3.2- Simili

2.3.3- Metafora

2.3.4- Personafikasi

2.3.5- Hiperbola

2.3.6- Perlambangan

2.3.7- Inversi

2.3.1 – Diksi

Diksi bermaksud pemilihan atau penggunaan kata yang tepat dan berkesan untuk

mengungkan idea, peristiwa dan lain-lain secara bertulis ataupun lisan. Penulis atau pencipta

peribahasa ini akan memilih kata-kata yang sesuai dengan tema dan persoalan, latar, watak,

mesej yang ada pada ketika peribahasa itu diungkapkan. Sewaktu mencipta peribahasa,

penulis akan merujuk pada persoalan semasa yang berlaku ketika itu. Contohnya apabila

bercakap tentang adat yang mesti dijaga walau apapun yang terjadi. Antara peribahasa yang

berkaitan dengan adat ialah:

a) Dek sukar berkampuh ijuk, nan adat diturut juga. Ertinya: adat yang tidak boleh

ditinggalkan walaupun hidup melarat.

b) Di manabumi dipijak, di situ langit dijunjung. Ertinya: hendaklah menurut adat dan

aturan tempat yang kita diami.

Page 4: Assignment en azmi..gaya bahasa

Begitulah juga apabila persoalan, watak atau mesej lain yang dipilih. Kata-kata yang dipilih

itu selalunya akan bersesuaian serta sedap didengar supaya orang yang mendengar tidak

akan terasa hati dan dapat memahami tujuan atau maksud pengungkap peribahasa tersebut.

2.3.2- Simili

Perbandingan yang digunakan oleh penulis bagi menyatakan sesuatu perkara dimana ia

digunakan secara jelas untuk mengungkapkan peribahasa itu. Kata-kata yang biasa digunakan

adalah seperti bagai, umpama, ibarat dan sebagainya. Contohnya seperti:

a) Dicecah orang bagai garam. Ertinyaperempuan yang baru sahaj berkahwin lalu

bercerai.

b) Diidam seperti babi lemak. Ertinya dendam yang tidak habis.

c) Didului bak melanting babi. Ertinya mendului membuat sesuatu pekerjaan itu,

kadang-kadang berhasil baik.

d) Dikembar seperti benang. Ertinya perempuan yang menduakan suaminya.

e) Diluar bagai madu, di dalam bagai empedu. Ertinya lahirnya baik, batinnya jahat.

f) Duduk seperti kucing, melompat seperti harimau. Ertinya orang pendiam yang

tangkas bekerja dan berfikir.

2.3.3- Metafora

Perbandingan secara langsung di antara satu benda dengan benda yang lain yang ada sifat

kesamaannya. Misalnya, matahari disifatkan sebagai raja siang. Bulan dikatakan sebagai

dewi malam. Pemilihan kata yang digunakan akan menjadi makna yang lain daripada makna

yang tersurat. Ia dalah gabungan antara kata konkrit dan abstrak. Ia berfunggsi untuk

menggerakkan imaginasi pembaca. Contohnya seperti:

Page 5: Assignment en azmi..gaya bahasa

a) Diam penggali berkarat. Penggali dibandingkan sebagai ilmu.

b) Diam-diam lepu. Lepu dibandingkan sebagai musuh yang pendiam.

c) Di bawah ketiak orang. Ketiak orang dibandingkan sebagai kekuasaan orang.

2.3.4- Personafikasi

Memberi watak manusia kepada yang bukan manusia. Misalnya, daun kelapa yang disifatkan

sebagai manusia yang boleh melambai, menggamit, bersiul dan sebagainya. Lalu ditulis

sebagai “daun nyiur melambai-lambai”, “daun kelapa menggamit manja” dan sebagainya.

a) Di mana bunga kembang, disitu kumbang banyak. Bunga kembang dimaksudkan

sebagai gadis dan kumbang pula dibandingkan sebagai anak-anak muda.

b) Di mana buah masak, di situ burung banayk tampil. Buah masak diibaratkan sebagai

kesenangan dan burung pula sebagai orang.

c) Di mana kayu bengkok,di sanalah musang meniti. Musang dalam peribahasa ini

bermaksud pencuri.

d) Di mana kelintung berbunyi, di situ kerbau tinggal diam. Kerbau di smakan sebagai

rakyat jelata.

2.3.5- Hiperbola

Hiperbola juga bermaksud bahasa yang melampau-lampau atau bahasa besar. Perkataan ini

juga berasal dari perkataan Latin “ballein” (yang bermaksud melemparkan), iaitu satu gaya

bahasa yang cuba menunjukkan atau membesar-besarkan ataupun melebih-lebihkan sesuatu

perkara atau benda. Contohnya: “darah mengalir menganak sungai” (yang hendak

diibaratkan ialah darah yang mengalir terlalu banyak sehingga penuh anak-anak sungai), “air

yang melimpah-ruah", “kilat sambar-menyambar”, “hancur lebur” dan sebagainya. Ia

berfungsi untuk memukau pembaca.

Page 6: Assignment en azmi..gaya bahasa

a) Dikerkah dia menampar pipi, dibakat dia melilit punting. Ertinya tidak mahu

mendiamkan diri terhadap perlakuan yang tidak baik.

b) Dikulum menjadi manikam, dimuntahkan menjadi sekam. Ertinya diam itu lebih baik

dari berkata-kata.

c) Diindang ditampi teras, dipilih antah satu-satu. Ertinya jika hendak mencari isteri,

menantu atau pegawai hendaklah diusul periksa betul-betul jangan tersalah pilih.

2.3.6- Perlambangan

Perlambangan bermaksud symbol yang membawa makna tertentu. Di dalam peribahasa

sememangnya perkataan-perkataan yang digunakan membawa makna yang tertentu.

Contohnya seperti penggunaan madu yang bermaksud sesuatu yang baik dan hempedu pula

pastinya membawa maksud jahar. Begitu juga dengan perkataan bunga dan kumbang di mana

bunga pasti bermaksud perempuan atau wanita dan kumbang pula bermaksud anak muda atau

lelaki.

2.3.7- Inversi

Ia merupakan gaya bahasa pembalikan penyusunan kata dalam satu-satu kalimat. Bahagian

yang penting (predikat) mendahului cerita. Dalam istilah lama (isyilah Zaaba), ia dikenali

sebagai “ayat kena buat” atau ayat pasif. Misalnya: “Air itu diminum oleh saya”, “buku tadi

dibeli oleh ibuku”, “Gambar yang cantik ini dilukis oleh adik saya” dan lain-lain lagi. Ia

bertujuan untuk menimbulkan kelainan penyebutan atau pengucapan bunyi. Contohnya

seperti ditambat tidak bertali, ditatng di anak lidah, ditebuk tikus, ditelan tak sengkang dan

banyak lagi.

Page 7: Assignment en azmi..gaya bahasa

Penutup

Semua pengarang atau penulis pasti akan mencuba sebaik mungkin untuk mencari satu gaya

bahasa yang terbaik sebagai satu cara untuk menarik minat pembaca dalam menghasilkan

satu karya yang hebat. Oleh itu, apabila kita membaca apa jua bentuk tulisan, kita pasti akan

tersua dengan pelbagai gaya bahasa yang cuba digunakan. Cara bagaimana gaya bahasa

digunakan merupakan satu kekuatan berkarya bagi seseorang pengarang. Gaya bahasa ini

dapatlah diibarat sebagai perencah atau penambah perisa untuk menyedapkan sesuatu

makanan yang dimasak.

Page 8: Assignment en azmi..gaya bahasa

RUJUKAN

Abdullah Hussain. (2004). Kamus istimewa peribahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Ahmad Fuad Mat Hassan & Zaitul Azma Zainon Hamzah (2010). Pengkategorian peribahasa

Melayu berdasarkan Aspek Nilai dan Pemikiran: Satu Analisis Pragmatik. Selangor:

Universiti Putra Malaysia.

Aripin Said (1992). Peribahasa dan Pembangunan Masyarakat. Kuala Lumpur: Pelita Bahasa,

Disember 1992: hlm. 46-47

Asmah Hj. Omar (1986). Bahasa dan Alam Pemikiran Melayu. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Indrawati Zahid (1998). Peribahasa Melayu: Satu Klasifikasi yang Tiada Penentu. Kuala

Lumpur: Jurnal Dewan Bahasa, Jilid 42, (11): hlm. 978-984.