tugasan bm wacana - azmi

15
TAJUK MODUL: WACANA 1.0 Definisi Wacana Sumber Definisi Wacana 1 Kamus Dewan Edisi Keempat Penanda dapat didefinisikan sebagai sesuatu yang digunakan sebagai tanda. Selain itu, Wacana pula ditakrifkan sebagai kesatuan fikiran yang utuh, sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan. Penanda wacana merupakan kata, rangkai kata, atau frasa yang menunjukkan pertalian, hujah, dan buah fikiran. Fungsi penanda wacana ialah menjadi penyambung antara ayat dengan frasa dalam sesuatu wacana. 2 Harimurti Kridalaksan a 1982 Wacana ini direalisasikan dalam bentuk karangan yang utuh (novel, buku, siri ensiklopedia dan sebagainya), paragraf, kalimat atau kata yang membawa amanat yang lengkap. 3 Asmah Haji Omar 1986 Wacana ialah keseluruhan pelahiran bahasa oleh penutur atau penulis, iaitu sistem bahasa dan unsur- unsur luar daripada sistem bahasa yang menyumbang kearah menjadikan pertuturan atau tulisan berkenaan sebagai sesuatu yang bermakna dalam berkomunikasi 4 Abd Razak Bin Hassan Penanda wacana ialah perkataan ataupun rangkaian perkataan yang berfungsi mempertalikan sesuatu idea, hujah, dan pandangan seseorang semasa menulis ataupun berucap. Seandainya sesuatu wacana berkenaan tidak mempunyai penanda wacana yang tepat, ia akan menyebabkan seluruh kandungan wacana berkenaan tidak mempunyai kesatuan dan perpautan yang lengkap. 1

Upload: azmiaina

Post on 17-Jan-2016

299 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

ok

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan BM Wacana - Azmi

TAJUK MODUL: WACANA

1.0 Definisi Wacana

Sumber Definisi Wacana

1

Kamus

Dewan Edisi

Keempat

Penanda dapat didefinisikan sebagai sesuatu yang digunakan

sebagai tanda. Selain itu, Wacana pula ditakrifkan sebagai

kesatuan fikiran yang utuh, sama ada dalam bentuk lisan atau

tulisan. Penanda wacana merupakan kata, rangkai kata, atau

frasa yang menunjukkan pertalian, hujah, dan buah fikiran.

Fungsi penanda wacana ialah menjadi penyambung antara

ayat dengan frasa dalam sesuatu wacana.

2Harimurti

Kridalaksana

1982

Wacana ini direalisasikan dalam bentuk karangan yang utuh

(novel, buku, siri ensiklopedia dan sebagainya), paragraf,

kalimat atau kata yang membawa amanat yang lengkap.

3

Asmah Haji

Omar

1986

Wacana ialah keseluruhan pelahiran bahasa oleh penutur

atau penulis, iaitu sistem bahasa dan unsur-unsur luar

daripada sistem bahasa yang menyumbang kearah

menjadikan pertuturan atau tulisan berkenaan sebagai

sesuatu yang bermakna dalam berkomunikasi

4

Abd Razak

Bin Hassan

Penanda wacana ialah perkataan ataupun rangkaian

perkataan yang berfungsi mempertalikan sesuatu idea, hujah,

dan pandangan seseorang semasa menulis ataupun berucap.

Seandainya sesuatu wacana berkenaan tidak mempunyai

penanda wacana yang tepat, ia akan menyebabkan seluruh

kandungan wacana berkenaan tidak mempunyai kesatuan

dan perpautan yang lengkap.

1

Page 2: Tugasan BM Wacana - Azmi

2.0 CIRI-CIRI WACANA

2.1 Wacana Mempunyai Tujuan

Wacana hendaklah mempunyai tujuan, dan tujuan itulah yang menentukan

penggunaan yang dinamakan selenggaraan, seperti pertanyaan atau suruhan,

masing-masing terdiri daripada berbagai-bagai jenis. Jika tujuan wacana ialah untuk

memperoleh keterangan, maka pewujudan selenggaraannya boleh terdiri daripada

ayat tanya. Jika tujuannya ialah untuk memberikan keterangan, maka yang mungkin

timbul ialah ayat penyata atau ayat retorik. Seterusnya, jika tujuannya untuk

menyempurnakan sesuatu perbuatan, maka ayatnya berkemungkinan ayat suruhan.

2.2 Wacana Berlandaskan Hubungan Penutur-Pendengar

Tiap-tiap wacana mesti berlandaskan hubungan antara penutur dengan pendengar

dalam bahasa lisan atau penutur dengan pembaca dalam bahasa tulisan. Hubungan

penutur-pendengar atau penulis-pembaca ini bergantung pada informasi yang

dimiliki bersama. Jika besarlah informasi yang dimiliki bersama itu, maka wacana

yang berlaku antara keduanya lebih pendek daripada wacana yang mungkin berlaku

jika informasi milik bersama itu tidak seberapa. Lagi pula hubungan penutur-

2

MengandungiInformasi Baru

AdaUnsur Susun Atur

Berdasarkan Hubungan Penutur dalam Masyarakat

Berlandaskan Hubungan Penutur dengan Pendengar

MempunyaiTujuan

CIRI-CIRI WACANA

(Asmah,1980)

Rajah 1 : Ciri-Ciri Wacana

Page 3: Tugasan BM Wacana - Azmi

pendengar atau penulis-pembaca ini berganding erat dengan konsep wibawa, yakni

konsep yang menunjukkan bahawa seseorang itu, biasanya penutur, dapat

menguasai keadaan yang menimbulkan wacana itu. Jika tidak, ia tidak dapat

membuat pertanyaan, pernyataan atau suruhan.

Pertanyaan tidak akan ditimbulkan jika penutur tahu bahawa pendengarnya tidak

mempunyai informasi yang diperlukannya. Demikian juga, seseorang itu tidak akan

menyuruh orang lain melakukan sesuatu jika dia tidak berkewibawaan untuk

menyuruh orang lain mengerjakannya.

2.3 Berdasarkan Hubungan Penutur dalam Masyarakat

Selain hubungan penutur dengan pendengar atau penulis dengan pembaca, harus

diberi pertimbangan juga hubungan penutur dalam masyarakat amnya. Dengan ini

maka akan timbul gaya wacana, seperti bersahaja, tak bersahaja, mempunyai kesan

dialek sosial atau geografis, memperlihatkan adanya pantang larang dan

sebagainya. Gaya wacana ini mempengaruhi susunan frasa dalam ayat, susun atur

ayat dan juga kepanjangannya.

2.4 Ada Unsur Susun Atur

Satu lagi ciri penting bagi wacana ialah adanya unsur susun atur. Dengan perkataan

lain, sesuatu wacana itu boleh disusun atur menurut waktu, tempat, keutamaan,

3

Page 4: Tugasan BM Wacana - Azmi

sebab, akibat dan sebagainya. Ini bererti bahawa ayat-ayat yang terlibat dalam

wacana itu mesti memperlihatkan kesatuan dalam hubungan waktu, tempat dan

sebagainya. Ayat-ayat di bawah ini memperlihatkan kesatuan hubungan sebab

akibat:

Telefon berbunyi. Dia mengangkatnya.

Ayat-ayat itu memasuki satu wacana. Sebaliknya ayat-ayat di bawah ini tidak

memperlihatkan hubungan wacana:

Telefon berbunyi. Mesir berperang dengan Israel.

Kesongsangan hubungan waktu dalam ayat yang diturunkan di atas itu tidak

melayakkan ayat itu dianggap sebagai wacana. Tetapi, hubungan-hubungan waktu

dapat dilihat dalam ayat-ayat berikut:

Dia sudah mengantuk. Lalu dia pun menuju ke bilik tidurnya.

Contoh-contoh di atas itu menunjukkan bahawa wacana memerlukan

pengelolaan jalan fikiran yang betul dan ciri ini sangat penting bagi makna yang

ditimbulkan oleh ayat-ayat yang terlibat. Inilah juga salah satu sebab mengapa

sesuatu ayat dalam konteksnya dapat menggambarkan maknanya dengan lebih

jelas jika dibandingkan dengan ayat yang sama dikeluarkan daripada konteksnya.

2.5 Mengandungi Informasi Baru

Ayat-ayat yang letaknya berurutan dalam sesuatu wacana memiliki jadual

percakapan yang sama, dan dengan demikian sebahagian daripada informasi

wacana itu dimiliki bersama oleh ayat-ayat itu seperti yang diperlihatkan oleh contoh-

contoh wacana yang diberikan di atas tadi. Sungguhpun demikian, diperlukan juga

supaya tiap-tiap ayat itu mempunyai informasi yang baru yang belum terkandung

dalam ayat-ayat sebelumnya dalam wacana yang sama. Berdasarkan ciri ini, maka

ayat-ayat yang merupakan tautologi tidak boleh dianggap sebagai wacana biasa.

Dengan itu ayat-ayat di bawah ini tidak memasuki satu wacana.

Rumah itu rumah papan. Rumah itu dibuat daripada papan.

Di samping itu, wacana biasa juga tidak boleh memasukkan informasi yang

berlawanan dengan jalan akaliah, atau dengan perkataan lain, yang menunjukkan

adanya kepalsuan akaliah, misalnya:

4

Page 5: Tugasan BM Wacana - Azmi

Rumah papan itu diperbuat daripada batu marmar.3.0 JENIS-JENIS WACANA

3.1 Wacana Tulisan

• Disampaikan secara bertulis

• Komunikasi tidak langsung – komunikasi satu arah

• Melibatkan hubungan antara penulis dengan pembaca

• Penulis tidak akan mendapat respon secara langsung daripada pembaca –

penulis tidak berhadapan dengan pembaca semasa wacana tersebut

dihasilkan

• Wacana tulisan selalunya disunting terlebih bagi menghasilkan tulisan yang

berkualiti

• Pembaca perlu membaca teks – untuk memahami maksud yang ingin

disampaikan oleh penulis/pengarang

• Contoh: akhbar, majalah, buku dan novel

3.2 Wacana Lisan

• Dihasilkan melalui media lisan – pembicara/penutur dengan pendengar

• Komunikasi yang terlibat – komunikasi interaktif/langsung

• Melibatkan pembicara/penutur dan pendengar secara langsung

• Penyampaian maklumat – ekspresi wajah, nada suara dan gerak badan

• Contoh: perbualan, temu ramah, ceramah,pidato, ucapan, siaran radio dan

televisyen

5

WACANATULISAN

JENIS-JENIS WACANA

WACANA LISAN

Page 6: Tugasan BM Wacana - Azmi

4.0 Keutuhan Wacana

Satu aspek penting dalam analisis wacana ialah keutuhan wacana. Dengan

menganalisis keutuhan wacana kita dapat menentukan sama ada sesuatu teks itu

sebuah wacana atau hanya sekumpulan ayat yang tidak teratur. Melalui analisis

keutuhan wacana juga kita dapat pula memahami hubungan bahasa dengan alam di

luar bahasa secara lebih mendalam.

Keutuhan wacana lazimnya digolongkan kepada empat iaitu keutuhan

semantik, keutuhan leksikal, keutuhan gramatikal, dan keutuhan fonologi. Satu lagi

aspek keutuhan wacana ialah dengan menggunakan penanda wacana. Penanda

wacana boleh wujud dalam keempat-empat jenis keutuhan wacana yang telah

dinyatakan tadi. Rajah dibawah menggambarkan keutuhan wacana.

4.1 Keutuhan dari Segi Semantik

Ada dua jenis keutuhan wacana dari segi semantik, iaitu hubungan semantik

antara bahagian-bahagian wacana, dan kesatuan latar belakang semantik.

6

PenandaWacana

PenandaWacana

PenandaWacana

PenandaWacana

KEUTUHAN FONOLOGI

KEUTUHAN LEKSIKAL

KEUTUHAN GRAMATIKAL

KEUTUHAN SEMANTIK

KEUTUHAN WACANA

Rajah 2 : Keutuhan Wacana

Page 7: Tugasan BM Wacana - Azmi

(a) Hubungan Semantik Antara Bahagian-Bahagian Wacana

Hubungan semantik antara bahagian-bahagian wacana di bawah ini

merupakan satu usaha klasifikasi yang dilakukan oleh Nida (1975 dan 1976)

sebagaimana yang dinukilkan oleh Harimurti Kridalaksana (1978).

Kemungkinan ada hubungan yang lain, tidak dinafikan. Contoh yang diberikan

di bawah ini berupa hubungan antara klausa atau ayat sahaja.

1. Hubungan Sebab-Akibat Satu bahagiannya menjawab pertanyaan “Mengapa sampai terjadi begini?” Contoh

Tidak banyak buku bacaan yang tersedia di pasaran pada masa itu. Kanak-kanak hanya dapat membaca komik.

2. Hubungan Alasan-Akibat Satu bahagiannya menjawab pertanyaan “Apa alasannya?” Contoh:

Tiba-tiba dia berasa rindu kepada anaknya. Tanpa banyak persiapan, pergilah dia ke kota yang jauh itu.

3. Hubungan Sarana-Hasil Satu bahagiannya menjawab pertanyaan “Bagaimana hal itu terjadi?” Hasil itu sudah dicapai. Contoh:

Peniaga Cina sentiasa berusaha menarik pelanggan. Natijahnya, mereka tidak pernah kehilangan pelanggan.

4. Hubungan Sarana-Tujuan Satu bahagiannya menjawab pertanyaan “Apa yang dilakukan untuk mencapai tujuan ini?” Berbeza daripada hubungan sarana hasil, dalam hubungan sarana-tujuan belum tentu tujuan tercapai. Contoh:

Belajarlah baik-baik. Cita-citamu akan tercapai juga suatu masa nanti.

sarana = (segala) alat untuk mencapai/melakukan sesuatu

5. Hubungan Latar-Kesimpulan Satu bahagiannya menjawab pertanyaan “Bukti apa yang menjadi dasar kesimpulan ini?” Contoh:

Rumah ini kecil tetapi rapi. Rupa-rupanya si penghuni pandai mengaturnya.

6. Hubungan Kelonggaran-Hasil Satu bahagiannya menyatakan kegagalan suatu usaha. Contoh:

Saya datang pagi-pagi, dan menunggu di sini begitu lama. Sudara tidak muncul-muncul.

7

Page 8: Tugasan BM Wacana - Azmi

7. Hubungan Syarat-Hasil Satu bahagiannya menjawab pertanyaan “Apa yang harus dilakukan?” atau “Keadaan apa yang harus ditimbulkan untuk memperoleh hasil?” Contoh:

Rakyat Malaysia mesti bekerja rajin. Tidak lama lagi negara kita pasti menjadi negara maju.

8. Hubungan Perbandingan Contoh:

Lahap benar dia makan. Lakunya itu seperti orang yang sudah seminggu tidak mencicip nasi.

Anjing mudah dijinakkan. Kucing lebih degil.

Adik tiba kelmarin. Kakak baru datang.

9. Hubungan Parafrasa Hubungan ini terdapat apabila satu bahagian wacana mengungkapkan isi bahagian lain dengan cara lain. Contoh:

Saya tidak setuju penambahan anggaran untuk projek ini, kerana tahun lalu pun dana kita tidak habis. Sudah tiba masanya kita menghematkan wang rakyat.

10.Hubungan Amplifikatif (Penghuraian) Hubungan ini terdapat apabila satu bahagian wacana memperkuat isi bahagian lain. Contoh:

Sungguh kejam pembunuh ini. Mereka biadab dan tidak kenal akan perikemanusiaan.

11.Hubungan Aditif Waktu Hubungan ini bersangkutan dengan waktu. Contoh:

Saudara tunggu di sini, dan baca majalah ini. Sementara itu saya selesaikan dulu pekerjaan saya ini.

Pekerjaan saya sudah selesai. Saya sudah mengantuk, jadi biarlah saya tidur sekarang.

12.Hubungan Aditif Bukan Waktu Hubungan bahagian wacana tidak bersangkutan dengan waktu. Contoh:

Para petani itu malas? Atau, mereka kurang untung?

13.Hubungan Identifikasi Hubungan antara bahagian-bahagian wacana dapat dikenal oleh ahli bahasa berdasarkan pengetahuannya. Contoh:

Jika kamu tidak dapat masuk universiti, itu tidak bererti kamu bodoh. Kamu tahu Einstein, bukan? Sarjana fizik pemenang Hadiah Novel itu pernah gagal ujian masuk universiti.

Kerajaan tempatan mendirikan kilang di mana-mana. Dengan menggalakkan industri, mereka menyangka kesempatan kerja dapat diperluas.

8

Page 9: Tugasan BM Wacana - Azmi

14.Hubungan Generik-Spesifik Contoh:

Ayahku sungguh kikir. Dia tidak akan mahu mengeluarkan wang RM1.00 untuk membeli surat khabar.

15.Hubungan Ibarat Contoh:

Yang bersalah ialah pendidikan kita, sekiranya kita bertemu dengan sarjana yang kemampuan dan keupayaannya jauh daripada harapan kita. Memang mereka itu seperti durian yang matang kerana diperam bersama karbida.

Biar pun gajiku kecil, dan hidup keluargaku melarat, aku tidak ikut-ikutan makan rasuah. Biarlah terjual nyawa, asal jangan terjual nama.

(b) Kesatuan Latar Belakang Semantik

Kesatuan latar belakang semantik yang menjadi tanda keutuhan wacana berupa:

1. Kesatuan Topik Contoh:

Dicari tukang picit untuk rumah urut moden. Yang bukan wanita dan tidak cantik, tidak usah melamar.

Saya sudah kurus sekarang. Betul-betul di luar dugaan. (Yang berbicara ialah seorang wanita yang asalnya gemuk.)

2. Hubungan Sosial Pembicara Kita mungkin pernah mendengar percakapan singkat di bawah ini. Walaupun kita mungkin tidak memahaminya, tetapi penutur dan pendengar saling mengerti.

A: Sudah penuh. B: Suruh mereka tunggu di luar.

3. Jenis Medium Penyampaian Misalnya, apabila kita mendengar ulasan selari pertandingan bola sepak melalui radio, kita mungkin akan mendengar frasa dan ayat yang hampir sama dan tidak mempunyai ciri penghubung tetapi kita dapat memahaminya. Ulasan selari itu dapat dianggap satu wacana kerana cara penyampaiannya yang tersendiri itu.

9

Page 10: Tugasan BM Wacana - Azmi

1. Persamaan Leksikal Lembaga Penapis Filem menolak produksi sebuah filem arahan seorang tokoh perfileman Malaysia. Penolakan dianggap sebagai sekatan kreativiti oleh kebanyakan budayawan.

2. Antonim 1. Banyak kelompok sosial di dunia ini yang dikuasai oleh kaum peria. Kaum wanita tidak berperanan apa-apa. 2. Suasana di Kota Kinabalu riuh-rendah. Suasana di Nabawan sepi.

3. Hiponim Semasa di Petaling Jaya, setiap hari kami ke Institut Bahasa Melayu Malaysia menaiki kereta Mercedes. Tambangnya tidak terlalu mahal, cuma RM20.00 sehari. Maklumlah, peruntukan tambang kenderaan telah diberi lebih awal kepada kami.

4. Kolokasi 1. Program perancangan keluarga dilaksanakan secara sangat intensif. Diharapkan ledakan penduduk dapat dicegah dalam abad yang akan datang. 2. Lalu lintas terhenti. Bas, kereta, motosikal, beca berdesak-desak tidak ada yang mahu mengalah.

5. Pengulangan Banyak orang yang mengaku bahawa dia beragama, tetapi kepercayaan kepada tahyul sangat kuat. Setiap malam Jumaat mereka membakar kemenyan, ada kalanya mereka menabur bunga di simpang empat, atau pergi ke makam keramat apabila berhajat sesuatu. Rupa-rupanya tahyul mahu dilembagakan dengan mengajar dan melarang anak-anak ini dan itu yang tidak masuk akal.

6. Penutup dan Pembuka Contoh penutup dan pembuka wacana terdapat dalam karya-karya klasik seperti alkisah dan sebermula sebagai pembuka, dan kata-kata seperti wallahu a’lam sebagai penutup. Kata-kata seperti dengan hormat dijadikan pembuka surat. Kata-kata sekian dan hormat daripada kami pula dijadikan sebagai penutup surat.

10

Topik perbualan ini mungkin juga wacana!

4.2 Keutuhan dari Sudut Leksikal

Page 11: Tugasan BM Wacana - Azmi

4.3 Keutuhan dari Sudut Gramatikal

Keutuhan wacana dinyatakan dengan pelbagai alat gramatikal seperti yang berikut:

1. Kata Penghubung Kata penghubung bertujuan menyatakan pelbagai jenis hubungan. Beberapa kata penghubung dalam bahasa Melayu digunakan untuk menjadi penyambung antara kata, antara frasa, antara klausa, di samping untuk menyambung antara ayat dan satuan-satuan yang lebih besar. Contoh kata penghubung itu ialah dan, dan atau. Yang hanya dapat digunakan untuk menyambung kalimat atau satuan-satuan yang lebih besar ialah maka, itulah sebabnya, itu pun, lagi pula, sementara itu, setelah itu, sebelum itu, kalau saja, ketika itu, seandainya, sungguhpun demikian, jangankan, dan lagi, tambahan lagi, walaupun begitu.

2. Elipsis (Pelenyapan) Apa-apa yang dilesapkan dengan tujuan untuk mengelakkan pengulangan sesuatu maklumat.

4.4 Keutuhan dari Sudut Fonologi

Keutuhan dari aspek fonologi dapat dilihat daripada hentian atau kesenyapan, nada dan intonasi. Unsur-unsur ini juga menimbulkan kaitan semantik antara bahagian-bahagian wacana.

Perkataan makan bermaksud ajakan yang ikhlas jika dituturkan dengan lembut. Sebaliknya apabila makan diucapkan dengan nada yang tinggi dan keras boleh menggambarkan perintah atau arahan. Satu contoh lagi berkaitan makan:

Kau makan lembu?

Kau makan, lembu!

Ayat yang pertama berupa satu pertanyaan sama ada seseorang itu makan daging lembu atau tidak. Ayat yang kedua pula menggambarkan satu arahan menyuruh makan dengan perasaan marah dengan menggelarkan orang yang disuruh makan itu sebagai lembu.

11

Page 12: Tugasan BM Wacana - Azmi

5.0 Penanda Wacana

(a) Definisi

Penanda wacana ialah perkataan atau rangkaian perkataan yang menunjukkan

pertalian antara satu idea dengan idea yang lain dalam ucapan atau karangan.

Perhatikan contoh di bawah:

Pada petang itu saya berasa amat letih kerana bertungkus-lumus membersihkan rumah yang dilanda banjir kilat. Oleh itu, saya mengambil kesempatan untuk tidak menghadiri mesyuarat persatuan belia pada malam itu.

Dalam contoh di atas, penyataan awal ialah bahawa badan saya letih. Ini

diikuti dengan keputusan bahawa saya tidak akan menghadiri mesyuarat pada

malam tersebut. Pertalian antara dua urutan peristiwa ini dikaitkan atau dijalinkan

dengan ungkapan oleh itu. Inilah yang dimaksudkan dengan penanda wacana, iaitu

unsur yang menunjukkan hubungan antara sebuah fikiran dengan yang lain. Kedua-

dua ayat di atas masih boleh difahami jika tidak digunakan penanda wacana

tersebut. Tetapi apabila penanda wacana digunakan, maksudnya lebih berkesan.

(b) Tujuan Penggunaan Penanda Wacana

Penggunaan penanda wacana bertujuan menghubungkan ayat dengan ayat,

perenggan dengan perenggan, dan membantu pendengar atau pembaca memahami

teks. Apabila kita menggunakan penanda wacana, ucapan atau penulisan kita akan

menjadi lebih jelas, segar, dan berkesan. Sebaliknya, tanpa penggunaan penanda

wacana yang betul, bahasa kita kurang bertenaga, tidak jelas, dan sukar difahami.

Perhatikan contoh ini:

Saya telah meneliti cadangan ini dan telah mengambil keputusan untuk menyokongnya.

Saya telah meneliti cadangan ini, tetapi saya tidak bersetuju dengan konsep dasarnya.

Kedua-dua ayat di atas memperlihatkan keeratan jalinan fikiran yang hendak

disampaikan. Keeratan itu berlaku apabila ada unsur tautan seperti dan dan tetapi.

Perkataan dan dan tetapi dalam ayat ini berfungsi sebagai unsur tautan, iaitu

sebagai satu unsur wacana

12

Page 13: Tugasan BM Wacana - Azmi

(c) Jenis Penanda Wacana

Rajah 3 : Penanda Wacana (Dewan Bahasa & Pustaka)

Jenis Contoh

1 Penanda KronologiKata kunci: “bila” dan yang seumpamanya

kini, lantas, mula-mula, lepas itu, sebelum, kemudian, semenjak itu, pada suatu waktu, pada hari esoknya, pada zaman dahulu, dua tahun kemudian, beberapa tahun kemudian

2 Penanda OrganisasiFungsi: mempertautkan sesuatu bahagian wacana dengan bahagian yang lain

pertama, tegasnya, contohnya, akhir sekali, dalam hal ini, sebagai kesimpulan, dalam hubungan ini, untuk merumuskan, dengan perkataan lain, dapat dinyatakan bahawa, untuk memperjelas lagi, akan dinyatakan pada tempat yang lain, dalam bahagian ini kita akan membincangkan.

3 Penanda Idea Fungsinya: menghubungkan antara fakta dengan fakta dan idea dengan idea

Mengembangkan Ideamalah, satu lagi, selain itu, seterusnya, begitu juga, di samping itu, lebih-lebih lagi, tambahan pula

Pertentangan Ideatetapi, sama ada, sebenarnya, sebaliknya, walaupun, walau bagaimanapun, pada masa yang sama

Hubungan Idea jadi, maka, kecuali, oleh itu, oleh sebab, oleh hal yang demikian, untuk tujuan itu, berikutan dengan itu, dengan demikian, sebagai akibat daripada, dengan syarat

Rajah 4 : Penanda Wacana (Raminah, 1989)

13

Jenis-jenis penanda wacana

Penanda Leksikal

Penanda Rujukan

Penanda Penghubung

Penanda Penggantian

Penanda Elipsis/

Pengguguran

Page 14: Tugasan BM Wacana - Azmi

Akhirnya, perhatikan contoh-contoh yang berikut:

Dalam peperiksaan tahun lalu, prestasi beliau tidak begitu memuaskan. Walau bagaimanapun, beliau berazam untuk mencuba lagi pada tahun ini.

Dalam contoh ayat di atas, penyataan awal ialah bahawa prestasi beliau tidak

memuaskan dan ini boleh dianggap sesuatu yang mengecewakan. Namun begitu,

ayat seterusnya menunjukkan bahawa semangatnya tidak patah dan bahawa beliau

akan terus mencuba lagi. Unsur pertentangan ini disampaikan melalui penanda

wacana walau bagaimanapun.

Sepanjang tahun Ali belajar dengan tekun. Oleh sebab itu, prestasinya dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia amat memuaskan.

Dalam ayat ini, penyataan pertama memberikan maklumat tentang ketekunan

Ali dalam menghadapai peperiksaan. Ayat kedua menyatakan hasil daripada

ketekunan ini, iaitu dia berjaya. Yang mewujudkan hubungan idea dalam ayat ini

ialah penanda wacana oleh sebab itu.

Akhirnya, keputusan yang harus diambil ialah yang mengambil kira kepentingan penghuni kampung tersebut.

Terdapat penanda wacana akhirnya yang membawa maksud hasil sesuatu

tindakan atau yang berlaku seterusnya disebabkan sesuatu tindakan. Penanda

wacana jenis ini menunjukkan adanya kesimpulan setelah hujah-hujah

dikemukakan.

Tugasan

Senaraikan sebanyak mungkin penanda wacana yang anda temui dalam akhbar harian selama seminggu. Kemudian kategorikan penanda-penanda wacana itu berdasarkan jenis yang telah dibincangkan.

14