assignment aktiviti bahasa-kumpulan psikologi pendidikan

5
GB6012 PENULISAN AKADEMIK 1 AKTIVITI BAHASA AKTIVITI BAHASA : Pemilihan Kata-Kata dan Laras Bahasa dalam Penulisan Akademik ARAHAN: Bincang dan laksanakan tugas-tugas berikut dalam kumpulan anda. 1. Nama:Ahmad Tizamuden b. Shafie No. Pend: P73918 2. Nama: Tharwat bt. Muhammad No. Pend: P73915 3. Nama:Anisah bt. Samingan No. Pend: P73916 4. Nama:Hereyan Bt Mohd Lazim No. Pend: P73888 ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang kesediaan guru-guru Sains dan Matematik di sekolah-sekolah rendah di Kelantan terhadap perubahan bahasa pengajaran dan pembelajaran Sains dan matematik daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris. Responden kajian ini terdiri daripada 125 orang guru di 25 buah sekolah rendah di daerah Pasir Mas dan Tumpat, Kelantan. Kajian ini meninjau beberapa aspek iaitu kelayakan akademik guru, pengalaman mengajar Sains dan Matematik, latihan profesional yang dihadiri, kecekapan guru berbahasa Inggeris dalam aspek lisan dan tulisan, kemahiran guru menggunakan komputer dan ICT, dan kesediaan sekolah dari aspek prasarana. Kajian ini juga meninjau perbezaan kesediaan antara guru-guru yang ada latihan dengan guru yang tiada latihan untuk melaksanakan inovasi tersebut. Data kajian telah dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferensi iaitu ujian-t. Dapatan kajian menujukkan guru-guru mempunyai kelayakan yang mencukupi untuk mengajar Sains dan Matematik di sekolah rendah tetapi sebahagian besar

Upload: yan-ml

Post on 19-Dec-2015

223 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Aktiviti Bahasa

TRANSCRIPT

Page 1: Assignment Aktiviti Bahasa-kumpulan Psikologi Pendidikan

GB6012PENULISAN AKADEMIK 1

AKTIVITI BAHASA

AKTIVITI BAHASA : Pemilihan Kata-Kata dan Laras Bahasa dalam Penulisan Akademik

ARAHAN: Bincang dan laksanakan tugas-tugas berikut dalam kumpulan anda.

1. Nama: Ahmad Tizamuden b. Shafie No. Pend: P73918 2. Nama: Tharwat bt. Muhammad No. Pend: P739153. Nama: Anisah bt. Samingan No. Pend: P739164. Nama: Hereyan Bt Mohd Lazim No. Pend: P73888

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang kesediaan guru-guru Sains dan Matematik di sekolah-sekolah rendah di Kelantan terhadap perubahan bahasa pengajaran dan pembelajaran Sains dan matematik daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris. Responden kajian ini terdiri daripada 125 orang guru di 25 buah sekolah rendah di daerah Pasir Mas dan Tumpat, Kelantan. Kajian ini meninjau beberapa aspek iaitu kelayakan akademik guru, pengalaman mengajar Sains dan Matematik, latihan profesional yang dihadiri, kecekapan guru berbahasa Inggeris dalam aspek lisan dan tulisan, kemahiran guru menggunakan komputer dan ICT, dan kesediaan sekolah dari aspek prasarana. Kajian ini juga meninjau perbezaan kesediaan antara guru-guru yang ada latihan dengan guru yang tiada latihan untuk melaksanakan inovasi tersebut. Data kajian telah dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferensi iaitu ujian-t. Dapatan kajian menujukkan guru-guru mempunyai kelayakan yang mencukupi untuk mengajar Sains dan Matematik di sekolah rendah tetapi sebahagian besar daripada mereka berpencapaian rendah dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dan lemah dalam aspek kecekapan lisan dan tulisan dalam bahasa tersebut. Kajian ini juga mendapati lebih daripada 60.0% guru tidak mempunyai latihan profesional dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris, Sains, Matematik dan bidang komputer. Semua sekolah yang terlibat didapati telah dibekalkan prasarana asas untuk melaksanakan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, tetapi sebahagian kecil peralatan masih tidak mencukupi. Guru yang ada latihan dalam Bahasa Inggeris dan komputer didapati lebih bersedia untuk melaksanakan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.

Page 2: Assignment Aktiviti Bahasa-kumpulan Psikologi Pendidikan

Tugasan 1Baca dan fahami abstrak di bawah, kemudian tulis tajuk yang tepat dan sesuai dengan abstrak tersebut.

Jawapan Tahap kesediaan guru-guru Sains dan Matematik sekolah rendah di Kelantan terhadap perubahan bahasa pengajaran daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris.

Tugasan 2Nyatakan objektif kajian di bawah.

Jawapan Objektif kajian

i. Melihat tahap kelayakan akademik guru yang mengajar mata pelajaran Sainsdan Matematik.

ii. Mengetahui tempoh pengalaman guru mengajar mata pelajaran Sains danMatematik

iii. Mengetahui latihan profesional yang dihadiri oleh guru yang mengajar matapelajaran Sains dan Matematik.

iv. Menilai tahap kecekapan guru berbahasa Inggeris dalam aspek lisan dan tulisan.

v. Menilai tahap kemahiran guru menggunakan komputer dan ICT.vi. Mengenal pasti tahap kesediaan sekolah dari aspek prasarana.vii. Mengenal pasti perbezaan kesediaan antara guru-guru yang ada latihan

denganguru yang tiada latihan untuk melaksanakan inovasi tersebut

Tugasan 3Bentuk soalan-soalan kajian yang tepat dan sesuai dengan kajian yang dihuraikan

Jawapan Soalan-soalan kajian

i. Apakah tahap kelayakan akademik guru yang mengajar mata pelajaran Sains dan

Matematik ?ii. Berapa lamakah tempoh pengalaman mengajar guru berkenaan dalam mata

pelajaran Sains dan Matematik ?iii. Pernahkah guru mata pelajaran Sains dan Matematik menghadiri latihan

profesional ?iv. Di tahap manakah kecekapan guru berbahasa Inggeris dalam aspek lisan dan

tulisan ?v. Sejauh manakah penguasaan kemahiran guru menggunakan komputer dan

ICT ?

vi. Sejauh manakah kesediaan pihak sekolah menyediakan kemudahan prasaranabagi pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.

vii. Sejauh manakah perbezaan kesediaan antara guru-guru yang ada latihan dengan

guru yang tiada latihan untuk melaksanakan inovasi tersebut ?

2

Page 3: Assignment Aktiviti Bahasa-kumpulan Psikologi Pendidikan

Tugasan 4Baca dan fahami Jadual 1 di bawah, dan kemudian pilih ayat yang tepat dan sesuai bagi menyatakan dan mentafsirkan maklumat yang terdapat dalam jadual tersebut.

JADUAL 1 Maklumat Latar Profesionalisme Responden

Perkara Profil Frekuensi Peratus (%)

Kelayakan Ikhtisas Sijil PerguruanDiploma Perguruan

10718

85.614.1

Pengkhususan di Maktab Perguruan

SainsMatematikBahasa InggerisLain-lain

4147631

32.837.64.824.8

Gred Bahasa Melayu SPM A1 dan A2C3 hingga C6P7 dan P8F9

25100

--

20.080.0

--

Gred Bahasa Inggeris SPM A1 dan A2C3 hingga C6P7 dan P8F9

1335140

0.826.440.832.0

Gred Sains SPM A1 dan A2C3 hingga C6P7 dan P8F9

5713316

4.056.826.412.8

Gred Matematik SPM A1 dan A2C3 hingga C6P7 dan P8F9

3663323

2.452.826.418.4

Jawapan

Jadual 1 menunjukkan responden yang dipilih untuk menjawab soal selidik ini ialah seramai 125 orang yang terdiri daripada 107 orang (85.6%) guru yang memiliki Sijil Perguruan dan 18 orang (14.1%) guru yang mempunyai Diploma Perguruan. Seramai 41 orang (32.8%) daripada responden ,mempunyai pengkhususan dalam Sains, 47 orang (37.6%) pengkhususan Matematik, 6 orang (4.8%) pengkhususan Bahasa Inggeris dan

3

Page 4: Assignment Aktiviti Bahasa-kumpulan Psikologi Pendidikan

selebihnya lain-lain pengkhususan. Lebih 50% daripada responden mencapai gred C3 hingga C6 untuk Bahasa Melayu, Sains dan Matematik di peringkat SPM. Manakala bagi gred Bahasa Inggeris, kebanyakan responden (40.8%) hanya mencapai P7 dan P8.

4