assignment

15
IPG Kampus Tuanku Bainun Pengenalan kepada kurikulum KH/RBT sekolah rendah RBT3173E 1.0 Keselamatan Bengkel Keselamatan merupakan satu langkah terawal yang bersistematik bagi mencegah berlakunya kemalangan. Terdapat empat aspek keselamatan bengkel, antaranya ialah peraturan dan etika, punca kemalangan, punca kebakaran dan pertolongan cemas. Peraturan keselamatan dalam bengkel haruslah dipelajari dari semasa-ke semasa. Ini adalah kerana kita akan mula bekerja dengan peralatan elektrik dan alatan elektronik. Sewaktu kita bekerja maka perlukan kita berwaspada dan mematuhi peraturan bagi menggelakkan satu kejadian yang tidak diinginan berlaku. Pelajar juga perlu mengetahui punca kemalangan dan kebakaran supaya dapat mengelakkan melakukan perkara yang akan mendatangkan kemalangan. Hal ini kerana pelajar mungkin mencetus kemalangan tanpa kesedaran. Selain itu, pelajar juga perlu mengetahui cara dan langkah- langkah pertolongan cemas supaya dapat mengambil tindakan semasa kecederaan dan kemalangan berlaku. Punca-punca keselamatan yang berkaitan dengan alat-alat elektronik ini perlukan dikenali dan tabiat kerja yang baik serta selamat perlulah diamalkan selalu. Demikian juga bagi membolehkan semua kerja-kerja atau peralatan berkeadaan baik. Keselamatan bengkel adalah amat penting dan haruslah diambil berat oleh setiap pengguna bengkel. Hal ini kerana dengan keselamatan bengkel terjamin, risiko kemalangan dapat dikurangkan dan kecederaan dapat dielakkan. Selain daripada itu, dengan keselamatan bengkel terjamin, alat- alatan dan bahan yang berada di dalam bengkel juga tidak mudah rosak dan dapat digunakan dengan masa yang lebih panjang. Oleh itu, para pengguna bengkel haruslah mengutamakan isu keselamatan bengkel semasa menjalankan kerja di dalam bengkel supaya dapat mengurangkan risiko berlakunya kemalangan dan kerosakkan. Keselamatan merupakan perkara yang amat perlu dipertimbangkan semasa menjalankan aktiviti di dalam bengkel. Dengan keselamatan terjamin, barulah pelajar dapat menjalankan aktiviti amali dengan lancar dan berjaya. Sebelum kita memasuki bengkel atau makmal perlulah kita mengetahui tentang keselamatan di dalam bengkel atau makmal tersebut. Terdapat Page 1

Upload: xxinyee

Post on 24-Jan-2016

98 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Assignment

IPG Kampus Tuanku Bainun Pengenalan kepada kurikulum KH/RBT sekolah rendah RBT3173E

1.0 Keselamatan Bengkel

Keselamatan merupakan satu langkah terawal yang bersistematik bagi mencegah

berlakunya kemalangan. Terdapat empat aspek keselamatan bengkel, antaranya ialah

peraturan dan etika, punca kemalangan, punca kebakaran dan pertolongan cemas.

Peraturan keselamatan dalam bengkel haruslah dipelajari dari semasa-ke semasa. Ini

adalah kerana kita akan mula bekerja dengan peralatan elektrik dan alatan elektronik.

Sewaktu kita bekerja maka perlukan kita berwaspada dan mematuhi peraturan bagi

menggelakkan satu kejadian yang tidak diinginan berlaku.

Pelajar juga perlu mengetahui punca kemalangan dan kebakaran supaya dapat

mengelakkan melakukan perkara yang akan mendatangkan kemalangan. Hal ini kerana

pelajar mungkin mencetus kemalangan tanpa kesedaran. Selain itu, pelajar juga perlu

mengetahui cara dan langkah-langkah pertolongan cemas supaya dapat mengambil

tindakan semasa kecederaan dan kemalangan berlaku. Punca-punca keselamatan

yang berkaitan dengan alat-alat elektronik ini perlukan dikenali dan tabiat kerja yang

baik serta selamat perlulah diamalkan selalu. Demikian juga bagi membolehkan semua

kerja-kerja atau peralatan berkeadaan baik.

Keselamatan bengkel adalah amat penting dan haruslah diambil berat oleh setiap

pengguna bengkel. Hal ini kerana dengan keselamatan bengkel terjamin, risiko

kemalangan dapat dikurangkan dan kecederaan dapat dielakkan. Selain daripada itu,

dengan keselamatan bengkel terjamin, alat-alatan dan bahan yang berada di dalam

bengkel juga tidak mudah rosak dan dapat digunakan dengan masa yang lebih

panjang. Oleh itu, para pengguna bengkel haruslah mengutamakan isu keselamatan

bengkel semasa menjalankan kerja di dalam bengkel supaya dapat mengurangkan

risiko berlakunya kemalangan dan kerosakkan.

Keselamatan merupakan perkara yang amat perlu dipertimbangkan semasa

menjalankan aktiviti di dalam bengkel. Dengan keselamatan terjamin, barulah pelajar

dapat menjalankan aktiviti amali dengan lancar dan berjaya. Sebelum kita memasuki

bengkel atau makmal perlulah kita mengetahui tentang keselamatan di dalam bengkel

Page 1

Page 2: Assignment

IPG Kampus Tuanku Bainun Pengenalan kepada kurikulum KH/RBT sekolah rendah RBT3173E

atau makmal tersebut. Terdapat empat aspek keselamatan bengkel, antaranya ialah

peraturan dan etika, punca kemalangan, punca kebakaran dan pertolongan cemas.

2.0 Peraturan dan etika

Aspek yang pertama merupakan peraturan dan etika bengkel. Demi menjamin

keselamatan bengkel, peraturan yang ditetapkan mesti dipatuhi dan etika yang baik

perlu diamalkan. Peraturan keselamatan ditetapkan untuk memastikan suasana kerja

dalam persekitaran serta suasana bengkel kemahiran hidup yang teratur dan selamat

tanpa berlakunya kemalangan ataupun kecederaan dikekalkan. Peraturan keselamatan

bengkel meliputi tiga aspek utama, antaranya ialah peraturan keselamatan umum,

peraturan keselamatan diri, serta peraturan keselamatan alat dan bahan.

Berikut adalah peraturan keselamatan umum yang perlu dipatuhi oleh pelajar. Yang

pertama ialah pelajar perlu mendapat kebenaran guru sebelum masuk atau keluar dari

bengkel. Hal ini kerana untuk menyelakkan kemalangan berlaku dalam bengkel kerana

pelajar mungkin salah guna alatan atau menggunakan alatan dengan prosedur yang

salah semasa menjalankan kerja amali tanpa pengetahuan guru. Keselamatan pelajar

terjamin apabila masuk atau keluar bengkel di bawah bimbingan guru. Peraturan yang

kedua adalah pelajar dikehendaki beratur terlebih dahulu di luar bengkel sebelum

menerima arahan masuk dari guru. Keadaan kelam-kabut dan berebut-rebut dapat

dielakkan apabila pelajar beratur sebelum memasuki bengkel.

Seterusnya, pelajar perlu mengelakkan berebut-rebut dan bertolak-tolak semasa

masuk dan keluar dari bengkel. Hal ini kerana dalam keadaan berebut-rebut pelajar

mungkin terlanggar alatan yang tajam atau terpijak bahan yang licin atau alatan yang

tajam dan dicederakan. Kelakuan tersebut akan mendatangkan bahaya dan

mencederakan pelajar.

Peraturan yang keempat adalah pelajar dilarang sama sekali membawa beg masuk ke

dalam bengkel. Hal ini untuk mengelakkan pelajar ambil atau terambil alatan dan bahan

yang bahaya keluar dari bengkel. Selain itu, guru dan pelajar perlu memastikan tingkap

dibuka semasa dalam bengkel supaya mendapatkan pengudaraan yang terbaik dan

pencahayaan mencukupi. Peraturan tersebut amat penting untuk menjamin

Page 2

Page 3: Assignment

IPG Kampus Tuanku Bainun Pengenalan kepada kurikulum KH/RBT sekolah rendah RBT3173E

keselamatan bengkel kerana semasa menjalankan kerja amali mungkin mengeluarkan

habuk dan sisa-sisa kayu kecil. Jika tingkap tidak dibuka maka habuk dan sisa-sisa

kayu akan terapung-apung di sekeliling bengkel dan membahayakan sistem pernafasan

pelajar dan guru. Keadaan tersebut juga akan membahayakan pelajar yang mempunyai

penyakit asthma. Oleh itu, tingkap bengkel mesti dibuka untuk menyelakkan keadaan

tersebut berlaku.

Seterusnya, semua peralatan dan bahan di dalam bengkel perlulah dilabel dan

disusun dengan baik di tempat yang tetap. Dengan peralatan dilabelkan nama dan

disusun dengan baik, pelajar dapat mencari peralatan yang disuruh oleh guru dengan

cepat dan tepat. Kalau tidak, pelajar mungkin dicederakan oleh alatan yang bahaya dan

tajam semasa kelam-kabut mencari alatan yang tanpa label. Peralatan yang disusun

dengan baik di tempat yang tetap juga memudahkan pelajar untuk mencari dan

menjimatkan masa sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran.

Di samping itu, kebersihan bengkel juga perlu dijaga dengan baik untuk menjamin

keselamatan. Hal ini kerana sisa-sisa yang ditinggalkan selepas mennjalankan kerja

amali mungkin tajam dan berbahaya. Jikalau dibiarkan begitu kemungkinan besar akan

mencederakan pelajar lain. Oleh itu, guru perlu memastikan pelajar membersihkan

tempat menjalankan kerja amali sebelum keluar dari bengkel. Seterusnya, para

pengguna bengkel juga bertanggungjawab memastikan bahan dan peralatan dijaga

dengan baik dan sempurna.

Seterusnya, pelajar juga perlu mematuhi peraturan keselamatan diri semasa berada di

dalam bengkel. Yang pertama, pelajar perlu mematuhi peraturan yang telah ditetapkan

sepanjang masa berada di dalam bengkel. Yang kedua, pakaian yang sesuai semasa

menjalankan aktiviti amali di bengkel amat penting untuk keselamatan. Pelajar perlu

memakai pakaian am seperti memakai apron, kasut, baju berlengan pendek atau lipat

baju sampai ke paras siku semasa masuk ke dalam bengkel. Semasa menjalankan

kerja amali, pelajar perlulah memakai pakaian dan peralatan perlindungan supaya

keselamatan terjamin. Antara pakaian dan peralatan perlindungan adalah kasut

keselamatan, sarung tangan yang sesuai untuk memegang bahan dan alatan, apron

atau pekaian keselamatan yang diperbuat daripada kulit untuk melindungi tubuh

Page 3

Page 4: Assignment

IPG Kampus Tuanku Bainun Pengenalan kepada kurikulum KH/RBT sekolah rendah RBT3173E

semasa mengimpal serta gogal atau pelindung muka semasa bekerja. Di samping itu,

pelajar juga perlu menyelakkan diri daripada bermain dan bergurau senda semasa

berada di dalam bengkel. Hal ini disebabkan sewaktu menjalankan kerja amali,

penumpuan dan fokus yang sepenuh amat penting supaya aktiviti dapat dijalankan

dengan lancar dan berjaya.

Seterusnya, pelajar juga perlu memahami cara yang betul untuk menggunakan

sesuatu alatan dan bahan seperti yang telah ditunjuk ajar oleh guru. Penggunaan

alatan dan bahan secara tidak betul mungkin akan menyebabkan alatan atau bahan

tersebut rosak. Secara ringkas, pelajar perlu mematuhi segala arahan guru supaya

menjalankan kerja amali mengikut urutan dan langkah yang betul. Semasa

menggunakan alatan dan bahan di dalam bengkel, pelajar perlu berhati-hati supaya

tidak mencederakan diri sendiri. Kebanyakkan alatan di dalam bengkel adalah tajam

dan mungkin mencederakan pelajar jika tidak digunakan dengan berhati-hati. Pelajar

tidak seharusnya mengambil ringan tentang cara penggunaan alatan supaya menjamin

keselamatan diri.

Di samping itu, pelajar juga perlu mencuci tangan dengan menggunakan sabun dan

air setelah selesai melakukan aktiviti-aktiviti di bengkel. Hal ini kerana pelajar mungkin

akan memegang bahan beracun dan berbahaya semasa menjalankan kerja amali.

Dengan mencuci tangan menggunakan sabun dan air, bahan-bahan yang tersangkar

pada tangan pelajar dapat dibersihkan dengan sepenuhnya. Selain itu , pelajar perlu

ingat supaya memaklumkan kepada guru dengan segera sekiranya kemalangan

berlaku.

Peraturan keselamatan alatan dan bahan juga perlu dipatuhi oleh para pengguna

bengkel supaya keselamatan terjamin dan alatan di dalam bengkel dapat digunakan

dengan masa yang lebih panjang dan tidak mudah rosak. Peraturan yang pertama

adalah pelajar perlu merancang tentang alatan dan bahan yang hendak digunakan dan

fahami cara-cara untuk menggunakannya. Pelajar perlu menyenaraikan alatan yang

perlu digunakan sebelum menjalankan kerja dan memahami cara menggunakannya

supaya proses amali dijalankan dengan lancar. Yang kedua, pelajar perlu meminta

kebenaran daripada guru sebelum mengguna peralatan elektrik. Semasa menggunakan

Page 4

Page 5: Assignment

IPG Kampus Tuanku Bainun Pengenalan kepada kurikulum KH/RBT sekolah rendah RBT3173E

peralatan elektrik, guru mesti berada di sisi pelajar dan menunjukkan cara

menggunakan peralatan elektrik yang betul demi keselamatan semua.

Selain itu, alatan yang telah diguna perlu dibersihkan dan disimpan di tempat yang

selamat. Alatan dan bahan yang berbahaya, mudah pecah dan mudah terbakar seperti

petrol dan cat serta peralatan yang tajam hendaklah disimpan di dalam almari. Pelajar

perlu menggunakan alatan dan bahan dengan berhemah dan berjimat cermat serta

elakkan pembaziran. Di samping itu, pelajar perlu melaporkan sebarang kerosakan atau

kehilangan alatan dan bahan kepada guru dengan segera supaya guru dapat

mengambil tindakan yang sewajar. KESELAMATAN DIRI & RAKAN DI BENGKEL.mp4

3.0 Punca Kemalangan

Kemalangan merupakan sesuatu kejadian yang tidak dapat dijangkakan yang

mengakibatkan kecederaan atau pun kerosakan harta benda. Demi menyelakkan

berlakunya kemalangan, para pengguna perlu mengetahui punca kemalangan sebaik

mungkin. Terdapat tiga jenis faktor kemalangan, antaranya ialah faktor fizikal, faktor

kemanusiaan dan faktor pentadbiran.

Antara faktor fizikal kemalangan adalah kawasan tempat kerja tidak diberi perhatian

seperti tidak dibersihkan, licin dan berselerak. Tempat kerja yang licin dan berselerak

amat bahaya dan berisiko berlaku kemalangan. Selain itu, pintu dan tingkap yang

tertutup atau tidak dibuka sepenuhnya akan menjejaskan sistem pengudaraan. Hal ini

mungkin membahayakan pengguna bengkel yang mempunyai asthma dan

mengganggu kecerdasan minda dan tumpuan pelajar lain kerana suasana bengkel

sangat panas dan tidak selesa semasa membuat amali.

Penyimpanan, pengendalian dan pelupusan yang tidak sistematik juga akan

membawa akibat buruk dan membahayakan keselamatan guru dan pelajar. Misalnya,

keadaan mesin yang telah lama dan tidak sesuai digunakan lagi perlu disingkir dari

bengkel dan elakkan menggunakannya lagi. Hal ini kerana mesin tersebut amat

berbahaya untuk digunakan lagi kerana mungkin bocor elektrik. Selain itu, peralatan

yang berselerak dan tidak disusun dengan baik juga akan membawa kemalangan.

Misalnya gunting yang tidak diletak dengan baik akan mencederakan pelajar yang

Page 5

Page 6: Assignment

IPG Kampus Tuanku Bainun Pengenalan kepada kurikulum KH/RBT sekolah rendah RBT3173E

sedang menjalankan kerjanya. Penggunaan mesin atau peralatan tangan yang salah

juga akan membawa kemalangan. Pelajar perlu mematuhi arahan guru semasa

menggunakan peralatan demi menyelakkan kemalangan.

Di samping itu sistem pendawaian yang telah melebihi 40 tahun adalah tidak selamat

untuk digunakan lagi. Hal ini kerana mungkin terdapat kecacatan pada pendawaian

yang akan menyebabkan kebocoran arus elektrik. Beban lebih had juga merupakan

salah satu punca kemalangan dalam aspek sistem pendaiwaian. Pemasangan wayar

yang salah iaitu memasang wayar hidup kepada punca bumi pada alatan yang

digunakan juga akan mengakibatkan kebakaran berlaku. Oleh itu, pelajar perlu

mengikut arahan guru supaya tidak membuat salah semasa memasang elektrik.

Kita tidak dapat menafikan bahawa terdapat kemalangan yang berlaku disebabkan

oleh kecuaian dan kesilapan manusia sendiri. Antara faktor kemanusiaan yang

membawa kepada kemalangan adalah sikap kekecuaian pelajar yang kurang memberi

tumpuan kepada kerja. Sebagai contoh, pelajar mengelamun atau berkhayal semasa

menjalankan kerja. Selain itu, pelajar yang kurang berpengetahuan mengenai langkah-

langkah keselamatan yang perlu dipatuhi semasa membuat kerja akan meningkatkan

risiko berlakunya kemalangan di bengkel. Kekurangan latihan untuk membuat kerja

bengkel juga mungkin berlaku kemalangan. Pelajar yang tidak berdisiplin seperti tidak

mematuhi peraturan, bergurau-gurau dan mengambil jalan pintas semasa membuat

kerja juga akan membawa kepada kemalangan.

Emosi, kesihatan, keletihan dan mengantuk semua ini akan menyebabkan individu

melakukan kesilapan semasa membuat amali dan secara tidak langsung akan berlaku

kemalangan dan kecederaan kepada diri sendiri, rakan-rakan dan harta benda. Selain

itu, individu yang mempunyai ciri-ciri seperti kurang peka dan cermat serta reaksi pada

kesakitan yang rendah ini akan cenderung untuk melakukan kesilapan yang sama.

Faktor terakhir berlakunya kemalangan di dalam bengkel adalah faktor pentadbiran.

Sesuatu kemalangan berlaku mungkin disebabkan oleh penguatkuasaan peraturan

keselamatan yang tidak dilaksanakan dengan baik. Sesetengah guru tidak mengambil

berat tentang peraturan dalam bengkel dan membiarkan pelajar menjalankan kerja

Page 6

Page 7: Assignment

IPG Kampus Tuanku Bainun Pengenalan kepada kurikulum KH/RBT sekolah rendah RBT3173E

amali di dalam bengkel tanpa mengikut prosedur. Fenomena ini tidak sepatutnya

diteruskan supaya keselamatan pelajar dan bengkel terjamin. Seterusnya, terdapat

guru yang kurang atau tidak memberitahu sebarang arahan keselamatan sebelum

membenarkan pelajar menjalankan kerja amali. Hal ini amat bahaya kerana pelajar

mungkin tidak perasan tentang risiko semasa membuat kerja.

Selain itu, kawalan kelas yang lemah akan menyebabkan murid-murid hilang kawalan

sehingga mereka tidak mendengar arahan dan terjadinya kemalangan. Tiada atau

kurang tunjuk ajar sebelum memulakan tugas atau amali juga akan menyebabkan

berlakunya kemalangan. Di samping itu, tiada prosedur kerja yang ditetapkan di dalam

bengkel juga akan menyebabkan pelajar menjalankan kerja dengan sesuka hati dan

kurang memberi perhatian kepada aspek keselamatan. Pelajar akan kurang

mempunyai kesedaran tentang keselamatan bengkel jika tiada latihan pencegahan

keselamatan diberikan oleh guru. Seterusnya, sikap guru dan pentadbir sekolah yang

tidak serius dalam pengurusan bengkel juga akan menjadikan bengkel tempat yang

tidak selamat.

4.0 Punca Kebakaran

Api semasa kecil menjadi kawan sudah besar menjadi lawan merupakan kata-kata

yang amat bertepatan dengan penggunaan api dalam kehidupan harian. Biarpun api

menjadi satu keperluan dalam kehidupan seharian, ia akan menjadi merbahaya

sekiranya tidak dikawal secara betul. Kebakaran terjadi bukan sahaja mengakibatkan

kerugian dan kemusnahan harta benda tetapi juga kehilangan nyawa. Pencegahan

kebakaran adalah langkah awal yang mesti diambil bagi mengelakkan api kebakaran

daripada berlaku dan juga langkah awal bagi mengelakkan kebakaran yang baru

bermula daripada merebak kepada peringkat yang tidak boleh dikawal lagi. Oleh itu

adalah penting kita mengetahui apakah punca-punca yang menyebabkan berlakunya

kebakaran supaya dapat membuat pencegahan yang sepatutnya.

Api hanya akan bermula jika terdapat ketiga-tiga punca iaitu haba, oksigen dan bahan

bakar. Punca-punca haba termasuk percikan api, api yang menyala, kuasa elektrik dan

besi panas. Bahan bakar merupakan apa saja benda yang boleh terbakar seperti kayu,

Page 7

Page 8: Assignment

IPG Kampus Tuanku Bainun Pengenalan kepada kurikulum KH/RBT sekolah rendah RBT3173E

minyak dan lain-lain. Bahan api perlu mencapai takat sambaran untuk mengeluarkan

wap dan memulakan kebakaran dengan kehadiran haba dan oksigen. Oksigen juga

merupakan unsur utama bagi punca kebakaran dan unsur ini sentiasa berada di udara.

Dengan itu pada kebiasaannya, kebakaran akan berlaku dengan adanya haba dan

bahan bakar kerana oksigen adalah di sekeliling.

Kuasa elektrik yang dikategori di bawah haba adalah punca utama pencetus

kebakaran. Memang tidak dapat dinafikan bahawa punca kebakaran yang paling ketara

adalah disebabkan kuasa elektrik. Kebanyakkan kebakaran di dalam bengkel adalah

berpunca daripada litar pintas akibat dari retakan penebat kabel. Jarang-jarang ada

orang akan memeriksa kabel-kabel di dalam bengkel dan ini telah meningkatkan risiko

berlakunya kejadian litar pintas. Kabel lama yang bercekah adalah amat bahaya untuk

digunakan tetapi malangnya jarang orang dapat mengesan kerosakkan kabel. Selain

itu, aliran kuasa yang berlebihan dan membebankan juga akan menyebabkan

kebakaran. Pemasangan yang salah iaitu dari segi penggunaan saiz wayar dan fius

juga amat bahaya dan kemungkinan besar akan mengakibatkan kebakaran.

Selain itu, bahan bakar juga mudah mendatangkan kebakaran sekiranya tidak diurus

dengan baik. Bahan mudah bakar seperti thinner yang digunakan oleh pelajar semasa

menjalankan kerja mudah membakar jika mengena haba. Kayu, kain, kertas dan bahan

mudah bakar yang terletak berdekatan dengan haba juga meningkatkan risiko

berlakunya kebakaran. Kebocoran gas juga amat bahaya sekiranya terdapat haba

berhampirannya kerana apabila gas mengena haba, letupan akan berlaku dan akan

mendatangkan kebakaran. Di samping itu, lilin yang digunakan semasa menjalankan

kerja juga mudah mendatangkan kebakaran sekiranya ia terjatuh atau mengena bahan

mudah bakar.

Kebakaran juga akan berlaku jika pengguna bengkel menumpuk steker atau colokan

listrik terlalu banyak pada satu tempat kerana sambungan seperti itu akan terus

menerus menumpuk panas yang akhirnya dapat mengakibatkan korsleting listrik. Selain

itu, penggunaan material listrik sebarangan yang tidak standar juga meningkatkan risiko

berlakunya kebakaran. Kebanyakkan guru dan pelajar jarang melakukan pemeriksaan

secara rutin terhadap kondisi isolasi pembungkus kabel. Hal ini telah menyebabkan

Page 8

Page 9: Assignment

IPG Kampus Tuanku Bainun Pengenalan kepada kurikulum KH/RBT sekolah rendah RBT3173E

situasi isolasi yang terkupas atau yang menipis masih diguna dalam keadaan yang

tidak sedar dan akhirnya secara tidak langsung menjadi punca kepada kemalangan

kebakaran serta mendatangkan kecederaan yang tidak diingin. Di samping itu,

penggunaan jenis dan ukuran kabel yang tidak sesuai dengan peruntukan dan

kapasitas hantar arusnya juga akan membawa kepada kejadian kebakaran.

5.0 Pertolongan cemas

Bengkel merupakan tempat yang paling tinggi risiko berlakunya kemalangan. Hal ini

kerana dalam bengkel terdapat pelbagai alatan yang tajam dan bahan yang merbaya.

Oleh itu, pengetahuan tentang pertolongan cemas perlu diketahui oleh para pengguna

bengkel supaya dapat mengambil tindakan yang sepatutnya semasa kemalangan

berlaku. Pertolongan cemas ditakrifkan sebagai bantuan atau rawatan awal yang

diberikan kepada seseorang yang mengalami kecederaan dalam sebarang kemalangan

atau sakit secara mengejut sebelum ketibaan ambulans, doktor atau pakar perubatan

sebelum mangsa dihantar ke hospital. Pertolongan cemas atau bantuan awal yang

diberikan kepada mangsa selalunya dapat membantu menyelamatkan nyawa mangsa.

Oleh itu, pengetahuan pertolongan cemas perlu diketahui oleh semua pengguna

bengkel supaya mangsa mendapat bantuan awal yang dapat mengelakkan kecederaan

mangsa menjadi lebih serius sebelum dapat rawatan profesional.

Peti pertolongan cemas yang lengkap perlu disediakan di setiap makmal. Ia tidak

harus dikunci. Setiap peti pertolongan cemas mesti sekurang-kurangnya mengandungi

peralatan berikut:

1. Pembalut kain kasa yang bersih berukuran 3” x 3”, untuk membersih dan membalut

luka dan bahagian anggota yang melepuh atau melecur

2. Segulung pembalut kain kasa, berukuran 2” lebar, untuk membalut pembabat di atas

luka, lepuh dan lecur dan sebagainya

3. Sekotak pembalut lekat (elastoplast)

4. Segulung pita pelekat 1”

Page 9

Page 10: Assignment

IPG Kampus Tuanku Bainun Pengenalan kepada kurikulum KH/RBT sekolah rendah RBT3173E

5. Segulung kapas

6. Bahan pencegah kuman yang lembut

7. Sebotol petroleum pekat

8. Sekotak serbuk penaik (natrium bikarbonat) untuk merawat melepuh disebabkan oleh

asid

9. Sebotol Akriflavin (losen kuning) untuk merawat melepuh yang teruk disebabkan oleh

asid/alkali

10. Sebotol 1% asid asetik untuk merawat melepuh disebabkan oleh alkali dan untuk

diminum jika tertelan alkali

11. Sebotol gliserin untuk merawat melepuh disebabkan oleh bromin

12. Sebotol magnesium cair untuk diminum jika tertelan asid

13. Gunting

14. Penyepit

15. Larutan garam ammonia (smelling salt) untuk menyedarkan pesakit yang pengsan.

Terdapat banyak aspek dalam pertolongan cemas, antaranya ialah pertolongan cemas

kelukaan, pertolongan cemas pendarahan, pertolongan cemas terbakar, balutan, CPR

dan sebagainya. Kelukaan merupakan kemalangan yang paling kerap berlaku di dalam

bengkel. Terdapat dua jenis luka, antaranya ialah luka terbuka dan luka tertutup. Luka

terbuka adalah lebih merbahaya berbanding dengan luka tertutup. Hal ini kerana luka

terbuka mengakibatkan pendarahan dan boleh menyebabkan jangkitan. Ia juga lambat

sembuh berbanding dengan luka tertutup. Rawatan yang boleh dilakukan sekiranya

luka tertutup berlaku adalah rehatkan anggota yang cedera dan meletakkan ais di atas

tepat luka. Selain itu, pastikan anggota yang cedera ditinggikan dan tuaman sejuk

dilakukan selepas 36 – 48 jam.

Page 10

Page 11: Assignment

IPG Kampus Tuanku Bainun Pengenalan kepada kurikulum KH/RBT sekolah rendah RBT3173E

Luka terbuka mengakibatkan pendarahan dan perlu dirawat mengikut cara

pertolongan cemas pendarahan. Langkah pertama bagi menangani pendarahan adalah

periksa keadaan luka dahulu. Jika tidak terdapat sebarang benda asing, beri tekanan

secara langsung. Sebaliknya, jika terdapat benda asing, gunakan sebarang alat untuk

mengelakkan kawasan luka dari terkena tekanan. Terdapat empat cara mengawal

pendarahan luaran, antaranya ialah direct pressure, elevation dan pressure point.

Dengan mengaplikasikan direct pressure, perawat perlu melekapkan tangan pada

tempat luka pesakit dan memberi tekanan pada tempat luka tersebut. Perawat perlu

memastikan tekanan yang diberikan itu cukup kuat untuk menghentikan pendarahan.

Apabila pertolongan tiba, dapatkan gauze atau kain yang bersih dan teruskan memberi

tekanan sehingga darah berhenti. Apabila darah telah berhenti, balutkan luka itu

dengan bandage.

Perawat juga boleh mengaplikasikan cara elevation untuk merawat pesakit yang

mengalami pendarahan luaran dengan meninggikan bahagian yang luka supaya lebih

tinggi dari kedudukan jantung. Selain itu, perawat juga boleh menggunakan cara

pressure point dengan menekan bahagian kedudukan salur-salur darah arteri untuk

memberhentikan pendarahan. Posisi terbaik pesakit adalah berbaring atau duduk.

Terbakar ialah suatu kecederaan kepada kulit dan lain-lain tisu badan disebabkan

terkena oleh api yang menyala, bahan api (flame), objek-objek panas, bahan kimia atau

arus elektrik. Terbakar biasanya adalah serius. Selain daripada kesakitan dan renjatan

yang serius selepas kemalangan, ia juga akan meninggalkan kesan parut. Terdapat tiga

tahap terbakar iaitu tahap pertama (superficial burn), tahap kedua ( intermediate burn)

dan tahap ketiga (deep burn). Pesakit terbakar boleh dirawat dengan mengikut langkah-

langkah berikut. Yang pertama, perawat perlu menyejukkan anggota yang terbakar atau

melecur dengan menggunakan air sejuk yang mengalir selama 10 hingga 20 minit atau

sehingga mangsa merasa kesan terbakar telah tiada. Seterusnya, balut anggota yang

cedera dengan menggunakan pembalut yang telah dibasahkan dan memastikan

pesakit dihantar ke hospital dengan kadar segera.

Pengetahuan tentang pertolongan kecemasan balutan juga perlu diketahui oleh guru

dan pelajar supaya dapat mengaplikasikannya terhadap pesakit. Terdapat tiga jenis

Page 11

Page 12: Assignment

IPG Kampus Tuanku Bainun Pengenalan kepada kurikulum KH/RBT sekolah rendah RBT3173E

bentuk balutan yang biasa digunakan, antaranya ialah anduh besar, anduh segi tiga

dan anduh kecil. Anduh besar biasanya digunakan semasa keadaan patah tangan

manakala anduh segi tiga digunakan semasa keadaan pendarahan di lengan. Anduh

kecil pula biasanya digunakan semasa keadaan patah atau pendarahan tetapi

menggunakan sebarang bentuk balutan tanpa menggunakan pembalut segi tiga.

Anduh Besar

Page 12

Page 13: Assignment

IPG Kampus Tuanku Bainun Pengenalan kepada kurikulum KH/RBT sekolah rendah RBT3173E

Pemulihan kardio pulmonari atau lebih dikenali sebagai CPR merupakan satu teknik

yang boleh menyelamatkan nyawa tanpa menggunakan alat-alat yang canggih dan

kepakaran yang boleh diperolehi di hospital. CPR boleh dilakukan dengan

menggunakan tangan, mulut dan fikiran yang logik. Teknik CPR perlu diketahui oleh

para pengguna bengkel supaya dapat mengaplikasikan teknik ini semasa kecemasan

berlaku di dalam bengkel. CPR boleh dilakukan apabila seseorang itu telah tidak

sedarkan diri, tidak bernafas dan tiada denyutan nadi di karotid. CPR boleh dilakukan

dengan mengikut prinsip D,R,A,B, C yang merupakan Danger (bahaya), Respons

(tindak balas), Airway (saluran udara), Breathing (pernafasan) dan Compress

(peredaran darah dari/ke jantung).

Prinsip yang pertama untuk mengaplikasikan CPR adalah Danger (bahaya). Perawat

perlu memastikan diri sendiri dan mangsa jauh daripada tempat atau barang yang

merbahaya. Seterusnya, perawat perlu melakukan prinsip kedua iaitu Respond (tindak

balas). Perawat perlu memanggil mangsa atau kejutkan mangsa, jika tiada tindak balas

dari mangsa, perawat perlu membuat panggilan kecemasan dengan kadar segera.

Page 13

Page 14: Assignment

IPG Kampus Tuanku Bainun Pengenalan kepada kurikulum KH/RBT sekolah rendah RBT3173E

Seterusnya adalah prinsip Airway (saluran udara). Pertama sekali perawat perlu

membetulkan kedudukan mangsa dengan donggakan kepala dan angkat dagu mangsa

untuk membuka saluran pernafasan.

Prinsip Breathing (pernafasan) boleh dilakukan dengan memeriksa pernafasan

mangsa dengan membuat 3M (Melihat, Merasa dan Mendengar). Jika tiada pernafasan,

beri dua hembusan bantuan terhadap mangsa tersebut. Seterusnya, perawat boleh

melakukan prinsip Compress (peredaran darah) dengan melakukan tekanan pada dada

mangsa sebanyak tiga puluh kali serta diikuti dengan memberi dua hembusan

pernafasan kepada mangsa dan dilakukan dalam lima pusingan. Selepas melakukan

langkah-langkah di atas, perawat boleh memerhati sama ada mangsa menunjukkan

tanda-tanda bernyawa seperti batuk, bernafas atau bergerak. Perawat perlu memerhati

keadaan mangsa sehingga ambulan sampai.

6.0 Rumusan

Keselamatan adalah perkara yang paling penting semasa menjalankan kerja amali.

Para pengguna bengkel perlu menjaga keselamatan bengkel berasaskan empat aspek

keselamatan bengkel yang telah dibincang iaitu peraturan dan etika, punca

kemalangan, punca kebakaran serta pertolongan cemas. Semua pihak perlu sentiasa

mengamalkan langkah-langkah keselamatan semasa bekerja terutama menjalankan

kerja amali supaya keselamatan terjamin. Selain itu, para pengguna bengkel juga perlu

mengambil tahu punca berlaku kemalangan serta kebakaran supaya dapat mengambil

langkah-langkah yang sepatutnya untuk menyelakkan kemalangan serta kebakaran

berlaku. Para pelajar dan guru juga perlu mengambil tahu sedikit sebanyak tentang

pengatahuan pertolongan cemas supaya dapat menyelakkan situasi kemalangan

menjadi lebih serius sehingga mengancam nyawa.

Bengkel yang selamat adalah bengkel yang memberikan keutamaan kepada

keselamatan. Antara ciri-ciri bengkel yang selamat adalah yang pertama, pengguna dan

peralatan di bengkel mestilah selamat sebelum menggunakan, semasa menggunakan

dan selepas menggunakan bengkel. Selain itu, guru dan pelajar mestilah tahu bagai

mana bertindak apabila berlaku kecederaan dan kemalangan. Di samping itu, sebuah

Page 14

Page 15: Assignment

IPG Kampus Tuanku Bainun Pengenalan kepada kurikulum KH/RBT sekolah rendah RBT3173E

bengkel yang selamat perlu ada peti kecemasan yang mengandundi ubat luka dan

sapuan untuk lecur serta kain balutan untuk kecederaan ringan. Bengkel juga mesti

mempunyai alat pencecah kebakaran yang berfungsi di setiap bengkel. Alat pencegah

kebakaran mestilah digantung ditempat mudah dilihat dan mudah dicapai.

Bengkel adalah tempat untuk pembelajaran amali dalam subjek mekanikal dan enjin.

Terdapat pelbagai peralatan yang akan digunakan pelajar semasa menjalankan aktiviti

amali, samada peralatan tangan atau alatan mesin yang dapat memudahkan aktiviti

amali berlangsung. Bengkel merupakan tempat yang penting untuk pelajar

mempraktikkan kemahiran yang dipelajari. Oleh itu, keselamatan bengkel perlu diambil

beratkan supaya dapat menjamin keselamatan pelajar.

Page 15