assignment

21
PENGENALAN KEPADA KURIKULUM KH/RBT SEKOLAH RENDAH RBT3173E 1.0 PENGENALAN Pengurusan adalah satu daya menyeluruh untuk memandu, mengawal dan menyatupadukan ikhtiar manusia yang saling berkaitan, ke arah pencapaian matklamat yang telah ditetapkan. Beliau melihat pengurusan sebagai satu proses perkhidmatan yang melibatkan proses perancangan, pengelolaan, pengurusan kakitangan, pengarahan, penyelarasan, penyediaan belanjawaan dan penilaian. Makna pentadbiran agak berbeza dengan makna pengurusan. Pengurusan melaksanakan tugas-tugas atasan seperti membuat perancangan, menyusun atur, mengelola, mengarah, memimpin, mengawal sumber-sumber dan mendapatkan kerjasama daripada setiap individu di dalam sesuah organisasi. Manakala pentadbiran pula membantu pengurusan melaksanakan apa yang telah dirancang, disusun atur, dikelola, diarah, dipimpin dan dikawal supaya menjadi kenyataan. Ia adalah satu proses pengendalian sesebuah organisasi, secara menyeluruh dalam usaha mencapai matlamat. Peraturan keselamatan bengkel adalah merupakan satu faktor penting yang perlu diamalkan oleh setiap pelajar dalam kerja amali di bengkel. Setiap aktiviti yang dijalankan melibatkan penggunaan peralatan dan mesin yang berbahaya. Sebarang kecuaian boleh mengakibatkan kemalangan atau kecederaan yang serius. Peraturan-peraturan keselamatan bengkel perlu diamalkan bagi mengelakkan kemalangan yang INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN 1

Upload: catherine-lu

Post on 15-Dec-2015

22 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

hgfhgvhgkj

TRANSCRIPT

Page 1: Assignment

PENGENALAN KEPADA KURIKULUM KH/RBT SEKOLAH RENDAH RBT3173E

1.0 PENGENALAN

Pengurusan adalah satu daya menyeluruh untuk memandu, mengawal dan

menyatupadukan ikhtiar manusia yang saling berkaitan, ke arah pencapaian

matklamat yang telah ditetapkan. Beliau melihat pengurusan sebagai satu

proses perkhidmatan yang melibatkan proses perancangan, pengelolaan,

pengurusan kakitangan, pengarahan, penyelarasan, penyediaan belanjawaan

dan penilaian. Makna pentadbiran agak berbeza dengan makna pengurusan.

Pengurusan melaksanakan tugas-tugas atasan seperti membuat perancangan,

menyusun atur, mengelola, mengarah, memimpin, mengawal sumber-sumber

dan mendapatkan kerjasama daripada setiap individu di dalam sesuah

organisasi. Manakala pentadbiran pula membantu pengurusan melaksanakan

apa yang telah dirancang, disusun atur, dikelola, diarah, dipimpin dan dikawal

supaya menjadi kenyataan. Ia adalah satu proses pengendalian sesebuah

organisasi, secara menyeluruh dalam usaha mencapai matlamat.

Peraturan keselamatan bengkel adalah merupakan satu faktor penting

yang perlu diamalkan oleh setiap pelajar dalam kerja amali di bengkel. Setiap

aktiviti yang dijalankan melibatkan penggunaan peralatan dan mesin yang

berbahaya. Sebarang kecuaian boleh mengakibatkan kemalangan atau

kecederaan yang serius. Peraturan-peraturan keselamatan bengkel perlu

diamalkan bagi mengelakkan kemalangan yang tidak diingini berlaku. Untuk

melatih pelajar menggunakan alatan tangan untuk menghasilkan projek-projek

tertentu, maka suasana tempat yang sesuai perlu untuk pelajar melaksanakan

tugasan tersebut dengan lebih berkesan. Kemudahan peralatan yang lengkap

dan teratur untuk digunakan atau keadaan persekitaran tempat tersebut

seharusnya menjadi penyumbang kepada penghasilan projek yang baik. Oleh

itu, pelajar seharusnya menggunakan kemudahan yang ada di dalam bengkel

dengan menjaga keselamatan dirI dan juga orang lain. Kesedaran terhadap

keselamatan perlu ditanamkan kepada setiap pelajar supaya sikap

mementingkan keselamatan ini dapat di amalkan semasa membuat kerja amali

di sekolah dan seterusnya diamalkan setelah memasuki ke alam pekerjaan.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN 1

Page 2: Assignment

PENGENALAN KEPADA KURIKULUM KH/RBT SEKOLAH RENDAH RBT3173E

Bagi memastikan proses keselamatan dapat diurus dan dilaksanakan

dengan efektif, Stanton dan Willenbrock (1990) menyarankan aspek

keselamatan mesti dijadikan sebahagian daripada prosider dan aktiviti sesebuah

organisasi. Mereka mencadangkan proses ini mesti disepadukan dengan sistem

pengurusan dan perancangan organisasi, bukannya dilaksanakan dalam bentuk

program tambahan kepada aktiviti pengurusan yang sedia ada.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN 2

Page 3: Assignment

PENGENALAN KEPADA KURIKULUM KH/RBT SEKOLAH RENDAH RBT3173E

1.1 PENGAJARAN PERATURAN BENGKEL DI SEKOLAH

Dalam mengajar dan menggalakkan murid-murid untuk mengamalkan serta

melaksanakan semua langkah keselamatan bagi mengelakkan segala perkara

yang tidak diingini daripada berlaku, guru boleh menggunakan pelbagai jenis

pengajaran untuk menarik perhatian murid-murid, dan juga memudahkan murid-

murid untuk mengingatkan langkah-langkah tersebut. Cadangan saya bagi

pengajaran ini adalah lagu “Jaga Keselamatan” bersertakan melodi lagu Rasa

Sayang.

Lirik lagu :

“ Keselamatan di dalam bengkel KH,

Sama-sama kita jaga demi keselamatan.

Pintu buka sentiasa, tingkap buka udara segar.

Alatan simpan di tempat asal, selepas kita gunakan.

Tidak bermain dalam bengkel, tidak berlari sini sana.

Tidak masuk tanpa cikgu, siapa cedera laporkan.

Keselamatan di dalam bengkel KH,

Arahan cikgu jelas, tetap kita ingat sentiasa.”

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN 3

Page 4: Assignment

PENGENALAN KEPADA KURIKULUM KH/RBT SEKOLAH RENDAH RBT3173E

Lagu ini merupakan lagu rakyat, yang mana melodi lagu ini agak senang

dan telah biasa didengar oleh murid-murid. Oleh itu, guru hanya perlu

mmperkenalkan lirik lagu ini untuk murid-murid. Dengan adanya unsur muzik ini,

murid-murid akan lebih mudah untuk mengingatkan langkah-langkah

keselamatan yang paling asas semasa berada di dalam bengkel. Guru juga

boleh menggunakan lagu ini semasa mengajar Unit Keselamatan Bengkel dan

Unit Peraturan Bengkel sambil membaca peraturan bengkel sekolah dengan

murid-murid.

Selain itu, guru juga boleh memaparkan video yang mengenai dengan

keselamatan diri semasa di dalam bengkel sebagai langkah set induksi ataupun

sebagai pengukuhan dalam langkah terakhir pengajaran dan pembelajaran

(P&P). Dengan adanya unsur muzik dan juga unsur animasi, murid-murid lebih

kukuh dalam ingatan untuk menjaga dan memastikan alam belajar mereka

adalah selamat, bersih dan ceria. Ini amat penting kerana menurut Hierarki

Maslow, fisiologi seseorang merupakan elemen yang paling asas bagi

pembelajaran seseorang. Sekiranya fisiologi seseorang itu tidak dijaga, maka

pembelajarannya akan terganggu.

Segala perundangan dan peraturan yang ditetapkan sebagai peraturan

bengkel sekolah sebenarnya adanya panduan-panduan ataupun rujukan-

rujukannya. Oleh itu, untuk mengenalkan panduan ataupun rujukan bagi

perundangan dan peraturan pengurusan bengkel ini, saya akan menerangkan

dua organisasi yang melibatkan diri dalam aspek ini, iaitu Jabatan Keselamatan

dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dan juga Institut Keselamatan dan Kesihatan

Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH).

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN 4

Page 5: Assignment

PENGENALAN KEPADA KURIKULUM KH/RBT SEKOLAH RENDAH RBT3173E

1.2 JABATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (JKKP)

1.2.1 PENUBUHAN

Jabatan ini merupakan sebuah jabatan di bawah Kementrian Sumber Manusia.

Jabatan ini bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan

kebajikan orang-orang yang sedang bekerja dan melindungi orang-orang lain

daripada bahaya-bahaya keselamatan dan kesihatan yang berpunca daripada

aktiviti pekerjaan pelbagai sektor iaitu: Pengilangan, Perlombongan dan

pengkuarian ,Pembinaan ,Hotel dan restoran ,Pertanian, perhutanan dan

perikanan, Pengangkutan , penyimpanan dan komunikasi ,Perkhidmatan awam

dan pihak berkuasa berkanun, Kemudahan gas, elektrik, air dan perkhidmatan

kebersihan, Kewangan, insuran, hartanah dan perkhidmatan perniagaan.

Objektif Jabatan ialah mencegah kemalangan industri dan penyakit

pekerjaan menjelang tahun 2010 seperti berikut :

(a) Pengurangan kadar kemalangan maut sehingga 20%

(b) Pengurangan kadar kemalangan yang dilaporkan (maut, hilang

upaya kekal, tanpa hilang upaya kekal) sehingga 20%

(c) Penambahan jumlah pemeriksaan penguatkuasaan sehingga

100% dan promosi sehingga 200% ; dan

(d) Penambahan tempat kerja yang menggaji pengamal KKP (SHO)

sehingga 20%

Adalah menjadi dasar Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan untuk

menyediakan persekitaran kerja yang selamat dan sihat untuk semua pekerjanya

dan orang-orang lain yang mungkin terjejas oleh aktiviti-aktivitinya. Pihak

pengurusan dan pekerja akan sama-sama berusaha untuk mencapai matlamat

dan objektif-objektif dasar ini melalui rundingan dan kerjasama.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN 5

Page 6: Assignment

PENGENALAN KEPADA KURIKULUM KH/RBT SEKOLAH RENDAH RBT3173E

Khususnya, dasar Jabatan ialah :

Untuk menyedia dan menyenggarakan suatu tempat dan sistem kerja

yang selamat dan sihat ;

Untuk memastikan bahawa semua kakitangan adalah diberi maklumat,

arahan, latihan dan penyeliaan berkenaan cara untuk menjalankan tugas

dengan selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan ;

Untuk menyiasat semua kemalangan, penyakit, keracunan dan kejadian

berbahaya dan mengambil langkah-langkah untuk memastikan kejadian-

kejadian tersebut tidak berulang lagi ;

Untuk mematuhi kehendak-kehendak perundangan mengenai

keselamatan dan kesihatan seperti yang ditetapkan di dalam Akta

Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, peraturan-peraturannya dan

tataamalan-tataamalan yang diluluskan ;

Untuk menyediakan kemudahan-kemudahan kebajikan bagi semua

pekerja ; dan

Untuk mengkaji semula dasar ini apabila perlu.

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan yakin bahawa keselamatan dan

kesihatan mestilah diintegrasikan ke dalam aktiviti-aktiviti harian kita, dan

penggunaan cara kerja selamat dan sihat adalah faktor utama ke arah

memastikan kejayaan misi. Untuk memastikan pelaksanaan dasar ini, seorang

pegawai keselamatan dan kesihatan dilantik di setiap pejabat untuk

menyelaraskan aktiviti-aktiviti keselamatan dan kesihatan seperti yang telah

dirancang.

1.2.2 PERUNDANGAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN 6

Page 7: Assignment

PENGENALAN KEPADA KURIKULUM KH/RBT SEKOLAH RENDAH RBT3173E

Perundangan baru Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan diperbuat pada tahun

1994. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) telah

mendapat kelulusan Parlimen pada 1993 dan telah diwartakan pada Februari

1994. Perundangan ini diperbuat kerana memandangkan Akta Kilang dan

Jentera 1967 hanya meliputi keselamatan dan kesihatan pekerjaan di sektor

perkilangan, perlombongan; dan penguarian dan pembinaan, yang mana

keselamatan dan kesihatan pekerja di sektor industri-industri lain tidak diliputi.

Pekerja-pekerja yang terlibat di bawah Akta Kilang dan Jentera 1967 hanyalah

24% daripada jumlah tenaga kerja, manakala Akta Keselamatan dan Kesihatan

Pekerjaan 1994 merangkumi sejumlah 90% daripada tenaga kerja dan akta ini

hanya mengecualikan pekerjaan atas kapal dan angkatan tentera.

Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 adalah bertujuan untuk

memupuk dan menggalakkan kesedaran keselamatan dan kesihatan di kalangan

pekerja-pekerja dan juga mewujudkan organisasi dan langkah-langkah

keselamatan dan kesihatan yang berkesan. Ini dilaksanakan melalui skim-skim

pengaturan kendiri yang disesuaikan dengan industri atau organisasi yang

berkaitan. Akta ini, yang mengandungi 15 bahagian, adalah langkah pembolehan

yang bertindih di atas undang-undang keselamatan dan kesihatan sedia ada

seperti Akta Kilang dan Jentera 1967. Peruntukan Akta Keselamatan dan

Kesihatan Pekerjaan 1994 ini melengkapi peruntukan undang-undang sedia ada

dan sekiranya terdapat sebarang percanggahan, Akta Keselamatan dan

Kesihatan Pekerjaan 1994 akan mengatasinya.

Akta ini juga mendefinasikan kewajipan-kewajipan am majikan, pengilang,

pekerja, pekerja sendiri, perekabentuk, pengimport dan pembekal. Walaupun

kewajipan-kewajipan tersebut adalah berbentuk am, ia memerlukan perhatian

yang serius, dan membawa pelbagai tanggungjawab yang luas. Tiga prinsip

utama telah diambil untuk dijadikan asas dalam penggubalan Akta ini. Prinsip

pertama ialah self- regulation atau pengaturan kendiri. Untuk menangani

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN 7

Page 8: Assignment

PENGENALAN KEPADA KURIKULUM KH/RBT SEKOLAH RENDAH RBT3173E

perkara-perkara berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan, pihak

majikan perlu membangunkan satu sistem pengurusan yang baik dan kemas.

Bermula dengan mengadakan satu polisi keselamatan dan kesihatan

untuk pekerja-pekerjanya, pihak majikan perlu mengadakan satu perkiraan atau

arrangement yang baik untuk dilaksanakan. Prinsip kedua ialah perundingan

atau consultation, iaitu pihak majikan, pekerja dan kerajaan perlu berunding

untuk menyelesaikan isu-isu dan masalah-masalah berkaitan keselamatan dan

kesihatan pekerjaan di tempat-tempat kerja. Prinsip ketiga ialah kerjasama atau

co-operation, iaitu pihak majikan dan pihak pekerja perlu bekerjasama untuk

menjaga, memelihara dan meningkatkan mutu keselamatan dan kesihatan

pekerjaan di tempat kerja. Tanpa kerjasama di antara majikan dan pekerja tiada

satu pun program-program keselamatan dan kesihatan yang dilaksanakan akan

berjaya.

Akta ini juga memperuntukkan perlantikan pegawai-pegawai

penguatkuasa, penubuhan Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan

Pekerjaan, pembentukan polisi dan penyusunan langkah-langkah untuk

melindungi keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang-orang yang sedang

bekerja dan orang-orang lain daripada bahaya yang timbul daripada aktiviti

orang-orang yang sedang bekerja. Kuasa untuk penguatkuasaan dan

penyiasatan, serta libiliti untuk kesalahan-kesalahan juga dinyatakan dengan

jelas.

Dengan kelulusan akta ini mulai April 1994 Jabatan Kilang dan Jentera

dikenali sebagai Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dan

Pemeriksa dikenali sebagai Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

Di bawah akta ini sektor-sekotr industri yang terlibat adalah seperti berikut:

• Pengilangan

• Perlombongan dan penguarian

• Pembinaan

• Pertanian, perhutanan dan perikanan

• Kemudahan - gas, elektrik, air dan perkhidmatan kebersihan

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN 8

Page 9: Assignment

PENGENALAN KEPADA KURIKULUM KH/RBT SEKOLAH RENDAH RBT3173E

• Pengangkutan, penyimpanan dan komunikasi

• Perdagangan borong dan runcit

• Hotel dan restoran

• Kewangan, insuran, harta tanah dan perkhidmatan perniagaan

• Perkhidmatan awam dan pihak berkuasa berkanun

Manakala misi Jabatan adalah untuk mewujudkan budaya kerja yang selamat

dan sihat di kalangan semua majikan dan pekerja supaya keselamatan,

kesihatan dan kebajikan mereka dan orang lain yang terdedah risiko

keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang berpunca daripada aktiviti orang

bekerja adalah terpelihara.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN 9

Page 10: Assignment

PENGENALAN KEPADA KURIKULUM KH/RBT SEKOLAH RENDAH RBT3173E

1.3 INSTITUT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

KEBANGSAAN (NIOSH)

1.3.1 PENUBUHAN

1 Disember 1992 menandakan sebuah era baru dalam promosi Keselamatan

dan Kesihatan di Malaysia. Pada hari ini, Institut Nasional Keselamatan dan

Kesihatan Kerja (NIOSH) dilancarkan, selepas persiapan yang cermat dan

komitmen dari semua pihak untuk meningkatkan keselamatan dan kesihatan

pekerja di tempat kerja di Malaysia. Dalam kata-kata Menteri Sumber Manusia,

Malaysia, NIOSH akan menjadi kritis mangkin "" dalam mempromosikan

keselamatan dan kesihatan yang juga akan menjadi tulang belakang "" untuk

membuat "menetapkan diri sendiri budaya keselamatan dan kesihatan" di

Malaysia.

NIOSH ditubuhkan pada tarikh 24 Jun 1992 sebagai Perseroan Terbatas

dengan jaminan, di bawah undang-undang Syarikat Malaysia, 1965. Sebagai

sebuah syarikat, NIOSH diharapkan dapat beroperasi secara cekap dan dengan

birokrasi pentadbiran minimum. NIOSH Lembaga Pengarah terdiri daripada 15

ahli Dewan, sepuluh yang dilantik oleh Kerajaan sementara sisanya dipilih oleh

ahli NIOSH dalam Sidang Umum Tahunan (RUPST). Hal ini membuat NIOSH

berbeza dari lembaga serupa di negara-negara lain. NIOSH ditubuhkan dengan

RM1 juta Pelancaran Grant dari Kerajaan dan lebih RM50 juta Endowment Fund

(RM40 juta daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (SOCSO) dari Malaysia

dan lebih RM 10 juta dari Kerajaan Malaysia), yang akan dilaburkan, dan

kembalinya pelaburan akan digunakan untuk membiayai sebahagian operasi

NIOSH.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN 10

Page 11: Assignment

PENGENALAN KEPADA KURIKULUM KH/RBT SEKOLAH RENDAH RBT3173E

1.3.2 POLISI

1.3.2.1 Keselamatan dan Kesihatan

NIOSH komited bagi memastikan persekitaran kerja yang lebih selamat dan sihat

untuk semua pekerja dan orang lain yang terlibat atau yang menerima kesan

daripada operasinya dengan mengambil kira keperluan statutory serta piawaian

Negara dan antarabangsa dan tata amalan yang berkaitan. Pelaksaan dan

keberkesanan polisi ini merupakan tanggungjawab pengurusan jaluran serta

penyertaan dan penglibatan semua pekerja dan NIOSH akan memastikan

bahawa sumber yang mencukupi, latihan dan masa juga diperuntukkan.

Aspek Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan akan diberikan keutamaan

yang sama dengan objektif utama yang lain. Sistem dan program pengurusan

Keselamatan dan Kesihatan akan sentiasa disemak untuk memastikan

penambahbaikan yang berterusan. Pendekatan kemanusiaan akan digunakan

oleh NIOSH untuk memupuk budaya kerja yang selamat dan sihat, iaitu majikan

dan pekerja hendaklah berkongsi tanggungjawab untuk mewujudkan

persekitaran kerja yang lebih baik. Polisi ini akan dipantau untuk memastikan

pencapaian objektif NIOSH dan disemak mengikut perubahan perundangan dan

organisasi.

1.3.2.2 Kualiti

Polisi kualiti NIOSH menunjukkan komitmen pihak pengurusan dan kakitangan di

dalam menjalankan aktiviti-aktiviti fungsiannya:

“Kami bertekad untuk mencapai kecemerlangan melalui peningkatan

berterusan di dalam memberi produk dan perkhidmatan Keselamatan dan

Kesihatan Pekerjaan berkualiti bagi menepati keperluan pelanggan”.

Pihak Pengurusan akan memastikan:

1. Kualiti produk dan perkhidmatan memenuhi keperluan dan kehendak

pelanggan.

2. Kualiti produk dan perkhimatan dikawal dan dipertingkatkan pada setiap

peringkat pengurusan dan organisasi.

3. Keakuran sepenuhnya terhadap keperluan kualiti.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN 11

Page 12: Assignment

PENGENALAN KEPADA KURIKULUM KH/RBT SEKOLAH RENDAH RBT3173E

4. Intergriti system pengurusan kualiti sentiasa dipelihara dalam proses

peningkatan yang berterusan.

5. Keberkesanan system pengurusan kualiti dikenal pasti.

6. Objektif kualiti sentiasa disemak dan dinilai semula.

7. Kualiti difahami dan disampaikan kepada setiap kakitangan serta menjadi

teras amalan budaya korporat institut.

Semua kakitangan memainkan peranan penting dalam memastikan kepuasan

pelanggan. Setiap kakitangan bertanggungjawab dalam memastikan sumbangan

mereka adalah berkesan dan memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan.

1.3.2.3 Pembangunan Sumber Manusia

NIOSH bermatlamat untuk membangunkan tenaga kerja yang cekap, terlatih,

berintegriti, dan professional melalui pengurusan pembangunan sumber manusia

yang sistematik selaras dengan objektif latihan dan pembangunan sumber

manusia NIOSH.

“Memberi peluang kepada semua kakitangan NIOSH menyertai latihan

untuk pembangunan sumber manusia NIOSH“

Pihak pengurusan akan memastikan:

1. Ilmu pengetahuan dan keterampilan kakitangan di dalam bidang berkaitan

dan bersesuaian dipertingkatkan.

2. Perancangan, pelaksanaan dan pemantauan aktiviti pembangunan

sumber manusia dilakukan secara sistematik bagi memenuhi tuntutan

kakitangan yang memerlukan pelbagai bentuk latihan dalam peningkatan

kompetensi.

3. Kakitangan perlu menghadiri sekurang-kurangnya lima hari latihan dalam

tempoh setahun.

Keperluan dan pembangunan latihan kakitangan akan dikenal pasti melalui:

i) Analisis keperluan latihan

ii) Penilaian tahunan kakitangan.

iii) Permohonan daripada kakitangan.

2.0 RUMUSAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN 12

Page 13: Assignment

PENGENALAN KEPADA KURIKULUM KH/RBT SEKOLAH RENDAH RBT3173E

Organisasi Bengkel adalah perkara utama yang perlu diwujudkan diawal

permulaan sesi mengajar guru bagi memastikan bengkel dapat diuruskan

dengan lebih lancar dan teratur. Kerja-kerja rutin dibengkel akan berjadual

secara teratur dan lebih sistematik.

Aspek kebersihan dan keselamatan mesti diutamakan dalam setiap aktiviti

pengajaran dan pembelajaran di bengkel KH. Melalui organisasi bengkel murid

berpeluang mempelajari aspek kerjasama dalam kumpulan serta mempraktikkan

amalan kerja yang teratur serta selamat.

Murid dapat bersama menglibatkan diri dalam aspek teknikal penyelenggaraan

alatan dan bagunan sepanjang pembelajaran matapelajaran Kemahiran Hidup.

Murid dapat menimba pengalaman baru yang boleh diaplikasikan dirumah bagi

membantu ibu bapa masing-masing.

3.0 BIBLIOGRAFI

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN 13

Page 14: Assignment

PENGENALAN KEPADA KURIKULUM KH/RBT SEKOLAH RENDAH RBT3173E

1. Ahmad Athory Hussin (1991), “Pengurusan Organisasi”. Kuala Lumpur.

Dewan Bahasa dan Pustaka.

2. Kementerian Pendidikan Malaysia (2001). Falsafah Pendidikan Kebangsaan:

Matlamat Dan Misi. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

3. Davies, D., & Howe, A. (2003). Teaching science and design and technology

in the early years , London: David Fulton Publisher.

4. Wan Siti Azizah Binti Wan Yusoff (2008). Tahap Kepatuhan Peraturan

Keselamatan Bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu Di Kalangan Pelajar-

PelajarSekolah Menengah Di Daerah Kota Bharu. Universiti Teknologi

Malaysia:Tesis Sarjana Muda

5. Kamal Halili Hassan, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan,

1994: Labour and Employment, Medicine Malaysia, CLJ (Dec), 1994.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN 14

Page 15: Assignment

PENGENALAN KEPADA KURIKULUM KH/RBT SEKOLAH RENDAH RBT3173E

4.0 LAMPIRAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN 15