assgnment-pentaksiran

Upload: vani-taah-g

Post on 10-Jan-2016

232 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

CHANDRAROSHINI SUPPIAHPISMP SEM 3 PEMULIHAN

A. ESEI PENDEK

Sudah banyak diperkatakan tentang impak era teknologi maklumat dan globalisasi dalam kehidupan manusia sama ada dalam aspek ekonomi, politik, sosial mahupun pendidikan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) digubal daripada usaha berfikir yang rasional dan kritis berlandaskan daripada ideologi negara sebagaimana yang telah dimanifestasikan dalam Laporan dan Dasar Pendidikan, termasuk Rukun Negara. FPK ini sudah tentu akan menjadi hala tuju rakyat yang memberi pedoman kepada segala usaha pendidikan di samping bertujuan melahirkan insan yang baik dan sempurna di samping menyeluruh dari aspek JERI supaya menjadi warganegara Malaysia yang berguna. Justeru, dalam dunia pendidikan, era ini dikatakan dapat mencetuskan satu reformasi baru.Semua pelajar,para pendidik dan rakyat Malaysia kini telah pun sedar akan kepentingan membaca untuk meningkatkan pengetahuan dan pengekalan tahap pencapaian akademik demi menandingi impian negara kita sejurus kepada Wawasan 2020. Bagi mencapai matlamat negara dalam melahirkan modal insan yang bermutu, kebanyakkan daripada kita dan guru-guru berfikiran sempit di mana kita hanya tertumpu kepada skor peperiksaan sahaja. Selain itu, murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran tidak begitu diutamakan dan diketepikan begitu sahaja oleh sebahagian para pendidik. Rata-rata masyarakat amnya, guru dan pelajar, apabila ditanya tentang bagaimana hendak mengukur tahap pencapaian, hanya satu jawapannya, iaitu melalui peperiksaan. Ini disebabkan oleh pendedahan kita hanya tertumpu kepada peperiksaan semata-mata sebagai kayu pengukur tahap pencapaian seseorang pelajar. Semua lapisan masyarakat memerlukan anjakan paradigma apabila berhadapan dengan isu ini. Murid-murid yang bermasalah dalam pembelajaran seperti murid-murid pemulihan juga merupakan generasi muda dan aset utama dalam memandu negara ke arah abad ke-21 setanding dengan negara-negara maju yang lain. Apabila kerajaan dan pakar-pakar pendidikan membuat kajian tentang kebergantungan kita kepada peperiksaan, didapati para pendidik lupa akan matlamat asal Falsafah Pendidikan Kebangsaan di samping baru tersedar sebenarnya terdapat pelbagai kaedah pentaksiran lain bagi mengukur tahap pencapaian seseorang pelajar serta murid-murid pemulihan boleh dipulihkan sepenuhnya melalui kaedah pentaksiran tersebut.Apakah itu pentaksiran? Pentaksiran atau penaksiran adalah perkataan Latin yang membawa maksud duduk bersama dengan pelajar dan mengesahkan respon. Pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk proses pendidikan. Pentaksiran juga boleh didefinisikan sebagai apa-apa sahaja kaedah yang diguna untuk lebih memahami pengetahuan, kemahiran, dan adab, nilai ,akhlak yang dimiliki oleh seseorang murid sama ada melalui atau tanpa melalui proses proses pengajaran dan pembelajaran. (Dari bahan oleh Dr. Jamil Adimin, Lembaga Peperiksaan, Kementerian Peperiksaan Malaysia). Selain itu, David Lambert dan David Lines, (2000), berpendapat bahawa, pentaksiran merupakan proses pengumpulan, menterjemah, merekod, dan menggunakan maklumat mengenai respon pelajar kepada tugas pendidikan. Seterusnya, Gearheart (1990), mengetengahkan pentaksiran sebagai proses pengumpulan dan penterjemahan secara saintifik tentang sesuatu maklumat yang luas berdasarkan keputusan intervensi dan apabila bersesuaian keputusan ditempatkan dan cadangan penempatan. Justeru, Salvia dan Yseldyke (1978), mengemukakan bahawa penaksiran boleh didefinisikan sebagai proses pengumpulan data dengan tujuan untuk mengenal pasti dan mengesan masalah pelajar serta untuk membuat keputusan. Menurut noraini idris (2008) pula, pentaksiran dirancang dan dikendalikan oleh guru dan menjadi sebahagian daripada proses pengajaran yang diharapkan dapat memperbaiki proses pembelajaran pelajar di samping Lembaga Peperiksaan Malaysia (2000) berpendapat bahawa penaksiran dalam pendidikan ialah suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemah maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu.Kesimpulannya, pentaksiran boleh diertikan sebagai proses pengumpulan maklumat bagi tujuan tertentu di samping satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran. Proses pentaksiran ini sangat penting dalam menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam sesebuah kelas. Menurut Azizi Ahmad (2010), pentaksiran membantu guru untuk mengkaji kelemahan dan kekuatan setiap murid dari semua aspek seperti kinestetik, taktil, dan kemahiran lisan. Hal ini membantu guru untuk mengenali murid-muridnya secara lebih mendalam di samping mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Pentaksiran juga adalah proses bagi mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang murid di dalam pembelajarannya dan boleh mendapatkan maklumat secara berterusan berkaitan sesi pengajaran dan pembelajaran murid tersebut di dalam kelas. Seterusnya, pentaksiran penting untuk menilai tahap penglibatan murid-murid dalam segala pendekatan, strategi, dan aktiviti yang dijalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Sesungguhnya, pentaksiran juga penting bagi guru untuk memperbaiki segala kelemahan yang ada dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Selepas membuat refleksi kendiri, guru boleh mengatur intervensi yang sesuai untuk mengatasi masalah-masalah murid melalui skor pentaksiran yang diperoleh bagi memperkukuhkan sesi pembelajaran di dalam kelas pada keesokan harinya. Lantaran itu, pentaksiran penting untuk guru merancang segala aktiviti bagi tujuan proses pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan seseorang murid itu. Hal ini akan menyenangkan murid-murid yang berprestasi lemah untuk terus mengikuti pengajaran guru, kerana ianya berperingkat dan sesuai dengan tahap IQ mereka. Pentaksiran juga adalah penting bagi guru melibatkan semua atau sebahagian besar murid di dalam kelas secara efektif. Pengajaran berpusatkan murid seperti pembelajaran koperatif,kerja kumpulan, perbincangan, aktiviti main peranan,permainan bahasa, dan simulasi dapat memaksimumkan kadar penglibatan murid dalam sesi pembelajaran. Rentetan itu,guru juga boleh merancang dan melaksanakan aktiviti tindak susul dengan berkesan dengan proses pentaksiran ini. Secara keseluruhannya, kepentingan-kepentingan pentaksiran yang telah disenaraikan ini telah membantu saya untuk mendalami teori perbezaan individu oleh Papalia (2001). Teori ini mengatakan mengatakan bahawa manusia berbeza dari segi jantina, berat, bentuk badan, kesihatan tahap tenaga personaliti dan emosi. Slavin (1997) pula mengaitkan perbezaan individu dengan konteks pengajaran dan pembelajaran. Beliau mengatakan bahawa, kepelbagaian pelajar terdapat dalam tahap prestasi, kadar belajar, gaya kognitif, etnik, budaya, kelas sosial, bahasa, jantina, bakat dan minat. Maka setiap individu adalah berbeza dengan individu yang lain. Ini disebabkan setiap individu adalah unik dan tidak ada individu lain yang seratus peratus sama dengannya walaupun kembar seiras. Jadi kesimpulannya, saya telah dapat mengkaji kepentingan pentaksiran dan membuat refleksi bahawa , seorang guru harus memahami perkara ini dalam kalangan murid-murid kerana ia boleh mempengaruhi kualiti dan peningkatan pembelajaran di dalam kelas. Saya juga mempelajari bahawa guru harus menggunakan pendekatan pengajaran yang sesuai untuk mengajar murid-murid mengikut keupayaan, jantina, gaya belajar, personaliti, kesihatan, sosial, kecerdasan otak, afektif dan sosial. Sehubungan dengan itu, secara umumnya terdapat tiga kaedah pentaksiran iaitu pemerhatian, lisan dan penulisan. Pemerhatian merupakan kaedah pentaksiran yang paling subjektif kerana kaedah ini bergantung kepada sikap peribadi dan emosi seseorang penilai. Guru memainkan peranan yang paling penting bagi menjalakan kaedah pemerhatian ini. Guru boleh melakukan pemerhatian ini secara tidak langsung atau secara langsung dalam keadaan formal mahupun tidak formal iaitu di dalam bilik darjah dan semasa di luar bilik darjah. Melalui cara ini, guru akan mengetahui perubahan yang mungkin jelas kelihatan misalnya dari aspek emosi, ketegangan murid, kedudukan tubuh badan yang tidak semula jadi dan perubahan tingkah laku. Melalui pemerhatian terhadap aktiviti-aktiviti P&P yang dijalankan di bilik darjah, guru juga dapat mengumpul data secara terancang untuk mengesan kelemahan dan kekuatan seseorang pelajar secara spesifik di samping data yang telah di analisis akan memberi gambaran jelas tentang masalah yang dihadapi oleh pelajar tersebut. Sesuatu yang dirasakan baik oleh seseorang penilai tidak semestinya baik bagi seorang penilai yang lain . Oleh yang demikian, kaedah pemerhatian dikatakan merupakan kaedah pentaksiran yang paling tidak adil. Walau bagaimanapun, pemerhatian ini boleh dilakukan melalui tingkah laku murid ataupun sahsiahnya semasa kehadiran di dalam kelas mahupun di luar kelas, kemahiran-kemahiran murid dan juga hasil kerja murid seperti pertuturan,penulisan, kinestetik, kraf tangan,hasil kerja amali, lukisan dan buku skrap murid. Pentaksiran secara lisan diaplikasikan bagi menaksir kebolehan pelajar mengingat dan memahami konsep, kemahiran mendengar, dan kemahiran lisan bahasa. Pentaksiran secara lisan ini boleh ditadbir dengan beberapa cara. Antaranya ialah antara murid dengan guru di mana guru akan mengemukakan soalan dan murid menjawab soalan tersebut atau guru memberikan satu tajuk kemudian murid menceritakan tentang tajuk tersebut. Hal ini secara langsung dapat membina hubungan guru murid di samping mempengaruhi perkembangan dan prestasi pembelajaran murid. Sesungguhnya, proses pengajaran dan pembelajaran juga akan menarik minat murid-murid dan berkesan kerana mempunyai komunikasi dua hala, variasi rangsangan dan kepelbagaian pedagogi dalam pembelajaran. Pentaksiran secara lisan juga boleh ditadbir antara murid dengan murid.Guru boleh mengaplikasikan pendekatan berpusatkan murid bagi memastikan penglibatan semua murid secara aktif dalam pembelajaran koperatif. Kaedah ini dapat dijalankan dengan memberi sesuatu tajuk perbincangan kepada murid-murid kemudian murid-murid yang terlibat membincangkan tajuk tersebut dalam satu kumpulan kecil. Aktiviti lawatan, bermain, simulasi atau main peranan dan pengajaran individu adalah antara kaedah yang juga menjadi pertimbangan semasa menggunakan strategi pemusatan murid .Pendekatan pengajaran berasaskan bahan pembelajaran juga merupakan suatu kaedah pentaksiran secara lisan. di mana guru memberikan sesuatu bahan pembelajaran kepada murid contohnya sekeping gambar bersiri dan murid dikehendaki untuk menceritakan gambar tersebut. Pendekatan ini juga boleh menggunakan bahan-bahan seperti, buku kerja, buku teks, video,penggunaan pita, CD, bahan berasaskan komputer, persidangan perkomputeran,CD-ROM,multimedia; dan cakera video interaktif. Pembelajaran berasaskan bahan ini amat berguna dalam membantu guru memenuhi kehendak kepelbagaian murid. Pendekatan ini juga menyediakan cara bagi murid mempelajari sesuatu mengikut kehendak atau kadaran sendiri,pada bila-bila masa. Dalam pendekatan ini,murid akan melibatkan diri sepenuhnya untuk mencari penyelesaian apabila menhadapi masalah,dan berinteraksi dalam kerja. Kaedah pentaksiran yang ketiga ialah kaedah penulisan. Kaedah penulisan merupakan kaedah pentaksiran yang sering digunakan dan ditadbirkan sebagai peperiksaan di sekolah. Ini kerana kaedah ini merupakan kaedah yang paling mudah ditadbir dan diuruskan. Selain itu, satu jumlah calon yang besar dapat diuji pada satu-satu masa tertentu. Pentaksiran ini dijalankan secara meluas untuk menguji penguasaan kemahiran bahasa, iaitu satu kemahiran ataukecekapan seseorang untuk menerima dan mentafsir maklumatseterusnya mengeluarkan idea tersebut dalam bentuk penulisan serta kemahiran intelek pelajar. Bagi kaedah pentaksiran ini, guru terlibat dalam aktiviti menyemak dan memeriksa hasil tugasan daripada kerja bertulis para pelajar seperti lembaran kerja ujian bertulis,kuiz, laporan projek, karangan, taksir graf, peta, jadual atau carta. Guru memainkan peranan yang penting dalam kaedah pentaksiran ini di mana, mereka perlu mengendalikannya sendiri dan menilai pelajarnya secara berterusan berdasarkan hasil pembelajaran ,dan objektif pembelajaran yang telah ditentukan. Ujian bentuk ini melibatkan penggunaan perkataan dan secara tidak langsung juga menguji penguasaan bahasa murid. Melalui kaedah-kaedah pentaksiran yang telah saya senaraikan, para pendidik boleh mengkaji dan mendalami tentang masalah pembelajaran yang dihadapi oleh kebanyakkan murid-murid pemulihan dalam pembelajaran asas, Bahasa Melayu, iaitu dalam aspek lisan,bacaan dan penulisan serta matematik. Aspek lisan terbahagi kepada dua kemahiran iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur.Kebanyakkan murid-murid pemulihan didapati menghadapi masalah dalam kemahiran pendengaran. Didapati mereka menghadapi kesukaran untuk mengecam, mengenal dan mengamati serta mendiskriminasi bunyi-bunyi bahasa yang berlainan. Kemahiran mengenal dan mendiskriminasikan bunyi-bunyi ini bergantung kepada faktor-faktor fisiologi serta neurologi pendengaran setakat mana kadar pendengarannya dan pengamatan pendengarannya. Selain itu, mereka kurang berupaya untuk mendiskriminasi bunyi-bunyi bukan bahasa, unit-unit bunyi bahasa, memahami perkataan, konsep dan kemahiran mendengar perkataan. Justeru, mereka berasa sukar untuk memahami ayat serta lain-lain elemen linguistik bahasa, auding, mengikut arahan, memahami urutan atau sekuan, mengingat kembali dan menentukan idea utama atau yang penting selepas guru membacakan sesuatu teks pembelajaran.

Seterusnya, murid pemulihan yang bermasalah pembelajaran juga menghadapi kesukaran dalam kemahiran bertutur. Hal ini kerana, kebanyakkannya mempunyai tahap kecerdasan yang rendah di mana kanak-kanak yang lembap bercakap dan organ-organ vokal yang kurang sempurna atau rosak .Sesungguhnya ini akan menyebabkan perkataan yang dikeluarkan tidak kemas,teratur dan lancar. Selain itu, mereka akan kerap keliru akan penggunaan seperti fonologi, morfologi, susunan kata dalam ayat(syntax)dan pragmatik. Maka, pelajar yang lemah dalam lisan akan gagal untuk memahami perkataan yang di sampaikan sekaligus sukar melibatkan diri dalam perbualan atau interaksi dengan kawan dan sebagainya. Antara masalah lisan utama yang sering dihadapi oleh murid-murid pemulihan semasa bertutur ialah menggugurkan huruf dalam sesuatu perkataan. Contohnya, laci disebut aci.Selain itu, menambahkan huruf dalam perkataan seperti pensel menjadi penseli, menggantikan huruf konsonan dalam sesuatu perkataan dengan huruf konsonan lain seperti belalang kepada berarang serta sengau di mana pengeluaran udara melalui nasal yang disebabkan oleh sumbing atau kerosakan alat artikulasi sehingga menjejaskan mutu bunyi yang dihasilkan.Justeru, kebanyakkan murid-murid pemulihan adalah gagap di mana mengulang suku kata awal atau huruf awal dalam perkataan tanpa kawalan seperti meja kepada me-me-me-meja dan hal ini disebabkan oleh masalah fungi otak.Selanjutnya, masalah intonasi iaitu penggunaan intonasi yang salah pada masa, keadaan dan tempatnya, perbendaharaan kata yang sedikit disebabkan oleh tiada pendedahan awal dalam kalangan ahli keluarga di samping enggan bercakap kerana tiada keyakinan diri untuk mengeluarkan bahasa kerana mempunyai sejarah silam yang merendahkan motivasi diri. Selanjutnya hal ini boleh memberikan impak negatif kepada murid-murid pemulihan kerana mereka tidak mempunyai kemahiran untuk menolak tekanan rakan sebaya yang negatif serta tidak dapat mengenalpasti model rakan sebaya yang baik untuk ditiru.Diteruskan lagi dengan masalah pembelajaran asas iaitu bacaan. Ini boleh dibahagikan kepada dua kategori , iaitu masalah mengenal huruf (decording ) dan masalah memahami apa yang dibacanya (reading comprehension ). Sebaliknya, murid-murid pemulihan yang lambat mengenal huruf dan lambat membaca akan mengalami masalah dalam menguasai kedua-dua kategori ini. Murid-murid pemulihan kebanyakkannya boleh membaca tetapi tidak faham akan apa yang dibacanya. Ini mungkin kerana kurang tumpuan perhatian , tidak aktif membaca , tidak faham makna sesuatu perkataan dan sebagainya. Dia perlu digalakkan supaya sering bertanya pada dirinya apa yang hendak disampaikan oleh penulis. Latihan -latihan tertentu perlu diberikan untuk meningkatkan kemahiran membaca supaya mereka memahami apa yang dibacanya . Manakala ketidakupayaan murid menguasai kemahiran asas dalam bacaan menjadikan murid murid pemulihan tidak berkemahiran membaca secara mekanis, iaitu bacaan pantas dengan dan murid cepat berasa penat semasa membaca dalam masa yang agak lama. Selain itu, didapati kebanyakkan murid-murid pemulihan tidak dapat memahami maksud ayat yang dibaca dengan baik dan tidak boleh membaca perkataan yang melebihi dua suku kata .Kegagalan memahami kemahiran asas ini menjadikan murid tidak berkeupayaan menguasai kemahiran menyenaraikan idea-idea utama atau mengelaskan isi kandungan teks dengan baik. Kadang kala , murid-murid ini mengalami masalah dan tidak faham apa yang dibaca kerana kelemahannya untuk memahami bahasa yang digunakan. Sesuatu perkataan yang tidak difahami akan mengaburi konsep yang ingin disampaikan. Mungkin dia sukar memahami konsep yang cuba ditonjolkan oleh si penulis kerana terlalu kompleks dan penggunaan perkataan yang aras tinggi. Oleh itu , dia memerlukan penjelasan guru pemulihannya. Kerap kali murid-murid pemulihan juga menghadapi kesukaran untuk mengingat apa yang dibacanya dan perlu mengulang membaca beberapa kali. Sementalahan itu, antara masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid-murid pemulihan dalam aspek penulisan ialah kesukaran memegang pen atau pensel ketika menulis dengan tangan, menulis huruf yang berlainan saiz, kelemahan dalam mengeja, tidak menggunakan tatabahasa yang betul, organisasi perenggan yang tidak teratur dan kurang menggunakan struktur ayat yang kompleks. Hal ini kerana kemahiran pergerakan tangan, otot dan jari mereka didapati lembap .Sesungguhnya, mereka tidak dapat mengawal tulisan di samping, mengambil masa yang lama untuk menulis, dan tulisan sukar dibaca . Bagaimana pun, kemahiran menulis pelajar pemulihan boleh dipertingkatkan jika intervensi awal dilaksanakan dan kaedah mengajar yang teratur dan sistematik diperkenalkan. Bidang terakhir di mana pelajar bermasalah pembelajaran menghadapi kesukaran untuk belajar ialah matematik. Masalah ini juga boleh di istilahkan sebagai diskalkulia yang merujuk kepada ketidakupayaan dalam kemahiran matematik. Secara umumnya diskalkulia bermakna ketidakupayaan untuk mengira. Sehubungan dengan itu ,murid-murid pemulihan juga kurang berupaya untuk mengaplikasikan lima tonggak utama dalam pengajaran dan pembelajaran matematik , iaitu penyelesaian masalah,komunikasi,penaakulan, perkaitan dan aplikasi matematik. Contohnya, mereka lemah dalam pengiraan asas seperti tambah, tolak, darab dan bahagi dan sukar membuat anggaran dan pengukuran seperti saiz, nilai, wang, jarak atau cecair. Maka guru boleh menggunakan pembelajaran kontekstual di mana penggunaan masalah matematik pada situasi sebenar. Hal ini dapat membantu murid-murid untuk menghayati pembelajaran dengan merasai dan mengetahui matematik sebagai sebahagian daripada kehidupan sebenar. tidak menguasai sepenuhnya

Maka dirumuskan bahawa, pentaksiran merupakan proses pengumpulan, menterjemah, merekod dan perlaksanaan proses pentaksiran amatlah penting di samping sebagai seorang bakal guru, pengetahuan tentang pentaksiran amatlah diperlukan untuk menilai dan membentuk semula kelemahan-kelemahan anak-anak bangsa negara kita , Malaysia. Maka, sebagai seorang pendidik, guru sentiasa bertanggungjawab untuk mencari ilmu dan mencurahkannya kepada generasi muda bagi mengubah dirinya daripada jahil kepada berpengetahuan, lembap kepada cerdik, mundur kepada maju, dan derita kepada bahagia sesungguhnya mengamalkannya bagi memenuhi tuntutan keperluan pendidikan dan juga pada masa hadapan