assg edu sem 7

7

Click here to load reader

Upload: nas-fellah-kalika

Post on 13-Dec-2015

219 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

assg

TRANSCRIPT

Page 1: assg EDU SEM 7

1.0 PENGENALAN

Profesion keguruan adalah salah satu bidang terpenting di dalam membina sesebuah tamadun

bangsa. Ini adalah kerana bidang ini menitik beratkan konsep memanusiakan manusia. Bermula

dengan memberi maklumat sehinggalah dapat melahirkan seorang manusia yang kreatif dan kritis

dalam menghadapi kehidupan dan cabaran yang sebenar.

Profesion perguruan atau kerjaya sebagai guru adalah antara beberapa jenis pekerjaan

yang penting dalam proses pembangunan manusia, masyarakat dan negara. Profesion

perguruan merupakan profesion paling utama di dalam proses penyerapan ilmu

pengetahuan kepada individu dan masyarakat. Dalam era globalisasi sekarang, peranan

guru menjadi semakin kompleks dan mencabar. Golongan guru hendaklah memastikan

martabat perguruan sentiasa dipertingkatkan dari masa ke semasa ke tahap yang lebih

tinggi dan dihormati seterusnya dapat merealisasikan Misi Nasional seperti yang digariskan

oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia dalam Rancangan Malaysia Ke-9.

Mengikut Kamus Dewan, ‘profesion’ ialah pekerjaan terutamanya yang memerlukan

pelajaran yang tinggi dan latihan yang khas misalnya dalam bidang undang-undang,

senibina, perubatan, perakaunan dan lain-lain. ‘keguruan’ pula membawa maksud tugas

dan tanggungjawab ( kerjaya) sebagai guru.

Dari kedua-dua pengertian tersebut, ia memberi makna bahawa profesion perguruan

sama ada tinggi atau rendah, jaya atau gagal dilihat dan dinilai oleh masyarakat dari sudut

peribadi gurunya dalam pembinaan negara bangsa itu sendiri.

Page 2: assg EDU SEM 7

Profesion perguruan adalah antara profesion yang tertua di dunia. Dalam tempoh itu,

perubahan demi perubahan telah berlaku dalam pelbagai aspek seperti penambahbaikan

dalam perlaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran serta pengubahsuaian dalam

misi dan visi pendidikan. Selari dengan itu, guru merupakan elemen yang paling penting

dalam mencorakkan stail pengajaran yang berkesan agar segala matlamat dalam dunia

pendidikan dapat dicapai secara optimum. Ledakan dunia sains dan teknologi pada masa

kini menambahkan lagi cabaran yang perlu dihadapi oleh guru dalam menentukan mod

pengajaran yang baik. Sekiranya satu ketika dahulu tugas utama guru adalah sebagai

penyampai pengajaran namun pada masa kini guru lebih bertindak sebagai fasilitator atau

pemudah cara dalam proses.

Untuk menjadi seorang guru yang professional dan mencapai standard yang baik,

program latihan intensif merupakan peluang terbaik bagi bakal-bakal guru menggilap

kemahiran yang diperlukan sebelum memasuki dunia perguruan yang sebenar. Sepanjang

menjalani Program Latihan Mengajar, guru pelatih berpeluag untuk meningkatkan

kecekapan penyampaian pengajaran, meluaskan pengalaman serta mendapatkan wawasan

dan teori serta amali pengajaran dan pembelajaran kerana program ini mengandungi

beberapa komponen yang dapat membentuk golongan guru yang berkualiti. (Kamaruddin,

1998).

Page 3: assg EDU SEM 7
Page 4: assg EDU SEM 7

Perguruan adalah satu profesion yang bermatlamatkan pembentukan insan dan

ihsan manusia yang sempurna agar manusia yang sempurna itu mengerti tentang peranan

dan tanggungjawab mereka terhadap diri sendiri, masyarakat, alam yang mereka diami

serta terhadap keesaan yang Maha Pencipta. Menurut perspektif agama, kedudukan

seorang guru adalah setaraf dan semulia dengan pemimpin negara dan tugas mendidik ahli

masyarakat merupakan satu ibadah yang dituntut. Dari segi konsep profesionalisme adalah

satu nilai yang berkait rapat dengan fungsi pekerjaan seseorang. Ia perlu wujud dalam diri

seseorang jika matlamat pekerjaan menuju ke arah keberkesanan, produktiviti, kecekapan

dan tanggungjawab.

Profesionalisme pada asasnya dianggap suatu nilai yang murni jika individu

mengamalkan tanggungjawab mereka dengan penuh dedikasi, tidak mementingkan diri

atau suka memilih pekerjaaan. Profesionalisme seseorang guru berkait rapat dengan mutu

pendidikan di beberapa segi, seperti sikap dan nilai guru dalam pengajaran umpamanya,

akan mempengaruhi minat, sikap dan nilai pelajar. Begitu juga dengan pendekatan yang

digunakan turut memberi pengaruh terhadap tingkah laku, tahap penerimaan dan

Page 5: assg EDU SEM 7

kefahaman pelajar dengan pembelajaran. Mutu pendidikan juga berkait rapat dengan

keberkesanan dalam menggunakan sumber pengajaran secukupnya yang turut

mempengaruhi minat, kefahaman, penyertaan dan pencapaian pelajar dalam pembelajaran.

Mutu pendidikan berhubung dengan personaliti guru yang akan menentukan iklim

pembelajaran pelajar.

Keberkesanan dalam profesion perguruan berkait rapat dengan keupayaan dan

usaha guru yang gigih untuk menyempurnakan tanggungjawab terhadap pelajar, sekolah

dan masyarakat. Antara tumpuan keberkesanan dalam profesion ini ialah sejauh mana

berkesannya penggunaan sumber dan teknologi pengajaran, penggunaan kaedah

pengajaran, mewujudkan suasana pembelajaran yang sihat dan berkesan dalam bilik

darjah, pengawalan bilik darjah serta keberkesanan menanamkan sikap serta nilai-nilai

murni pembelajaran di kalangan pelajar.

2.0

Konsep Kemahiran Profesional

Kemahiran profesional bermaksud seseorang itu mempunyai kemahiran dan pakar dalam bidang

yang diceburinya. Seseorang yang memiliki kemahiran profesional mampu melaksanakan

tugasnya tanpa banyak masalah yang timbul. Bagi seseorang yang profesional, dia bukan hanya

mahir dalam bidang yang diceburinya, malah juga mempunyai pengetahuan dalam bidang-

bidang lain.

Tiga ciri kemahiran profesional guru.

1. Selain daripada memiliki sijil kelayakan kemahiran ikhtisas yang diikhtiraf, guru juga

perlu mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam banyak aspek,

bukan sahaja mata pelajaran yang diajarnya.

2. Bertanggungjawab dan memberikan perkhidmatan yang bermutu tinggi.

Page 6: assg EDU SEM 7

3. Terlatih dan mahir dalam tugas-tugas mengajar dan membimbing murid-murid.

Page 7: assg EDU SEM 7

BIBLIOGRAFI

4. Abdullah Yusuf Ali (1991), Al Quranul Karim, Terjemahan Dan Huraian Maksud, Terjemahan Uthman El-Muhammady, KL., DBP.

5. Abdul Hamid Mahmood (Okt.1990), Komunikasi Berkesan Asas Pendidikan Bermutu, Jurnal Dewan Bahasa, KL., DBP.

6. Ab. Rahman Abu Bakar (1992), Kearah Melahirkan Pengajaran Berkesan, Jurnal Dewan Bahasa, KL., DBP.

7. Edward, A.D. and Westergate (1987), Investigating Classroom Talk, London and Philadepia: The Falmer Press.

8. Ee Ah Meng (1996), Pendidikan Di Malaysia 1, Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.9. Mohd Amir Sharifudin Hashim (1986), Pengurusan Bilik darjah: Interaksi Guru-Murid

Dalam Bilik darjah, Kertas Kerja Ikhtisas Guru-Guru agama Islam, KPM: Bahagian Agama Islam.

10. Mok Soon Sang, (1996), Pendidikan Di Malaysia, Kumpulan Budiman Sdn Bhd, Kuala Lumpur.

11. Noran Fauziah Yaakob dan Ahmad Mahzan Ayob (1990), Guru dan Perguruan, Kuala Lumpur, DBP.

12. Rosli Abd. Rahman (1997), Kesan Latihan Kemahiran Berkomunikasi Terhadap Konsep Kendiri Pelajar Di Sebuah sekolah Menengah, Jurnal Pendidikan Malaysia.

13. Tan Sri Dr. Wan Mohd Zahid Mohd Noordin, , 4 April 1997, Gerak Gempur Minda Lahir Pelajar Kritis, Utusan Melayu.

14. Theodore Coladarci (1991), Teachers' Sense of Efficacy and Commitment to Teaching, Journal of Experimental Education, University of Maine.