asia tenggara

5
BAB1 PENGENALAN I. MENGAPAKAH MENGKAJI HUBUNGAN TRADISIONAL SERANTAU? Satu tinjauan sepintas lalu tentang persejarahan rantau Asia Tenggara akan mengesahkan dengan jelas bahawa terdapat kekurangan penulisan tentang sejarah dan perkembangan intra-rantau sebelum kedatangan dan penubuhan rejim penjajah di rantau tersebut. Memang terdapat beberapa karya yang bercorak memo, laporan ataupun jumal hasil penulisan para pegawai syarikatsyarikat Barat atau pegawai kerajaan penjajah, dan misi-misi diplomat seperti Parsi dan China. Walaupun begitu, karya-karya tersebut hanya memberi tumpuan kepada keadaan sosioekonomi dan politik sesebuah wilayah yang mereka berminat sahaja dan kurang wujudnya usaha untuk merekod atau menganalisis gambaran yang komprehensif tentang rantau Asia Tenggara atau perkembangan hubungan sosioekonomi dan politik di kalangan negeri Asia Tenggara sendiri. Sama ada wujud atau tidak hubungan serantau antara pusat-pusat kuasa di rantau in ternyata bahawa pada akhir abad ke-19 negeri-negeri di Asia Tenggara tidak lagi berhak berhubung secara langsung di antara satu dengan yang lain. Segala hubungan serantau Asia Tenggara dijalankan rejim penjajah yang berkenaan. Misalnya, sekiranya Siam ingin berhubung dengan Burma, Bangkok dikehendaki menjalankan urusan diplomatiknya me- 1 ASIA TENGGARA: HUBUNGAN TRADISIONAL SERANTAU lalui British yang mentadbir negeri itu. Begitu juga dengan hubungan antara Tanah Melayu atau negeri-negeri di Tanah Melayu yang di bawah lingkungan politik British dan Vietnam yang di bawah kuasa Perancis. Pihak British di Tanah Melayu akan menguruskan hal ehwal yang berkenaan dengan pihak Perancis di Vietnam atas nama kerajaan tempatan yang terlibat. Dalam suasana sosiopolitik mi, jelas bahawa hubungan serantau tidak wujud sama sekali sepanjang pemerintahan penjajab Barat di Asia Tenggara. Persoalan yang ditimbulkan di sini ialah adakah wujud atau

Upload: khairuljamilah

Post on 26-Dec-2015

23 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

at

TRANSCRIPT

Page 1: Asia Tenggara

BAB1PENGENALAN

I. MENGAPAKAH MENGKAJI HUBUNGANTRADISIONAL SERANTAU?Satu tinjauan sepintas lalu tentang persejarahan rantau AsiaTenggara akan mengesahkan dengan jelas bahawa terdapat kekuranganpenulisan tentang sejarah dan perkembangan intra-rantausebelum kedatangan dan penubuhan rejim penjajah di rantau tersebut.Memang terdapat beberapa karya yang bercorak memo,laporan ataupun jumal hasil penulisan para pegawai syarikatsyarikatBarat atau pegawai kerajaan penjajah, dan misi-misidiplomat seperti Parsi dan China. Walaupun begitu, karya-karyatersebut hanya memberi tumpuan kepada keadaan sosioekonomidan politik sesebuah wilayah yang mereka berminat sahaja dankurang wujudnya usaha untuk merekod atau menganalisis gambaranyang komprehensif tentang rantau Asia Tenggara atau perkembanganhubungan sosioekonomi dan politik di kalangannegeri Asia Tenggara sendiri. Sama ada wujud atau tidak hubunganserantau antara pusat-pusat kuasa di rantau in ternyatabahawa pada akhir abad ke-19 negeri-negeri di Asia Tenggaratidak lagi berhak berhubung secara langsung di antara satudengan yang lain. Segala hubungan serantau Asia Tenggara dijalankanrejim penjajah yang berkenaan.Misalnya, sekiranya Siam ingin berhubung dengan Burma,Bangkok dikehendaki menjalankan urusan diplomatiknya me-1ASIA TENGGARA: HUBUNGAN TRADISIONAL SERANTAU

lalui British yang mentadbir negeri itu. Begitu juga denganhubungan antara Tanah Melayu atau negeri-negeri di TanahMelayu yang di bawah lingkungan politik British dan Vietnamyang di bawah kuasa Perancis. Pihak British di Tanah Melayuakan menguruskan hal ehwal yang berkenaan dengan pihakPerancis di Vietnam atas nama kerajaan tempatan yang terlibat.

Dalam suasana sosiopolitik mi, jelas bahawa hubungan serantautidak wujud sama sekali sepanjang pemerintahan penjajab Baratdi Asia Tenggara.Persoalan yang ditimbulkan di sini ialah adakah wujud atautidak hubungan serantau yang bermakna dan dinamis padazaman tradisional yakni sebelum kedatangan penjajah di AsiaTenggara? Tepatkah penjelasan sarjana-sarjana Barat yangmenyatakan bahawa “hubungan” yang sedia ada di kalanganpusat kuasa tempatan sebelum kedatangan penjajah Barat ialahpersaingan, pergaduhan, peperangan, dan pemusuhan? Dengankata lain, bolehkah kita terima penjelasan bahawa hubunganserantau Asia Tenggara sebelum rantau itu “diperadabkan” olehkuasa-kuasa Barat ialah tidak lain tidak bukan hubungan negatifdan saling memusnahkan sahaja?

Page 2: Asia Tenggara

Kajian mi bertujuan memberi satu analisis tentang hubunganserantau Asia Tenggara pada zaman tradisional yang berlainandaripada gambaran yang dikemukakan oleh para sarjanapenjajah Barat yang nampaknya diterima oleh sarjana-sarjanatempatan iaitu hubungan serantau zaman tradisional itu sekiranyawujud pun merupakan sesuatu yang kurang bermanfaat dansebaliknya menunjukkan Asia Tenggara sebagai satu rantau yang

tidak begitu tenteram serta saling membinasakan. Tesis kajian miialah hubungan serantau Asia Tenggara menunjukkan satu sistemdiplomatik antarabangsa yang secocok dengan keperluan sosiobudayadan politik semasa. Ia juga memaparkan keadaan sosioekonomiyang saling membantu dan berharmoni yang dapatmaksimumkan potensi setiap wilayah yang terlibat dalam aktivitiperdagangan dan ekonomi rantau in Sebaliknya, kemerosotanpenglibatan masyarakat tempatan dalam hal ehwal sosioekonomiserantau yang berlaku akibat peningkatan campur tanganpedagang-pedagang Barat merupakan sebab asas kepada be-2PENGENALAN

berapa masalah serantau yang akhirnya membawa kepada keadaansosiopolitik yang melumpuhkan ketenteraman danundang-undang serta keseimbangan masyarakat Asia Tenggara.Mungkin yang lebih penting, perkembangan itu memusnahkandaya inisiatif serta membantutkan perkembangan sosioekonomimasyarakat tempatan di Asia Tenggara.Bagi mendapatkan gambaran yang jelas tentang perkembanganAsia Tenggara, agak sesuai jika satu tinjauan dibuat terlebihdahulu tentang pensejarahan moden Asia Tenggara. Secaranngkas, boleh dikatakan bahawa penulisan sejarah moden diAsia Tenggara muncul selepas kedatangan penjajah di rantautersebut yakni lebih kurang pada pertengahan kedua abad ke- 19.Aspek-aspek yang amat membezakan penulisan sejarah modendaripada sejarah tradisional Asia Tenggara ialah pengenalan kaedahdan teknik penulisan yang berasaskan corak pemikiran dannilai-nilai sosial dan intelektual Barat seperti konsep ilmu yangbergantung pada fakta-fakta yang dapat dibuktikan, konsep lojikyang dapat diterima akal, dan keobjektifan analisis dan penjelasanpenulis. Dengan kata lain, penggantian corak penulisansejarah tradisional yang mementingkan keperluan sosiobudayamasyarakat melalui unsur-unsur mitos dan legenda oleh corakpenulisan sejarah secara “saintifik”.1 Tidak hairanlah bahawapara sarjana yang menghasilkan sejarah moden Asia Tenggarapada awalnya adalah para pegawai penjajah. Ternyata bahawadengan definisi dan konsep baru sejarah, golongan elit tempatantidak dapat menyumbang karya-karya bersifat “sejarah” dansaintifik itu. Oleh itu, tanggungjawab menulis sejarah tempatansecara automatik menjadi bidang pengkhususan para pegawaipenjajah. Selain hakikat bahawa merekalah yang mampu menuussejarah yang bersifat “saintifik”, para pegawai-sarjana tersebutjuga mempunyai sebab tertentu bagi menghasilkan satu versi

Page 3: Asia Tenggara

sejarah yang akan menyokong keperluan dasar imperialis dankedudukan penjajah Barat di Asia Tenggara. Dalam suasana1 Lihat Kobkua Suwannathat-Pian, 1993. ‘Sejarah dan Pensejarahan di AsiaTenggara.’ Manuskrip yang tidak diterbitkan, him. 24—54.

3ASIA TENGOARA: HUBUNGAN TRADISIONAL SERANTAU

sosiopolitik penjajah in seperti Asia Tenggara yang ditulis olehpara pegawai-sarjana penjajah merupakan versi sejarah yangmenafikan pencapaian sosiobudaya, politik, pentadbiran danaspek lain masyarakat tempatan sebelum kedatangan penjajah,dan, sebaliknya, mengagung-agungkan usaha dan pencapaianpenjajah membangunkan masyarakat tempatan di bawah kuasadan pentadbirannya. Kesannya, sejarah Asia Tenggara seolaholahsebelum kedatangan kuasa Barat tiada sejarah Asia Tenggara.Perkembangan penulisan moden di Asia Tenggara sejakperrnulaannya dapat dibahagikan kepada tiga tahap besar iaitusekolah Barat-sentrik, sekolah Asia/tempatan-sentrik dan sekolahberautonomi. Sekolah Barat-sentrik berpengaruh dan pertengahanabad ke- 19 sehingga Perang Dunia Kedua. Pada umumnya,

“sarjana” sekolah mi hanya memegang secara teori falsafah dandefinisi sejarah sebagai khazanah ilmu tentang perkembangan

manusia. mi bermakna sejarah terpaksa dikaji dan ditulis mengikutprinsip “saintifik” yakni fakta-fakta sejarah mestilah disokongoleh bukti-bukti yang dapat dipercayai dan terbukti. Walaubagaimanapun, kebanyakan sejarah sebelum Perang Dunia Pertama

kurang menggunakan teori mi apabila mereka mengkajisejarah tempatan Asia Tenggara. Biasanya, sumber-sumber ternpatandan bukti-bukti yang tidak menyokong theory a priory mereka,iaitu aspek-aspek positif dan membina pentadbiran penjajabserta kemunduran masyarakat setempat Asia Tenggara yangmemerlukan pertolongan dan Barat, adalah diabaikan. Hanyasumber-sumber yang mengesahkan theory a priory mereka digunakanuntuk menjelaskan perkembangan sejarah Asia Tenggara.Dengan sifat yang amat berat sebelah sumbangan Barat kepadaAsia Tenggara itu, sejarah yang dihasilkan oleh sekolah itu dikenalikemudiannya sebagai sejarah yang bersifat Barat-sentrik.Contoh penulisan sejarah Asia Tenggara yang bersifatBarat-sentrik tulen ialah British Malaya (Frank Swettenharn1902), The Pacification of Burma (Charles Crosthwaite 1912),Annam et Indo-China Francaise (E. Diguet 1908), dan Politicaland Commercial Considerations Relative to Malayan Peninsula4PENGENALAN

and the British Settlements in the Straits of Malacca (J. Anderson1824).2Namun sekolah Barat-sentrik menempuh satu perkembanganyang bermakna pada tahun 1920-an apabila munculnyapara pegawai-sarjana yang berpendidikan tinggi. Pegawaisarjana

penjajah generasi moden mi memperlihatkan minat, simpatidan tanggungjawab terhadap peradaban dan pencapaian tradisional

Page 4: Asia Tenggara

Asia Tenggara. Oleh itu, walaupun mereka masihmemegang kepercayaan bahawa rejim penjajah merupakan sesuatuyang positif kepada Asia Tenggara dan yang amat diperlukanoleh masyarakat tempatan, mereka juga cuba menulis sejarahyang bersifat akademik dan agak objektifjika dibandingkandengan generasi penulis sebelum mereka. Hasil penulisan sanjanamoden sekolah Barat-sentrik yang kebanyakannya bertemakantentang sosiobudaya dan adat resam masyarakat merupakankarya-karya yang ilmiah dan menunjukkan pengiktirafan Baratterhadap budaya dan tamadun tempatan. Contohnya, R.O. Winstedtyang menulis tentang Sejarah Tanah Melayu; G.E. Lucetentang Burma; G. Coedes tentang zaman pengindiaan AsiaTenggara; D.G.E. Hall tentang Burma dan perkembangan AsiaTenggara; dan J.S. Furnivall tentang Kepulauan Hindia Timur/Indonesia. Terdapat juga sanjana-sanjana yang mengkaji penulisansejarah tradisional Asia Tenggara seperti N.J. Krom dan C.C.Berg yang mengkaji Nagarakertagama dan Babad Tanah Jawa;dan Pe Maung dan G.E. Luce yang menterjemah HmannanMahayazawindawgyi.Sekolah Asia/tempatan-sentrik merupakan jawapan kepadasekolah Barat-sentrik. Pada tahun 1934, seorang sarjana Belandayang bernama Jacob Cornelius van Leur, dalam kajiannya ten-2 Di kalangan para sarjana masa kini terdapat seorang sarjana yang amatberkaliber yang dapat menghasilkan sebuah sejarah tempatan dengan mencampuradukkanteon Barat dan sumber tempatan. Beliau ialah ArthurPhayre, utusan kerajaan India British ke Istana Raja Mindon Mm, Burmapada tahun 1852. Phayre menulis sejarah Burma dengan menggunakansumber-sumber Burma sendiri, khasnya penulisan tradisional yazawin iaituHmannan Mahayazawindawgyi. Karya beliau masih dianggap sebagai satuteks yang bermutu tentang sejarah Burma.

5http://www.karyanet.com.my/knet/ebook/preview/p_Asia_Tenggara_Hubungan_Tradisional_Serantau.pdf