tamadun islam & asia tenggara

17
PENGENAL AN Empayar Takrifan moden tentang empayar yang dipersetujui umum ialah sebuah entiti politik yang besar yang memerintah ke atas wilayah sempadan negara. Kemunculan pusat-pusat tamadun Melayu pada masa ini kebanyakkannya berasaskan dua ciri utama iaitu Agraria dan Maritim. Antara kerajaan- kerajaan Melayu tersebut ialah Funan, Angkor, Kedah Tua, Champa, Chih Tu, Srivijaya dan Majapahit.

Upload: dauz-aliasa

Post on 15-Jul-2016

295 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

menerangkan mengenai kursus tamadun islam & tamadun asia

TRANSCRIPT

Page 1: tamadun islam & asia tenggara

PENGENALAN

Empayar

Takrifan moden tentang empayar yang dipersetujui umum ialah sebuah entiti politik yang besar yang memerintah ke atas wilayah sempadan negara.

Kemunculan pusat-pusat tamadun Melayu pada masa ini kebanyakkannya berasaskan dua ciri utama iaitu Agraria dan Maritim. Antara kerajaan-kerajaan Melayu tersebut ialah Funan, Angkor, Kedah Tua, Champa, Chih Tu, Srivijaya dan Majapahit.

Page 2: tamadun islam & asia tenggara

melayu

Lakaran peta dunia dalam karya Ptolemy (c. AM 90 – c. 168), Geographia ada menyatakan tentang sebuah tanjung di Aurea Chersonesus (Semenanjung Tanah Melayu) yang diberi nama Maleu-kolon, dipercayai berasal dari perkataan Sanskrit Malayakolam atau Malaikurram.

Semenanjung Tanah Melayu dalam Peta Dunia Ptolemy. Teluk Bengal di sebelah kiri, Semenanjung Tanah Melayu di tengah dan Laut China Selatan di sebelah kanan dengan perkataan “Sinae”

Sir Roland Braddell mengaitkan Malayadvipa ini dengan Sumatra, ramai sarjana India mempercayai ia merujuk kepada semenanjung Tanah Melayu yang lebih bergunung-ganang, di mana beberapa kerajaan maritim Melayu purba telah wujud dan berinteraksi dengan benua India sejak permulaan kurun Masihi. Orang Melayu juga pernah dirujuk sebagai orang Kun-lun dalam beberapa catatan China. Istilah Kunlun pada asalnya digunakan untuk merujuk kepada banjaran gunung yang terbentang melangkaui sebahagian besar wilayah Tibet dan utara India. Ia kemudiannya digunakan oleh orang Cina zaman dahulu sebagai rujukan kepada semua bangsa berambut hitam kerinting yang tidak bertamadun dari gunung-gunung dan hutan-hutan terpencil.

Page 3: tamadun islam & asia tenggara

KERAJAAN AGRARIA Kerajaan Agraria adalah kerajaan yang ekonominya berasaskan pertanian

yang terletak di kawasan tanah subur, di lembangan sungai dan kawasan pedalaman. Sebelum bercucuk tanam masyarakat Agraria menjalankan kegiatan berburu, mengutip hasil hutan dan menangkap ikan. Kemudian masyarakat Agraria menjalankan kegiatan pertanian dan meternak binatang. Hasil utama pertanian ialah ubi taro, padi huma dan padi sawah. Masyarakat Agraria membina empangan dan saliran untuk menjalankan kegiatan pertanian. Pemerintah memainkanperanan penting dalam membina empangan dan terusan. Antara kerajaan Agraria yang termashur adalah Kerajaan Funan dan Kerajaan Angkor.

Page 4: tamadun islam & asia tenggara

KERAJAAN FUNAN Funan dalam transkripsi Cina adalah

perkataan ‘pnom’ yang bermaksud ‘gunung’.Wujud pada abad pertama masihi.

Kerajaan ini digabungkan dengan kerajaan Chenla. Pusat kerajaan Funan terletak di Vyadhapura.

Funan dikatakan kuat dipengaruhi oleh kebudayaan India dan menggunakan rakyat India untuk pemerintahan negara.

Kegiatan utama Funan ialah pertanian dan tanaman utama ialah padi sawah.

Pada tahun 270-an Kerajaan Funan dan Negara jirannya Champa bergabung untuk menyerang jajahan Cina Tongking. Namun pada tahun 357, Funan menjadi jajahan China maka dengan itu jatuhlah Kerajaan Funan.

Page 5: tamadun islam & asia tenggara

KERAJAAN ANGKOR Angkor ialah nama yang digunakan untuk merujuk kepada sesuatu

kawasan di kemboja yang merupakan pusat pemerintahan empayar Khmer yang berkuasa di antara abad ke-9 dan abad ke-15 Masihi.

Raja mempunyai kuasa mutlak dan dianggap Devaraja.

Kerajaan Angkor menerima pengaruh agama Hindu-Buddha. Angkor Wat adalah bukti pengaruh Hindu-Buddha.

Pembinaan baray membolahkan kerajaan Angkor mempunyai hasil pertanian yang banyak. Kawsan pertanian utamanya di sekitar Tasik Tonle Sap.

ANGKOR WAT

TASIK TONLE SAP

Page 6: tamadun islam & asia tenggara

KERAJAAN MARITIM Kerajaan ini menjalankan kegiatan berasaskan laut.Antara yang terpenting

ialah kegiatan perdagangan. Laluan laut telah digunakan sebagai laluan utama. Bagaimanapun sungai masih juga memainkan peranan penting sebagai pusat pentadbiran kerajaan dan petempatan penduduk. Kuala-kuala sungai telah muncul sebagai perlabuhan yang berkembang menjadi pusat perdagangan. Aktiviti membina kapal dan perikanan turut dijalankan. Perlabuhan-perlabuhan turut dilengkapi dengan kemudahan bekalan air, tempat tinggal, tempat menyimpan barang dan kawasan berjual beli. Kerajaan Maritim berfungsi sebagai orang tengah menjual barangan dari kawasan pendalaman. Hasil hutan, rempah ratus, ubat-ubatan,gaharu, cendana dan damar diperoleh dari kawasan pedalaman dan pulau-pulau berhampiran. Barangan ini mendapat permintaan yang tinggi di pasaran antarabangsa.

Page 7: tamadun islam & asia tenggara

KERAJAAN KEDAH TUA Kerajaan ini wujud pada kurun ke-5 masihi. Perlabuhan utama

peringkat awal ialah Sungai Mas dan kemudiaannya berpindah ke Lembah Bujang. Kedah Tua juga dikenali sebagai Kataha. Gunung Jerai menjadi panduan pedagang untuk singgah di perlabuhan Kedah Tua.

Kerajaan Lembah Bujang Lembah Bujang merupakan salah satu tempat bersejarah yang

terkenal di Malaysia kerana mempunyai pelbagai khazanah tinggalan zaman. Kedudukan Lembah Bujang adalah merangkumi kawasan seluas 144 batu persegi dengan pembatasan Bukit Choras di Bahagian Utara, Sungai Muda di bahagian Selatan, Selat Melaka di bahagian Timur dan Lebuhraya Utara-Selatan di bahagian Barat. Kedudukan ini dianggap strategik kerana amat sesuai dijadikan destinasi bersejarah.

Page 8: tamadun islam & asia tenggara

KERAJAAN SRIVIJAYA Bukti terawal kewujudan kerajaan Srivijaya adalah dari abad

ke -7 apabila seorang sami Buddha dari China, I-Tsing ada menulis tentang lawatannya selama 6 bulan ke Srivijaya pada tahun 671. Penerimaan Batu Bersurat Kedukan Bukit bertarikh 683 Masihi yang ditemui di Palembang, Sumatera ada menyebut mengenai Srivijaya.pusat pentadbiran di Palembang.

“Srivijaya dalam bahasa Sanskrit membawa maksud yang mana Sri (श्री) bermaksud seri atau sinar dan Vijaya (वि�जय) bermaksud kemenangan atau kejayaan.”

Pada zaman empayar Srivijaya, masyarakat mengamalkan agama Hindu-Buddha manakala dari segi mata wang, empayar ini menggunakan mata wang syiling emas dan perak asli.

Page 9: tamadun islam & asia tenggara

KERAJAAN SRIVIJAYAAntara seni kerajaan Srivijaya :-

Candi Muara Takus

Candi Muara Jambi

Arca Emas

Page 10: tamadun islam & asia tenggara

KERAJAAN MAHAJAPAHIT

KERAJAAN MAHAJAPAHIT

TAHAP PERMULAAN

TAHAP KEGEMILANGAN

TAHAP KEMEROSOTAN

FAKTOR POLITIKFAKTOR EKONOMI

Page 11: tamadun islam & asia tenggara

KERAJAAN MELAYU

KERAJAAN MELAYU

KERAJAAN MO-LO-YU

MELAYU PROTO

MELAYU DEUTERO

• Melayu Proto yang juga digelar Melayu asli atau Melayu purba adalah penutur Austronesia dari tanah besar Asia yang berpindah ke tanah Melayu dan kepulauan Melayu

• Orang Melayu terawal kemudiannya secara perlahan-lahan diganti oleh peneroka-peneroka Melayu Deutero dalam gelombang kedua penghijrahan dari tanah besar Asia di sekitar 300 SM. Secara antropologi, etnik Melayu yang kini mendiami semenanjung tanah Melayu dan kawasan pantai kepulauan Melayu adalah dari golongan Melayu Deutero

• Menurut I-Tsing, Mo-Lo-Yu pada mulanya adalah sebuah kerajaan bebas sebelum ia ditawan oleh SriBhoga.

Page 12: tamadun islam & asia tenggara

PENGISLAMAN Dua perkembangan utama yang

mengubah sejarah Melayu muncul pada permulaan abad ke-12 dan ke-15. Yang pertama adalah ketibaan Islam: dan yang kedua adalah kebangkitan Kesultanan Melaka di pesisir pantai barat daya semenanjung tanah Melayu.

Bukti arkeologi terawal tentang kedatangan Islam di semenanjung ialah sebuah batu bersurat bertarikh abad ke-14 yang ditemui di negeri Terengganu, Malaysia.

Kerajaan-kerajaan Islam di Nusantara

Page 13: tamadun islam & asia tenggara

KERAJAAN MELAYU MELAKAPENUBUHAN MELAKA

PERKEMBANGAN MELAKA

KEGEMILANGAN MELAKA

KEJAYAAN MELAKA

KEJATUHAN MELAKA

Page 14: tamadun islam & asia tenggara

MELAYU SELEPAS PENGISLAMAN Agama Islam tersebar di kawasan pesisir

pantai yang kininya negeri Kedah, Perak, Kelantan dan Terengganu dari sekurang-kurangnya abad ke-12. Bukti arkeologi terawal tentang kedatangan Islam di semenanjung ialah sebuah batu bersurat bertarikh abad ke-14 yang ditemui di negeri Terengganu, Malaysia. Pada abad ke-15, Kesultanan Melaka, yang

hegemoninya melangkaui bahagian barat kepulauan Melayu, menjadi pusat utama penyebaran agama Islam di timur. Tradisi Melaka kemudiannya diwariskan ke generasi seterusnya dan membentuk nilai-nilai utama identiti Melayu. Ketika era inilah, agama Islam menjadi sebati dengan masyarakat dan budaya Melayu dan menjadi aspek terpenting dalam pentakrifan identiti "Melayu".

Page 15: tamadun islam & asia tenggara

PENGARUH EMPAYAR MELAYU

PENGARUH

BAHASA Batu Bersurat Terengganu, artifak tulisan tertua dengan tulisan Jawi di atasnya. Kandungannya ialah hukum tempatan yang dipengaruhi Syariat Islam dan oleh itu adalah salah satu bukti terawal pengaruh Islam di Malaysia.

SASTERAKesusasteraan Melayu kaya dengan khazanah sastera lisan dan sastera klasik yang sebilangan besarnya mengandungi kisah dari pelbagai lapisan masyarakat, dari pekerja rumah tangga ke menteri, dari hakim ke Raja, dan merentasi pelbagai zaman, dari zaman silam hingga ke zaman kontemporari, yang bersama-sama membentuk identiti kemelayuan yang pelbagai.

AGAMAPada awalnya, orang Melayu adalah umat animisme yang mempercayai kewujudan semangat dalam semua benda. Pada permulaan Zaman Kristian, agama Hindu dan agama Buddha Mahayana diperkenalkan oleh para pedagang India ke Kepulauan Melayu, di mana ia berkembang dengan pesat sehingga kedatangan Islam yang dibawa oleh pedagang Arab, India dan Cina.

Page 16: tamadun islam & asia tenggara

SENI BINA Replika istana Kesultanan Melaka yang dibina berdasarkan maklumat dan data yang diperolehi dari Sejarah Melayu. Teks bersejarah ini mengandungi rujukan tentang pembinaan dan seni bina istana-istana pada era pemerintahan Sultan Mansur Shah dari tahun 1458 hingga 1477.

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, lapangan terbang ini menggabungkan beberapa ciri

seni bina Melayu tradisional.MASAKAN

NASI LEMAK

PERMAINAN

Page 17: tamadun islam & asia tenggara