islam di asia tenggara

26
PEMARKAHAN 1.0 Pengenalan Teori tentang kedatangan Islam ke Nusantara sering dipertikaikan oleh ahli-ahli sejarah sehingga Kini. Sebagai Contohnya, menurut D.G.E HALL rantau Nusantara adalah mencakupi kepulauan Melayu iaitu Pulau Sumatera Jawa, Sulawesi, Borneo, Semenanjung Tanah Melayu dan juga Flipina. 1 Selain itu, terdapat juga teori yang lain menyatakan perkembangan Islam di Nusantara adalah berasal dari India, Arab, China mahupun Champa. Dengan pertikaian yang berbeza dibuat oleh sarjana, penyelesaiannya masih belum ditemui.Hal Ini berlaku adalah disebabkan kurangnya bukti yang menunjukkan tarikh dan tempat pertama di Nusantara yang menerima kedatangan Islam.Jika dilihat, kedatangan Islam di Nusantara amat berkait dengan aktiviti pedagangan. Sebagai Contohnya, pada zaman silam semua kerajaan di Nusantara adalah terletak sama ada di pertengahan ataupun di persimpangan jalan laut antara negeri-negeri Asia barat, India dan China. Begitu juga, pedagang-pedagang dari Asia Barat datang ke Nusantara khusus untuk mendapatkan rempah ratus dan kapur barus untuk dipasarkan di Asia Barat. Aktiviti ini telah pun berlaku sejak sebelum kedatangan islam sehinggalah membawa kepada kedatangan Islam di Rantau Ini. Menurut rekod sejarah China 1 Dr Haji Abdullah Ishak.1992. Islam di India, Nusantara, dan China. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise. Hlm. 85.

Upload: aihun

Post on 08-Apr-2016

41 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: islam di asia tenggara

PEMARKAHAN

1.0 Pengenalan

Teori tentang kedatangan Islam ke Nusantara sering dipertikaikan oleh ahli-ahli sejarah

sehingga Kini. Sebagai Contohnya, menurut D.G.E HALL rantau Nusantara adalah mencakupi

kepulauan Melayu iaitu Pulau Sumatera Jawa, Sulawesi, Borneo, Semenanjung Tanah Melayu

dan juga Flipina.1 Selain itu, terdapat juga teori yang lain menyatakan perkembangan Islam di

Nusantara adalah berasal dari India, Arab, China mahupun Champa. Dengan pertikaian yang

berbeza dibuat oleh sarjana, penyelesaiannya masih belum ditemui.Hal Ini berlaku adalah

disebabkan kurangnya bukti yang menunjukkan tarikh dan tempat pertama di Nusantara yang

menerima kedatangan Islam.Jika dilihat, kedatangan Islam di Nusantara amat berkait dengan

aktiviti pedagangan. Sebagai Contohnya, pada zaman silam semua kerajaan di Nusantara adalah

terletak sama ada di pertengahan ataupun di persimpangan jalan laut antara negeri-negeri Asia

barat, India dan China.

Begitu juga, pedagang-pedagang dari Asia Barat datang ke Nusantara khusus untuk

mendapatkan rempah ratus dan kapur barus untuk dipasarkan di Asia Barat. Aktiviti ini telah pun

berlaku sejak sebelum kedatangan islam sehinggalah membawa kepada kedatangan Islam di

Rantau Ini. Menurut rekod sejarah China pula, orang-orang Arab telah sampai ke Pulau Jawa

pada tahun 674 M dan mendirikan sebuah perkampungan di Pantai sumatera barat pada 684M.

Jika catatan ini benar, bermakna Islam telah sampai ke Nusantara pada 7M atau abad pertama

Hijrah.2Tambahan pula, terdapat sebilangan ahli sejarah yang menyatakan Sumatra telah

menerima Islam sejak dari abad ke-7 atau 8 M lagi.Dalam buku “Sejarah Melayu” telah

menyatakan Pangsir, Lamri, Aru dan Perlak yang diislamkan oleh Nakhoda Ismail dan Sultan

Muhammad atau Fakir Muhammad.3 Kesimpulannya, berdasarkan pelbagai teori yang

dikemukakan oleh sarjana, sehingga kini masih tidak dapat penyelesaian dengan bukti yang

1Dr Haji Abdullah Ishak.1992. Islam di India, Nusantara, dan China. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise. Hlm. 85.2Jayaudin Jamaudin & Ruziatul Adibah Adnan.1991. Sejarah Islam: India-Nusantara-China. Kuala Lumpur: Penerbit Elman. Hlm.126.3Dr Haji Abdullah Ishak.1992. Islam di India, Nusantara, dan China. Hlm. 97.

Page 2: islam di asia tenggara

kukuh tentang kedatangan Islam malah timbul pula teori yang menyatakan sama ada Islam di

Nusantara berasal dari India, Arab ataupun China.4

2.0 Teori kedatangan Islam dari India

Terdapat pelbagai teori yang dikemukakan oleh para sarjana berkaitan dengan kedatangan

Islam di Asia Tenggara.Kewujudan teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara yang berbeza-beza

ini adalah berdasarkan penemuan data-data dan bukti-bukti arkeologi yang menguatkan dan

menyokong pandangan setiap pengkaji.Menurut Djoko Soerjo dalam bukunya, Islam Nusantara

Sejarah Sosial Intelektual Islam di Indonesia, menyatakan secara keseluruhannya teori

kedatangan Islam adalah terdiri daripada teori kedatangan dari Arab, India, China dan terdapat

juga teori dari Parsi.5Kesan daripada banyak teori tersebut, maka hal ini telah menimbulkan

perdebatan dalam kalangan sarjana.Walau bagaimanapun perkara yang ingin dikupas dalam

penulisan ini adalah berkaitan dengan teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara dari India yang

dikemukakan oleh beberapa orang sarjana.

Tokoh pertama yang menyatakan bahawa Islam datang ke Asia Tenggara terus dari India

(Gujerat dan Malabar) adalahseorang pengkaji Belanda bernama Pijnappel, iaitu professor

pengajian Melayu yang pertama di Universiti Leiden.Dalam bukunya ‘Reading on Islam in

southeast Asia’menurut Pijnappel, Islam tidak datang terus dari Arab sebaliknya datang ke

kepulauan Melayu melalui Gujerat dan Malabar.6Pijnappel telah menekankan bahawa

pengembangan Islam yang mula-mula menyiarkan agama Islam di Alam Melayu adalah terdiri

daripada orang Arab bermazhab Syafii dari Gujerat dan Malabar seperti yang terdapat dalam

bukunya. Kewujudan penduduk Islam di pantai timur Sumatera dan timur laut Jawa disebabkan

aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh para ulamak dan pedagang dari Gujerat yang telah

mempunyai hubungannya dengan perdagangan antarabangsa diantara India dengan Kepulauan

Asia Tenggara turut menguatkan lagi pendapat yang dikemukakan oleh Pijnapel. Selain itu,

kenyataan Pijnapel dapat dibuktikan melalui penemuan batu nisan bertarikh 1428m (831H) di

4Dr Haji Abdullah. 1990. Islam di Nusantara (Khususnya di Tanah Melayu). Kuala Lumpur: Alramaniah. Hlm.53-55. 5 Abdul Kalil Borhan. 2002. Pentadbiran Undang-Undang Islam Negeri Johor. Skudai: Penerbit Universuti Teknologi Malaysia. Hlm. 32.6 Ahmad Ibrahim, Sharon Siddique & Yasmine Hussain. 1985. Readings On Islam in Southeast Asia. Singapore: Institute of Southeast Asian Studies. Hlm. 8.

Page 3: islam di asia tenggara

Pasai. Batu nisan ini mempunyai persamaan dengan batu nisan makam maulana Malik Ibrahim

(1419M) di Grisik. Dengan persamaan yang ada, beliau telah membuat kesimpulan bahawa

Islam datang dari India berikutan penemuan kedua-dua batu nisan di Cambay dan Gujerat.Walau

bagaimanapun, Pijnappel masih meyakini bahawa pengembangan Islam terawal yang

menyebarkan ajaran Islam ke Alam Melayu dari India itu terdiri daripada orang Arab dari

Gujerat dan Malabar, bukan dari keturunan India.

Teori yang dikemukakan oleh Pijnappel ini telah disokong oleh seorang lagi sarjana

Belanda, iaitu Christian Snouck Hurgrouge yang turut mengeluarkan pendapat yang sama yakni

Islam dibawa ke Alam Melayu bukan secara langsung dari negeri Arab, tetapi melalui India.

Menurut Christian Snouck Hurgronje, Islam tersebar di Asia Tenggara adalah dari Selatan

Indiaiaitu daerah Deccan.7Hurgrouge menjelaskan bahawa agama Islam telah menguasai bandar-

bandar pelabuhan di India Selatan.Akibatnya ramai orang Islam yang tinggal di Deccan dan

mereka ini menjadi orang tengah dalam bidang perniagaan di Antara negara-negara Islam di

Timur Tengah dan kepulauan Melayu. Kemudian, beberapa orang Arab terutamanya dari

keturunan Nabi Muhammad yang memakai gelaran Syed atau Syarif melanjutkan usaha dakwah

Islam sama ada sebagai pengembang agama Islam, sebagai putera-putera raja atau sultan .

Hurgrouge telah menekankan bahawa tahun 1200 merupakan tarikh kemungkinan agama Islam

mula-mula bertapak di kalangan orang Melayu dan seterusnya dalam abad-abad yang

berikut.Selain itu juga, pendapat Hurgronje ini dapat dibuktikan dengan terdapatnya persamaan

tentang kefahaman mazhab Shafie yang ada di Pantai Coromandel dengan Asia Tenggara.Malah

beliau juga menyatakan pedagang dari Deccan telah sampai ke Asia Tenggara sebelum

masyarakat Arab yang bergelar Sayyid dan Sharif.Golongan pedagang inilah yang datang

mengembangkan ajaran Islam di Tanah Melayu.Melalui hujahnya itu, beliau turut menyatakan

Islam yang datang dari Deccan tersebar ke Asia Tenggara pada abad ke-12. Hal ini dapat

dibuktikan melalui penemuan batu nisan Sultan Malik As-Salih yang mangkat di Gampong

Samudera.

Seterusnya, teori kedatangan Islam dari India ini juga mendapat sokongan hujah dari G.E

Morisson seperti beliau menyatakan kewujudan komuniti Islam di pantai timur Sumatera dan

7 Djoko Soerjo. 2007. Islam Nusantara: Sejarah Sosial Intelektual Islam di Indonesia. Jogjakarta: Ar-Ruzz Media. Hlm.32

Page 4: islam di asia tenggara

timur laut Jawa disebabkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh ulama-pedagang Gujerat yang

mempunyai hubungannya dengan perdagangan antarabangsa antara India dengan Kepulauan

Asia Tenggara.8G.E Marrison yang telah membuat kajian tentang pengenalan Islam ke

Samudera-Pasai dan telah membuat kesimpulan bahawa sememangnya Islam datang dari

India.Hujah beliau dikukuhkan dengan fakta kewujudan hubungan erat antara rantau ini dengan

India sejak zaman pra-Islam lagi.Malah melalui Hikayat Raja-Raja Pasai menunjukkan bahawa

rantau Asia Tenggara telah dipengaruhi oleh unsur-unsur yang bersandarkan benua India

khususnya Asia Selatan.Menurutnya lagi, orang-orang Moplah yang terdapat di India merupakan

imigran Muslim dari Iraq yang berhijrah ke India kerana kejahatan al-Hajaj menjelang akhir

abad ke-7.Penghijrahan ini menyebabkan mereka membuka satu penempatan baru di India dan

secara tidak langsung turut menyebarkan dakwah Islam dan seterusnya telah berasimilasi dengan

penduduk tempatan.9Melalui pendapat yang diutarakan oleh G.E Marrison ini, telah

mengukuhkan lagi teori kedatangan Islam dari India ini.

Teori kedatangan Islam ke Alam Melayu daripada India, diperkuatkan lagi apabila pada

tahun 1912, J.P. Moquette telah membuat satu penemuan yang penting, iaitu batu nisan di Pasai

bertarikh 1428. Kajian J.P. Moquette terhadap batu nisan di Pasai yang bertarikh 1428 M ini dan

juga batu nisan Maulana Malik Ibrahin di Gerisik bertarikh 1419 M telah mendapati batu nisan

ini mirip strukturnya dengan batu nisan Umar ibn Ahmad Kazaruni di Gujerat.10Pendapat-

pendapat ini juga telah diperkuatkan melalui hasil penelitian J. P. Muquette yang menyatakan

bahawa batu nisanSultan Maulana Malik Ibrahim diperbuat daripada marmar, bahan dan bentuk

tulisannya adalah gaya kufi, memberi kesan yang amat kuat bahawa kedua-dua batu nisan

makam tersebut dibuat di Gujarat, India. Ekoran daripada itu, didapati bahawa batu nisan ini

menyerupai jenis batu nisan yang terdapat di Cambay, Gujerat. Dari penemuan itu, diketahui

bahawa pengeluaran batu nisan di Gujarat bukan sahaja untuk kegunaan masyarakat setempat,

tetapi juga untuk tujuan eksport terutama ke Sumatera dan Jawa. Daripada bukti inilah

kesimpulan dibuatkan bahawa Islam telah disebarkan ke Alam Melayu dari Gujerat India.

8Ahmad Mansur Suryanegara. 1995. Menemukan sejarah: Wacana pergerakan Islam di Indonesia. Bandung: Mizan. Hlm.89.9Ahmad Ibrahim, Sharon Siddique & Yasmin Hussain. 1989. Islam Di Asia Tenggara: Perspektif Sejarah. Jakarta: Penerbit LP3ES. Hlm 16.10Slametmuljana. 1981. Kuntala, Srivijaya dan Suwarnabhumi. Yayasan Idayu : Jakarta. Hlm 267.

Page 5: islam di asia tenggara

Tokoh seterusnya ialah R.O. Winstedt merupakan salah satu tokoh yang menyokong teori

ini. Menurut, R.O. Winstedt yang menyokong teori ini memberikan bukti tambahan tentang batu

nisan yang sama di Beruas, iaitu kawasan kerajaan Melayu tua di negeri Perak. Di samping itu,

Winstedt menyebut bahawa Sejarah Melayu memperlihatkan tentang adat istiadat negeri-negeri

Melayu yang berhubung dengan pengimportan batu nisan dari India.11

Selain itu, kedatangan India juga telah dibuktikan melalui rekod atau catatan pelayaran

pelayar dahulu seperti Marco Polo.Marco Polo telah belayar ke Pasai sekitar tahun 1345 dan

mengatakan bahawa penduduk di kawasan tersebut beragama Islam. Tome Pires dalam karyanya

yang bertajuk Suma Oriental telah menyatakan bahawa sekitar abad ke-14, pasai merupakan

sebuah kota yang masyarakatnya terdiri daripada Muslim dalam kalangan orang-orang Banggali.

Tambahan pula, berdasarkan catatan Ibn Batutah selaku ahli pengembara ‘Arab dari Morroco

yang pernah singgah sebanyak dua kali di Sumatra dalam perjalanan pergi balik ke China pada

tahun 1345M-1346M  menurut beliau  pada masa itu, Raja Samudera beragama Islam dan

merupakan pengikut mazhab Syafi’i. Islam dibawa oleh pedagang India Muslim ke Nusantara

dari Coromandel dan Malabar di daerah selatan India dengan melihat persamaan Madhab Fiqh di

antara dua wilayah tersebut. Seterusnya menurut catatan sejarah, kesultanan Pasai telah

menerima Islam pada tahun 1042M dan sultan Malik al-Salih bukanlah raja pertama Pasai tetapi

sudah diperintah oleh raja sebelumnya, Meurah Giri (Mahmud Shah). Batu nisan Malik al-Salih

menunjukkan beliau meninggal pada 1297M, sudah tentu beliau menerima Islam lebih awal,

sedangkan Gujerat menerima Islam sekitar 1301M.12

Walaupun terdapat banyak bukti-bukti dan hujah daripada pelbagai sarjana yang

menyokong teori Islam datang dari India.Namun terdapat juga percanggahan pendapat daripada

kalangan ahli sarjana itu sendiri.Antara isu yang mewujudkan percanggahan pendapat tersebut

ialah.Hubungan Nusantara dengan Asia Barat dikatakan berlaku sejak abad ke-7 M lagi namun

para sarjana Barat berpendapat kedatangannya berlaku di sekitar kurun ke-13 M. Manakala para

sarjana di Tanah Melayu mengandaikan kedatangannya di sekitar kurun ke-9 dan selewat-

lewatnya pada kurun ke-12 M. Kebanyakan sejarawan barat pula berpendapat ia berlaku di

11 Ahmad Ibrahim, Sharon Siddique & Yasmin Hussain. 1985. Readings on Islam in Southeast Asia. Institute of Southeast Asian Studies. Singapore. Hlm 28.12Ibid, Hlm 9.

Page 6: islam di asia tenggara

sekitar kurun ke-15 M dan bermula dari Melaka. Namun demikian, terdapat beberapa penemuan

baru bahawa kedatangan Islam ke alam Melayu berlaku sejak abad ke-7 dan ke-8 M lagi.

Sehubungan dengan itu, pandangan para sarjana yang menyatakan Islam datang dari

India turut dipertikaikan. Misalnya, pendukung-pendukung teori dari India menyatakan

kedatangan Islam ke Nusantara berlaku pada abad ke-13 M. Ianya bertentangan dengan fakta

sejarah, Islam dikatakan telah pun bertapak sejak abad pertama hijrah atau sejak abad ke-7 M

lagi. Walau bagaimanapun, tidak dapat disangkal yang para pendakwah dari India, Arab dan

Parsi juga turut memainkan peranan penting dalam mengislamkan penduduk-penduduk di

Nusantara di sekitar abad ke-13 M. Terdapat juga orang-orang Islam India terutama dari Malabar

yang terkenal di Nusantara sebagai panggilan Malabari menjalankan perniagaan dan sesetengah

dari mereka berkahwin dengan penduduk tempatan.

Sebagai contoh, kewujudan kerajaan Pasai pada tahun 1042 M sedangkan Gujerat

dikatakan menerima Islam semasa berada di bawah kekuasaan Kesultanan Delhi pada tahun

1301 M. Ini kerana para sejarawan cuba membuktikan tempat asal batu-batu nisan di Nusantara

berasal dari Gujerat. Kewujudan batu nisan yang serupa di Nusantara dengan Gujerat ada

kemungkinan juga terdapat pelbagai dari segi kemudahan dari segi urusan jual beli dan

pengangkutan dan tidak semestinya menunjukkan bahawa Islam itu datang dari Gujerat. Keadaan

ini kerana salah satu faktor hubungan dua hala Nusantara dengan India ini berkaitrapat dengan

kegiatan perdagangan.13

Selain itu, terdapat juga tokoh yang tidak menyokong teori Islam datang daripada India,

antara tokoh tersebut ialah Thomas Arnold.Thomas Arnold dalam bukunya“The Muslim World”

berpendapat bahawa Gujerat bukanlah tempat yang mula-mula di India yang memperkenalkan

Islam ke Nusantara.Beliau berpendapat Islam di Nusantara datang dari daerah Coromandel,

Bengal atau Malabar dari India Selatan lebih dahulu menerima Islam dari Gujerat.14Bengal

dikatakan telah ditakluki sejak awal abad ke-13 M dan dijadikan sebagai pusat pengajian dan

penyebaran agama.Lantaran itu, mazhab masyarakat Bengal dan Malabar adalah sama mazhab

dengan masyarakat Nusantara iaitu berpegang kepada Mazhab Shafie.15Namun, mazhab yang

dianuti oleh masyarakat Gujerat adalah Mazhab Hanafi.13 Ensiklopedia Tematis Dunia Islam Jilid 7.14 Abdullah Ishak. 1992. Islam di India, Nusantara dan China. Nurin Ent. Hlm 105.15Ibid, hlm 105.

Page 7: islam di asia tenggara

Tokoh seterusnya yang tidak menyokong teori ini, ialah S.Q. Fatimi. Menurut S.Q.

Fatimi kedatangan Islam tidak datang di Gujerat atau Malabar sebaliknya datang dari tempat

lain. Teori kedatangan Islam dari Bengal adalah dikemukakan oleh S.Q. Fatimi yang

berlandaskan huraian Tome Pires dalam bukunya “Suma Oriental”.Menurut beliau, Sultan Malik

as-Salih, raja pertama di Pasai adalah seorang pedagang India berketurunan Benggali.16Oleh

kerana Pasai merupakan negeri pertama yang memeluk Islam melalui golongan

pemerintah.Namun demikian, raja Pasai yang pertama ialah Mahmud Shah atau Meurah Ciri,

bukan Malik al-Salih.Salasilah keturunan Malik as-Salih dikatakan daripada keturunan Benggali

tidak dapat diterima kerana tidak ada bukti yang sahih.17

Tokoh seterusnya yang tidak menyokong teori Islam datang dari India ialah

Harrison.Harrison turut mengeluarkan hujah bahawa Islam berkembang dari Gujerat dengan

inisiatif komuniti di pelabuhan Cambay.Walau bagaimanapun, menurut Harrison lagi, ianya

berlaku adalah kerana disebabkan oleh Gujerat tidak diislamkan sehingga tahun 1279, maka

Islam dibawa oleh pedagang-pedagang dari pantai Koromandel.Namun begitu, Harrison turut

mendukung satu pandangan bahawa Islam sebenarnya datang dan dibawa masuk oleh para

pedagang dari Pantai Koromandel bukannya Gujerat seperti yang dikatakan oleh Pijnappel.Hal

ini kerana daerah Gujerat hanya menerima kedatangan Islam setelah jatuhnya mereka kepada

pemerintah Islam pada tahun 1279M.18Di samping itu, pandangan Harrison dalam permasalahan

persamaan mazhab antara Bengal, Malabar dan Nusantara itu tidak dapat diterima.Ini kerana

dalam Islam tidak terdapat perbezaan yang besar antara mazhab-mazhab yang ada.Pengikut

Islam boleh bertukar kepada mana-mana mazhab jika timbul masalah-masalah dalam satu-satu

mazhab yang merekaikuti jika berasakan tidak bersesuaian. Selain itu, Harrison juga perlu

memahami bahawa kawasan-kawasan di barat India pada peringkat permulaannya, mereka

mengikut mazhab Syafie sama seperti kawasan di sebelah selatan India termasuklah Bengal.19

Walau bagaimanapun, Harrison juga mengakui bahawa Islam datang ke Asia Tenggara adalah

dari India, Parsi, atau Arab kerana Asia Tenggara sentiasa melihat India sebagai inspirasi budaya

yang disatukan dengan penghormatan komersial.20 

16 S.Q. Fatimi. 1963. Islam Cornes To Malaysia. Hlm 25.17 (1963)Sejarah Masuknya Islam ke Indonesia. Panitia Seminar Sejarah Indonesia.18 G.E Marisson. 1951. The Coming of Islam to the East Indies.Journal of the Malaysian Branch of The Royal Asiatic Society. 24 (1): 28-37.19 Thomas Arnold. 1968. The Preaching Of Islam. Lahore. Hlm 318 20 Mohd. Koharuddin Mohd. Balwi. 2005. Peradaban Melayu. Johor: University Teknologi Malaysia. Hlm 92.

Page 8: islam di asia tenggara

3.0 Teori kedatangan Islam dari China

Pelbagai pandangan dan hipothesis telah dikemukakan oleh para sarjana tentang teori

kedatangan Islam di Asia Tenggara, salah satu teori yang dikemukakan ialah Islam datang

daripada China.Teori Islam juga dikatakan datang dari sebelah timur iaitu China dan Indochina.

Hal ini demikian kerana S.Q. Fatimi menyatakan bahawa terdapat bukti-bukti Islam lebih awal

datang dari China. Selain itu, sejak abad ke-7 masihi, Islam telah diperkenalkan di Canton. Hal

ini demikian kerana petempatan orang Arab telah wujud di Canton seawal tahun 618 masihi dan

Van Leur juga menyatakan bahawa kawasan petempatan orang Arab seterusnya menjadi sebuah

perkampungan dikuasai oleh orang Arab di Canton. Teori ini diperjelaskan secara mendalam

oleh S.Q Fatimi berdasarkan catatan sejarah China, pada zaman awal perkembangan Islam ketika

pemerintahan Thai Sung pada 627-655M, sekumpulan orang Islam pertama telah datang ke

China dan menetap di San Gan Fou. Kemudian kumpulan ini diiringi pula oleh kumpulan lain

yang menggunakan jalan laut dan menjadikan Yunan sebagai pusat penumpuan mereka.

Aktiviti pedagangan yang dijalankan telah menyebabkan berlakunya perkembangan Islam di

Asia Tenggara. Ini kerana pedagang Arab tiba di China untuk berniaga dan akhirnya

membentuk satu perkampung di Canton. Hubungan perdagangan dijalankan oleh pedagang Arab

dan China mewujudkan perkaitan antara satu sama yang lain kerana mereka melakukan

pertukaran barangan. Terdapat juga perpindahan orang-orang Islam dari Canton ke Asia

Tenggara dan ini membantu perkembangan Islam di Asia Tenggara.

Menurut teori ini, tempat pertama yang menerima Islam ialah Pantai Barat Semenanjung Malaya

bukan di Pantai Barat atau di Sumatra. Islam telah sampai di negeri China pada zaman Khalifah

Othman bin Affan lagi, dikatakan Saad Abi Waqqas telah dihantar ke China dan ramai lagi

utusan Islam telah berkunjung ke China. Pada zaman pemerintahan Khalifah Al-Walid bin A.

Malek (86-96 H/ 705-715 M), tentera Islam telah sampai ke sempadan Negeri China dan telah

menghadap Maharaja China. Sumber sejarah yang lain pula ada menyebut bahawa pada abad ke-

9 M, ramai penduduk Selatan China telah memeluk Islam terutamanya di daerah Yunan.

Page 9: islam di asia tenggara

Teori kedatangan Islam di Asia Tenggara dating dari China juga wujud kerana Nusantara

sememangnya mempunyai hubungan perdagangan yang baik dengan China.Oleh itu dikatakan

orang Arab telah singgah di China terlebih dahulu sebelum datang ke Nusantara. Selain itu,

terdapat penemuan bukti seperti batu nisan di Pahang bertarikh 1082 Masihi, batu bersurat

Kuala Berang di Terengganu dan duit Syiling Emas di Kubang Labu Kelantan yang bertarikh

1181 Masihi. Hubungan ini seterusnya telah mewujudkan penempatan awal orang Islam di China

iaitu di Canton sekitar tahun 627-650 Masihi.Terdapat 120000 orang Islam di Canton ketika

pemerintahan Dinasti Tang.Pendakwah pertama yang sampai ke Negara China ialah Wabah ibn

Abi Kabsyah. Selain itu, teori ini disokong oleh Profesor Syed Naquib Al-Attas yang

menyatakan pemberontakan yang berlaku di Canton pada tahun 1877 M yang yang telah

mengorbankan sebahagian pedagang-pedagang beragama Islam iaitu sebanyak 120 000 hingga

200 00 daripadanya ialah pedagang-pedagang dari Arab dan Parsi. Akibat daripada

pemberontakan tersebut mereka telah keluar dari Canton dan membawa diri ke tempat yang

lebih selamat seperti berhijrah ke Kalah iaitu nama lama bagi Kedah dan Palembang. Peristiwa

berdarah ini berlaku pada tahun 878 M, pada zaman perintahan Maharaja His Tsung.

Dalam konteks sejarah Malaysia, teori kedatangan Islam dari China ini boleh dikaitkan

dengan terjumpanya barang-barang sejarah di Terengganu.Sebenarnya terdapat beberapa faktor

yang menyebabkan para pedagang Arab dari China bertumpu di Terengganu. Hal ini demikian

kerana berikutan kerana adanya jalan laut. Terengganu terletak di kawasan jalan laut yang

menjadi laluan perdagangan mereka.Dari segi geografinya pula, kedudukan Kuala Berang di tiga

Kuala Sungai amat strategik untuk dijadikan pusat kegiatan perdagangan. Menurut Paul

Wheatley, Kuala Berang ini juga dikenali oleh masyarakat China sebagai Fo-Lo-An mengikut

catatan sejarah Chua-Ju-Kua pada tahun 1225M sebagai sebuah pusat perdagangan yang

terpenting di rantau Asia Tenggara. Melalui catatan sejarah Chau-ju-kua (1225) terdapat negeri

Islam yang dikenali sebagai Fo-Lo-An.

Kemungkinan Foloan ini merujuk kepada Kuala Berang di Terengganu yang

menjalankan aktiviti perniagaan dengan orang-orang Arab dan Srivijaya.Rentetan daripada

penemuan Batu Bersurat (1303 M) di Kuala Brang, Terengganu telah menguatkan lagi bukti

kedatangan Islam dari China yang mempunyai persamaan dengan Batu Nisan Champa.Batu

Page 10: islam di asia tenggara

bersurat ini merupakan bukti yang tertua yang telah dijumpai setakat ini yang membincang

tentang kekeluargaan dan hukuman tentang perzinaan.

Menurut D.G.E Hall pula menyatakan bahawa kedatangan Islam dari China ini dapat

dilihat menerusi beberapa kajian ahli sejarah, dan teori kedatangan Islam boleh dilihat melalui

temuan batu nisan, seni pertukangan dan catatan sejarah China. Selain itu menurut Ismail Hamid

menyatakan bahawa dalam catatan Dinasti Sung (960-1279M), kedatangan Islam ke Nusantara

adalah melalui sepanjang pantai Laut Cina dan dibawa oleh pedagang – pedagang Islam dari

Tiongkok di awal tahun 977 Masihi. Kewujudan kerajaan Champa (1000-1471) yang didirikan

oleh pelarian Syi’ah Alawiyyah daripada Damsyik tetapi akibat daripada serangan kerajaan

Annam, mereka berpindah ke Mekah dan Acheh. Penemuan batu bersurat di Terengganu talah

mengukuhkan pendapat S. Q. Fatimi dan unsur seni bina pada masjid-masjid di Nusantara

seperti di Kelantan, Melaka dan Pulau Jawa juga mempunyai ciri-ciri persamaan dengan seni

bina di China.

Selain itu, menurut Dzul Haimi Md Zain et al. kedatangan Islam dari China disokong

oleh S.Q. Fatimi dalam kajiannya 1960 kerana terdapat pelbagai penemuan monumen dijumpai

di panjang kawasan pantai Timur Laut China. Antara kawasannya adalah Phang-Ram ( separuh

abad ke-1 dan ke 11), di Leran Jawa Timur (separuh abad ke-2 dan abad ke-11), dan di

Terengganu (pada awal abad ke-14) . Pandangan daripada beberapa para sarjana menyatakan

bahawa Islam datang dari china lebih awal di Asia Tenggara dengan adanya bukti penemuan

monumen-monumen di sesuatu kawasan membuktikan bahawa kedatangan Islam dibawa dari

China ke Asia Tenggara atau Nusantara .

Selain itu, kedatangan Hassan dan Sulaiman dari Su-Mu-Ta iaitu Samudera yang

menghadap Raja China pada tahun 1282.Bukti-bukti tersebut menunjukkan bahawa masyarakat

Nusantara telah menerima Islam dalam tempoh yang awal daripada tarikh pengislaman Melaka

kerana hasil dari hubungan rapat dengan China.Kesimpulannya, teori kedatangan Islam ke Asia

Tenggara bukan sahaja daripada teori Islam dibawa oleh China sebaliknya terdapat teori Islam

datang dari India dan dari Arab.Hal ini demikian kerana setiap sarjana mempunyai pandangan

berbeza tentang kedatangan Islam dibawa dari mana meskipun ada bukti tentang lebih awal

kedatangan Islam ke Asia Tenggara dibawa dari China ataupun bukan.

Page 11: islam di asia tenggara

4.0 Teori kedatangan Islam dari Arab

Kedatangan Islam ke Asia tenggara sememangnya menjadi persoalan yang tiada

kesudahannya kerana terdapat pelbagai pandangan dan teori oleh sarjana-sarjana yang

mengatakan bahawa Islam itu datangnya dari Arab, India dan juga China.Khususnya, teori

kedatangan Islam ke Asia Tenggara yang datangnya daripada Arab telah dikemukakan oleh

pelbagai pendapat sarjana-sarjana, iaitu berlandaskan bukti-bukti yang kukuh.Antara sarjana-

sarjana yang pentig adalah merangkumi John Crawford, Syed Naquib al-Attas, dan Professor

Haji Abdul Malik Karim Amrullah.

Menurut teori yang dikemukan oleh Sir John Crawford, beliau menyatakan Islam datang

daripada pengaruh Arab kerana terdapatnya hubungan secara langsung iaitu melalui

perdagangan.Hal ini berikutan sumber menyatakan bahawa sebelum kelahiran agama Islam lagi,

dikatakan telah wujudnya hubungan antara orang Arab dengan penduduk di

Nusantara.Kedatangan Islam ke Asia Tenggara telah wujud melalui hubungan perdagangan

antara orang-orang Arab dan Asia Tenggara.Aktiviti perdagangan ini merupakan impak penting

yang membawa kepada perkembangan Islam di Asia Tenggara.Sebagai buktinya, terdapat

keperluan barang-barang dagangan seperti lada, rempah, kapur barus, dan kemenyan yang

merupakan faktor utama kedatangan orang-orang Arab ke Asia Tenggara.Hal ini jelas

mempamerkan terdapatnya hubungan perdagangan antara Arab dengan Asia Tenggara, iaitu

barang-barang dagangan tersebut bukan sahaja dikehendaki oleh orang-orang Arab, bahkan juga

dikehendaki di Asia Tenggara.Maka, perhubungan perdagangan langsung antara Arab dan Asia

Tenggara melibatkan berlakunya penyebaran agama Islam di sekitar kawasan tersebut.

Di samping itu, Arab juga mempunyai hubungan secara tidak langsung dengan Asia

Tenggara, khususnya China, iaitu pedagang-pedagang Arab dan Parsi telah menjalankan

kegiatan perdagangan dengan China yang bertapak di Canton sejak tahun 300 masihi lagi.

Contohnya, sekitar abad ke-15 apabila munculnya Melaka sebagai pelabuhan perdagangan yang

penting di Asia Tenggara, kedudukannya yang strategik iaitu di tengah-tengah laluan

perdagangan China dan India dijadikan sebagai tempat persinggahan kepada pedagang-pedagang

Page 12: islam di asia tenggara

dari Arab dan Parsi.Keadaan ini sekaligus berhubung dengan peralihan perubahan angin monsun,

dimana Melaka antara tempat persinggahan para pedagang tersebut untuk menunggu perubahan

angin monsun.Persinggahan pedagang-pedagang Arab di Melaka, secara tidak langsung

mempamerkan penyebaran Islam di sekitar kawasan tersebut.

Seterusnya, menurut John Crawford, dengan lahirnya zaman Dinasti Umaiyah dan Dinasti

Abbasiyah lebih jelas membuktikan orang-orang Arab sudah bertapak di Nusantara.Hal ini dapat

dibuktikan apabila terdapatnya pengaruh Arab dari segi amalan masyarakat. Sebagai contohnya,

terdapat sebutan dan tatacara bacaan al-Quran di Nusantara adalah hampir sama dengan sebutan

dan tatacara bacaan al-Quran di Timur Tengah khususnya di rantau Arab dan sama sekali tidak

menyerupai bacaan dari India mahupun China. Ini kerana bacaan al-Quran dari India

menggunakan rentak bacaan Urdu dan bukan rentak Baiyati yang digunakan oleh orang Arab

dan masyarakat di Nusantara.

Selain itu, proses asimilasi dalam kalangan masyarakat Asia Tenggara dengan orang Arab

mudah berlaku kerana mereka mudah memahami dan secara amnya kita tahu orang Arab ini

mempunyai rupa paras yang indah dan pandai bermain kata-kata. Oleh yang demikian,

berlakulah juga perkahwinan campur antara masyarakat peribumi dengan orang Arab dan

mereka beranak-pinak di Asia Tenggara serta memperkembangkan agama Islam secara

menyeluruh. Selain pedagang, kedatangan Islam juga dikaitkan dengan golongan sufi atau

ulama Arab. Golongan ulama memainkan peranan dimana mereka antara pembawa penyebaran

dakwah Islam secara tidak langsung ke Asia Tenggara. Akibat dari asimilasi dalam berbagai-

bagai aspek kebudayaan, secara beransur-ansur agama Islam itu berjaya diperkenalkan dan

diperkembangkan kepada penduduk tempatan.

Professor Syed Muhammad Naquib al-Attas mengemukakan bukti bahawa Islam datangnya

dari Arab dengan hasil perkahwinan antara pedagang Arab dan masyarakat tempatan Asia

Tenggara. Melalui perkahwinan, jelas telah berlaku proses pengislaman dalam kalangan

masyarakat tempatan di Asia Tenggara. Bahkan bukan masyarakat tempatan sahaja tetapi juga

meliputi golongan pemerintah, sebagai buktinya orang Arab bergelar Syeikh Ismail as-Siddiq

memainkan peranan penting dalam menyebarkan Islam di Asia Tenggara, seterusnya melibatkan

Page 13: islam di asia tenggara

pengislaman pemerintah Kesultanan Melayu Melaka ketika diperintah oleh Raja Kechil Besar.

Proses islamilasi jelas telah wujud.

Di samping itu, Professor Syed Muhammad Naquib al-Attas juga menekankan aspek tulisan

dan bahasa yang datangnya dari Arab, kewujudan tulisan jawi yang membuktikan Islam

datangnya dari Arab digunakan di Asia Tenggara.Sebagai buktinya, sumber mempamerkan

terdapatnya Batu Bersurat Terengganu yang dianggarkan berusia 1303masihi adalah

mengandungi tulisan jawi yang diambil daripada bahasa Arab.seterusnya, menurut catatan

kesusasteraan sejarah Arab pula, terutamanya catatan yang dilakukan pada abad ke-19 masihi

banyak menerangkan gambaran dan situasi mengenai Kepulauan Melayu dengan begitu jelas.

Hal ini merujuk khusus kepada kebudayaan Arab seperti tarian zapin dan dabus telah kekal

sebagai panduan muzik tradisional Melayu yang mempamerkan ciri-ciri budaya Arab telah

meresapi di Kepulauan Melayu dan sekitar Asia Tenggara.

Professor Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah dan Syed Muhammad Naquib al-Attas juga

mengemukakan teori mengenai kedatangan islam dari tanah Arab. Menurut beliau kehadiran

Islam ke Asia Tenggara khususnya di Nusantara disifatkan sebagai Zaman Baru iaitu dengan

munculnya beberapa buah kerajaan Melayu Islam bermula dengan kerajaan Perlak-Samudera-

Pasai (840M) dan berakhir dengan kerajaan Johor-Riau-Lingga (1673M). Teori ini

diperkukuhkan dengan beberapa bukti dengan penggunaan nama Sultan atau Malik pada raja-

raja di Nusantara yang memeluk Islam di mana sultan merupakan perkataan yang menerima

pengaruh perbendaharaan kata dan tatabahasa Arab. Dalam Hikayat Raja-raja Pasai

menceritakan pengislaman raja Pasai iaitu Merah Silu setelah bermimpi bertemu dengan

Rasulullah yang kemudiannya memakai gelaran Sultan Malikul Saleh. Perkara ini

diperkukuhkan lagi dengan penemuan batu nisan Sultan Malikul Salleh di Pasai yang bertarikh

1297 M terdapat tulisan khat kafi pengaruh dari Parsi.

Teori kedatangan Islam dari Arab menurut Professor Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah

juga dapat dilihat melalui pengislaman raja-raja di Nusantara di mana orang-orang Arab

berperanan penting dalam penyebaran Islam di Asia Tenggara. Perkara ini dapat dirujuk melalui

Hikayat Merong Mahawangsa iaitu Maharaja Debar Raja II merupakan raja Kedah yang telah

diislamkan pada 531 Hijrah oleh Syeikh Abdullah bin Syeikh al-Qaumiri, seorang ulama

Page 14: islam di asia tenggara

berbangsa Arab yang datang dari Yaman. Setelah memeluk Islam, Maharaja Debar bergelar

Sultan Muzaffar Syah.Prof. Dr. Hamka juga sependapat dengan Syed Muhammad Naquib al-

Attas dengan merujuk kepada sumber China yang berpendapat agama Islam telah diperkenalkan

kepada penduduk di Alam Melayu sejak awal abad ke 7M.Teori kedatangan Islam ke Asia

tenggara daripada Arab adalah lebih kukuh berdasarkan sumber-sumber dan penemuan yang

lebih jelas.

Page 15: islam di asia tenggara

5.0 Penutup

Kesimpulannya, terdapat banyak teori kedatangan Islam di Asia Tenggara mengikut

pandangan pelbagai sarjana.Hal ini demikian kerana setiap sarjana mempunyai pandangan dan

pendapat terhadap teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara yang berbeza.Antara teori

kedatangan Islam ke Asia Tenggara adalah teori dari China, India dan Arab. Teori dari india ke

Asia Tenggara telah disokong oleh J.P. Moquette, S.Q. Fatimi, Snounk Hurgronje dan G. E.

Marrison.Masyarakat di Asia Tenggara sentiasa berorientasi ke Indi dalam soal budaya.Ini dapat

dibuktikan dengan banyaknya pertalian budaya Antara Asia Tenggara dan India. Bukan teori

india sahaja yang diperkatakan tetapi teori dari China dan dari Arab juga mengatakan tentang

kedatangan Islam ke Asia Tenggara .

Selain itu, setiap teori kedatangan Islam itu akan bermula daripada pedagang ataupun

orang Arab yang datang ke negara itu. Orang Arab yang datang ke Negara china akan

menyebarkan ajaran Islam dan pedagang China yang memeluk Islam akan ke kawasan nusantara

akan turut menyebarkan ajaran islam sambil berdagang. Maka terdapatlah teori yang mengatakan

islam dating dari China atau India melalui pedagang. Oleh itu, banyak pandang sarjana

sejarawan tentang teori kedatangan islam ke asia tenggara. Teori kedatangan islama ke Asia

Tenggara masih kabur hal ini demikian kerana pandangan sarjana yang berbeza-beza dan banyak

bukti setiap teori kedatangan islam ke asia tenggara.

Dengan itu, dapat disimpulkan bahawa teori kedatangan islam sememangnya datang dari

Arab dan disebarkan ke India, China dan lain-lain melalui pedagang. Ini membolehkan teori

Arab yang menyebabkan kedatangan Islam ke Asia Tenggara.Hal ini demikian kerana pedagang

sangat berperanan dalam menyebarkan Islam ke Asia Tenggra.Oleh itu, teori Arab kedatangan

Islam ke Asia Tenggara lebih benar bagi sesetengah sarjana.

Page 16: islam di asia tenggara

Rujukan

(1963)Sejarah Masuknya Islam ke Indonesia. Panitia Seminar Sejarah Indonesia.

Abdul Kalil Borhan. 2002. Pentadbiran Undang-Undang Islam Negeri Johor. Skudai: Penerbit

Universuti Teknologi Malaysia.

Abdul Rahman Hj Abdullah. 2006. Sejarah dam Kebudayaan Asia Tenggara Tradisional.

Selangor : Karisma Production Sdn.Bhd.

Abdullah Ishak. 1992. Islam di India, Nusantara dan China. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

Abdullah Ishak. 1992. Islam di Nusantara (Khususnya di Tanah Melayu). Kuala Lumpur :

Maskha Sdn Bhd.

Abdullah Ishak. 1992. Islam di Nusantara. Kuala Lumpur: Maskha Sdn Bhd.

Abdullah Ishak. 1996. Islam di Nusantara (Khususnya di Tanah Melayu). Malaysia: Al-

Rahmaniah Badan Dakwah dan Kebajikan Islam Malaysia

Ahmad Ibrahim, Sharon Siddique & Yasmin Hussain. 1989. Islam Di Asia Tenggara: Perspektif

Sejarah. Jakarta: Penerbit LP3ES.

Ahmad Ibrahim, Sharon Siddique & Yasmine Hussain. 1985. Readings On Islam in Southeast

Asia. Singapore: Institute of Southeast Asian Studies.

Ahmad Jelani Halimi. 2008. Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu.Kuala Lumpur : Utusan

Publication.

Ahmad Mansur Suryanegara. 1995. Menemukan sejarah: Wacana pergerakan Islam di

Indonesia.Bandung: Mizan.

Page 17: islam di asia tenggara

D.G.E Hall. 1981. A history of South East Asia. Houndmills Hampshire : Macmillan Eduction.

Dasuki Ahmad. 1974. Ikhtisar Perkembangan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Djoko Soerjo. 2007. Islam Nusantara: Sejarah Sosial Intelektual Islam di Indonesia. Jogjakarta:

Ar-Ruzz Media.

Dzul Haimi Md Zain et al. 2007.Ragam hias al-Qur'an di alam. Kuala Lumpur : Utusan

Publication & Distributor Sdn.Bhd

Ensiklopedia Tematis Dunia Islam Jilid 7.

G.E Marisson. 1951. The Coming of Islam to the East Indies.Journal of the Malaysian Branch

of The Royal Asiatic Society. 24 (1)

Ismail Hamid. 1986. Perkembangan Islam di Asia dan Alam Melayu. Kuala Lumpur :

Heinemann Sdn Bhd

M.B. Hooker. 1991. Undang-undang Islam di Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka

Mohammad Redzuan Othman. 2005. Islam dan Masyarakat Melayu: Peranan dan Pengaruh

Timur Tengah

Mohd. Koharuddin Mohd. Balwi. 2005. Peradaban Melayu. Johor: University Teknologi

Malaysia.

Saifullah Mohd Sawi, Samsu Adabi Mamat. 2009. Sejarah dan Tamadun Islam di Asia

Tenggara. Shah Alam : Karisma Publications Sdn. Bhd

Slametmuljana. 1981. Kuntala, Srivijaya dan Suwarnabhumi. Yayasan Idayu : Jakarta.

Thomas Arnold. 1968. The Preaching Of Islam. Lahore.

Page 18: islam di asia tenggara

Yu Weichao. 1997. A Journey Into China's Antiquity: Yuan Dynasty-Qing Dynasty. China :

Morning Glory Publishers.