asg pjk april 2015

8
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 2 (KSSR) MATA PELAJARAN : PENDIDIKAN JASMANI KELAS : 2 IMAM GHAZALI BIL. MURID : 41 ORG ( 20 LELAKI, 21 PEREMPUAN ) TARIKH/HARI : 18/6/2014 ( SELASA) MASA : 8.00 – 8.30 PG ( 30 MINIT) STANDARD KANDUNGAN : Berkebolehan meningkatkan daya tahan dan kekuatan otot. STANDARD PEMBELAJARAN : 3.41 melakukan aktiviti kekuatan dan daya tahan otot yang melibatkan ringkuk tubi separa, tekan tubi ubahsuai, jengkek kaki setempat dan posisi separa cangkukng (half squat) dengan lakuan yang betul. 4.4.1 menyatakan otot –otot pada bahagian badan yang terlibat semasa melakukan kekuatan dan daya tahan otot. 5.5.2 menerima cabaran dan seronok melakukan aktiviti. OBJEKTIF PEMBELAJARAN: Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran murid dapat 1. Psikomotor : melakukan pergerakan lokomotor sekurang – kurangnya 3 daripada 4 aktiviti tersebut dengan lakuan yang betul. 2. Kognitif : mengaitkan aktiviti yang dijalankan dengan kesan kepada setiap otot yang terlibat . 3. Afektif : mengamalkan sikap bertanggungjawab dengan menyimpan alatan permainan setelah menggunkannya. ELEMEN MERENTAS KURIKULUM (EMK) : Keusahawanan ( berani menaggung risiko) BAHAN BANTU BELAJAR : 20 Kon, 2 Gelung Rotan, Tepung , 1 Kotak Beracun, Kertas A4 ( nama kereta) dan 5 Surat Khabar.

Upload: mashitah-shaari

Post on 11-Jan-2016

239 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pjk

TRANSCRIPT

Page 1: Asg Pjk April 2015

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 2 (KSSR)

MATA PELAJARAN : PENDIDIKAN JASMANI KELAS : 2 IMAM GHAZALI BIL. MURID : 41 ORG ( 20 LELAKI, 21 PEREMPUAN )TARIKH/HARI : 18/6/2014 ( SELASA)MASA : 8.00 – 8.30 PG ( 30 MINIT)

STANDARD KANDUNGAN : Berkebolehan meningkatkan daya tahan dan kekuatan otot.

STANDARD PEMBELAJARAN : 3.41 melakukan aktiviti kekuatan dan daya tahan otot yang melibatkan

ringkuk tubi separa, tekan tubi ubahsuai, jengkek kaki setempat dan posisi separa cangkukng (half squat) dengan lakuan yang betul. 4.4.1 menyatakan otot –otot pada bahagian badan yang terlibat semasa melakukan kekuatan dan daya tahan otot. 5.5.2 menerima cabaran dan seronok melakukan aktiviti.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN: Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran murid dapat

1. Psikomotor : melakukan pergerakan lokomotor sekurang – kurangnya 3 daripada 4 aktiviti tersebut dengan lakuan yang betul.

2. Kognitif : mengaitkan aktiviti yang dijalankan dengan kesan kepada setiap otot yang terlibat . 3. Afektif : mengamalkan sikap bertanggungjawab dengan menyimpan alatan permainan setelah

menggunkannya.

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM (EMK) : Keusahawanan ( berani menaggung risiko)

BAHAN BANTU BELAJAR : 20 Kon, 2 Gelung Rotan, Tepung , 1 Kotak Beracun, Kertas A4 ( nama kereta) dan 5 Surat Khabar.

BAHAGIAN/MASA AKTIVITI FOKUS PEMBELAJARAN

PENGELOLAAN/STRATEGI P&P

Page 2: Asg Pjk April 2015

 

 

Guru

1. Permulaan(± 5 min )

1. Set Induksia. Aktiviti Penyoalan :

- Siapa tahu bagaimana posisi separa cangkung?Jangkaan jawapan murid: murid melakukan posisi tersebut.( ulang soalan dengan pergerakan lokomotor yang berbeza)

- Guru mengaitkan dengan aktiviti yang bakal murid belajar pada hari ini.

2. Memanaskan Badana. Melakukan aktiviti

senamanrobik( Lagu : Chiken Dance)

- Menarik minat murid.

- Memastikan murid bersedia untuk aktiviti pembelajaran.

- Meningkatkan suhu badan untuk aktiviti regangan.

- Meningkatkan kadar degupan jantung.

- Mewujudkan keseronokan.

- Dalam kawasan yang telah ditetapkan

- kaedah kinestatik &&

muzik.- Secara kelas ( beramai –

ramai)

2. Perkembangan (± 12 min )

Aktiviti 1: Stesen Kuat

a. Stesen 1 Tekan tubi ubahsuai sehingga 5 kalib. Stesen 2

Posisi separa cangkung sehingga 10 saat

c. Stesen 3Ringkuk tubi separa sehingga 5 kali

d. Stesen 4 Jengkek kaki setempat sehingga 10 kali.

- Melakukan pergerakkan lokomotor semasa bergerak dari satu stesen ke stesen empat

Stesen 1

Stesen 2

Stesen 3

Stesen 4

Page 3: Asg Pjk April 2015

3. Kemuncak (± 15 min )

Aktiviti 1 : Cabutan Kotak Beracun

- Melakukan pergerakkan lokomotor .

1. Murid berdiri di garisan yang telah ditanda dan menyebut nama kereta masing – masing yang diberi guru.

2. Murid berjalan atas garisan yang dibina oleh guru mengikut kumpulan masing – masing.

3. Guru mengambil satu gulungan kertas secara rawak dari “Kotak Beracun”.

4. Murid yang nama keretanya disebut , berhenti bergerak dan melakukan aktiviti yang disebut oleh guru seperti tekan tubi ubahsuai di dalam garisan yang dibina.

5. Ulang langkah 3 & 4 dengan aktiviti yang berbeza dan tukar peranan.

4. Penutup (± 5 min )

Aktiviti gerak kendur:

1. Berjalan sekeliling kawasan permainan sambal menarik nafas.

2. Membuat regangan pada otot yang bannyak digunakan semasa beraktiviti dari membuat persembahan.

3. Guru bersoal jawab bersama murid berkaitan kesan aktiviti kepada setiap otot yang terlibat.

- merehatkan dan memulihkan degupan jangtung.

- mengendurkan otot yang telah diregang secara aktif ketika aktiviti.

- mengembalikan sistem fsikologi secara beransur –ansur selepas digunkan secara aktif.

PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN:

a. Borang Penilaian

REFLEKSI:

Semasa menjalankan pengajaran, saya telah mendapat kesan kekuatan dan kelemahan dalam

pengajaran saya. Bagi bahagian set induksi saya telah melakukan teknik pemyoalan dan

Page 4: Asg Pjk April 2015

meminta murid menjawab dengan menunjukkan teknik yang disoal. Kekuatannya disini,

secara tidak langsung saya dapat membuat penilaian pada pengajaran sekiranya masih

diingati dan difahami oleh murid. Malahan aktiviti senamrobik yang dilakukan untuk

memanaskan badan juga dapat menarik minat murid. Ini kerana murid – murid suka akan

lagu pilihan saya iaitu “ Chiken Dance”. Murid – murid kelihatan gembira dan mengikut gerak

senamrobik yang dilakukan oleh saya.

Walaubagaimanapun, set induksi ini masih mempunyai kelemahannya iaitu pada teknik

penyoalan. Teknik ini tidak begitu menarik minat murid untuk memulakan sesi

pembelajaran. Ini jelas kelihatan dengan raut wajah yang tidak ceria pada sesi penyoalan itu

berlangsung. Mungkin ada diantara mereka sudah lupa bentuk – bentuk posisi tersebut. Jelas

sekali teknik ini tidak sepatutnya dilakukan pada permulaan pengajaran saya. Secara tidak

langsung ia akan mengurangkan fokus murid itu sendiri.

Oleh sebab itu, bagi memastikan PdP berjalan dengan baik, saya akan menambahbaikkan set

induksi saya dengan memberi gambar bagi setiap posisi sebagai bahan rangsangan kepada

murid. Contohnya saya akan membawa gambar posisi yang telah dipelajari dan barulah

menggunakan teknik penyoalan. Ini mungkin lebih berkesan dan menarik minat murid

kerana mempunyai bahan rangsangan untuk membantu mereka menjawab soalan yang

diberi guru. Saya juga akan memperuntukkan masa yang minima untuk set induksi ini.

Carannya, saya akan mengurangkan masa semasa langkah pertama.

Pada bahagian perkembangan dan kemuncak juga mempunyai kekuatan. Pada waktu

perkembangan saya telah mengadakan aktiviti stesen. Di sini saya dapat lihat murid – murid

begitu teruja untuk bermain permainan stesen ini. Ini kerana semua murid berpeluang

melalui stesen tersebut kerana saya tidak mewujudkan kumpulan. Kekuatan pada aktiviti

kemuncak pula terletak pada pembahagian kumpulan dan mereka berlawan antara

kumpulan untuk memenangi aktiviti ini. Secara tidak langsung saya telah menerapkan nilai

Page 5: Asg Pjk April 2015

bekerjasama antara ahli kumpulan dan mewujudkan persaingan sihat antara murid. Suara

sorakkan memberi semangat ketika aktiviti kemuncak ini berlangsung menunjukkan nilai

yang saya terapkan iaitu sanggup mengambil risiko walaupun mereka tidak berpeluang

memilih ahli kumpulan sendiri. Ini jelas murid – murid memberi kepercayaan penuh pada

ahli kumpulan masing – masing ketika aktiviti ini berlangsung.

Namun kelemahan pada perkembangan dan kemuncak ini juga dapat saya kesan. Antaranya

murid kelihatan sukar melakukan posisi yang disebut guru kerana setiap murid akan diberi

perbezaan posisi. Malahan pada aktiviti kemuncak juga mengambil masa yang lama. Oleh itu

saya perlulah membuat penambahbaikkan pada bahagian perkembangan perkembangan dan

kemuncak. Contonya saya boleh memilih permainan yang melibatkan semua murid dapat

melakukan aktiviti yang sama dan adil. Malahan pada waktu kemuncak saya boleh menukar

kepada bentuk permainan kecil yang lebih menarik minat murid – murid.

Kesimpulannya disini, semua murid kelihatan gembira dan mencapai objektif pdp. Kawalan

murid juga dapat saya lakukan dengan baik. Namun penambahbaikkan perlu saya lakukan

untuk mengurangkan pembaziran masa ketika menjalankan setiap aktiviti tersebut.

RUJUKAN

Abd.Halim Md Salleh ( 2011).Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tahun 4.Selangor Darul

Ehsan:Dewan Bahasa dan Pustakaka