asas p. muzik

9
ASAS PENDIDIKAN MUZIK MZU 3104

Upload: ericson-albert

Post on 15-Dec-2015

30 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Asas kepada pendidikan musik. Pengenalan, sehinggalah kesimpulan kepada asas dan teori

TRANSCRIPT

Page 1: Asas p. Muzik

ASAS PENDIDIKAN MUZIKMZU 3104

Page 2: Asas p. Muzik

PENGENALAN

Kursus ini memberi pendedahan mengenai pandangan ahli falsafah dan kepentingannya dalam pendidikan muzik.

Di samping itu, perbincangan mengenai matlamat dan fungsi muzik dalam pendidikan menekankan kepentingan muzik itu sendiri.

Turut, membincangkan perihal implikasi falsafah, faktor-faktor sosiologikal dan psikologi yang mempengaruhi tingkahlaku muzikal dikaji dan domain-domain pengajaran dan pembelajaran muzik dijelaskan dengan lebih spesifik.

Page 3: Asas p. Muzik

TAJUK 1 (ASAS FALSAFAH PENDIDIKAN MUZIK)

PENGENALAN :

Dalam situasi bilik darjah pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik, pendidik muzik perlu memahami asas falsafah dalam membantunya menjayakan P&P dengan lebih menarik dan berkesan.

Pemahaman yang jelas terhadap falsafah akan dapat membantu pendidik muzik memahami isu asas dalam dalam kehidupan sama ada dalam @ luar bilik darjah.

Page 4: Asas p. Muzik

Falsafah pendidikan muzik ini membantu seorang pendidik muzik lebih berkeyakinan dan menjadikannya sebagai bahan rujukan dalam memahami situasi pelajar dan pembaharuan dalam aspek pengajaran di dalam bilik darjah

Melalui pengetahuan dalam falsafah juga membantu seseorang pendidik dalam membuat keputusan yang memerlukan mereka berfikir secara mendalam bagi mengelakkan kesan ke atas pelajarnya di masa hadapan.

Page 5: Asas p. Muzik

PANDANGAN ASAS FALSAFAH PESTALOZZI UNTUK PENDIDIKAN MUZIK

Page 6: Asas p. Muzik

PENGENALAN

Johann Henrich Pestalozzi ( 1746-1827) seorang yang berbangsa Swiss yang mempengaruhi banyak rasional dan prinsip asas untuk pendidikan muzik hampir diseluruh dunia.

Dalam thaun 1809 prinsip Pestalozzi yang bertajuk “ Principle of the Pestalozzi System Of music “ telah diperkanalkan di dunia.

Page 7: Asas p. Muzik

6 PRINSIP PESTALOZZI

1. Mengajar bunyi sebelum tanda atau simbol (kaedah hafalan sebelum catatan ) para pelajar didiedahkan dengan nyanyian sebelum mempelajari notasi muzik.

2. Kaedah discovery learning dipraktikkan dengan memberi peluang pelajar menerokai bunyi, meniru bunyi dan seterusnya membuat kesimpulan berkaitan bunyi yang didengar samada bunyi sekeliling atau bunyi yang diciptakan.

Page 8: Asas p. Muzik

3. Pembelajaran mengikut peringkat yang sisitematik iaitu memahirkan pelajar dengan aspek tertentu sebelum bertukar ke aspek lain. Contohnya dalam aspek irama setelah pelajar menguasai aspek ini barulah bertukar ke aspek melodi dan seterusnya secara berperingkat.

4. Pembelajaran secara praktikal atau amali diberi penekanan apabila pelajar menguasai aspek amali tersebut aspek teori dan prinsip berkaitan didedahkan. Pelajar digalakkan menghubungkaitkan amalan amali dengan aspek teori dan prinsip.ini dinamakan pembelajaran Heuristik.

Page 9: Asas p. Muzik

5. Peluang latihan dan kajian berkaitan dengan elemen muzik dipraktikkan melalui usaha sendiri dan seharusnya mencukupi dan ini berkaitan pendekatan berkonsep.

6. Nama not untuk nyanyian dan muzik instrumental diselaraskan dengan dan nyanyian solfa tidak digalakan.