dsp p muzik tingkatan 1 tambahbaik - feb 2013

24
DSP Pendidikan Muzik Tingkatan 1 Januari 2013 KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN MUZIK TINGKATAN 1

Upload: yat-cumil

Post on 14-Dec-2014

80 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: DSP P Muzik Tingkatan 1 Tambahbaik - Feb 2013

DSP Pendidikan Muzik Tingkatan 1 Januari 2013

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN MUZIK

TINGKATAN 1

Page 2: DSP P Muzik Tingkatan 1 Tambahbaik - Feb 2013

DSP Pendidikan Muzik Tingkatan 1 Januari 2013

2

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi

individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis

dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang

berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan

mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran

keluarga, masyarakat dan negara."

Page 3: DSP P Muzik Tingkatan 1 Tambahbaik - Feb 2013

DSP Pendidikan Muzik Tingkatan 1 Januari 2013

3

MATLAMAT KURIKULUM PENDIDIKAN MUZIK Kurikulum Pendidikan Muzik menengah rendah bertujuan melengkapkan pelajar dengan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman muzik untuk memperkembang aptitud mereka dalam seni muzik di samping mempertingkat cita rasa muzikal yang membolehkan pelajar menikmati, menghargai, dan mereka cipta muzik ke arah melahirkan insan yang seimbang, kreatif, berdisiplin dan harmonis.

OBJEKTIF KURIKULUM PENDIDIKAN MUZIK

Setelah mengikuti pelajaran Pendidikan Muzik di peringkat menengah rendah, pelajar

1. mempunyai pengetahuan dan kefahaman konsep muzik

2. mempunyai pengetahuan dan kefahaman sistem notasi dan konvensi penulisan muzik

3. berkebolehan membaca dan menotasi muzik

4. berkebolehan menyanyi secara solo dan ensembel dengan mengamalkan teknik yang betul

5. berkebolehan bermain muzik instrumental secara solo dan dalam ensembel muzik konvensional dan tradisional dengan

mengamalkan teknik yang betul

6. berkebolehan meneroka dan mengeksperimen kesan bunyi daripada pelbagai alat muzik dengan teknik yang tidak

konvensional

7. berkebolehan membuat improvisasi dan mereka cipta bahan muzik

8. berkebolehan menilai dan membuat rumusan hasil karya dan persembahan muzik

9. dapat mengamalkan etika sebagai performer dan sebagai audien persembahan muzik

10. dapat mengamalkan sikap bertoleransi, bertanggung jawab, berinisiatif, bekerjasama dan beretika

Dipetik daripada Sukatan Pelajaran Pendidikan Muzik Menengah Rendah 2003.

Page 4: DSP P Muzik Tingkatan 1 Tambahbaik - Feb 2013

DSP Pendidikan Muzik Tingkatan 1 Januari 2013

4

PENDAHULUAN Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) dibina sebagai panduan untuk guru menambahbaik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard. Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini. Adalah diharapkan dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modal insan yang berteraskan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

Page 5: DSP P Muzik Tingkatan 1 Tambahbaik - Feb 2013

DSP Pendidikan Muzik Tingkatan 1 Januari 2013

5

TAFSIRAN

o Band ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan pelaporan individu.

o Standard ialah satu pernyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi

memberi gambaran holistik tentang individu. o Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan

menunjukkan kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band). Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih qualifier menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul untuk menggambarkan standard hasil pembelajaran.

o Deskriptor ialah pernyataan yang menerangkan perkara yang di ketahui dan dikuasai oleh murid berdasarkan standard di

mana kualiti boleh ditaksir dan dicapai. o Evidens Murid : Pernyataan yang menerangkan tentang cara-cara murid melaksanakan perkara yang diketahui dan

dikuasai berdasarkan deskriptor. Instrumen : Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan

dalam bentuk produk atau proses seperti penulisan, laporan, foto, grafik, artifak dan lain-lain.

o Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian secara lisan, demonstrasi, ujian amali.

Page 6: DSP P Muzik Tingkatan 1 Tambahbaik - Feb 2013

DSP Pendidikan Muzik Tingkatan 1 Januari 2013

6

TAFSIRAN BAND

BAND PERNYATAAN BAND TAFSIRAN

1 TAHU Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas.

2 TAHU DAN FAHAM Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.

3 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT

Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi.

4 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB

Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik.

5 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TERPUJI

Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baru, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif.

6 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB MITHALI

Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.

Page 7: DSP P Muzik Tingkatan 1 Tambahbaik - Feb 2013

DSP Pendidikan Muzik Tingkatan 1 Januari 2013

7

BAND PERNYATAAN STANDARD

1

Mengetahui asas muzik dan nilai sahsiah

2

Mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang konsep muzik serta menerapkan nilai sahsiah

3

Menguasai pengetahuan dan kemahiran serta mengaplikasikannya dalam aktiviti muzikal serta mempunyai nilai sahsiah

4

Menguasai pengetahuan dan kemahiran serta mengaplikasikannya dalam aktiviti muzikal dengan betul serta mengamalkan nilai sahsiah

5

Menguasai pengetahuan dan kemahiran serta mengaplikasikannya dalam aktiviti muzikal dengan betul dan tepat serta menjadi murid contoh kepada yang lain dan berketrampilan dalam nilai sahsiah

6

Menguasai pengetahuan dan kemahiran serta mengaplikasikannya secara kreatif dalam aktiviti muzikal serta menjadi contoh dan boleh menunjuk cara dengan betul dan tepat serta berkeperibadian mulia dalam nilai sahsiah

Page 8: DSP P Muzik Tingkatan 1 Tambahbaik - Feb 2013

DSP Pendidikan Muzik Tingkatan 1 Januari 2013

8

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

1

Tahu

B1 Mengetahui asas muzik dan nilai sahsiah

B1D1

Pengetahuan mengenai konsep muzik

Irama

Melodi

Harmoni

Warna ton

Tekstur

Ekspresi

Tanda isyarat dan terminolgi

B1D1E1 Menamakan jenis not dan tanda rehat B1D1E2 Menamakan meter B1D1E3 Menamakan rentak B1D1E4 Menyatakan pic tinggi dan rendah B1D1E5 Menyatakan warna ton suara B1D1E6 Menamakan tekstur nipis dan tebal B1D1E7 Menamakan simbol-simbol dinamik B1D1E8 Menyatakan tempo cepat dan lambat B1D1E9 Menamakan tanda isyarat, tanda kromat dan terminologi muzik

Page 9: DSP P Muzik Tingkatan 1 Tambahbaik - Feb 2013

DSP Pendidikan Muzik Tingkatan 1 Januari 2013

9

B1D2 Pengetahuan nyanyian mengenai register dan postur B1D3 Pengetahuan mengenai alat muzik konvensional dan tradisional B1D4 Sahsiah Mengenal pasti etika persembahan

B1D2E1 Menamakan register suara B1D2E2 Menyatakan postur semasa menyanyi B1D3E1 Menamakan bahagian-bahagian alat muzik konvensional (alat muzik pilihan) dan tradisional (kompang) B1D4E1 Menyenaraikan etika persembahan (bekerjasama, menepati masa, berdisiplin, bertolak ansur, kerajinan dll ) semasa latihan atau persembahan

Page 10: DSP P Muzik Tingkatan 1 Tambahbaik - Feb 2013

DSP Pendidikan Muzik Tingkatan 1 Januari 2013

10

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

2

Tahu dan Faham

B2

Mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang konsep muzik serta menerapkan nilai sahsiah

B2D1 Pengetahuan dan Kefahaman mengenai konsep muzik

Irama

Melodi

Harmoni

Warna ton

Tekstur

Ekspresi

Tanda isyarat dan terminolgi

B2D1E1 Menjelaskan jenis not, nilai not dan tanda rehat B2D1E2 Menjelaskan meter 2 3 4 4 4 4 B2D1E3 Menjelaskan jenis rentak yang diperdengar B2D1E4 Membezakan pic tinggi dan rendah pada baluk B2D1E5 Mejelaskan not pada baluk (klef trebel dan bes) B2D1E6 Menerangkan tetrakord dalam pembinaan skel C major, G major dan F major B2D1E7 Membezakan aliran bertangga, aliran melompat dan aliran mendatar B2D1E8 Membezakan kualiti suara berat dan ringan B2D1E9 Menerangkan tekstur monofoni dan homofoni B2D1E10

Page 11: DSP P Muzik Tingkatan 1 Tambahbaik - Feb 2013

DSP Pendidikan Muzik Tingkatan 1 Januari 2013

11

B2D2 Pengetahuan dan Kefahaman nyanyian mengenai register dan postur B2D3 Pengetahuan dan Kefahaman mengenai julat bunyi alat muzik konvensional dan bunyi alat muzik tradisional B2D4 Sahsiah Kefahaman mengenai etika persembahan

Menerangkan makna simbol dinamik B2D1E11 Menerangkan maksud tempo Andante, Allegro dan Moderato B2D1E12 Menerangkan maksud tanda isyarat dan terminologi muzik B2D2E1 Menerangkan mengenai register suara B2D2E2 Menjelaskan postur semasa menyanyi B2D3E1 Menjelaskan julat bunyi alat muzik konvensional (alat muzik pilihan) B2D3E2 Menerangkan penghasilan bunyi paluan kompang B2D4E1 Menerangkan etika persembahan (bekerjasama, menepati masa, berdisiplin, bertolak ansur, kerajinan dll ) semasa latihan atau persembahan

Page 12: DSP P Muzik Tingkatan 1 Tambahbaik - Feb 2013

DSP Pendidikan Muzik Tingkatan 1 Januari 2013

12

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

3

Tahu, Faham dan Boleh

Buat

B3 Menguasai pengetahuan dan kemahiran serta mengaplikasikannya dalam aktiviti muzikal serta mempunyai nilai sahsiah

B3D1 Mengaplikasi konsep muzik

Irama

Melodi

Harmoni

Warna ton

Tekstur

Ekspresi

Tanda isyarat dan terminolgi

B3D1E1 Menepuk semula corak irama tidak kurang dari dua bar B3D1E2 Mengisi meter pada keratan skor yang di beri dengan betul. 2 3 4 4 4 4 B3D1E3 Menepuk semula rentak yang diperdengarkan B3D1E4 Menotasikan not-not pada baluk (klef trebel dan bes) B3D1E5 Menotasikan skel C major dan A minor harmonik B3D1E6 Menfrasakan lagu yang diperdengarkan B3D1E7 Menandakan simbol / istilah dinamik pada skor lagu B3D1E8 Menandakan tempo Andante, Allegro atau Moderato pada skor melalui lagu yang diperdengarkan B3D1E9 Menandakan tanda isyarat dan terminologi muzik pada skor

Page 13: DSP P Muzik Tingkatan 1 Tambahbaik - Feb 2013

DSP Pendidikan Muzik Tingkatan 1 Januari 2013

13

B3D2 Mengaplikasikan konsep dan teknik nyanyian B3D3 Mengaplikasikan konsep muzik dalam permainan alat muzik konvensional dan tradisional dengan betul

B3D2E1 Menyanyi dengan postur yang betul B3D2E2 Menyanyi dengan teknik pernafasan dan

penghasilan ton (register) yang baik

B3D2E3 Menyanyikan melodi aliran bertangga, aliran melompat dan aliran mendatar tidak kurang dari empat bar B3D2E4 Menyanyi melodi solfa do, re, mi berdasarkan skor B3D2E5 Menyanyi secara unison dalam tekstur monofoni dan homofoni dengan kawalan imbangan suara yang baik B3D3E1 Memainkan alat muzik konvensional (alat muzik pilihan) dengan postur, embouchure, touguing (penglidahan) dan posisi tangan mengikut kesesuaian alat muzik B3D3E2 Memperagakan postur dan cara memegang kompang B3D3E3 Memainkan paluan “pak” dan “bung”

Page 14: DSP P Muzik Tingkatan 1 Tambahbaik - Feb 2013

DSP Pendidikan Muzik Tingkatan 1 Januari 2013

14

B3D4 Sahsiah Mengamalkan nilai-nilai murni dalam persembahan

B3D4E1 Mengamalkan etika persembahan (bekerjasama, menepati masa, berdisiplin, bertolak ansur, kerajinan dll ) semasa latihan atau persembahan

Page 15: DSP P Muzik Tingkatan 1 Tambahbaik - Feb 2013

DSP Pendidikan Muzik Tingkatan 1 Januari 2013

15

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

4

Tahu, Faham dan Boleh

Buat dengan Beradab

B4 Menguasai pengetahuan dan kemahiran serta mengaplikasikannya dalam aktiviti muzikal dengan betul serta mengamalkan nilai sahsiah

B4D1 Mengaplikasikan konsep muzik dengan betul

Irama

Melodi

Harmoni

Warna ton

Tekstur

Ekspresi

Tanda isyarat dan terminolgi

B4D1E1 Menotasikan corak irama yang diperdengarkan tidak kurang dari dua bar dengan betul B4D1E2 Meletakkan garis bar berdasarkan meter yang diberi dengan betul B4D1E3 Meletakkan tanda rehat dan not berdasarkan meter yang diberi dengan betul B4D1E4 Mengecam dan memainkan rentak yang diperdengarkan dengan betul B4D1E5 Menggunakan nama teknikal bagi not (not tonik, subtonik, median, subdominan, dominan, submedian, subtonik / not pimpin) dalam skel mengikuti urutan dengan betul B4D1E6 Menentukan kedudukan pic yang sama pada klef trebel dan klef bes dengan betul B4D1E7 Menotasikan skel G major dan F major dengan betul B4D1E8 Menotasikan jeda major ke 3, minor ke 3 dan perfek ke 5 dengan betul

Page 16: DSP P Muzik Tingkatan 1 Tambahbaik - Feb 2013

DSP Pendidikan Muzik Tingkatan 1 Januari 2013

16

B4D2 Mengaplikasikan konsep dan teknik nyanyian dengan betul

B4D1E9 Membanding beza kualiti suara yang diperdengarkan dengan betul B4D1E10 Menandakan frasa pada skor lagu dengan betul B4D1E11 Memberi ulasan tentang ensembel vokal dan muzik kamar dengan betul B4D2E1 Menyanyi dengan teknik pernafasan dan

penghasilan ton (register) yang betul ketika

menyanyi B4D2E2 Menyanyikan semula keratan melodi dalam nada yang berbeza dengan iringan muzik dengan betul B4D2E3 Menyanyi melodi solfa do, re, mi , fa dan soh berdasarkan skor dengan betul B4D2E4 Menyanyi secara berharmoni dua suara dengan mengekalkan pic dan tempo Andante, Allegro atau Moderato berdasarkan skor lagu dengan betul B4D2E5 Meenyanyi mengikut simbol / istilah dinamik berdasarkan skor lagu dengan betul

Page 17: DSP P Muzik Tingkatan 1 Tambahbaik - Feb 2013

DSP Pendidikan Muzik Tingkatan 1 Januari 2013

17

B4D3 Mengaplikasikan permainan alat muzik konvensional dan tradisional dengan betul B4D4 Sahsiah Mengamalkan dan mematuhi nilai murni dalam persembahan

B4D2E6 Menyanyi dengan tanda isyarat dan terminologi muzik pada skor dengan betul B4D3E1 Memainkan alat muzik konvensional (alat muzik pilihan) dengan teknik penjarian yang betul mengikut kesesuaian alat muzik B4D3E2 Memainkan paluan “pak” dan “bung” dengan teknik dan ton yang betul B4D4E1 Mengamalkan etika persembahan (bekerjasama, menepati masa, berdisiplin, bertolak ansur, kerajinan dll ) semasa latihan atau persembahan B4D4E2 Mematuhi arahan dan isyarat pemimpin semasa latihan atau persembahan B4D4E3 Mengendali dan menjaga kebersihan serta keselamatan alat muzik dengan baik

Page 18: DSP P Muzik Tingkatan 1 Tambahbaik - Feb 2013

DSP Pendidikan Muzik Tingkatan 1 Januari 2013

18

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

Page 19: DSP P Muzik Tingkatan 1 Tambahbaik - Feb 2013

DSP Pendidikan Muzik Tingkatan 1 Januari 2013

19

5

Tahu, Faham dan Boleh

Buat dengan Beradab Terpuji

B5 Menguasai pengetahuan dan kemahiran serta mengaplikasikannya dalam aktiviti muzikal dengan betul dan tepat serta menjadi murid contoh kepada yang lain dan berketrampilan dalam nilai sahsiah

B5D1 Mengaplikasi konsep muzik dengan betul dan tepat

Irama

Melodi

Harmoni

Warna ton

Tekstur

Ekspresi

Tanda isyarat dan terminolgi

B5D1E1 Memadankan lirik pada 1 frasa corak irama yang diberi dengan betul dan tepat B5D1E2 Menotasikan corak irama rentak dengan betul dan tepat l B5D1E3 Menggunakan nama teknikal not (not tonik, subtonik, median, subdominan, dominan, submedian, leading note / not pimpin) dalam keratan melodi yang diberi dengan betul dan tepat B5D1E4 Membanding beza nada major dan minor harmonik berdasarkan skor lagu dengan betul dan tepat B5D1E5 Mengecam jeda major ke 3 dan perfek ke 5 yang diperdengarkan dengan betul dan tepat B5D1E6 Membina triad tonik berdasarkan skel C major, G major, F major dan A minor dalam kedudukan perdu dengan betul dan tepat B5D1E7 Menotasikan kord primer dalam nada C major dan G major dengan betul dan tepat B5D1E8

Page 20: DSP P Muzik Tingkatan 1 Tambahbaik - Feb 2013

DSP Pendidikan Muzik Tingkatan 1 Januari 2013

20

B5D2 Mengaplikasikan kemahiran nyanyian dengan betul dan tepat B5D3 Mengaplikasikan permainan alat muzik konvensional dan tradisional dengan betul dan tepat

Menentukan bahagian lagu yang diperdengarkan dengan betul dan tepat B5D1E9 Memberi penceritaan tentang muzik rakyat Malaysia dan muzik klasik Barat secara lisan dan bertulis dengan fakta yang betul dan tepat B5D2E1 Menyanyikan melodi mudah dengan teknik pernafasan, penghasilan ton dan penggunaan

register, sebutan, artikulasi, ekspresi dan

memfrasa dengan betul dan tepat B5D2E2 Menyanyikan semula skel, jeda dan arpeggio secara solfa dengan betul dan tepat B5D2E3 Menyanyi secara berharmoni dua suara dengan mengekalkan pic dan tempo Andante, Allegro atau Moderato berdasarkan skor lagu dengan betul dan tepat B5D2E4 Menyanyikan lagu yang diberi secara bacaan skor mengikut tanda isyarat dan terminologi muzik pada skor dengan betul dan tepat B5D3E1 Memainkan skel yang tepat dengan teknik yang betul mengikut kesesuaian alat muzik

Page 21: DSP P Muzik Tingkatan 1 Tambahbaik - Feb 2013

DSP Pendidikan Muzik Tingkatan 1 Januari 2013

21

B5D4 Sahsiah Menghayati dan mematuhi nilai murni dalam persembahan

B5D3E2 Memainkan lagu lapan bar mengikut tanda isyarat dan terminologi muzik pada skor dengan betul dan tepat B5D3E3 Memainkan paluan melalu dan menyilang dengan teknik yang betul dan tepat B5D4E1 Menghayati etika persembahan (bekerjasama, menepati masa, berdisiplin, bertolak ansur, kerajinan dll ) semasa latihan atau persembahan B5D4E2 Mematuhi arahan dan isyarat pemimpin semasa latihan atau persembahan dengan betul dan tepat B5D4E3 Melaksanakan tugas jawatankuasa dalam persembahan dengan bertanggungjawab

Page 22: DSP P Muzik Tingkatan 1 Tambahbaik - Feb 2013

DSP Pendidikan Muzik Tingkatan 1 Januari 2013

22

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

6

Tahu, Faham

dan Boleh Buat dengan

Beradab Mithali

B6 Menguasai pengetahuan dan kemahiran serta mengaplikasikannya secara kreatif dalam aktiviti muzikal serta menjadi contoh dan boleh menunjuk cara dengan betul dan tepat serta berkeperibadian mulia dalam nilai sahsiah

B6D1 Mengaplikasi konsep muzik dengan kreatif, betul dan tepat

Irama

Melodi

Harmoni

Warna ton

Tekstur

Ekspresi

Tanda isyarat dan terminolgi

B6D1E1 Mencipta corak irama dua bar dengan betul dan tepat B6D1E2 Menghasilkan gubahan pelbagai bunyi daripada bahan bukan alat muzik ( botol, belon, kunci, perkusi badan dll.) mengiringi lagu B6D1E3 Menghasilkan lirik pada satu rangkap melodi yang diberi dengan betul dan tepat B6D1E4 Menotaasikan nada major atau minor harmonik berdasarkan dalam skor dengan betul dan tepat B6D1E5 Mengecam dan menotasikan jeda major ke 3, minor ke 3 dan perfek ke 5 yang didengar berpandukan not tonik yang diberi dengan betul dan tepat B6D1E6 Mengisikan kord-kord primer pada skor lagu yang diberi dengan betul dan tepat B6D1E7 Menyatakan kord primer dalam nada C major, G major, Fmajor dan A minor

Page 23: DSP P Muzik Tingkatan 1 Tambahbaik - Feb 2013

DSP Pendidikan Muzik Tingkatan 1 Januari 2013

23

B6D2 Mengaplikasikan kemahiran nyanyian dengan kreatif, betul dan tepat

B6D1E8 Mengecam bentuk lagu binari atau ternari daripada lagu yang diperdengarkan dengan betul dan tepat B6D1E9 Mengulas tentang ciri-ciri positif dan negatif tentang muzik ensembel vokal dan muzik ensembel kamar dengan jelas B6D2E1 Menyanyikan melodi dengan teknik pernafasan,

penghasilan ton dan penggunaan register,

sebutan, artikulasi, ekspresi dan memfrasa dengan betul dan tepat B6D2E2 Menyanyikan semula skel, jeda dan arpeggio secara solfa dengan betul dan tepat B6D2E3 Menyanyi secara berharmoni dua suara dengan keseimbangan yang baik, mengekalkan pic dan tempo Andante, Allegro atau Moderato berdasarkan skor lagu dengan betul dan tepat B6D2E4 Membaca dan menyanyi lagu mengikut tanda isyarat dan terminologi muzik pada skor dengan betul dan tepat

Page 24: DSP P Muzik Tingkatan 1 Tambahbaik - Feb 2013

DSP Pendidikan Muzik Tingkatan 1 Januari 2013

24

B6D3 Mengaplikasikan permainan alat muzik konvensional dan tradisional dengan kreatif, berkeyakinan serta teknik yang betul B6D4 Sahsiah Menghayati dan mematuhi nilai murni dalam persembahan dan pengurusan

B6D3E1 Memainkan skel dengan lancar dan tepat secara konsisten mengikut kesesuaian alat muzik B6D3E2 Memainkan lagu sepanjang lapan bar mengikut tanda isyarat dan terminologi muzik pada skor dengan lancar, berkeyakinan, ekspresif dan kreatif B6D3E3 Memainkan alat muzik secara bacaan semerta

(sight reading) sepanjang lapan bar

B6D3E4 Memainkan paluan melalu, menyilang dan meningkah dengan tepat serta teknik yang betul secara ensembel B6D4E1 Menghayati etika (bekerjasama, menepati masa, berdisiplin, bertolak ansur, kerajinan dll ) semasa latihan atau persembahan B6D4E2 Memimpin pasukan semasa latihan atau persembahan