asas kepimpinan guru.docx

7
ASAS KEPIMPINAN Dalam menuju ke arah matlamat Negara maju, Masyarakat kini mulai sedar bahawa kemajuan Negara baik dari segi pembangunan sosial, politik dan agama amat bergantung kepada kecekapan dan keberkesanan sistem pendidikan Negara. Perkembangan pendidikan yang menyeluruh dan pesat pula memerlukan pemimpin dan penampilan ciri-ciri kepemimpinan yang berkesan ke arah pencapaian aspirasi Negara. Kepimpinan ialah perkataan terbitan daripada “pimpin”. Pimpin bererti bimbing, pandu atau tunjuk. Memimpin diberi erti sebagai memegang tangan dan membawa berjalan menuju ke sesuatu tempat. Kepimpinan membawa erti “keupayaaan memimpin” dan kepemimpinan pula “keupayaan sebagai pemimpin, daya seseorang pemimpin” (Kamus Dewan, 2002). Pada amnya, kepemimpinan adalah satu proses yang melibatkan keupayaan dan kekuatan menyakinkan orang lain. Kepemimpinan adalah satu proses mempengaruhi tingkah laku orang lain untuk menggalakkan mereka bekerja ke arah pencapaian sesuatu matlamat yang ditetapkan. Kepemimpinan akan saling berkaitan dengan pemimpin. Bagi mengekalkan kepemimpinan orang lain terhadap guru, seseorang guru perlulah sentiasa meningkatkan kebolehannya dalam bidang yang dipertanggungjawabkan. Dengan itu, perlaksanaan tugasan melalui kepemimpinan guru memerlukan kriteria-kriteria seperti keperibadian yang perlu disemai dan dapat melahirkan rasa hormat, personaliti yang perlu diperkembangkan, kedudukan yang

Upload: norzaibasima

Post on 22-Dec-2015

222 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: ASAS KEPIMPINAN GURU.docx

ASAS KEPIMPINAN

Dalam menuju ke arah matlamat Negara maju, Masyarakat kini mulai sedar

bahawa kemajuan  Negara baik dari segi pembangunan sosial, politik dan agama

amat bergantung kepada kecekapan dan keberkesanan sistem pendidikan Negara.

Perkembangan pendidikan yang menyeluruh dan pesat pula memerlukan pemimpin

dan penampilan ciri-ciri kepemimpinan yang berkesan ke arah pencapaian aspirasi

Negara.

Kepimpinan ialah perkataan terbitan daripada “pimpin”. Pimpin bererti

bimbing, pandu atau tunjuk. Memimpin diberi erti sebagai memegang tangan dan

membawa berjalan menuju ke sesuatu tempat. Kepimpinan membawa erti

“keupayaaan memimpin” dan kepemimpinan pula “keupayaan sebagai pemimpin,

daya seseorang pemimpin” (Kamus Dewan, 2002).

          Pada amnya, kepemimpinan adalah satu proses yang melibatkan keupayaan

dan kekuatan menyakinkan orang lain. Kepemimpinan adalah satu proses

mempengaruhi tingkah laku orang lain untuk menggalakkan mereka bekerja ke arah

pencapaian sesuatu matlamat yang ditetapkan. Kepemimpinan akan saling

berkaitan dengan pemimpin.  Bagi mengekalkan kepemimpinan orang lain terhadap

guru, seseorang guru perlulah sentiasa meningkatkan kebolehannya dalam bidang

yang dipertanggungjawabkan. Dengan itu, perlaksanaan tugasan melalui

kepemimpinan guru memerlukan kriteria-kriteria seperti keperibadian yang perlu

disemai dan dapat melahirkan rasa hormat, personaliti yang perlu diperkembangkan,

kedudukan yang perlu dihormati dan kebolehan yang mewujudkan kepercayaan dan

amanah.

          Justeru itu, banyak yang perlu dihuraikan dan difahami daripada konsep

kepemimpinan ini kerana konsep kepemimpinan guru itu sendiri adalah amat rumit.

          Jika dilihat dalam konteks guru di sekolah dan peranan hakiki seorang guru

untuk menyampaikan ilmu dan pengetahuan, seorang guru itu haruslah mempunyai

kepimpinan dalam bilik darjah. Kepimpinan dalam bilik darjah merupakan satu set

kemahiran di mana guru menggunakan kepimpinannya untuk mengurus dirinya

sendiri dan berkomunikasi dengan yang lain. Kepimpinan guru dalam bilik darjah

memerlukan tanggungjawab guru untuk mewujudkan suasana iklim bilik darjah yang

Page 2: ASAS KEPIMPINAN GURU.docx

kondusif untuk menyampaikan proses pengajaran dan pembelajaran secara

berkesan kepada murid.  Bagi mewujudkan budaya bilik darjah yang efektif, guru-

guru perlu mampu membangkitkan minat murid untuk sentiasa seronok, ceria dan

tidak mempunyai tekanan dalam menuntut ilmu. Corak dan suasana interaksi ini

lazimnya boleh dicapai dengan mengambilkira tiga faktor yang mempengaruhi bilik

darjah iaitu faktor fizikal, faktor sosial dan faktor emosi. Selain itu, cara penyampaian

dan stail kepimpinan guru dalam bilik darjah merupakan aspek utama bagi

menghasilkan iklim pembelajaran yang berkesan. Perkara ini termasuklah suara

guru yang sesuai, lantang dan jelas menyampaikan pengajaran. Di samping itu,

sikap positif dan berekspektasi tinggi yang dipaparkan oleh seorang guru akan

membawa kepada kecemerlangan murid. Cara kepimpinan guru yang demokratik

yang menekankan kerjasama, berinisiatif dan penggunaan pujian juga mampu

membimbing murid ke arah nilai positf. Contoh Kepemimpinan guru dapat dilihat

melalui keadaan seperti ketika suasana kelas sedang bising, dan apabila guru

mengangkat tangan semua murid yang bising dalam kelas menjadi senyap dan

kembali fokus kepada pengajaran guru.

          Kepemimpinan seorang guru turut dipandang dalam sudut pandangan islam.

Menurut perspektif islam, kepimpinan adalah amanah yang wajib ditunaikan.

Pemimpin pula ialah orang memandu dan mengajak orang lain ke arah

kebahagiaan, mendapat kredhaan Allah, membuat segala suruhanNYa dan

meninggalkan segala laranganNya. Seorang pemimpin seharusnya beriman kepada

Tuhan dan mempunyai kepercayaan dan kepatuhan kepada agama. Tidak kiralah

sama ada guru tersebut beragama Islam, Kristian, Hindu ataupun Buddha,

kepercayaan ini penting bagi memastikan mereka mempunyai pegangan dan dasar

kepercayaan yang utuh. Bertitik tolak kepada kepercayaan kepada agama ini lah

akan mencernakan peribadi terpuji selaras dengan tuntutan agama.  Manakala

konsep etika dan amalan keagamaan seharusnya member kekuatan jatidiri kepada

para guru yakni pemimpin di dalam memimpin sesebuah organisasi terutamanya

memacu kecemerlangan pendidikan di sekolah. Dalam merealisasikan dan

melahirkan guru yang mempunyai kepimpinan berwibawa seperti yang dianjurkan,

beberapa peranan penting harus lah dimainkan oleh seseorang pendidik.peranan

paling utama yang perlu ditonjolkan adalah menjadi role model kepada setiap murid

di sekolah. Guru haruslah berupaya dan berkemampuan untuk memberikan contoh

Page 3: ASAS KEPIMPINAN GURU.docx

tauladan terbaik, contoh apabila berhadapan dengan seorang murid yang

bermasalah disiplin, nasihat dan langkah penyelesaian yang diberikan mestilah

sesuai dan bertetapan dengan ciri sikap dan perilaku serta akhlak guru itu sendiri.

Seorang guru yang baik mesti mampu untuk merubah murid menjadi baik dan

begitulah sebalikya.

          Kepemimpinan juga adalah satu proses mempengaruhi tingkah laku orang lain

untuk menggalakkan mereka bekerja ke arah pencapaian sesuatu matlamat yang

ditetapkan. Ini bermaksud, kepemimpinan juga merupakan keupayaan untuk

mempengaruhi ahl-ahli kumpulan untuk mencapai sesuatu matlamat dan untuk

mempengaruhi sistem kepercayaan, tindakan dan nilai ahli-ahli dalam

kumpuannya.konsep asas kepemimpinan yang seterusnya adalah merujuk kepada

kepimpinan diantara pemimpin dengan pengikut. Walaupun pemimpin mempunyai

kuasa tetapi kekuatan pengaruh lebih bergantung kepada pujukan daripada

paksaan. Proses ini selalunya melibatkan pertalian pengaruh yang bersifat dua arah

dan tujuan utama ialah untuk mencapai matlamat bersama. Jadi kepimpinan bukan

hanya tanggungjawab pemimpin, tetapi memerlukan usaha daripada pengikut-

pengikutnya.

          Dalam konsep kepimpinan guru dan budaya sekolah, guru merupakan

pemimpin yang berperanan sebagai agen perubahan. Perubahan yang dimaksudkan

adalah melibatkan perubahan ke atas sekolah dan pengajaran dalam bilik darjah.

Guru juga adalah individu yang menggariskan hala tuju dan membentuk murid ke

arah merealisasikannya dengan nilai-nilai kepimpinan yang positif. Guru sebagai

pengajar perlu berusaha untuk memahamkan murid berkaitan konsep dengan

mudah, sistematik, seronok dan bermakna. Di samping itu, guru turut sama

berperanan sebagai individu yang menjadi jambatan rujukan pengetahuan dan

maklumat para murid. Justeru, guru perlulah menunjakkan kepimpinannya dengan

sentiasa bersedia dan boleh menyesuaikan diri dengan keadaan iaitu

mempamerkan corak atau gelagat kepimpinan yang sesuai. Contohnya, dalam

zaman globalisasi pendidikan yang mencabar ini, rata-rata murid terlebih dahulu

terdedah dan mahir dalam penggunaan TMK. Maka, sebagai guru, kita perlu lah

mengambil langkah yang lebih besar untuk mempelajari kemahiran TMK dan berada

seiring dengan perkembangan budaya dan persekitaran murid.

Page 4: ASAS KEPIMPINAN GURU.docx

          Kecemerlangan sesebuah sekolah bergantung kepada pendekatan dan

kesungguhan guru-guru di sekolah bekerjasama dalam mendukung hasrat misi dan

visi sekolah. Kerjasama dalam kalangan guru bukan sahaja menyerlahkan

profesionalisme keguruan malah turut menjulang kepimpinan guru. Seorang guru

yang berkarisma dalam memimpin sesuatu organisasi juga berupaya untuk

memupuk nilai kepimpinan dalam diri rakan sejawatanya dan seterusnya

mewujudkan suasana yang fleksibel untuk sebarang bentuk kerjasamaantara

mereka. Sekolah yang berjaya dan berkesanbiasanya dibantu oleh penglibatan aktif

guru-guru dalam tugas berkumpulan dan lazimnya wujud kerjasama harmoni dalam

kalangan komuniti tersebut. Contoh yang boleh dikaitkan dengan daya kepimpinan

sesame guru ini adalah seperti keupayaan seseorang guru untuk bekerjasama,

berinteraksi serta mendorong rakan sejawatanya dengan menggunakan kuasa

pujukan daripada paksaan untuk mencapai matlamat sesebuah aktiviti yang telah

dirancangkan.

          Konsep kepemimpinan guru ini juga turut meliputi ruang lingkup yang lebih

luas dengan melibatkan masyarakat umum. Guru yang mengamalkan kepimpinan

yang berkesan dapat menarik kepercayaan masyarakat untuk bekerjasama dengan

pihak sekolah. Ahli masyarakat yang dimaksudkan di sini adalah golongan ibu bapa

yang menjadi tulang belakang kepada kehidupan sosial murid. Guru yang

berwibawa memiliki keupayaan untuk melibatkan ibu bapa dalam proses

memberikan pendidikan formal kepada anak-anak mereka. Hubungan ibu bapa dan

guru yang tidak hanya terbatas di atas meja mesyuarat PIBG akan membuka ruang

kolaborasi yang lebih dinamik serta mengikis kebimbangan ibu bapa terhadap

kreadibiliti guru dalam aspek pembentukan disiplin dan jati diri anak mereka.

Kepemimpinan guru yang berkesan juga mengurangkan beban individu kerana

kerjasama kumpulan lebih dititikberatkan. Sebagai contoh, pengagihan tugas dalam 

mesyuarat agung PIBG antara pihak guru dan pihak ibu bapa akan mengurangkan

beban tugas sesama ahli dan pada masa yang sama memupuk kerjasama dua hala

melalui kepimpinan guru.

Secara ringkasnya, guru boleh dianologikan sebagai kapten kapal yang sedang

mengemudi sebuah kapal yang tidak ada penghujung pelayarannya tetapi yang ada

Cuma persingahan untuk menurunkan penumpang. Jika baik pengemudiaanya

maka penumpang akan berlabuh dengan selamat. Murid dianalogikan sebagai

Page 5: ASAS KEPIMPINAN GURU.docx

penumpang kapal yang belayar tersebut. Ibu bapa pula adalah bebaling yang

menyokong dan memastikan kapal sampai ke destinasi yang hendak dituju

sepertimana diharapkan. Analogi ini memberikan gambaran akan betapa pentingnya

nilai kepimpinan seseorang guru yang juga digelar arkitek pembinaan insan salam

melaksanakan tugas yang tiada penghujungnya. , kepimpinan pendidikan di

peringkat sekolah melibatkan satu set proses pengaruh yang kompleks dan aktiviti-

aktiviti yang dilakukan bagi memperbaiki kesannya kepada sekolah adalah melalui

perubahan secara sukarela. Oleh itu, proses kepimpinan peringkat sekolah berlaku

bermula daripada guru kepada pentadbir, pentadbir kepada guru-guru dan guru-guru

dengan ibubapa, masyarakat, dan lain-lain agen yang terlibat secara langsung atau

tidak langsung dengan sekolah.