artikel math

3
Berdasarkan tugasan yang diberi iaitu menganalisis satu artikel tentang isu-isu pengajaran salah satu tajuk nombor, pecahan, perpuluhan, peratusan dan wang. Saya telah memilih satu artikel tentang masalah nombor iaitu tentang penggunaan teknik CRA ( Concrete-Representation-Abstract ) dalam membantu murid tahun lima menguasai pembahagian fakta asas. Isu utama dalam pengajaran tajuk nombor di kalangan guru-guru matematik ialah akan kelemahan murid-murid dalam menguasai tajuk bahagi. Daripada artikel di atas jelas masalah ini pun berlaku kepada pengkaji ini. Murid sangat lemah menguasai pembahagian fakta asas. Rata-rata di kebanyakan sekolah, tajuk bahagi merupakan kemahiran yang tidak disukai pelajar serta menjadi seperti topik ‘killer’ semasa dalam peperiksaan. Murid tidak dapat menjawab soalan yang berkaitan dengan bahagi. Muri tidak faham dan kebanyakan meninggalkan untuk menjawab topic bahagi dalam peperiksaan. Senario ini juga berkitar di kalangan guru-guru matematik. Betapa sukarnya untuk mengajar murid menguasai bahagi. Murid akhirnya hilang minat, kurang tumpuan, merasakan subjek matematik sangat sukar, tidak seronok dengan subjek matematik. Di dalam matematik, menguasai topic bahagi adalah sangat penting kerana ianya berhubung-kait dengan topic yang lain. Kelemahan menguasai bahagi akan membuatkan mereka tidak faham juga topik- topik berikutnya. Akibatnya kefahaman untuk topic-topik yang lain juga menurun, yang akhirnya menjadikan mereka hilang minat, motivasi, rasa rendah diri dan tidak suka dengan pelajaran matematik. Berdasarkan artikel yang saya kaji, jelas permasalahan menguasai pembahagian asas fakta asas boleh di atasi. Ada teknik dan pendekatan yang mendorong menangani permasalahan ini.

Upload: didik-abadi

Post on 16-Nov-2015

14 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Berdasarkan tugasan yang diberi iaitu menganalisis satu artikel tentang isu-isu pengajaran salah satu tajuk nombor, pecahan, perpuluhan, peratusan dan wang. Saya telah memilih satu artikel tentang masalah nombor iaitu tentang penggunaan teknik CRA ( Concrete-Representation-Abstract ) dalam membantu murid tahun lima menguasai pembahagian fakta asas.Isu utama dalam pengajaran tajuk nombor di kalangan guru-guru matematik ialah akan kelemahan murid-murid dalam menguasai tajuk bahagi. Daripada artikel di atas jelas masalah ini pun berlaku kepada pengkaji ini. Murid sangat lemah menguasai pembahagian fakta asas.Rata-rata di kebanyakan sekolah, tajuk bahagi merupakan kemahiran yang tidak disukai pelajar serta menjadi seperti topik killer semasa dalam peperiksaan. Murid tidak dapat menjawab soalan yang berkaitan dengan bahagi. Muri tidak faham dan kebanyakan meninggalkan untuk menjawab topic bahagi dalam peperiksaan. Senario ini juga berkitar di kalangan guru-guru matematik. Betapa sukarnya untuk mengajar murid menguasai bahagi. Murid akhirnya hilang minat, kurang tumpuan, merasakan subjek matematik sangat sukar, tidak seronok dengan subjek matematik.Di dalam matematik, menguasai topic bahagi adalah sangat penting kerana ianya berhubung-kait dengan topic yang lain. Kelemahan menguasai bahagi akan membuatkan mereka tidak faham juga topik-topik berikutnya. Akibatnya kefahaman untuk topic-topik yang lain juga menurun, yang akhirnya menjadikan mereka hilang minat, motivasi, rasa rendah diri dan tidak suka dengan pelajaran matematik.Berdasarkan artikel yang saya kaji, jelas permasalahan menguasai pembahagian asas fakta asas boleh di atasi. Ada teknik dan pendekatan yang mendorong menangani permasalahan ini.Kebanyakan murid setelah dididik guru, sering menyelesaikan soalan matematik berasaskan hanya dua matlamat iaitu cepat dan tepat. Ada kebenaran pandangan pengkaji ini. Murid hanya menyelesaikan soalan dan lupa konsep yang terselindung di sebalik pengenalan sesuatu rumus dan teorem.Di kalangan guru-guru matematik pula, hanya menitik beratkan pendekatan Behaviorisme yang dianggp lebih pratikal kerana apabila kita mengulang sesuatu, seseorang murid dapat belajar secara hafalan. Latih tubi sangat penting dalam pendekatan Behaviorisme. Inilah yang diamalkan oleh guru sekarang.Namun adakah pendekatan Behaviorisme ini berjaya sepenuhnya? Pengkaji dalam artikel ini membuktikan bahawa selain pendekatan Behaviorisme. Pendekatan Konstruktivisme adalah sangat penting juga. Memahami matematik terutama topic bahagi secara konsep dan konkrit adalah sangat penting.Pengkaji telah menggunakan teknik CRA ( Concrete-Representation-Abstract ) . Teknik CRA ini mengaplikasikan pendekatan Konstruktivisme. Bukan mudah setiap pengetahuan dapat dipindah daripada guru ke murid. Murid-murid sendirilah yang menjadikan pembelajaran itu bermakna untuk mereka. Melalui teknik permainan bahan konkrit, murid (responden) boleh memahami konsep bahagi iaitu perkongsian secara adil.Pembelajaran bahagi yang dimulai dengan aktiviti konkrit, diikuti dengan perwakilan data dan akhirnya peringkat abstract. Melalui pendekatan ini, guru mementingkan murid betul-betul faham pada peringkat konkrit sebelum meneruskan ke peringkat pengajaran yang lain, seperti perwakilan data dan seterusnya peringkat abstrack.Penggunaan teknik CRA ( konkrit perwakilan abtrack ) yang memperlihatkan Teori Kecergasan Pelbagai dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Setiap murid yang mempunyai kecergasan pelbagai telah digarab melalui teknik ini. Teknik CRA juga menggalakkan pembelajaran masteri.Kesimpulannya, penguasaan murid yang terbatas dan lemah dalam pembelajaran pembahagian fakta asas. Boleh diatasi dengan teknik pembelajaran yang menggalakkan dan mementingkan pendekatan Konstruktivisme seperti penekanan di peringkat konkrit untuk menjelaskan konsep bahagi. Seterusnya setelah menguasai peringkat konkrit ini, barulah ke peringkat seterusnya iaitu perwakilan data dan seterusnya keperingkat abstrack.Gabungan pendekatan Konstruktivisme yang didalamnya terkandung kekuatan Teori Kecergasan Pelbagai, pembelajaran masteri, menguasai peringkat ilmu konkrit , kemudian ke peringkat perwakilan seterusnya ke peringkat abstrak. Dengan garaban semua pendekatan ini, ada sinar kepada guru seterusnya murid untuk menangani masalah penguasaan pembahagian fakta asas.