artikel asniza.doc

13
MENINGKATKAN PENGUASAAN FAKTA SAINS BAGI TAJUK SUMBER TENAGA ELEKTRIK MURID TAHUN 5 MENGGUNAKAN KAD PERMAINAN ”LALUAN KE BINTANG” Asniza binti Manap Rafidah binti Wahab Institusi Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan Kuala Lipis, Pahang Abstrak Kajian tindakan ini dilaksanakan adalah untuk mengkaji penggunaan kad permainan “Laluan ke Bintang” dalam meningkatkan penguasaan fakta terhadap tajuk Sumber tenaga Elektrik bagi murid Tahun 5. Di samping itu kajian ini bertujuan untuk menentukan keberkesanan penggunaan kad permainan ”Laluan ke Bintang” bagi meningkatkan minat murid mempelajari matapelajaran Sains. Responden yang terlibat di dalam kajian ini adalah seramai 4 orang dari kelas Tahun 5. Tinjauan awal dilaksanakan melalui pemerhatian, hasil kerja murid dan Ujian Pra. Hasil tinjauan mendapati murid tidak menguasai fakta berkaitan tajuk Sumber Tenaga Elektrik. Perlaksanaan tindakan berfokus kepada penggunaan Kad Permainan ”Laluan ke Bintang”. Perlaksanaan kajian ini dijalankan selama 4 minggu. Instrumen yang di gunakan untuk melihat keberkesanan kad permainan ini adalah dengan menggunakan pemerhatian, soal selidik serta Ujian Pos selepas kaedah permainan dilaksanakan. Hasil dapatan kajian mendapati terdapat peningkatan markah min murid dari 27.5% semasa Ujian Pra kepada 82.0% semasa Ujian Pos. Hasil pemerhatian tidak berstruktur dan soal selidik sebanyak 100% iaitu kesemuanya murid berminat terhadap mata pelajaran Sains. Cadangan kajian seterusnya adalah mengaplikasikan kad permainan ini untuk tajuk-tajuk Sains yang lain. Kata Kunci: Sumber Tenaga Elektrik, Kad Permainan ”Laluan Ke Bintang”, Meningkatkan penguasaan Fakta Sains Dan Minat Murid Terhadap Sains. PENGENALAN Kegagalan murid dalam menguasai tajuk Sumber Tenaga Elektrik harus di ambil serius oleh guru Sains. Kegagalan menguasai fakta berkaitan tajuk Sumber Tenaga Elektrik boleh dijadikan penanda aras terhadap penguasaan murid dalam tajuk Sumber Tenaga

Upload: ahmad-ridzuan

Post on 11-Nov-2015

220 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

LAMPIRAN B

MENINGKATKAN PENGUASAAN FAKTA SAINS BAGI TAJUK SUMBER TENAGA ELEKTRIK MURID TAHUN 5 MENGGUNAKAN KAD PERMAINAN LALUAN KE BINTANG

Asniza binti ManapRafidah binti WahabInstitusi Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan AfzanKuala Lipis, Pahang

Abstrak

Kajian tindakan ini dilaksanakan adalah untuk mengkaji penggunaan kad permainan Laluan ke Bintang dalam meningkatkan penguasaan fakta terhadap tajuk Sumber tenaga Elektrik bagi murid Tahun 5. Di samping itu kajian ini bertujuan untuk menentukan keberkesanan penggunaan kad permainan Laluan ke Bintang bagi meningkatkan minat murid mempelajari matapelajaran Sains. Responden yang terlibat di dalam kajian ini adalah seramai 4 orang dari kelas Tahun 5. Tinjauan awal dilaksanakan melalui pemerhatian, hasil kerja murid dan Ujian Pra. Hasil tinjauan mendapati murid tidak menguasai fakta berkaitan tajuk Sumber Tenaga Elektrik. Perlaksanaan tindakan berfokus kepada penggunaan Kad Permainan Laluan ke Bintang. Perlaksanaan kajian ini dijalankan selama 4 minggu. Instrumen yang di gunakan untuk melihat keberkesanan kad permainan ini adalah dengan menggunakan pemerhatian, soal selidik serta Ujian Pos selepas kaedah permainan dilaksanakan. Hasil dapatan kajian mendapati terdapat peningkatan markah min murid dari 27.5% semasa Ujian Pra kepada 82.0% semasa Ujian Pos. Hasil pemerhatian tidak berstruktur dan soal selidik sebanyak 100% iaitu kesemuanya murid berminat terhadap mata pelajaran Sains. Cadangan kajian seterusnya adalah mengaplikasikan kad permainan ini untuk tajuk-tajuk Sains yang lain.

Kata Kunci:Sumber Tenaga Elektrik, Kad Permainan Laluan Ke Bintang, Meningkatkan penguasaan Fakta Sains Dan Minat Murid Terhadap Sains.PENGENALAN

Kegagalan murid dalam menguasai tajuk Sumber Tenaga Elektrik harus di ambil serius oleh guru Sains. Kegagalan menguasai fakta berkaitan tajuk Sumber Tenaga Elektrik boleh dijadikan penanda aras terhadap penguasaan murid dalam tajuk Sumber Tenaga Elektrik. Sekiranya murid menunjukkan tahap peguasaan fakta Sumber Tenaga Elektrik sepenuhnya. Kesannya, hasil pembelajaran pengkaji pada sesi pengajaran dan pembelajaran pada masa tersebut tidak tercapai sepenuhnya.

Bagi membantu murid menguasai fakta Sains berkaitan tajuk Sumber Tenaga Elektrik ini kaedah pengajaran yang sesuai memainkan peranan yang penting. Pentingnya masalah ini perlu di atasi segera supaya ianya tidak semakin serius apabila menduduki Peperiksaan UPSR nanti. Kajian Tindakan ini difokuskan kepada masalah beberapa orang murid dari kelas Tahun 5. Pengkaji juga sedar bahawa pelajar lebih minat untuk bermain jika dibandingkan dengan belajar hanya mendengar penerangan dari guru sahaja. Merujuk kepada kajian Wulan Adiarti (2009) yang menyatakan pandangan kontruktivist (Jo Ann Brewer 2007 : 386), Sains untuk anak di sekolah rendah harus mengajak anak bermain dan mengeksplorasi lingkungannya. Di dalam bermain dan mengeksplorasi dan bereksperimen maka anak mendapatkan pemahaman baik dari keterampilan proses dan juga konsep Sains. Oleh itu, pengkaji telah mencipta satu kaedah pengajaran dan pembelajaran menggunakan kad permainan yang dinamakan Laluan ke Bintang. FOKUS KAJIAN

Kajian Tindakan ini telah di jalankan di sebuah sekolah (SKM) Sekolah Kurang Murid di daerah Lipis pada Tahun 2014. Sekolah yang bergred B iaitu sekolah luar Bandar ini terletak 15 km dari Bandar Kuala Lipis. Pengkaji mensasarkan murid-murid Tahun 5 sebagai responden dalam menjalankan kajian ini. Peserta kajian terdiri daripada 4 orang iaitu 2 orang lelaki dan 2 orang perempuan. Mereka adalah murid yang berpencapaian rendah di dalam peperiksaan-peperiksaan yang lepas.

Fokus kajian pengkaji ialah berkaitan tajuk Sumber Tenaga Elektrik. Pengkaji memilih tajuk ini kerana mendapati sebilangan murid menghadapi masalah dalam mengingat fakta dan konsep dalam tajuk Sumber Tenaga Elektrik. Ini adalah melalui tinjauan dan analisis pada lembaran kerja, markah ujian yang lepas dan pemerhatian dari segi penumpuan dan tinglah laku semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. OBJEKTIF KAJIAN

Objektif:

i.Meningkatkan penguasaan fakta Sains dalam tajuk Sumber Tenaga Elektrik dengan menggunakan kad Permainan Laluan Ke Bintang.ii.Meningkatkan minat murid mempelajari matapelajaran Sains dengan menggunakan kad permainan Laluan Ke Bintang.

Soalan Kajian:

a)Adakah penggunaan kad permainan Laluan ke Bintang mampu meningkatkan penguasaan fakta Sains murid-murid?b)Adakah penggunaan kad permainan Laluan ke Bintang dalam pengajaran Sains boleh menarik minat murid mempelajari subjek Sains?PERANCANGAN TINDAKAN

Pengkaji telah memilih Model Kurt Lewin sebagai rujukan asas dalam merancang langkah-langkah melaksanakan kajian tindakan ini. Perancangan tindakan yang merangkumi langkah-langkah beserta aktiviti intervensi yang dilakukan sepanjang tempoh kajian iaitu selama empat minggu. Segala perancangan tindakan yang dijalankan sepanjang empat minggu telah diringkaskan seperti dalam Jadual 1.a) Perlaksanaan TindakanJadual 1

Jadual Perlaksanaan Program Intervensi Selama Seminggu

______________________________________________________________________________

Minggu

Tindakan yang dilaksanakan

Minggu 1

i-Membuat Tinjauan awal masalah

ii-Mengadakan perbincangan bersama pensyarah penyelia, guru-guru sekolah serta rakan-rakan berkaitan masalah yang ingin dikaji.

Minggu 2

i- Menjalankan Ujian Pra bagi menentukan sampel kajian

ii-Menganalisis Ujian Pra

iii-Menjalankan sesi menjawab borang soal selidik sebelum intervensi dilaksanakan

Minggu 3i-Menjalankan tindakan dengan melaksanakan Kaedah Kad Permainan

ii-Merekod dan menganalisis tindakan

Minggu 4i-Menjalankan Ujian Pasca untuk melihat keberkesanan Kaedah Permaianan

ii-Menganalisis dapatan Ujian Pasca

iii-Menjalankan sesi menjawab borang soal selidik selepas intervensi dilaksanakan

iv-Membuat refleksi dan kesimpulan

______________________________________________________________________________

b) Mengumpul Data

Bagi mengurangkan bias dalam dapatan kajian saya, saya telah menggunakan pelbagai kaedah dalam pengutipan data dan kaedah ini dikenali sebagai triangulasi data.Lembaran KerjaLembaran kerja diberikan selepas pdp dijalankan unutk membuat tinjauan awal.

Ujian Pra Ujian Pra bertujuan untuk mengesan dan menilai tahap penguasaan murid terhadap tajuk Sumber Tenaga Elektrik sebelum Kaedah kad Permainan dilakasanakan. Murid yang dinilai adalah murid yang telah dikenalpasti sebagai responden bagi kajian tindakan ini. Pengkaji telah menyediakan satu set Ujian Pra seperti di ( lampiran 1). Soalan yang diberikan adalah soalan di aras sederhana dan menguji fakta dan konsep Sains berkaitan Tajuk Sumber Tenaga Elektrik. Bilangan soalan yang diberikan juga tidak membebankan murid dimana hanya sepuluh soalan sahaja diberikan.

Ujian Pasca

Ujian Pasca dilaksanakan selepas Kaedah Kad Permainan dilaksanakan. Ujian ini dilaksanakan untuk mengukur pemahaman dan pengusaan murid terhadap tajuk Sumber Tenaga Elektrik. Aras dan tahap soalan seperti soalan Ujian Pra dan dari segi bilangan soalan pun sama. Namun begitu pengkaji telah menukar susunan soalan tersebut supaya murid yang diuji tidak dapat mengenalpasti bahawa soalan Ujian Pasca adalah sama dengan soalan Ujian Pra. Perbezaan min antara markah Ujian Pra dan markah Ujian Pasca dianalisis bagi mengukur keberkesanan Kaedah Kad Permaianan yang telah dilaksanakan. Pemerhatian

Pemerhatian merupakan kaedah dimana pengkaji dapat melihat perubahan tingkah laku selepas sesuatu kaedah dilaksanakan. Di sini, pengkaji telah memilih pemerhatian tidak berstruktur untuk dinilai kepada responden minat murid terhadap Sains serta melihat keberkesanan kaedah Kad Permainan yang telah dilaksanakan. Pemerhatian ini dilaksanakan sebelum, semasa dan selepas sesi perlaksanaan Kaedah Kad Permainan bagi membolehkan perubahan tingkah laku responden dapat dilihat dari masa ke semasa.

Soalselidik

Soal selidik adalah kaedah yang paling mudah untuk memperoleh data. Melalui soal selidik, pengkaji boleh mengetahui keadaan sebenar tentang isu-isu pengajaran dan pembelajaran serta keberkesanan kaedah Kad Permainan yang telah dilaksanakan. Dua soal selidik dilaksanakan iaitu sebelum intervensi dilaksanakan dan selepas intervensi dialaksanakan.

Soal selidik sebelum intervensi dilaksanakan adalah untuk menilai dari aspek pengajaran dan pembelajaran Sains manakala soal selidik selepas intervensi adalah bagi menilai keberkesanan Kaedah Kad Permainan dalam meningkatkan penguasaan fakta dan konsep Sains murid dalam tajuk Sumber Tenaga Elektrik. Bagi pengumpulan data kajian tindakan ini, kedua-dua soal selidik berbentuk soalan tertutup. Soalan ini mempunyai skala dua pilihan iaitu Ya/Tidak.

c) Menganalisis & Interpretasi Data

Kaedah Kuantitatif

Kaedah kuantitatif adalah bersifat numerical, ia digunakan untuk membuat kesimpulan bagi sesuatu kajian yang dijalankan. Markah Ujian Pra dan markah Ujian Pos murid dianalisis dan ditadbir dalam bentuk jadual. Seterusnya, markah keempat-empat orang murid ini dibandingkan antara Ujian Pra dan Ujian Pasca untuk melihat sama ada pencapaian dan penguasaan murid meningkat atau menurun dengan menggunakan kaedah Kad Permainan Laluan Ke Bintang.

Perbandingan min markah dilakukan berdasarkan markah Ujian Pra dan markah Ujian Pasca. Ianya dibuat untuk melihat sama ada peningkatan atau penurunan yang dilakukan oleh murid-murid setelah menjalankan program intervensi selama empat minggu. Penggunaan analisis dalam bentuk statistic ini memudahkan guru untuk memahami sesuatu kajian.Kaedah Kualitatif

Kaedah kualitatif pula merupakan satu proses yang tegas dan logik kerana guru menghuraikan data dalam bentuk teks. Penghuraian data yang menggunakan ayat dan dianalisis berpandukan dapatan yang diperoleh sebelum, semasa dan selepas intervensi. Setiap pemerhatian terhadap tingkahlaku responden telah dicatatkan dalam borang pemerhatian yang telah disediakan.Ujian Pra dan Ujian Pasca

Jadual 2

Markah Individu dan Min Bagi Ujian Pra dan Ujian Pasca

Responden Markah Ujian Pra MarkahUjian Pasca Peningkatan

(%) (%) Markah (%)

Responden 1

30

80

50Responden 2

10

78 68Responden 3

40 86 46 Responden 4

30 84 54Jumlah 110 328 198

Min 110/4=27.5 328/4=82 82-27.5=

Keseluruhan 54.5

Julat 40-10=30 86-76=10

Rajah 1. Graf Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian PosSoalselidikJadual 3

Soal Selidik Responden Sebelum Kaedah Kad Permainan Dijalankan

(Sebelum)

Kajian Pengajaran dan Pembelajaran Mata pelajaran Sains

Arahan: Tandakan (/) diruang yang disediakan.

Bil.PerkaraYaTidak

1.Adakah anda meminati Sains?2 (50%)2 (50%)

2.Adakah anda suka bermain sambil belajar?4 (100%)0 (0%)

3.Adakah anda takut kepada guru Sains anda?0 (0%)4 (100%)

4.Adakah anda akan bertanyakan soalan sekiranya tidak memahami tentang sesuatu berkaitan tajuk Sains yang diajar?0 (0%)4 (100%)

5.Adakah tajuk Sumber Tenaga Elektrik sukar?4 (100%)0 (0%)

6.Di rumah, adakah anda menyiapkan kerja mata pelajaran Sains terlebih dahulu?1 (25%)3 (75%)

7.Di rumah, adakah ibu bapa anda akan akan memastikan anda menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru?0 (0%)4 (100%)

8.Adakah ibu bapa anda memberi ganjaran atau hadiah sekiranya anda memperolehi markah Sains yang baik?1 (25%)3 (75%)

Jadual 4Soal Selidik Responden Selepas Kaedah Kad Permainan Dijalankan(Selepas)Kajian Pengajaran dan Pembelajaran Mata pelajaran Sains

Arahan: Tandakan (/) diruang yang disediakan.

Bil.PerkaraYaTidak

1.Adakah anda gembira menjalankan kaedah permainan ini?4(100%)0(0%)

2.Adakah anda memahami kaedah kad permainan ini?4 (100%)0 (0%)

3.Adakah anda memahami tajuk Sumber Tenaga Elektrik?3(75%)1(25%)

4.Adakah anda suka bermain sambil belajar?4 (100%)0(0%)

5.Adakah selepas ini anda akan meminati mata pelajaran Sains?4 (100%)0(0%)

6.Adakah anda seronok mempelajari topik ini menggunakan kad permainan?4 (100%)0(0%)

7.Adakah anda melibatkan diri secara aktif semasa bermain?4 (100%)0(0%)

8.

Adakah anda mendengar dan memberi tumpuan semasa aktiviti kad permainan ini dimainkan?3 (75%)1 (25%)

9.Adakah kaedah kad permainan ini menarik minat anda terhadap Sains?4 (100%)0(0%)

d) Dapatan

Berdasarkan kepada data yang telah dianalisis dan dibincangkan sebelum ini, dapat dilihat bahawa Kad PermainanLaluan Ke Bintang berjaya meningkatkan penguasaan fakta Sains murid dalam Tajuk Sumber Tenaga Elektrik. Dapatan Kajian telah berjaya menjawab dua persoalan kajian seperti berikut:SOALAN KAJIAN 1:Adakah penggunaan kad permainan Laluan ke Bintang mampu meningkatkan penguasaan fakta Sains murid-murid?

Persoalan kajian ini telah dijawab melalui , berlakunya peningkatan pencapaian ke tahap yang lebih tinggi apabila kedua-dua ujian di bandingkan seperti yang ditunjukkan pada Jadual 2. Didapati perbezaan markah murid antara kedua-dua ujian sehingga mencapai 86% dan yang paling kurang adalah 76%. Jadual 2 menunjukkan perbezaan tersebut.

SOALAN KAJIAN 2:Adakah penggunaan kad permainan Laluan ke Bintang dalam pengajaran Sains boleh menarik minat murid mempelajari subjek Sains?

Persoalan kajian ini telah dijawab melalui, analisis soal selidik seperti di Jadual 4 di atas menunjukkan bahawa 94.0% responden menunjukkan persepsi yang positif terhadap perlaksanaan Kaedah Kad Permainan manakala hanya 6% sahaya yang mengatakan TIDAK. Analisis pengkaji mendapati kesemua responden bersetuju dengan kaedah Kad Permainan dilaksanakan untuk Tajuk Sumber Tenaga Elektrik. Mejoriti mereka menyatakan YA bahawa mereka gembira dan berminat dengan kaedah bermain sambil belajar.

KESIMPULAN & REFLEKSI (KAJIAN SUSULAN)Secara keseluruhannya, kajian tindakan ini sememangnya menuntut penyelidik supaya mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran supaya lebih kreatif dalam memberi kefahaman kepada murid bagi menguasai sesuatu tajuk. Seorang guru yang cemerlang akan sentiasa mencuba untuk membuat perubahan dalam kaedah pengajarannya supaya sesuai dengan gaya pembelajaran murid dalam sesuatu tajuk. Pengkaji juga sedar betapa pentingnya kajian tindakan ini dijalankan supaya pemahaman murid dalam sesuatu mata pelajaran dapat ditingkatkan dan seterusnya dapat meningkatkan profesioanalisme sesorang guru.

Fokus pengkaji untuk kajian seterusnya ialah akan cuba sedaya upaya untuk membuat kajian tindakan kepada murid-murid di kelas lain sekiranya terdapat masalah pembelajaran dalam tajuk-tajuk yang telah dikenalpasti. Selain daripada itu penambahbaikan atau memurnikan kajian tindakan ini perlu dilakukan supaya ianya dapat digunakan dengan lebih efektif dan sesuai dengan tahap murid.

Bagi kajian tindakan ini, pengkaji akan membuat penambahbaikan dari segi menyediakan undang-undang atau syarat permainan di tempat permainan yang sedang dijalankan. Selain itu juga pengkaji perlu menyediakan ganjaran atau hadiah sekiranya responden menjadi pemain pertama yang dinobatkan sebagai pemenang. ganjaran yang diberikan adalah untuk meningkatkan motivasi murid untuk melaksanakan permainan dengan bersungguh-sungguh.

Akhir kata pengkaji berharap pada masa-masa akan datang kajian tindakan sebegini dapat dilaksanakan lebih kerap dan dijadikan sebagai satu amalan dalam pengajaran dan pembelajaran Sains atau dalam mata pelajaran lain. Ini kerana amalan ini dapat meningkatkan kredibiliti seorang guru dan seterusnya dapat meningkatkan profesionalisme guru-guru di zaman yang mempunyai cabaran yang tinggi dalam mendidik murid-murid.

RUJUKANAkhiar Pardi, Shamsina Shamsuddin (2012). Pengantar Penyelidikan Tindakan dalan penyelidikan pendidikan. Puchong: Penerbitan Multi Media Sdn. Bhd.

Chua Yan Piaw (2008). Kaedah penyelidikan. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill EducationFauziah Md. Jaafar. (2008). Kepentingan Aktiviti Bermain Di Dalam Pendidikan

Prasekolah. Bidang Pendidikan, Kolej Sastera dan Sains.

Rosinah binti Edinin, (2002) Penyelidikan Tindakan:Kaedah dan penulisan kajian tindakan. Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn.Bhd.

Lau Ging Lim. (2012). Kesan Penggunaan Kaedah Bermain Sambil Belajar dalam proses Pembelajaran Sains Tahun 4. Koleksi Artikel Penyilidikan Tindakan PISMP SN amb. Januari 2009, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms 195-209Wulan Adiarti(2009). Alat Permainan Edukatif Berbahan Limbah Dalam Pembelajaran Sains Di Taman Kanak-kanak http://download.portalgaruda.org/article.php%3Farticle%3D137042%26val%3D5681

http://download.portalgaruda.org/article.php?article=137042&val=5681