artikel amalan gaya hidup sihat

19
AMALKAN GAYA HIDUP SIHAT, ELAK PENYAKIT KRONIK TEMERLOH 17 Okt. - Orang ramai dinasihatkan supaya mengamalkan gaya hidup sihat sebagai rutin harian bagi mencegah pelbagai jenis penyakit kronik seperti jantung, darah tinggi dan kencing manis. Ketua Jabatan Pergigian Pediatrik Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Dr. Roziana Abdullah berkata, pengambilan pemakanan yang betul dan melakukan senaman bukan sahaja menjadikan seseorang itu hidup sihat, tetapi dapat mengurangkan stres sama ada di tempat kerja dan di rumah. Menurutnya, aktiviti riadah bersama keluarga dan rakan-rakan juga memainkan peranan penting bagi mengekalkan tahap kesihatan yang baik selain dapat merapatkan hubungan kekeluargaan. "Setiap orang perlu menjadi ejen perubahan bagi diri sendiri supaya usaha mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat mampu dilaksanakan dengan jayanya. "Sebagai individu kita perlu terlebih dahulu mengambil langkah positif seumpama itu sebelum usaha tersebut dipromosikan kepada orang lain," katanya ketika berucap merasmikan pertandingan boling anjuran Badan Kebajikan dan Sukan Jabatan Kesihatan Daerah Temerloh di U-Bowl, Starmall Mentakab di sini baru-baru ini. Katanya, cara pemakanan rakyat pada masa ini tidak membantu dalam usaha mempromosikan gaya hidup sihat, malah menjadi penyumbang kepada peningkatan pelbagai penyakit dan obesiti.

Upload: azrul-dzulkarnain

Post on 08-Apr-2016

824 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

gaya hidup sihatartikel,bahasa melayu,6 artikelbbm

TRANSCRIPT

Page 1: Artikel Amalan gaya hidup sihat

AMALKAN GAYA HIDUP SIHAT, ELAK PENYAKIT KRONIK

TEMERLOH 17 Okt. - Orang ramai dinasihatkan supaya mengamalkan gaya hidup

sihat sebagai rutin harian bagi mencegah pelbagai jenis penyakit kronik seperti

jantung, darah tinggi dan kencing manis.

Ketua Jabatan Pergigian Pediatrik Hospital Sultan Haji Ahmad Shah

(Hoshas), Dr. Roziana Abdullah berkata, pengambilan pemakanan yang betul dan

melakukan senaman bukan sahaja menjadikan seseorang itu hidup sihat, tetapi

dapat mengurangkan stres sama ada di tempat kerja dan di rumah. Menurutnya,

aktiviti riadah bersama keluarga dan rakan-rakan juga memainkan peranan penting

bagi mengekalkan tahap kesihatan yang baik selain dapat merapatkan hubungan

kekeluargaan. "Setiap orang perlu menjadi ejen perubahan bagi diri sendiri supaya

usaha mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat mampu

dilaksanakan dengan jayanya.

"Sebagai individu kita perlu terlebih dahulu mengambil langkah positif

seumpama itu sebelum usaha tersebut dipromosikan kepada orang lain," katanya

ketika berucap merasmikan pertandingan boling anjuran Badan Kebajikan dan

Sukan Jabatan Kesihatan Daerah Temerloh di U-Bowl, Starmall Mentakab di sini

baru-baru ini. Katanya, cara pemakanan rakyat pada masa ini tidak membantu

dalam usaha mempromosikan gaya hidup sihat, malah menjadi penyumbang

kepada peningkatan pelbagai penyakit dan obesiti.

Tambahnya, gaya pemakanan itu boleh mengundang risiko utama kepada

kesihatan termasuk makanan yang mempunyai kandungan garam, lemak dan gula

berlebihan, kurang memakan sayur serta buah-buahan. Menurutnya, kanak-kanak

yang mempunyai berat badan berlebihan meningkat daripada 11 peratus pada 2002

kepada 12.8 peratus pada 2008 dan masalah obesiti dalam kalangan mereka

menunjukkan peningkatan kepada 13.7 peratus pada 2008 berbanding 9.7 peratus

pada 2002. ''Kajian Kesihatan Nasional dan Morbiditi 2011 turut menunjukkan

golongan dewasa yang menghidap diabetes meningkat kepada 15.2 peratus pada

2011 berbanding 14.9 peratus tahun sebelumnya dan obesiti daripada 14 peratus

kepada 15.1 peratus dalam tempoh sama," katanya.

Page 2: Artikel Amalan gaya hidup sihat

KEMPEN GAYA HIDUP SIHATKempen gaya hidup sihat telah lama dilaksanakan oleh kerajaan dan

kementerian kesihatan malaysia. Namun demikian masih ramai lagi di antara rakyat

malaysia yang mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat. Rakyat di negara kita

terdedah denagn pelbagai masalah kesihatan seperti masalah obesiti, diabetes,

darah tinggi , strok dan lain-lain. Penyakit ini akan menyerang mereka yang kureang

peka denagn amalan gaya hidup sihat.. Jika kita lihat senario pada hari ini, banyak

berita tentang obesiti kanak-kanak, diabetes kanak-kanak mahupun dewasa dan

sebagainya terpampamg di dada-dada akhbar. Mengapa hal ini berlaku? Ramai ibu

bapa yang kurang prihatin tentang amalan gaya hidup sihat, mereka membiarkan

anak-anak mereka dan mungkin diri mereka sendiri makan tanpa kawalan dan

mengikut kehendak anak-anak. Hal ini akan menyebabkan seseorang itu boleh

menghidap penyakit berbahaya seperti diabetes, penyakit jantung dan sebagainya.

Oleh itu, terdapat pelbagai cara untuk melaksanakan kempen gaya hidup sihat.

Riadah setiap hari merupakan salah satu cara gaya hidup sihat. Hal ini

demikian kerana, badan sihat otak cergas. Jika kita melakukan riadah, badan kita

akan mengeluarkan peluh ynag mengandungi toksik yang merupakan mracun dalam

badan kita.kurang senaman dalam kehidupan seharian kita akan menyebabkan kita

berasa lesu dan tidak bermaya, malah otak kita tidak mampu untuk berfikir dengan

kreatif dan kritis. Riadah tidak semestinya kita perlu ke taman atau ke pusat

gimnasium, kita juga boleh beriadah di rumah . Bagi golongan ibu yang tdak bekerja

boleh melakukan riadah ketika melakukan kerja-kerja rumah kerana iadah

merupakan latihan yang melibatkan gerak badan. Bagi golonan yang bekerja,

mereka mungkin tiada masa untuk beriadah atau bersenam, jadi mereka boleh

mencari alternatif lain untuk beriadah di tempat kerja. Contohnya, seperti

menggunakan tangga untuk naik dan turun. Aktiviti ini dapat menguatkan jantung

kita.oleh itu, riadah amat penting dalam  kehidupan seharian kita.

Seterusnya, kita mesti mengamalkan makanan seimbang untuk menjaga

kesihatan diri. Pemakanan yang seimbang amat penting bagi mengekalkan gaya

hidup sihat. Hal ini demikian kerana,  jika kita makan makanan ynag tidak seimbang,

kita boleh menghidap pelbagai jenis penyakit seperti sembelit, penyakit jantung,

diabetes, kadar kolesterol tinggi ynag boleh menyebabkan strok, obesiti dan

Page 3: Artikel Amalan gaya hidup sihat

sebagainya. Makanan seimbang bereti makanan yang mempnyai semua keperluan

untuk badan mengikut kadar tertentu. Kadar pengambilan makanan juga mesti di

ambil kira kerana setiap peringkat umur memerlukan kadar makanan yang berbeza.

Ibu bapa perlu memastikan anak-anak mereka mengambil makanan yang seimbang

sejak kecil lagi. Ibu bapa juga perlu mengurangkan tabiat anak-anak ynag suka

makan makanan segera seperti kfc, mc donalds dan sebagainya. Makanan segera

seperti ini mempunyai banyak kandungan lemak dan bahan kimia yang boleh

merosakkan tubuh kita. Ibu sebagai suri rumah juga digalakkan memasak untuk

keluarga bagi memeastikan pengambilan makanan seimbang. Jadi, makanan

seimbang merupakan  elemen penting dalam kempen gaya hidup sihat.

Selain itu, kita perlu mengelakkan amalan merokok dan minuman keras. Hal

ini demikian kerana, rokok merupakan pembunuh secara senyap dan menyebabkan

pelbagai masalah kesihatan seperti, kanser mulut, kanser paru-paru, kerosakan hati

dan sebagainya. Masalah kesihatan ini juga mungkin dihidapi oleh seseorang

terhidu bau asap rokok. Bak kata pepatah, ibarat telur sesangkak, pecah sebiji,

pecah semua. Jika  lihat anak- anak muda kini sering terlibat dengan gejala merokok

tanpa mengira usia. Mereka rela menahan lapar untuk menyimpan duit yang

dibekalkan oleh ibu bapa untuk membeli sebatang rokok. Tindakan mereka tidak

wajar kerana telah menggunakan kebaikan ibu bapa untuk membeli benda yang

terlarang bagi mereka. Arak atau minnuman keras dilarang sama sekali dalam

agama islam. Arak dikatakan dapat menjejaskan kewarasan akal dan kesihatan

tubuh badan. Arak juga dikatakan ibu segala kejahatan kerana apabila kita telah

mengambil arak fikiran kita tidak berfikir dengan betul dan  kita lebih mengikut

perasaan dan nafsu sendiri. Banyak kes kemalangan ynag berlaku disebabkan oleh

pemandu dibawah pengaruh alkohol. Oleh itu, kita perlu menjauhi amalan merokok

dan minuman keras.

Tuntasnya,usaha semua pihak amat diperlukan dalam memastikan kempen

gaya hidup sihat ini dapat dijalankan dengan efisien supaya masyarakat malaysia

sentiasa berada dalam keadaan sihat. Kita perlu melakukan riadah yang merupakan

terapi untuk tekanan kerja dan otak. Kita perlu ingat bahawa untuk bekerja kita

memerlukan tubuh badan dan fikiran yang cerdas. Pemakanan seimbang membantu

kita untuk kekal bertenaga dan mampu bekerja untuk mencari rezeki. Amalan

merokok perlu dijauhi bagi memastikan kesejahteraan hidup. Mereka yang merokok

Page 4: Artikel Amalan gaya hidup sihat

sebenarnya sedang membahayakan  nyawa anak-anak dan isteri mereka tanpa

mereka sedari. Mereka harus ingat bahawa, kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke

nasi. Tabiat mereka mungkin akan diikuti oleh anak-anak mereka kelak. Anak anak

mereka merupakan aest negara dan perlu dipelihara. Kempen ini tidak akan berjaya 

tanpa pengorbanan kerana tiada kejayaan semanis madu jika tiada pengorbanan

sepahit hempedu.

Page 5: Artikel Amalan gaya hidup sihat

GAYA HIDUP SIHAT PERLU KESEIMBANGAN ROHANI DAN JASMANI

Masyarakat negara kita sering terdedah dengan pelbagai masalah kesihatan

yang kronik dan akhirnya mengundang kepada kematian. Ia adalah kesan daripada

amalan gaya hidup yang tidak sihat dan ketidakseimbangan kesihatan rohani dan

jasmani dalam kitaran hidup seharian. Kementerian Kesihatan kerap kali

mengadakan kempen kesihatan untuk memberi kesedaran kepada awam tentang

penjagaan kesihatan yang perlu dipupuk dalam budaya hidup kita malah perlu

disemai sejak awal lagi agar kita tidak tergolong dalam kalangan yang mempunyai

masalah kesihatan. Namun, adakah kempen gaya hidup sihat, "Tak Nak Merokok",

makanan berkhasiat dan kempen kecerdasan mampu mengubah pandangan

masyarakat kita tentang peri pentingnya menjaga kesihatan sekaligus mengamalkan

gaya hidup yang sihat? Mungkin ada sesetengah golongan menyedari akan hakikat

ini dan ada juga segelintirnya yang menganggap kesihatan hanya perlu dijaga

apabila sudah berusia ataupun ada sesetengah golongan merasakan usia muda

menjadi tiket untuk mereka terus kekal sihat. Bagi golongan ini, apakah jaminan

mereka? Usahkan menunggu sehingga umur tua, sedangkan yang masih kecil

lagipun sudah mengidap pelbagai penyakit. Usia bukan jaminan untuk kita terus

kekal sihat, tetapi usia boleh dijadikan satu pemangkin untuk kita menjaga kesihatan

agar boleh menjalani hidup yang bermakna pada masa hadapan.

Kesihatan merupakan suatu kekayaan. Walau sehebat manapun seseorang

individu, sihat masih lagi menjadi agenda utama yang perlu dikekalkan. Secara

umumnya, umur 40 tahun adalah tempoh yang paling ketara pelbagai penyakit

dikesan tetapi jika kita menyedari akan kepentingan penjagaan kesihatan sejak dari

awal lagi, pelbagai langkah pencegahan boleh diambil dan merupakan satu cara

yang terbaik daripada kita mengubatinya. Peningkatan utama masalah kesihatan

masyarakat di negara kita adalah kerana gaya hidup yang tidak sihat dan seimbang

termasuklah kurangnya kesedaran dalam menjaga keseimbangan dan

kesederhanaan dalam hidup. Gaya hidup yang berlebihan ini akan mengakibatkan

tekanan dan akhirnya memberi kesan timbulnya pelbagai penyakit. Ruang lingkup

keseimbangan rohani, jasmani, akli, dan sosial perlu dirangkumkan agar ia dapat

diterjemahkan sebagai gaya hidup yang sihat. Oleh itu, penjagaan kesihatan secara

menyeluruh perlu dilaksanakan bagi setiap individu agar dapat meneruskan amanah

Page 6: Artikel Amalan gaya hidup sihat

dan tanggungjawab masing- masing secara harmoni. Kesihatan jasmani boleh

dikekalkan melalui pengambilan makanan yang sihat dan seimbang serta melakukan

aktiviti fizikal seperti senaman. Kita juga perlu menjauhkan diri daripada tabiat

merokok yang boleh merosakkan kesihatan. Kesihatan jasmani yang baik juga akan

memberi kesan kepada kesihatan rohani yang mantap. Makanan yang halal dan

baik mampu melahirkan insan yang berkualiti dari aspek rohani dan jasmani.

Kesihatan mental yang baik pula mempamerkan bahawa seseorang itu mampu

mengawal tekanan hidup yang dihadapi secara bijaksana dan bebas daripada

gangguan mental yang boleh mengubah keupayaan seseorang individu. Manakala

kesihatan sosial ialah, individu mampu menambah atau mengekalkan jaringan

hubungan antara masyarakat yang akhirnya dapat mengekalkan kesihatan diri

sendiri mahupun masyarakat umumnya. Gabungjalin antara kesemua unsur itu perlu

diamalkan bagi setiap individu dalam suasana hari ini agar tidak mengundang

pelbagai penyakit moden yang kini kian menular dalam masyarakat kita.

Hasil kajian yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan tahun 2006

mendapati bahawa amalan gaya hidup masyarakat di negara ini menyebabkan

banyak masalah kesihatan yang kronik. Apabila masyarakat terdedah dengan faktor

risiko yang lebih menjurus kepada amalan gaya hidup akan mengundang kepada

penyakit berbahaya seperti jantung, kencing manis, angin ahmar, kanser, darah

tinggi, kegagalan buah pinggang, kerosakan paru- paru dan penyakit tulang. Antara

ciri yang boleh mendatangkan risiko penyakit berbahaya yang tidak berjangkit

adalah gaya pemakanan yang tidak sihat di mana didapati seramai 8.7 juta (7.8

peratus) daripada masyarakat kita tidak memakan sayur- sayuran dan buah-

buahan. Manakala sebanyak 7.2 juta (60.1 peratus) rakyat tidak menjalankan aktiviti

fizikal yang sepatutnya. Dan juga ciri gaya hidup yang lain seperti merokok, minum

arak, kegemukan, buncit juga mendatangkan risiko kesihatan. Jika diteliti hasil kajian

ini, menunjukkan bahawa pemakanan secara seimbang dan aktiviti fizikal tidak

dititikberatkan dalam gaya hidup masyarakat Malaysia. Sebab itulah pesakit kanser,

jantung, diabetes dan darah tinggi adalah antara golongan yang paling banyak

menerima rawatan di hospital kerajaan sepanjang tahun 2006 (Kementerian

Kesihatan) di mana penyakit tersebut adalah penyakit yang disebabkan oleh faktor

pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat. Oleh itu, kita seharusnya melihat

bahawa arus penyakit pada hari ini lebih menjurus kepada unsur pemakanan dan

Page 7: Artikel Amalan gaya hidup sihat

gaya hidup walaupun mungkin terdapat juga faktor persekitaran dan lahiriah yang

menyumbang kepada masalah penyakit tersebut. Sepatutnya, kita perlu ada

kesedaran di dalam diri untuk menggiatkan lagi penjagaan kesihatan walaupun di

usia muda kerana pengabaian kesihatan menyebabkan kita seolah- olah menyimpan

bom yang akan meletup bila- bila masa sahaja apabila sampai kepada tahap kronik.

Oleh itu, seharusnya kita berwaspada.

Masalah kesihatan di dunia kini mengalami revolusi di mana jika dahulu

kebanyakan masyarakat mengalami masalah kekurangan zat galian dan vitamin

tetapi hakikat hari ini telah berubah di mana masyarakat mengalami masalah

kesihatan disebabkan terlebih makan dan seterusnya berlanjutan kepada masalah

lebihan kolesterol, lebihan gula dan kegemukan. Penyakit yang wujud dalam

masyarakat sekarang adalah kerana manusia tidak mengikut peraturan yang telah

disusun oleh Allah SWT dan mengikut Sunnah yang telah diajarkan oleh Rasulullah

SAW. Ia berlaku akibat kelalaian dan kealpaan manusia itu sendiri kerana tidak

menjaga keseimbangan dalam hidup. Keseimbangan adalah penting untuk kita

mengekalkan kesihatan yang optimum. Namun, disebabkan kegagalan inilah

menyebabkan mereka mendapat pelbagai penyakit. Sepertimana yang termaktub

dalam surah ar- Ruum ayat 41 di mana Allah mengingatkan kita bahawa kerosakan

di muka bumi ini adalah akibat daripada perbuatan manusia itu sendiri dan mereka

perlu bertanggungjawab dan merasakan akibat daripada perbuatan tersebut.

Nyata hari ini, masyarakat kurang menyayangi diri mereka dengan tidak

mengamalkan pemakanan halal dan sihat, gaya hidup yang tidak sihat, terdedah

kepada tekanan yang juga menjadi akar umbi kepada masalah kesihatan dan juga

tidak menitikberatkan soal kesihatan rohani. Agama Islam melarang manusia

mementingkan diri sendiri tetapi kita bertanggungjawab untuk menjaga diri dan

seharusnya ia dijadikan penggerak untuk memperbaiki mutu kesihatan diri kita. Oleh

itu, sudah sampai masanya masyarakat muhasabah kembali kesilapan dan

memperbetulkannya serta perlu menjadikan kesihatan sebagai satu amalan penting

dalam hidup tidak kira semua lapisan umur. Gaya hidup yang sihat memerlukan kita

menjaga keseimbangan antara rohani dan jasmani bagi mengelakkan pelbagai

serangan penyakit moden kini dan seterusnya kita boleh meneruskan kehidupan ini

dengan kekal sihat dan teratur.

Page 8: Artikel Amalan gaya hidup sihat

SIHAT CERGAS: SENAMAN UBAH GAYA HIDUP

Ia sering dinamakan makanan tidak sihat apabila anda mengambil sesuatu

jenis makanan dalam kuantiti terlalu banyak lalu menyebabkan masalah lain seperti

kegemukan atau obesiti. Ini bermakna, anda tidak seimbangkan pengambilan setiap

jenis makanan yang terkandung di dalam piramid makanan dengan betul, tetapi

terus makan mengikut hawa nafsu.

Ingin saya ingatkan, untuk memiliki kesihatan berkualiti dalam tempoh

berpanjangan tanpa perlu risau masalah penyakit berjangkit dan seumpamanya, kita

perlu memilih dan menentukan makanan seimbang dan mengamalkan senaman.

Anda perlu mengubah secara perlahan-lahan gaya hidup dengan menjadi lebih aktif

dan memasukkan senaman ke dalam aktiviti harian. Faktor penentu adalah diri anda

sendiri. Usah lagi memberi alasan tiada masa untuk bersenam kerana semua orang

diberi Tuhan masa yang mencukupi iaitu 24 jam sehari. Memang bersenam akan

membuatkan kita berasa letih, tetapi jika difikirkan faedah kemudian hari yang akan

diperoleh, pasti perasaan itu bertukar menjadi gembira. Sekiranya tidak mampu

untuk melakukan senaman dengan kerap atau jenis senaman yang berat, pilih

senaman yang ringkas dan memudahkan diri anda sama ada boleh dilakukan di

rumah, tempat kerja atau gimnasium. Tidak kira berapa pun berat atau sebesar

mana saiz badan kita, senaman yang dilakukan secara teratur memberi banyak

manfaat kepada kita.

Dalam usaha menjaga kesihatan, tiada istilah terlewat. Contohnya sebagai

permulaan, buat aktiviti ringan dengan berjalan pada waktu pagi sebelum pergi

kerja. Berjalan di kawasan perumahan selama 10 hingga 15 minit setiap pagi sudah

memadai dan apabila stamina bertambah, lanjutkan tempoh senaman kepada 20

hingga 30 minit sehari. Namun perlu diingat, buat aktiviti memanaskan badan

sebelum bersenam untuk mengelak mendapat kecederaan atau ketegangan otot.

Selain itu, dengan mengamalkan pemakanan serta senaman kita boleh

mengurangkan risiko menghidap penyakit kronik yang boleh mengancam nyawa

seperti penyakit jantung. Misalnya, senaman kardiovaskular yang kerap dilakukan

boleh meningkatkan kesihatan jantung manakala pemilihan makanan yang rendah

kandungan garam pula boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi. 

Page 9: Artikel Amalan gaya hidup sihat

Anda juga harus peka terhadap keadaan kesihatan diri sendiri. Jangan

amalkan diet mendadak jika anda tahu bagaimana mahu mengira jumlah kalori bagi

setiap pengambilan makanan seharian. Jangan juga mengamalkan diet itu sesuka

hati kerana ditakuti akan mendatangkan kemudaratan. Lakukan kalori defisit agar

dapat mengurangkan berat badan berlebihan. Bagi kebanyakan orang yang dapat

menurunkan berat badan atau mengamalkan pemakanan seimbang dan senaman,

rata-rata mereka mengakui ia ternyata dapat meningkatkan keyakinan diri dan

mengurangkan tekanan. Siapa yang tidak mahu tampil menarik dengan

menggayakan pakaian kegemaran yang cantik-cantik belaka bukan? Tidak kiralah

wanita mahupun lelaki, masing-masing tentu saja berperasaan begitu. Hidup yang

sihat dan aktif dapat mengurangkan tekanan serta membantu menangani sebarang

masalah dengan lebih baik. Tekanan boleh disebabkan oleh banyak faktor

antaranya pekerjaan, makanan, keluarga, rakan, masalah kewangan, tidak cukup

tidur, anak serta konflik dalam keluarga. 

Page 10: Artikel Amalan gaya hidup sihat

KUNCI KESIHATAN SEPANJANG HAYAT

Apabila anda sakit, anda akan berjumpa doktor. Sudah tentu doktor akan

memberi anda ubat. Anda makan ubat tersebut dengan harapan anda akan sihat

semula.  Beginilah bagaimana perjalanan perkhidmatan kesihatan sekarang, satu

kitaran diagnosa dan preskrepsi. Anda telah mendengarnya sebelum ini tetapi saya

akan mengulanginya. Pencegahan lebih baik dari pengubatan. Namun anda

mungkin tidak memberi perhatian kepadanya. Walau bagaimana pun sekiranya anda

melihat dengan lebih dekat saranan doktor, ia akan membawa kepada kesimpulan

bahawa mereka sebenarnya ingin mengesan sesuatu penyakit dengan lebih awal.

Renungkan bahawa makna sebenar pencegahan adalah menahan sesuatu dari

berlaku.

Langkah pertama ke arah kesihatan yang lebih baik untuk menyedari bahawa

tubuh anda memerlukan penjagaan. Perkara kedua ialah mendapatkan maklumat.

Adalah sukar untuk menjaga tubuh anda sekiranya anda tidak tahu apa-apa

mengenainya. Bagaimana anda boleh melawan musuh sekiranya anda tidak

memahami kenapa dan bagaimana ia bertindak?

Tahukah anda bahawa setiap dari kita dibekalkan dengan sistem pertahanan yang

mampu melindungi diri kita dari sebarang penyakit? Sistem yang kompleks ini

dianugerahkan kepada kita oleh yang Maha Pencipta dan dikenali sebagai sistem

imun tubuh. Sistem imun tubuh bekerja pada setiap saat tanpa henti bagi 

melindungi diri kita dari serangan berbagai mikro organisma yang boleh

menyebabkan berbagai jenis penyakit. Serangan tersebut bukan hanya datang dari

luar malah dari dalam tubuh kita sendiri. Setiap hari kita berdepan dengan serangan

mikro organisma yang terdiri dari berjuta jenis bakteria, beratus ribu jenis kulat, 130

lebih parasit dan lebih dari dua ribu jenis virus.

Selain dari itu terdapat lebih dari dua ratus jenis sel kanser dan setiap dari

kita terdedah kepada serangannya. Justeru dalam setiap saat kehidupan kita, yang

memisahkan kita dengan kematian adalah sistem imun. Jangkitan berulang atau

jangkitan kronik, walaupun hanya demam selsema merupakan tanda sistem imun

sudah mulai lemah. Adakah anda juga tahu bahawa sistem imun kita menjadi

semakin lemah apabila usia kita semakin meningkat? Faktor yang melemahkan

sistem imun termasuklah tidak cukup rihat, stres, makanan berproses, pertanian

Page 11: Artikel Amalan gaya hidup sihat

moden (makanan hilang khasiat), bahan kimia dalam persekitaran (racun perosak,

racun rumput rumpai).Memperkasakan sistem imun merupakan langkah penting

untuk membina pertahanan bagi melawan penyakit dan mengurangkan

kemungkinan mendapat demam, selsema, kencing manis atau kanser dll.

Sistem imun yang tidak berfungsi dengan baik, sama ada terlebih atau

terkurang tindakbalas, boleh membawa kepada berbagai jenis penyakit. Sebagai

contoh, 

terlebih tindakbalas terhadap ancaman dari dalam boleh membawa kepada penyakit

yang dikategorikan sebagai penyakit auto-imun seperti diabetes jenis 1, 

artritis reumatoid, slerosis berganda dan lupus. Terkurang tindakbalas terhadap

ancaman dari dalam boleh membawa kepada penyakit seperti kanser, HIV, 

hepatitis dan kayap. Terlebih tindakbalas terhadap ancaman luar boleh membawa

kepada penyakit di bawah kategori alahan seperti rinitis, lelah, ekzema dan sinusitis.

Terkurang tindakbalas terhadap ancaman luar boleh membawa kepada infeksi. 

Memperkasakan sistem imun merupakan pelaburan terbaik untuk kehidupan

yang lebih panjang dan kesihatan sepanjang hayat. Ramai yang percaya bahawa

makanan seimbang boleh membantu kita mengekalkan kesihatan. Apa yang

sebenarnya anda faham mengenai makanan seimbang? Renungkan fakta berikut:

Di abad ini terdapat lebih 75,000 bahan kimia sintetik dalam persekitaran,

yang tidak pernah wujud sebelum 1940.

Buah-buahan biasanya dipetik ketika belum masak, ini membuatkan nutrien

yang tak ternilai belum sempat terhasil. Selepas dipetik, proses tersebut

terhenti.

Sayur-sayuran dicemari racun makhluk perosak. Perlu dibersih berulang kali

untuk membuang racun dan proses ini membuatkan nutrien hilang.

Antibiotik dan hormon pertumbuhan digunakan dalam penghasilan daging,

ayam dan hasil tenusu.

Makanan diproses dengan menggunakan pewarna tiruan, perisa tiruan dan

bahan pengawet.

Udara dan sumber air juga turut tercemar.

Page 12: Artikel Amalan gaya hidup sihat

FAEDAH-FAEDAH MELIBATKAN DIRI DALAM AKTIVITI

SUKAN DALAM KALANGAN MURID

Sukan ialah segala kegiatan yang memerlukan kemahiran atau

ketangkasan serta tenaga yang dilakukan sama ada sebagai acara

pertandingan, hiburan atau untuk suka-suka bagi mengisi masa lapang

atau untuk beriadah. Pada tahun yang lalu kerajaan telah

memperkenalkan dasar 1Murid 1Sukan kerana menyedari kepentingan

bersukan. Contoh aktiviti sukan yang agak popular kini ialah seperti

olahraga, berenang, permainan bola sepak, tenis, badminton dan

sebagainya. Persoalannya apakah faedahnya jika seseorang murid itu

melibatkan diri dalam aktiviti  bersukan?

Antara faedah bersukan kepada murid ialah sukan dapat

meningkatkan disiplin murid. Hal ini dikatakan demikian kerana individu

yang ingin berjaya dalam bidang sukan mesti mempunyai disiplin yang

tinggi dan dapat mengawal diri sendiri untuk mematuhi peraturan yang

ditetapkan. Contohnya setiap pemain dalam sesebuah pasukan itu

mesti menepati masa, rajin berlatih, tidak merokok dan mematuhi

arahan jurulatihnya.  Oleh itu, secara tidak langsung sukan juga turuk

membentuk disiplin murid tersebut.

Seterusnya, sukan juga penting bagi melahirkan seseorang murid

yang sihat. Hal ini dikatakan demikian kerana bersukan boleh

menguatkan otot dan tulang serta menyihatkan badan. Misalnya,

seseorang murid yang bersukan pada setiap petang sudah banyak

berpeluh. Oleh itu murid yang aktif bersukan jarang mendapat demam

dan selesema berbanding dengan rakan-rakannya yang tidak bersukan

Selain itu, seseorang murid yang aktif dalam kegiatan sukan akan

terdidik untuk mengagihkan masa dengan sewajarnya. Hal ini dikatakan

Page 13: Artikel Amalan gaya hidup sihat

demikian kerana murid tersebut akan menentukan masa yang sesuai

untuk  memberikan tumpuan terhadap sukan dan masa untuknya 

belajar.  Contohnya, seseorang murid yang menyertai pasukan sekolah

mesti ada jadual latihan sukan dan jadual belajar. Oleh itu, seseorang

murid yang aktif dalam sukan juga berjaya dalam pelajaran.

Di samping itu, sukan juga membentuk murid menjadi seseorang

yang berfikiran positif. Hal ini dikatakan demikian kerana dengan aktif

bersukan seseorang itu dapat berfikir secara rasional dan berkeyakinan

tinggi dan tidak cepat berputus asa. Contohnya, Datuk Lee Chong Wei 

tetap tidak berputus asa walaupun gagal meraih pinggat emas dalam

sukan Olimpik baru-baru ini. Oleh itu, sukan penting dalam melahirkan

murid yang berfikiran positif.

Akhir sekali, murid yang aktif bersukan juga dapat menggunakan

masa lapang mereka dengan lebih bermanfaat. Hal ini dikatakan

demikian kerana biasanya murid yang aktif dalam bidang sukan tidak

berminat bermain ‘computer game’ dan tidak akan menghabiskan

masanya untuk berplesiran di pusat beli-belah, menonton televisyen,

dan seumpamanya. Oleh itu, sudah pasti mereka akan menghabiskan

masa dengan lebih bermanfaat.

Intihanya, jelaslah di sini bahawa melibatkan diri dalam sukan

banyak membawafaedah kepada murid. Oleh itu, pihak kerajaan perlu

menyediakan banyak kemudahan untuk bersukan di sekolah. Ibu bapa 

pula patut menggalakkan anak-anak mereka bersukan. Begitu juga

dengan guru-guru mereka perlu melengkapkan diri dengan pelbagai

kemahiran sukan.  Saya percaya dengan adanya kerjasama antara

semua pihak lebih ramai lagi jaguh sukan negara yang akan menyerlah

Page 14: Artikel Amalan gaya hidup sihat

di peringkat antarabangsa, asalkan kita tidak melakukannya hanya

‘hangat-hangat tahi ayam’.