05 topik 1 new

Upload: zalie09

Post on 05-Apr-2018

247 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 05 Topik 1 new

    1/18

    X PENGENALAN

    Topik ini akan memberi penjelasan yang ringkas tentang konsep dan definisiilmu fonologi dan ilmu fonetik. Seterusnya, anda akan diperkenalkan dengan

    bidang-bidang fonetik iaitu fonetik artikulasi, akustik dan auditori. Anda juga

    akan dijelaskan berkaitan perbezaan antara bunyi bahasa dan bunyi bukanbahasa. Akhirnya, matlamat topik ini adalah untuk membantu pelajar mengenalibunyi bahasa Melayu dan seterusnya mengenal pasti alat-alat artikulasi atau alatpertuturan yang dapat menghasilkan bunyi-bunyi bahasa tersebut. Di sampingitu, topik ini juga menyediakan cadangan pengajaran di bilik darjah.

    TTooppiikk

    11X

    PengenalanFonetik danFonologi

    HASIL PEMBELAJARAN

    Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

    1. Menerangkan definisi fonologi, fonetik, fonemik dan organartikulasi;

    2. Mengaplikasikan pengetahuan tentang alat-alat dan cara-carapenghasilan bunyi fonem; dan

    3. Mengaplikasikan ilmu fonologi dalam pengajaran bahasa.

  • 7/31/2019 05 Topik 1 new

    2/18

    2 X TOPIK 1 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI

    FONOLOGI

    Sebelum kita mempelajari tatabahasa Bahasa Melayu, eloklah kita mempelajariilmu fonologi dahulu, iaitu ilmu yang berkaitan dengan cara-cara pengguna

    bahasa Melayu menuturkan atau melahirkan bunyi-bunyi yang bermakna dalambahasa.

    Topik ini membincangkan secara khusus berkaitan dengan fonologi, fonetik danalat artikulasi. Alat artikulasi ialah alat yang terlibat dalam penghasilan bunyitersebut supaya anda dapat menggunakan pengetahuan tentang alat-alat dancara penghasilan bunyi fonem bahasa Melayu dalam pengajaran danpembelajaran. Di samping itu, sebagai guru bahasa Melayu anda haruslah dapatmenggunakan pengetahuan tentang fonem segmental dan suprasegmentaldalam pengajaran dan pembelajaran dengan baik. Hal ini akan memudahkananda membetulkan kesilapan sebutan yang dilakukan oleh murid-murid andaterutama sebutan fonem yang sukar dihasilkan oleh mereka yangmenuturkannya sebagai bahasa kedua.

    1.1.1 Definisi

    Beberapa tokoh ilmu fonologi telah memberi definisi berkaitan ilmu fonologi ini,antaranya ialah:

    : Definisi Ilmu Fonologi

    Menjelaskan ilmu fonologi ialah suatu bidang yangmengkaji sesuatu bahasa, iaitu yang berkaitan rumus-rumus atau peraturan yang menentukan sebutan.

    Parker (1974:112)

    Menjelaskan ilmu fonologi merupakan bidanglinguistik yang mengkaji bunyi-bunyi bahasamengikut fungsinya.

    Kamus Linguistik (HarimurtiKridalaksana, 1984:61)

    Menyatakan ilmu fonologi sebagai the systems of sounds used in a language.

    World Book of Dictionary(Barnhart dan Barnhart, 1981:1567)

    Menerangkan fonologi ialah ilmu mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa itu.

    Abdullah Hassan (1993:40)

    Menyatakan bahawa phonology is concerned withthe organisation of speech within specific languages.

    Clark dan Yallop (1995:5)

    1.1

  • 7/31/2019 05 Topik 1 new

    3/18

    TOPIK 1 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI W 3

    Mendefinisikan fonologi sebagai the study of thedistinctive sound units of a language, the patterns theyform, and the rules which regulate their use.

    Phonetics(Roach, 2001:111)

    Mendefinisikan fonologi sebagai the study of soundsystems of a language.

    The Penguin Dictionary(2004:1045)

    Berdasarkan definisi di dalam Jadual 1.1, ilmu fonologi dapat ditakrifkan sebagaiilmu linguistik yang mengkaji bunyi bahasa manusia secara saintifik.Berdasarkan definisi di atas juga, cuba anda perhatikan dialog di bawah ini:

    Pecahan bidang fonologi

    Bunyi ahem disambut dengan jawapan Nantilah, dah masak aku bagilah!menunjukkan bahawa tukang masak itu memahami maksud bunyi ahemtersebut (sila rujuk Rajah 1.1). Hal ini menunjukkan bahawa "ahem itumempunyai makna. Jadi, adakah bunyi ahem itu digolongkan sebagai bunyi

    bahasa juga? Jawapannya, tidak sebab bunyi bahasa tersebut tidak dihasilkanmelalui pertemuan dua titik artikulasi.

    Oleh itu, bunyi bahasa ialah bunyi bermakna yang dihasilkan oleh alat artikulasi.

    Kesimpulannya, bidang fonologi sebenarnya merumuskan, menghuraikan danmenjelaskan segala bentuk bunyi dalam sesuatu bahasa dengan teliti untukmenentukan peraturan dan bentuk bunyi yang tertentu. Sehubungan dengan itu,fonologi dapat dipecahkan kepada dua bahagian, seperti di dalam Rajah 1.2.

  • 7/31/2019 05 Topik 1 new

    4/18

    4 X TOPIK 1 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI

    Pecahan bidang fonologi

    FONETIK

    Pada pendapat anda, apakah perbezaan antara ilmu fonologi dan ilmu fonetik?

    Bagi mengetahui perbezaan antara kedua-dua ilmu ini, eloklah kita menelititerlebih dahulu definisi ilmu fonetik yang berada di bawah bidang fonologi ini.

    Perhatikan definisi ilmu fonetik seperti yang dijelaskan di dalam Jadual 1.2.

    : Definisi Ilmu Fonetik

    Menyatakan fonetik ialah ilmu bahasa (linguistik)yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambangyang menunjukkan sebutannya.

    Kamus Dewan (2005:354)

    Memberikan definisi fonetik sebagai the study of thephysical characteristics of human speech sounds.

    International Encylopedia of Linguistics(1992:194)

    Fonetik ditafsirkan the body of speech sounds of anyone language and their relation to one another.

    The World Book of Dictionary (Barnhart danBarnhat, 1981:1566)

    Menjelaskan bahawa fonetik ialah ilmu yangmenyelidik penghasilan, penyampaian danpenerimaan bunyi bahasa.

    Kamus Linguistik (HarimurtiKridalaksana, 1984:51)

    Menyatakan ilmu fonetik ialah ilmu yang mengkajibunyi-bunyi bahasa tanpa meneliti fungsi bunyi itusebagai pembeza makna dalam sesuatu bahasa.

    Marsono (1986:1)

    Menjelaskan ilmu fonetik sebagai ilmu yang mengkajibunyi bahasa dari pada segi penyebutan, pendengaranatau sifatnya.

    Abdullah Hassan (1993:40)

    1.2

  • 7/31/2019 05 Topik 1 new

    5/18

    TOPIK 1 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI W 5

    Berdasarkan definisi di dalam Jadual 1.2, ilmu fonetik dapat dirumuskan sebagaikajian yang ditinjau daripada segi bahan fizik atau jisim yang mewujudkan

    bentuk ucapan. Oleh itu, fonetik ialah kajian yang berkaitan dengan organ

    pertuturan, sifat bunyi bahasa (akustik), dan pendengaran (auditori). Sila telitiRajah 1.3 untuk mengukuhkan pemahaman anda.

    : Kajian tentang fonetik

    BIDANG-BIDANG FONETIK

    Subtopik ini akan membincangkan tiga bidang utama ilmu fonetik iaitu fonetikartikulasi, fonetik akustik dan fonetik auditori. Bidang-bidang ini akandibincangkan dengan lanjut di dalam sub-topik berikutnya.

    1.3.1 Fonetik Artikulasi

    Fonetik artikulasi ialah bidang fonetik yang mengkaji bagaimana bunyi-bunyibahasa dihasilkan. Proses penghasilan sesuatu bunyi akan melibatkan organ-organ seperti paru-paru, larings, rongga mulut, hidung dan bibir. Maksudnya,fonetik artikulasi ialah bidang yang mengkaji penghasilan bunyi bahasa bermuladari tekanan udara dalam paru-paru sehinggalah udara melepasi dua bibir.Antara sumbangan bidang kajian ini adalah menerangkan bagaimanakah caramenyebut atau membunyikan sesuatu huruf dengan tepat yang kebiasaannya

    diaplikasikan oleh ramai guru di dalam bilik darjah.

    1.3.2 Fonetik Akustik

    Fonetik akustik adalah ilmu yang mengkaji ciri-ciri fizikal bunyi dan gelombang-gelombang bunyi bahasa yang dihasilkan oleh penutur. Antara aspek pentingkajian ini adalah berkaitan dengan nada, ton, kenyaringan dan tempoh masaseseorang penutur. Kesemua gelombang bunyi bahasa dapat diukur dandianalisis melalui alat seperti spektrogram yang menghasilkan graf gelombang

    1.3

  • 7/31/2019 05 Topik 1 new

    6/18

    6 X TOPIK 1 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI

    bunyi. Sumbangan utama bidang ini adalah untuk membantu penuturmenuturkan bahasa dengan nada dan intonasi yang betul.

    1.3.3 Fonetik Auditori

    Fonetik auditori adalah ilmu yang mengkaji berkenaan dengan pendengaran danproses-proses tertentu yang wujud semasa telinga kita mendengar bunyi bahasa.Kajian pendengaran meliputi semua alat atau organ pendengaran luaran dandalaman telinga. Kajian tentang proses-proses pula melibatkan prosesmemungut rangsangan, menyalurkan rangsangan ke otak, dan seterusnyamenganalisis. Tujuan utama bidang ini adalah untuk rawatan dan pemulihankhususnya dalam masalah pendengaran bahasa.

    Bagaimana pula tentang fonemik? Fonemik adalah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi sesuatu bahasa, iaitu pengkajian tentang fungsi atau struktur bunyi bahasaitu.

    PENGENALAN ORGAN ARTIKULASI

    Organ artikulasi ialah organ yang menghasilkan bunyi bahasa dan caramenghasilkan bunyi tersebut. Banyak alat yang terlibat dalam penghasilan bunyi

    bahasa. Alat yang terlibat ialah alat yang menerbitkan bunyi setelah udaradaripada paru-paru dipam ke dalam organ-organ yang terlibat. Perbuatan iniasalnya adalah untuk keperluan pernafasan, iaitu untuk menyedut oksigen bagimembersihkan darah. Di samping itu, aliran udara juga digunakan untukmengeluarkan bunyi bahasa. Dalam pengajaran ini tercakup semua organ dalamsistem pernafasan. Organ-organ ini penting dalam sistem aliran udara yang

    1.4

    AKTIVITI 1.1

    Anda telah mempelajari semua aspek yang berkaitan dengan fonetikBahasa Melayu. Setelah memahaminya, bincangkan perkara-perkara

    yang berikut, iaitu:

    (a) Nyatakan contoh fonem pinjaman dalam bahasa Melayu.Bincangkan dan nyatakan penghasilannya.

    (b) Kepentingan ilmu fonologi dalam pengajaran dan pembelajaranBahasa Melayu sebagai bahasa pertama dan bahasa kedua.

  • 7/31/2019 05 Topik 1 new

    7/18

    TOPIK 1 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI W 7

    menyebabkan penghasilan bunyi. Organ dalam sistem penghasilan bunyidikenali sebagai organ artikulasi (sila lihat Rajah 1.4).

    Organ artikulasi

    1. Bibir atas 11. Tengah lidah2. Bibir bawah 12. Belakang lidah

    3. Gigi atas 13. Akar lidah4. Gigi bawah 14. Epiglotis5. Gusi 15. Pita suara6. Lelangit keras 16. Rongga tekak7. Lelangit lembut 17. Rongga hidung8. Anak Tekak 18. Rongga mulut9. Hujung lidah 19. Rahang10. Hadapan lidah 20. Tenggorok

    Rajah 1.4 menjelaskan bahawa terdapat 20 organ artikulasi yang mewujudkanbunyi bahasa. Namun demikian, dalam perbincangan ini kita akan huraikan

    tentang beberapa organ artikulasi yang penting sahaja.

    (a) B Bibir merupakan alat artikulasi yang terletak di bahagian luar ronggamulut yang boleh berfungsi menyekat perjalanan udara. Bibir terdiridaripada otot-otot yang kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan.Apabila kita membunyikan bunyi [i] misalnya, keadaannya menjadihampar, sebaliknya apabila kita membunyikan [u] bibir menjadi bundar.Bibir juga berfungsi dalam membuat sekatan kepada udara yang keluar

  • 7/31/2019 05 Topik 1 new

    8/18

    8 X TOPIK 1 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI

    daripada rongga mulut. Untuk membunyikan bunyi [m], [p] dan [b]misalnya, udara disekat di bibir dan apabila bibir dibuka makaterlaksanalah bunyi yang dikehendaki.

    (b) L Lidah merupakan organ artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalampengeluaran bunyi-bunyi bahasa. Lidah terbahagi kepada empat bahagian,iaitu hujung, tengah, hadapan, dan belakang. Bahagian-bahagian lidah ini

    boleh digerak-gerakkan sama ada diangkat, dinaikkan atau diturunkanuntuk membuat penyekatan terhadap udara yang keluar melalui ronggamulut. Bahagian hadapan, tengah, dan belakang lidah penting dalampengeluaran bunyi vokal, iaitu vokal hadapan, vokal tengah dan vokal

    belakang. Hujung lidah pula merupakan bahagian yang paling aktif, boleh

    digerak-gerakkan ke mana-mana bahagian mulut untuk menyekatperedaran udara. Jadi, lidah aktif sekali dalam proses pengeluaran bunyi-

    bunyi bahasa dan ia disebut sebagai artikulator.

    (c) G Gusi ialah organ pertuturan yang terletak di antara gigi dan lelangit keras.Keadaannya cembung, melengkung dan ia berfungsi sebagai daerahartikulasi, iaitu daerah penyebutan. Gusi berperanan dalam pengeluaran

    bunyi-bunyi seperti [t], [d], [l], [r], [s], [z] dan sebagainya dengan bantuanhujung lidah yang berfungsi membuat penyekatan.

    (d) L Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu l dan

    . Lelangit keras terletak di antara gusi dan lelangit lembutdan berfungsi sebagai daerah artikulasi dalam pengeluaran bunyi.Sementara lelangit lembut pula terletak ke dalam sedikit, iaitu selepaslelangit keras dan sebelum anak tekak. Lelangit lembut boleh diturunkandan dinaikkan. Apabila diturunkan, rongga mulut akan tertutup dan udaraakan keluar melalui rongga hidung dan apabila ia diturunkan, ronggamulut akan tertutup dan udara terpaksa keluar melalui rongga hidung.

    Organ ini amat penting untuk menentukan sama ada bunyi yangdikeluarkan itu bunyi sengau atau pun tidak. Apabila lelangit lembutditurunkan, bunyi yang keluar adalah bunyi sengau dan kalau dinaikkan

    bunyi yang keluar bukan bunyi sengau.

    (e) A Anak tekak terletak di bahagian belakang rongga mulut dan berhampirandengan lelangit lembut (malah anak tekak terletak bersambungan denganlelangit lembut). Anak tekak biasanya berfungsi sebagai alat pertuturan

    bersama-sama dengan lelangit lembut khususnya dalam menentukan sama

  • 7/31/2019 05 Topik 1 new

    9/18

    TOPIK 1 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI W 9

    ada sesuatu bunyi yang hendak dikeluarkan itu bunyi sengau atau tidak.Di samping itu, anak tekak ini juga boleh digerak-gerakkan, sama adadinaikkan atau diturunkan. Jika dinaikkan rongga hidung akan tertutup

    dan jika diturunkan rongga mulut pula tertutup.

    (f) G Gigi juga mempunyai peranan dalam penghasilan bunyi tetapi peranannyatidak aktif. Bahagian ini tidak boleh digerak-gerakkan seperti lidah atau

    bibir dan berfungsi sebagai penahan udara daripada terus keluar denganbebas daripada rongga mulut. Dalam penyebutan bunyi-bunyi [e], [y], [c],[q] gigi turut sama berperanan, iaitu sebagai daerah penyebutan.

    (g) R

    Sebagaimana yang dapat digambarkan dalam Rajah 1.3, rongga terbahagikepada tiga, iaitu rongga mulut, rongga hidung dan rongga tekak. Ronggamerupakan bahagian lapang yang menjadi tempat laluan udara keluar-masuk daripada paru-paru. Rongga tekak bermula daripada bahagian disebelah atas selepas pita suara hinggalah ke bahagian anak tekak. Ronggamulut pula bermula daripada ruang di hadapan belakang lidah membawakepada bahagian bibir (sebelah dalam) sementara rongga hidung bermuladaripada bahagian di belakang anak tekak hingga ke hidung. Rongga tekakdan rongga hidung boleh dibuka atau ditutup, bergantung kepada keadaansama ada anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan atau pun diturunkan.

    (h) P Pita suara terletak di dalam ruang tenggorok dan ia amat penting untukpenghasilan bunyi. Seseorang yang mengalami kerosakan pita suara akanmengalami gangguan suara dan orang yang tidak mempunyai pita suaraakan menjadi bisu. Pita suara terdiri daripada dua keping selaput yang

    boleh terbuka dan tertutup. Keadaannya adalah seperti Rajah 1.5 dan Rajah1.6.

    Di manakah halangan pertama yang berlaku pada udara yang keluardaripada paru-paru?

    Ia mungkin berlaku pada pita suara. Pita suara ialah dua membran elastikyang terletak di dalam peti suara. Membran menyerupai pita yangmelekat pada dinding peti suara dan terentang daripada depan ke

    belakang. Apabila pita suara kendur dan renggang, udara lalu tanpahalangan. Ruang yang renggang itu dipanggil glotis.

  • 7/31/2019 05 Topik 1 new

    10/18

    10 X TOPIK 1 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI

    Pita suara terbuka

    Pita suara tertutup

    Apakah peranan pita suara ketika menghasilkan bunyi-bunyi bahasa?Apabila pita suara kendur dan renggang, glotis terbuka (sila lihat Rajah1.5). Keadaan ini terjadi pada waktu bernafas dan menghasilkan sesetengah

    bunyi seperti /s/ dan /p/, iaitu bunyi tidak bersuara. Apabila pita suarategang dan rapat, glotis tertutup (sila lihat Rajah 1.6). Udara tidak dapatkeluar, tetapi boleh menghasilkan bunyi letupan glotis /?/. Selain itu, pitasuara itu mungkin dirapatkan tetapi tidak berapa tegang sehingga udara

    boleh melaluinya dan pada waktu itu pita suara bergetar. Bunyi yangterhasil ini dikenali sebagai bunyi bersuara. Jadi, pita suara berfungsi danmenentukan bunyi bersuara atau bunyi tidak bersuara.

  • 7/31/2019 05 Topik 1 new

    11/18

    TOPIK 1 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI W 11

    (i) Rahang tidak memainkan peranan penting semasa pengeluaran bunyi-

    bunyi bahasa. Walau bagaimanapun, kedudukannya adalah penting dalam

    pembunyian bunyi-bunyi vokal. Keadaan terbuka antara kedua rahang(atas dan bawah) adalah sempit sewaktu membunyikan vokal-vokal [i] dan[u] dan terbuka luas sewaktu membunyikan vokal [a] dan [e].

    APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGANBUNYI BAHASA?

    Bunyi-bunyi bahasa pada gelombang bunyi yang terjadi pada arus udara yangbergerak. Udara yang keluar daripada paru-paru melalui tenggorok, pita suara,rongga tekak dan mulut atau hidung atau kedua-duanya. Udara yang keluar ituakan mengenai bahagian gegendang telinga dan akhirnya didengar sebagai

    bunyi. Bunyi-bunyi bahasa dihasilkan apabila udara tersekat atau terhalang padaalat artikulasi ini.

    Bunyi bahasa adalah bunyi yang terdapat dalam apa juga bahasa di dunia ini.Dengan kata lain, bunyi bahasa adalah bunyi yang berfungsi dalam pertuturan.Bunyi-bunyi bukan bahasa seperti batuk, bunyi orang berdehem, bunyi siulan,tiruan kepada bunyi-bunyi binatang, sendawa, mendengkur, bunyi orangkedinginan (menggigil) dan sebagainya.

    Bunyi bersuara dan bunyi tidak bersuara ada kaitannya dengan keadaan pita

    suara. Sekiranya semasa udara keluar melalui pita suara, keadaan pita suara(atau khususnya glotis) itu agak rapat, akan berlakulah getaran dan bunyi yangterhasil adalah bunyi bersuara. Kalau keadaan glotis itu renggang atau terbuka,sewaktu udara keluar melaluinya tidak berlaku getaran dan bunyi yang terhasiladalah bunyi tidak bersuara. Udara dikeluarkan daripada kedua-dua belah paru-paru melalui ruang tenggorok dan pita suara, kemudian masuk ke rongga tekak,seterusnya ke rongga mulut atau rongga hidung. Dalam perjalanan keluarmelalui rongga tekak dan rongga mulut, udara tersebut mungkin menerima

    1.5

    AKTIVITI 1.2

    Lukis sebuah rajah yang menerangkan bunyi plosif [p]. Huraikandengan mendalam organ yang terlibat dalam pengujaran bunyitersebut. Berikan contoh perkataan yang mengandungi fonem [p] dan

    variasi fonem tersebut (alofon).

  • 7/31/2019 05 Topik 1 new

    12/18

    12 X TOPIK 1 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI

    gangguan atau sekatan daripada alat-alat artikulasi yang lain atau mungkin jugatidak.

    Sekiranya semasa udara itu melintas pita suara yang tertutup rapat, udaraterpaksa keluar secara terdesak, maka bunyi yang timbul adalah bunyi batuk.Kalau pita suara renggang sedikit, udara dapat keluar melaluinya menyebabkania bergetar, maka bunyi yang terhasil adalah bunyi bersuara. Apabila pita suararenggang udara boleh keluar dengan mudah dan pita suara tidak bergetar, maka

    bunyi yang terhasil adalah bunyi tidak bersuara.

    Udara yang keluar daripada pita suara tadi akan memasuki rongga tekak dandaripada sini, mungkin terus ke rongga hidung atau rongga mulut. Lelangitlembut atau anak tekak akan mengatur jalan udara ini sama ada ke rongga mulut

    atau rongga hidung. Kalau lelangit lembut dan anak tekak tidak menutupi ruangke rongga hidung, udara akan keluar melalui hidung. Bunyi yang terhasildisebut bunyi s . Sekiranya ruang ke rongga hidung tertutup, udara keluarmelalui rongga mulut dan bunyi yang terhasil bukanlah bunyi sengau.

    Selepas udara melepasi pita suara, ia bergerak pula ke rongga tekak. Daripadarongga tekak, udara boleh keluar melalui r

    Lelangit manusia terbahagi kepada dua. Di sebelah depan dinamakan l

    dan di bahagian belakang, dikenali sebagai l . Bahagianhujung lelangit lembut dinamakan a . Lelangit lembut dan a

    boleh digerak-gerakkan. Apabila bunyi /a/ dikeluarkan, lelangit lembutdinaikkan hingga kena pada belakang tekak dan dengan itu menutup ronggahidung. Bunyi /a/ dikeluarkan melalui rongga oral. Oleh itu, /a/ adalah bunyioral.

    Bunyi nasal pula adalah bunyi yang dikeluarkan melalui rongga hidung.Lelangit lembut pada waktu itu diturunkan dan rongga oral ditutup dengan

    beberapa cara, antaranya dengan merapatkan dua bibir.

  • 7/31/2019 05 Topik 1 new

    13/18

    TOPIK 1 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI W 13

    PERANAN AHLI FONETIK DAN FONOLOGI

    Ahli fonetik dan fonologi memainkan peranan yang besar dalam bidang

    kebahasaan. Antara peranan-peranannya dibincangkan di dalam subtopikberikutnya.

    1.6.1 Bidang Pendidikan

    Dalam bidang pendidikan, ilmu fonetik telah memainkan peranan yang besarkhususnya di peringkat sekolah rendah. Dalam pendidikan sekolah rendahmisalnya, kanak-kanak akan diajar menyebut atau membunyikan sesuatu hurufdengan tepat oleh guru mereka. Kaedah membunyikan huruf dan suku katamerupakan kaedah ilmu fonetik kerana kaedah ini melibatkan pelbagai organartikulasi seperti dua bibir, lidah, anak tekak dan sebagainya. Pengetahuantentang titik artikulasi dapat membantu guru mengajar muridnya dengan baik.Selain itu, aktiviti lisan yang diajar oleh guru juga berkait dengan bidang fonetikdan fonologi, misalnya bertutur dengan menggunakan nada dan intonasi yang

    betul.

    1.6.2 Bidang Perubatan

    Ilmu fonetik semakin mendapat perhatian dalam bidang perubatan khususnya

    berkaitan masalah pertuturan. Kajian perubatan menunjukkan, bunyi sengauoleh anak-anak yang mempunyai masalah sumbing dapat diatasi dengan caramelakukan pembedahan pada bahagian lelangit. Dengan bantuan ahli fonetik,pakar perubatan akan cuba mengatasi masalah fonetik artikulasi (masalah organartikulasi), akustik (masalah penyebutan) dan auditori (masalah pendengaran)supaya manusia dapat bertutur dan mendengar dengan lebih baik.

    1.6.3 Bidang Komputer

    Ilmu fonetik mula digunakan dalam sains dan teknologi sejak terciptanya alatspektrogram yang dapat menganalisis suara manusia dengan bantuan komputer.Pada hari ini, peranan ilmu fonetik melangkah selangkah lagi ke hadapanapabila semua teks dalam sesuatu bahasa dapat dibunyikan oleh komputermelalui kaedah teks bersuara misalnya yang telah digunakan oleh SyarikatApple dalam semua operasi Mac OS Lion. Melalui kaedah ini, seorang pengguna

    bahasa Melayu dapat membaca teks bahasa Sepanyol dengan betul berdasarkanbantuan komputer.

    1.6

  • 7/31/2019 05 Topik 1 new

    14/18

    14 X TOPIK 1 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI

    1.6.4 Bidang Perkamusan

    Ahli fonetik memberi sumbangan yang besar dalam bidang perkamusan.Sesuatu kata masukan atau entri perlu diberi cara sebutan yang betul. Di sinilahahli fonetik akan membantu menentukan bagaimana sesuatu perkataan itu wajardibunyikan iaitu dengan penggunaan huruf-huruf khas yang dikenali sebagaihuruf-huruf fonetik atau huruf IPA (International Phonetic Alphabet).Penggunaan huruf atau lambang fonetik dalam perkamusan akan membantupengguna membunyikan sesuatu perkataan dengan betul dan tepat. Contohnyahuruf fonetik yang digunakan untuk membunyikan perkataan [abroid] ialah[brd]. Contoh huruf IPA seperti di dalam Rajah 1.7:

    Carta fonetik antarabangsa

  • 7/31/2019 05 Topik 1 new

    15/18

    TOPIK 1 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI W 15

    PENDEKATAN PEDAGOGI UNTUKMENGAJAR BUNYI BAHASA

    Subtopik ini akan membincangkan pendekatan pedagogi untuk mengajar bunyibahasa dengan lebih mendalam. Subtopik ini akan menyentuh makmal bahasadan aspek pedagogi.

    1.7.1 Makmal Bahasa

    Makmal bahasa diperlukan untuk melakukan latihan penyebutan yangsistematik. Sebutan sistematik yang dimaksudkan adalah sebutan yang

    berasaskan transkripsi fonetik bahasa Melayu. Makmal yang lengkap ialah

    makmal bahasa yang mempunyai alat pendengaran telinga dan pemprosesanterjemahan.

    1.7.2 Aspek Pedagogi

    Pengajaran dan pembelajaran penyebutan fonem bahasa Melayu bolehdilakukan melalui pelbagai teknik. Yang paling baik adalah dengan mengikutisaranan golongan behaviourisme, iaitu dengan membuat latih tubi. Langkahpengajaran yang disarankan adalah seperti berikut:

    (a) Guru memperkenalkan lambang huruf atau fonem.(b) Guru menyebut bunyi vokal dan konsonan.

    (c) Guru boleh merakamkan suara melalui pita rakaman atau denganmenggunakan teknik digital recording dan boleh diulang-ulang. Yang lebih

    baik adalah dengan menggunakan teknik interaktif. Jika tersalah sebut, alatelektronik yang berkenaan dapat mengesannya dan mengarahkan pelajarmenyebutnya semula (yang betul). Jika guru menggunakan sistemkonvensional (tradisional) guru akan membetulkannya dan murid akanmengulangnya semula sehingga guru yang berkenaan berpuas hati.

    (d) Murid secara kelas atau kumpulan besar boleh mengajuk apa-apa yangdisebut oleh guru. Guru sebut, murid ajuk dan guru membetulkannya jikatersalah sebut.

    (e) Murid secara kumpulan kecil empat hingga lima orang boleh mengajukapa-apa yang disebut oleh guru. Guru sebut, murid ajuk dan gurumembetulkannya jika mereka tersalah sebut.

    1.7

  • 7/31/2019 05 Topik 1 new

    16/18

    16 X TOPIK 1 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI

    (f) Murid secara individu boleh mengajuk apa-apa yang disebut oleh guruatau rakan sebaya (pembimbing). Guru atau rakan sebaya sebut, individumengulang sebutannya.

    (g) Bagi penutur bahasa kedua teknik ini amat cocok. Begitu juga, bagipemantapan dialek bahasa baku. Bagi dialek yang tidak baku, teknik inimemberikan ruang dan peluang kepada murid-murid supaya membaikisebutan yang tidak baku itu.

    (h) Jika guru ingin melanjutkannya kepada sebutan untuk kata, frasa, klausa,ayat, atau perenggan, guru boleh menggunakan teknik ini, iaitu bermuladaripada urutan (a) hingga (h).

    x Topik ini telah menghuraikan secara ringkas mengenai linguistik, cabang-cabang linguistik dan hubungan linguistik dengan bidang lain yang

    bersangkutan dengan bunyi.

    x Bidang fonetik dan fonologi dan peranan yang dimainkan oleh kedua-duakajian ini juga ditegaskan dan kaitannya dengan proses pengajaran danpembelajaran.

    x Seterusnya ditekankan juga definisi bunyi bahasa dan bukan bunyi bahasasupaya peminat bahasa dan pelajar bahasa mengetahui perbezaan di antarakedua-duanya.

    x Ilmu fonologi adalah ilmu yang berkaitan dengan cara-cara pengguna bahasaMelayu menuturkan atau melahirkan bunyi-bunyi yang bermakna dalam

    bahasa.

    x Fonologi dapat dipecahkan kepada dua bahagian, iaitu fonetik dan fonemik.

    x Tiga bidang utama ilmu fonetik adalah:

    (a) Fonetik artikulasi;

    (b) Fonetik akustik; dan

    (c) Fonetik auditori.

  • 7/31/2019 05 Topik 1 new

    17/18

    TOPIK 1 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI W 17

    x Organ artikulasi ialah organ yang menghasilkan bunyi bahasa dan caramenghasilkan bunyi tersebut.

    x

    Bunyi bahasa adalah bunyi yang terdapat dalam apa juga bahasa di duniaini. Dengan kata lain, bunyi bahasa adalah bunyi yang berfungsi dalampertuturan.

    x Antara peranan-peranan ahli fonetik dan fonologi dalam bidang kebahasaanadalah di dalam bidang pendidikan, perubatan, komputer dan perkamusan.

    Akustik

    Anak tekak

    Artikulasi

    Auditori

    Fonetik

    Fonologi

    Pedagogi

    Pita suara

    1. Letakkan tangan anda pada pita suara (di tengah-tengah leher) dansebutkan [a a a a a]. Adakah anda merasakan getaran yang berlaku padapita suara?

    Letakkan tangan anda rapat-rapat ke telinga dan sebutkan bunyi [a ].Adakah bunyi itu bergema? Ya, betul bergetar dan bergema. Oleh itu,

    bunyi itu adalah bunyi bersuara.

    2. Adakah bunyi akhir dalam perkataan di bawah ini bunyi bersuara ataubunyi tak bersuara? h

    3. Sila lukis gambar rajah organ artikulasi dan namakan bahagianbahagiannya.

  • 7/31/2019 05 Topik 1 new

    18/18

    18 X TOPIK 1 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI

    4. Anda diminta menyebut perkataan yang disenaraikan di bawah:

    5. Klasifikasikan bunyi akhir perkataan tersebut kepada bunyi oral dan bunyinasal berdasarkan keterangan di atas.