aplikasi statistik dalam pentaksiran

3
NOTA MINGGU 2 APLIKASI STATISTIK DALAM PENTAKSIRAN PENGENALAN STATISTIK Statistik asas merupakan satu teknik matematik untuk memproses, menyusun, menganalisis dan membuat esimpulan tentang data yang berbentu uantitati!" Dalam ujian dan peperiksaan, kaedah statistik digunakan untuk membuat analisis dan esimpulan" Data yang dipungut ini biasanya tidak disusun dengan teratur Untuk memudahkan kita merujuk kepada data ini, ia seharusnya direk!dkan se"ara teratur dan sistematik Sor Menta# Dan Taburan Sor Apabila sk!r ujian diper!leh daripada sekumpulan pelajar, ia biasanya ak berada dalam susunan yang tidak ra#ak seperti yang ditunjukkan$ %esemua ini adalah sor$sor menta# Oleh itu, se!rang guru perlu meng!rganisasi dan mempamerkan sk!r dalam bentuk yang teratur supaya ia kelihatan lebih sistematik Guru perlu membuat pengiraan mudah untuk menta&sirkan data se"ara tepat TA'U(AN %)%)(A*AN %ekerapan merujuk kepada berapa ali sesuatu sor %u&ud dalam sesuatu taburan" +ika mempunyai bilangan sk!r yang banyak, adalah berguna untuk dibina taburan eerapan se'ara berumpul serta gra! taburan" Sk!r sk!r dikumpulkan dalam sela kelas, dan bilangan sk!r yang ada dalam setiap sela digundalkan 90, 56, 70, 70, 90, 70, 40, 56, 90, 86, 46, 57, 78, 90

Upload: amira-nazneen

Post on 07-Oct-2015

132 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pengenalan kepada statistik.

TRANSCRIPT

NOTA MINGGU 2APLIKASI STATISTIK DALAM PENTAKSIRANPENGENALAN STATISTIK Statistik asas merupakan satu teknik matematik untuk memproses, menyusun, menganalisis dan membuat kesimpulan tentang data yang berbentuk kuantitatif. Dalam ujian dan peperiksaan, kaedah statistik digunakan untuk membuat analisis dan kesimpulan. Data yang dipungut ini biasanya tidak disusun dengan teratur. Untuk memudahkan kita merujuk kepada data ini, ia seharusnya direkodkan secara teratur dan sistematik.

Skor Mentah Dan Taburan Skor Apabila skor ujian diperoleh daripada sekumpulan pelajar, ia biasanya akan berada dalam susunan yang tidak rawak seperti yang ditunjukkan: Kesemua ini adalah skor-skor mentah. Oleh itu, seorang guru perlu mengorganisasi dan mempamerkan skor dalam bentuk yang teratur supaya ia kelihatan lebih sistematik. Guru perlu membuat pengiraan mudah untuk mentafsirkan data secara tepat.

TABURAN KEKERAPAN Kekerapan merujuk kepada berapa kali sesuatu skor wujud dalam sesuatu taburan. Jika mempunyai bilangan skor yang banyak, adalah berguna untuk dibina taburan kekerapan secara berkumpul serta graf taburan. Skor- skor dikumpulkan dalam sela kelas, dan bilangan skor yang ada dalam setiap sela digundalkan. Tanda-tanda gundal ini dikira untuk memperoleh kekerapan, iaitu bilangan skor dalam setiap sela kelas.Ukuran Kecenderungan Tengah / Memusat Ia merujuk kepada satu nilai purata sesuatu set skor. Terdapat tiga jenis ukuran kecenderungan memusat, iaitu min, median dan mod. Min menunjukkan purata markah yang diperolehi oleh pelajar dalam sesuatu ujian. Ia juga menggambarkan prestasi keseluruhan untuk tujuan membandingkan prestasi antara pelajar atau kumpulan dalam ujian yang sama. Mod pula ialah skor yang mempunyai kekerapan yang paling tinggi dalam satu taburan. Simbol statistik mod ialah M0. Median ialah skor tengah dalam satu susunan taburan menaik atau menurun. Median boleh dikira dengan cara membahagikan satu set skor yang tersusun kepada dua bahagian yang sama.

Pengiraan Min Pengiraan min itu penting kerana ia memudahkan kita menggunakan formula statistik untuk mengira sisihan piawai atau ukuran sebaran. Untuk data tidak terkumpul, min dikira dengan menjumlahkan semua skor dalam set, kemudian bahagikan jumlah ini dengan bilangan skor.

Median Median ialah skor tengah apabila jumlah bilangan skor adalah ganjil, atau nilai purata dua skor ditengah-tengah taburan jika jumlah bilangan skor adalah genap, dalam satu susunan taburan menaik atau menurun.

Mod Nilai mod pula boleh diperoleh dengan menyusun data yang tidak terkumpul itu secara menaik atau menurun. Mod (Mo) adalah skor yang mempunyai kekerapan yang paling tinggi dalam satu taburan. Satu taburan mungkin mempunyai satu atau lebih mod atau tidak mempunyai mod langsung.