antologi dirgahayu bahasaku prosa tradisional

18
CSL2014 Antologi Dirgahayu Bahasaku Prosa Tradisional 1 MODUL KECEMERLANGAN BAHASA MELAYU SIJIL PELAJARAN MALAYSIA ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU (PROSA TRADISIONAL) TINGKATAN 5 CIKGU SAZALI BIN IBRAHIM M.A (Bahasa Melayu) PENOLONG KANAN PENTADBIRAN SMK LALOH, KUALA KRAI, KELANTAN. “ULI SAPA LET IT”

Upload: diyanamz

Post on 21-Nov-2015

33 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

BM

TRANSCRIPT

  • CSL2014 Antologi Dirgahayu Bahasaku

    Prosa Tradisional 1

    MODUL KECEMERLANGAN

    BAHASA MELAYU

    SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

    ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU (PROSA TRADISIONAL)

    TINGKATAN 5

    CIKGU SAZALI BIN IBRAHIM M.A (Bahasa Melayu)

    PENOLONG KANAN PENTADBIRAN SMK LALOH, KUALA KRAI,

    KELANTAN.

    ULI SAPA LET IT

  • CSL2014 Antologi Dirgahayu Bahasaku

    Prosa Tradisional 2

    PROSA TRADISIONAL HIKAYAT LANGLANG BUANA

    Sinopsis

    Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi bersama-sama dayang inang pengasuhnya pergi ke taman untuk bersiram.

    Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi tidak mengetahui bahawa semasa dia bersiram, dia telah diperhatikan oleh Raja Indera Bumaya yang bersembunyi di balik pokok kemunting. Raja Indera Bumaya telah bertukar menjadi seekor burung bayan yang cantik lalu hinggap di dahan pokok kemunting dan mengeluarkan bunyi yang sangat merdu. Bunyian tersebut telah menarik perhatian Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi.

    Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi telah mengarahkan dayang untuk menangkap burung bayan tersebut tetapi tidak berjaya. Apabila kesemua dayang gagal menangkap burung bayan itu, dayang mencadangkan Tuan puteri menangkap burung bayan itu sendiri.

    Tiba-tiba burung bayan terbang dan hinggap pada lengan Tuan Puteri. Tuan Puteri bertanya tentang asal-usul Bayan.

    Bayan menceritakan dia berasal dari Negeri Lila Gambar dan mempunyai tuan yang bernama Raja Indera Bumaya. Bayan bercerita tentang kehebatan tuannya yang menyebabkan Tuan Puteri ingin sekali bertemu dengan tuannya itu.

    Bayan akhirnya menukarkan dirinya menjadi Raja Indera Bumaya dan akhirnya mereka saling berkasihan.

    Berita tentang adanya suara lelaki di istana Tuan Puteri telah menyebabkan ayahanda Tuan Puteri iaitu Raja Bahrum Dewa menjadi murka. Baginda telah menitahkan 40 orang hulubalang dan rakyat untuk menangkap Raja Indera Bumaya.

    Perintah tersebut telah menyebabkan Tuan Puteri berasa sedih dan bimbang akan keselamatan Raja Indera Bumaya.

    Namun Raja Indera Bumaya berjaya menewaskan angkatan serangan Raja Bahrum Dewa dengan bantuan 4 orang hulubalang yang dijelmakan daripada batu geliga.

    Raja Bahrum Dewa sangat murka dengan kekalahan tersebut lalumengarahkan pula seluruh rakyat menangkap Raja Indera Bumaya sekali lagi.

    Kali ini Raja Indera Bumaya dibantu oleh empat ribu jin. Pertempuran tersebut menyebabkan berlakunya pertumphan darah yang dahsyat.

  • CSL2014 Antologi Dirgahayu Bahasaku

    Prosa Tradisional 3

    Tema

    Percintaan anak raja. Raja Indera Bumaya sanggup menukarkan dirinya menjadi bayan semata-mata untuk menarik perhatian Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi. Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi tidak sanggup kehilangan Raja Indera Bumaya.

    Persoalan

    Keberanian menghadapi cabaran. Contohnya, Raja Indera Bumaya tidak gentar untuk menentang hulubalang Raja Bahrum Dewa.

    Kebijaksanaan mencari peluang. Contohnya Raja Indera Bumaya menjelmakan diri menjadi seekor burung bayan agar dapat menghampiri Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi.

    Watak dan Perwatakan Raja Indera Bumaya

    - Anak raja dari Negeri Lela Gambar - Bijaksana. Raja Indera Bumaya menjelmakan dirinya sebagai burung bayan agar dia

    dapat memerhatikan gerak geri Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi. - Berani. Raja Indera Bumaya berani duduk bersama-sama Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi

    dalam istananya memadu kasih. - Mempunyai kuasa sakti (bertukar menjadi seekor burung bayan yang cantik) matanya

    daripada intan, bulunya daripada pusparagam dan kakinya daripada emas. - Gagah perkasa. Raja Indera Bumaya tidak dapat ditangkap oleh hulubalang yang

    mengepungnya . - Baik budi bahasa. Dia memuji-muji keelokkan paras rupa Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi.

    Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi

    - Puteri Raja Bahrum Dewa - Periang. Tuan puteri suka bergurau senda. - Seorang yang cantik. Raja Indera Bumaya terpesona dengan kecantikan Tuan Puteri

    ketika berbedak dan berlangir - Suka akan binatang. Tuan Puteri terlalu sukacita apabila mendapat burung Bayan

    Raja Bahrum Dewa

    - Seorang raja yang tegas. Dia tidak suka lelaki luar berada bersama-sama puterinya. - Pemarah. Baginda mengarahkan hulubalang mengepung Raja Indera Bumaya yang

    memadu kasih dengan anakandanya sehingga mencetuskan kemarahannya. - Mengambil berat akan anakandanya. Baginda menganggap perbuatan Tuan Puteri Ratna

    Dewi yang memadu kasih dengan Raja Indera Bumaya sebagai celaka dan memalukan baginda.

  • CSL2014 Antologi Dirgahayu Bahasaku

    Prosa Tradisional 4

    Latar Latar Masa i. Waktu malam.

    Tuan Puteri bergurau senda dengan dayang-dayang inang pengasuhnya. Bayan dikeluarkan dari sangkar emas.

    ii. Waktu pagi . Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi berbedak dan berlangir Latar Tempat i. Kolam tempat Tuan Puteri mandi ii. Mahligai tempat didengar suara Tuan Puteri bersama suara laki-laki tertawa. iii. Luar kota. Raja-raja dan menteri hulubalang mengepung Raja Indera Bumaya. Latar Masyarakat i. Masyarakat feudal. Masyarakat yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja. ii. Masyarakat saling mengasihi. Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi amat mengasihi Raja

    Indera Bumaya dan begitulah sebaliknya. iii. Masyarakat yang tidak bertolak ansur. Raja Bahrum Dewa amat marah kepada Raja

    Indera Bumaya yang berkasih-kasihan dengan Puterinya. Nilai

    Nilai keberanian. Contohnya Raja Indera Bumaya berani menghadapi serangan daripada Raja Bahrum Dewa.

    Nilai kasih sayang. Contohnya Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi amat menyayangi Raja Indera Bumaya sehingga sanggup mati bersama-samanya.

    Nilai kerjasama. Contohnya, rakyat bekerjasama dengan hulubalang menyerang Raja Indera Bumaya.

    Nilai kebijaksanaan. Contohnya, Raja Indera Bumaya menukarkan dirinya menjadi bayan untuk memikat hati Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi.

    Nilai ketaatan. Contohnya, jin-jin mematuhi arahan Raja Indera Bumaya berperang dengan rakyat Raja Bahrum Dewa.

  • CSL2014 Antologi Dirgahayu Bahasaku

    Prosa Tradisional 5

    Pengajaran

    Kita hendaklah berani menghadapi apa-apa rintangan. Contohnya Raja Indera Bumaya sanggup melakukan apa sahaja demi mendekati Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi.

    Kita hendaklah mematuhi arahan ketua. Contohnya empat ribu jin telah berperang dengan rakyat Raja Bahrum Dewa setelah diarahkan oleh Raja Indera Bumaya.

    Kita hendaklah menggunakan akal dengan bijaksana. Contohnya Raja Indera Bumaya menjelma sebagai burung agar dapat memerhatikan gerak geri Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi.

  • CSL2014 Antologi Dirgahayu Bahasaku

    Prosa Tradisional 6

    PROSA TRADISIONAL HIKAYAT INDERAPUTERA/DUA GELIGA HIKMAT

    TELAH KELUAR DALAM SPM NOV 2011

    Mengisahkan seorang anak raja bernama Inderaputera yang mengembara sehingga berjumpa dengan Tasik Semendera Jin yang amat besar. Pasir di sekeliling tasik daripadaemas urai dan batunya daripada permata yang sangat indah. Inderaoutera berasa amat takjub.

    Semasa Inderaputera berjalan di tepi tasik, Inderaputera mendengar suara memberi nasihat agar dia berhati-hati sedangkan tiada manusia yang kelihatan.

    Inderaputera menuju ke sepohon pokok dan dilihatnya banyak mayat bergelimpangan. Suara itu datang daripada mayat-mayat. Mayat tersebut memberitahu Inderaputera bahawa ada raksasa di tasik itu namun Inderaputera tidak berasa gentar.

    Kemudian keluarlah raksasa dari tasik. Inderaputera pura-pura tidur. Apabila raksasa ingin menindih Inderaputera, Inderaputera bingkas bangun dan mencengkam rambut raksasa. Raksasa merayu agar Inderaputera melepaskannya dan sanggup memenuhi permintaan Inderaputera.

    Raksasa telah memberikan batu geliga Mayan Bedi kepada Inderaputera. Batu geliga itu boleh digunakan untuk menghasilkan angin, ombak, kilat atau petir dengan cara menyeru nama raksasa itu.

    Inderaputera telah melepaskan rambut raksasa. Inderaputera menyatakan bahawa dia ingin pergi ke Berma Sakti. Raksasa memberitahu di situ tempat seorang puteri yang cantik iaitu Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran dan dayang-dayangnya datang bersiram.

    Raksasa berpesan agar Inderaputera menyorokkan baju tuan puteri semasa tuan puteri mandi.

    Inderaputera melakukan perkara yang disuruh oleh raksasa.

    Tuan Puteri merayu agar Inderaputera memulangkan bajunya. Inderaputera meminta tuan puteri bersumpah sebelum dia memulangkan baju tersebut.

    Inderaputera meminta tuan puteri memberikan gemala hikmat yang ada di mahligai tuan puteri. Tuan Puteri berjanji akan menyerahkannya dan meminta Inderaputera datang ke mahligainya.

    Istana Tuan Puteri dikawal rapi oleh seekor harimau, seekor badak, seekor naga, seekor geroda dan seekor raksasa yang terlalu hebat.

    Inderaputera berjaya mengatasi semua halangan itu dan berjaya sampai ke mahligai Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran.

    Seperti yang dijanjikan, tuan puteri telah memberikan batu gemala hikmat kepada Inderaputera.

  • CSL2014 Antologi Dirgahayu Bahasaku

    Prosa Tradisional 7

    Tema

    Cerita ini bertemakan pengembaraan seorang anak raja. Inderaputera sanggup menghadapi segala rintangan untuk sampai ke Berma Sakti bagi mendapatkan batu gemala hikmat.

    Persoalan

    Kebijaksanaan dalam mencapai sesuatu hasrat. Contohnya Inderaputera telah mengambil baju Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran agar dia dapat bertemu dengan Tuan Puteri.

    Keberanan menghadapi musuh. Contohnya Inderaputera bukan sahaja tidak takut dengan peri yang berada di dalam tasik malah dengan tangkas dapat menangkap rambut peri tersebut.

    Berpegang kepada janji. Contohnya Peri telah menunaikan janjinya kepada Inderaputera untuk memberikan geliga kepada Inderaputera.

    Watak dan Perwatakan Watak utama Inderaputera

    Ayahandanya Maharaja Bikrama Puspa

    Bondanya Puteri Jamjam Ratna Dewi

    Paras rupa yang menarik

    Bijaksana. Inderaputera telah mengambil baju Tuan Puteri Seri Ratna Gemal Nehran agar dia dapat bertemu dengan Tuan Puteri.

    Berani. Inderaputera bukan sahaja tidak takut dengan peri yang berada di dalam tasik malah dengan tangkas dapat menangkap rumbut peri tersebut.

    Berpegang pada janji. Peri telah menunaikan janjinya kepada Inderaputera untuk memberikan geliga kepada Inderaputera.

    Watak sampingan Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran

    Ayahandanya Maharaja Syah Tokan

    Tunangan Raja Mengerna Lela Dewa

    Rupa paras yang amat cantik

    Berpegang pada janji. Tuan Puteri telah menyerahkan gemala hikmat kepada seperti yang dijanjikannya

  • CSL2014 Antologi Dirgahayu Bahasaku

    Prosa Tradisional 8

    Latar Latar Tempat i. Tasik - tempat peri tinggal. ii. Mahligai - tempat tinggal Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran iii. Balai Rangga Puspa Berahi - Tempat yang disediakan oleh Tuan Puteri kepada

    Inderaputera untuk beradu Latar Masa i. Waktu fajar - Tuan Puteri datang ke tepi tasik untuk kali ke tujuh ii. Waktu malam - Tuan Puteri Seri Ratna Gembala Nehran mengenakan baju antakesuma

    dan pakaian yang sangat cantik iii. Tengah malam - Inderaputera duduk bersembunyi di tepi tasik menunggu kedatangan

    Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran. Latar masyarakat i. Masyarakat feudal. Masyarakat yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja. ii. Masyarakat yang menepati janji. Peri telah menyerahkan gemala hikmat kepada

    Inderaputera seperti yang dijanjikannya jika Inderaputera melepaskannya. Nilai

    Nilai keberanian. Contohnya Inderaputera berani menghadapi raksasa walaupun telah diberi amaran oleh mayat.

    Nilai kebijaksanaan. Contohnya Inderaputera berpura-pura tidur semasa raksasa keluar dari tasik dan mengambil peluang mencengkam rambut raksasa semasa raksasa ingin menindihnya.

    Nilai menepati janji. Contohnya Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran menepati janji dengan memberikan batu gemala hikmat kepada Inderaputera.

    Pengajaran

    Kita hendaklah berani dalam menghadapi situasi yang mencabar. Inderaputera tidak gentar menghadapi peri sehingga dapat menangkap peri tersebut.

    Kita hendaklah menggunakan akal dalam apa-apa situasi. Inderaputera mencuri baju Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran agar dapat bertemu tuan puteri.

    Kita hendaklah berpegang pada janji. Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran telah memberikan gemala hikmat kepada Inderaputera seperti yang dijanjikannya.

  • CSL2014 Antologi Dirgahayu Bahasaku

    Prosa Tradisional 9

    PROSA TRADISIONAL HIKAYAT UPU DAENG MENAMBUN

    Bab III

    Kisah bermula dengan pelayaran Upu Daeng dengan lima bersaudara. Pelayaran Upu Daeng disertai juga Sultan Muhammad Zainuddin. Baginda berkenan menjodohkan anakanda puteri baginda dengan Upu Daeng dan lima saudaranya.

    Daeng Perani menolak kerana telah berkahwin. Daeng Perani mencadang Upu Daeng Menambun berkahwin dengan Puteri Kesumba anakanda Sultan Muhammad Zainuddin. Upu Daeng Menambun bersetuju.

    Bab IV

    Upu Daeng Menambun berkahwin dengan Puteri Kesumba.

    Sultan Muhammad Zainuddin bertitah kepada Upu Daeng dan lima bersaudaranya menyerang Panembahan Agung.

    Upu Daeng dan lima bersaudara sampai ke pengkalan negeri Matan. Berita kedatangan Upu Daeng sampai ke pengetahuan Panembahan Agung.

    Menantu Panembahan Agung, Daeng Mataku dan Tuan Hj Hafiz berjumpa Upu Daeng berlima. Mereka bersalaman dan bertanya khabar. Selepas itu mereka menghunus keris untuk bertikaman.

    Upu Daeng Menambun berkata kepada Daeng Mataku dan Tuan Hj Hafiz bahawa mereka semua orang Bugis. Daeng Mataku dan Tuan Hj Hafiz berasa serba salah kerana arahan Panembahan Agung agar menghalang Upu Daeng berlima daripada masuk ke dalam kota sama ada secara lembut ataupun kekerasan.

    Tuan Hj Hafiz mencadangkan agar tidak ada pertumpahan darah.

    Upu Daeng berlima telah masuk ke kota dan menawan Panembahan Agung. Panembahan Agung telah dibawa menghadap Sultan Muhammad Zainuddin oleh Upu Daeng berlima.

    Bab V

    Upu Daeng berlima telah berlayar ke Riau berjumpa dengan Sultan Raja Sulaiman. Baginda meminta pertolongan Upu Daeng berlima pergi menyerang Siak kerana Yang Amtuan Raja Kecil telah menculik saudara perempuannya dan dijadikan isteri.

    Upu Daeng berlima bersetuju dengan syarat apabila Sultan Raja Sulaiman menjadi Yang Amtuan Besar, baginda harus melantik antara mereka berlima menjadi Yamtuan Muda.

    Maka berperanglah orang Siak dengan orang Bugis. Yang Amtuan Raja Kecil terpaksa berundur ke hulu negeri Siak.

    Sultan Raja Sulaiman mengucapkan terima kasih kepada Upu Daeng berlima kerana berjaya mengalahkan Yang Amtuan Raja Kecil.

  • CSL2014 Antologi Dirgahayu Bahasaku

    Prosa Tradisional 10

    Seperti yang dijanjikan, Yang Amtuan Raja Sulaiman memilih Upu Daeng Merewah dilantik menjadi Yang Amtuan Muda di Riau. Upu Daeng Chelak dijodohkan dengan adinda Yang Amtuan Raja Sulaiman bernama Tengku Puan.

    Bab VI

    Raja Kedah telah berbalah dengan saudaranya berkaitan takhta lalu meminta pertolongan daripada Upu Daeng lima bersaudara.

    Upu Daeng lima bersaudara sanggup menolong Yam Amtuan Raja Kedah untuk mendapatkan tahtanya dan Yam Amtuan Raja Kedah berjanji akan memberikan setiap seorang lima belas bahara sebagai balasan.

    Upu Daeng telah meminta agar pedagang yang ada di negeri Kedah terutamanya dari Bugis, Mangkasar dan Mandura di bawah perintahnya namun Raja Kedah berkata bahawa dia memerlukan masa untuk mengumpul orang tersebut untuk Upu Daeng. Upu Daeng berjaya mengumpulkan pedagang dari Timur untuk membantu Raja Kedah ditabalkan menjadi Yang Dipertuan Raja Kedah.

    Setelah tiga hari, rombongan Upu Daeng lima bersaudara bersetuju menabalkan Raja Kedah menjadi Yam Amtuan negeri Kedah.

    Namun begitu, ada saudara Raja Kedah yang tidak bersetuju dengan pelantikan baginda ingin menyerangnya dan peperangan berlarutan sehingga tiga hari tiga malam dan berterusan sehingga lapan hari yang akhirnya kemenangan berpihak kepada orang Bugis.

    Raja Kedah yang baru mengahwinkan Upu Daeng Perani dengan saudara perempuan dan membayar tiga bahara seperti yang dijanjikan kepada mereka.

    Bab VII

    Upu Daeng lima bersaudara telah dijemput oleh Raja Sambas dan ingin menjodohkan antara mereka dengan adik perempuannya yang bernama Urai Tengah seterusnya dilantik menjadi Pangeran Mangkubumi di Sambas.

    Upu Daeng Menambun menerima pelawaan tersebut lalu pergi ke Sambas bersama-sama Upu Daeng Kemasi.

    Kedatangan mereka berdua telah disambut oleh Sultan Adil dan anakandanya dan disediakan satu rumah dalam sebuah kampung.

    Setelah tiga hari, Sultan Adil menyuruh pangeran dan kiai bertujuh untuk berjumpa Upu Daeng Menambun dan Upu Daeng Kemasi bagi menyampaikan hajat untuk mengahwinkan salah seorang daripada mereka dengan adiknya Raden Tengah.

    Upu Daeng Menambun mencadangkan agar Upu Daeng Kemasi dikahwinkan dengan Raden Tengah dan Sultan Adil bersetuju lalu mereka berkahwin.

    Upu Daeng Kemasi telah dilantik menjadi Pangeran Mangkubumi di dalam daerah negeri Sambas.

  • CSL2014 Antologi Dirgahayu Bahasaku

    Prosa Tradisional 11

    Bab VIII

    Setelah sekian lama di negeri Sambas, Upu Daeng Menambun teringin untuk balik ke negeri Matan.

    Hal ini menggembirakan Sultan Muhammad Zainuddin lalu mengadakan sambutan yang hebat untuk menyambut ketibaannya.

    Setelah setahun, Sultan Muhammad Zainuddin mengumpulkan anak-anaknya serta saudaranya dan pangeran dan kiai untuk membincangkan hal berkaitan penggantinya.

    Pangeran dan Menteri Penggawa meminta tangguh untuk memilih orang yang layak menjadi pengganti Sultan Muhammad Zainuddin. Seluruh penduduk Matan tidak bersepakat untuk memilih pengganti Sultan Muhammad Zainuddin. Sultan Muhammad Zainuddin akhirnya berkahwin dengan anak Raja Mempawah.

    Bab IX

    Khabar berita telah sampai kepada Sultan Muhammad Zainuddin bahawa Duli Panembahan Sangkawak telah mangkat.

    Lalu anakanda Puteri Kesumba dilantik menjadi Ratu Agung Senuhun dan diraikan dengan besar-besaran di negeri Matan. Setelah acara keraian selama tujuh hari tujuh malam, rombongan diraja berangkat balik ke Kuala Mempawah bersama-sama hamba perempuan dan pengiring raja perempuan.

    Mereka kemudiannya sampai ke Sebukit lalu membuka negeri di situ. Setelah selesai segala urusan membuka negeri, mereka berangkat ke makam Marhum Panembahan Sangkawak.

    Tema

    Kepahlawanan Upu Daeng lima bersaudara dalam menakluki dan menawan negeri-negeri Melayu dan akhirnya menjadi raja di negeri-negeri Melayu.

    Persoalan

    Persoalan keberanian dalam menegakkan keadilan.

    Persoalan menunaikan janji yang telah dibuat.

    Persoalan perebutan tahta kerajaan membawa kepada pertelingkahan.

  • CSL2014 Antologi Dirgahayu Bahasaku

    Prosa Tradisional 12

    Watak dan Perwatakan i. Upu Daeng Menambun

    anak raja

    mempunyai 4 saudara yang lain iaitu Daeng Parani, Daeng Kemasi, Daeng Merewah dan Daeng Celak.

    berkahwin dengan Puteri Kesumba dari Riau

    dilantik menjadi raja di Mempawah ii. Daeng Perani

    saudara yang tertua antara lima bersaudara

    beristerikan anak Nakhoda Alang dari Siantan

    mempunyai dua orang anak iaitu Daeng Kemboja dan Daeng Khatijah

    iii. Daeng Kemasi

    beristerikan anak Raja Mempawah

    dilantik menjadi raja di Sambas iv. Daeng Chelak

    dilantik menjadi raja di Riau

    berkahwin dengan Tengku Puan, adinda Sultan Raja Sulaiman v. Daeng Merewah

    menjadi Yang Amtuan Muda di Riau

    berkahwin dengan Ungku Encik Ayu, anakanda Ungku Datuk Temenggung Latar Latar Masyarakat i. Masyarakat feudal Contoh: Masyarakat yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja . ii. Masyarakat Istana Contoh :Masyarakat yang tinggal di istana seperti raja. Latar Tempat i. Riau

    Contoh: Upu Daeng Menambun lima bersaudara membantu Sultan Raja Sulaiman menyerang Siak.

  • CSL2014 Antologi Dirgahayu Bahasaku

    Prosa Tradisional 13

    ii. Siak Contoh: Peperangan antara Upu Daeng berlima dengan orang Siak. iii. Negeri Matan

    Contoh : Tempat Puteri Kesumba diraikan dengan besar-besaran setelah dilantik menjadi Ratu Agung Senuhun.

    Latar Masa i. Tujuh hari tujuh malam Contoh: Meraikan Puteri Kesumba yang dilantik menjadi Ratu Agung Senuhun. ii. Hari Jumaat

    Contoh: Rombongan Ratu Agung Senuhun mula belayar. Gaya Bahasa i. Bahasa istana Contoh: sultan, ayahanda, patih,paduka.dayang-dayang ii. Bahasa pinjaman bahasa Arab Contoh: warith, Allah Subhanahu Wa Taala, tulisan jawi, Rahmatullah Taala iii. Kata ganda Contoh: berkasih-kasihan, dibagi-bagi, betul-betul Nilai

    Nilai keberanian. Contohnya Upu Daeng berlima berani menentang musuh.

    Nilai tolong-menolong. Contohnya Upu Daeng berlima menolong Raja Sulaiman menentang orang Siak.

    Nilai menepati janji. Contohnya, Raja Kedah memberikan wang sebanyak tiga bahara seperti yang dijanjikan kepada Upu Daeng berlima kerana membantunya mendapatkan tahta.

    Nilai bekerjasama. Contohnya upu Daeng lima bersaudara bekerjasama dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

  • CSL2014 Antologi Dirgahayu Bahasaku

    Prosa Tradisional 14

    Pengajaran

    Kita hendaklah berani menghadapi musuh. Contohnya Upu Daeng berlima berani menentang musuh-musuh mereka.

    Kita hendaklah bermusyawarah dalam membuat keputusan. Contohnya, Raja Sulaiman bermesyuarat dengan menantunya orang Bugis yang bernama Upu Daeng Menambun.

    Kita hendaklah membantu orang lain yang memerlukan. Contohnya Upu Daeng berlima menolong Raja Sulaiman menentang orang Siak.

    Kita hendaklah menepati janji. Contohnya Raja Kedah memberikan wang sebanyak tiga bahara seperti yang dijanjikan kepada Upu Daeng berlima kerana membantunya mendapatkan tahta.

  • CSL2014 Antologi Dirgahayu Bahasaku

    Prosa Tradisional 15

    PROSA TRADISIONAL HIKAYAT SIAK

    TELAH KELUAR DALAM SPM JUN 2012

    Kisah bermula dengan pelayaran Tuan Bujang setelah mendapat perkenan daripada Sultan Palembang. Tuan Bujang telah dibekalkan oleh Sultan Palembang dengan pakaian keemasan dan keris kebesaran.

    Tuan Bujang sampai ke Rawas dan berkahwin dengan anak Dipati Batu Kuching. Tuan Bujang mendapat seorang anak lelaki dan dinamakan Raja Alang.

    Di Pagar Ruyung, Tuan Bujang telah ditabalkan sebagai Yamtuan Sakti. Tuan Bujang juga telah diuji bagi membuktikan bahawa baginda ialah daripada keturunan Kesultanan Johor.

    Tuan Bujang telah diberi gelaran Yang Dipertuan Raja Kecik. Yang Dipertuan Raja Kecik telah pergi ke Siak namun tiada sesiapa yang mengenali baginda malah baginda terpaksa bekerja Nakhoda Penangguk.

    Kemudian baginda pergi ke Mengkalis dan di sana telah digelar oleh orang Minangkabau sebagai Yang Dipertuan. Baginda berhajat hendak menyerang negeri Johor.

    Pada masa yang sama, Raja Bugis iaitu Daheng Parani, Daheng Calak dan Raja Tuha telah datang ke Mengkalis. Mereka ingin membantu menyerang Johor.

    Daheng Parani telah membuat perjanjian sekiranya baginda berjaya menawan Johor, maka baginda akan menjadi Yang dipertuan Besar dan Daheng Parani dilantik sebagai Yang Dipertuan Muda.

    Sepucuk surat telah dihantar kepada Yang Dipertuan Johor memaklumkan bahawa paduka anakanda Marhum Mangkat Di Julang ingin menuntut bela atas kematian ayahandanya.

    Berita kedatangan Yang Dipertuan Raja Kecik anakanda Marhum Mangkat Di Julang di negeri Johor menjadi perbualan rakyat.

    Bagi membuktikan bahawa baginda ialah anakanda Marhum Mangkat Di Julang, rakyat Johor telah meminta supaya baginda menawarkan air masin menjadi air tawar. Dengan izin-Nya, maka air masin telah bertukar menjadi air tawar. Rakyat Johor terus bersorak dan menyebut Yang Dipertuan Raja Kecik sebagai Tuanku Yang Maha Mulia.

    Baginda juga bertitah kepada rakyat Johor agar menyembah dengan ucapan daulat. Baginda kemudian menyerang Johor.

    Yang dipertuan Johor bersama anakanda baginda telah pulang ke kampung lama Bendahara. Sesampai Yang Dipertuan Raja Kecik ke dalam Kota Johor, baginda telah masuk ke istana.

    Baginda hairan kerana tidak ada Bendahara di dalam istana. Baginda dimaklumkan bahawa Bendahara sudah melarikan diri. Yang Dipertuan Raja Kecik dimaklumkan bahawa bondanya Encik Apung telah meninggal dunia. Baginda sugul dengan berita tersebut.

    Baginda telah bertunang dengan anak Bendahara yang bernama Tengku Tengah tetapi telah memutuskan pertunangan tersebut kerana terpikat dengan anak bongsu Bendahara iaitu Tengku Kamariah.

    Akhirnya baginda berkahwin dengan Tengku Kamariah dan ditabalkan menjadi Raja Johor dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Syah.

  • CSL2014 Antologi Dirgahayu Bahasaku

    Prosa Tradisional 16

    Tema

    Bertemakan pengembaraan anak raja. Huraian: Yang Dipertuan Raja Kecik telah mengembara dari satu tempat ke satu tempat bagi membuktikan bahawa baginda merupakan keturunan raja iaitu anakanda Marhum Mangkat Di Julang sehinggalah baginda ditabalkan menjadi Sultan Johor.

    Persoalan

    Kesabaran akan membuahkan hasil.

    Kebenaran tetap terbukti apabila tiba masanya. WATAK DAN PERWATAKAN

    1. Yang Dipertuan Raja Kecik.

    Keturunan Raja Johor

    Nama asalnya Tuan Bujang.

    Berkahwin dengan Tengku Kamariah

    Ditabalkan menjadi Raja Johor dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Syah.

    Berani Contoh: Yang Dipertuan Raja Kecik berani memutuskan pertunangannya dengan Tengku Tengah.

    Gigih Contoh: Yang dipertuan Raja Kecik gigih mengembara dari satu tempat ke satu tempat bagi membuktikan bahawa baginda merupakan keturunan raja iaitu anakanda Marhum Mangkat Dijulang.

    LATAR Latar Masyarakat i. Golongan masyarakat feudal

    Contoh: Masyarakat yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja. ii. Golongan masyarakat istana.

    Contoh: Masyarakat yang tinggal di istana .

  • CSL2014 Antologi Dirgahayu Bahasaku

    Prosa Tradisional 17

    Latar Masa

    i. Latar masa tidak dinyatakan dengan terperinci namun peristiwa berlaku pada zaman Kesultanan pemerintahan Raja Siak.

    Latar Tempat

    i. Rawas Contoh: Tempat Tuan Bujang berkahwin dengan anak Dipati Batu Kuching.

    ii. Siak

    Contoh: Tempat Yang Dipertuan Raja Kecik tetapi tiada siapa mengenali baginda malah baginda terpaksa bekerja sebagai Nahkhoda Penangguk.

    iii. Johor

    Contoh: Yang dipertuan Raja Kecik telah ditabalkan menjadi Raja Johor dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Syah.

    Gaya bahasa i. Penggunaan bahasa Arab

    Contoh: Allah Taala,

    ii. Penggunaan bahasa istana Contoh: Patik, baginda,hulubalang, titah

    iii. Penggunaan kata ganda Contoh: Kaya-kaya, besar-besar,masing-masing

  • CSL2014 Antologi Dirgahayu Bahasaku

    Prosa Tradisional 18

    Nilai

    Nilai kegigihan. Contohnya Yang Dipertuan Raja Kecik gigih mengembara dari satu tempat ke satu tempat bagi membuktikan baginda merupakan keturunan raja iaitu anakanda Marhum Mangkat Di Julang.

    Nilai keberanian. Contohnya Yang Dipertuan Raja Kecik berani memutuskan pertunangannya dengan Tengku Tengah.

    Nilai ketaatan. Contohnya rakyat negeri Johor menunjukkan taat setia kepada Yang Dipertuan Raja Kecik setelah mengetahui baginda ialah keturunan raja.

    Pengajaran

    Kita hendaklah gigih berusaha untuk mencapai kejayaan.

    Kita janganlah cepat berputus asa sekiranya gagal dalam sesuatu hal.

    Kita hendaklah patuh akan perintah ketua.