dirgahayu bahasaku

47
DIRGAHAYU BAHASAKU PANTUN ENAM KERAT Maksud Rangkap 1: kekeciwaan yang dialami dalam percintaan tidak diperdulikan lantaran adanya kekuatan diri dan ketahanan dalaman walaupun kelukaan dan kekeciwaan tersebut sangat memedihkan. Rangkap 2: Setiap perkara atau kejadian yang berlaku itu sudah ditakdirkan oleh Allah, bukan disebabkan salah ibu yang mengandung. Rangkap 3: Setiap perkara atau kejadian yang berlaku itu sudah menemui pengganti atau kekasih yang berlaku dalam hidupnya sehingga dirinya sudah tidak disayangi atau dihiraukan lagi.. Tema Kekecewaan yang dialami oleh seseorang kerana gagal dalam percintaan. Persoalan a. Kekuatan dan ketahanan diri ketika berdepan dengan kekeciwaan dalam bercinta b. Reda atas keteentuan yang telah ditetapkan oleh Tuhan. c. Untung nasib seseorang merupakan permainan hidup. d. Kesetiaan terhadap seseorang terhadap pasangannya. Bentuk dan Ciri-ciri Pantun. a. Terdiri daripada tiga rangkap. b. Mempunyai enam baris serangkap c. Dua baris pertama adalah pembayang, manakala dua baris berikutnya adalah maksud. d. Terdiri daripada empat hingga lima patah sebaris. e. Mempunyai sembilan hingga sebelas suku kata sebaris f. Rima akhir bagi puisi ini abcabc (sengkelang)

Upload: kimora

Post on 04-Jan-2016

87 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

lagu patriotik

TRANSCRIPT

Page 1: DIRGAHAYU BAHASAKU

DIRGAHAYU BAHASAKU

PANTUN ENAM KERAT

Maksud

Rangkap 1: kekeciwaan yang dialami dalam percintaan tidak diperdulikan lantaran adanya kekuatan diri  dan ketahanan dalaman walaupun kelukaan dan kekeciwaan tersebut sangat memedihkan.

Rangkap 2: Setiap perkara atau kejadian yang berlaku itu sudah ditakdirkan oleh Allah, bukan disebabkan salah ibu yang mengandung. Rangkap 3: Setiap perkara atau kejadian yang berlaku itu sudah menemui pengganti atau kekasih yang berlaku dalam hidupnya sehingga dirinya sudah tidak  disayangi atau dihiraukan lagi..

Tema

Kekecewaan yang dialami oleh seseorang kerana gagal dalam percintaan.

Persoalana. Kekuatan dan ketahanan diri ketika berdepan dengan kekeciwaan dalam bercintab. Reda atas keteentuan yang telah ditetapkan oleh Tuhan.c. Untung nasib seseorang merupakan permainan hidup.d. Kesetiaan terhadap seseorang terhadap pasangannya.

Bentuk dan Ciri-ciri Pantun.

a. Terdiri daripada tiga rangkap.b. Mempunyai enam baris serangkapc. Dua baris pertama adalah pembayang, manakala dua baris berikutnya adalah maksud.d. Terdiri daripada empat hingga lima patah sebaris.e. Mempunyai sembilan hingga sebelas suku kata sebarisf. Rima akhir bagi puisi ini abcabc (sengkelang)

Gaya bahasa dan keindahan bunyi.

a. Pemilihan kata (diksi) yang indah. Contoh: Hati Luka pura tiada.b. Repetisi. Contoh: Sudah takdir, sudah suratan.c. Imej alam. Contoh: putik kelapa; kedondong; buluh; ikan cencaru; gelama.d. Peribahasa. Contoh: ibarat kaca jatuh ke lantai; ibarat melukut di tepi gantang.

Page 2: DIRGAHAYU BAHASAKU

e. Asonansi. Cth: Kelapa muda jadi kemirau (pengulangan bunyi vokal a)f. Aliterasi. Cth: Kail  t ersangkut di tepi batang (pengulangan bunyi konsonan t)

Nilai

a. Ketahanan diri. Contohnya, memiliki ketahanan diri yang kuat dalam menghadapi masalah percintaan.b. Percaya pada qadak dan kadar. Contohnya, reda menerima ketentuan tuhan.c. Kesetiaan. Contohnya kesetiaan seseorang yang tidak berbelah bahagia kepada pasangannya.d. Ketabahan. Contohnya, tetap tabah ketika menghadapi kekeciwaan dalam percintaan.

Pengajaran

a. Kita hendaklah mempunyai ketahanan diri yang kuat untuk melawan segala kekeciwaan.b. Kita mestilah percaya bahawa setiap kejadian atau nasib yang menimpa kita ada hikmah yang telah ditentukan oleh tuhan.c. Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan yang berkaitan dengan permasaalahan cinta beralih arah yang berlakua antara pasangan kekasih.d. Kita hendaklah setia kepada pasangan kita walau apa-apapun yang terjadi.

PANTUN LAPAN KERATMAKSUD Rangkap 1: Seseorang itu perlu ada sifatsabar dalam dirinya kerana sifat sabar merupakan ciri orang yang  beriman. Kesabaran akan menjadikan hati seseorang sukar untuk dipengaruhi oleh iblis sekali gus membolehkannya berjaya dalam hidup. Rangkap 2: Kelahiran seseorang utusan istimewa yang merupakan keturunan nabi Adam yang turun dari langit dan akhirnya menjadi pembimbing kepada manusia. Rangkap 3: Warisan bangsa dan tanah air telah musnah sebagai akibat kelalaian masyarakat setempat. Budaya Timur yang menjadi tunjang

Page 3: DIRGAHAYU BAHASAKU

peradaban masyarakat telah dicemari oleh budaya Barat, manakala bahasa Melayu yang ditutur sejak sekian lama telah diabaikan dan hilang martabatnya yang tinggi.TEMA

        Sifat sabar, kelahiran seorang utusan Allah ke Bumi, dan sifat leka yang membawa padah kepada manusia.

PERSOALAN:        Sifat sabar yang merupakan kunci utama kejayaan seseorang.        Kelahiran seseorang utusan Allah yang amat istimewa.        Pencemaran budaya Timur dan Bahasa Melayu oleh pengaruh budaya

Barat.

BENTUK DAN CIRI-CIRI PANTUN        Terdiri daripada 3 rangkap

        Mempunyai 8 baris serangkap        4 baris pertama adalah pembayang,4 baris berikutnya adalah maksud        Terdiri daripada 3 hingga 5 patah kata sebaris        Mempunyai 8 hingga 13 suku kata sebaris        Rima akhir bagi puisi ini abcdabcd (sengkeleng)        Bentuk puisi ini terikat/tidak bebas

GAYA BAHASA DAN KEINDAHAN BUNYI        Pemilihan kata (diksi) yang indah:

Contoh: Turun dari langit ketujuh        Inversi:

Contoh: Menjadi riuh orang di darat  (sepatutnya: orang didarat menjadi riuh).

        Hiperbola:Contoh: Bahasa ibunda hina terbiar.

        Asonansi:Contoh: Berburu musim tengkujuh              (pengulangan bunyi vokal u)

        Aliterasi:Contoh: Anak ketam disangka lelabi              (pengulangan bunyi konsonan k)

NILAI        Kesabaran:

Contoh: Bersabar dalam menghadapi sebarang dugaan yang mendatang.        Kesyukuran:

Contoh: Bersyukur kerana seorang yang amat istimewa telah diutuskan oleh Allah

  untuk memimpin umat manusia dimuka bBumi ini.        Tanggungjawab:

Contoh: Bertanggungjawab terhadap bahasa ibunda, budaya Timur, dan

Page 4: DIRGAHAYU BAHASAKU

  keharmonian negara.        Menghargai:

Contoh: Menghargai bahasa ibunda, budaya Timur, dan adat resam yang  diamalkan sejak turun temurun.

PENGAJARAN        Kita hendaklah bersabar dalam melakukan sebarang perkara atau tugas.        Kita hendaklah bersyukur kerana memperoleh seorang utusan untuk

memimpin kita ke jalan yang mulia.        Janganlah mudah terpengaruh oleh budaya Barat yang dapat

mencemarkan ketulenan budaya Timur yang kita warisi sejak zaman-berzaman.

Syair Makna Riak MAKSUD Rangkap 1: Sair ini mengungkap makna riak atau takbur. Orang yang melakukan amal ibadat semata-mata untuk menunjuk-nunjuk kepada semua manusia dianggap sebagai riak. Perbuatan golongan ini amat dibenci oleh Tuhan kerana telah melakukan perbuatan syirik. Rangkap 2: ada pula perbuatan riak dibuat dengan cara menunjukkan kerajinan berpuasa dan kesopanan apabila bertutur dengan lemah lembut. Namun hakikatnya kebersihan tubuh badan tidak diambil kira Rangkap 3: Orang sebegini berpura-berpura melakukan amalan tersebut agar dirinya disangka warak iaitu tidak memintengkan keduniaan. Dia juga sering berkhemah sedangkan hatinya memandang keduaniaan. Rangkap 4: Ada juga perbuatan riak ditunjukkan sebagai orang yang berpengetahuan luas  dengan menunjukkan perbuatan berceramah dan

Page 5: DIRGAHAYU BAHASAKU

bersyarah dalam pelbagai ilmu di majlis keraian. Namun begitu dia sering mencampuradukkan perkara yang baik dengan yang buruk. Rangkap 5:Ada perbuatan riak ditunjukkan melalui  percakapan yang kononnya berdasarkan bukti kajian untuk menunjukkan dirinya mempunyai ilmu mantik yang tinggi. Orang sebegini berbuat sedemikian agar masyarakat mengiktiraf kebijaksanaannya dan memberikannya ganjaran tertentu. Rangkap 6: Ada perbuatan riak ditunjukkan melalui cara berpakaian, iaitu memakai serban yang berlilit ekor di kepala, meletakkan sejadah di bahu, dan seuntai tasbih berada di tangan. Rangkap 7: Ada perbuatan ditunjukkan ketika melakukan amalan berzikir. Orang begini akan berzikir sehingga lupa diri. Namun begitu, niat yang sebenarnya  adalah untuk menjadi ketua kepada sesebuah kumpulan atau untuk mendapatkan pengaruh. Rangkap 8: Sesungguhnya semua perbuatan riak itu akan menjadi bala yang menyebabkan amalan tersebut ditolak oleh Allah Taala. Ada kalanya, perbuatan riak yang dibuat akan mendatangkan kemudaratan kepada diri serta dimurkai oleh Allah Taala.TEMA

        Perbuatan riak yang menjadi amalan sesetengah manusia.

PERSOALAN        Sikap berpura-pura atau tidak jujur seseorang itu dalam melakukan amal

ibadat kerana ingin menunjukkan kewarakannya kepada orang lain.        Pengabaian aspek kebersihan diri bagi orang alim yang riak dalam

melakukan amal ibadat.        Sikap mementingkan aspek keduniaan tetapi disembunyikan disebalik

amal ibadat.        Ketinggian ilmu yang disalahgunakan untuk memperdayakan

masyarakat.        Kepercayaan terhadap kewarakan seseorang yang ditonjolkan melalui

cara berpakaian.        Kemurkaan Allah terhadap semua perbuatan diak yang dlakukan oleh

manusia.

BENTUK DAN CIRI-CIRI SYAIR        Terdiri daripada 8 rangkap

        Mempunyai 4 baris serangkap        Semua baris dalam setiap rangkap adalah rangkap maksud        Terdiri daripada 3 hingga 5 patah kata sebaris        Mempunyai 8 hingga 14 suku kata sebaris        Rima akhir bagi puisi ini aaaa        Bentuk puisi ini terikat/tidak bebas

GAYA BAHASA DAN KEINDAHAN BUNYI

Page 6: DIRGAHAYU BAHASAKU

        Pemilihan kata (diksi) yang indah      Contoh: Terkadang bercakap ilmunya mantik;  Bicara alhayat konon diselidik

        Bahasa Arab:      Contoh: jazbah;kasad;wali

        Simile:      Contoh: Terkadang jazbah seperti gila

        Asonansi:      Contoh: Tasbih ditangan beruitan (pengulangan bunyi vokal i)

        Aliterasi      Contoh: Kemudian dinyatakan makna  (pengulangan bunyi konsonank)

NILAI        Kejujuran

      Contoh: Sifat jujur amat penting dalam setiap perbuatan agar tidak dimurkai oleh  Tuhan

        Kebersihan fizikal dan me      Contoh: Mementingkan aspek kembersihan diri walaupun sibuk berama  ibadat

        Kerajinan:      Contoh: Rajin dalam menyampaikan ceramah atau berucap di majlis  keraian

        Kesederhanaan      Contoh: Bersikap sederhana terutama dalam hal-hal yang berkaitan  keduniaan

        Bertanggungjawab:      Contoh: Bertanggungjawab menyampaikan dakwah secara telus tanpa ada niat yang bertentangan.

PENGAJARAN        Kita hendaklah bersikap jujur dalam melakukan sebrang perkara atau

tugas.        Kita mestilah mengutamakan kebersihan diri kerana kebersihan

sebahagian daripada iman        Kita hendaklah merendah diri dalam setiap amalan kerana sikap sebegini

merupakan sifat terpuji.        Kita haruslah bersama-sama memikul tanggungjawab menerokai ilmu

agama untuk kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat

Page 7: DIRGAHAYU BAHASAKU

ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU-PUISI TRADISIONAL- SYAIR PEMBERONTAKAN PATANI

1. Syair Pemberontakan PataniMohd Yusof Md Nor dan Abdul Rahman Kaeh (Penyelenggara)A.KOSA KATAi. bercinta = berat rasa hati untuk melakukan sesuatuii. bermara = berbahaya/menghadapi bahayaiii. cogan = panji-panji atau lambangiv. dera = pukulan dengan rotan/cemeti dll.v. dura = risau /susah hativi. masyghul = susah hati/murung/sedihvii. mudarat = bahayaviii. pegari = dapat dilihat/muncul/menjelmaix. peri = kata

B. TEMASemangat patriotik pepimpin

C.PERSOALANi. semangat cinta akan keamanan negara yang tinggi dalam diri seorang pemimpinii. sikap mengutamakan keselamatan negara melebihi kepentingan peribadiiii. taat akan perintah demi keselamatan negaraiv. kesanggupan berjuang semata-mata mempertahankan kedaulatan negara.

D. NILAIi. Semangat cinta akan negara/sayang akan negaraii. Ketaataniii. Keberanianiv. Keredaan/pasrah akan kehendak tuhan

E. PENGAJARANi. Hendaklah mempertahankan kedaulatan negara daripada serangan musuhii. Hendaklah mendahulukan kepentingan negara berbanding kepentingan diri dan

keluargaiii. Hendaklah ada perasaan sayang akan Negara dan berusaha

mempertahankannyaiv. Hendaklah banyak berserah dan memohon pertolongan daripada Allah SWT

apabila berada dalam kesusahan.v. Hendaklah menjunjung perintah ketua dengan rela hati demi keselamatan

negara.

Page 8: DIRGAHAYU BAHASAKU

F. MAKSUD SYAIRSECARA KESELURUHANNYA SYAIR INI MENYAMPAIKAN PESANAN TENTANG

I. KEPERLUAN SEORANG PEMIMPIN MENGUTAMAKAN KESELAMATAN NEGARA BERBANDING KESELAMATAN DAN KEPENTINGAN PERIBADI.

G. MAKSUD RANGKAP1. LAKSAMANA MENDAPAT PERINTAH DARIPADA BETARA AGAR SEGERA KE

NEGERI PATANI BAGI MENDAPATKAN PANJI ATAU LAMBANG KEBESARAN RAJA SENGGORA (MENYATAKAN TAAT SETIA KEPADA RAJA SENGGORA) YANG DIKATAKAN AKAN MENJATUHKAN HUKUMAN DAN SIKSAAN.

2. DI SANA NANTI LAKSAMANA DITITAHKAN AGAR MEMOHON MAAF DARIPADA RAJA SENGGORA DAN MERAYUM AGAR HUKUMAN TIDAK DIJATUHKAN KE ATAS PEGAWAI YANG DITAHAN.

3. SETELAH MENERIMA TITAH BETARA, LAKSAMANA TIDAK MAHU MENUNJUKKAN KERESAHANNYA KERANA KEAMANAN NEGERI PERLU DIPELIHARA.

4. KERANA PADA KETIKA ITU BONDA SAUDARANYA IAITU DULI MAHKOTA INDERA SEDANG MENGALAMI SAKIT YANG BAHAYA DAN NHATI LAKSAMANA TERASA AMAT BERAT UNUK MENINGGALKAN BONDANYA ITU.

5. SEGALA KEBIMBANGANNYA DIKETEPIKAN KERANA SITUASI NEGARA BERADA DALAM KEADAAN YANG MENCEMASKAN.

6. LAKSAMANA TIDAK DAPAT MEMBANTAH ARAHAN BETARA (SANG NATA ) WALAUPUN HATINYA AMAT BERAT UNTUK MELAKSANAKAN TUGAS TERSEBUT.. LAKSAMANA AKHIRNYA MENYERAHKAN SEGALA-GALANYA KEPADA ALLAH SWT.

7. LAKSAMANA TETAP MENJUNJUNG PERINTAH RAJA DEMI MEMASTIKAN RAJA TERUS DERDAULAT DAN BERKUASA DALAM NEGERI DAN NEGERI BERADA DALAM KEADAAN SENTOSA.

8. LAKSAMANA KE PATANI WALAUPUN HATINYA AMAT SEDIH DAN BERAT UNTUK MENINGGALKAN BONDA SAUDARANYA KERANA DIA YAKIN TIDAK DAPAT LAGI BERTEMU DENGAN BONDA SAUDARANYA.

9. TANGGUNGJAWAB MEMELIHARA KEDAULATAN NEGERI LEBIH UTAMA DARI MEMIKIRKAN TENTANG KESAKITAN YANG DITANGGUNG OLEH SEORANG SAHAJA. SELURUH NEGERI AKAN MUSNAH JIKA DISERANG MUSUH.

10. MAKA, PERINTAH BETARA (SERI BETARA) SEGERA DIJUNJUNG TANPA BERFIKIR PANJANG. LAKSAMANA SEGERA BERJALAN KE PATANI BAGI MENDAPATKAN PERLINDUNGAN RAJA SENGGORA.

Page 9: DIRGAHAYU BAHASAKU

H.SOALAN PEMAHAMANa. Berikan maksud rangakai-rangkai kata di bawah.

 Mendapat cogan Raja Senggora Diputuslah hati yang bercinta Bimbang dan masyghul disuruh kerat Laksamana tiada berani dura

i. Pada pendapat anda mengapakah kita mesti mengutamakan negara berbanding keperluan peribadi?

ii. Pada pendapat anda, mengapakah Laksamana perlu mendapatkan cogan Raja Senggora?

iii. Huraikan tiga pengajaran daripada syair di atas.

GURINDAM TONGAK DUA BELASTema:Pembinaan jati diri manusia yang baik dan berguna kepada bangsa dan negara.

Persoalan;1. Sifat-sifat murni yang perlu dimilki oleh setiap rakyat demi kesejahteraan

negara2. Stail kepimpinan yang mampu mempengaruhi gaya kerja rakyat.3. Tanggungjawab dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.4. Ketinggian peribadi sangat penting semasa melaksanakn tugas.5. Kepentingan pengurusan masa yang cekap semasa bekerja.6. Keperluan budaya kreatif untuk mengembangkan bakat dan potensi bekerja.

Nilai1. Menghargai masa2. Ketekunan dan kegigihan3. Kesederhanaan4. Kebijaksanaan5. Berhemah tinggi6. Amanah/kejujuran7. Baik hati8. Bertimbang rasa9. Bersimpati10. Ketegasan11. Kebijaksaan12. Kesabaran

1. PENGAJARAN

Page 10: DIRGAHAYU BAHASAKU

1. Kita hendaklah mengghargai masa2. Jangan bertangguh melaksanakan kerja3. Kita hendaklah tekun dan gigih bekerja4. Kita perlu ada perasaan suka bekerja agar sentiasa ceria di temapat kerja5. Hendaklah mengamalkan kesedehanaan dalam hiudp6. Hendaklah bijak membuat keputusan7. Sentiasa ada perasaan baik hati, bertimbang rasa8. Kita hendaklah menunjukkan contoh yang baik semasa bekerja9. Kita hendaklah sabar dan sentiasa bertenang apabila berhadapan dengan

masalah.10. Jangan menyembunyikan bakat dan kebolehan yang ada11. Kita hendaklah berani menonjolkan kebolehan diri.12. Kita perlu kreatif agar kebolehan terserlah kebolehan diri.13. Kita hendaklah berhemat apabila berbelanja agar tidak berlaku pembaziran.

Soalan;Nyata nilai-nilai murni yang terdapat dalam gurindam di atas.Pada pendapat anda, mengapakah pemimpin perlu menunjukkan contoh yang baik semasa bekerja?Huraikan tiga pengajaran yang terdapat dalam gurindam di atas.Berikan maksud

a. Rangkap 1b. Rangkap 2c. Rangkap 5

Page 11: DIRGAHAYU BAHASAKU

SELOKA SI LUNCAI

Secara keseluruhannya Seloka Si Luncai mengajak pembaca berfikir tentang situasi yang berlaku dalam masyarakat kini. Secara halus masyarakat dikritik melalui watak Si Luncai.

TINDAKAN YANG TERBURU-BURU AKAN MEMBAWA KERUGIAN KEPADA DIRI DAN MASYARAKAT SERTA NEGARA

Si Luncai digambarkan sebagai ;

1. Bijak menggunakan akal apabila bertindak

TETAPI

2. Bersikap sambalewa

3. Pemalas

4. Suka berfoya-foya

5. Tidak bertanggungjawab

Namun begitu, sifat masyarakat di sekeliling Si Luncai juga dikritik secara halus iaitu;

1. Individualistik

2. Hilang sifat kejiranan

3. Hanya menurut kata tanpa berfikir panjang

4. Hanya pandai mengkritik kelemahan orang lain tanpa melihat kelemahan sendiri

Tema;

Kewarasan akal dalam tindakan

Persoalan;

Page 12: DIRGAHAYU BAHASAKU

1. Kebijaksanaan menggunakan akal dalam setiap tindakan yang dilakukan.

2. Sikap individualistik dalam masyarakat

3. Sikap tidak mahu ambil peduli tentang hal orang lain.

4. Sikap bodoh sombong masyarakat yang tidak boleh ditegur

5. Amalan sambil lewa yang berakar umbi dalam masyarakat

6. Perasaan sensitif/peka yang kian hilang dalam masyarakat

7. Semangat kejiranan yang semakin pupus dalam tradisi masyarakat

8. Sifat negatif masyarakat yang suka melihat kelemahan orang lain

9. Sikap masyarakat yang hanya mengikut kata tanpa berfikir akan kesan yang akan diterima/tidak menggunakan akal dalam tindakan

Nilai

1. Kebijaksanaan

Pengajaran

1. Kita hendaklah menggunakan akal yang waras apabila melakukan sesuatu tindakan

2. Kita hendaklah berfikir panjang sebelum berbuat sesuatu perkara

3. Jangan hanya tahu mengkritik kelemahan orang lain tanpa melihat kelemahan sendiri.

4. Kita jangan terburu-buru dalam semua tindakan agar tidak membawa kerugian/kemudaratan kepada diri dan masyarakat.

5. Kita hendaklah menggunakan kebijaksanaan dengan berhemah untuk mengatasi masalah

6. Kita hendaklah menggunakan segala kelebihan yang dikurniakan tuhan dengan penuh bijaksana

Page 13: DIRGAHAYU BAHASAKU

Latar Masyarakat

1. Masyarakat individualistik

2. Masyarakat yang suka berfoya-foya

3. Masyarakat bodoh sombong

MAKSUD SELOKA

i. SIKAP SI LUNCAI YANG SAMBALEWA /ACUH TAK

ACUH

ii. TIDAK MEMPEDULI KEHARMONIAN

KELUARGANYA

iii. TIDAK MEMBERI PENDIDIKAN KEPADA ANAK-

ANAK

iv. MALAS BEKERJA WALAUPUN ADA TERNAKAN

DAN KEBUN UNTUK DIUSAHAKAN

v. MALAS MENGGUNAKAN KECERDIKAN UNTUK

MEMAJUKAN DIRI

vi. MALAS BELAJAR/MENAMBAH ILMU

vii. MALAS BERUSAHA WALAUPUN ADA KEKUATAN

FIZIKAL

viii. MALAS MENGUNAKAN KELEBIHAN

DIRI/KEKUATAN DIRI

ix. SIKAP MASYARAKAT YANG LEBIH GEMAR

Page 14: DIRGAHAYU BAHASAKU

MELIHAT KEKURANGAN ORANG LAIN

DARIPADA MEMBERI TEGURAN MEMBINA.

SOALAN PEMAHAMAN

i. Nyatakan sifat-sifat Si Luncai berdasarkan seloka di atas.

ii. Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu bersungguh-sungguh semasa menuntut ilmu?

iii. Pada pendapat anda, apakah akibat yang menimpa jika kita sering bersikap sambalewa berbuat sesuatu?

iv. Pada pendapat anda , mengapakah kita perlu menegur perilaku yang tidak baik dalam masyarakat?

v. Huraikan tiga persoalan yang terdapat dalam seloka di atas.

vi. Huraikan tiga iktibar yang diperoleh dari seloka di atas.

Antologi Dirgahayu Bahasaku 2011 - Sajak Tingkatan 5

Page 15: DIRGAHAYU BAHASAKU

Para pelajar Tingkatan 5 yang akan menghadapi peperiksaan SPM pada tahun hadapan akan mengkaji teks Komponen Sastera yang baharu iaituDirgahayu Bahasaku. Teks ini diberikan judul sedemikian, kerana mengambil sempena sebuah sajak yang terdapat dalam teks ini iaitu Dirgahayu Bahasaku, karya Ahmad Sarju. Saya akan membincangkan aspek yang akan dikaji dalam sajak tersebut di bawah ini.

Sajak Dirgahayu Bahasaku – Ahmad Sarju

Maksud Rangkap 1Bahasa kebangsaan sepatutnya diangkat martabatnya kerana menjadi hati dan nurani bangsa Malaysia yang berbudi, setia dan amanah kepada negara.

Rangkap 2 Bahasa kebangsaan merupakan maruah bangsa yang mesti dipelihara martabatnya supaya utuh dan kukuh dalam menempuh dunia yang semakin canggih serta berperanan untuk menjadi alat untuk menyatukan bangsa.

Rangkap 3Para pejuang bahasa telah berjuang untuk mempertahankan bahasa kebangsaan supaya kekal menjadi milik rakyat negara ini dan sentiasa akan mendaulatkannya dalam era globalisasi ini.

Rangkap 4 Sejarah telah membuktikan bahawa bahasa kebangsaan telah berjaya menjadi bahasa perantaraan dalam bidang diplomatik di peringkat antarabangsa.

Rangkap 5Diharapkan agar bahasa kebangsaan akan terus berkembang di peringkat antarabangsa iaitu digunakan sebagai bahasa ilmu dan menjadi bahasa yang melambangkan kesopanan bangsa Melayu. Bahasa kebangsaan akan terus digunakan sebagai bahasa perpaduan dan berupaya untuk menghadapi rintangan dan mencaipta kejayaan dalam alaf baru ini.

TemaBahasa kebangsaan perlu dipelihara dan dimartabatkan darjatnya.

Persoalan1. Sayang akan bahasa kebangsaan2. menghargai sumbangan bahasa kebangsaan3. hormat akan bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu4. keyakinan dan optimis akan masa depan bahasa kebangsaan

Gaya Bahasa1. Sinkof – tempatmu, bangsaku, memilikimu, pelautku, bahasaku, mendaulatkanmu, bahasamu, tak

Page 16: DIRGAHAYU BAHASAKU

2. Metafora – lautan bijaksana3. Personifikasi – Sejarah bangsa mencatatkan kegemilangan- bahasaku mencengkam4. Inversi – gagah pelautku membelah lautan - di arena antarabangsa suaramu tumbuh5. Anafora – hak bangsaku memilikimu                    hak bangsaku mendaulatkanmu6. Pengulangan – ke barat dan ke timur                           ke utara dan ke selatan

Nilai 1. Semangat patriotik2. Hormat-menghormati 3. Semangat perpaduan4. Yakin diri 

Pengajaran1. Kita hendaklah menyayangi bahasa kebangsaan kita sendiri.2. Setiap rakyat negara ini haruslah memartabatkan bahasa kebangsaan.3. Kita mestilah yakin akan kemampuan bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu.4. Kita perlulah menggunakan bahasa kebangsaan untuk memupuk perpaduan kaum.

Page 17: DIRGAHAYU BAHASAKU

ULASAN SAJAK: KECEK (v)a. Rangkap 1: Seorang pengarah telah membuka akaun semasanya di sebuah bank terkemuka. Namun begitu, dia telah pecah amanah kerana menyelewengkan hak milik orang lain untuk kepentingan diri.

b.  Rangkap 2: Seorang petani di kampung hidup dalam kemiskinan dan kedaifan untuk membesarkan 12 orang anaknya. Namun begitu, petani tersebut tidak pernah mengharapkan belas ikhsan daripada orang lain meringankan beban yang dipikulnya sekian lama.

c. Rangkap 3: Seorang nelayan mencari rezeki di laut yang luas terbentang yang saban hari bergantung kepada nasib dan keadaan cuaca di laut. Namun begitu, nelayan itu tidak pernah meminta simpati daripada orang lain kerana keadaan cuaca di laut telah sebati dengan jiwanya.

d. Rangkap 4: Tuhan sentiasa berpegang pada janji-Nya. Setiap inci perbuatan baik atau jahat dilakukan    oleh manusia akan dicatat dan dihitung untuk diadili di akhirat kelak.

TEMA 

Pertentangan sikap antara orang kaya yang tidak amanah dengan orang miskin yang jujur.

PERSOALAN 

1. Sikap orang kaya yang menyusahkan orang lain2. Kegigihan petani yang berusaha untuk mencari rezeki3. Ketabahan nelayan yang mencari rezeki untuk menanggung keluarga4. Hari pembalasan pasti akan dihadapi oleh setiap orang GAYA BAHASA

1. Metafora – akaun kemiskinannya- pagar sengsara- akaun sengsaranya- ruang kedaifan- rahang laut- pusaran nasib- rumah keadilan 2. Pengulangan – tetapi, ke dalam, di, ke dalam 3. Asonansi – yang telah lama pecah 4. Aliterasi - dia mencantum kemiskinan

NADASinisNILAI 1. Kejujuran; contohnya petani dan nelayan jujur dalam melakukan sebarang perbuatan2. Kegigihan; contohnya, nelayan gigih mencari rezeki di laut luas untuk mencari sesuap nasi.3. Ketabahan; contohnya, petani tabah membesarkan dua belas orang anaknya walaupun bergelumang dengan kemiskinan.4. Keadilan; contoh, Allah amat adil dalam menilai setiap perbuatan baik dan buruk yang dilakukan oleh manusia.

PENGAJARAN

Page 18: DIRGAHAYU BAHASAKU

1. Kita hendaklah mencari harta kekayaan dengan cara yang halal.2. Kita haruslah gigih berusaha untuk mencari rezeki untuk keluarga.3. Kita mestilah percaya akan balasan Tuhan kepada orang yang tidak amanah.4. Kita tidak patut mengambil kesempatan daripada kesenangan orang lain untuk memperoleh kekayaan.

Sajak Tingkatan 5 - Bangkitlah – Rejab F.I

Maksud

Rangkap 1Anak-anak muda hendaklah bangun daripada tidur kerana hari sudah lama siang.

Rangkap 2 Burung-burung sudah berterbangan di udara pada pagi yang indah ini dengan kehijauan pepohon yang menyegarkan mata memandangnya, tetapi penyajak tidak pasti sama ada anak-anak muda masih belum bangun.

Rangkap 3Penyajak menyeru anak-anak muda agar bangun dan usahakan tanah yang subur dan galilah hasil yang ada di bumi yang kaya dengan pelbagai hasil agar tidak menyesal kemudian hari.

Rangkap 4 Penyajak bertanya kepada anak-anak muda tentang nasib mereka pada hari esok, sama ada mereka akan dapat makan untuk meneruskan hidup atau menyesali kesilapan mereka sebelum ini.

Rangkap 5Oleh itu, penyajak menyeru anak-anak muda agar bangun daripada tidur dan berusahalah untuk mencari rezeki kerana hari masih siang dan masih belum terlambat lagi untuk berusaha.

TemaSeruan kepada rakyat agar berusaha untuk mencari rezeki dan tidak mengabaikan peluang yang ada.

Page 19: DIRGAHAYU BAHASAKU

Persoalan1. Usaha yang gigih untuk mencari rezeki.2. Kerajinan untuk melakukan sesuatu untuk mendapat hasilnya.3. Penyesalan pada suatu masa nanti tiada gunanya lagi.4. Gunakan kesempatan dan peluang yang ada untuk kesenangan hidup

Gaya Bahasa1. Metafora – madu bumi, perut belantara2. Sinkof – kaumakan, kau mahu, kau masih3. Pengulangan - bangkitlah4. Kata ganda – burung-burung, anak-anak, pepohon5. Asonansi – Lihat jernihnya pagi ini 6. Aliterasi – tanah atau batu atau debu

Nilai 1. Kerajinan2. Kegigihan3. Menghargai masa

Pengajaran1. Kita hendaklah rajin berusaha untuk mencari kesenangan di negara yang kaya dengan pelbagai sumbernya ini.2. Kita perlulah menggunakan peluang dan sumber yang ada untuk mencari rezeki.3. Kita haruslah berusaha sebelum terlambat agar tidak menyesal pada suatu hari nanti.4. Rebutlah peluang yang ada untuk mencari kesenangan hidup.

Page 20: DIRGAHAYU BAHASAKU

ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU- PROSA TRADISONAL- HIKAYAT LANGLANG BUANAHikayat Langlang Buana

Sebahagian ringkasan daripada goesprih.blogspot.com

Raja Indera Bumaya ialah seorang raja keturunan manusia. Raja Indera Buyama terlihat gambar Kesuma Dewi dalam mimpinya lalu berusaha mencari Kesuma Dewi. Semasa mencari Kesuma Dewi Raja Indera Bumaya bertemu dengan seorang puteri peri bernama Cendera Lela Nur lela. Tetapi pertemuan tersebut menimbulkan salah sangka kepada Johan Syah Peri tunangan Cendera Lela Nur Lela lalu mereka berperang. Tetapi, akhirnya mereka menjadi sahabat. Raja Indera Bumaya pun berangkat mencari jalan untuk ke kayangan.

Johan Syah Peri berpesan agar mengingat dan menyeru namanya jika mahukan pertolongan walaupun di mana-mana Raja Indera Bumaya berada.

Raja Indera Bumaya berjalan ke arah matahari jatuh berdasarkan panduan yang diberi oleh Johan Syahperi. Dalam perjalanan Raja Indera Bumaya melihat kekayaan Allah SWT yang cantik-cantik. Akhirnya Raja Indera Bumaya bertemu dengan sebuah padang yang sangat luas dan terdapat sebuah tasik yang sangat luas seperti laut.

Raja Indera Bumaya berjalan menuju ke arah tasik tersebut. Kelihatan tasik berombak-ombak. Pokok-pokok bunga dan buah-buahan dan ikan-ikan di dalam tasik menyambut kedatangan Raja Indera Bumaya dengan berpantun.

Raja Indera Bumaya bermain-main di tepi tasik lalu tertidur di bawah sepohon kayu beringin di atas batu hampar. Pada ketika itu peri iaitu penunggu tasik datang menghampiri Raja Indera Bumaya.

Tasik itu sebenarnya, dimiliki oleh seorang lagi peri bernama Raja Baharum Dewa yang memiliki kerajaan yang sangat besar . Raja Baharum Dewa mempunyai seorang anak perempuan yang sangat cantik yang tidak dibenarkan oleh Raja Baharum Dewa berkahwin dengan bangsa jin, mambang dan dewa-dewa. Nama puterinya Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi berusia 14 tahun.

Peri bertanya tentang asal usul Raja Indera Bumaya lalu diceritakan oleh Raja Indera Bumaya bahawa dia berasal dari negeri Lela Gambar dan anak kepada Maharaja Indera Kuci. Raja Indera Bumaya dijemput tinggal di rumah peri . Baginda dibawa oleh peri itu ke rumahnya. Setelah sampai, Raja Indera Bumaya dijamu makan dan minum.

Di rumah nenek terdapat sebuah taman lantas Raja Indera Bumaya bertanya tentang taman tersebut setelah selesai makan dan minum. Peri memaklumkan taman tersebut ialah taman anak kepada Raja Baharum Dewa yang sangat cantik bernama Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi. Raja Indera Bumaya teruja untuk melihat tuan puteri tersebut.

Peri memberitahu Raja Indera Bumaya bahawa Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi akan ke taman

Page 21: DIRGAHAYU BAHASAKU

tersebut untuk mandi tiga hari lagi.

KISAH DALAM ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU BERMULA DARI SINI

Isu penting dalam kisah Raja Indera Buyama ini ialah kebijaksanaan menggunakan akal fikiran untuk mencapai hajat dan cita-cita.

Kebijaksanaan merupakan elemen penting untuk mencapai kejayaan.

Dalam setiap kehidupan, manusia tidak dapat mengelakkan diri daripada mendapat pertolongan orang lain untuk mencapai kejayaan.

SINOPSIS

KISAH DI MAHLIGAI TUAN PUTERI MANDU RATNA DEWI

Inangda kepada Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi memberitahu baginda bahawa ia bermimpi langit berpayung bulan dipagar bintang lantas dijawab oleh Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi bahawa dia juga bermimpi diselimut oleh karangan bunga. Baunya pula belum hilang dan masih lekat di tubuhnya. Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi menyampaikan hasratnya untuk memiliki bunga tersebut.

Dayang-dayang baginda memberitahu Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi bahawa baginda akan bersuami. Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi mengajak inangda ke taman untuk mandi. Segala kelengkapan mandi seperti bedak dan langir disediakan oleh dayang-dayang perwara.

Setelah pagi, Tuan Puteri Ratna Mandu Dewi dan dayang-dayang turun ke taman di rumah peri.

KISAH DI RUMAH PERI

Kedatangan Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi dimaklumkan oleh peri kepada Raja Indera Buyama . Raja Indera Buyama diminta menyembunyikan diri.

Sebaik sahaja Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi sampai ke taman , baginda terus bertanya kepada peri tentang keadaan rumah peri yang kelihatan seperti ada didatangi tetamu. Tetapi peri memberitahu bahawa tikar bantal yang kelihatan seperti telah digunakan itu digunakan oleh peri sendiri pada waktu malam.

Seterusnya Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi berbedak dan berlangir tetapi tidak menyedari diperhatikan oleh Raja Indera Buyama.

Ketika Tuan Puteri Indera Buyama turun mandi di kolam, Raja Buyama turun ke tepi kolam dan berselindung di belakang pokok kemunting. Rja Indera Buyama terus menukar dirinya menjadi seekor burung bayan yang terlalu cantik;i. Mata daripada intanii. Bulu pusparagam ( pelbagai warna )iii. Kaki daripada emas

Page 22: DIRGAHAYU BAHASAKU

iv. Suara sangat merdu.

Burung bayan hinggap di pohon kemunting dan mengeluarkan suara yang sangat merdu dan didengari oleh Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi lalu terpandang burung bayan di atas pokok kemunting. Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi memerintah dayang-dayangnya menangkap burung bayan tersebut tetapi gagal lantas Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi disarankan untuk menangkap sendiri burung bayan tersebut.

Sebaik sahaja Tuan Putri Mandu Ratna Dewi naik dari kolam; burung bayan terus hinggap di tangannya.Burung bayan dibawa pulang ke rumah peri . Peri bertanya tentang burung bayan tersebut dan Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi memberitahu burung bayan diambil dari pokok kemunting.

Burung bayan terbang dari tangan Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi lalu berpantun lantas ditanya oleh Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi tentang asal usulnya.

Burung bayan memberitahu dia berasal dari negeri LELA GAMBAR iaitu sebuah daerah di sebelah matahari naik.

Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi bertanya tentang negeri LELA GAMBAR dan diberitahu oleh bayan bahawa neberi LELA GAMBAR sangat besar dan rajanya mempunyai seorang anak lelaki bernama Raja Indera Buyama yang sangat berbudi bahasa dan bijaksana serta sangat tampan. Bayan memberitahu Raja Indera Buyama ialah tuannya.

Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi meminta bayan menceritakan kisah Raja Indera Buyama lantas bayan menceritakan kisah Raja Indera Buyaman dengan Tuan Puteri Candera Lela Nurlela. Kisah peperangannya dengan Raja Johan Syahperi dan perkahwinan Tuan Puteri Candera Lela Nurlela dengan Raja Johan Syahperi.

Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi ingin mengetahui sama ada Raja Indera Buyama akan sampai ke tempat peri. Bayan berasa yakin Raja Indera Buyama akan sampai ke situ.

KISAH DI MAHLIGAI TUAN PUTERI MANDU RATNA DEWI

Bayan dibawa pulang ke mahligai Tuan Puteri mandu Ratna Dewi dan dikurung di dalam sangkar yang dibuat daripadai. Emas sepuluh mutuii. Bertatah ratu mutu manikam berumbai-umbai seperti mutiara

Pada waktu malam burung bayan keluar dari sangkar lalu menghadap Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi. Sebaik sahaja bayan berada di hadapannya, bayan ditanya tentang kedatangan tuannya Raja Indera Buyama.

Bayan memaklumkan bahawa Rja Indera Buyama akan datang pada masa itu juga. Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi amat gembira kerana baginda terlalu ingin melihat Raja Indera Buyama.

Selepas berkata-kata, bayan menukar rupanya menjadi burung nuri lantas berpantun. Sebaik sahaja mendengar pantun tersebut, Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi berasa Raja Indera Buyama seorang raja yang bijak lalu bertanya tentang kedatangan Raja Indera Byuama sekali lagi.

Page 23: DIRGAHAYU BAHASAKU

Nuri terus meyakinkan Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi bahawa Raja Indera Buyama sudah hampir tiba. Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi tidak sabar-sabar untuk melihat wajah Raja Indera Buyama lalu meminta nuri menunjukkkan rupa Raja Indera Buyama. Setelah menunjukkan wajah Raja Indera Buyama dengan sayapnya , nuri bertukar menjadi sekuntum bunga. Melihat keadaan tersebut Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi terus mengambil bunga tersebut lalu diciumnya. Ketika itu nuri bertukar menjadi seorang pemuda yang sangat tampan.

Sekali lagi,Tuan Puteri Mandu Ratna mengakui kebijaksanaan Raja Indera Buyama apabila melihat keajaiban nuri menukar diri menjadi seorang lelaki yang sangat tampan. Pada masa itu juga, Raja Indera Buyama kembali menukar dirinya yang asli. Melihat kehadiran Raja Indera Buyama di hadapannya, Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi berasa malu dan mahu melarikan diri. Akan tetapi ditahan oleh Raja Indera Buyama

Dayang-dayang juga mengakui kebijaksanaan Raja Indera Buyama setelah melihat kejadian-kejadian tersebut.

Raja Indera Buyama dijemput bersantap bersama-sama Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi dan bersuka ria bersama-sama dayang-dayang inang pengasuh sehingga riuh rendah bunyinya.

SEBENARNYA, mahligai Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi sebenarnya dikawal siang dan malam olehi. Empat orang menteriii. Empat orang hulubalang memegang senjata dan berbaju rantai

Bunyi riuh rendah didengari oleh oleh hulubalang lalu diadukan kepada empat orang menteriSetelah itu menteri keempat mengadu hal tersebut kepada Raja Bahrum Dewa melalui biduanda.

Aduan biduanda menimbulkan kemarahan Raja Bahrum Dewa lalu memerintah empat puluh hulubalang dan segala rakyat mengepung Raja Indera Buyama yang berada di dalam mahligai Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi pada waktu malam itu.

Melihat mahligai dikepung Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi dan dayang-dayang berasa cemas kerana tahu ayahandanya Raja Bahrum Dewa sangat marah. Raja Indera Buyama memujuk Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi agar tidak meninggalkannya. Pada masa yang sama, semakin ramai orang yang mengepung mahligai sehingga mencemaskan inangda.

Apabila hari hari hampir siang Raja Indera Buyama mencita gemala pemberian Raja Johan Shahperi lalu menjelmalah empat orang yang lengkap bersenjata lalu diperintahnya untuk berperang dengan Raja Baharum Dewa tetapi tidak dibenarkan membunuh sesiapa. Banyaklah rakyat Raja Bahrum Dewa yang tewas dan tertangkap oleh orang suruhan Raja Indera Buyama. Ada yang melarikan diri kerana tidak sanggup ditangkap oleh empat orang suruhan Raja Indera Buyama tersebut.

Hal tersebut dimaklumkan kepada Raja Baharum Dewa iaitu;i. 200 orang hulubalang melarikan diriii. 20 orang hulubalang tertangkapiii. Seorang orang suruhan Rja Indera Buyama boleh mengalahkan beribu-ribu hulubalang Raja Baharum Dewa.

Apabila mendengar perkara tersebut Raja Bahrum Dewa berasa marah lantas memerintah

Page 24: DIRGAHAYU BAHASAKU

segala rakyat berkampung sekali lagi untuk menangkap Raja Indera Buyama.

Melihat keadaan mahligai yang dikepung sekali lagi, Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi berasa amat takut kerana mengetahui ayahandanya Raja Baharum Dewa sangat marah. Tetapi dipujuk oleh Raja Indera Buyama . Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi terus menyatakan cintanya terhadap Raja Indera Buyama. Mendengar pengakuan Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi, Raja Indera Buyama terus mencita gemala hikmat pemberian Raja Johan Shahperi lalu keluar empat ribu jin dari gemala hikmat tersebut.

Raja Indera Buyama lantas memerintah empat ribu jin tersebut berperang dengan rakyat Raja Baharum Dewa.

Peperangan yang besar terjadi sehingga banyak darah tumpah ke bumi dan tasik indera bergegar kerana peperangan tersebut.

LATIHAN KENDIRI

i. Berikan maksuda) Bulan dipagar bintangb) Bulu itu daripada pusparagam

c) Buah pala buah rumbia,Santapan puteri dinihari;Sungguhpun jauh tanah manusia,Segeralah kami mendapatkan dia.

ii. Sekiranya anda Raja Baharum Dewa, jelaskan tindakan yang akan anda ambil setelah mendengar aduan daripada biduanda.

iii. Pada pendapat anda mengapakah bayan menceritakan kisah Raja Indera Buyama kepada Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi?

iv. Jelaskan tindakan yang lebih rasioanal yang perlu dilakukan oleh Raja Indera Buyama setelah mahligai Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi dikepung oleh hulubalang Raja Baharum Dewa.

Page 25: DIRGAHAYU BAHASAKU

ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU TINGKATAN LIMA- PROSA TRADISIONAL-HIKAYAT RAJA SIAK

HIKAYAT SIAK

Hikayat Siak merupakan karya sastera sejarah. Banyak fakta tentang kesultanan Melayu terkandung dalam hikayat ini. Hikayat bermaksud cerita, maka Hikayat Siak ialah cerita/sejarah tentang Siak

Cari lokasi-lokasi yang terdapat dalam Hikayat Siak

MELALUI LAMAN WEB GOOGLES MAPS

http://maps.google.com/

1. SIAK

2. MENGKALIS (BENGKALIS)

3. BUKIT BATU

4. RAWAS

5. PALEMBANG

6. PAGARUYUNG

7. MELAKA

8. JOHOR LAMA, KOTA TINGGI, MALAYSIA

9. RIAU

10. BATU BAHARA

11. TANAH PUTIH

12. KUBU

Page 26: DIRGAHAYU BAHASAKU

Tandakan lokasi-lokasi tersebut di atas peta di bawah

Berdasarkan teks KOMSAS Antologi Dirgahayu Bahasaku   menceritakan Siak sebagai tempat Raja Kecil membina kekuatan ketenteraan untuk menyerang Johor

RINGKASAN LATAR CERITA YANG ADA KAITAN DENGAN RAJA KECIL

(Rujukan paling hampir dengan kisah ini ialah Asal usul Raja Kecil dalam teks KomsasAntologi Kerusi yang digunakan sehingga 2010 )

Cerita dalam Hikayat Siak menceritakan kisah Raja Kecil yang semasa kecil dipanggil Tuan Bujang. Raja Kecil merupakan anak Sultan Mahmud yang memerintah Johor Lama . Sultan Mahmud lebih dikenali sebagai Raja Mangkat Dijulang ( Marhum Mangkat Dijulang ). Makam baginda masih ada di kampung Makam Kota Tinggi dan diwartakan sebagai lokasi sejarah negeri Johor.

Sultan Mahmud dipercayai merupakan raja dari keturunan Sultan Mahmud dari Kesultanan Melayu Melaka yang tewas diserang Portugis. Sultan Mahmud dari Kesultanan Melayu Melaka telah melarikan diri ke Kampar , Sumatera dan berkahwin dengan seorang anak raja di sana.

Baginda dikurniakan dua orang anak lelaki . Seorang anaknya berhijrah ke Perak membuka kerajaan di sana dan seorang lagi berhijrah ke Johor Lama (Kota Tinggi) Johor dan membina sebuah negara di panggil Kerajaan Johor.

Pemerintahan Johor dari keturunan Kesultanan Melayu Melaka, sampai kepada Marhum Mangkat Dijulang. Baginda berkahwin dengan orang kebanyakan iaitu Encik Pung.Ketika baginda mangkat kerana dibunuh oleh Laksamananya sendiri, Pada ketika itu, Encik Pung sedang mengandungkan Tuan Bujang (Raja Keci). Sultan Mahmud Mangkat Dijulang tidak mempunyai anak dengan permaisurinya ,( tiada anak gahara)

Page 27: DIRGAHAYU BAHASAKU

Setelah Marhum Mangkat Dijulang mangkat, Encik Pung berjanji tidak akan menuntut tahta kerajaan Johor daripada Bendahara yang diberi kuasa memerintah kerana Marhum Mangkat Dijulang tiada zuriat daripada anak gahara.

Setelah melahirkan Raja Kecil , Bendahara amat khuatir Encik Pung akan menuntut tahta. Menyedari keselamatan Raja Kecil dalam bahaya, Encik Pung menyerahkan Raja Kecil kepada Temenggung Muar. Akan tetapi ketika Raja Kecil berusia 6 tahun, beliau dibawa berjumpa ibunya tetapi kedatangannya dapat dikesan oleh Bendahara.Menyedari keselamatannya terancam, Raja Kecil dibawa lari oleh Raja Negara Selatmelalui pertolongan Nakhoda ke Palembang dan akhirnya dibawa ke Pagaruyung bertemu kaum keluarganya dan dipelihara oleh Puteri Jilan iaitu keluarga Raja Kecil yangberpangkat nenek kepada Raja Kecil. Baginda dibesarkan dengan nama Tuan Bujang.

********************************************************************

TEKS DALAM ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU menceritakan

i. pernobatan dan permahsyuran Tuan Bujang sebagai Yang Dipertuan Raja Kecil waris Kesultanan Johor dari keturunan Sultan Mahmud Mangkat Dijulang

ii. Perintah taat setia kepada semua orang Minangkabau oleh Tuan Puteri Jilan.

iii. Taat setia rakyat Minangkabau kepada Raja Kecil

iv. Perjuangan untuk menuntut hak ke atas kerajaan Johor yang ditadbir oleh keturunan Bendahara.

v. Raja Kecil menjadi Sultan Johor dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Syah, Yang Dipertuan Besar.

HIKAYAT SIAK

Tuan Bujang (Raja Kecil) Dinobatkan

PERISTIWA PENTING IALAH PENOBATAN TUAN BUJANG SEBAGAI WARIS RAJA BAGI ORANG MINANGKABAU

KETURUNAN MARHUM MANGKAT DIJULANG

1. Tuan Bujang ,memohon kebenaran daripada Sultan Palembang untuk mudik ( ke kawasan hulu/pedalaman) iaitu ke Rawas. Sultan Palembang membenarkan Tuan Bujang mudik ke Rawas dan di sana Tuan Bujang berkahwin dengan anak Dipati Batu Kucing dan memiliki seorang anak lelaki bernama Raja Alam.

2. Tuan Bujang kemudian pergi ke Jambi untuk bertemu dengan Sultan Maharaja di Batu. Di Jambi Raja Kecil berperang dengan Sultan Maharaja merebut kebesaran dengan sultan di Kedah tetapi kalah.

Page 28: DIRGAHAYU BAHASAKU

3. Tuan Bujang pulang ke Minangkabau lalu terus ke Pagaruyung. Tuan Bujang menghadap Puteri Jilan. Raja Kecil memberitahu Tuan Puteri Jilan bahawa baginda meninggalkan Pagaruyung kerana melawat negeri orang. Seterusnya ,Puteri Jilan mencadangkan Tuan Bujang pergi belayar dan ke Siak. Seterusnya meminta Tuan Bujang mengambil semula kerajaan Johor dan menuntut semula kematian ayahandanya.

4. Tuan Bujang dinobatkan oleh Yamtuan Sakti bapa saudaranya.... Semasa penobatan tersebut Yamtuan Sakti telah menguji kesahihan Tuan Bujang sebagai pewaris Minangkabau lantas Tuan Bujang dinobatkan bersama-sama anak lelakinya.

5. Semasa dinobat, mahkota diletakkan di atas kepala Tuan Bujang dan Puteri Jilan membaca salasilah keturunan Tuan Bujang dan wajah Tuan Bujang sangat berseri-seri umpama bunga raya kembang pada waktu pagi. Melihat akan kehebatan tersebut segala pegawai, Menteri Yang Empat, Bendahara di Sungai Tarab, Makhdum di Sumanik, Enduma di Suroso

 sujud menyembah Tuan Bujang dan mengaku bahawa Tuan Bujang ialah seorang raja besar di Tanah Melayu.

 Mereka bermohon agar Tuan Bujang kekal dan tenteram menjadi raja di Tanah Melayu. Tuan Bujang digelar Yang Dipertuan Raja Kecil.

6. Seterusnya mahkota diletakkan oleh Yamtuan Sakti di atas kepala anakandanya tetapi senget lantas Yamtuan Sakti mengatakan anaknya tewas dengan kelebihan yang ada pada Raja Kecil lalu diberi nama Raja Beralah.

7. Suatu hari, Puteri Jilan dan Yang Diipertuan Sakti menunjukkan pedang kerajaan yang berasal dari Minangkabau yang dipersembahkan oleh Raja Kuantan kepada Raja Kecil . Pedang tersebut bernama Sepurejab. Puteri Jilan menyerahkan

 Pedang Sepurejab

 Sepah ( sejenis batu permata yang terdapat gambar akar atau kayu di

dalam batu permata tersebut )

 Lima depa rambut Puteri Jilan

 Dua butir kupang-kupang dan

 Sebuah cop mohor.

8. Puteri Jilan memaklumkan bahawa Raja Kecil akan turun ke laut maka Puteri Jilan memerintah;

 Semua anak Minangkabau di laut

Page 29: DIRGAHAYU BAHASAKU

 Semua anak Minangkabau di sekeliling Pulau Perca

 mesti bersama-sama Raja Kecil menebus aib yang ditanggung oleh anaknya dan orang Minangkabau .

9. JIKA ada orang Minangkabau tidak mahu menyertai pasukan Raja Kecil mereka akan terkena sumpah kerana mengingkari perintah.

10. Akan tetapi, jika orang Minangkabau tidak dapat menyertai pasukan Raja Kecil maka mereka mesti memberi

 Dua puluh rial

 Selaras setinggar ( sejenis senapang kuno)

 Obat sekati ( sekati peluru setinggar )

11. Setelah selesai Yang Dipertuan Sakti mengenakan perjanjian di atas, baginda menyerahkan empat orang hulubalang kepada Raja Kecil

 Datuk Lebai Tasi

 Datuk Gergaji

 Raja Mendeling

 Sultan Pendalihan

Latihan Kendiri

i. Berikan maksud

 “Patik menengok cupak dan gantang orang”.

(muka surat 49)

 Sambil beryang-yang

( muka surat 49 )

 Kararlah ( muka surat 50)

 Kita pulangkan aib malunya anak kita ( muka surat 50)

 Kena bisa kawi ( muka surat 50)

ii. Kemukakan nilai yang terdapat dalam kisah Tuan Bujang (Raja Kecil ) Dinobatkan

Page 30: DIRGAHAYU BAHASAKU

iii. Kemukakan pengajaran yang terdapat dalam kisah Tuan Bujang (Raja Kecil) Dinobatkan

iv. Jelaskan perwatakan Raja Kecil dalam kisah Tuan Bujang (Raja Kecil) Dinobatkan.

v. Nyatakan sebab-sebab Puteri Jilan mahu Raja Kecil merampas Negeri Johor.

********************************************************************

KISAH RAJA KECIL

PERISTIWA PENTING IALAH PERJANJIAN TAAT SETIA ORANG MINANGKABAU KEPADA RAJA KECIL

a. Raja Kecil bermohon untuk berangkat danl didoakan oleh Puteri Jilan agar memperoleh kejayaan.

b. Raja Kecil sampai ke Siak Raja Kecil tidak mendedahkan identiti dirinya, sebaliknya baginda berulang alik dari Siak ke Bukit Batu ;membeli ikan terubuk dan telur ikan terubuk di di Bukit Batu lalu dibawa ke Siak untuk dijual. Pada satu hari Raja Kecil melakukan kesalahan kepada Bandar Bukit Batu lalu didenda sebanyak dua puluh rial. Raja Kecil amat marah lalu berdendam. Akibatnya baginda mengambil upah menjadi Nakhoda Penangguk ke Melaka tetapi bersumpah agar anak cucunya tidak menjadi Nakhoda Penangguk.

c. Seterusnya Raja Kecil pergi ke Mengkalis untuk bertemu dengan orang-orang Minangkabau kerana ramai antara mereka yang kaya raya dan mempunyai perahu yang besar-besar.

d. Sampai di Mengkalis, Raja Kecil terus bertemu penghulu lalu menyerahkan cop mohor kepada penghulu. Melihat sahaja cop mohor tersebut maka penghulu tahu bahawa Raja Kecil membawa perintah Yang Dipertuan Sakti lalu berasa takut (gementar). Penghulu dengan segera memerintah orang-orang Minangkabau yang ada di Mengkalis berkampung lalu menyembah daulat kepada Raja Kecil dan menyatakan taat setia kepada Raja Kecil.

e. Di Mengkalis Raja Kecil digelar Yang Dipertuan, raja turun dari Pagaruyung. Setelah berlaku lafaz taat setia di Mengkalis, Raja Kecil berangkat ke Batu Bahara pula kerana di situ terdapat ramai juga orang-orang Minangkabau. Di Batu Bahara Raja Kecil mendapat pengakuan taat setia daripada Penghulu Yang Berempat. Raja Kecil juga mendapatkan pengakuan taat setia daripada orang-orang Minangkabau di Tanah Putih dan di Kubu.

f. Raja Kecil Pulang semula ke Mengkalis dan membuat strategi untuk menyerang Johor.

Latihan Kendiri

Page 31: DIRGAHAYU BAHASAKU

i. Apakah reaksi penghulu apabila melihat cap dari Pagaruyung?

ii. Pada pendapat anda , mengapakah Raja Kecil ‘tiada memeliharakan dirinya,” semasa berada di Siak?

RAJA KECIL MENYERANG JOHOR

PERISTIWA PENTING IALAH

i. PERJANJIAN RAJA KECIL DENGAN RAJA BUGIS UNTUK MENYERANG KERAJAAN JOHOR

ii. SYARAT-SYARAT YANG DIKENAKAN OLEH DAENG PARANI

iii. PEPERANGAN DENGAN JOHOR

iv. KEMANGKATAN IBUNYA ENCIK PUNG

v. PERKAHWINAN RAJA KECIL DENGAN TENGKU KAMARIAH, ANAK BENDAHARA

1. Ketika Raja Kecil berada di Mengkalis, baginda dikunjungi oleh Raja Bugis iaitu Daeng Parani, Daeng Celak dan Raja Tuha. Mereka sudah saling mengenalketika tinggal dim Bangkah Kota semasa Raja Kecil tinggal dengan Sultan Palembang.

2. Semasa pertemuan tersebut, Raja Kecil menyampaikan hasrat untuk menyerang Johor. Daeng Parani membuat perjanjian jika Raja Kecil menang

3. Raja Kecil menjadi Yang Dipertuan Besar di Johor

4. Daeng Parani menjadi Yang Dipertuan Muda

5. Setelah semua syarat dipersetujui Daeng Parani bergerak ke Langat dan mengumpul semua orang Bugis di sana untuk menyertai pasukan perang Raja Kecil.

6. Sepucuk surat dihantar kepada Yang Dipertuan Johor di Johor memaklumkan Raja Kecil anakanda kepada Marhum Mangkat Dijulang akan kembali ke Johor untuk menuntut bela kematian ayahandanya. Johor diminta bersiap sedia.

7. Sebaik sahaja surat diterima, Yang Dipertuan Johor mengumpul semua orang besar-besar dan berpakat membaiki kota dan parit.

8. Berita Raja Kecil yang akan datang ke Johor tersebar luas sampai ke pengetahuan Raja Negara Selat . Oleh itu Raja Negara Selat bersama-sama rakyat Johor datang ke Mengkalis untuk bertemu dengan Raja Kecil.

9. Di Mengkalis, Raja Negara Selat dan orang Johor mengatakan Raja Kecil ialah orang Johor sementara orang Minangkabau mengatakan Raja Kecilm ialah orang Minangkabau.

Page 32: DIRGAHAYU BAHASAKU

10. Perbezaan pendapat mereka dileraikan oleh Raja Kecil sebaliknya memninta mereka semua bekerjasama . Raja Kecil mempersiap perahu besar dan kecil lalu berangkat ke Johor bersama-sama orang Johor (rakyat Selat) dan semua rakyat yang tinggal di kawasan laut.

11. Sebaik sahaja tiba di Kuala Sungai Johor, orang Johor dengan riuh rendahnya melaungkan kedatangan tuan mereka. Semua kaum keluarga Laksamana datang menghadap Raja Kecil.

12. Orang Johor di Kuala Johor hendak menguji kesahihan Raja Kecil sebagai anak Marhum Mangkat Dijulang. Raja Kecil diminta menawarkan air yang masin.

13. Raja Kecil menjampi air masin tersebut sambil memasukkan lingkaran rotan ke dalam air masin tersebut.

14. Air berjaya ditawarkan oleh Raja Kecil. Orang Johor di Kuala Johormengaku Raja Kecil sebagai tuan mereka.

15. Dari Kuala Johor, Raja Kecil bergerak masuk ke kota Negeri Johor. Pasukan Raja Kecil dibedil dari kubu tetapi hanya air yang keluar dari mulut meriam.

16. Raja Kecil terus mudik dan sampai ke Pangkalan Rama. Di Pangkalan RamaRaja Kecil melompat naik ke atas jambatan sambil menghunus pedang Sepurejab.

17. Tindakan Raja Kecil dituruti oleh hulubalang yang empat

 Datuk Lebai Tasi

 Datuk Gergaji

 Raja Mendeling

 Sultan Pendalihan

18. Raja Kecil diiringi oleh Orang Besar-besar dengan pedang terhunus . Suasana sanagat bising.

19. Kedatangan RajaKecil diketahui oleh Yang Dipertuan Johor, maka dengan segera baginda meninggalkan kota dan pulang ke Kampung Bendahara Lama.

20. Raja Kecil masuk ke dalam istana yang terletak di dalam kota diiringi hulubalang yang empat dan Orang Besar-besar lalu menunggu perintah Raja Kecil.

21. Raja Kecil bertanya tentang Bendahara. Penghulu Istana memberitahu bahawa Bendahara telah melarikan diri.

22. Pada masa yang sama Yamtuan Muda mengamuk dan membunuh anak dan isterinya. Dia berhasrat untuk mengamuk di dalam kota apabila habis semua anak isterinya dibunuh.

Page 33: DIRGAHAYU BAHASAKU

23. Tetapi sebaik sahaja semua anak isterinya dibunuh, dia berasa takut lalu nlari ked lam hutan.

24. Akhirnya, Yamtuan Muda mengambil keputusan menyerah diri kepada Raja Kecil kerana telah berdosa membunuh ayahanda Raja Kecil

25. Raja Kecil memaafkan Yamtuan Muda

26. Akan tetapi, berita pembunuhan anak isteri Yamtuan Muda sampai ke pengetahuan Raja Kecil. Raja Kecil meminta Bendahara memutuskan hukuman ke atas Yamtuan Muda.

27. Bendahara mengeluarkan perintah Yamtuan Muda dibunuh kerana bertindak tanpa kebenaran Raja Kecil.

28. Pada masa yang sama, Raja Kecil tidak sempat bertemu ibunya Ecik Pung kerana Encik Pung telah meninggal dunia.

29. Raja Kecil menziarahi jenazah ibunya dan mengurus jenazah ibunya mengikut adat kebesaran raja.

30. Raja Kecil mengadakan

 Bacaan Al-Qurandi makam Encik Pung selama 40 hari

 Tahlil

 Bersedekah kepada fakir miskin

31. Raja Kecil meminang Tengku Tengah anak Bendahara

32. Malangnya, semasa hari raya semua anak Bendahara datang menghadap Raja Kecil kecuali Tengku Tengah.

33. Pada masa itu, Raja Kecil terpandang Tengku Kamariah, anak Bendahara yang bongsu lalu jatuh hati. Tetapi ditolak oleh Tengku Kamariah.

34. Bendahara tidak mampu menolak kehendak Raja Kecil kerana baginda ialah raja.

35. Akhirnya Raja Kecil menjadi raja Johor bergelar Sultan Abdul Jalil Syah, Yang Dipertuan Besar dan berkahwin dengan Tengku Kamariah.

LATIHAN KENDIRI

i. Kesan lokasi Kuala Sungai Johor

ii. Kesan Lokasi kota Negeri Johor (Johor Lama)

iii. LAKARKAN LALUAN RAJA KECIL DARI Mengkalis ke kota Negeri Johor

Page 34: DIRGAHAYU BAHASAKU

Cara: layari Googles Maps: negeri Johor, Malaysia bagi mendapatkan lokasi dalam peta

Taip Googles Maps

Klik Gets Destinations

A. MENGKALIS, SUMATERA, INDONESIA

B. KUALA JOHOR

C. KAMPUNG JOHOR LAMA , AIR TAWAR, JOHOR, MALAYSIA

i. Jelaskan perwatakan Raja Kecil dalam kisah Raja Kecil Menyerang Johor.

ii. Nyatakan kelebihan-kelebihan yang dimiliki oleh Raja Kecil dalam kisah Raja Kecil Menyerang Johor.

iii. Nyatakan tindakan Raja Kecil selepas dimaklumkan bondanya hilang.

iv. Berikan maksud rangkai kata

mendengar bondanya hilang

dengan tiada berbulang dan berkeris

menyerahkan nyawa

Page 35: DIRGAHAYU BAHASAKU

PENANGGUNGAN (Wijaya Mala)

Sinopsis

Kapten Mamat menanggung penyesalan atas tragedi maut yang maragut nyawa Baharum, seorang kelasi kapal. Ekoran itu, Masnah janda Baharum terpaksa menanggung penderitaan hidup kehilangan suami serta dua orang anaknya. Kapten Mamat cuba menenangkan perasaan Masnah dengan mengendalikan segala yang berlaku perlu ditanggung kerana sudah ketentuan Allah.

Tema

Tanggungjawab pada amanat kehidupan yang terpaksa dilalui oleh Kepten Mamat dan Masnah atas ketentuan Ilahi. Kapten Mamat bertanggungjawab terhadap kematian Baharum, suami Masnah Baharum yang mnjadi kelasi kapal yang diketuai oleh Kapten Mamat telah meninggal dunia kerana terjatuh dari atas tiang agung ke atas geladak. Kapten Mamat bertanggungjawab terhadap kehidupan Masnah dan dua anaknya setelah kematian Baharum. Masnah terpaksa bertanggungjawab terhadap kehidupan diri dan dua orang anaknya setelah kehilangan suaminya.

Persoalan

1. Persoalan kesengsaraan hidup janda setelah kematian suami. Masnah terpaksa mengharungi kehidupan tanpa seorang suami.

2. Persoalan rasa bersalah yang menghantui jiwa. Kapten Mamat rasa bersalah kerana Baharum, suami masnah telah menemui ajal di atas kapal yang diterajuinya.

3. Persoalan simpati atas penderitaan hidup orang lain. Isteri Kapten Mamat simpati terhadap penderitaan yang ditanggung oleh Masnah setelah kehilangan suami.

4. Persoalan keredhaan menghadapi ketentuan Allah. Masnah akhirnya reda dengan ketentuan Allah, iaitu setiap yang hidup pasti akan mati.

Watak dan perwatakan

Watak utama

Kapten Mamat

-          Bekerja sebagai kapten kapal-          Seorang pesara.-          Seorang yang prihatin terhadap masalah anak buahnya. Kapten Mamat prihatin terhadap nasib yang

menimpa Masnah sekeluarga setelah kematian suaminya Baharum.-          Berasa bertanggungjawab atas kematian Baharum. Kapten Mamat berjanji kepada Masnah bahawa

selagi dia masih hidup keluarga Masnah tidak akan dipersiakan.

Watak sampingan

1. Masnah

-          Janda Baharum-          Mempunyai dua orang anak.-          Seorang yang setia dan penyayang terhadap suami dan anak-anaknya. Masnah amat menyayangi

suaminya meskipun Baharum sudah meninggal dunia.-          Hidup susah selepas kematian suami. Masnah merasa keperitan hidup setelah dia kehilangan suami

yang menjadi tempat bergantungnya selama ini.

2. Isteri Kapten Mamat

-          Simpati kepada nasib orang lain. Dia amat simpati terhadap nasib yang menimpa Masnah.

Page 36: DIRGAHAYU BAHASAKU

-          Percaya kepada perubatan bomoh. Dia menyuruh suaminya memanggil bomoh untuk mengubati penyakit yang dihidapi oleh Masnah.

3. Bahar

-          Anak Baharum-          Masih kecil, tetapi sudah boleh bercakap.

Nilai

1. Nilai simpati, contohnya Kapten Mamat bersimpati atas nasib yang menimpa Masnah dan anak-anaknya.

2. Nilai kasih sayang, contohnya Masnah yang amat mengasihi suaminya dan amat sukar menerima kematian suaminya.

3. Nilai berani, contohnya Kapten Mamat yang berani menghadapi cabaran bekerja di laut.

Pengajaran

1. Kita hendaklah bersimpati atas nasib malang yang menimpa ahli keluarga dan juga sahabat handai. Contohnya Kapten Mamat yang bersimpati dengan nasib Masnah dan anak-anaknya setelah kematian Baharum.

2. Kita hendaklah saling menyayangi antara suami isteri. Seorang isteri hendaklah mengasihi suaminya yang dikahwini sepenuh hati. Contohnya Masnah tetap mengasihi suaminya walaupun suaminya telah pergi buat selama-lamanya.

3. Kita mestilah menjadi pemimpin yang memiliki keberanian terutama dalam keadaan genting. Contohnya Kapten Mamat yang bijak mengemudi kapal di lautan terutama ketika laut bergelora.

CERPEN HUTAN RIMBA (Sasjira)

Page 37: DIRGAHAYU BAHASAKU

Sinopsis

Pak Tua sebagai pemandu traktor menyesali pekerjaannya yang mengakibatkan kemusnahan alam

sekitar. Harapannya agar kawasan hutan kembali merimbun. Hasil pekerjaanya dia berjaya

membesarkan anak-anaknya dengan kerjaya masing-masing. Atas nasihat anak-anaknya Pak Tua dapat

dipujuk agar reda dengan pekerjaannya yang banyak membantu menyara keluarga dan pendidikan anak-

anaknya. Akhirnya Pak Tua dan anak-anaknya berjaya menceburi bidang pelancongan dengan membuat

resort keluarga di hutan simpan miliknya.

Tema

Kemusnahan alam semulajadi untuk pembangunan. Kawasan bekas aktiviti pembalakan akhirnya telah

menjadi kawasan perladangan estet-estet kelapa sawit luas saujana mata memandang.

Persoalan

1. Persoalan kemusnahan flora dan fauna alam. Aktiviti pembalakan yang dilakukan telah

memusnahkan kehidupan flora dan fauna.

2. Persoalan kekesalan atas kemusnahan khazanah alam. Pak Tua menyesal kerana pekerjaannya

sebagai pemandu jentolak dengan syarikat pembalakan menyebabkan khazanah hutan musnah.

3. Persoalan kepentingan pendidikan anak-anak. Empat orang anak Pak Tua telah berjaya dalam

bidang pendidikan dan kerjaya masing-masing.

4. Persoalan kepentingan pembangunan dalam memajukan negara. Pembangunan dalam bidang

pertanian dapat memberi sumber pendapatan negara.

Watak dan perwatakan

Watak utama

Pak Tua

-         Pemandu jentolak jenama Caterpillar.

-         Seorang yang bertanggungjawab terhadap keluarga. Bertanggungjawab membiayai perbelanjaan

pendidikan anak-anaknya.

-         Berjaya membesarkan anak-anak dengan pendidikan tinggi. Anaknya yang sulung, Ajam berjaya dalam

bidang perniagaan pengangkutan bas antarkota. Anaknya yang kedua, Bakar berjaya sebagai pengurus

ladang sebuah estet kelapa sawit. Anaknya yang ketiga, Melati menjadi seorang pensyarah di sebuah

IPT dan anaknya yang bongsu seorang guru yang memegang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan.

-         Bersyukur dengan pembangunan. Pembangunan yang telah dilakukan menyebabkan anak-anaknya

mendapat kehidupan yang sempurna.

Page 38: DIRGAHAYU BAHASAKU

-         Kesal atas pencerobohan hutan. Pak Tua kesal kerana ketika mudanya dia telah terlibat dengan aktiviti

pembalakan.

Watak sampingan

1. Mak Tua

-         Isteri Pak Tua

-         Tinggal di tepi sungai berdekatan dengan hutan dara.

-         Pandai memasak. Menyediakan makanan yang enak untuk keluarganya.

-         Pandai mendidik anak-anak. Anak-anaknya saling menyayangi dan menghormati kedua orang tua

mereka.

2. Ajam

-         Anak sulung Pak Tua.

-         Seorang pengusaha pengangkutan bas antarkota.

-         Pakar dalam dunia perniagaan.

-         Gigih. Kegigihannya menyebabkan dia telah menjadi ahli perniagaan yang berjaya.

-         Berfikiran terbuka. Menerima cadangan adik-adiknya yang mahu membuka kawasan pelancongan.

3. Bakar

-         Anak kedua Pak Tua

-         Berkelulusan Sarjana Pertanian

-         Pengurus ladang estet kelapa sawit.

4. Melati

-         Anak ketiga Pak Tua.

-         Pensyarah IPT.

5. Budi

-         Anak bongsu Pak Tua.

-         Seorang guru Ijazah Sarjana Muda Pendidikan.

Nilai

1. Nilai tanggungjawab. Contohnya Pak Tua yang bertanggungjawab membesarkan keempat-empat

orang anaknya sehingga mereka berjaya dengan kerjaya masing-masing.

2. Nilai kasih sayang sesama ahli keluarga. Contohnya anak-anak Pak Tua yang saling menyayangi

antara satu sama lain dan bincang dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.

Page 39: DIRGAHAYU BAHASAKU

3. Nilai kegigihan. Contohnya Pak Tua yang gigih mencari rezeki untuk menyara kehidupan

keluarganya.

4. Nilai kerajinan. Contohnya Pak Tua rajin berusaha untuk meningkatkan diri dengan berhijrah

meninggalkan kampung halamannya.

Pengajaran

1. Kita hendaklah menjadi seorang bapa yang bertanggungjawab. Pak Tua bertanggungjawab

untuk membesarkan dan memberi pendidikan yang sempurna kepada anak-anaknya.

2. Kita hendaklah saling berkasih sayang antara adik-beradik. Ini yang ditonjolkan oleh anak-anak

Pak Tua yang sama-sama berbincang sebelum mengambil keputusan untuk menjadikan dusun buah-

buahan bapa mereka sebagai kawasan pelancongan.

3. Kita mestilah menjadi ketua keluarga yang memiliki sifat gigit bekerja. Hal ini dapat dilihat

menerusi watak Pak Tua yang begitu gigih bekerja untuk menyara anak-anak dan isterinya.

4. Kita hendaklah rajin berusaha untuk membaiki taraf hidup. Contohnya Pak Tua yang rajin bekerja

sejak zaman mudanya lagi.