anjakan profesion keguruan

1
2.2 Merombak Institut Pendidikan Guru (IPG) Sementara menjelang Wawasan 2020, Kementerian berhasrat untuk mengubah IPG menjadi university latihan guru yang bertaraf dunia. Untuk mencapai matlamat ini, Kementerian akan menilai semula kurikulum latihan praperkhidmatan semasa. Hal ini bertujuan untuk memastikan guru cukup bersedia untuk mengajar kemahiran berfikir aras tinggi yang diperlukan oleh murid di Malaysia. Oleh itu, penambahan peratusan masa praktikum kepada 40% untuk semua program telah dilaksanakan. Praktikum bertujuan untuk memberi peluang kepada guru pelatih supaya mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai keguruan secara reflektif dalam keadaan sebenar dalam bilih darjah dan sekolah. Praktikum dilaksanakan bertujuan untuk memberi pengalaman kepada para guru pelatih mengenai cara menyatupadukan teori dan amali pengajaran dan pembelajaran(P&P), mengaplikasikan pelbagai strategi ,pendekatan, kaedah dan kemahiran P&P, mengenal pasti dan menyelesaikan masalah P&P. Program ini juga memberi peluang kepada guru pelatih untuk mendekati dan mempelajari situasi sebenar P&P sebelum menjadi seorang guru permulaan di sekolah. Dengan mengikuti program praktikum, guru pelatih dapat membina kecekapan, sikap, personality, keyakinan didi serta meningkatkan daya tahan diri di samping mengamalkan profesional keguruan. Selain itu, Kementerian juga menawarkan pelbagai program seperti diploma, ijazah pertama dan ijazah lanjutan untuk memenuhi keperluan calon seperti lulusan yang baharu dan bertukar kerjaya. Sebagai contoh, seorang guru yang telah mengajar selama 17 tahun di sebuah sekolah rendah, beliau telah mengikuti program yang telah ditawarkan oleh Kementerian iaitu Ijazah Lanjutan. Selepas mendapat lulusan Ijazah Lanjutan, beliau telah berlayak menjadi pensyarah di Institut Pendidikan Tinggi Awam atau Institut Pendidikan Guru. Maka, kerjaya beliau telah bertukar dari guru yang biasa kepada pensyarah. Di samping itu, untuk meningkatkan kualiti IPG, kriteria pengambilan pensyarah baharu diketatkan. Antara syarat permohonan yang dikehendaki adalah berada di Gred PPP Siswazah DG41 selama 5 tahun, memiliki Ijazah Sarjana atau Ph.D dalam bidang pengurusan pendidikan, penilaian dan penyelidikan atau bidang yang berkaitan. Guru PPP Siswazah Gred DG41 yang tempoh perkhidmatannya telah melebihi 3 tahun dibenarkan memohon jawatan pensyarah di IPG. Selain itu, syarat permohonan pensyarah juga mengandungi pengalaman pengurusan. Secara jelas bahawa pengambilan pensyarah baharu telah diketatkan dan kemahiran pensyarah yang sedia ada ditingkatkan.

Upload: cycy

Post on 12-Dec-2015

228 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

pipk

TRANSCRIPT

Page 1: anjakan profesion keguruan

2.2 Merombak Institut Pendidikan Guru (IPG)

Sementara menjelang Wawasan 2020, Kementerian berhasrat untuk mengubah

IPG menjadi university latihan guru yang bertaraf dunia. Untuk mencapai matlamat

ini, Kementerian akan menilai semula kurikulum latihan praperkhidmatan semasa.

Hal ini bertujuan untuk memastikan guru cukup bersedia untuk mengajar kemahiran

berfikir aras tinggi yang diperlukan oleh murid di Malaysia. Oleh itu, penambahan

peratusan masa praktikum kepada 40% untuk semua program telah dilaksanakan.

Praktikum bertujuan untuk memberi peluang kepada guru pelatih supaya

mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai keguruan secara reflektif dalam

keadaan sebenar dalam bilih darjah dan sekolah. Praktikum dilaksanakan bertujuan

untuk memberi pengalaman kepada para guru pelatih mengenai cara

menyatupadukan teori dan amali pengajaran dan pembelajaran(P&P),

mengaplikasikan pelbagai strategi ,pendekatan, kaedah dan kemahiran P&P,

mengenal pasti dan menyelesaikan masalah P&P. Program ini juga memberi

peluang kepada guru pelatih untuk mendekati dan mempelajari situasi sebenar P&P

sebelum menjadi seorang guru permulaan di sekolah. Dengan mengikuti program

praktikum, guru pelatih dapat membina kecekapan, sikap, personality, keyakinan

didi serta meningkatkan daya tahan diri di samping mengamalkan profesional

keguruan. Selain itu, Kementerian juga menawarkan pelbagai program seperti

diploma, ijazah pertama dan ijazah lanjutan untuk memenuhi keperluan calon

seperti lulusan yang baharu dan bertukar kerjaya. Sebagai contoh, seorang guru

yang telah mengajar selama 17 tahun di sebuah sekolah rendah, beliau telah

mengikuti program yang telah ditawarkan oleh Kementerian iaitu Ijazah Lanjutan.

Selepas mendapat lulusan Ijazah Lanjutan, beliau telah berlayak menjadi pensyarah

di Institut Pendidikan Tinggi Awam atau Institut Pendidikan Guru. Maka, kerjaya

beliau telah bertukar dari guru yang biasa kepada pensyarah. Di samping itu, untuk

meningkatkan kualiti IPG, kriteria pengambilan pensyarah baharu diketatkan. Antara

syarat permohonan yang dikehendaki adalah berada di Gred PPP Siswazah DG41

selama 5 tahun, memiliki Ijazah Sarjana atau Ph.D dalam bidang pengurusan

pendidikan, penilaian dan penyelidikan atau bidang yang berkaitan. Guru PPP

Siswazah Gred DG41 yang tempoh perkhidmatannya telah melebihi 3 tahun

dibenarkan memohon jawatan pensyarah di IPG. Selain itu, syarat permohonan

pensyarah juga mengandungi pengalaman pengurusan. Secara jelas bahawa

pengambilan pensyarah baharu telah diketatkan dan kemahiran pensyarah yang

sedia ada ditingkatkan.