analisis set induksi

Upload: miz-michi

Post on 19-Jul-2015

210 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

KEMAHIRAN MENGAJAR DALAM PENGAJARAN MIKRO DAN PENILAIANNYA Kemahiran Set Induksi Kemahiran ini merujuk kepada cara memulakan pelajaran. Guru perlu menimbulkan minat dan memotivasi murid-murid supaya bersedia untuk belajar dan berfikir tentang pelajar yag akan disampaikan guru di dalam bilik darjah. Bagi mencapai kejayaan dalam set induksi ini, guru perlu mematuhi prinsip-prinsip berikut: 1. Permulaan pelajaran sepatutnya bermakna kepada murid-murid dari segi minat, pengalaman, kebolehan dan umur. 2. Isi dan objektif pelajaran haruslah berkaitan. 3. Permulaan hendaklah berkaitan dengan pengetahuan sedia ada murid-murid. Objektif kemahiran set induksi ini antaranya adalah: 1. Mendapat perhatian murid-murid 2. Memotivasikan murid-murid. 3. Mencadangkan cara-cara menjalankan tugas 4. Menyatakan had tugas yang akan dilaksanakan. 5. Membuat perkaitan antara yang telah dialami dengan yang di luar pengalaman murid-murid. Kesan-kesan kemahiran set induksi ke atas pengajaran pembelajaran. 1. Motivasi murid-murid tinggi. Mereka ingin belajar dengan lebih tekun lagi. 2. Perhatian murid-murid terhadap pelajaran lebih baik untuk murid mudah memahami konsep. 3. Murid-murid akan berusaha ke arah jangkaan prestasi yang ditetapkan dan diumumkan oleh guru. 4. Pembelajaran lebih bermakna dan menyeronokkan kerana perkaitan dibuat antara pelajaran baru dengan pengetahuan sedia ada murid-murid. 5. Naluri ingin tahu murid dapat dipenuhi. 6. Corak interaksi antara guru dan murid akan berubah-ubah. Ini akan mewujudkan suasana pengajaran- pembelajaran yang lebih menggalakkan.

ANALISIS SET INDUKSI KUMPULAN 1

Kemahiran Menarik Perhatian 1. Dengan menggunakan suara, gerak-geri dan kontak mata. 2. Dengan menggunakan media pandang-dengar. 3. Dengan mengubah corak interaksi guru-murid. Mewujudkan motivasi 1. Dengan menunjukkan kemesraan dan penuh semangat. 2. Melalui rangsangan naluri ingin tahu. 3. Dengan menggunakan unsur-unsur yang menghairankan. 4. Melalui cerita. 5. Dengan mengadakan aktiviti. Menstruktur 1. Dengan menghadkan tugasan. 2. Dengan menyatakan tugasan tugas. 3. Mencadangkan cara-cara menjalankan tugas. 4. Menggunakan soalan-soalan yang berkaitan. Membuat perkaitan 1. Membandingkan atau membezakan dengan perkara-perkara biasa. 2. Pengetahuan sedia ada 3. Peristiwa-peristiwa semasa yang diminta murid.

Ada

Tiada

Tidak Kelihatan

TUTORIAL ANALISA KEMAHIRAN INDUKSI (KUMP. 1) NAMA & NO.K/P : 2. 1. AFZAN JUZEANA BT AHMAD SHAH 820530-12-5366 NOOR ANITA BINTI AWANG 820405-12-5332 3. SITI NUR AZIAH BINTI MOHAMED KHAIR 851107-12-6056 PROGRAM SEMESTER MATA PELAJARAN PENSYARAH : : DPLI- SR (BM) 01

: PEDAGOGI (EDM 2014) : EN.ZULKIFLI MOHD JANI