garis panduan pengintegrasian tvlcd dan pemain dvd …€¦ · dapat dicapai melalui set induksi...

14
~ 1 ~ GARIS PANDUAN PENGINTEGRASIAN TVLCD DAN PEMAIN DVD DALAM P&P BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Upload: others

Post on 04-Oct-2020

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: GARIS PANDUAN PENGINTEGRASIAN TVLCD DAN PEMAIN DVD …€¦ · dapat dicapai melalui set induksi yang memberangsangkan pembelajaran. Murid juga boleh diberi panduan tentang apa yang

~ 1 ~

GARIS PANDUANPENGINTEGRASIAN

TVLCD DAN PEMAIN DVDDALAM P&P

BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKANKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Page 2: GARIS PANDUAN PENGINTEGRASIAN TVLCD DAN PEMAIN DVD …€¦ · dapat dicapai melalui set induksi yang memberangsangkan pembelajaran. Murid juga boleh diberi panduan tentang apa yang

~ 2 ~

PENGGUNAAN BAHAN RANCANGAN EduwebTV

Penggunaan bahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) adalah

bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan proses tersebut. Apa pun kaedah yang

digunakan dalam mengurus P&P, yang penting ialah impak P&P itu kepada murid. Ini

boleh dicapai melalui kreativiti dan inovasi guru kerana guru di sesebuah sekolah lebih

arif tentang kemampuan murid, situasi setempat dan hala tuju perancangan P&P nya.

Sesuatu bahan bantu belajar (BBB) seperti bahan TV Pendidikan yang boleh di

akses melalui EduwebTV (www.eduwebtv.com) dan E-Bahan yang juga boleh diakses

melalui LMS (spp.moe.edu.my) boleh digunakan oleh kelas dan mata pelajaran. .

1. PEMILIHAN BAHAN EduwebTV

Setiap bahan dari EduwebTV yang akan digunakan dalam (P&P) perlu

dipilih berpandukan kesesuaian mata pelajaran. Guru perlu mengakses, memuat

turun serta melakukan pra-tonton bahan untuk mempastikan isinya menepati

Sukatan Pelajaran (SP) dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP). Pemilihan bahan

yang sesuai akan dapat menzahirkan impak objektif P&P.

2. AKTIVITI SEBELUM MENONTON2.1 Persediaan Guru

Guru terlebih dahulu perlulah menentukan objektif P&P yang akan

dijalankan. Kenalpasti kandungan bahan yang relevan dengan objektif

P&P tersebut. Penggunaan yang berkesan juga bergantung kepada

kaedah persembahan yang akan dikendalikan, misalnya bahan yang

digunakan sebagai bahan set induksi, bahan pelajaran sebenar atau

bahan pengayaan.

Persediaan yang lain termasuk kaedah, masa, tempat, sasaran dan

jenis aktiviti sebelum, semasa dan selepas menonton (aktiviti 3S).

Page 3: GARIS PANDUAN PENGINTEGRASIAN TVLCD DAN PEMAIN DVD …€¦ · dapat dicapai melalui set induksi yang memberangsangkan pembelajaran. Murid juga boleh diberi panduan tentang apa yang

~ 3 ~

2.2 Persediaan Murid

Keberkesanan bahan EduwebTV dalam P&P dapat dipertingkatkan

sekiranya murid maklum tentang tujuan dan objektif sesi tersebut. Ini

dapat dicapai melalui set induksi yang memberangsangkan pembelajaran.

Murid juga boleh diberi panduan tentang apa yang perlu dilihat, misalnya

melalui sesi sumbangsaran tentang tajuk berkenaan. Jika perlu, edarkan

lembaran kerja atau senarai tentang isi-isi penting yang perlu dipelajari

daripada bahan tersebut.

3. TEKNIK PENGGUNAAN BAHAN VIDEO DARI EduwebTV DALAM P&P

Guru digalakkan untuk memuat turun video rancangan TV Pendidikan

yang sesuai dari EduwebTV. Beberapa teknik penggunaan bahan video boleh

diaplikasikan semasa sesi P&P menggunakam bahan yang telah dimuat turun.

3.1 Pemahaman Mendengar

(Cloze / Listening Comprehension)

Murid-murid diberi skrip pencerita (narrator) atau skrip perbualan

dalam tayangan yang mana beberapa perkataan di dalam skrip telah

ditiadakan.

Tugas murid-murid adalah mengisi tempat-tempat kosong tersebut

dengan mendengar audio tayangan secara teliti. Sebagai alternatif murid-

murid boleh diminta menjawab soalan-soalan kefahaman berdasarkan

video yang dipertontonkan.

3.2 Tayangan Senyap

(Silent Viewing)

Audio ditutup (mute) dan murid-murid diminta menonton visual

yang ditayangkan di skrin televisyen. Murid-murid akan meneka apa yang

diperkatakan berdasarkan tayangan yang mereka tonton.

Page 4: GARIS PANDUAN PENGINTEGRASIAN TVLCD DAN PEMAIN DVD …€¦ · dapat dicapai melalui set induksi yang memberangsangkan pembelajaran. Murid juga boleh diberi panduan tentang apa yang

~ 4 ~

Walaupun perkataan yang sebenarnya agak sukar diteka, murid-

murid mungkin dapat memberikan beberapa frasa dan kata kunci yang

tepat. Jawapan yang terhampir boleh diterima.

3.3 Tayangan Bersilang

(Jigsaw Viewing)

Secara berpasangan setiap murid membelakang antara satu sama

lain. Salah seorang dari murid itu menghadap skrin televisyen manakala

pasangannya pula menghadap ke arah sebaliknya

Murid yang membelakangkan skrin televisyen akan menanya

pasangannya beberapa soalan tentang apa yang sedang ditonton,

misalnya:

Dimanakah babak itu berlaku? Siapakah nama orang sedang

bercakap itu?

Murid yang sedang menonton tayangan perlulah memberi jawapan-

jawapan. Pasangan yang memberi jawapan yang paling tepat diakhir

tayangan di anggap menang.

3.4 Tayangan Bersilang Dengan Komentar

( Jigsaw Viewing With Commentary )

Secara berpasangan setiap murid duduk membelakang antara satu

sama lain. Murid yang menghadap skrin televisyen memberi komentar

secara langsung tentang apa yang berlaku dalam tayangan. Pasangannya

yang membelakangkan skrin televisyen digalakan menyoal bagi

mendapatkan lebih banyak maklumat.

Pasangan yang dapat memberi jawapan-jawapan yang paling tepat

adalah pemenang.

Page 5: GARIS PANDUAN PENGINTEGRASIAN TVLCD DAN PEMAIN DVD …€¦ · dapat dicapai melalui set induksi yang memberangsangkan pembelajaran. Murid juga boleh diberi panduan tentang apa yang

~ 5 ~

3.5 Mencari Harta Karun

( Video Treasure Hunt )

Visual diskrin televisyen digelapkan supaya murid hanya boleh

mengikuti audionya. Kemudian murid-murid diharap dapat mengenalpasti

aksi, watak, emosi objek dan sebagainya berdasarkan kepada perbualan,

komentar dan kesan-kesan bunyi.

3.6 Ramalan

( Prediction )

Ramalan boleh melibatkan semua apa yang akan berlaku

seterusnya atau apa yang akan dikatakan seterusnya. Aktiviti ramalan ini

memerlukan murid-murid menonton urutan babak tayangan yang

diberhentikan secara tiba-tiba. Kemudian murid-murid diminta membuat

ramalan secara lisan atau tulisan berkaitan dengan apa yang akan

berlaku seterusnya.

Adakan perbincangan dan diikuti dengan pembentangan oleh

murid-murid. Seterusnya dipertontonkan jalan cerita sebenarnya daripada

video.

3.7 Ramalan Sebelum

( Reverse Prediction )

Aktiviti ini amat sesuai untuk murid-murid yang boleh menguasai

bahasa dengan baik. Murid-murid ditunjukkan bahagian akhir atau

penamat dalam urutan video yang pendek. Kemudian murid-murid diminta

memberi keterangan secara lisan atau bertulis tentang kesudahan cerita

tersebut.

Murid-murid kemudian mempersembahkan dapatan mereka.

Perbincangan boleh dijalankan sebelum keseluruhan video itu

ditayangkan.

Page 6: GARIS PANDUAN PENGINTEGRASIAN TVLCD DAN PEMAIN DVD …€¦ · dapat dicapai melalui set induksi yang memberangsangkan pembelajaran. Murid juga boleh diberi panduan tentang apa yang

~ 6 ~

3.8 Urutan

( Sequencing )

Murid-murid diberikan skrip video bertulis yang telah dicampur-

adukan. Tugas mereka adalah menyusun skrip itu mengikut urutan yang

betul. Aktiviti ini paling sesuai untuk video yang urutannya menerangkan

tentang proses-proses dan melibatkan seorang narrator.

Aktiviti alternatif lain memerlukan guru sendiri menyunting video itu

dan mencampur-adukan peristiwa-peristiwa dalam video itu. Murid-murid

kemudian membincangkan tentang urutan video yang sepatutnya.

4. PERSEDIAAN SEKOLAH

Beberapa aspek penting perlu diambil perhatian sebelum peralatan yang

dibekalkan dapat digunakan dalam P&P di sekolah.

4.1 Keselamatan Peralatan.

Semasa pemasangan peralatan, pihak sekolah perlu memastikan

bahawa siaran dapat diterima dengan baik sebelum menandatangani sijil

akuan penerimaan (SAP) untuk dikembalikan kepada pihak yang

berkenaan. Perolehan peralatan tersebut kemudiannya direkodkan. Pihak

sekolah bertanggungjawab penuh atas keselamatan peralatan tersebut.

Ini bermakna bahawa sebarang kehilangan akan ditanggung dan diganti

oleh pihak sekolah.

Oleh yang demikian langkah-langkah keselamatan seperti

keselamatan tempat menyimpan peralatan dan keselamatan cara

pengendalian peralatan perlu diberi perhatian.

Page 7: GARIS PANDUAN PENGINTEGRASIAN TVLCD DAN PEMAIN DVD …€¦ · dapat dicapai melalui set induksi yang memberangsangkan pembelajaran. Murid juga boleh diberi panduan tentang apa yang

~ 7 ~

4.2 Memuat Turun dan Merakam Salin Bahan.

Bahan EduwebTV boleh dimuat turun dan dirakamsalin untuk

dijadikan bahan bantu belajar atau bahan sumber P&P. Cadangan tajuk

daripada pihak panitia mata pelajaran ataupun guru-guru mata pelajaran

dapat membantu GPM / GPB dalam mengenalpasti rancangan-rancangan

yang sesuai untuk dirakamsalin.

Bahan yang telah dirakamsalin mestilah direkodkan. Senarai bahan

tersebut perlu dipamerkan supaya guru-guru mengetahui tentang koleksi

bahan sumber yang ada. Bahan rakaman dari EduwebTV hendaklah

dikategorikan mengikut matapelajaran dan disimpan di bilik tayangan.

Guru-guru hendaklah sentiasa digalakkan meminjam bahan rakaman

tersebut. Pengendalian akan menjadi lebih mudah sekiranya setiap bahan

yang dipinjam dapat dikenalpasti dan direkod.

4.3 Pemain DVD

Pemain DVD digunakan untuk menayang semula rancangan-

rancangan yang telah dimuat turun dan dimuatkan ke dalam CD atau

DVD. Bahan yang dimuat turun boleh digunakan sebagai BBM dalam sesi

P&P.

Proses rakamsalin juga amat berfaedah kerana dapat

menambahkan koleksi bahan sumber (resource materials) untuk proses

P&P.

Page 8: GARIS PANDUAN PENGINTEGRASIAN TVLCD DAN PEMAIN DVD …€¦ · dapat dicapai melalui set induksi yang memberangsangkan pembelajaran. Murid juga boleh diberi panduan tentang apa yang

~ 8 ~

5 PERANAN PENGETUA / GURU BESAR

5.1 Mempromosi penggunaan EduwebTV kepada warga sekolah.

5.2 Memastikan sekolah mempunyai bilik tayang/sudut tayangan.

5.3 Memastikan sekolah mempunyai peralatan yang cukup untuk

penggunaan rancangan EduwebTV.

5.4 Memastikan guru GPM/GPB membuat hebahan bahan-bahan yang

berkaiatan dengan EduwebTV.

5.5 Memastikan penyelenggaraan peralatan dijalankan dari semasa ke

semasa.

5.6 Memastikan guru menyediakan perkara-perkara berikut:

5.6.1 sistem fail yang lengkap

5.6.2 borang tempahan disediakan kepada guru

5.6.3 buku log penggunaan bilik tayang/ peralatan

5.7 Menyemak laporan penggunaan yang disediakan oleh GPM/GPB

6. TUGAS GPM/GPB

6.1 Memastikan keadaan fizikal bilik tayangan dalam keadaan sedia.

6.2 Memastikan kedudukan set tv adalah baik untuk kemudahan tontonan.

6.3 Memastikan murid masuk ke bilik tayangan dengan teratur dan terkawal.

6.4 Membuat semakan jadual waktu yang dibekalkan kepada sekolah.

6.5 Menguji peralatan dan siaran diterima dengan baik sebelum pengajaran

dijalankan.

6.6 Menyediakan dan mempamerkan peraturan penggunaan yang sesuai.

6.7 Membuat tayangkaji bahan rakaman bagi memastikan bahan tersebut

boleh digunakan.

6.8 Membuat hebahan koleksi bahan EduwebTV kepada guru.

6.9 Mempamerkan bahan-bahan berkaitan.

Page 9: GARIS PANDUAN PENGINTEGRASIAN TVLCD DAN PEMAIN DVD …€¦ · dapat dicapai melalui set induksi yang memberangsangkan pembelajaran. Murid juga boleh diberi panduan tentang apa yang

~ 9 ~

6.10 Menjalankan tugas-tugas penyelenggaraan peralatan.

6.11 Menyediakan borang tempahan penggunaan bilik.

6.12 Menyediakan buku log penggunaan.

6.13 Menyediakan laporan yang diperlukan.

6.14 Melakukan muat turun rancangan dari EduwebTV dan merakam salin ke

dalam bentuk DVD.

Page 10: GARIS PANDUAN PENGINTEGRASIAN TVLCD DAN PEMAIN DVD …€¦ · dapat dicapai melalui set induksi yang memberangsangkan pembelajaran. Murid juga boleh diberi panduan tentang apa yang

~ 10 ~

SENARAI PERALATAN

RCA CableVGA Cable

VGA Distribution

DVD Player

LCD TVAntenna

TV Booster

Page 11: GARIS PANDUAN PENGINTEGRASIAN TVLCD DAN PEMAIN DVD …€¦ · dapat dicapai melalui set induksi yang memberangsangkan pembelajaran. Murid juga boleh diberi panduan tentang apa yang

~ 11 ~

DIAGRAM PENYAMBUNGAN TVLCD,PEMAIN DVD DAN KOMUTER

Page 12: GARIS PANDUAN PENGINTEGRASIAN TVLCD DAN PEMAIN DVD …€¦ · dapat dicapai melalui set induksi yang memberangsangkan pembelajaran. Murid juga boleh diberi panduan tentang apa yang

~ 12 ~

Page 13: GARIS PANDUAN PENGINTEGRASIAN TVLCD DAN PEMAIN DVD …€¦ · dapat dicapai melalui set induksi yang memberangsangkan pembelajaran. Murid juga boleh diberi panduan tentang apa yang

~ 13 ~

Page 14: GARIS PANDUAN PENGINTEGRASIAN TVLCD DAN PEMAIN DVD …€¦ · dapat dicapai melalui set induksi yang memberangsangkan pembelajaran. Murid juga boleh diberi panduan tentang apa yang

~ 14 ~