analisis model assure dalam rancangan pengajaran harian

6
ANALISIS RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MENGGUNAKAN MODEL ASSURE Bi l Komponen Model Assure Huraian Komponen 1. A - Analyse Learners (Analisis Murid) Sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P), guru perlu mengenal pasti terlebih dahulu kesediaan dan pengetahuan sedia ada murid berkaitan dengan tajuk yang hendak diajar. Guru perlu tahu tentang umur, bakat, kelas serta latar belakang murid sebelum merancang pengajaran. Contoh ciri-ciri umum murid dalam RPH kami: i. Umur: 9 tahun ii. Kelas: 3 Amanah iii. Jantina: Lelaki dan Perempuan iv. Bilangan Murid: 34 orang Contoh,pengetahuan sedia ada murid: Murid pernah mendengar mengenai angkasawan negara. Set induksi merupakan satu pendekatan atau cara yang boleh menarik perhatian semasa permulaan P&P. Oleh itu, guru perlu bincang untuk menentukan aktiviti yang sesuai sebagai permulaan pengajaran. Ada sesetengah murid suka akan visual dan audio, maka guru boleh memulakan sesi P&P

Upload: nik-hammdy

Post on 30-Jul-2015

418 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Analisis Model Assure Dalam Rancangan Pengajaran Harian

ANALISIS RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MENGGUNAKAN MODEL ASSURE

Bil Komponen Model Assure Huraian Komponen

1. A - Analyse Learners

(Analisis Murid)

Sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P), guru perlu mengenal pasti

terlebih dahulu kesediaan dan pengetahuan sedia ada murid berkaitan dengan tajuk yang

hendak diajar. Guru perlu tahu tentang umur, bakat, kelas serta latar belakang murid

sebelum merancang pengajaran.

Contoh ciri-ciri umum murid dalam RPH kami:

i. Umur: 9 tahun

ii. Kelas: 3 Amanah

iii. Jantina: Lelaki dan Perempuan

iv. Bilangan Murid: 34 orang

Contoh,pengetahuan sedia ada murid: Murid pernah mendengar mengenai angkasawan

negara.

Set induksi merupakan satu pendekatan atau cara yang boleh menarik perhatian semasa

permulaan P&P. Oleh itu, guru perlu bincang untuk menentukan aktiviti yang sesuai

sebagai permulaan pengajaran. Ada sesetengah murid suka akan visual dan audio, maka

guru boleh memulakan sesi P&P dengan menggunakan tayangan video, lagu atau

menunjukkan bahan maujud yang bekaitan topik yang akan diajar. Dalam set induksi

yang telah kami rancang, kami menggunakan bahan audio dan bersoal jawab dengan

murid.

Page 2: Analisis Model Assure Dalam Rancangan Pengajaran Harian

2. S - State Objectives

(Nyatakan Objektif)

Dalam merancang sesuatu RPH, perlu adanya objektif pembelajaran yang ingin dicapai

oleh murid pada akhir pengajaran dan pembelajaran. Objektif yang ditetapkan perlulah

secara khusus atau eksplisit seperti menyatakan peratusan ataupun bilangan berdasarkan

pencapaian yang dirancangkan.

Dengan itu, guru boleh membuat kesimpulan setelah P&P dijalankan adakah objektif yang

hendak dicapai itu tercapai dengan berkesan atau tidak.

Contoh dalam RPH, kami menetapkan tiga objektif yang akan dicapaikan oleh murid di

akhir pembelajaran kelas. Tiga objektif tersebut ialah :

1. Memberi penerangan tentang sesuatu perkara yang diperoleh dengan

menggunakan ayat yang jelas.

2. Membaca ayat dalam teks, petikan yang mengandungi ayat tunggal dan ayat

majmuk mengikut sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkataan

frasa dan ayat yang terdapat dalam teks petikan.

3. Melengkapkan karangan dengan memilih kata dan rangkai kata yang sesuai

bagi menghasilkan penulisan pelbagai genre.

3. S - Select Media, Methods

and Materials (Pemilihan

Media, Kaedah dan

Bahan)

Dalam sesuatu pengajaran, perlu adanya media, kaedah dan bahan yang digunakan.

Penggunaan bahan ini dapat menarik perhatian murid untuk belajar. Oleh itu, pemilihan

kaedah, media dan bahan adalah penting bagi meningkatkan tahap pembelajaran murid.

Guru memainkan peranan yang sangat penting bagi pemilihan media yang sesuai untuk

murid, kaedah pengajaran yang tepat juga dapat mengelakkan murid bosan ketika guru

sedang mengajar.

Page 3: Analisis Model Assure Dalam Rancangan Pengajaran Harian

Guru harus menyediakan media yang bersesuaian dengan objektif pengajaran.

Contoh dalam RPH, kami menggunakan komputer untuk memaparkan video. Selain itu,

terdapat juga bahan maujud yang digunakan seperti gambar-gambar dan kad imbasan.

Penggunaan speaker adalah untuk memaparkan video supaya dapat menarik perhatian

murid dan penglibatan murid secara aktif.

4. U - Utilize Media and

Materials (Penggunaan

Media dan Bahan)

Setelah pemilihan dilakukan, guru perlu untuk mengetahui bila dan bagaimana media dan

bahan tersebut dapat digunakan oleh guru dan murid di dalam kelas.

Penggunaan media dan bahan merupakan proses yang paling penting kerana ianya

menjadi penentuan kepada keberkesanan keseluruhan proses pengajaran dan

pembelajaran.

Penggunaan sepenuhnya media ini secara bermakna oleh guru dapat memberikan

motivasi kepada murid untuk turut melibatkan diri dalam P&P. Jika guru hanya memilih

media dan bahan tanpa memanfaatkan penggunaannya adalah suatu yang sia-sia dan

merugikan.

Penggunaan media bahan juga perlu dilakukan dengan sesuai mengikut masa yang

ditetapkan agar P&P berjalan lancar tanpa mengambil waktu atau masa yang lain. Kaedah

atau strategi yang diletakkan dalam RPH perlu dinyatakan. Contohnya, penggunaan

gambar dan kad imbasan sebagai bahan maujud yang dinyatakan atau diajar sebagai isi

pelajaran, hendaklah digunakan pada waktu itu juga.

Melalui RPH yang disediakan, guru seharusnya mengikuti semua perancangan yang telah

ditetapkan agar penggunaan media dan kaedah berjalan seperti yang dirancangkan.

Page 4: Analisis Model Assure Dalam Rancangan Pengajaran Harian

5. R - Require Learner

Participation (Penglibatan

Murid dalam

Pembelajaran)

Pembelajaran berpusatkan murid amat digalakkan digunakan dalam P&P. Ini kerana bagi

melibatkan diri murid secara aktif semasa P&P berlangsung.

Dalam RPH kami, cara paling mudah untuk memperoleh maklum balas murid adalah

dengan menanyakan soalan kepada murid mengenai topik yang dipelajari. Contoh soalan

yang boleh ditanya kepada murid-murid ialah apakah topik yang telah kita belajar pada

hari ini? Siapakah nama tokoh Negara?.

Penglibatan murid dalam P&P harus diadakan bagi melihat keberkesanan pengajaran

guru pada hari tersebut. Jika murid memberikan respon yang baik, maka ini menunjukkan

apa yang ingin disampaikan oleh guru berjaya difahami oleh murid.

6. E - Evaluation/Review

(Penilaian/Semak Semula

Bahan)

Sebelum menamatkan sesi P&P, guru perlu menilai dan menyemak semula bahan yang

telah digunakan. Contohnya, guru dapat menilai melalui segala hasil pengajarannya

selepas kelas iaitu adakah hasilnya tercapai atau tidak. Bagi menilai tahap kefahaman

murid, guru boleh memberikan soalan kepada murid seperti soalan pemahaman

berdasarkan petikan.

Latihan pengukuhan juga boleh diberikan kepada murid sebagai lembaran kerja tambahan

untuk melihat sejauh mana kefahaman murid akan topik yang dipelajari.

Dalam RPH kami, guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid sebagai latihan

pengukuhan bagi topik pada hari tersebut.