analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid … kesilapan... · 2020. 10. 26. · ii analisis...

118
ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID-MURID ROHINGYA: SATU KAJIAN KES DI SEKOLAH PELANGI KASIH OLEH BALQIS BINTI SENAWI UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA 2020

Upload: others

Post on 02-Mar-2021

19 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID … KESILAPAN... · 2020. 10. 26. · ii analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid rohingya: satu kajian kes di sekolah

ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM

PERTUTURAN MURID-MURID ROHINGYA: SATU

KAJIAN KES DI SEKOLAH PELANGI KASIH

OLEH

BALQIS BINTI SENAWI

UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA

2020

Page 2: ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID … KESILAPAN... · 2020. 10. 26. · ii analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid rohingya: satu kajian kes di sekolah

ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM

PERTUTURAN MURID-MURID ROHINGYA: SATU

KAJIAN KES DI SEKOLAH PELANGI KASIH

OLEH

BALQIS BINTI SENAWI

Kertas projek tahun akhir diserahkan sebagai memenuhi

keperluan bagi Ijazah Sarjana Muda Bahasa Melayu untuk

Komunikasi Antarabangsa

Kuliyyah Bahasa dan Pengurusan

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

JANUARI 2020

Page 3: ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID … KESILAPAN... · 2020. 10. 26. · ii analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid rohingya: satu kajian kes di sekolah

ii

ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN

MURID-MURID ROHINGYA: SATU KAJIAN KES DI SEKOLAH

PELANGI KASIH

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan mengenal pasti ciri-ciri kesilapan bahasa dalam

pertuturan murid Rohingya dan membanding beza faktor-faktor kesilapan bahasa dalam

pertuturan murid-murid Rohingya di Sekolah Pelangi Kasih. Sekolah Pelangi Kasih

merupakan sebuah sekolah yang dikendalikan oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)

dengan kerjasama daripada United Nations High Commissioner for Refugees

(UNHCR), juga dikenali sebagai Agensi Pelarian PBB. Mereka menyediakan

pendidikan khusus untuk pelarian Rohingya di Malaysia. Kajian ini terbatas pada

kesilapan bahasa dalam pertuturan murid Rohingya di Sekolah Pelangi Kasih sahaja. Di

samping itu, kaedah kajian yang digunakan pengkaji ialah kaedah perpustakaan, kaedah

lapangan, temu bual serta kaedah pemerhatian turut serta di kelas bahasa Melayu dan

Matematik. Kajian terhadap kesilapan bahasa dalam pertuturan murid Rohingya ini

dilakukan oleh pengkaji kerana telah timbul beberapa faktor yang boleh menyebabkan

penguasaan bahasa Melayu yang lemah dalam kalangan mereka. Sebelum itu, pengkaji

mendapati bahawa, kajian-kajian lepas lebih berfokuskan pada kesilapan bahasa dalam

kalangan murid berbangsa Melayu di Malaysia. Melalui penelitian dan penghasilan data

yang dikumpul, kajian ini ternyata berbeza dengan kajian-kajian yang lepas kerana hasil

daripada beberapa sumber yang dicari oleh pengkaji tentang kesilapan bahasa, setakat

ini pengkaji masih belum menemui kajian yang dilakukan terhadap murid-murid

Rohingya. Oleh itulah, pengkaji berharap melalui kajian yang dilakukan ini dapat

membantu pengkaji yang akan datang untuk menjalankan kajian baharu terhadap

murid-murid Rohingya.

KATA KUNCI: Kesilapan Tatabahasa, Pertuturan Murid-Murid Rohingya, Sekolah

Pelangi Kasih, Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk Pelarian

(UNHCR), Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)

Page 4: ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID … KESILAPAN... · 2020. 10. 26. · ii analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid rohingya: satu kajian kes di sekolah

iii

ERROR ANALYSIS OF SPOKEN LANGUAGE AMONG

ROHINGYA STUDENTS: A SPECIAL CASE STUDY IN

RAINBOW OF LOVE LEARNING CENTRE

ABSTRACT

The purpose of this study is to identify the characteristics of error analysis in spoken

language among Rohingya students and to compare and contrast the factors of error

analysis in spoken language of Rohingya students in Rainbow of Love Learning Centre.

Rainbow of Love Learning Centre is a school organized by Non-Profit Organization

(NGO) with the collaboration of United Nations High Commissioner for Refugees

(UNHCR), also known as PBB Refugee Agency. They provide a special education for

Rohingya Muslim in Malaysia. There are some limitations in this study and one of it is

being solely focused on spoken language among Rohingya students in Rainbow of Love

Learning Centre. In addition, the methods used by the researchers are library and field

methods as well as observation and interviews implemented in both Malay language

and Mathematics lessons. This error analysis research is done on Rohingya students as

there has been factors that contribute weak usage of Malay language among them.

Beforehand, there had been a research regarding error analysis on Malay students in

Malaysia. Based on the observation and findings, it is certain that this study is different

compared to any previous research. It is due to the different results obtained from

different sources of error analysis. There has yet been a research done on Rohingya

students, hence by carrying out this research, it is expected to contribute in the new

research of Rohingya students.

KEYWORDS: Grammatical Erorr, Spoken Language of Rohingya Students, Rainbow

of Love Learning Centre, United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR),

Non-Profit Organization (NGO)

Page 5: ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID … KESILAPAN... · 2020. 10. 26. · ii analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid rohingya: satu kajian kes di sekolah

iv

Page 6: ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID … KESILAPAN... · 2020. 10. 26. · ii analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid rohingya: satu kajian kes di sekolah

v

Page 7: ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID … KESILAPAN... · 2020. 10. 26. · ii analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid rohingya: satu kajian kes di sekolah

vi

Page 8: ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID … KESILAPAN... · 2020. 10. 26. · ii analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid rohingya: satu kajian kes di sekolah

vii

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Syukur

Alhamdulillah, dengan limpah kurnia-Nya maka projek tahun akhir (FYP) ini telah

dapat disiapkan.

Pertama sekali, saya ingin dedikasikan ucapan terima kasih yang setinggi-

tingginya kepada penyelia Projek Tahun Akhir (FYP) saya iaitu, Prof. Madya Dr.

Faridah binti Nazir, pensyarah di Kuliyyah Bahasa dan Pengurusan, Universiti Islam

Antarabangsa Malaysia. Tanpa beliau, Projek Tahun Akhir (FYP) ini tidak dapat

dihasilkan dengan jayanya. Beliau sangat komited, bersemangat dan tidak pernah lelah

dalam memberi bimbingan serta tunjuk ajar kepada saya sepanjang kajian ini

dijalankan.

Tidak dilupakan juga ucapan penghargaan dan terima kasih kepada pihak

Sekolah Pelangi Kasih, Selayang kerana mereka senang hati untuk menerima

kedatangan saya ke sekolah bagi menjalankan penyelidikan Ijazah Sarjana Muda.

Terutama sekali, guru-guru yang begitu komited dan berkerjasama dengan saya dalam

membantu mendapatkan data bagi kajian ini serta sudi berkongsi maklumat penting

mengenai murid-murid Rohingya yang saya ingini untuk mengkaji tentang mereka.

Terima kasih juga kepada ibu dan ayah saya yang sentiasa memberi dorongan

dan sekaligus membantu saya menjayakan penyelidikan ini. Selain itu, terima kasih juga

diucapkan kepada semua ahli keluarga saya yang tidak jemu memberi sokongan dan

membantu membangkitkan semangat saya dalam menyelesaikan kajian ini. Juga ucapan

terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu memberikan

idea dan buah fikiran.

Akhir kalam, sekalung penghargaan terima kasih diucapkan kepada sesiapa

sahaja yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan kajian ini.

Terima kasih atas segala dorongan semangat dan sumbangan mereka dalam segala

bentuk.

Semoga Allah S.W.T mencurahkan rahmat dan mempermudahkan segala

urusan kalian semua di dunia dan akhirat, Amin.

Balqis binti Senawi

Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa

Kuliyyah Bahasa dan Pengurusan

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Page 9: ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID … KESILAPAN... · 2020. 10. 26. · ii analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid rohingya: satu kajian kes di sekolah

viii

SENARAI KANDUNGAN

Abstrak...................................................................................................................................ii Abstract..................................................................................................................................iii

Pengesahan............................................................................................................................iv

Perakuan Keaslian Penulisan .............................................................................................v

Perakuan Hakcipta................................................................................................................vi

Penghargaan..........................................................................................................................vii

Senarai

Kandungan............................................................................................................................viii

Senarai Jadual..............................................................................................................x

Senarai Rajah...............................................................................................................xi

Senarai Gambar...........................................................................................................xii

BAB 1: PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan..........................................................................................................1

1.1.1 Faktor Geografi Negeri Rakhine............................................................3

1.2 Latar Belakang Kajian.......................................................................................6

1.2.1 Sekolah Pelangi Kasih.............................................................................9

1.2.2 Fokus Pembelajaran di Sekolah Pelangi Kasih...................................11

1.3 Pernyataan Masalah.........................................................................................16

1.4 Objektif Kajian.................................................................................................16

1.5 Persoalan Kajian..................................................................................................16

1.6 Batasan Kajian..................................................................................................17

1.6.1 Lokasi.......................................................................................................17

1.6.2 Responden...............................................................................................17

1.7 Kepentingan Kajian.........................................................................................19

1.8 Definisi Operasional........................................................................................19

1.8.1 Kesilapan Bahasa...................................................................................19

1.8.2 Bahasa Rohingya dan Bahasa Burma.............................................23

1.9 Kerangka Konseptual......................................................................................24

1.10 Kerangka Teoritikal......................................................................................26

1.11 Rumusan.........................................................................................................27

BAB 2: SOROTAN LITERATUR

2.1 Pengenalan........................................................................................................28

2.2 Kajian Lepas.....................................................................................................28

2.2.1 Kajian Pengkaji Tempatan...................................................................29

2.2.2 Kajian Pengkaji Luar Negara..............................................................34

2.3 Kesimpulan..............................................................................................38

BAB 3: METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan.......................................................................................................39

Page 10: ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID … KESILAPAN... · 2020. 10. 26. · ii analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid rohingya: satu kajian kes di sekolah

ix

3.2 Reka Bentuk Kajian.........................................................................................40

3.3 Prosedur Pengumpulan Data....................................................................40

3.3.1 Kaedah Perpustakaan..............................................................................40

3.3.2 Kaedah Lapangan....................................................................................41

3.3.3 Pemerhatian..............................................................................................41

3.3.4 Temu Bual.................................................................................................42

3.4 Instrumen Kajian...............................................................................................43

3.4.1 Rakaman Melalui Telefon Pintar...........................................................43

3.5 Teknik Penganalisisan Data.............................................................................44

3.5.1 Teknik Penganalisisan Data Objektif 1................................................44

3.5.2 Teknik Penganalisisan Data Objektif 2................................................45

3.6 Kajian Rintis.......................................................................................................45

3.7 Rumusan..............................................................................................................51

BAB 4: DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan..........................................................................................................52

4.2 Perbincangan Dapatan Kajian..........................................................................53

4.3 Analisis Ciri-Ciri Kesilapan Bahasa Dalam Pertuturan Murid-Murid

Rohingya.............................................................................................................53

4.4 Dapatan Kajian Ketika Pengajaran dan Pembelajaran Matematik.............54

4.4.1 Dapatan Kajian Pemerhatian Ikut Serta di Kelas Arif......................54

4.4.2 Dapatan Kajian Pemerhatian Ikut Serta di Kelas Bestari.................55

4.4.3 Dapatan Kajian Pemerhatian Ikut Serta di Kelas Cerdik..................57

4.5 Dapatan Kajian Ketika Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu......60

4.5.1 Dapatan Kajian Pemerhatian Ikut Serta di Kelas Bestari...................61

4.5.2 Dapatan Kajian Pemerhatian Ikut Serta di Kelas Cerdik....................64

4.5.3 Dapatan Kajian Pemerhatian Ikut Serta di Kelas Dinamik................68

4.6 Dapatan Kajian Faktor-Faktor Kesilapan Bahasa.........................................70

4.6.1 Faktor Kejahilan......................................................................................72

4.6.2 Faktor Gangguan Bahasa........................................................................73

4.6.3 Faktor Gangguan Psikologi....................................................................74

4.6.4 Faktor Persekitaran.................................................................................76

4.7 Kesimpulan.........................................................................................................78

BAB 5: PERBINCANGAN, IMPLIKASI, CADANGAN

5.1 Pengenalan..........................................................................................................79

5.2 Perbincangan.......................................................................................................79

5.3 Implikasi..............................................................................................................82

5.4 Cadangan.............................................................................................................84

5.5 Rumusan..............................................................................................................85

BIBLIOGRAFI...........................................................................................................86

LAMPIRAN................................................................................................................88

Page 11: ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID … KESILAPAN... · 2020. 10. 26. · ii analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid rohingya: satu kajian kes di sekolah

x

SENARAI JADUAL

Jadual Halaman

4.1 Ayat Kesilapan Bahasa Dalam Pertuturan Murid-Murid

Kelas Bestari 55

4.2 Ayat Kesilapan Bahasa Dalam Pertuturan Murid-Murid

Kelas Cerdik 57

4.3 Ayat Kesilapan Bahasa Dalam Pertuturan Murid-Murid

Kelas Bestari 61

4.4 Ayat Kesilapan Bahasa Dalam Pertuturan Murid-Murid

Kelas Cerdik 65

4.5 Ayat Kesilapan Bahasa Dalam Pertuturan Murid-Murid

Kelas Dinamik 68

Page 12: ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID … KESILAPAN... · 2020. 10. 26. · ii analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid rohingya: satu kajian kes di sekolah

xi

SENARAI RAJAH

Rajah Halaman

1.1 Kerangka Konseptual 25

1.2 Kerangka Teoritikal 26

Page 13: ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID … KESILAPAN... · 2020. 10. 26. · ii analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid rohingya: satu kajian kes di sekolah

xii

SENARAI GAMBAR

Gambar Halaman

1.1 Peta Negeri Arakan/ Rakhine 4

1.2 Bangunan Sekolah Pelangi Kasih, Selayang 14

1.3 Logo Sekolah Pelangi Kasih, Selayang 14

1.4 Murid-Murid Lelaki Rohingya 15

1.5 Guru-Guru Sekolah Pelangi Kasih, Selayang 15

3.1 Situasi Murid-Murid di Kelas Dinamik 48

3.2 Pengkaji Bersama Guru Bahasa Melayu, Puan

Nurul Huda binti Abdul Rahim 48

3.3 Murid-Murid di Dalam Kelas Cerdik 49

3.4 Pengkaji Bersama Guru Matematik, Encik Hanif

bin Mahpa dan Murid-Murid di Dalam Kelas Cerdik 49

3.5 Murid-Murid Perempuan di Dalam Kelas Bestari 50

3.6 Pengkaji Bersama Guru Bahasa Melayu, Encik

Ahmad Adli bin Anuar dan Murid-Murid Dari Kelas

Dinamik 50

3.7 Pengkaji Bersama dengan Dua Orang Responden Yang

Telah Ditemu Bual, Iaitu Hakim dan Habibarahman 51

4.1 Contoh Soalan Ujian Matematik 54

Page 14: ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID … KESILAPAN... · 2020. 10. 26. · ii analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid rohingya: satu kajian kes di sekolah

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Istilah Rohingya diperoleh daripada perkataan Rohang/ Roshang/ Rohai, nama lama

Arakan. Terletak di timur tenggara antara Burma dengan Bangladesh. Di Arakan,

jumlah populasi bagi penduduk sebanyak 5 juta orang, separuh daripadanya adalah

Muslim. Sejarah Islam datang ke Asia Tenggara adalah melalui jalan laut oleh para

ahli sufi dan pedagang. Muslim Arakan juga merupakan bangsa yang berasal dari

keturunan awal kaum Muslim. Mereka adalah keturunan Arab Muslim, Pathans,

Moors, Parsi, Turki, Afghans, Mughals dan Bengali yang kebanyakannya menjadi

pedagang dan tentera. Pedagang-pedagang dan tentera ini datang melalui jalan darat

dan laut. Kedudukan Arakan yang terletak berhampiran dengan laut menjadi tempat

persinggahan utama kepada pedagang-pedagang Islam. Ada sebahagian pedagang-

pedagang Arab yang singgah di Arakan lalu berkahwin dengan masyarakat tempatan

dan menetap di sana.

Pada tahun 2017 yang lalu, kira-kira 1.1 juta orang Islam berbangsa Rohingya

menetap di seluruh Asia Tenggara. Puak ini bertutur dengan menggunakan bahasa

Rohingya atau Ruaingga, iaitu satu jenis dialek yang jauh berbeza dengan dialek lain

di negeri Arakan. Namun begitu, kerajaan Myanmar hanya mengiktiraf kewujudan

135 etnik lain seperti Karen, Chin dan Mon tetapi tidak untuk bangsa Rohingya.

Page 15: ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID … KESILAPAN... · 2020. 10. 26. · ii analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid rohingya: satu kajian kes di sekolah

2

Kehilangan identiti oleh masyarakat Rohingya ini terjadi setelah mereka melarikan

diri ke Bangladesh sewaktu berlakunya Perang Etnik pada tahun 1942. Setelah mereka

kembali semula ke Myanmar, dasar negara sudah berubah. Akibatnya, mereka tidak lagi

diakui sebagai rakyat negara Myanmar. Mereka menjadi pengemis yang tidak bernilai

di negara sendiri. Malahan, ketika kerajaan Ne Win berkuasa, pihak tentera yang sedang

berhadapan dengan pemberontakan komunis dan etnik cuba untuk menjadikan isu

Rohingya sebagai isu yang tidak begitu penting.

Mereka tidak diterima langsung oleh kerajaan dan rakyat Myanmar kerana

bagi mereka, Rohingya adalah rakyat yang berasal dari Benggal (Bangladesh). Begitu

juga bagi rakyat Bengali yang menganggap penduduk-penduduk Rohingya ini adalah

rakyat Burma/Myanmar. Hal ini jelas terbukti apabila pada tahun 1982, Undang-

undang Kewarganegaraan Burma (Citizenship Act of Burma) mula diperkenalkan.

Akta ini diluluskan oleh Ne Win yang bermisi untuk menghapuskan terus etnik

Rohingya dari peta negara Myanmar. Situasi ini telah memberi kesan kepada

Kementerian Luar Myanmar untuk tidak mengiktiraf Rohingya sebagai sebahagian

daripada kumpulan etnik yang lain di negara itu.

Undang-undang Kerakyatan Myanmar baharu diluluskan secara berat-sebelah

menjadikan orang-orang Rohingya ini hidup di negara sendiri tanpa hak kerakyatan

atau kewarganegaraan. Di bawah undang-undang inilah, sekaligus menampakkan

Rohingya tidak sesekali diiktiraf sebagai satu daripada 135 etnik yang diiktiraf di

Myanmar. Dengan kewujudan akta ini jugalah yang memberi autoriti kepada pihak

Kementerian Luar Myanmar untuk tidak mengiktiraf Rohingya sebagai sebahagian

daripada kumpulan etnik di Myanmar.

Oleh itulah, tanpa kerakyatan yang jelas terhadap bangsa Rohingya

menyebabkan mereka didiskriminasi dan penganiayaan terhadap mereka berlaku atas

Page 16: ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID … KESILAPAN... · 2020. 10. 26. · ii analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid rohingya: satu kajian kes di sekolah

3

dasar etnik. Selepas rampasan kuasa tentera pada tahun 1962 di Myanmar, semua

warganegara diwajibkan untuk mendapatkan kad pengenalan warganegara Myanmar.

Rohingya satu-satunya yang diberi kad pengenalan luar yang membataskan mereka

untuk mendapatkan peluang pekerjaan dengan baik. (Berita Harian, 2017)

1.1.1 Faktor Geografi Negeri Rakhine

Negeri Rakhine atau dikenali sebagai negeri Arakan yang terletak di kawasan barat

Burma, timur Teluk Bengal dan di sempadan dengan Bangladesh. Negeri ini

berukuran 14.200 batu persegi (sedikit lebih besar dari Negeri Maryland), dengan

anggaran populasi (pra-krisis) sebanyak 3.2 juta.

Kumpulan etnik terbesar di negeri Rakhine ialah Rakhine (atau Arakan),

kebanyakannya daripada masyarakat Buddha Theravada. Kumpulan etnik terbesar

berikutnya ialah Rohingya yang majoriti komuniti Muslim Sunni yang bermukim di

sana. Kumpulan etnik lain yang tinggal di Rakhine termasuklah Bamar, Chin,

Daingnet, Hindu, Kamar (juga Muslim Sunni), Magyi, Mro, dan Thet. Pelbagai

sumber menganggarkan penduduk Rohingya di Rakhine dalam jumlah 1.0 juta-1.1

juta; penduduk etnik Rakhine diperkirakan hampir 2 juta orang. Kebanyakan

Rohingya tinggal di perbandaran utara Rakhine, kawasan Buthidaung, Maungdaw,

Rathedaung, dan Kyauktaw.

Menurut sejarah daripada kaum Rohingya, nenek moyang mereka telah tinggal

di negeri Rakhine utara sejak sekurang-kurangnya abad ke-9. Sebelum rampasan

kuasa tentera pada tahun 1962 berlaku, Rohingya adalah warganegara Burma dan

terpilih untuk Parlimen Burma yang dapat berkhidmat dengan pihak kerajaan

seterusnya dapat menjadi pegawai tentera. Selepas rampasan kuasa, pemimpin tentera

Burma memulakan dasar diskriminasi terhadap sistem Rohingya, dan menjalankan

Page 17: ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID … KESILAPAN... · 2020. 10. 26. · ii analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid rohingya: satu kajian kes di sekolah

4

kempen ketenteraan untuk mengusir keluar Rohingya dari peta Burma/Myanmar.

Sebagai contohnya, pada tahun 1978 di bawah kekuasaan Jeneral Ne Win, tentera

Burma menakluki seluruh negeri Rakhine utara sebagai sebahagian daripada Operasi

Raja Naga. Mereka telah mengusir keluar masyarakat Rohingya ke Bangladesh dalam

anggaran 200,000-250,000 orang. Pada tahun 1982, junta tentera Burma telah

mengisytiharkan Undang-undang Kewarganegaraan yang secara jelasnya melucutkan

hak Rohingya daripada kewarganegaraan mereka. Undang-undang Kewarganegaraan

1982 masih berkuatkuasa sehingga kini.

Gambar 1.1 : Peta Negeri Arakan/ Rakhine

Sumber : https://reliefweb.int/organization/mimu

Walau bagaimanapun, hubungan penduduk di negeri Rakhine di antara

majoriti penduduk Rakhine dan minoriti penduduk Rohingya telah berkecamuk dalam

tempoh hidup masa mereka bersama. Kependudukan Rakhine dan desa Rohingya

sering berdekatan antara satu sama lain melalui hubungan interaksi sosial dan ekonomi

yang kerap. Kekerasan antara etnik selalunya terjadi apabila ahli-ahli satu kumpulan

Page 18: ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID … KESILAPAN... · 2020. 10. 26. · ii analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid rohingya: satu kajian kes di sekolah

5

etnik didakwa menganiaya anggota kumpulan etnik yang lain. Hal ini sedemikian

telah menimbulkan aktiviti-aktiviti keganasan antara puak etnik pada bulan Jun hingga

Oktober 2012, yang mengakibatkan berpuluh-puluh kematian. Kira-kira 200,000

Rohingya melarikan diri ke Bangladesh, dan 120,000 lagi Rohingya menjadi pelarian

(IDP) yang tinggal di kem pelarian di negeri Rakhine. (Bruce Vaughn, 2017).

Kebanyakan pelarian Rohingya telah berlindung di kawasan berhampiran

dengan negara Bangladesh, yang mempunyai sumber dan tanah terhad untuk menjadi

tuan rumah kepada golongan pelarian. Lebih daripada 1.1 juta orang adalah pelarian

yang menetap di negara ini. Menurut pihak berkuasa Bangladesh, Pertubuhan

Kesihatan Dunia telah mengeluarkan data jumlah kelahiran bayi sebanyak 60,000 di

kem-kem pelarian di Bangladesh pada tahun 2018. Sementara itu, risiko penyakit

wabak di kem-kem tersebut adalah tinggi. Organisasi kesihatan memberi amaran

kemungkinan penyakit yang berlaku adalah seperti wabak tetanus, campak, dan

difteri. Tambahan pula, hampir lebih 60% bekalan air yang ada di kem-kem pelarian

tercemar dan boleh meningkatkan risiko penyebaran penyakit menular, iaitu penyakit

bawaan air. Pada November 2017, Myanmar dan Bangladesh menandatangani

perjanjian untuk penghantaran pulang ribuan pelarian.

Seterusnya, di Malaysia sehingga Oktober 2018, terdapat kira-kira 80,000

orang Rohingya berada di sini. Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),

walaupun masih ada puluhan ribu pelarian Rohingya yang berada di negara ini tidak

berdaftar. Namun, pelarian Rohingya yang selamat tiba di Malaysia juga tidak

mempunyai hak undang-undang dan tidak dapat bekerja. Mereka terpaksa

Page 19: ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID … KESILAPAN... · 2020. 10. 26. · ii analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid rohingya: satu kajian kes di sekolah

6

meninggalkan keluarga mereka dan dihalangi daripada mendapatkan akses kepada

pendidikan serta penjagaan kesihatan yang baik.

Di samping itu, negara Thailand pula adalah hab penyeludupan manusia

serantau dan berfungsi sebagai tempat transit biasa untuk Rohingya. Para pendatang

sering datang ke sana dengan bot dari Bangladesh atau Myanmar sebelum mereka

terus berjalan kaki ke Malaysia dengan menggunakan bot ke Indonesia atau Malaysia.

Walau bagaimanapun, pelarian Rohingya juga mencari perlindungan di Indonesia.

Meskipun, jumlah pelarian dari Myanmar masih ada yang jumlahnya kecil kerana

mereka dianggap sebagai pendatang asing tanpa izin (PATI). Indonesia telah

menyelamatkan bot-bot migran di luar pesisiran pantai. Indonesia juga telah

menghantar bantuan kemanusiaan dan bekalan ke kem-kem pelarian di Bangladesh.

Presiden Indonesia, Joko Widodo semasa lawatan ke kem pelarian di Bangladesh pada

Januari 2018 telah menjanjikan untuk menyalurkan lebih banyak bantuan kepada

mereka.

1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

Sehingga akhir April 2019, terdapat kira-kira 90,200 pelarian Rohingya yang berdaftar

dengan Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian

(UNHCR) di Malaysia. Populasi yang besar adalah dalam kalangan kanak-kanak.

Kanak-kanak pelarian Rohingya ini didiskriminasi berhubung dengan sektor

pendidikan.

Kesannya di Malaysia, kanak-kanak pelarian tidak mendapat kemudahan

untuk memperoleh pendidikan formal seperti kanak-kanak yang lain. Sebaliknya, kos

pendidikan swasta sering terlalu mahal, menjadikannya tidak terjangkau untuk

komuniti ini menanggung beban. Ketidakbolehan akses kepada pendidikan yang baik,

Page 20: ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID … KESILAPAN... · 2020. 10. 26. · ii analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid rohingya: satu kajian kes di sekolah

7

beribu-ribu kanak-kanak Rohingya terdedah kepada aktiviti pemerdagangan manusia,

masalah sosial dan buta huruf.

Di samping itu, kanak-kanak pelarian Rohingya yang bermukim dan belajar di

Malaysia diwajibkan untuk mempelajari bahasa Melayu. Hal ini demikian kerana,

bahasa merupakan alat perhubungan komunikasi yang sangat utama untuk setiap

manusia. Melalui bahasa manusia dapat saling mendekati antara satu sama lain.

Sementara itu, bahasa Melayu diangkat martabat lebih tinggi setelah kemerdekaan

negara Malaysia pada 31 Ogos 1957 untuk menjadi bahasa kebangsaaan dan bahasa

rasmi negara seperti yang termaktub dalam Akta 152 Perlembagaan Negara. Akta

Bahasa Kebangsaan 1967 telah menetapkan penggunaan bahasa Melayu dalam setiap

urusan rasmi. Di samping itu, bahasa Melayu mempunyai beberapa fungsi utama yang

lain, iaitu bahasa Melayu sebagai bahasa pengantaraan bagi masyarakat yang

berbilang kaum di negara Malaysia.

Hal ini menunjukkan bahawa, bahasa Melayu dapat menjadi instrumen penting

untuk menyatupadukan masyarakat majmuk dalam proses mencapai arus perpaduan

negara dan wawasan 2020. Menurut Laporan Kabinet (1982), bahasa Melayu telah

digunakan dengan begitu meluas tersebar di sekolah-sekolah pada peringkat rendah,

dan menengah, mahupun peringkat pengajian tinggi seperti di Institusi Pengajian

Tinggi Awam (IPTA) pada tahun 1978. Dalam Penyata Razak (1956), telah termaktub

kewajiban penggunaan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan di Malaysia dan

masih berkuatkuasa sehingga kini.

Pada peringkat persekolahan, penguasaaan terhadap bahasa Melayu sangat

penting diterapkan dalam pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Terdapat

beberapa tahap penguasaan kemahiran berbahasa yang perlu diikuti oleh murid-murid.

Kemahiran berbahasa dalam pendidikan meliputi empat aspek utama, iaitu kemahiran

Page 21: ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID … KESILAPAN... · 2020. 10. 26. · ii analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid rohingya: satu kajian kes di sekolah

8

bertutur, menulis, dan membaca, dan mendengar. Setiap kemahiran berbahasa ini

perlu diajar sejak dari sekolah rendah lagi sebagai teras utama kepada penguasaaan

bahasa Melayu baku.

Namun, Asmah Hj. Omar (2009:89) turut menegaskan bahawa pengajaran

bahasa Melayu tidak terhad sekadar mencapai matlamat untuk bertutur, membaca,

memahami, dan menulis karangan yang mudah tetapi taraf pencapaiannya harus lebih

daripada itu. Penutur perlulah mampu untuk mengungkapkan idea yang tinggi dalam

bahasa Melayu juga. Oleh itu, sering kali tahap penguasaan bahasa daripada golongan

murid yang tertentu dapat dikenal pasti dan dikesan selepas mereka menamatkan alam

persekolahan dan selepas itu terbabit dalam mengharungi aktiviti kehidupan sebenar.

(Zulkifley Hamid, 2012:224)

Selain itu, penguasaaan bahasa Melayu tidak hanya terikat kepada proses

pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas sahaja. Namun, ketika seseorang penutur

bahasa ingin menguasai sesuatu bahasa, aspek komunikasi juga penting untuk dikuasai

oleh para murid. Berdasarkan pandangan daripada Nik Hassan Basri (2003) dan

Mahzan Arshad (2008), kemahiran berinteraksi merupakan kemampuan seseorang itu

dapat berkongsi idea, menyampaikan mesej dan perasaan antara sesama manusia.

Kemahiran bertutur ialah kemampuan untuk mengucapkan kata-kata atau bunyi untuk

bertujuan mengekspresikan, menyatakan gagasan, dan meluahkan perasaan. (Tarigan,

1981:15).

Oleh itulah, kemampuan untuk bertutur atau bercakap dengan menggunakan

bahasa yang baik mestilah merangkumi aspek perilaku yang dihubungkan terus

dengan kecekapan linguistik atau bahasa bagi menyalurkan idea atau saranan yang

bernas daripada penutur kepada lawan tutur. Tambahan pula, penyelidikan yang telah

Page 22: ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID … KESILAPAN... · 2020. 10. 26. · ii analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid rohingya: satu kajian kes di sekolah

9

dijalankan oleh pengkaji ialah untuk mengukur tahap penguasaaan bahasa Melayu

dalam pertuturan murid-murid Rohingya di Sekolah Pelangi Kasih, Selayang.

1.2.1 Sekolah Pelangi Kasih

Sekolah Pelangi Kasih (Rainbow of Love Learning Centre) merupakan sebuah sekolah

yang dikendalikan oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang mula ditubuhkan pada

tahun 2016. Sekolah ini memberi pendidikan khusus kepada murid pelarian Rohingya

di Malaysia. Setakat Disember 2018, jumlah pelarian Rohingya telah mencatatkan

statistik sebanyak 160,000 orang. Jumlah yang terbesar termasuklah dalam kalangan

kanak-kanak. Oleh itulah, objektif utama sekolah ini dibina ialah untuk memberi

pendidikan yang sepatutnya terhadap kanak-kanak pelarian Rohingya yang berada di

Malaysia. Terutamanya, kanak-kanak pelarian Rohingya di sekitar Selayang dan

Gombak.

Sekolah Pelangi Kasih ialah sebuah pusat pendidikan tidak rasmi yang diiktiraf

oleh UNHCR Malaysia pada tahun 2016. Hal ini bertepatan dengan fungsi penubuhan

UNHCR itu sendiri. Sepertimana, menurut pernyataan yang dikemukakan oleh

Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk Pelarian, Sadako Ogata, “Dua fungsi utama UNHCR

adalah untuk memberikan perlindungan antarabangsa kepada pelarian dan mencari

jalan penyelesaian bagi permasalahan yang dihadapi oleh mereka. Di bawah undang-

undang Malaysia, kanak-kanak yang tidak berdokumen dilarang daripada berdaftar di

sekolah-sekolah awam.

Di Myanmar, pendaftaran dalam sektor pendidikan di semua peringkat telah

berkembang, namun kualiti telah menurun. Kerajaan mendakwa bahawa mereka yang

mendaftar dalam eduaksi utama berada pada tahap peratusan 90%, tetapi The United

Page 23: ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID … KESILAPAN... · 2020. 10. 26. · ii analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid rohingya: satu kajian kes di sekolah

10

Nations International Childen’s Emergency Fund (UNICEF) mencatatkan bahawa

kemungkinan 50 peratus murid tidak menyelesaikan pengajian di peringkat sekolah

rendah kerana keadaan kelas yang penuh sesak dan gaji guru yang kurang dibayar.

Hanya dalam peratusan kecil sahaja murid-murid pergi belajar sampai ke tahap

sekolah menengah (10 tahun adalah jumlah pengajaran peringkat kedua, tidak

termasuk tadika). Institusi peringkat tinggi dan universiti, jumlah pendaftaran pelajar

telah meningkat (siswazah diturunkan ke kampus di pinggir Yangon). Walau

bagaimanapun, pelajar masih dalam "Pengajian Jarak Jauh", yang membuatkan

mereka tidak berada di dalam kampus. Malah, pelajar-pelajar ini berpotensi

menimbulkan masalah kepada pihak kerajaan. (David, 2010)

Oleh itulah, di Malaysia dengan kewujudan Sekolah Pelangi Kasih dapat

menyokong hak kanak-kanak untuk pendidikan dan bertujuan menyediakan

pendidikan yang baik kepada kanak-kanak pelarian Rohingya yang tidak mampu

untuk bersekolah dengan baik di negara ini. Di sekolah Pelangi Kasih telah disediakan

pembelajaran akademik dan agama kepada murid-murid. Pada waktu pagi setiap hari

persekolahan, mereka belajar subjek bahasa Inggeris, Matematik, Sains, dan bahasa

Melayu. Manakala pada waktu petang pula, murid-murid di sekolah ini didedahkan

dengan ilmu-ilmu akhirat seperti Al-Quran, Tajwid, Tauhid, Sirah dan Akhlak.

Di samping itu, setiap minggu pada hari Rabu, murid-murid ini wajib

melibatkan diri dalam kelas vokasional atau dikenali sebagai kelas skil yang mampu

mengasah bakat mereka dalam bidang kemahiran di samping mempelajari ilmu yang

teras. Antara bidang kemahiran yang diajarkan kepada murid-murid ini ialah kelas

jahitan, memasak, melukis, dan lain-lain lagi.

Sekolah ini dikendalikan sepenuhnya oleh Human Aid Selangor (Persatuan

Bantuan Kemanusiaan Selangor) yang telah berdaftar dengan pihak Jabatan Kebajikan

Page 24: ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID … KESILAPAN... · 2020. 10. 26. · ii analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid rohingya: satu kajian kes di sekolah

11

Masyarakat (JKM) dan bukan keuntungan yang dikawal selia di bawah Akta

Pertubuhan Bukan Kerajaan 2016. Tambahan pula, terdapat Pertubuhan Bukan

Kerajaan (NGO) yang lain juga terbabit dalam memberi bantuan-bantuan kepada

kanak-kanak Rohingya dan masyarakat Rohingya yang bermastautin di sekitar

kawasan Selayang dan Kuala Lumpur. Antara Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)

yang terbabit ialah Islamic Medical Association of Malaysia Response and Relief

Team (IMARET), Humanity Without Borders (HWB Charity), dan Islamic Dental

Association of Malaysia (IDAM).

1.2.2 Fokus Pembelajaran di Sekolah Pelangi Kasih

Program Pendidikan Rendah di Sekolah Pelangi Kasih menekankan aspek

pembelajaran melalui pengetahuan, permainan, interaksi dan pemikiran yang

ekspresif. Guru-guru juga dilatih untuk memantau minat murid-murid terhadap

sesuatu ilmu baharu dan membina pengalaman pembelajaran mereka dengan

sewajarnya. Setiap ruang bilik darjah ditubuhkan untuk mempromosikan

pembelajaran penerokaan secara aktif dan bahan-bahan yang meneroka konsep

hidupan dunia seperti bahasa, geografi, ungkapan, dan sebagainya lagi.

Kanak-kanak berumur 6-12 tahun dipisahkan ke dalam kumpulan yang

berlainan berdasarkan tahap kemajuan dan minat pembelajaran yang berbeza

mengikut pendekatan yang sama sekali tidak sama dengan cara tumbesaran dan gaya

pembelajaran setiap kanak-kanak. Kumpulan pembelajaran secara bercampur antara

pelajar lelaki dan perempuan turut digalakkan bagi mewujudkan pembelajaran secara

Page 25: ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID … KESILAPAN... · 2020. 10. 26. · ii analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid rohingya: satu kajian kes di sekolah

12

koperatif dan kemahiran interaksi sosial yang lebih baik serta perkembangan

pemikiran kritis mereka pada usia muda.

Melalui permainan dan penerokaan kreatif, pihak sekolah menggalakkan

pendekatan pemikiran sosial terhadap pembelajaran yang penting untuk kanak-kanak

dari pelbagai lapisan kehidupan. Ketika waktu lapang, pelajar diberikan ruang dan

kesempatan untuk membabitkan diri dalam pelbagai aktiviti yang lain seperti

membaca, melukis dan bermain kreatif.

Selain itu, Sekolah Pelangi Kasih menggunakan sukatan pelajaran akademik

dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KSSR) dan UNHCR Malaysia ditambah

dengan kaedah dari program Waldorf dan Yayasan Universiti Taylors. Murid-murid

menduduki penilaian akhir bersamaan dengan piawaian UPSR. Bahasa pengantar

utama yang digunakan di sekolah ini ialah bahasa Melayu. Bidang-bidang

pembelajaran penting yang perlu murid-murid dalam peringkat ini ceburi ialah:

a) Pengucapan Awam dan Pemikiran Bebas

b) Penulisan dan Bahasa Ekspresif

c) Interaksi Sosial dan Penjagaan diri

d) Kesenian, Sukan dan Kebudayaan

Pada peringkat menengah, murid-murid diajarkan dalam diri mereka untuk

terus memupuk kecintaan terhadap pembelajaran, pembangunan kemerdekaan,

tumpuan, dan penguasaan kemahiran melalui pembelajaran aktif dalam kurikulum

yang diubah suai oleh pihak sekolah.

Murid-murid pada peringkat ini boleh menyertai dalam aktiviti yang

menumpukan kepada kemahiran membangun pemikiran kritis dan rasional,

membolehkan mereka meneruskan minat mereka yang semakin menebal dalam diri

yang mampu meningkatkan kebolehan kolaboratif serta mengembangkan rasa percaya

Page 26: ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID … KESILAPAN... · 2020. 10. 26. · ii analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid rohingya: satu kajian kes di sekolah

13

diri yang kuat. Penekanan diberikan kepada pembelajaran vokasional berasaskan

kemahiran hidup, program pembangunan diri, Penjagaan Alam Sekitar, Seni & Kraf,

Sukan, dan lain-lain lagi. Mata pelajaran lain seperti bahasa Inggeris,

Matematik,bahasa Melayu, bahasa Arab dan Sains turut menjadi teras utama

pembelajaran mereka.

Secara hakikatnya, ramai anak-anak pelarian menghadapi masalah pada

peringkat ini untuk mendapatkan penempatan dalam pendidikan tinggi formal di

negara ini. Hal ini kerana, pendidikan terus dikekang untuk mereka.

Oleh sebab itulah, di sekolah ini mereka diajarkan untuk menguasai beberapa

bidang pembelajaran utama seperti berikut:

a) Kemahiran Vokasional

b) Latihan Keusahawanan

c) Pembangunan Peribadi

d) Pemikiran Kritikal dan Logik

e) Pembelajaran Holistik

Page 27: ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID … KESILAPAN... · 2020. 10. 26. · ii analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid rohingya: satu kajian kes di sekolah

14

Gambar 1.2 : Bangunan Sekolah Pelangi Kasih, Selayang

Sumber : Sekolah Pelangi Kasih (2019)

Gambar 1.3 : Logo Sekolah Pelangi Kasih, Selayang

Sumber : https://www.lookp.com/rainbow-of-love-pelangi-kasih

Page 28: ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID … KESILAPAN... · 2020. 10. 26. · ii analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid rohingya: satu kajian kes di sekolah

15

Gambar 1.4 : Murid-Murid Lelaki Rohingya

Sumber : Sekolah Pelangi Kasih (2019)

Gambar 1.5 : Guru-Guru Sekolah Pelangi Kasih, Selayang

Sumber :

https://www.launchgood.com/project/ramadhanhope_rohingya_school_in_malaysia#

!/

Page 29: ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID … KESILAPAN... · 2020. 10. 26. · ii analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid rohingya: satu kajian kes di sekolah

16

1.3 PERNYATAAN MASALAH

Kajian terhadap kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid Rohingya ini

dilakukan oleh pengkaji kerana telah timbul beberapa faktor yang boleh menyebabkan

penguasaan bahasa Melayu yang lemah dalam kalangan mereka. Hal ini disebabkan

oleh, murid Rohingya yang dikaji bukanlah berasal dalam kalangan penutur asli bahasa

Melayu itu sendiri tetapi mereka hanya menuturkan bahasa ibunda mereka, iaitu bahasa

Burma dan bahasa Rohingya. Sudah tentu, serba sedikit pasti akan wujud kesilapan

bahasa dalam pertuturan mereka. Sementelah, penutur asli bahasa Melayu juga belum

tentu mampu bertutur dengan menggunakan bahasa Melayu dengan baik. Maka,

disebabkan inilah, pengkaji tertarik untuk menjalankan kajian terhadap murid-murid

Rohingya berbanding murid-murid penutur asli bahasa Melayu.

1.4 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini mempunyai objektif seperti yang berikut:

a) Mengenal pasti ciri-ciri kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid Rohingya di

Sekolah Pelangi Kasih.

b) Membanding beza faktor-faktor kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid

Rohingya di Sekolah Pelangi Kasih.

1.5 PERSOALAN KAJIAN

Kajian ini memfokuskan pada pencarian jawapan bagi soalan-soalan yang berikut:

a) Apakah ciri-ciri kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid Rohingya?

Page 30: ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID … KESILAPAN... · 2020. 10. 26. · ii analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid rohingya: satu kajian kes di sekolah

17

b) Sejauhmanakah faktor-faktor kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid

Rohingya?

1.6 BATASAN KAJIAN

Bahagian ini membincangkan beberapa bahagian seperti lokasi dan responden.

1.6.1 Lokasi

Kajian ini dijalankan di Sekolah Pelangi Kasih yang beralamat No. 14 Jalan 4, Taman

Selayang Baru, 68100 Batu Caves, Selayang. Sekolah ini dipilih berdasarkan keinginan

yang menebal dalam diri pengkaji untuk mengkaji kesilapan bahasa dalam pertuturan

murid-murid Rohingya di sekolah ini. Sementara itu, Sekolah Pelangi Kasih merupakan

sebuah sekolah yang dikendalikan di bawah Pertubuhan-pertubuhan Bukan Kerajaan

(NGO) dengan kerjasama daripada United Nations High Commisioner for Refugees

(UNHCR), juga dikenali sebagai Agensi Pelarian Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu.

Bantuan yang disalurkan oleh UNHCR kepada kanak-kanak pelarian Rohingya di

Malaysia ialah menyediakan pendidikan khusus untuk mereka. Oleh itulah, kajian ini

terbatas pada kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid Rohingya di Sekolah

Pelangi Kasih.

1.6.2 RESPONDEN

Kajian ini dijalankan dalam kalangan murid-murid yang terdiri daripada bangsa

Rohingya. Seramai 24 orang murid yang dipilih secara rawak oleh pengkaji untuk

mendapatkan data semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas

Page 31: ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID … KESILAPAN... · 2020. 10. 26. · ii analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid rohingya: satu kajian kes di sekolah

18

bahasa Melayu dan Matematik. Pengkaji memilih untuk memasuki dua kelas yang

berbeza kerana pengkaji mendapati bahawa, bagi mengumpul data tidak akan

mencukupi dengan memasuki kelas subjek bahasa Melayu sahaja. Hal ini akan

menyebabkan kesukaran bagi pengkaji untuk membuat perbandingan terhadap data

yang dikumpul jika tiga buah kelas dalam subjek bahasa Melayu yang dikaji.

Di samping itu, kajian ini memfokuskan kepada 24 orang murid-murid

Rohingya yang terdiri daripada dua orang murid perempuan dan dua orang murid lelaki

bagi setiap sesi. Di Sekolah Pelangi Kasih, terdapat tiga sesi waktu pengajaran dan

pembelajaran bahasa Melayu dijalankan. Pembahagian kelas dibahagikan mengikut

tahap pencapaian murid-murid Rohingya. Bermula dari pencapaian murid yang rendah,

sederhana, dan tinggi. Setiap sesi berdurasi satu jam dan murid-murid dibahagikan

mengikut peringkat pencapaian mereka di dalam kelas.

Bagi mendapatkan maklumat, pengkaji memilih kelas bahasa Melayu dan

Matematik. Dua orang guru telah pengkaji temui bagi meminta bantuan daripada

mereka iaitu, Encik Ahmad Adli bin Anuar (guru subjek Bahasa Melayu ) dan Encik

Hanif bin Mahpa (guru subjek Matematik). Sesi soal jawab antara guru dan murid-

murid dijalankan dalam kelas yang dikaji seperti kelas Arif, Bestari, Cerdik, dan

Dinamik. Hal ini bagi memudahkan pengkaji untuk merakam setiap kesilapan bahasa

dalam pertuturan murid-murid di dalam kelas tersebut. Seterusnya, bagi menambahkan

data kajian ini, pengkaji turut serta membuat pemerhatian semasa berlangsungnya

perbincangan dalam kumpulan murid-murid selama tiga kali pertemuan pada hari dan

tarikh yang berbeza. Kajian pertama dilakukan sebagai kajian rintis bagi membolehkan

pengkaji menyesuaikan dengan instrumen kajian yang telah dipilih untuk digunakan

dalam penyelidikan.

Page 32: ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID … KESILAPAN... · 2020. 10. 26. · ii analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid rohingya: satu kajian kes di sekolah

19

1.7 KEPENTINGAN KAJIAN

Melalui penelitian dan penghasilan data yang dikumpul, kajian ini ternyata berbeza

dengan kajian-kajian yang lepas kerana hasil daripada beberapa sumber yang dicari oleh

pengkaji tentang kesalahan bahasa, setakat ini pengkaji masih belum menemui kajian

yang dilakukan terhadap murid Rohingya. Pengkaji mendapati bahawa, kajian-kajian

lepas lebih berfokuskan pada kesalahan bahasa dalam kalangan murid berbangsa

Melayu di Malaysia. Oleh itulah, pengkaji memutuskan untuk membuat kajian yang

lebih berfokuskan terhadap murid-murid pelarian Rohingya. Setelah pengkaji

mendapati masih belum ada pengkaji yang dijumpai oleh pengkaji yang membuat kajian

kesilapan bahasa terhadap murid-murid Rohingya.

1.8 DEFINISI OPERASIONAL

Bahagian ini menghuraikan definisi operasional bagi istilah yang digunakan dalam

kajian ini. Hal ini bagi memperincikan perbincangan yang timbul. Bahagian ini

menghuraikan konsep-konsep utama kajian ini, iaitu kesilapan bahasa, bahasa

Rohingya dan bahasa Burma.

1.8.1 Kesilapan Bahasa

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994), analisis kesilapan bahasa bermaksud

penghuraian sesuatu perkara untuk mengetahui asal-usulnya, baik dan buruknya atau

mengkaji suatu perbuatan yang salah atau apa-apa yang silap dalam suatu kata-kata

yang disusun mengikut tatabahasa dan digunakan oleh seseorang dalam pertuturan atau

penulisan. Pernyataan ini diperkuatkan lagi oleh Corder (1990:62) dengan mengatakan

bahawa, semua orang yang belajar bahasa pasti tidak akan lepas daripada berbuat

Page 33: ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID … KESILAPAN... · 2020. 10. 26. · ii analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid rohingya: satu kajian kes di sekolah

20

kesilapan.(Noor Aziah, 2004). Berikut merupakan beberapa aspek kesilapan bahasa

yang sering terjadi:

a) Aspek Kesilapan Perkataan

Kesilapan perkataan selalunya terlibat dalam aspek morfem. Morfem ialah unit terkecil

yang menjadi unsur perkataan. Kesalahan aspek unsur perkataan atau juga dikenali

sebagai aspek morfologi, merupakan aspek kesalahan yang paling banyak dilakukan.

Kebanyakan kesilapan ini berlakunya dalam kesilapan penggunaan imbuhan kata kerja

meN-, ter-, di-, memper-, -kan. Dari segi perbendaharaan kata, kesilapan sering berlaku

apabila penggunanya sering menggunakan perbendaharaan kata yang tidak tepat

dengan struktur ayat kerana kurang penguasaan perbendaharaan bahasa pertama.

b) Aspek Kesilapan Struktur Ayat

Kesilapan struktur ayat atau juga dikenali sebagai sintaksis, iaitu cabang ilmu bahasa

yang mengkaji bentuk ayat, struktur ayat, dan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis

bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat malah hukum-hukum yang menentukan

bagaimana perkataan disusun dalam ayat juga. Kesilapan sintaksis merupakan

kesilapan binaan bahasa yang jauh daripada struktur ayat yang betul dalam sesuatu

bahasa. Kesilapan ini termasuklah kesilapan klausa dan ayat yang disebabkan oleh

kejanggalan dan ayat tidak gramatis.

Analisis kesilapan bahasa ialah teknik untuk mengkaji dan mengetahui

sejauhmana kemampuan dan kemahiran berbahasa dalam kalangan murid-murid

dengan cara mengklasifikasikan setiap kesilapan yang dibuat oleh mereka. (Hartman

dan Stok, 1972). Di samping itu, Ollerdan Richards (1972) dan Corder (1972) pula,

menyifatkan analisis kesilapan bahasa ini sebagai “dealing with the differences between

Page 34: ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID … KESILAPAN... · 2020. 10. 26. · ii analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid rohingya: satu kajian kes di sekolah

21

teh way people learning a language speaks and the way adult native speakers of the

language use the language”.

Oleh itu, dapatlah dirumuskan bahawa, analisis kesilapan bahasa ini satu kaedah

untuk menyelesaikan masalah pengendalian sesuatu bahasa yang terdiri daripada

bahasa kedua, bahasa ibunda, mahupun bahasa sasaran penutur. Seterusnya, bagi

seseorang pengkaji analisis kesilapan bahasa, terdapat lima peringkat penting yang

perlu dititikberatkan, iaitu:

a) Pengenalpastian

b) Pentafsiran/ Interpretasi

c) Pembinaan Semula/ Rekonstruksi

d) Pengklasifikasian/Penggolongan

e) Penjelasan

Selain itu, Ellis (1986) juga mengemukakan lima langkah seperti di atas dengan

teorinya yang mempunyai kaitan dengan lima langkah menganalisis kesilapan bahasa,

iaitu:

i) Mengumpulkan sampel kesilapan

ii) Mengidentifikasikan kesilapan

iii) Menjelaskan kesilapan

iv) Mengklasifikasikan kesilapan

Page 35: ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID … KESILAPAN... · 2020. 10. 26. · ii analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid rohingya: satu kajian kes di sekolah

22

c) Aspek Percampuran Kod

Aspek ini adalah satu keadaan apabila penutur bertutur dengan menggunakan dua atau

lebih bahasa sama ada bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris ataupun dengan

menggunakan dialek dan ideolek. Hal ini berlaku apabila penutur mengetahui dan

pandai dalam menggunakan lebih daripada satu bahasa (dwibahasaan). Dwibahasaan

juga dikenali sebagai bilingualisme, ketika penutur-penutur menggunakan dua bahasa

dalam kehidupan hariannya. Penutur menggunakan kedua-dua bahasa ini sebagai

bahasa basahan. Ketika seseorang itu menggunakan bahasa tersebut lalu bertukar ganti

dengan bahasa yang lain. Sebagai contohnya, pada permulaan percakapan penutur

bertutur menggunakan bahasa Melayu setelah itu bertukar pula bercakap dengan

menggunakan bahasa Tamil atau bahasa asing yang lain.

Percampuran kod (code-mixing) berlaku apabila seseorang itu menukar

bahasanya secara bertukar-ganti untuk satu topik perbualan yang sama. Misalnya,

perkara yang dibicarakan ialah tentang politik semasa negara. Pada permulaannya,

penutur tadi akan bercakap dengan menggunakan bahasa Inggeris, kemudian

disambung dengan ayat-ayat dalam bahasa Melayu pula. Selepas itu, kembali bertutur

semula dengan menggunakan bahasa Inggeris. Kadang-kadang istilah yang digunakan

secara tidak sengaja akan bertukar ganti. Proses yang sama juga mungkin berlaku ketika

seseorang menggunakan bahasa Melayu yang dicampurkan dengan dialek-dialek

masing-masing semasa berujar. Begitulah juga murid-murid Rohingya yang dikaji oleh

pengkaji. Mereka tidak akan lepas daripada bertutur dengan mencampur adukkan antara

bahasa ibunda dan bahasa Melayu. Sepertimana definisi Pieter Muysken (2000) tentang

percampuran kod ialah:

Page 36: ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID … KESILAPAN... · 2020. 10. 26. · ii analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid rohingya: satu kajian kes di sekolah

23

“Code-mixing refers to all cases where lexical items and grammatical features from

two languages appear in one sentence.”(Pieter Muysken, 2000)

1.8.2 Bahasa Rohingya dan Bahasa Burma

Perkembangan 'bahasa Rohingya' adalah paling menjadi pertanyaan. Situasi ini terjadi

kerana bahasa Rohingya ialah hasil campuran bahasa yang berbeza. Bahasa ini

dibangunkan dalam tempoh lebih dari seribu tahun. Perkara yang perlu diperhatikan di

sini ialah bahasa rasmi Arakan telah menjadi Persia sejak zaman raja-raja Mrauk-U

awal hingga tahun 1845, 22 tahun lebih jauh mendominasi penaklukan Arakan oleh

orang-orang bangsa Inggeris. Semasa hubungan Mrauk-U, Benggal begitu terkenal

dengan kesusasteraan Bengali yang mampu berkembang sampai ke Mahkamah Arakan.

Ramai penyair istana terkenal yang pernah berkhidmat kepada raja-raja Arakan

seperti Shah Alawal, Daulat Qazi, dan Magan Siddiqi menulis dalam bahasa Parsi dan

Arab atau dalam bahasa campuran, Rohingya, yang merupakan campuran Bengali,

Parsi, Arab, dan Arakanese (Rakhaing). Walaupun, bahasa Rohingya berleluasa semasa

era Maharaja Arakan. Pada hari ini, keterlibatannya sebagai bahasa bertulis telah

dihilangkan kerana bahasa ini sebahagian besarnya dimusnahkan oleh penjajah Burma

pada tahun 1784 dan tidak dipelihara dengan baik oleh penjajah seterusnya lagi.

Bahasa lisan Maghs-Maghi atau Rakhaing seperti yang dipanggil, bukan bahasa

yang berasingan tetapi bahasa Burma asli dengan mempunyai sedikitnya variasi fonetik.

Tiada bahasa Rakhaing yang ditulis secara berasingan. Ahli sejarah mengulas mengenai

bahasa Rakhaing adalah seperti berikut:

Page 37: ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID … KESILAPAN... · 2020. 10. 26. · ii analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid rohingya: satu kajian kes di sekolah

24

Persoalan tentang kemunculan bahasa Arakanese (Rakhaing) lebih sukar. Sama

ada bahasa ini ialah bahasa penceroboh Mongol pada abad ke-10 atau bahasa yang

ditapis merentasi pergunungan selepas mereka berhubungan dengan Burma pada abad

ke-11 dan ke-12, tidaklah dapat ditetapkan yang mana satu betul. Bahasa Arakanese

(Rakhaing) adalah bahasa yang hampir sama dengan bahasa Burma, cuma perbezaan

dialek yang membezakan antara kedua-dua bahasa tersebut. Sekiranya, bahasa Arakan

dianggap sebagai bahasa penjajah. Maksudnya penjajah sebelum ini berpendapat

bahawa Chandras menggunakan bahasa yang sama dengan pemimpin yang lain di

kawasan Irrawady. Jika sebaliknya dirumuskan dan diperdebatkan bahawa bahasa

Burma sebenarnya yang datang dari arah pergunungan. Kemudian, bangsa Burma ini

cuba menukarkan bahasa Arakan dahulu menjadi bahasa Arakan moden. Beginilah

situasi kesukaran dalam linguistik yang paling susah untuk ditangani. Sehingga kini,

persoalan ini menanti jawapan. (Mohd Yunus, 1994)

1.9 KERANGKA KONSEPTUAL

Dalam bahagian ini, pengkaji menerangkan secara ringkas aspek-aspek penting seperti

bentuk kajian, hala tuju kajian, format kajian, dan peringkat-peringkat dalam kajian.

Rajah 1.1 dibawah menunjukkan kerangka konseptual dalam kajian ini.

Page 38: ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID … KESILAPAN... · 2020. 10. 26. · ii analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid rohingya: satu kajian kes di sekolah

25

Rajah 1.1: Kerangka Konseptual

TAJUK

Analisis Kesilapan Bahasa dalam Pertuturan Murid-Murid Rohingya: Satu

Kajian Kes di Sekolah Pelangi Kasih, Selayang

OBJEKTIF 1

Mengenal pasti ciri-ciri kesilapan

bahasa dalam pertuturan murid-murid

Rohingya di Sekolah Pelangi Kasih.

OBJEKTIF 2

Membanding beza faktor-faktor

kesilapan bahasa dalam pertuturan

murid-murid Rohingya di Sekolah Pelangi Kasih.

Kerangka Teoritikal

Corder (1973)

Kerangka Teoritikal

Lutfi Abas (1987: 169)

Kaedah Pengumpulan Data

*Kaedah perpustakaan

*Kaedah lapangan

*Pemerhatian ikut serta

(rakaman audio visual dan

catatan semasa pembelajaran

murid-murid Rohingya di dalam

kelas.)

Kaedah Pengumpulan Data

*Kaedah temu bual secara

berstruktur

*Pemerhatian ikut serta

(rakaman suara dan catatan

semasa sesi temu bual

berlangsung.)

Kaedah Penganalisisan Data

1.Transkripsi video dan audio kepada

teks.

2.Analisis transkripsi teks dan catatan

semasa pemerhatian ikut serta.

Kaedah Penganalisisan Data

1. Transkripsi audio bersuara kepada

teks.

2. Analisis transkripsi teks dan catatan

semasa temu bual ikut serta.

Page 39: ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID … KESILAPAN... · 2020. 10. 26. · ii analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid rohingya: satu kajian kes di sekolah

26

1.10 KERANGKA TEORITIKAL

Dalam bahagian ini, pengkaji menerangkan hal-hal yang berkaitan dengan variabel

pokok, sub-variabel atau masalah yang terdapat dalam kajian. Rajah 1.2 yang berikut

menunjukkan teoritikal bagi kajian ini.

Rajah 1.2: Kerangka Teoritikal

TAJUK

Analisis Kesilapan Bahasa dalam Pertuturan Murid-Murid

Rohingya: Satu Kajian Kes di Sekolah Pelangi Kasih, Selayang

OBJEKTIF 1

Mengenal pasti ciri-ciri kesilapan bahasa

dalam pertuturan murid-murid Rohingya

di Sekolah Pelangi Kasih.

OBJEKTIF 2

Membanding beza faktor-faktor kesilapan

bahasa dalam pertuturan murid-murid

Rohingya di Sekolah Pelangi Kasih.

TEORI ANALISIS KESILAPAN

BAHASA

Corder (1973)

TEORI ANALISIS KESILAPAN

BAHASA

Lutfi Abas (1987)

-Pengguguran unsur yang perlu.

-Penambahan unsur yang tidak perlu atau

tidak tepat.

-Pemilihan unsur yang tidak tepat.

-Penyusunan unsur yang salah.

Menurut Corder, setiap kategori kesilapan

di atas belum mencukupi untuk

menjelaskan kesilapan. Kemudian, beliau

menyertakan kesilapan bagi peringkat

linguistik seperti:

- Morfologi, Sintaksis, dan Leksikon.

-Kejahilan

-Falsafah bahasa

-Gangguan psikologi

-Gangguan bahasa

-Takrif nahu

-Teori himpunan

-Pengaruh dialek

-Pengaruh bahasa asing

Page 40: ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID … KESILAPAN... · 2020. 10. 26. · ii analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid rohingya: satu kajian kes di sekolah

27

1.11 RUMUSAN

Kesimpulannya, kajian ini merupakan kajian dalam bidang sosiolinguistik yang

mengkaji murid-murid daripada golongan Rohingya dan pelbagai bahasa pertuturan

yang diaplikasikan dalam kehidupan harian mereka. Bermula dengan kajian latar

belakang sejarah Rohingya dapat menceritakan kisah yang hampir tidak didendangkan

kembali. Berdasarkan lokasi yang dikaji juga dapat membantu pengkaji untuk

melakukan penyelidikan yang baik.

Page 41: ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID … KESILAPAN... · 2020. 10. 26. · ii analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid rohingya: satu kajian kes di sekolah

28

BAB 2

SOROTAN LITERATUR

2.1 PENGENALAN

Bab ini meninjau kajian lepas yang telah dijalankan oleh penyelidik-penyelidik lepas

tentang kesilapan bahasa dalam bahasa Melayu yang digunakan sering oleh pengkaji

sebagai asas utama kajian. Sebelum ini, telah banyak kajian yang dilakukan oleh mereka

untuk melihat pada aspek kesilapan bahasa dalam pertuturan murid. Namun, tahap

penelitian pengkaji terhadap murid-murid Rohingya di Malaysia didapati masih belum

wujud kajian yang memfokuskan kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid

Rohingya. Kajian ini dianggap baharu untuk dikaji oleh penyelidik. Oleh itu, pengkaji

tertarik untuk melakukan penyelidikan ini.

2.2 KAJIAN LEPAS

Kajian lepas yang diambil oleh pengkaji berdasarkan sumber Kamus Dewan Edisi

Ketiga (1994), analisis kesilapan bahasa merupakan penghuraian atau pengupasan

sesuatu perkara untuk mengetahui selok-beloknya, buruk dan baiknya atau mengkaji

suatu perbuatan yang salah atau apa-apa yang salah dalam suatu kata-kata yang disusun

menurut tatabahasa dan digunakan oleh seseorang dalam percakapan atau

tulisan. Corder (1990:62) telah menguatkan pernyataan tersebut dengan mengatakan

bahawa semua orang yang belajar bahasa pasti tidak luput daripada berbuat kesilapan.

Sejumlah besar kajian telah dilakukan dalam bidang analisis kesilapan bahasa. Analisis

kesilapan bahasa merupakan satu cabang aplikasi dalam bidang linguistik yang

Page 42: ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID … KESILAPAN... · 2020. 10. 26. · ii analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid rohingya: satu kajian kes di sekolah

29

diperkenalkan oleh Corder (1967) dan sehingga kini teori ini masih digunakan dalam

pembelajaran bahasa. Ellis (1994), menyifatkan sumbangan Corder sebagai,

"It was not until the 1970s that EA became a recognized part applied

linguistics, a development that owed much to the work of Corder.”

Bahagian ini akan membincangkan setiap kajian yang berkaitan dengan aspek

analisis kesilapan bahasa berdasarkan daripada kajian luar dan dalam negara. Kajian

yang dilakukan oleh pengkaji merujuk kepada penulisan-penulisan yang ada seperti

jurnal, buku, prosiding, kertas kerja, disertasi, dan tesis. Segala kajian yang

dibincangkan adalah berdasarkan kepada dua bahagian penting, iaitu:

a) Kajian Pengkaji Tempatan

b) Kajian Pengkaji Luar Negara

2.2.1 Kajian Pengkaji Tempatan

Satu daripada kajian dalam negara yang bertajuk “Analisis Kesalahan Tatabahasa

Bahasa Melayu dalam Karangan Pelajar Asing di Sebuah Institusi Pengajian Tinggi

Awam” oleh Siti Baidura binti Kasiran dan Nurul Jamilah binti Rosly (2007). Kajian

ini telah diterbitkan oleh Pusat Bahasa dan Pembangunan Akademik Pra-Universiti,

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada tahun 2007. Sebelum analisis

kesilapan bahasa diperkenalkan, sejak Perang Dunia Kedua hingga akhir pertengahan

tahun 1960-an analisis kontrastif telah menguasai bidang pengajaran dan pembelajaran

bahasa kedua dalam bidang pengajaran dan pembelajaran bahasa asing (Aini, 2007).

Tujuan analisis kontrastif ialah untuk membandingkan sistem linguistik dua bahasa

iaitu bahasa asal dan bahasa sasaran murid dan menguasai daerah-daerah kesukaran dan

kesenangan berbahasa yang dihadapi oleh murid-murid tersebut (Mogimizadeh, 2008).

Page 43: ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID … KESILAPAN... · 2020. 10. 26. · ii analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid rohingya: satu kajian kes di sekolah

30

Pendekatan ini mengandaikan bahawa murid bahasa kedua atau murid bahasa asing

akan menerima dengan mudah unsur-unsur bahasa asing yang sama atau hampir sama

dengan bahasa ibunda mereka.

Berikutnya ialah kajian artikel yang dikaji dan dianalisis bertajuk “Pertukaran

Agama: Hak Penjagaan Anak- Isu dan Masalah”. Artikel ini ditulis oleh Noor Aziah

Haji Mohd Awal. Artikel ini dipetik daripada “The Malayan Law Journal Articles”,

tahun 2004, volume 3. Pertamanya, tugasan ini dilakukan bagi menganalisis unsur-

unsur perkataan seperti aspek-aspek ejaan, tanda baca, penggunaan kata majmuk, kata

hubung, kata sendi dan lain-lain lagi. Kebanyakan kesalahan ini ialah kesalahan

penggunaan imbuhan kata kerja men-, ter-, di-, memper-, -kan. Dari segi

perbendaharaan kata, kesalahan sering berlaku apabila penggunanya sering

menggunakan perbendaharaan kata yang tidak tepat dengan struktur ayat kerana kurang

penguasaan perbendaharaan bahasa pertama.

Kajian ini bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum-

hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat di samping

mengenal pasti ciri-ciri kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid Rohingya dari

aspek unsur perkataan dan struktur ayat yang dituturkan oleh mereka. Bagi aspek unsur

perkataan atau juga dikenali sebagai aspek morfologi, terdapat beberapa kesalahan

bahasa yang dapat dikesan antaranya kesalahan dari segi ejaan, kesalahan penggunaan

kata sendi nama, kesalahan penggunaan imbuhan, kesalahan penggunaan kata hubung,

kesalahan penggunaan kata pemeri “ialah” dan “adalah” dan kesilapan penggunaan

kata yang tidak tepat. Seterusnya, bagi aspek kesilapan sintaksis lebih tertumpu kepada

kesilapan struktur ayat.

Page 44: ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID … KESILAPAN... · 2020. 10. 26. · ii analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid rohingya: satu kajian kes di sekolah

31

Tidak dapat menolak bahawa terdapat faktor-faktor yang menyebabkan

berlakunya kesilapan bahasa. Kesilapan bahasa tidak hanya berlaku semasa seseorang

itu berbicara, bahkan berlaku ketika seseorang itu menulis.

Supian (1994) pula mendapati bahawa kebanyakan pelajar Cina yang

mempelajari bahasa Melayu melakukan kesilapan frasa kerja transitif, frasa kerja tak

transitif, dan frasa kerja pasif pelaku diri pertama. Kajian beliau membuktikan kesilapan

frasa kerja transitif merupakan kesilapan yang paling banyak dilakukan oleh murid jika

dibandingkan dengan kesilapan frasa kerja yang lain.

Kajian Nur Endah Ariningsih et al. (2012) ini telah memberi hala tuju yang

baharu kepada penyelidik untuk melakukan kajian tentang analisis kesilapan bahasa

yang dilakukan dalam pertuturan murid-murid Rohingya yang mempelajari bahasa

Melayu di sekolah. Selain itu, di Malaysia sendiri banyak kajian yang telah

dilaksanakan berkaitan dengan analisis kesalahan bahasa terutama kajian ke atas

kesalahan bahasa yang dilakukan oleh penutur bukan Melayu. Seperti kajian yang

dilakukan oleh Nursidah Abd. Hamid et al. (2012). Kajian beliau bertujuan untuk

mengenal pasti aspek kelemahan tatabahasa pelajar Cina dalam penulisan karangan di

sebuah sekolah menengah.

Dapatan kajian daripada Nursidah Abd. Hamid et al. (2012) mendapati sembilan

aspek kesalahan morfologi telah dikenalpasti seperti kesilapan penggunaan imbuhan,

kata tugas, ganti nama diri, kosa kata dan ejaan serta kesilapan dari segi struktur ayat

dalam penulisan karangan murid. Antara faktor yang menyebabkan berlakunya

kelemahan tatabahasa tersebut ialah pengaruh bahasa ibunda, faktor persekitaran dan

faktor kekeliruan dengan bunyi sebutan imbuhan awalan serta tidak menguasai aspek

makna imbuhan dan tidak memahami fungsi imbuhan tersebut. Pengkaji-pengkaji

Page 45: ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID … KESILAPAN... · 2020. 10. 26. · ii analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid rohingya: satu kajian kes di sekolah

32

tempatan yang terlibat dengan usaha mengkaji kesalahan bahasa Melayu termasuklah

Abd. Halim (2002), Azman & Goh (2010), Zulkarnain Farihin (2010), Nor Asiah binti

Ismail (2011) dan lain-lain lagi. Mereka menjalankan analisis kesalahan tatabahasa

dalam kalangan murid daripada pelbagai golongan, aspek dan situasi.

Terdapat pelbagai faktor yang mendorong murid-murid bahasa asing atau

bahasa kedua melakukan kesalahan bahasa. Berdasarkan Richards (1992) dan Brown

(2000), kesalahan bahasa wujud disebabkan perbezaan-perbezaan antara bahasa asal

dengan bahasa sasaran pelajar, generalisasi melampau, anggapan yang salah dan punca-

punca lain. Menurut Maicusi et. al. (2000), kesalahan bahasa berpunca daripada faktor

psikolinguistik, sosiolinguistik dan epistemik.

Seterusnya, menurut Lutfi Abas (1987: 169), kesilapan bahasa terjadi kerana

beberapa faktor. Antaranya ialah faktor kejahilan, falsafah bahasa. gangguan psikologi,

gangguan bahasa, takrif nahu, teori himpunan, pengaruh dialek, dan pengaruh bahasa

asing. Berhubung dengan perkara ini, satu kajian telah dilakukan oleh Chen (1972:41-

64), Azman Wan Chik, (1979:209-2] 1), Mashudi Kader, dan Darwish Harahap

(1979:59), untuk mengenal pasti punca-punca murid tidak dapat menguasai bahasa

Melayu dengan baik. Hal ini mengakibatkan pencapaian prestasi yang rendah dalam

peperiksaan. Faktor- faktor yang menyebabkan permasalahan ini berlaku adalah seperti

berikut:

a. Kekurangan guru bahasa Melayu.

b. Beban tugas guru bahasa Melayu adalah berat.

c. Tidak terdapat aspek tatabahasa dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu

tingkatan enam.

d. Ketidaksesuaian kaedah pengajaran bahasa Melayu.

Page 46: ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID … KESILAPAN... · 2020. 10. 26. · ii analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid rohingya: satu kajian kes di sekolah

33

e. Tradisi menggunakan buku teks;

f. Kekurangan ahli bahasa di Bahagian Buku Teks;

g. Akibat penggunaan soalan ujian objektif;

h. Kelemahan tatabahasa bermula dari peringkat umur;

i. Anggapan bahasa Melayu mudah;

j. Tidak ada model bahasa lisan baku.

k. Pengaruh media massa.

l. Guru-guru Sains dan Matematik mengajar bahasa Melayu.

(Abdul Hamid Mahmood, 1993: 113-116)

Akhir sekali, faktor-faktor kemahiran bahasa yang terbatas juga merupakan satu

daripada sebab utama seseorang itu melakukan kesilapan bahasa. Daripada aspek ejaan,

pengimbuhan, penggulangan kata dan sebagainya. Scherer dan Wertheimer (1964),

membahagikan setiap kemahiran berbahasa kepada kemahiran mendengar, bertutur,

membaca, dan menulis bagi menyenangkan pihak guru membuat analisis kesilapan

bahasa. Atan Long (1978:285 308), Nik Safiah Karim (1980:71-74), Lutfi Abas

(1982:2), Asraf (1988:50-55) menyatakan bahawa perbezaan umur dan perbezaan latar

belakang kehidupan seseorang kanak-kanak akan mempengaruhi tingkat penguasaan

perbendaharaan kata mereka.

Kebanyakan kesilapan bahasa ini berpunca daripada:

i. Gangguan bahasa ibunda atau dialek bahasa pertuturan harian, bahasa

daerah, bahasa pasar;

Page 47: ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID … KESILAPAN... · 2020. 10. 26. · ii analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid rohingya: satu kajian kes di sekolah

34

ii. Kekeliruan yang berpunca daripada ketidakseragaman dan faktor-faktor

tidak rasional yang wujud dalam bahasa sasaran;

iii. Kekeliruan berpunca daripada kecuaian dan kurang pengetahuan

tentang bentuk perkataan, imbuhan yang betul berasaskan perbezaan

antara penyebutan dan visualisasi/penglihatan.

iv. Kurang kebolehan dan keupayaan untuk menyatakan sesuatu sehingga

pelajar terpaksa menggunakan bahasa Inggeris untuk melahirkan fikiran

dengan lebih efektif. Kekurangan ini boleh jadi berasaskan kekurangan

pengalaman mereka dalam subjek perbincangan, atau tidak memahami

makna dan konsep yang mungkin berpunca daripada kekurangan

pengalaman kebudayaan.

v. Kaedah pengajaran dan pembelajaran tidak berkesan.

(Azman Wan Chik, 1989:211)

2.2.2 Kajian Pengkaji Luar Negara

Dalam pembelajaran bahasa kedua, Corder (1973) telah mengkategorikan empat

kesalahan bahasa yang dilakukan oleh pelajar, iaitu pengguguran unsur-unsur yang

perlu, penambahan unsur yang tidak perlu atau tidak tepat, pemilihan unsur yang tidak

tepat dan penyusunan unsur yang salah. Namun, menurut Corder, setiap daripada

kategori tersebut belum mencukupi untuk menjelaskan kesalahan bahasa, lalu beliau

menyertakan kesalahan bagi peringkat-peringkat linguistik seperti morfologi, sintaksis

dan leksikon. Kesalahan boleh terdiri daripada pelbagai magnitud termasuklah

kesalahan fonem, morfem, kata, ayat, malah perenggan (Erdogan, 2005).

Page 48: ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID … KESILAPAN... · 2020. 10. 26. · ii analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid rohingya: satu kajian kes di sekolah

35

Analisis kesilapan bahasa merupakan satu cabang aplikasi dalam bidang

linguistik yang diperkenalkan oleh Corder (1967) dan sehingga kini teori ini masih

digunakan dalam pembelajaran bahasa. Ellis (1994), menyifatkan sumbangan Corder

sebagai,

“It was not until the 1970s that EA became a recognized part applied linguistics, a

development that owed much to the work of Corder.”

Tambahan pula, menurut Jeniri (2005), bahasa Melayu mudah untuk dipelajari

tetapi sukar untuk dikuasai. Hal ini bertepatan dengan keadaan murid yang berlainan

bangsa dan bahasa sememangnya agak sukar untuk mereka menguasai bahasa Melayu

dengan cara yang betul. Kesalahan pemindahan/interlingual berkait dengan gangguan

bahasa ibunda. Corder (1971) menjelaskan bahawa gangguan bahasa ibunda wujud

apabila tabiat (bentuk, sistem atau hukum) bahasa pertama pelajar mengganggu atau

menghalangnya daripada memperoleh bentuk, sistem atau hukum dalam bahasa kedua.

Sementara itu, menurut Lado (1964), pengaruh negatif bahasa ibunda boleh

mempengaruhi perkembangan pemerolehan bahasa kedua pelajar. Pemindahan

interlingual merupakan sumber penting dalam pembelajaran bahasa seseorang pelajar.

Richards (1992) mendefinisikan kesalahan interlingual sebagai kesalahan yang terhasil

daripada pemindahan bahasa, disebabkan bahasa pertama pelajar. Hal ini merupakan

tanda-tanda bahawa pelajar sedang menerokai dan mempelajari sistem bahasa baharu.

Kesalahan interlingual ini mungkin terjadi semasa murid memindahkan fonologi,

morfologi atau elemen tatabahasa daripada bahasa ibunda mereka ke dalam bahasa

kedua. Hal ini dijelaskan oleh Erdogan (2005) berhubung dengan kesilapan dari aspek

morfologi,

“Turkish students tend to omit the plural suffix at the end of the word as

Page 49: ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID … KESILAPAN... · 2020. 10. 26. · ii analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid rohingya: satu kajian kes di sekolah

36

Turkish does not put it in adjectival phrases indicating numbers as in the

following examples:

- Three book

- Three student is coming.”

Sementara itu, menurut Richards (1992), kesalahan intralingual berpunca

daripada pembelajaran yang salah atau belum sempurna dalam bahasa kedua

memandangkan pelajar belum menguasai bahasa sasaran seperti pelajar menyebut, “He

made me to smile”, “I want learning English” dan “The meat smells freshly” (Erdogan,

2005). Richards (1992) juga menjelaskan bahawa pelajar mungkin membuat hipotesis

yang langsung tidak berkaitan dengan bahasa ibundanya atau bahasa keduanya.

Analisis kesilapan bahasa mengkaji bahasa yang dilakukan oleh pelajar asing

atau pelajar bahasa kedua, menguji secara empirikal kesalahan-kesalahan yang wujud

dalam bahasa sasaran yang dihasilkan oleh pelajar dan mencari penjelasan tentang

punca-punca berlakunya kesalahan tersebut (Moghimizadeh, 2008). Analisis ini

merupakan satu kaedah atau teknik yang digunakan dalam sesuatu kajian bertujuan

mengukur ataupun menilai tahap kemampuan seseorang atau sekumpulan pelajar

terhadap bahasa asing yang dipelajarinya. Hal ini selaras dengan pendapat Ellis (1994)

yang mengatakan Analisis Kesalahan Bahasa sebagai,

“...a set of procedurs for identifying, describing and explaning error in

learners language.”

Di samping itu, Corder (1967) menjelaskan bahawa kesilapan penting dalam

tiga cara kepada golongan-golongan berikut:

Pengajar : Mereka menunjukkan perkembangan prestasi pelajar.

Page 50: ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID … KESILAPAN... · 2020. 10. 26. · ii analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid rohingya: satu kajian kes di sekolah

37

Pengkaji : Mereka menunjukkan cara-cara pemerolehan bahasa dan strategi-

strategi yang digunakan oleh pelajar.

Pelajar : Mereka boleh belajar daripada kesalahan-kesalahan tersebut.

Aini (2007) dalam kajiannya menjelaskan bahawa teori ini menggunakan

pendekatan dengan cara mendapatkan kesalahan pelajar daripada korpus, mengenal

pasti kesalahan-kesalahan pelajar, mengkategorikan jenis-jenis kesalahan seterusnya

menganalisis jenis-jenis kesalahan tersebut. Selain itu, faktor-faktor yang menyebabkan

berlakunya kesalahan-kesalahan bahasa akan dikaji bagi menghasilkan strategi-strategi

untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran bahasa. Ellis (1997) menekankan

bahawa kesilapan yang dilakukan oleh murid boleh membantu pengajar atau pengkaji

bahasa dari semasa ke semasa. Beliau menjelaskan,

“Classifying errors in these ways can help us to diagnose learners’ learning

problems at any stage of their development and to plot how changes in error patterns

occur over time.”

Umumnya, penting bagi seseorang pengkaji atau pengajar bahasa mengenal

pasti perbezaan antara kesilapan dengan kesalahan dalam konteks pengajaran dan

pembelajaran bahasa pelajar asing. Berdasarkan Richards. et. al. (1992), kesilapan

dilakukan oleh pelajar bahasa semasa menulis atau bertutur disebabkan kurang

penumpuan, keletihan, kecuaian atau kerana aspek-aspek kelakuan lain. Kesalahan pula

ialah apa-apa jua penggunaan bentuk bahasa yang dianggap salah oleh penutur jati atau

penutur yang fasih dalam sesuatu bahasa disebabkan pembelajaran yangsalah atau

belum sempurna. Untuk membezakan antara kesilapan dengan kesalahan, Ellis (1997)

mencadangkan dua cara, iaitu melalui cara pertama ialah dengan memeriksa prestasi

murid secara berterusan. Sekiranya, murid-murid kadang-kadang menggunakan bentuk

Page 51: ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID … KESILAPAN... · 2020. 10. 26. · ii analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid rohingya: satu kajian kes di sekolah

38

bahasa yang salah dan kadang-kadang menggunakan bentuk bahasa yang betul, murid

tersebut sebenarnya melakukan kesilapan. Walau bagaimanapun, jika murid sering

menggunakan bentuk bahasa yang salah, dia sebenarnya melakukan kesalahan.

Seterusnya, cara kedua ialah dengan cara meminta murid membetulkan

kesalahan bahasanya sendiri. Jika dia berjaya membetulkan kesalahan tersebut, dia

sebenarnya melakukan kesilapan. Sebaliknya jika gagal membetulkannya, dia

sebenarnya melakukan kesalahan.

2.3 KESIMPULAN

Secara umumnya, bab ini telah menghuraikan beberapa perkara yang penting dalam

melihat kesalahan bahasa yang dilakukan dalam pertuturan mahupun penulisan.

Kesilapan bahasa mempunyai banyak definisi yang diperkatakan oleh para penyelidik

terkenal di dalam mahupun di luar negara. Malahan, teori-teori yang diperkenalkan oleh

Corder (1967) sehingga kini masih digunakan untuk pembelajaran bahasa dengan lebih

terperinci. Seterusnya, bab ini juga menunjukkan kajian-kajian lepas yang telah

dijalankan berkaitan dengan kesilapan bahasa dan perkara yang berkait rapat dengan

kajian ini. Penerapan teori dalam kesemua kajian lepas yang berkaitan amat membantu

pengkaji dalam penghasilan kajian ini.

Page 52: ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID … KESILAPAN... · 2020. 10. 26. · ii analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid rohingya: satu kajian kes di sekolah

39

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 PENGENALAN

Bab ini membincangkan secara terperinci setiap metodologi yang digunakan dalam

kajian. Beberapa kaedah digunakan bertujuan untuk mencari data-data yang relevan

dan tepat bagi memenuhi tujuan kajian dan menjawab pernyataan masalah kajian.

Dalam kajian ini, pengkaji memilih untuk melakukan penyelidikan kualitatif.

Penyelidikan kualitatif adalah suatu kajian ke atas sesuatu situasi dan individu untuk

mendapatkan maklumat secara terperinci. Metodologi kajian meliputi cara, kaedah

dan pendekatan yang digunakan untuk mencapai objektif dan matlamat yang hendak

diselidik. Tujuan metodologi kajian digunakan agar penyelidikan lebih bersistematik

serta perjalanan kajian lebih terarah dalam mencapai objektif utama. Bab ini akan

menjelaskan metodologi kajian yang digunakan dalam kajian yang dijalankan.

Pengkaji telah merancang dengan teratur metodologi kajian dan strategi-strategi yang

digunakan bagi mendapatkan maklumat dan data melalui beberapa kaedah tertentu.

Seterusnya, dalam bab ini juga akan membincangkan dengan lebih terperinci beberapa

perkara penting dalam metodologi dan strategi yang digunakan dalam menyiapkan

kajian Projek Tahun Akhir Ijazah Sarjana Muda ini. Antaranya ialah instrumen kajian,

prosedur pengumpulan data, dan teknik penganalisisan data.

Menurut Abdul Rashid Moten (1998), walau bagaimanapun kaedah-kaedah

yang digunakan, seseorang pengkaji perlu mematuhi dan mengikuti prosedur-

prosedur tertentu agar data yang diperoleh dengan cara tersebut dapat membantu

menghasilkan kajian yang valid, relevan, dan bernilai sesuai dengan sifat bidang

Page 53: ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID … KESILAPAN... · 2020. 10. 26. · ii analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid rohingya: satu kajian kes di sekolah

40

kajiannya. Perancangan yang rapi dalam proses mengumpulkan data juga dapat

membantu pengkaji dalam menguruskan masa dan dan kos penyelidikan yang baik.

Ketika membentuk sesuatu kaedah bagi proses penyelidikan terdapat dua

aspek yang perlu diambil kira, iaitu kesahan (validity) dan kebolehpercayaan

(reliability). Kesahan merujuk kepada kemampuan soalan, jika penyelidik

menemubual atau soal selidik kepada responden untuk menanya sebagaimana yang

dimaksudkan. Kebolehpercayaan pula merujuk kepada kemampuan instrumen yang

digunakan untuk mengumpul data yang dikehendaki dalam semua keadaan sama ada

akan dilaksanakan ataupun tidak.

3.2 REKA BENTUK KAJIAN

Reka bentuk bagi kajian ini merupakan kajian kualitatif yang bukan sahaja

Memfokuskan kepada pengumpulan data, analisis dan penulisan, tetapi juga

menerangkan disiplin dan aliran sepanjang proses penyelidikan. Kajian ini

menumpukan kepada penulisan kajian berdasarkan teori asas (grounded theory)

kerana pengkaji akan menerapkan data analisis kajian berdasarkan rangka teori yang

dipilih.

3.3 PROSEDUR PENGUMPULAN DATA

Berikut adalah kaedah yang dipilih bagi tujuan pengumpulan data kajian.

3.3.1 Kaedah Perpustakaan

Pengkaji mendapatkan bahan sekunder seperti buku-buku rujukan yang dipinjam dari

Perpustakaan Dar Al-Hikmah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak.

Tambahan pula, untuk kaedah ini juga pengkaji menggunakan jurnal, tesis dan sumber

Page 54: ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID … KESILAPAN... · 2020. 10. 26. · ii analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid rohingya: satu kajian kes di sekolah

41

dapatan teori yang berkaitan diambil dari laman sesawang. Sumber rujukan seperti

buku-buku ilmiah dan kertas kerja daripada beberapa penerbitan yang lain oleh pihak-

pihak yang tertentu juga dirujuk dalam kajian ini.

3.3.2 Kaedah Lapangan

Kajian ini merupakan kajian lapangan yang menggunakan pendekatan tinjauan ke

tempat kajian. Data kajian diperoleh melalui pemerhatian yang dilakukan terhadap

murid-murid di dalam kelas secara rakaman audio visual, temu bual secara berstruktur

3.3.3 Pemerhatian

Metode pemerhatian ialah satu cara pengumpulan data dengan mengkaji secara

langsung terhadap responden dan penyelidikan yang dilakukan dapat dirahsiakan.

Metode ini ialah satu teknik penyelidikan yang sering digunakan. Pengkaji juga

menggunakan metode ini dalam menjalankan kajian. Pengkaji telah membuat

pemerhatian, catatan dan rakaman terhadap murid-murid Rohingya di dalam kelas

ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Bagi mendapatkan data

mengenai kesalahan bahasa dalam pertuturan murid Rohingya dan mendapatkan data

mengenai reaksi serta tindak balas responden. Penggunaan metode ini adalah bertujuan

untuk mendapatkan data yang saling melengkapi dengan data metode yang lain.

a)Pemerhatian Turut Serta

Kajian ini menggunakan kaedah pemerhatian turut serta. Pengkaji berada di dalam

kelas sebagai pemerhati untuk mengumpulkan data sepanjang sesi pengajaran dan

pembelajaran berlangsung.

Page 55: ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID … KESILAPAN... · 2020. 10. 26. · ii analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid rohingya: satu kajian kes di sekolah

42

3.3.4 Temu Bual

Secara umumnya, teknik temu bual adalah proses pengumpulan data tentang perkara

yang tidak dapat diperhatikan (prinsip pegangan/kepercayaan) atau perkara yang sukar

diperoleh seperti dokumen. Temu bual dilakukan sebagai suatu perbualan yang

terbimbing dan berfokus. Menurut Ackroyd& Hughes,1992:100, pertemuan antara

penyelidik dengan peserta kajian, cara penyelidik bertanyakan siri soalan yang relevan

dengan fokus kajian. Kaedah ini hanya membekalkan sebahagian gambaran sahaja

berbanding dengan kaedah pengumpulan data kualitatif yang lain. Hal ini disebabkan

konteks sebenar tidak dirangkum semuanya dalam temubual yang boleh menimbulkan

masalah kebolehpercayaan dan kesahan). Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan

data yang disepakati oleh beberapa penyelidik yang sama atau penyelidik lain, sama ada

dalam situasi yang sama atau berbeza (Hammerslay, 1992a:67). Manakala menurut

Hammerslay, 1990 pula kesahan bermakna kebenaran yang dapat menggambarkan

fenomena sosial sebenar seperti yang dimaksudkan.

Kaedah temu bual secara berstruktur telah dilakukan terhadap dua buah kelas,

iaitu kelas Arif dan Dinamik. Pengkaji memilih 8 orang murid yang terdiri daripada 4

orang lelaki dan 4 orang perempuan. Sebanyak 5 soalan dikemukakan kepada mereka

untuk dijawab sepanjang sesi temu bual berlangsung. Sesi temu bual berlaku pada

pukul 12.30 pagi bertarikh 14 November 2019. Setiap soalan dan jawapan dirakamkan

secara rakaman bersuara dengan menggunakan telefon pintar bagi dijadikan sebagai

bukti kajian.

Sebelum menjalankan kajian di Sekolah Pelangi Kasih, pengkaji telah

menghantar surat kebenaran bertulis melalui emel daripada pihak Jabatan Bahasa

Melayu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Pagoh kepada pihak atasan sekolah

Page 56: ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID … KESILAPAN... · 2020. 10. 26. · ii analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid rohingya: satu kajian kes di sekolah

43

berkenaan untuk menjalankan kajian bagi Projek Tahun Akhir Sarjana Muda (FYP). Di

samping itu, pengkaji turut memaklumkan bahawa bentuk kajian adalah kajian yang

memfokuskan pertuturan murid-murid di dalam kelas. Oleh itu, pengkaji menyatakan

masa dan tarikh yang ditetapkan kepada pihak sekolah untuk pengkaji menjalankan

kajian tersebut. Setelah mendapatkan kebenaran daripada pengetua sekolah dan

kerjasama daripada guru-guru mata pelajaran bahasa Melayu dan Matematik, pengkaji

dapat menjalankan kajian tersebut dengan efektif. Di Sekolah Pelangi Kasih, terdapat

tiga sesi pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan. Setiap sesi mengikut tahap

pencapaian murid-murid. Setiap murid ditempatkan dalam satu kelas mengikut tahap

keupayaan mereka dalam pembelajaran. Bermula daripada tahap rendah, sederhana, dan

tinggi.

3.4 INSTRUMEN KAJIAN

3.4.1 Rakaman Melalui Telefon Pintar

Semasa membuat pemerhatian di dalam kelas, pengkaji cuba mendapatkan data dengan

merakam dan mencatat setiap kesilapan bahasa dalam pertuturan yang diucapkan oleh

murid-murid Rohingya di dalam kelas pada masa itu. Melalui cara ini, pengkaji dapat

mengumpul data yang diinginkan dalam kajiannya tersebut. Seterusnya, bagi

mendapatkan data dalam kaedah temu bual juga pengkaji menggunakan telefon pintar

sebagai instrumen kajian.

Page 57: ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID … KESILAPAN... · 2020. 10. 26. · ii analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid rohingya: satu kajian kes di sekolah

44

3.5 TEKNIK PENGANALISISAN DATA

Penganalisisan data ialah suatu proses yang sistematik untuk mencari, menyusun

maklumat daripada nota lapangan, transkripsi temubual dan bahan-bahan lain yang

telah dikumpul untuk meningkatkan kefahaman terhadap maklumat yang telah

diperolehi. Proses menganalisis melibatkan aktiviti memahami, menyusun dan

mengasingkan setiap data yang diambil kepada unit-unit kecil. Dengan cara melakukan

mengenal pasti pola, mendapatkan perkara yang penting, menetapkan apa yang perlu

diketahui dan menentukan apa yang harus dilaporkan. (Borgdan& Biklen, 1992; 153).

Teknik ini merupakan satu kaedah untuk mengawal dan mempersembahkan

data serta prosedur statistik. Data yang dikumpulkan melalui rakaman secara audio

visual daripada telefon pintar telah dianalisis dengan cara transkripsi teks.

3.5.1 Teknik Penganalisisan Data Objektif 1

Teknik penganalisisan data bagi objektif 1 ialah melalui transkripsi video dan audio

yang telah dirakamkan semasa pemerhatian dilakukan kepada teks. Semasa

pemerhatian ikut serta berlangsung pengkaji ada membuat beberapa catatan yang tidak

sempat dirakamkan. Dalam melakukan penganalisisan data objektif 1, pengkaji turut

membuat proses penyaringan data. Proses ini merupakan usaha untuk mengurangkan

jumlah data dengan memilih dan mengasingkan data yang kurang relevan. Proses ini

melibatkan aktiviti meringkaskan, memilih buang dan menyusun data dalam bentuk

tertentu dilakukan untuk menjadikan data lebih berfokus bagi membantu proses

membuat keputusan. Setelah selesai proses penyaringan data, pengkaji akan

mempersembahkan data dalam bentuk transkripsi teks. Persembahan data merupakan

cara sistematik yang paling jelas untuk memaparkan data agar mudah difahami. Data

Page 58: ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID … KESILAPAN... · 2020. 10. 26. · ii analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid rohingya: satu kajian kes di sekolah

45

juga harus dipersembahkan secara tersusun dan padat serta dapat menjelaskan

keputusan yang dibuat. Oleh itu, persembahan data untuk objektif 1 ini banyak

menggunakan perkataan dan jadual.

3.5.2 Teknik Penganalisisan Data Objektif 2

Teknik penganalisisan data bagi objektif 2 ialah melalui transkripsi audio suara kepada

teks. Sepanjang temu bual berlangsung, bagi memudahkan pengkaji mentranskripsi

data yang diperoleh maka pengkaji menggunakan telefon pintar untuk merakam setiap

sesi temu bual bersama responden. Kemudiannya, rakaman itu diberikan kod,

diletakkan tarikh dan ditrasnkripsikan secara verbatim. Abjad R mewakili responden

manakala nombor 1 hingga 10 yang ditandai selepas abjad R merujuk kepada responden

pertama, kedua, ketiga, dan seterusnya. Sebelum transkrip itu dianalisis, proses kesahan

dilakukan oleh responden temu bual bagi mendapatkan persetujuan mereka terhadap

setiap kandungan tranksripsi itu terlebih dahulu. Akhir sekali, data tersebut dianalisis

secara manual bagi mewujudkan tema-tema yang berkaitan dengan objektif 2.

3.6 KAJIAN RINTIS

Kajian rintis merupakan suatu usaha untuk membantu pengkaji mendapatkan maklumat

awal tentang penyelidikan yang bakal dilakukan. Kajian ini jika dilakukan dapat

membantu pengkaji mengenal pasti masalah dan mengenal pasti instrumen yang

digunakan adakah dapat mencapai kutipan data yang diingini. Walau bagaimanapun,

data yang diambil daripada kajian rintis tidak boleh digunakan sebagai data dalam

kajian sebenar. Hal ini demikian kerana, kajian rintis merupakan suatu aspek dalam reka

bentuk kajian yang dilakukan hanya untuk menguji kumpulan atau individu lain yang

Page 59: ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID … KESILAPAN... · 2020. 10. 26. · ii analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid rohingya: satu kajian kes di sekolah

46

tidak terlibat dalam kajian sebenar. Kebiasaannya, instrumen yang digunakan pada

pertama kali kajian ini adalah melalui temu bual, pemerhatian, atau rakaman audio.

Pada 3 Mac 2019, pengkaji melakukan kajian rintis di dalam kelas Bahasa

Melayu yang diajar oleh Puan Siti Nurul Huda binti Abdul Rahim dengan menggunakan

kaedah pemerhatian untuk mencapai objektif pertama kajian, iaitu mengenal pasti ciri-

ciri kesalahan bahasa dalam pertuturan murid-murid Rohingya di Sekolah Pelangi

Kasih. Setelah mendapati bahawa dengan menggunakan hanya satu kaedah pemerhatian

dan memasuki hanya sebuah kelas Bahasa Melayu nampaknya masih belum cukup bagi

pengkaji untuk memperoleh data dengan baik. Oleh itu, pengkaji memilih untuk

membuat pemerhatian sebenar pada 16 Julai 2019 dengan memasuki kelas Matematik.

Hal ini berlaku kerana, sebelum pergi ke lapangan pengkaji beranggapan di Sekolah

Pelangi Kasih juga mempunyai lebih daripada seorang guru bahasa Melayu sama seperti

di Sekolah Kebangsaan yang lain. Murid-murid disediakan guru-guru subjek Bahasa

Melayu lebih daripada seorang.

Setelah pengkaji melihat jumlah murid yang agak sedikit, maka wajarlah nisbah

seorang guru untuk mereka sudah memadai. Di samping itu, pandangan pengkaji

terhadap setiap guru cara teknik mengajarnya berbeza dan cara pelajar untuk memahami

subjek yang diajar juga turut berbeza. Maka, pengkaji telah memilih untuk memasuki

kelas Matematik bagi memudahkan pengkaji membuat perbandingan terhadap dua buah

kelas yang berlainan. Setelah memasuki kelas Matematik, pengkaji agak berpuas hati

dengan data yang dikutip melalui pemerhatian bersama dengan rakaman audio visual.

Semasa kutipan data dilakukan terhadap murid-murid Rohingya dari kelas Arif pada

waktu mereka sedang mengikuti ujian bulanan Matematik. Jadi, pengkaji hanya dapat

memerhati situasi mereka sedang menjawab soalan ujian tersebut. Oleh itulah, setelah

pengkaji mendapati waktu kedatangan pengkaji ke dalam kelas Arif tidak dapat

Page 60: ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID … KESILAPAN... · 2020. 10. 26. · ii analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid rohingya: satu kajian kes di sekolah

47

membantu bagi mengumpul data objektif pertama kajian yang diharapkan, maka

pengkaji memilih untuk menambahkan satu instrumen baharu bagi mengukuhkan

kutipan data kembali. Beberapa orang murid dari kelas Arif dipilih untuk ditemu bual

pada tarikh dan masa lain yang ditetapkan di samping pemerhatian di dalam kelas yang

telah dilakukan oleh pengkaji.

Kemudian, pada 1 November 2019, pengkaji turun semula ke lapangan bagi

mengutip data di dalam kelas bahasa Melayu. Namun begitu, pada kali ini guru kelas

bahasa Melayu telah digantikan dengan guru baharu, iaitu Encik Ahmad Adli bin

Anuar. Dengan kerjasama daripada pihak beliau, setiap data yang mahu diambil berjaya

dikumpulkan. Selepas kaedah pemerhatian selesai, pengkaji memilih untuk

menggunakan kaedah temu bual. Kaedah ini digunakan bagi mencapai objektif kedua

kajian, iaitu membanding beza faktor-faktor kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-

murid Rohingya di Sekolah Pelangi Kasih, Selayang.

Akhir sekali, pada 14 November 2019, temu bual dilakukan terhadap murid-

murid Rohingya yang dipilih secara rawak dengan menggunakan telefon pintar sebagai

alat rakaman bersuara. Kali ini, jumlah murid-murid sudah berkurang daripada 85 orang

kepada 70 lebih orang. Faktor kekurangan murid-murid ini disebabkan ada segelintir

daripada mereka yang telah berhijrah ke tempat lain untuk mengikut ibu bapa mereka

yang dapat peluang pekerjaan di tempat baharu. Berikut gambar 3.1 di bawah

menunjukkan situasi murid-murid di kelas Dinamik semasa kajian rintis. Seterusnya,

gambar 3.3 menunjukkan keadaan murid-murid di kelas Cerdik dan gambar 3.6

menunjukkan murid-murid perempuan di kelas Bestari. Akhir sekali, gambar 3.7

menunjukkan dua orang responden yang telah ditemu bual oleh pengkaji.

Page 61: ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID … KESILAPAN... · 2020. 10. 26. · ii analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid rohingya: satu kajian kes di sekolah

48

Gambar 3.1 : Situasi Murid-Murid di Kelas Dinamik

Sumber : Sekolah Pelangi Kasih (2019)

Gambar 3.2 : Pengkaji Bersama Guru Bahasa Melayu, Puan Nurul

Huda binti Abdul Rahim

Sumber : Sekolah Pelangi Kasih (2019)

Page 62: ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID … KESILAPAN... · 2020. 10. 26. · ii analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid rohingya: satu kajian kes di sekolah

49

Gambar 3.3 : Murid-Murid di Dalam Kelas Cerdik

Sumber : Sekolah Pelangi Kasih (2019)

Gambar 3.4 : Pengkaji Bersama Guru Matematik, Encik Hanif Bin Mahpa

dan Murid-Murid di Dalam Kelas Cerdik

Sumber : Sekolah Pelangi Kasih (2019)

Page 63: ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID … KESILAPAN... · 2020. 10. 26. · ii analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid rohingya: satu kajian kes di sekolah

50

Gambar 3.5 : Murid-Murid Perempuan di Dalam Kelas Bestari

Sumber : Sekolah Pelangi Kasih (2019)

Gambar 3.6 : Pengkaji Bersama Guru Bahasa Melayu, Encik Ahmad Adli

bin Anuar dan Murid-Murid Dari Kelas Dinamik

Sumber : Sekolah Pelangi Kasih (2019)

Page 64: ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID … KESILAPAN... · 2020. 10. 26. · ii analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid rohingya: satu kajian kes di sekolah

51

Gambar 3.7 : Pengkaji Bersama Dengan Dua Orang Responden Yang Telah

Ditemu Bual, Iaitu Hakim dan Habibarahman

Sumber : Sekolah Pelangi Kasih (2019)

3.7 RUMUSAN

Kesimpulannya, kajian ini dilakukan dengan mengaplikasikan kaedah-kaedah yang

sepatutnya digunakan untuk sesebuah kajian. Kaedah kajian dimulakan dengan

mendapatkan bahan kajian yang sesuai dan kemudian, menganalisis terhadap teks

daripada bahan kajian tersebut dilakukan.

Page 65: ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID … KESILAPAN... · 2020. 10. 26. · ii analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid rohingya: satu kajian kes di sekolah

52

BAB 4

DAPATAN KAJIAN

4.1 PENGENALAN

Dalam bab ini, pengkaji membincangkan dapatan kajian yang diperoleh melalui

metodologi kajian yang telah diperjelaskan dalam bab 3. Kesemua data dikumpulkan

dan diklasifikasikan mengikut teori utama daripada Corder (1973) dan Lutfi Abas

(1987). Seterusnya, dapatan kajian dihuraikan secara deskriptif bagi menerangkan

justifikasi data tersebut.

Secara umumnya, bahasa Burma dan bahasa Rohingya berbeza dari pelbagai

sudut yang meliputi aspek morfologi, sintaksis, dan semantik. Pada permulaannya,

pengkaji berpendapat keseluruhan murid-murid di Sekolah Pelangi Kasih bertutur

dengan hanya menggunakan bahasa Rohingya dan bahasa Melayu semata-mata.

Namun, setelah pengkaji bertanyakan kepada beberapa orang murid yang telah

ditemuinya ketika menjalankan kajian rintis. Mereka mengatakan bahawa terdapat

beberapa orang murid di Sekolah Pelangi Kasih juga mampu berbahasa

Burma/Myanmar. Di sini boleh dijelaskan bahawa, bahasa utama dalam kalangan

murid-murid Rohingya di sekolah ini ialah bahasa Melayu. Namun begitu, jika terdapat

murid-murid yang tidak dapat memahami bahasa Rohingya atau bahasa Burma, maka

mereka akan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa utama dalam pertuturan

mereka. Hal ini demikian kerana, bagi memudahkan mereka untuk memahami setiap

tutur bicara yang ingin disampaikan oleh pihak penutur terhadap lawan tutur ketika

berkomunikasi.

Page 66: ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID … KESILAPAN... · 2020. 10. 26. · ii analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid rohingya: satu kajian kes di sekolah

53

4.2 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN

Bahagian ini membincangkan hasil data dapatan kajian bagi objektif pertama dan

objektif kedua, iaitu mengenal pasti ciri-ciri kesilapan bahasa dan membanding beza

faktor-faktor kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid Rohingya di Sekolah

Pelangi Kasih. Analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid bagi kajian ini

telah dijalankan melalui traskripsi ke teks daripada hasil pemerhatian dan temu bual

yang dirakamkan dengan menggunakan telefon pintar.

4.3 ANALISIS CIRI-CIRI KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN

MURID-MURID ROHINGYA

Meskipun murid-murid melakukan beberapa kesilapan tatabahasa dalam satu ayat

dalam pertuturan mereka, tetapi fokus utama pengkaji adalah untuk mengenal pasti

kesilapan bahasa murid-murid berdasarkan aspek yang dipilih seperti kata, frasa, ayat

dan ortografi. Pengkaji akan membetulkan dan menghuraikan kesilapan dalam aspek

yang dipilih dengan terperinci. Di samping itu, kesilapan aspek lain yang ada turut

dibetulkan. Menurut Bell (1981), kesilapan bahasa dimaksudkan kepada bentuk

pertuturan yang menyalahi tatabahasa atau struktur sesuatu bahasa dan kesalahan ini

timbul akibat daripada ketidaksempurnaan penguasaan penutur terhadap sistem bahasa

itu. Selain itu, kesilapan bahasa juga merujuk kepada bentuk-bentuk kelemahan

pelaksanaan dan berlaku secara kebetulan atau tidak sengaja (Dulay et al., 1982 dan

Hammersly, 1982). Sekiranya murid sering menggunakan bentuk bahasa yang salah,

murid tersebut sebenarnya melakukan kesalahan bahasa.

Page 67: ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID … KESILAPAN... · 2020. 10. 26. · ii analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid rohingya: satu kajian kes di sekolah

54

4.4 DAPATAN KAJIAN KETIKA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

MATEMATIK

Pada 16 Julai 2019, data telah dikutip di dalam kelas Matematik dengan cara

menggunakan kaedah pemerhatian. Seramai empat orang, iaitu dua orang murid lelaki

dan dua orang murid perempuan diperhati oleh pengkaji bagi mengenal pasti ciri-ciri

kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid Rohingya yang dipilih secara rawak.

4.4.1 Dapatan Kajian Pemerhatian Ikut Serta di Kelas Arif

Pada masa ini, sesi Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) tidak berjalan seperti biasa

kerana ujian Matematik telah dijalankan kepada murid-murid di kelas Arif selama 1

jam. Oleh itulah, pengkaji telah menggunakan kaedah kedua, iaitu kaedah temu bual

terhadap empat orang murid yang dipilih secara rawak untuk mendapatkan data. Terdiri

daripada dua orang murid lelaki dan dua orang murid perempuan.

Gambar 4.1 : Contoh Soalan Ujian Matematik

Sumber : Sekolah Pelangi Kasih (2019)

Page 68: ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID … KESILAPAN... · 2020. 10. 26. · ii analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid rohingya: satu kajian kes di sekolah

55

4.4.2 Dapatan Kajian Pemerhatian Ikut Serta di Kelas Bestari

Jadual 4.1 mengenai ayat kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid Rohingya

yang dapat dikesan sepanjang pemerhatian ikut serta pengkaji di kelas Bestari.

Jadual 4.1:Ayat Kesilapan Bahasa Dalam Pertuturan Murid-Murid Kelas

Bestari

Bil. Ayat Yang Diujarkan Oleh Murid-

Murid Rohingya

Kesilapan dan Pembetulan

1. Cikgu, ni nak buat cam na? Ni = Ini

Nak = Hendak

Cam = Macam

Na = Mana

2. Cikgu, boleh tiru sini darab? Boleh tiru sini darab = Bolehkah

nombor ini didarab?

3. Cikgu, nombor 4 itu bahagi tau. Tau = Tahu

4. Macam mana nak buat? Nak = Hendak

5. Tak de. Tak = Tidak

De = Ada

6. Cikgu, yang ni nak bahagi cam na? Ni = Ini

Nak = Hendak

Cam = Macam

Na = Mana

7. Cikgu tak paham. Tak = Tidak

Paham = Faham

8. Dah agak dah. Dah = Sudah

Page 69: ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID … KESILAPAN... · 2020. 10. 26. · ii analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid rohingya: satu kajian kes di sekolah

56

Jadual 4.1 menunjukkan ciri-ciri kesilapan bahasa yang dikenalpasti, iaitu kesilapan

penggunaan kata singkat, dan kesilapan struktur ayat yang dituturkan oleh murid-murid.

a) Kesilapan Penggunaan Kata Singkat

1) Kebiasaannya penggunaan kata singkat ini sering dituturkan oleh penutur bahasa.

Hal ini kerana, bagi memudahkan setiap percakapan yang ingin disampaikan. Namun,

penggunaan kata singkat tetap menyalahi hukum tatabahasa yang betul. Penggunaan

kata singkat bukan sahaja berlaku ketika bertutur malah berlaku juga dalam penulisan

yang menggunakan bahasa Melayu. Berikut merupakan kesilapan bahasa yang berlaku

dalam pertuturan murid-murid.

*Cikgu, ni nak buat cam na?

Ayat yang betul: Cikgu, ini macam mana hendak buat.

2) Ayat di bawah menunjukkan kesilapan penggunaan kata tanya ‘macam mana’ yang

sering dituturkan oleh murid-murid untuk merujuk kepada cara ‘bagaimana’ sesuatu

perkara dilakukan. Ditambah pula dengan kebanyakan penggunaan kata singkat di

dalam ayat yang diujarkan.

*Macam mana nak buat? Macam mana nak buat?

Ayat yang betul: Bagaimana hendak buat? Bagaimana hendak buat?

*Cikgu, yang ni nak bahagi cam na?

Ayat yang betul: Cikgu, bagaimana hendak bahagi yang ini?

*Cikgu, tak paham.

Ayat yang betul: Cikgu, tidak faham.

3) Kata bantu aspek menerangkan masa pada kerja yang dilakukan, iaitu sama ada kerja

itu akan, sedang, masih, baru, sudah, atau belum dilakukan. Ayat di bawah

Page 70: ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID … KESILAPAN... · 2020. 10. 26. · ii analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid rohingya: satu kajian kes di sekolah

57

menggunakan kata bantu ‘sudah’ tetapi dijadikannya kata singkat sebagai ‘dah’.

Penggunaan kata ‘sudah’ memadai hanya sekali. Tidak perlu berulang banyak kali.

i) Dah agak dah.

Ayat yang betul: Sudah agak.

b) Kesilapan Struktur Ayat

Bagi murid-murid Rohingya semestinya mereka tidak dapat menjauhkan diri daripada

melakukan kesilapan struktur ayat. Kesilapan ini berlaku apabila murid sedang cuba

menanyakan sesuatu tetapi berlakunya susunan struktur ayat yang tidak betul.Hal ini

boleh berlaku ketika mereka tidak sedar akan kesilapan yang dilakukan.

Ayat yang silap: Cikgu, boleh tiru sini darab.

Sepatutnya: Cikgu, bolehkah nombor ini didarabkan?

4.4.3 Dapatan Kajian Pemerhatian Ikut Serta di Kelas Cerdik

Jadual 4.2 mengenai ayat kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid Rohingya

yang dapat dikesan sepanjang pemerhatian ikut serta pengkaji di kelas Cerdik.

Jadual 4.2: Ayat Kesilapan Bahasa Dalam Pertuturan Murid-Murid Kelas

Cerdik

Bil. Ayat Yang Diujarkan Oleh Murid-

Murid Rohingya

Kesilapan dan Pembetulan

1. Sehari dia makan dua, dua, dua.

Dua,dua, dua = Dua

2. Nak minum air. Nak = Hendak

3. Saya ada 10 aiskrim. Saya bagi kat dua

orang kawan. Seorang dapat 5 aiskrim.

Kat = Kepada

Dapat = Mendapat

Page 71: ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID … KESILAPAN... · 2020. 10. 26. · ii analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid rohingya: satu kajian kes di sekolah

58

4. Cikgu, bukan macam ni. Ni = Ini

5. Yang nombor dua tu. Tu = Itu

6. Cikgu, yang ni nak bahagi cam na? Ni = Ini

Cam = Macam

Na = Mana

7. Setiap orang dapat 6K. Dapat = Mendapat

8. Saya dah letak dah. Dah = Sudah

9. Kena titik kat mana tah. Kat strawberi.

Kena = Perlu

Kat = Pada

Jadual 4.2 menunjukkan ciri-ciri kesilapan bahasa yang dikenal pasti, iaitu kesilapan

ayat tanya, kesilapan penggunaan kata singkat, dan kesilapan imbuhan yang dituturkan

oleh murid-murid.

a) Kesilapan Ayat Tanya

‘Bagaimanakah’ dan ‘mengapakah’ lebih tepat penggunaannya daripada ‘kenapakah’

dan ‘macam manakah’. Sekiranya kata tanya diletakkan di hadapan ayat, partikel -kah

mesti diletak.

Cikgu, yang ni nak bahagi cam na?

Ayat yang betul: Cikgu, bagaimanakah hendak bahagi yang ini?

b) Kesilapan Penggunaan Kata Singkat

1) Kata bantu ragam yang hadir sebelum kata kerja dalam frasa kerja ialah perkataan

yang menerangkan ragam atau keadaan sesuatu perbuatan itu dilakukan, seperti

seseorang itu mesti melakukan, hendak melakukan, atau berkeupayaan melakukan

sesuatu perbuatan itu. Berikut merupakan kata bantu ragam ‘hendak’ yang dituturkan

oleh murid tetapi disingkatkan menjadi ‘nak’.

Page 72: ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID … KESILAPAN... · 2020. 10. 26. · ii analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid rohingya: satu kajian kes di sekolah

59

a) Nak minum air.

Sepatutnya: Hendak minum air

Seterusnya, ayat yang diujarkan oleh murid-murid mempunyai kesilapan kata singkat

ialah:

i) Cikgu, bukan macam ni.

Sepatutnya: Cikgu, bukan macam ini.

ii) Kena titik kat mana tah? Kat strawberi?

Sepatutnya: Di mana perlu letak titik. Di strawberi?

Dalam penggunaan kata bilangan dalam ayat, kita selalu membuat kesilapan dengan

menggandakan perkataan yang mengikutinya. Kata bilangan tidak perlu sama sekali

digandakan.

*Sehari dia makan dua, dua, dua.

Sepatutnya: Sehari dia makan dua biji epal.

Ayat ini perlu dimasukkan objek bagi menjadikan satu ayat yang lengkap.

*Saya ada 10 aiskrim. Saya bahagi kat dua orang kawan. Seorang dapat 5 aiskrim.

Sepatutnya: Saya ada 10 aiskrim. Saya bahagikan kepada dua orang kawan. Seorang

mendapat 5 aiskrim.

2) Kata bantu aspek menerangkan masa pada kerja yang dilakukan, iaitu sama ada kerja

itu akan, sedang, masih, baru, sudah, atau belum dilakukan. Ayat di bawah

menggunakan kata bantu ‘sudah’ tetapi dijadikannya kata singkat sebagai ‘dah’.

i)Ayat yang salah: Saya dah letak dah.

Page 73: ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID … KESILAPAN... · 2020. 10. 26. · ii analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid rohingya: satu kajian kes di sekolah

60

Sepatutnya: Saya sudah letak.

3) Dalam bahasa Melayu, perkataan yang bukan sahaja digunakan sebagai penanda

relatif, tetapi digunakan juga sebagai pengganti nama yang digugurkan daripada frasa

nama + yang seperti yang terdapat dalam ayat di bawah:

i) Yang nombor dua tu.

Cuma kesilapan ayat di atas berlaku dari segi kata singkatan “tu”

Ayat sepatutnya: Yang nombor dua itu.

c) Kesilapan Imbuhan

Imbuhan awalan digunakan untuk mengubah bentuk atau tugas. Imbuhan men- untuk

kata dasar yang bermula dengan huruf c, d, dan j. Kesilapan ayat berlaku apabila selepas

frasa nama tidak dimasukkan imbuhan awalan men-. Sebagai contohnya, “Setiap orang

dapat 6K.”

Ayat yang betul: Setiap orang mendapat 6K.

4.5 DAPATAN KAJIAN KETIKA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

BAHASA MELAYU

Pada 1 November 2019, dapatan data kedua telah dikumpul di kelas Bahasa Melayu

juga dengan menggunakan kaedah pemerhatian. Seramai empat orang, iaitu dua orang

murid lelaki dan dua orang murid perempuan diperhati oleh pengkaji bagi mengenal

pasti ciri-ciri kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid Rohingya yang dipilih

secara rawak.

Page 74: ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID … KESILAPAN... · 2020. 10. 26. · ii analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid rohingya: satu kajian kes di sekolah

61

4.5.1 Dapatan Kajian Pemerhatian Ikut Serta di Kelas Bestari

Jadual 4.3 mengenai ayat kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid Rohingya

yang dapat dikesan sepanjang pemerhatian ikut serta pengkaji di kelas Bestari.

Jadual 4.3: Ayat Kesilapan Bahasa Dalam Pertuturan Murid-Murid Rohingya

Kelas Bestari

Bil. Ayat Yang Diujarkan Oleh Murid-

Murid Rohingya

Kesilapan dan Pembetulan

1. Saya tengah pikir. Tengah = Sedang

Pikir = Fikir

2. Saya nak pergi ke KLCC. Nak = Hendak

3. Saya nak bagi buku ini kepada

Umairah.

Nak = Hendak

4. Saya bagi pencil box ini. Pencil box = Kotak pensil

5. Saya berasal daripada kampung. Daripada = Dari

6. Setiap hari Syahmi pergi menaik bas. Menaik = Menaiki

7. Oh, no. No = Tidak

8. Saya tak de. Tak = Tidak

De = Ada

Jadual 4.3 menunjukkan ciri-ciri kesilapan bahasa yang dikenal pasti, iaitu kesilapan

kata, kesilapan penggunaan kata singkat, kesilapan kata serapan tidak betul, kesilapan

imbuhan, kesilapan kata sendi nama, dan percampuran kod yang dituturkan oleh murid-

murid.

a)Kesilapan Kata

Berdasarkan semakan daripada laman web Pusat Rujukan Persuratan Melayu (2019)

tiada kata ‘pikir’ yang ditemui. Oleh itulah, penggunaan kata “pikir” di dalam ayat

Page 75: ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID … KESILAPAN... · 2020. 10. 26. · ii analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid rohingya: satu kajian kes di sekolah

62

adalah salah. Penggunaan kata “tengah” tidak sesuai untuk digunakan bagi

menunjukkan perbuatan yang sedang dilakukan oleh seseorang itu.

a) Saya tengah pikir

Ayat betul: Saya sedang fikir.

b)Kesilapan Penggunaan Kata Singkat

Kebiasaannya penggunaan kata singkat ini sering dituturkan oleh penutur bahasa. Hal

ini kerana, bagi memudahkan setiap percakapan yang ingin disampaikan. Namun,

penggunaan kata singkat tetap menyalahi hukum tatabahasa yang betul. Penggunaan

kata singkat bukan sahaja berlaku ketika bertutur malah berlaku juga dalam penulisan

yang menggunakan bahasa Melayu. Berikut merupakan kesilapan bahasa yang berlaku

dalam pertuturan murid-murid.

a) Saya nak pergi ke KLCC.

Ayat yang betul: Saya hendak pergi ke KLCC.

b) Saya nak bagi buku ini kepada Umairah.

Sebetulnya: Saya hendak bagi buku ini kepada Umairah.

c) Saya tak de.

Sepatutnya: Saya tidak ada.

c)Kesilapan Kata Serapan Tidak Betul

Kata serapan seperti pencil box yang berasal daripada bahasa Inggeris. Pencil box

sepatutnya tidak boleh digunakan. Kata tersebut sudah ada istilahnya dalam bahasa

Melayu yang sebenar, iaitu kotak pensil.

Ayat yang salah: Saya bagi pencil box ini.

Page 76: ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID … KESILAPAN... · 2020. 10. 26. · ii analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid rohingya: satu kajian kes di sekolah

63

Selain daripada kesilapan penggunaan kata serapan tidak betul, dalam ayat ini

berlaku juga kesilapan penggunaan kata sendi nama “bagi” digunakan di hadapan kata

nama atau frasa nama untuk menunjukkan kegunaan sesuatu.

Sepatutnya: Saya beri kotak pensel ini.

d)Kesilapan Penggunaan Kata Sendi Nama

Kesilapan penggunaan kata sendi nama “dari” dan “daripada”. Penggunaan kata sendi

nama “dari” digunakan untuk menunjukkan masa, tempat, dan arah. Seterusnya, bagi

penggunaan kata sendi nama “daripada” digunakan untuk perbandingan dan punca

sesuatu perkara.

Ayat dalam penggunaan kata sendi nama yang salah: Saya berasal daripada kampung

Sebetulnya: Saya berasal dari kampung.

e) Percampuran Kod

Percampuran kod bahasa adalah penggunaan lebih daripada satu bahasa di dalam

sebuah pertuturan. Sebagaimana yang dikatakan oleh Nababan, percampuran kod

merupakan satu keadaan atau cara berbahasa di mana pengguna bahasa mencampurkan

satu bahasa atau lebih ke dalam satu pertuturan (Tan Kooi Yee, 2009). Di bawah adalah

ayat yang salah kerana berlaku percampuran kod antara bahasa Melayu dan bahasa

Inggeris.

i)Oh, no.

Sepatutnya: Oh, tidak.

Page 77: ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID … KESILAPAN... · 2020. 10. 26. · ii analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid rohingya: satu kajian kes di sekolah

64

f) Kesilapan Imbuhan

Terdapat hanya dua akhiran yang membentuk kata kerja dalam bahasa Melayu, iaitu: -

kan dan -i. Golongan kata yang boleh hadir dengan akhiran-i ialah kata kerja, kata nama,

kata tugas, dan kata adjektif. Kesilapan ayat yang dapat dikenal pasti tiada akhiran -i

selepas imbuhan meN ialah :

*Setiap hari Syahmi pergi sekolah menaik bas.

Kesilapan yang berlaku terhadap ayat di atas ialah subjek di pertengahan ayat

tidak dimasukkan imbuhan meN- i dan tiada kata hubung keterangan cara yang

dimasukkan menjadikan ayat tersebut tergantung. Keterangan cara ialah unsur yang

menerangkan gaya atau kaedah sesuatu perbuatan berlaku. Kata hubung keterangan cara

yang perlu dimasukkan dalam ayat ialah dengan.

Ayat yang betul: Setiap hari Syahmi pergi ke sekolah dengan menaiki bas.

4.5.2 Dapatan Kajian Pemerhatian Ikut Serta di Kelas Cerdik

Jadual 4.4 mengenai ayat kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid Rohingya

yang dapat dikesan sepanjang pemerhatian ikut serta pengkaji di kelas Cerdik.

Page 78: ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID … KESILAPAN... · 2020. 10. 26. · ii analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid rohingya: satu kajian kes di sekolah

65

Jadual 4.4: Ayat Kesilapan Bahasa Dalam Pertuturan Murid-Murid Rohingya

Kelas Cerdik

Jadual 4.4 menunjukkan ciri-ciri kesilapan bahasa yang dikenal pasti, iaitu kesilapan

penggunaan kata singkat, dan kesilapan ayat tanya dengan ayat tanya, kesilapan kata

penegas, dan kesilapan frasa sendi nama yang dituturkan oleh murid-murid.

a)Kesilapan Penggunaan Kata Singkat

Kebiasaannya penggunaan kata singkat ini sering dituturkan oleh penutur bahasa. Hal

ini kerana, bagi memudahkan setiap percakapan yang ingin disampaikan. Namun,

penggunaan kata singkat tetap menyalahi hukum tatabahasa yang betul. Penggunaan

kata singkat bukan sahaja berlaku ketika bertutur malah berlaku juga dalam penulisan

Bil. Ayat Yang Diujarkan Oleh Murid-

Murid Rohingya

Kesilapan dan Pembetulan

1. Macam manakah? Macam manakah= Bagaimanakah

2. Cikgu, buku bahasa Melayu ada kat

cikgu ke?

Kat = Kepada

3. Mana Sudur dan Syahid? Mana = Dimanakah

4. Terletak masa awal ayat. Terletak masa = Terletak pada

masa

5. Apakah kamu buat? Kamu buat = kamu sedang buat

6. Bila saya pergi ke sekolah? Bila = Bilakah

7. Nombor tiga tu dia siapa tu? Tu = Itu

8. Mengapa saya ke sekolah? Mengapa = Mengapakah

Page 79: ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID … KESILAPAN... · 2020. 10. 26. · ii analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid rohingya: satu kajian kes di sekolah

66

yang menggunakan bahasa Melayu. Berikut merupakan kesilapan bahasa yang berlaku

dalam pertuturan murid-murid.

*Ayat yang salah: Cikgu, buku bahasa Melayu ada kat cikgu ke?

Sepatutnya: Cikgu, buku bahasa Melayu ada kepada cikgu?

*Ayat yang salah: Nombor tiga tu dia siapa tu?

Dalam ayat ini berlaku juga kesilapan ayat dan kata singkat.

Sepatutnya: Siapakah, orang yang bernombor tiga itu?

b)Kesilapan Ayat Tanya Dengan Ayat Tanya

Ayat tanya dengan kata tanya ialah ayat yang mengandungi kata tanya seperti berapa,

bagaimana, bila, kenapa, dan mengapa. Dalam susunan biasa, kata tanya menduduki

unsur predikat seperti yang terdapat dalam ayat di bawah:

a) Mana Sudur dan Syahid?

b) Bila saya pergi ke sekolah?

c) Mengapa saya ke sekolah?

Bagi bentuk tulisan, ayat di atas perlu menerima partikel -kah pada unsur yang

dikedepan, seperti ayat yang sepatutnya:

a) Di manakah Sudur dan Syahid?

b) Bilakah saya pergi ke sekolah?

c) Mengapakah saya ke sekolah?

Selain itu, terdapat satu ayat tanya yang diujarkan oleh murid Rohingya, iaitu

“Macam manakah?” untuk menanyakan cara sesuatu perkara dilakukan. Sepatutnya

ayat tanya yang betul tu bertanyakan bagi cara ialah “Bagaimanakah?”

Page 80: ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID … KESILAPAN... · 2020. 10. 26. · ii analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid rohingya: satu kajian kes di sekolah

67

Di samping itu, penggunaan ayat tanya dengan kata ganti nama diri tanya. Ayat

jenis ini terdiri daripada ayat yang mengandungi kata ganti nama tanya seperti siapa,

mana, dan apa. Dalam susunan biasa, kata ganti nama tanya perlulah diletak di bahagian

predikat.

Ayat yang salah: Nombor tiga tu dia siapa tu?

Sepatutnya: Nombor tiga itu siapa?

c) Kesilapan Kata Penegas

Kata penegas yang disebut juga partikel atau kata penyerta ialah sejumlah perkataan

yang memberikan penekanan pada bahagian tertentu dalam ayat. Terdapat kata penegas

‘kah’ tetapi diujarkan dengan kata ‘ke’ yang ingin menegaskan setiap ayat ujaran.

Namun, penggunaan ‘ke’ adalah kesilapan kata penegas yang sering ditutur oleh

penutur.

Ayat yang salah: Cikgu, buku bahasa Melayu ada kat cikgu ke?

Sepatutmya: Cikgu, buku bahasa Melayu ada kepada cikgukah?

d) Predikat Frasa Sendi Nama

Frasa sendi nama yang menjadi predikat terbina daripada kata sendi nama yang diikuti

oleh frasa nama. Kesilapan dalam ayat di bawah jelas terjadi kerana tiada penggunaan

kata sendi nama yang dimasukkan untuk menunjukkan masa.

a) Terletak masa awal ayat.

Sepatutnya: Terletak pada masa awal ayat.

Page 81: ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID … KESILAPAN... · 2020. 10. 26. · ii analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid rohingya: satu kajian kes di sekolah

68

4.5.3 Dapatan Kajian Pemerhatian Ikut Serta di Kelas Dinamik

Jadual 4.5 mengenai ayat kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid Rohingya

yang dapat dikesan sepanjang pemerhatian ikut serta pengkaji di kelas Dinamik.

Jadual 4.5: Ayat Kesilapan Bahasa Dalam Pertuturan Murid-Murid Rohingya

Kelas Dinamik

Bil. Ayat Yang Diujarkan Oleh Murid-

Murid Rohingya

Kesilapan dan Pembetulan

1. Besar macam cikgu tak muat. Tak = Tidak

2. Cikgu, macam ni boleh cikgu? Ni = Ini

3. Kan aku terbelikan. Kan aku terbelikan

4. Akhiran tu yang tu. Tu = Itu

5. Dia tengah baca. Tengah = Sedang

Baca = Membaca

6. Kita dilarang bercuri barang kawan-

kawannya.

Bercuri = Mencuri

Jadual 4.5 menunjukkan ciri-ciri kesilapan bahasa yang dikenal pasti, iaitu kesilapan

penggunaan kata singkat, kesilapan ayat tanya, kesilapan struktur ayat, serta kesilapan

imbuhan dan kata bantu yang dituturkan oleh murid-murid.

a) Kesilapan Penggunaan Kata Singkat

Kebiasaannya penggunaan kata singkat ini sering dituturkan oleh penutur bahasa. Hal

ini kerana, bagi memudahkan setiap percakapan yang ingin disampaikan. Namun,

penggunaan kata singkat tetap menyalahi hukum tatabahasa yang betul. Penggunaan

kata singkat bukan sahaja berlaku ketika bertutur malah berlaku juga dalam penulisan

yang menggunakan bahasa Melayu. Berikut merupakan kesilapan bahasa yang berlaku

dalam pertuturan murid-murid.

Page 82: ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID … KESILAPAN... · 2020. 10. 26. · ii analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid rohingya: satu kajian kes di sekolah

69

Contoh kesilapan dan pembetulan:

i) Akhiran tu yang tu.

Sepatutnya Akhiran itu yang itu.

ii) Besar macam cikgu tak muat.

Ayat yang betul: Besar macam cikgu tidak muat.

b) Kesilapan Imbuhan dan Kata Bantu

Dalam sesuatu ayat, penggunaan kata bantu untuk menunjukkan sedang dilakukan

perlulah digunakan sedang, masih, atau mula. Tidak boleh meletakkan unsur ‘tengah’.

Hal ini demikian kerana, penggunaan ‘tengah’ hanya sesuai untuk menunjukkan waktu.

Sebagai contohnya: tengah malam.

i) Dia tengah baca.

Ayat yang betul: Dia sedang membaca.

Selepas kata bantu, imbuhan perlu hadir untuk frasa kata kerja. Seterusnya, ayat yang

silap ialah:

*Kita dilarang bercuri barang kawan-kawannya.

Sepatutnya: Dia dilarang mencuri barang kawan-kawannya.

c) Kesilapan Ayat Tanya

Ayat tanya dengan kata tanya ialah ayat yang mengandungi kata tanya seperti berapa,

bagaimana, bila, kenapa, dan mengapa. Dalam susunan biasa, kata tanya menduduki

unsur predikat seperti yang terdapat dalam ayat di bawah:

Ayat yang silap:Cikgu, macam ni boleh cikgu?

Page 83: ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID … KESILAPAN... · 2020. 10. 26. · ii analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid rohingya: satu kajian kes di sekolah

70

Ayat yang betul: Cikgu, bolehkah macam ini?

d) Kesilapan Struktur Ayat

Setiap pembentukan ayat dalam sesuatu bahasa dikenali sebagai satu konstruksi atau

binaan. sesuatu konstruksi ayat bukan sekadar gabungan atau rentetan bentuk kata yang

tidak tersusun, tetapi sebaliknya terbentuk daripada susunan beberapa unit kecil rangkai

kata dalam ilmu bahasa, dikenali sebagai unsur atau konstituen. Namun begitu,

kesilapan yang sering dilakukan ialah ayat tergantung yang tidak memiliki subjek atau

predikat yang jelas.

Ayat yang silap: Kan aku terbelikan?

Sepatutnya: Nanti aku terbeli?

4.6 DAPATAN KAJIAN FAKTOR-FAKTOR KESILAPAN BAHASA

Berdasarkan temu bual yang dilakukan terhadap 8 orang responden dari kelas Arif dan

Dinamik terdapat pelbagai punca yang menghalang murid-murid asing untuk bertutur

dalam bahasa Melayu. Dapatan kajian menunjukkan terdapat empat faktor yang dapat

disenaraikan, iaitu kejahilan, persekitaran, gangguan bahasa, dan gangguan psikologi.

Jadual 4.6 di bawah menunjukkan bilangan responden dan faktor-faktor yang

mempengaruhi mereka membuat kesilapan bahasa dalam pertuturan

Page 84: ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID … KESILAPAN... · 2020. 10. 26. · ii analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid rohingya: satu kajian kes di sekolah

71

Jadual 4.6 : Dapatan Faktor-Faktor Kesilapan Bahasa dalam Pertuturan Murid-

Murid Rohingya

Bil. Responden Faktor-Faktor Kesilapan Bahasa

1. Aisya (R1) Gangguan Psikologi

Persekitaran

Kejahilan

2. Raihana (R2) Persekitaran

Kejahilan

3. Hakim (R3) Persekitaran

4. Habibarahman (R4) Persekitaran

5. Sohail (R5) Persekitaran

6. Ali (R6) Persekitaran

7. Shahbana (R7) Gangguan Bahasa

Persekitaran

8. Siti Aisya (R8) Gangguan Bahasa

Persekitaran

Petunjuk:

R1 = Responden 1

R2 = Responden 2

R3 = Responden 3

R4 = Responden 4

R5 = Responden 5

R6 = Responden 6

R7 = Responden 7

R8 = Responden 8

Page 85: ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID … KESILAPAN... · 2020. 10. 26. · ii analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid rohingya: satu kajian kes di sekolah

72

4.6.1 Faktor Kejahilan

Berdasarkan jadual 4.6 ini memaparkan faktor-faktor yang mempengaruhi murid-murid

Rohingya dalam melakukan kesilapan bahasa Melayu dalam pertuturan mereka. Sikap

murid yang hanya melakukan pergaulan sesama mereka akan menyebabkan murid ini

merasakan, mereka tidak perlu untuk berinteraksi dengan menggunakan bahasa

Melayu. Hal ini demikian kerana, mereka mempunyai bahasa ibunda sendiri. Faktor

pertama kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid Rohingya yang ingin dikaji

ialah kejahilan bahasa Melayu dalam kalangan penutur bahasa asing. Terdapat

sesetengah pihak yang mengaku tahu, tetapi sebenarnya tidak tahu. Malahan, aspek

bahasa yang silap dikatakan yang silap itu betul, manakala aspek bahasa yang betul

dikatakan silap. Kini, banyak kosa kata yang hadir menampakkan gejala tersebut.

Dalam dapatan kajian bahasa, gejala ini dikenali sebagai kejahilan bahasa. Kejahilan

juga dapat dilihat apabila penutur asing seperti murid Rohingya yang dikaji silap dalam

membezakan struktur ayat dan kosa kata yang betul dalam bahasa Melayu.

Kemungkinan terpengaruh dengan faktor bahasa ibunda mereka.

Seterusnya, dapatan kajian bagi faktor kejahilan dapat dilihat ketika responden

ditanyakan oleh penemubual berkenaan keupayaan ahli keluarga bertutur dengan

menggunakan bahasa Melayu. Responden 1 telah dikenal pasti melalui jawapannya:

“Kalau ibu saya tak. Ayah saya boleh. Adik-beradik yang lain tak pasti.” (R1)

Kesimpulannya, dapatlah dirumuskan bahawa faktor kejahilan ini juga akan

muncul daripada latar belakang keluarga penutur yang kurang mengamalkan

penggunaan bahasa Melayu ketika berkomunikasi dengan ahli keluarga terdekat.

Akibatnya, murid asing yang baru mempelajari bahasa Melayu tidak mampu

membezakan ayat atau perkataan bahasa Melayu dengan baik.

Page 86: ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID … KESILAPAN... · 2020. 10. 26. · ii analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid rohingya: satu kajian kes di sekolah

73

4.6.2 Faktor Gangguan Bahasa

Gangguan bahasa merupakan fenomena yang terhasil akibat daripada kebiasaan ujaran

bahasa ibunda ke dalam bahasa kedua. Ali al-Khuli (1988: 91-92) menjelaskan bahawa

gangguan atau al-Tadakhul adalah merujuk kepada situasi penguasaan bahasa yang kuat

atau bahasa yang lebih dominan kepada seseorang terhadap bahasa yang lemah. Beliau

menambah (Ibid), kewujudan dua kaedah bahasa, iaitu bahasa ibunda dan bahasa

sasaran yang sedang dipelajari) dalam fikiran seseorang ini dapat membuatkan kaedah

bahasa yang paling difahami pelajar boleh mendominasi kaedah yang baharu

dipelajarinya. Selain itu, gangguan juga adalah tabiat lama atau old habit yang

merupakan bahasa ibunda yang dimiliki oleh seseorang sejak kecil mereka yang

mengganggu dan mempengaruhi bentuk tabiat baru (new habit) atau bahasa sasar

ketika proses pembelajaran bahasa. Gangguan ini akan menyebabkan kesilapan bahasa

yang digelar dengan interlingual error. (Nor Asree, 2017).

Kesilapan ini berlaku apabila responden yang dikaji dilihat lebih cenderung

memindahkan ciri dan struktur bahasa ibunda mereka ke dalam bahasa yang baru

dipelajari (bahasa Melayu). Hal ini dapat dilihat ketika responden 7 dan responden 8

mengungkapkan contoh ayat dalam bahasa Myanmar bagi mudahkan pengkaji untuk

melihat perbezaan struktur ayat dalam bahasa ibunda mereka dan bahasa Melayu.

Sebagai contohnya:

“Mak sudah makan nasi tak. Saya kena tolong apa? Mak, nak tidur tak?” (R7)

“Ibu masak tak? Ibu tulis tak? Ibu jaga anak ke?” (R8)

Berdasarkan rakaman audio bersuara yang telah dirakam ketika temu bual

responden 7 dan responden 8. Pengkaji mendapati bahawa setiap ayat yang diujarkan

oleh mereka ke dalam bahasa Myanmar terdapat struktur ayat yang perlu berada di

Page 87: ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID … KESILAPAN... · 2020. 10. 26. · ii analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid rohingya: satu kajian kes di sekolah

74

depan ayat tetapi berada di belakang ayat dan begitu juga sebaliknya. Melalui laras

bahasa yang dituturkan oleh mereka, dapatlah ditafsirkan dan mengagak bahasa ibunda

yang dikuasai oleh mereka itu dapat mempengaruhi gangguan berbahasa mereka ketika

menggungkapkan pertuturan ke dalam bahasa Melayu. Menurut Bhela (1999), apabila

terdapat jurang perbezaan yang jauh antara dua bahasa (bahasa ibunda dan bahasa

kedua), maka makin banyaklah kesukaran yang perlu dihadapi oleh seseorang pelajar.

Oleh sebab itulah, perbezaan ini akan membuatkan murid sukar untuk memahirkan diri

mereka dalam menguasai sepenuhnya kemahiran bertutur dan menulis dalam bahasa

kedua (bahasa Melayu). Sehubungan dengan perkara ini, Nik Safiah Karim (1981),

menyimpulkan bahawa punca kesilapan bahasa dalam kalangan pelajar akan terus

berlaku jika pelajar tidak menguasai bahasa dalam erti kata tidak memahami segala

selok-belok bahasa itu, aspek tatabahasanya, dan penggunaan ayat yang betul. Daripada

dapatan kajian untuk faktor gangguan bahasa ini jelas bahawa kesilapan bahasa yang

dilakukan oleh responden 7 dan responden 8 akan mempengaruhi penguasaan mereka

dari segi bahasa dalam pertuturan bahasa Melayu.

4.6.3 Faktor Gangguan Psikologi

Richards (1974) mendapati bahawa, bukan semua masalah pembelajaran bahasa adalah

disebabkan oleh gangguan bahasa ibunda. Corder (1981) dan Selinker (1974) pula

mendapati pelajar bahasa kedua menggunakan bahasa dengan sistemnya sendiri yang

sentiasa berubah dan berkembang. Teori analisis kesilapan mula dibincangkan oleh

Corder dalam artikelnya The Significance of Learners” Errors. Pada pendapat beliau,

aplikasi teori linguistik dan psikologi dalam kajian pembelajaran bahasa telah

menambah satu dimensi baru kepada perbincangan tentang kesilapan. Kesilapan

Page 88: ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID … KESILAPAN... · 2020. 10. 26. · ii analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid rohingya: satu kajian kes di sekolah

75

dipercayai boleh diterangkan, iaitu kesilapan ialah hasil gangguan dalam pembelajaran

bahasa kedua yang disebabkan oleh tabiat dalam bahasa pertama.

“It is of course true that the application of linguistics and psychological theory

to the study of language learning added a new dimension to the discussion of errors:

people now believed they had a principled means for accounting for these errors,

namely that they were the result of interference in the learning of a second language

from the habits of the first language.” (Corder, 1981:5)

Antara jawapan yang diberikan oleh responden 1 untuk menunjukkan dirinya

tergolong dalam faktor gangguan psikologi ialah:

“Saya faham semua. Tapi masa cikgu ajar tadi saya tak ingat perkataan mana

yang tak faham dan susah sebut.” (R1)

Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa, terdapat faktor psikologi yang

mempengaruhi responden 1. Ketika pengkaji menemubual responden 1, pengkaji

mendapati diri responden 1 mengalami sedikit gangguan psikologi apabila berkata,

“Tapi masa cikgu ajar tadi saya tak ingat perkataan mana yang tak faham dan susah

sebut.” Situasi ini mengambarkan responden tidak berapa yakin untuk berujar dengan

bahasa Melayu. Menurut Jacek Fisiak (1981) bukan semua kesilapan bahasa disebabkan

oleh faktor gangguan. Malahan, faktor psikologi juga menyebabkan berlakunya

kesilapan dalam kalangan penutur. Terutamanya, murid-murid Rohingya yang

sememangnya bukanlah penutur asli bahasa Melayu. Seperti yang dinyatakan oleh

Jacek Fisiak:

“Not all errors are the result of interference. Psychological and pedagogical,

as well as other extralinguistics factors contribute to the formation of errors; therefore

Page 89: ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID … KESILAPAN... · 2020. 10. 26. · ii analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid rohingya: satu kajian kes di sekolah

76

error analysis as part of applied linguistics cannot replace contrastive studies but only

supplement them.” (Jacek Fisiak, 1981: 7)

4.6.4 Faktor Persekitaran

Faktor yang keempat menjadi punca kepada murid Rohingya ini bertutur dalam bahasa

Melayu ialah faktor persekitaran. Suasana persekitaran yang tidak menggunakan bahasa

Melayu sepenuhnya menyukarkan murid-murid ini untuk bertutur dalam bahasa

Melayu. Mereka tinggal dan bergaul sesama mereka sahaja, tiada fungsi bahasa Melayu

untuk digunakan melainkan di sekolah sahaja. Hal ini bertepatan dengan pernyataan

daripada hasil dapatan temu bual daripada beberapa orang responden yang ditemui

menggunakan bahasa Rohingya di rumah dan kawasan kejiranan mereka. Seperti

responden 1,4, dan 6. Dapatan kajian yang diperoleh daripada ungkapan responden 6

yang menjawab pertanyaan daripada penemubual, iaitu ”Adakah jiran atau orang

sekeliling di kawasan perumahan anda boleh bertutur dengan bahasa Melayu?”:

“Selalunya jiran selalu bertutur dengan menggunakan bahasa Rohingya.” (R8)

Selain itu, responden-responden yang terbabit dalam bertutur menggunakan bahasa

Burma/Myanmar di rumah ialah responden 2,7, dan 8. Hanya responden 5 yang

menggunakan separuh bahasa Burma dan separuh lagi bahasa Melayu. Berikut ayat di

bawah yang dituturkan oleh responden 5:

“Kadang-kadang bahasa Myanmar. Kadang-kadang bahasa Melayu.”(R5)

Faktor persekitaran juga didapati kekangan dalam pertuturan bahasa Melayu bagi

penutur asing seperti murid Rohingya ini. Dapatan kajian ini menyokong dapatan kajian

yang dilakukan terhadap murid-murid orang asli terhadap literasi bahasa Melayu. Abdul

Page 90: ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID … KESILAPAN... · 2020. 10. 26. · ii analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid rohingya: satu kajian kes di sekolah

77

Sukor, Nuraini, Mohd Izam dan Mohd Hasani (2011) mendapati bahawa murid-murid

orang asli menghadapi gangguan bahasa ibunda dalam pertuturan mereka. Dapatan

kajian ini juga bertepatan dengan punca persekitaran yang dihadapi oleh responden

1,2,4,5,6,7, dan 8. Mereka berlatar belakangkan keluarga yang lebih mengutamakan

bahasa ibunda sendiri ketika bertutur berbanding penggunaan bahasa Melayu di rumah.

Keadaan ini berbeza dengan responden 3 yang lebih mengutamakan penggunaan

bahasa Melayu di rumah berbanding bahasa Rohingya. Meskipun responden 3 berasal

dari Myanmar. Seperti yang diungkapkannya ketika temu bual yang membuktikan diri

responden bertutur menggunakan bahasa Melayu, iaitu:

“Bahasa Melayu. Tak guna bahasa Rohingya.” (R3)

Bagi menganalisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid Rohingya

di Sekolah Pelangi Kasih, pengkaji mendapati kebanyakan faktor kesilapan ini

berpunca oleh keterbatasan responden dalam menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya

ketika berucap dengan pihak lawan tutur. Ketika mereka bersama kawan-kawan di

sekolah, ada yang akan bertutur dalam bahasa Melayu dan tidak dinafikan juga ada yang

sering menggunakan bahasa ibunda mereka sendiri, iaitu bahasa Burma/ Myanmar atau

bahasa Rohingya. Hal ini boleh menyebabkan kesukaran dalam mengujarkan bahasa

Melayu sepenuhnya agak sukar dalam kalangan murid-murid Rohingya. Terdapat

responden yang dikaji bertutur bahasa Melayu ketika di sekolah kerana bahasa Melayu

dijadikan sebagai bahasa pengantar. Sekiranya berada di rumah, responden akan

berbahasa Burma ataupun bertutur dalam bahasa Rohingya bersama ahli keluarga serta

jiran tetangga mereka.

Persekitaran memainkan peranan yang penting dalam pengajaran kemahiran

bahasa. Dapatan ini menyokong dapatan kajian daripada Siti Saniah (2012) yang

Page 91: ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID … KESILAPAN... · 2020. 10. 26. · ii analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid rohingya: satu kajian kes di sekolah

78

menyatakan bahawa persekitaran pembelajaran tidak membantu pelajar asing untuk

mempraktikkan bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu. Malahan, Kalthum (2003)

juga berpendapat bahawa proses pembelajaran bahasa Melayu perlu berlangsung di luar

bilik darjah bagi mendedahkan pelajar dengan situasi sebenar pertuturan.

Oleh itulah, pengkaji mendapati murid asing menghadapi pelbagai kekangan

dalam proses mempelajari kemahiran untuk menguasai bahasa Melayu dengan betul

serta bertutur dalam bahasa Melayu. Menurut Vygotsky (1978), terdapat tiga langkah

bagi mengaplikasikan Zon Perkembangan Proksimal, iaitu penilaian, penyesuaian

sesuatu tugasan mengikut tahap perkembangan pelajar dan penyediaan sokongan

instruksional. Melalui langkah penilaian, guru haruslah berupaya untuk memahami

sesuatu masalah secara realistik. Setelah dikenal pasti masalah, guru perlulah berusaha

untuk mencari penyelesaian bagi mengatasi masalah tersebut.

4.7 KESIMPULAN

Kesimpulannya, hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa segala objektif kajian yang

diingini oleh pengkaji telah terjawab melalui data pemerhatian dan temu bual terhadap

murid-murid Rohingya di Sekolah Pelangi Kasih. Di samping itu juga hasil kajian

mendapati bahawa teori Corder (1973) dan Lutfi Abas (1987) sangat membantu dalam

mencapai objektif 1 dan objektif 2 dalam penelitian kajian ini.

Page 92: ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID … KESILAPAN... · 2020. 10. 26. · ii analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid rohingya: satu kajian kes di sekolah

79

BAB 5

PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN

5.1 PENGENALAN

Bab 5 merupakan bahagian terakhir dalam kajian penyelidikan ini. Bab ini akan

merumuskan mengenai implikasi kajian dan cadangan bagi penambahbaikan kajian

lanjutan yang bakal dilaksanakan oleh pengkaji pada masa akan datang.

5.2 PERBINCANGAN

Perbincangan dan analisis kajian dijalankan dengan menggunakan transkripsi teks hasil

daripada pemerhatian dan temu bual murid-murid Rohingya. Kajian ini dianalisis

dengan menggunakan teori daripada Corder (1973) dan Lutfi Abas (1987) yang

mengkategorikan lapan jenis faktor-faktor kesilapan bahasa, iaitu pengaruh dialek,

pengaruh bahasa asing, kejahilan, gangguan psikologi, gangguan bahasa, takrif nahu,

falsafah bahasa, dan teori himpunan. Penggunaan teori-teori daripada pengkaji

tempatan dan pengkaji luar negara menjadi panduan utama dalam menjalankan kajian

ini.

Secara keseluruhannya, dapatan menunjukkan bahawa, ciri-ciri kesilapan

bahasa dalam pertuturan murid-murid Rohingya sering berlaku dalam kesilapan

penggunaan kata singkat, kesilapan penggunaan kata sendi nama, kesilapan kata

serapan tidak betul, kesilapan penggunaan imbuhan dan kata bantu. Semasa

pemerhatian dijalankan di dalam kelas-kelas yang terpilih, pengkaji mendapati bahawa,

murid-murid sering menggunakan kata singkat. Hal ini sama juga dengan fenomena

Page 93: ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID … KESILAPAN... · 2020. 10. 26. · ii analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid rohingya: satu kajian kes di sekolah

80

penutur dalam kalangan murid-murid Melayu juga kerap menggunakan kata singkat.

Kesimpulannya, penganalisisan kesilapan kata singkat berasaskan teori Analisis

Kesilapan Corder (1973) menunjukkan kebanyakan murid melakukan kesilapan dalam

pemilihan unsur yang tidak tepat dan imbuhan awalan pula menunjukkan kesilapan

yang sering dilakukan oleh murid ialah penambahan unsur yang tidak perlu. Melalui

teori ini dapat memudahkan guru-guru untuk memantau kesilapan yang kerap dilakukan

oleh murid-murid di sekolah dan memudahkan pembetulan untuk dilakukan. Sebagai

contohnya ayat yang diujarkan oleh murid-murid Rohinya yang mengandungi kesilapan

penggunaan kata singkat ialah:

a)Cikgu, ni nak buat cam na?

b)Cikgu, tak paham.

c)Saya dah letak dah

d)Saya nak pergi ke KLCC

Selain itu, kesilapan bahasa yang pengkaji dapati murid-murid ini lakukan

dari segi kesilapan penggunaan kata sendi nama. Contoh ayatnya ialah:

*Saya berasal daripada kampung.

Seterusnya dalam kesilapan kata serapan tidak betul.

*Saya bagi pencil box ini.

Akhir sekali, kesilapan dalam penggunaan imbuhan dan kata bantu. Seperti,

“Dia tengah baca”, dan “Kita dilarang bercuri barang kawan-kawannya.”

Seterusnya, secara kesimpulan dapatan bagi faktor-faktor kesilapan bahasa

dalam pertuturan murid-murid Rohingya ini pengkaji mendapati bahawa, faktor

Page 94: ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID … KESILAPAN... · 2020. 10. 26. · ii analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid rohingya: satu kajian kes di sekolah

81

persekitaran, dan faktor gangguan bahasa paling mendominasi terhadap responden yang

telah ditemu bual.

Kesilapan ini berlaku apabila responden yang dikaji dilihat lebih cenderung

memindahkan ciri dan struktur bahasa ibunda mereka ke dalam bahasa yang baru

dipelajari (bahasa Melayu). Hal ini dapat dilihat ketika responden 7 dan responden 8

mengungkapkan contoh ayat dalam bahasa Myanmar bagi mudahkan pengkaji untuk

melihat perbezaan struktur ayat dalam bahasa ibunda mereka dan bahasa Melayu..

“Mak sudah makan nasi tak. Saya kena tolong apa? Mak, nak tidur tak?” (R7)

“Ibu masak tak? Ibu tulis tak? Ibu jaga anak ke?” (R8)

Hasil dapatan daripada temu bual di atas, pengkaji mendapati bahawa struktur

ayat yang digunakan oleh dua responden tersebut hampir sama dengan pertanyaan

bahasa Melayu yang mengandungi penggunaan kata singkat seperti tak dan nak.

Selain daripada faktor gangguan bahasa, faktor persekitaran di sekeliling

kawasan perumahan murid-murid Rohingya ini juga menjadi untuk mereka jarang

bertutur dengan menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya. Hal ini bertepatan dengan

pernyataan daripada hasil dapatan temu bual daripada beberapa orang responden yang

ditemui menggunakan bahasa Rohingya di rumah dan kawasan kejiranan mereka.

Seperti responden 1,4, dan 6. Dapatan kajian yang diperoleh daripada ungkapan

responden 6 yang menjawab pertanyaan daripada penemubual, iaitu “Adakah jiran atau

orang sekeliling di kawasan perumahan anda boleh bertutur dengan bahasa Melayu?”:

Menjawab persoalan ini daripada responden 8, ialah:

“Selalunya jiran selalu bertutur dengan menggunakan bahasa Rohingya.” (R8)

Page 95: ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID … KESILAPAN... · 2020. 10. 26. · ii analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid rohingya: satu kajian kes di sekolah

82

Selain itu, responden-responden yang terbabit dalam bertutur menggunakan

bahasa Burma/Myanmar di rumah ialah responden 2,7, dan 8. Hanya responden 5 yang

menggunakan separuh bahasa Burma dan separuh lagi bahasa Melayu. Berikut ayat di

bawah yang dituturkan oleh responden 5:

“Kadang-kadang bahasa Myanmar. Kadang-kadang bahasa Melayu.”(R5)

Faktor persekitaran juga didapati kekangan yang dihadapi dalam pertuturan

bahasa Melayu bagi penutur asing seperti murid-murid Rohingya ini. Dapatan kajian

ini menyokong dapatan kajian yang dilakukan terhadap murid-murid orang asli

terhadap literasi bahasa Melayu. Abdul Sukor, Nuraini, Mohd Izam dan Mohd Hasani

(2011) mendapati bahawa murid-murid orang asli menghadapi gangguan bahasa ibunda

dalam pertuturan mereka.

5.4 IMPLIKASI

Bahagian ini merupakan perbincangan tentang implikasi dan cadangan kajian

berdasarkan perbincangan dapatan kajian sebelum ini. Pengkaji menggariskan tiga

implikasi utama terhadap bidang linguistik serta proses pengajaran dan pembelajaran

bahasa Melayu di sekolah.

Berdasarkan kajian yang telah dilakukan terdapat beberapa implikasi yang perlu

diambil perhatian. Antara implikasinya ialah kajian ini dapat memberi manfaat dan

sumbangan dalam bidang linguistik khususnya dalam aspek analisis kesilapan bahasa

yang sudah sedia ada. Hal ini demikian kerana, kajian ini bagi pengkaji masih baharu

untuk dijalankan dan setakat hasil penyelidikan pengkaji belum ditemui para pengkaji

yang menjalankan kajian terhadap murid-murid Rohingya. Sementelah, bangsa

Rohingya merupakan satu komuniti minoriti dan baharu yang menetap di Malaysia.

Page 96: ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID … KESILAPAN... · 2020. 10. 26. · ii analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid rohingya: satu kajian kes di sekolah

83

Meskipun, semasa penyelidikan dilakukan dan pengkaji mendapati murid-

murid melakukan beberapa kesilapan bahasa dalam satu ayat ketika mereka berujar,

tetapi fokus utama pengkaji adalah untuk mengenal pasti kesilapan bahasa murid-murid

berdasarkan aspek yang dipilih seperti kata, frasa, ayat dan ortografi. Pengkaji telah

membetulkan dan menghuraikan kesilapan dalam aspek yang dipilih dengan terperinci.

Di samping itu, kesilapan aspek lain yang ada turut dibetulkan. Menurut Bell (1981),

kesilapan bahasa dimaksudkan kepada bentuk pertuturan yang menyalahi tatabahasa

atau struktur sesuatu bahasa dan kesalahan ini timbul akibat daripada

ketidaksempurnaan penguasaan penutur terhadap sistem bahasa itu. Selain itu,

kesilapan bahasa juga merujuk kepada bentuk-bentuk kelemahan pelaksanaan dan

berlaku secara kebetulan atau tidak sengaja (Dulay et al., 1982 dan Hammersly, 1982).

Dalam pada itu juga, Corder (1973) menyatakan bahawa, kesilapan penting

terhadap tiga golongan, iaitu golongan pengajar bagi menunjukkan perkembangan

prestasi, kesilapan bahasa pengkaji bagi menunjukkan cara pemerolehan bahasa dan

strategi pelajar. Seterusnya, golongan pelajar dan mereka juga boleh mempelajari

kesilapan bahasa yang mereka lakukan. Pendidikan subjek bahasa Melayu dalam

kalangan murid-murid asing penting untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai

bahasa pengantar. Oleh itu, setiap faktor ini perlu diberikan perhatian penting

terutamanya oleh guru-guru bagi memastikan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan murid asing menjadi lebih dinamik.

Sebagai contohnya, bimbingan secara berkala daripada guru-guru yang sudah pasti

terdiri daripada penutur asli untuk membantu tahap penguasaaan bahasa Melayu murid-

murid Rohingya ini dengan baik.

Page 97: ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID … KESILAPAN... · 2020. 10. 26. · ii analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid rohingya: satu kajian kes di sekolah

84

5.5 CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Kajian ini merupakan satu kajian terhadap analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan

murid-murid Rohingya.Walau bagaimanapun, terdapat banyak aspek yang belum

diterokai oleh pengkaji. Oleh itu, pengkaji ingin mengutarakan beberapa cadangan

untuk memperluaskan lagi penyelidikan. Antaranya ialah:

a) Kajian ini hanya terbatas kepada pertuturan murid. Oleh itu, pengkaji ingin

menyarankan kepada pengkaji akan datang untuk menyelidik murid-murid asing

yang lain pula seperti pelarian kanak-kanak Syria serta kajian perlulah dibuat

dalam aspek yang berbeza. Seperti bidang morfologi dan fonetik.

b) Seterusnya, kajian analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid

Rohingya di sekolah telah pengkaji lakukan, maka pengkaji berharap agar

pengkaji yang lain untuk mengkaji kehidupan masyarakat Rohingya di kawasan

Selayang ataupun di kem-kem pelarian mereka yang berada di Malaysia.

c) Selain itu, pengkaji ingin mencadangkan supaya kajian tentang bahasa Rohingya

dan bahasa Burma dikaji dengan sebaiknya oleh pengkaji. Umum mengetahui

bahawa, perkembangan 'bahasa Rohingya' adalah paling menjadi persoalan

sehingga kini. Hal ini disebabkan oleh, bahasa Rohingya adalah hasil campuran

bahasa yang berbeza.

d) Kajian analisis bahasa dalam pertuturan murid asing merupakan suatu kajian

yang menarik untuk dikaji dan difahami oleh para pengkaji. Oleh itulah, hasil

kajian ini haruslah diteliti dan difahami dengan sebaik mungkin agar pengkaji

seterusnya dapat melakukan penambahbaikan di samping melihat lebih

mendalam mengenai ilmu teori yang telah diperkenalkan oleh Corder.

Page 98: ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID … KESILAPAN... · 2020. 10. 26. · ii analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid rohingya: satu kajian kes di sekolah

85

Semua cadangan di atas adalah berkaitan dengan kajian baharu yang perlu

pengkaji akan datang fikirkan untuk terus menyumbangkan idea dalam penyelidikan

tersebut. Penyelidikan bukan sahaja terbatas pada bahasa malah aspek budaya turut

boleh dikaji. Harapan pengkaji, kajian ini akan memacu perkembangan tentang

kehidupan masyarakat Rohingya yang telah lama bermastautin di Malaysia. Oleh itu,

kajian-kajian tentang bahasa dan budaya mereka amat luas untuk diterokai.

5.6 RUMUSAN

Dalam bab ini, pengkaji telah membahaskan dan merumuskan hasil dapatan kajian,

implikasi kajian yang dijalankan serta cadangan bagi kajian lanjutan pada masa akan

datang. Sebagai kesimpulannya, kertas kerja ini telah mencapai objektifnya. Pengkaji

penyelidikan yang dilakukan oleh setiap pengkaji perlulah mendapatkan sumber bahan

yang berkualiti supaya hasil kajian yang dilakukan agar dapat membantu orang lain

untuk menerima hasil penelitian pengkaji dengan baik.

Page 99: ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID … KESILAPAN... · 2020. 10. 26. · ii analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid rohingya: satu kajian kes di sekolah

86

BIBLIOGRAFI

Abdullah Hassan. (1982). Linguistik Am Untuk Guru Bahasa Malaysia. Petaling Jaya:

Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

AFK Jilani. (2001). A Cultural History of Rohingya. Singapura: ISEAS Publishing.

A.M. Thawnghmung. (2008). The Karan Revolution in Burma: Diverse Voices,

Uncertain Ends. Singapura: ISEAS Publishing.

Artikel yang bertajuk “Pertukaran Agama: Hak Penjagaan Anak- Isu Dan Masalah”.

Artikel ini ditulis oleh Noor Aziah Haji Mohd Awal. Artikel ini dipetik dari

“The Malayan Law Journal Articles”, tahun 2004, volume 3.

Corder, S. P. (1971). Describing the language learner's language. CILT Reports and

Papers, no. 6, 57–64.

Corder, S. P. (1973). Introducing Applied Linguistics. Harmondsworth: Penguin

Education.

David I. Steinbergh. (2010). Burma/Myanmar What Everyone Needs to Know. New

York: Oxford University Press.

Edited by F.K. Lehman. (1981). Rule Military in Burma Since 1962. Singapura:

Maruzen Asia PTE. LTD.

Edited by Nick Cheesman, Monique Skidmore & Trevor Wilson. (2010). Ruling

Myanmar from Cyclone Nargis to National Elections. Singapura: ISEAS

Publishing.

HLA PE. (1985). Burma Literature, Historiography, Scholarship, Language, Life,

and Buddhism. Singapura: ISEAS Publishing.

John F. Cady. (1978). A History of Modern Burma. United Kingdom: Cornell

University Press.

Md. Yunus. (1994). A History of Arakan. Bangladesh: Chittagong University Press.

Md. Saddam Hossain & Md. Sajjad Hosain. (2019). Rohingya Identity Crisis: A Case

Study. Saudi Journal of Humanities and Social Sciences. Diperolehi pada 10

Nov 2019 daripada: http://scholarsmepub.com/sjhss/

Muhammed Salehudin. (1993). Analisis Kesalahan Tatabahasa Bahasa Melayu Di

Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Agama Atas. Masters thesis. Universiti

Putra Malaysia. Diperoleh daripada:

http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8885/1/FPP_1993_2_A.pdf

Page 100: ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID … KESILAPAN... · 2020. 10. 26. · ii analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid rohingya: satu kajian kes di sekolah

87

N. Ganesan & Hliang K.Y. (2007). Myanmar State, Society, and Ethnicity. Singapura:

ISEAS Publishing.

Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Musa et al. (2010). Tatabahasa Dewan

Edisi Ketiga. Selangor: Dawama Sdn. Bhd.

Norazira Ali. (2014). Cabaran-Cabaran Pelarian Rohingya Muslim:

Kajian Kes Di Pulau Pinang. Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam,

Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan: Universiti Sains Malaysia.

Siti Baidura & Nurul Jamilah. (2007). Analisis Kesalahan Tatabahasa Bahasa

Melayu dalam Karangan Pelajar Asing di Sebuah Institusi Pengajian Tinggi

Awam. Divisyen Bahasa Melayu Pusat Bahasa dan Pembangunan Akademik

Pra-Universiti Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Saw Myat Yin. (2013). Culture Shock! A Survival Guide to Customs and Etiquette

Myanmar. Singapura: Times Publishing.

Simon Knuters. (2018). Political Buddhism and the Exclusion of Rohingya in

Myanmar. Masters thesis. Upssala Universitet. Diperoleh daripada:

https://uu.diva- portal.org/smash/get/diva2:1210875/FULLTEXT01.pdf

Su-Ann Oh. (2019). The Rohingya Crisis, Two Years After: Impasses and Deadlocks.

Researchers At Iseas – Yusof Ishak Institute Analyse Curren Events.

Diperoleh daripada:

https://www.iseas.edu.sg/images/pdf/ISEAS_Perspective_2019_65.pdf

Yong Chyn C. & Vijayaletchumy S. (2012). Analisis Kesilapan Dalam Pembelajaran

Bahasa Melayu Oleh Pelajar Asing. Gema Online™ Journal of Language

Studies Volume 12(2). Diperolehi pada 1 Okt 2019 daripada:

http://ejournal.ukm.my/gema/article/view/633/594

Page 101: ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID … KESILAPAN... · 2020. 10. 26. · ii analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid rohingya: satu kajian kes di sekolah

88

LAMPIRAN A

Surat Permohonan Kajian Lapangan Ke Sekolah Pelangi Kasih, Selayang,

Selangor

Page 102: ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID … KESILAPAN... · 2020. 10. 26. · ii analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid rohingya: satu kajian kes di sekolah

89

Page 103: ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID … KESILAPAN... · 2020. 10. 26. · ii analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid rohingya: satu kajian kes di sekolah

90

LAMPIRAN B

Temu Bual Responden- Sesi 1

Page 104: ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID … KESILAPAN... · 2020. 10. 26. · ii analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid rohingya: satu kajian kes di sekolah

91

B. Temu Bual Responden Untuk Sesi Pertama

Dapatan kajian dalam temu bual untuk mencapai objektif 2, iaitu membanding beza

faktor-faktor kesilapan bahasa dalam kalangan murid-murid Rohingya.

Nama Sekolah : Sekolah Pelangi Kasih, Selayang.

Tarikh Temu Bual : 14 November 2019

Masa Temu Bual : 12.30-12.45 pm

Nama Penemubual : Balqis binti Senawi

Note: Masa temu bual dijalankan selepas murid-murid selesai sesi pengajaran dan

pembelajaran di dalam kelas.

SESI 1

Bahagian A Soalan dan Jawapan

Penemubual

S1: Perkenalkan diri.

Responden 1

Responden 2

Nama saya Aisya. Umur saya 15 tahun

dari kelas Arif. Asal Myanmar

Nama saya Raihana. Umur saya 15

tahun, kelas Arif dan berasal dari

Myanmar.

Penemubual

S2: Adakah keluarga kalian boleh

bertutur dengan menggunakan bahasa

Melayu?

Responden 1

Responden 2

Kalau ibu saya tak. Ayah saya boleh.

Adik-beradik yang lain tak pasti.

Ayah boleh. Mak boleh sikit-sikit Adik-

beradik boleh.

Page 105: ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID … KESILAPAN... · 2020. 10. 26. · ii analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid rohingya: satu kajian kes di sekolah

92

Penemubual

S3: Adakah jiran atau orang sekeliling di

kawasan perumahan kalian boleh

bertutur dalam bahasa Melayu?

Responden 1

Responden 2

Boleh.

Boleh.

Penemubual

S4: Di dalam kelas, bagaimanakah tahap

pemahaman kalian terhadap penggunaan

bahasa Melayu yang dituturkan oleh

guru-guru? Adakah kalian faham dengan

jelas apa yang telah dituturkan oleh para

guru tersebut?

Responden 1

Responden 2

Faham. Kalau tak faham tanya.

Faham kalau tak faham tanya juga.

Penemubual

S5: Pada pendapat kalian, apakah

kesukaran yang sering dihadapi ketika

bertutur menggunakan bahasa Melayu?

Responden 1

Responden 2

Tak ada kesukaran.

Tak.

Penemubual

S6: Di rumah, ketika kalian bertutur

bersama dengan ahli keluarga. Apakah

bahasa yang sering anda gunakan?

Page 106: ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID … KESILAPAN... · 2020. 10. 26. · ii analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid rohingya: satu kajian kes di sekolah

93

Responden 1

Responden 2

Saya guna bahasa saya sendiri (bahasa

Rohingya) sebab mak saya tak boleh

cakap Melayu pun.

Bahasa Myanmar

Penemubual

S7: Apakah perkataan dalam bahasa

Melayu yang kalian sukar sebut?

Responden 1

Responden 2

Saya faham semua. Tapi masa cikgu ajar

tadi saya tak ingat perkataan mana yang

tak faham dan susah sebut.

Macam hari ni saya tak faham perkataan

“menebar” lepas tu saya tanya ustaz.

Page 107: ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID … KESILAPAN... · 2020. 10. 26. · ii analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid rohingya: satu kajian kes di sekolah

94

LAMPIRAN C

Temu Bual Responden – Sesi 2

Page 108: ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID … KESILAPAN... · 2020. 10. 26. · ii analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid rohingya: satu kajian kes di sekolah

95

C. Temu Bual Responden Untuk Sesi Ke-2

Nama Sekolah : Sekolah Pelangi Kasih, Selayang.

Tarikh Temu Bual : 14 November 2019

Masa Temu Bual : 12.45-1.00 pm

Nama Penemubual : Balqis binti Senawi

Note: Masa temu bual dijalankan selepas murid-murid selesai sesi pengajaran dan

pembelajaran di dalam kelas.

SESI 2

Bahagian A Soalan dan Jawapan

Penemubual

S1: Perkenalkan diri dari segi nama, umur,

kelas, dan asal.

Responden 3

Responden 4

Nama saya Hakim. Umur saya 15 tahun.

Kelas Arif. Asal dari Myanmar.

Nama saya Habibarahman. Umur saya 11

tahun. Saya asal Myanmar. Kelas Arif.

Penemubual

S2: Adakah keluarga anda boleh bertutur

dengan menggunakan bahasa Melayu?

Responden 3

Responden 4

Boleh. Ayah saya boleh. Ibu saya boleh.

Adik perempuan saya boleh yang lain tak

boleh lagi.

Tak boleh. Kalau dengan adik dan kakak

saya guna bahasa Melayu sikit-sikit. Kiranya

banyak guna bahasa Rohingya.

Page 109: ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID … KESILAPAN... · 2020. 10. 26. · ii analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid rohingya: satu kajian kes di sekolah

96

Penemubual

S3: Adakah jiran atau orang sekeliling di

kawasan perumahan anda boleh bertutur

dalam bahasa Melayu?

Responden 3

Responden 4

Jiran-jiran saya banyak India dan Melayu la.

Kiranya banyak cakap Bahasa Melayu.

Boleh.

Penemubual

S4: Di dalam kelas, bagaimanakah tahap

pemahaman kalian terhadap penggunaan

bahasa Melayu yang dituturkan oleh guru-

guru? Adakah anda faham dengan jelas apa

yang telah dituturkan oleh para guru

tersebut?

Responden 3

Responden 4

Faham.

Ada perkataan yang tak paham. Ada yang

tak.

Penemubual

S5: Pada pendapat kalian, apakah kesukaran

yang sering dihadapi ketika bertutur

menggunakan bahasa Melayu?

Responden 3

Responden 4

Bagi saya biasa je. Mudah je. Sebab saya

dari kecil saya bercakap bahasa Melayu.

Saya lahir kat sini. Saya jadi cakap semua

dalam bahasa Melayu la. Tapi untuk

bercakap bahasa Myanmar atau Rohingya

kurang sikit.

Tak susah tak senang.

Page 110: ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID … KESILAPAN... · 2020. 10. 26. · ii analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid rohingya: satu kajian kes di sekolah

97

Penemubual

S6: Di rumah, ketika anda bertutur bersama

dengan ahli keluarga. Apakah bahasa yang

sering anda gunakan?

Responden 3

Responden 4

Bahasa Melayu. Tak guna bahasa Rohingya.

Bahasa Rohingya. Kalau dengan adik dan

kakak saya guna bahasa Melayu sikit-sikit.

Penemubual

S7: Apakah perkataan dalam bahasa Melayu

yang anda sukar sebut?

Responden 3

Responden 4

Tak de la.

Saya boleh je sebut.

Page 111: ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID … KESILAPAN... · 2020. 10. 26. · ii analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid rohingya: satu kajian kes di sekolah

98

LAMPIRAN D

Temu Bual Responden - Sesi 3

Page 112: ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID … KESILAPAN... · 2020. 10. 26. · ii analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid rohingya: satu kajian kes di sekolah

99

D. Temu Bual Responden Untuk Sesi Ke-3

Nama Sekolah : Sekolah Pelangi Kasih, Selayang.

Tarikh Temu Bual : 14 November 2019

Masa Temu Bual : 1.00-1.15 pm

Nama Penemubual : Balqis binti Senawi

Note: Masa temu bual dijalankan selepas murid-murid selesai sesi pengajaran dan

pembelajaran di dalam kelas.

SESI 3

Bahagian A Soalan dan Jawapan

Penemubual

S1: Perkenalkan diri.

Responden 5

Responden 6

Nama saya Ali, umur saya 12, saya dari

kelas Dinamik. Tempat tinggal saya

Seremban. Sekarang duduk di asrama.

Nama saya Suhail. Umur saya 8 tahun.

Asal Rohingya. Kelas Dinamik.

Penemubual

S2: Adakah keluarga kalian boleh

bertutur dengan menggunakan bahasa

Melayu?

Responden 5

Responden 6

Boleh. Semua ahli keluarga boleh.

Boleh. Semua ahli keluarga boleh.

Penemubual

S3: Adakah jiran atau orang sekeliling di

kawasan perumahan kalian boleh

bertutur dalam bahasa Melayu?

Page 113: ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID … KESILAPAN... · 2020. 10. 26. · ii analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid rohingya: satu kajian kes di sekolah

100

Responden 5

Responden 6

Boleh. Jiran selalu menggunakan bahasa

Melayu.

Selalunya jiran selalu bertutur dengan

menggunakan bahasa Rohingya.

Penemubual

S4: Di dalam kelas, bagaimanakah tahap

pemahaman kalian terhadap penggunaan

bahasa Melayu yang dituturkan oleh

guru-guru? Adakah anda faham dengan

jelas apa yang telah dituturkan oleh para

guru tersebut?

Responden 5

Responden 6

Faham. Tapi ada juga sikit-sikit

perkataan dalam bahasa Melayu yang tak

faham.

Faham.

Penemubual

S5: Pada pendapat kalian, apakah

kesukaran yang sering dihadapi ketika

bertutur menggunakan bahasa Melayu?

Responden 5

Responden 6

Tidak dapat dijawab.

Tidak dapat dijawab.

Penemubual

S6: Di rumah, ketika kalian bertutur

bersama dengan ahli keluarga. Apakah

bahasa yang sering kalian gunakan?

Page 114: ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID … KESILAPAN... · 2020. 10. 26. · ii analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid rohingya: satu kajian kes di sekolah

101

Responden 5

Responden 6

Kadang-kadang bahasa Myanmar.

Kadang-kadang bahasa Melayu.

Cakap dalam bahasa Rohingya je.

Penemubual

S7: Apakah perkataan dalam bahasa

Melayu yang kalian sukar sebut?

Responden 5

Responden 6

Aktiviti, Exam

Riadah

Page 115: ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID … KESILAPAN... · 2020. 10. 26. · ii analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid rohingya: satu kajian kes di sekolah

102

LAMPIRAN E

Temu Bual Responden – Sesi 4

Page 116: ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID … KESILAPAN... · 2020. 10. 26. · ii analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid rohingya: satu kajian kes di sekolah

103

E. Temu Bual Responden Untuk Sesi Ke-4

Nama Sekolah : Sekolah Pelangi Kasih, Selayang.

Tarikh Temu Bual : 14 November 2019

Masa Temu Bual : 1.15-1.30 pm

Nama Penemubual : Balqis binti Senawi

Note: Masa temu bual dijalankan selepas murid-murid selesai sesi pengajaran dan

pembelajaran di dalam kelas.

SESI 4

Bahagian A Soalan dan Jawapan

Penemubual S1: Perkenalkan diri.

Responden 7

Responden 8

Nama saya Syahbana, umur 10 tahun,

dari kelas Dinamik. Berasal dari

Selayang, Malaysia

Nama saya Siti Aisya, umur saya 10

tahun. Kelas saya Dinamik. Saya duduk

di Malaysia

Penemubual S2: Adakah keluarga kalian boleh

bertutur dengan menggunakan bahasa

Melayu?

Responden 7

Responden 8

Boleh.

Boleh.

Penemubual S3: Adakah jiran atau orang sekeliling di

kawasan perumahan kalian boleh

bertutur dalam bahasa Melayu?

Page 117: ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID … KESILAPAN... · 2020. 10. 26. · ii analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid rohingya: satu kajian kes di sekolah

104

Responden 7

Responden 8

Bahasa Myanmar. Tak ramai

Bahasa Myanmar. Tak ramai juga yang

berbahasa Melayu.

Penemubual S4: Di dalam kelas, bagaimanakah tahap

pemahaman kalian terhadap penggunaan

bahasa Melayu yang dituturkan oleh

guru-guru? Adakah anda faham dengan

jelas apa yang telah dituturkan oleh para

guru tersebut?

Responden 7

Responden 8

Tahu je.

Tahu je.

Penemubual S5: Pada pendapat kalian, apakah

kesukaran yang sering dihadapi ketika

bertutur menggunakan bahasa Melayu?

Responden 7

Responden 8

Dia kata bila ibu dia atau ayah dia ada

kawan. Ada kawan diorang cakap bahasa

Melayu. Orang itu pun Melayu. Tapi dia

nak jahit baju pun kena cakap dengan

bahasa Melayu.

(Berlakunya perbualan antara responden

7 dan responden 8 dalam bahasa

Myanmar. Responden 8 tolong

terjemahkan setiap jawapan daripada

responden 7 ke dalam bahasa Melayu.)

Saya pun sama.

Page 118: ANALISIS KESILAPAN BAHASA DALAM PERTUTURAN MURID … KESILAPAN... · 2020. 10. 26. · ii analisis kesilapan bahasa dalam pertuturan murid-murid rohingya: satu kajian kes di sekolah

105

Penemubual S6: Di rumah, ketika kalian bertutur

bersama dengan ahli keluarga. Apakah

bahasa yang sering kalian gunakan?

Responden 7

Responden 8

Bahasa Myanmar

Contoh ayat: Mak sudah makan nasi tak.

Saya kena tolong apa? Mak, nak tidur

tak?

Bahasa Myanmar

Contoh ayat: Ibu masak tak, ibu tulis tak.

Ibu jaga anak ke?

Penemubual S7: Apakah perkataan dalam bahasa

Melayu yang kalian sukar sebut?

Responden 7

Responden 8

Faktor

Faktor