tahap pertuturan bahasa arab dalam kalangan pelajar yang

14
3rd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization e-Proceeding of the 3 rd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization ICASIC2016 (e-ISBN 978-967-0792-08-8). 14-15 March 2016, Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://WorldConferences.net 174 TAHAP PERTUTURAN BAHASA ARAB DALAM KALANGAN PELAJAR YANG MENGAMBIL KURSUS BAHASA ARAB DI UITM MELAKA Dr Anuar bin Sopian Akademi Pengajian Bahasa Universiti Teknologi MARA Melaka [email protected] ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap pertuturan bahasa Arab dalam kalangan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka dan sebab yang menghalang mereka dari bertutur bahasa Arab. Kajian telah dijalankan terhadap 150 orang pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat diploma yang menawarkan kursus bahasa Arab di UiTM Melaka. Hasil kajian menunjukkan bahawa pertuturan bahasa Arab dalam kalangan pelajar UiTM Melaka adalah rendah, sama ada di dalam ataupun luar bilik kuliah. Tahap pertuturan bahasa Arab yang rendah itu disebabkan oleh beberapa faktor antaranya adalah perasaan malu, tidak yakin, takut, tidak bersemangat dan sebagainya. Dapatan kajian ini memberi implikasi praktikal terhadap teknik dan kaedah pengajaran bahasa Arab dalam usaha mempertingkatkan penggunaan bahasa Arab dalam kalangan pelajar yang mengambil kursus bahasa Arab di UiTM Melaka. Kata Kunci: Tahap pertuturan bahasa, bahasa Arab, kaedah pengajaran bahasa ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 1. Pendahuluan Secara amnya, bahasa dipelajari untuk tujuan komunikasi. Pembelajaran Bahasa Arab di Malaysia turut menekankan kepentingan aspek ini apabila mata pelajaran bahasa Arab Komunikasi diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia di peringkat rendah dan menengah. Pembelajaran bahasa Arab di Malaysia bermula sejak kedatangan Islam lagi (Ahmad Jelani Halimi 1996: 9). Pada peringkat permulaan, pendidikan bahasa Arab hanya terbatas kepada aktiviti memahami ilmu-ilmu Islam dan menunaikan kewajiban agama sahaja. Kemudian cakupannya semakin meluas mengikut perkembangan semasa (Zainur Rijal Abdul Razak & Rosni Samah 2007: 3). Buku Sejarah Pengajaran bahasa Arab di Malaysia (Rosni 2007: 13) menyebut bahawa dalam perkembangan kehidupan moden pada hari ini yang memerlukan bahasa Arab sebagai bahasa untuk berkomunikasi, pembelajarannya berkembang di sekolah-sekolah sebagai satu subjek bahasa. Tujuan pengajarannya adalah untuk berkomunikasi yang menekankan beberapa kemahiran bahasa. Ia turut diajar di peringkat universiti sebagai bahasa elektif dan juga sebagai satu program untuk mendapatkan ijazah pengkhususan dalam bidangnya. Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah meletakkan bahasa Arab sebagai salah satu kursus keperluan universiti, sebaris dengan bahasa- bahasa asing yang lain. Para pelajar Ijazah Sarjana Muda di UiTM perlu memilih salah satu bahasa ketiga yang ditawarkan dan mengikutinya selama tiga semester. Kursus ini diperuntukkan sebanyak dua jam kredit yang menyamai dua jam temu seminggu pada setiap semester. Selama tiga semester, para pelajar mengikuti kelas bahasa ketiga sebanyak enam jam kredit bersamaan dengan 84 jam temu, iaitu 28 jam temu bagi setiap semester. Manakala bagi pelajar diploma pula, terdapat sedikit

Upload: dominh

Post on 15-Jan-2017

372 views

Category:

Documents


16 download

TRANSCRIPT

Page 1: tahap pertuturan bahasa arab dalam kalangan pelajar yang

3rd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization

e-Proceeding of the 3rd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization ICASIC2016 (e-ISBN 978-967-0792-08-8). 14-15 March 2016, Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://WorldConferences.net 174

TAHAP PERTUTURAN BAHASA ARAB DALAM KALANGAN PELAJAR YANG MENGAMBIL KURSUS BAHASA ARAB DI UITM MELAKA

Dr Anuar bin Sopian

Akademi Pengajian Bahasa Universiti Teknologi MARA Melaka

[email protected]

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap pertuturan bahasa Arab dalam kalangan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka dan sebab yang menghalang mereka dari bertutur bahasa Arab. Kajian telah dijalankan terhadap 150 orang pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat diploma yang menawarkan kursus bahasa Arab di UiTM Melaka. Hasil kajian menunjukkan bahawa pertuturan bahasa Arab dalam kalangan pelajar UiTM Melaka adalah rendah, sama ada di dalam ataupun luar bilik kuliah. Tahap pertuturan bahasa Arab yang rendah itu disebabkan oleh beberapa faktor antaranya adalah perasaan malu, tidak yakin, takut, tidak bersemangat dan sebagainya. Dapatan kajian ini memberi implikasi praktikal terhadap teknik dan kaedah pengajaran bahasa Arab dalam usaha mempertingkatkan penggunaan bahasa Arab dalam kalangan pelajar yang mengambil kursus bahasa Arab di UiTM Melaka.

Kata Kunci: Tahap pertuturan bahasa, bahasa Arab, kaedah pengajaran bahasa

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

1. Pendahuluan

Secara amnya, bahasa dipelajari untuk tujuan komunikasi. Pembelajaran Bahasa Arab di Malaysia turut menekankan kepentingan aspek ini apabila mata pelajaran bahasa Arab Komunikasi diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia di peringkat rendah dan menengah. Pembelajaran bahasa Arab di Malaysia bermula sejak kedatangan Islam lagi (Ahmad Jelani Halimi 1996: 9). Pada peringkat permulaan, pendidikan bahasa Arab hanya terbatas kepada aktiviti memahami ilmu-ilmu Islam dan menunaikan kewajiban agama sahaja. Kemudian cakupannya semakin meluas mengikut perkembangan semasa (Zainur Rijal Abdul Razak & Rosni Samah 2007: 3). Buku Sejarah Pengajaran bahasa Arab di Malaysia (Rosni 2007: 13) menyebut bahawa dalam perkembangan kehidupan moden pada hari ini yang memerlukan bahasa Arab sebagai bahasa untuk berkomunikasi, pembelajarannya berkembang di sekolah-sekolah sebagai satu subjek bahasa. Tujuan pengajarannya adalah untuk berkomunikasi yang menekankan beberapa kemahiran bahasa. Ia turut diajar di peringkat universiti sebagai bahasa elektif dan juga sebagai satu program untuk mendapatkan ijazah pengkhususan dalam bidangnya. Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah meletakkan bahasa Arab sebagai salah satu kursus keperluan universiti, sebaris dengan bahasa-bahasa asing yang lain. Para pelajar Ijazah Sarjana Muda di UiTM perlu memilih salah satu bahasa ketiga yang ditawarkan dan mengikutinya selama tiga semester. Kursus ini diperuntukkan sebanyak dua jam kredit yang menyamai dua jam temu seminggu pada setiap semester. Selama tiga semester, para pelajar mengikuti kelas bahasa ketiga sebanyak enam jam kredit bersamaan dengan 84 jam temu, iaitu 28 jam temu bagi setiap semester. Manakala bagi pelajar diploma pula, terdapat sedikit

Page 2: tahap pertuturan bahasa arab dalam kalangan pelajar yang

e-Proceeding of the 3rd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization ICASIC2016 (e-ISBN 978-967-0792-08-8). 14-15 March 2016, Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://WorldConferences.net 175

perbezaan, para pelajar yang mengikuti kursus Diploma Pengajian perniagaan, jika mereka memilih bahasa Arab, mereka perlu mempelajarinya selama dua semester . Kursus ini memperuntukkan sebanyak empat jam kredit menyamai empat jam seminggu pada setiap semester. Manakala pelajar yang mengikuti kursus Diploma Perhotelan dan Pelancongan pula, jika mereka memilih bahasa Arab , mereka perlu mempelajarinya selama empat semester. Kursus ini juga memperuntukkan sebanyak empat jam kredit menyamai empat jam seminggu pada setiap semester (The Academic Affairs Division, 2009). Oleh itu, Kajian ini akan menumpukan kepada aspek mengenal pasti halangan, kekangan dan juga masalah dalam pertuturan ataupun komunikasi yang di hadapai oleh pelajar-pelajar yang mengambil kursus bahasa Arab sebagai bahasa ketiga, seterusnya mencari penyelesaian agar mereka mampu bertutur dan berkomunikasi dengan baik di dalam bahasa Arab 2. Permasalahan Kajian Penguasaan kemahiran bertutur merupakan penguasaan tahap yang paling tinggi kerana ia merupakan penguasaan dalam pembentukan ayat (Asmah, 1989:61). Kemuncak keupayaan berbahasa itu terletak kepada kebolehan membentuk ayat-ayat yang unggul dan sempurna mengikut tatabahasa (Chomsky, 1965). Kemahiran komunikasi bukan sahaja terletak pada keupayaan membentuk ayat secara gramatik, tetapi berupaya menggunakan bahasa itu dalam konteks sosial, wacana dan strategi dengan betul (Canale, 1983: 1; Ta’imah 2006: 174)

Kebanyakan kajian yang dilakukan terhadap penguasaan bahasa Arab sebelum ini lebih tertumpu kepada strategi pengajaran dan kajian terhadap buku teks serta modul. Namun kajian berkaitan kemahiran bertutur masih belum lagi diberikan perhatian sewajarnya. Justeru, kajian terhadap kemahiran ini perlu dilakukan agar ia mampu dikuasai seimbang dengan kemahiran-kemahiran sedia ada yang lain (Mastura Arshad, 2012: 153). Ab. Halim dan Che Radiah (2007: 139) dalam kajiannya berkaitan aspek kolokasi terhadap 155 orang pelajar IPTA Malaysia mendapati bahawa majoriti mereka masih lemah dan kurang membanggakan. Aspek kolokasi yang diuji ialah aspek penggunaan huruf, kata nama dan kata kerja. Keputusan menunjukkan bahawa 45.2 pelajar pelajar berada pada tahap lemah, dan 54.2 peratus berada pada tahap sederhana.

Ab. Halim (2005) dalam kajiannya terhadap 30 orang pelajar Semester 4 dan 6 jurusan Bahasa Arab di Universiti Putra Malaysia (UPM) didapati majoritinya tidak dapat memahami ayat Arab dengan baik. Ini dapat dilihat melalui hasil penterjemahan mereka terhadap struktur ayat Arab yang mengandungi al-maf‘ul al-mutlaq (objek mutlak), al-maf‘ul al-fih (keterangan masa dan tempat), al-hal (perihal keadaan), al-maf‘ul li’ajlih (keterangan sebab), al-tamyiz (penjelasan), al-istithna’ (pengecualian), al-nat‘ (sifat), al-tanazu‘ (perebutan), dan imbuhan kata kerja. Kelemahan pelajar bukan Arab berkomunikasi dalam bahasa Arab merupakan perkara biasa. Hal ini kerana pelajar-pelajar Arab sendiri pun dikatakan lemah dalam bahasa Arab, terutamanya dari segi pembacaan dan penulisan.

Mengikut Nihad dalam Abd Halim (1990: 12), pensyarah bidang Bahasa Arab di universiti melahirkan kerisauan mereka terhadap kelemahan tahap penguasaan bahasa Arab dalam kalangan pelajar mereka. Kelemahan pelajar dapat dikesan melalui kesalahan tatabahasa, morfologi dan rencana (imla’). Nihad (2003: 166) juga menggambarkan kelemahan pelajar universiti ketika disuruh membaca teks seolah-olah beliau menaiki sebuah kereta yang dipandu oleh pemandu yang hilang kawalan sehingga jatuh menjunam ke dalam gaung disebabkan banyak kesalahan tatabahasa dalam pembacaan mereka.

Page 3: tahap pertuturan bahasa arab dalam kalangan pelajar yang

e-Proceeding of the 3rd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization ICASIC2016 (e-ISBN 978-967-0792-08-8). 14-15 March 2016, Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://WorldConferences.net 176

Selain itu kekurangan kosa kata; ia merupakan faktor utama yang menyebabkan terhalangnya proses pertuturan dalam bahasa Arab dengan lancar dan gagal menyampaikan mesej dengan jelas (Gan, 2012). Rentetan itu, pelajar berasa kecewa, kurang keyakinan, takut dan malu sekiranya berlaku kesilapan dalam pertuturan dalam bahasa tersebut (Ashinida, 2012). Antara bentuk masalah lain berkaitan kosa kata termasuklah penggunaan kosa kata yang kurang tepat dalam pertuturan, penggunaan kosa kata yang tidak diperlukan dalam pertuturan serta meninggalkan kosa kata yang sepatutnya ada dalam struktur ayat tersebut (Azani, Azman & Mat Taib, 2012). Oleh itu, kosa kata juga merupakan antara faktor permasalahan pelajar dalam menguasai kemahiran bertutur dalam Bahasa Arab.

Kesalahan struktur bahasa atau penggunaan tatabahasa merupakan juga menyebabkan

para pelajar menghadapi kesukaran untuk bertutur dalam bahasa kedua atau bahasa asing (Tanveer, 2007). Terdapat beberapa kesalahan struktur bahasa yang dilakukan oleh pelajar semasa bertutur dalam Bahasa Arab iaitu penggunaan yang salah bagi istilah idhafah, kata tunjuk, kata kerja, subjek dan predikat, kata nama am dan nama khas serta kesalahan morfologi (Azani, Azman & Mat Taib, 2012). Kesalahan struktur bahasa ini mungkin disebabkan oleh kekurangan pengetahuan tentang penggunaan sesuatu prosedur tatabahasa atau pun morfologi dalam Bahasa Arab. Masalah ini juga mungkin berlaku tanpa disedari dalam kalangan penutur kerana mereka kurang mengambil berat tentang penggunaan perkataan atau ayat Bahasa Arab yang digunakan.

Apa yang dapat disimpulkan melalui perbincangan ini ialah kemahiran bertutur memerlukan

kemahiran berbahasa yang tinggi. Penutur bukan sahaja perlu mahir dalam membentuk ayat yang betul dan gramatis mengikut sistem tatabahasa, tetapi juga perlu mempunyai kemahiran sosiolinguistik, wacana dan strategi. Kelemahan pelajar bahasa Arab dalam aspek-aspek tersebut mungkin akhirnya boleh menyebabkan mereka mengelak daripada menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa pertuturan. Hal ini ditambah pula dengan wujudnya perasaan negatif seperti malu bercakap, takut salah, tidak yakin, dan sebagainya ketika berkomunikasi dalam bahasa Arab.

3. Tujuan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti masalah komunikasi bahasa Arab dalam kalangan pelajar Sarjana Muda Bahasa Arab di IPTA tempatan. Secara khusus, kajian ini bertujuan untuk mengkaji:

1. Sejauh manakah tahap pertuturan bahasa Arab dalam kalangan pelajar diploma yang

mengambil kursus bahasa Arab di UiTM Melaka? 2. Apakah faktor yang menghalang mereka daripada menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa

pertuturan? 4. Metodologi Kajian

Kajian dijalankan terhadap 150 orang pelajar diploma yang mengikuti kursus Bahasa Arab di UiTM Melaka. Sebanyak 150 borang soal selidik telah diedarkan kepada pelajar yang mengikuti kursus Bahasa Arab. Pemilihan pelajar dilakukan secara rambang dan terdiri daripada pelajar tahun pertama, kedua dan akhir. Daripada jumlah soal selidik yang diedar, kesemua borang soal selidik telah dipulangkan.

Page 4: tahap pertuturan bahasa arab dalam kalangan pelajar yang

e-Proceeding of the 3rd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization ICASIC2016 (e-ISBN 978-967-0792-08-8). 14-15 March 2016, Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://WorldConferences.net 177

5. Aspek Kajian

Kajian tertumpu kepada dua perkara, iaitu tahap penggunaan bahasa Arab dalam kehidupan pelajar dan aspek dalaman atau perasaan mereka terhadap bahasa Arab. Pelajar ditanya tahap penggunaan bahasa Arab di dalam bilik kuliah, luar bilik kuliah, di kantin, di asrama, di perpustakaan, di bilik pensyarah, bersama penutur asli dan di tempat membeli-belah. Dalam aspek dalaman pula, pelajar ditanya tentang sikap negatif yang biasanya menjadi penghalang kepada penggunaan bahasa Arab dalam kehidupan mereka seperti sifat malu, rendah diri, kurang keyakinan, takut diketawakan rakan, takut diejek, takut disindir, tidak bersemangat dan takut tersalah.

6. Dapatan Kajian Dapatan kajian tentang tahap penggunaan bahasa Arab dalam kalangan pelajar yang mengambil kursus bahasa Arab di UiTM Melaka ketika belajar di dalam bilik kuliah, di luar bilik kuliah, di hostel atau asrama, di perpustakaan dan di tempat membeli belah adalah seperti berikut: 6.1 Tahap Komunikasi Bahasa Arab di dalam Bilik Kuliah

Jadual 1 menunjukkan bahawa sebanyak 68 orang (45.3%) bersetuju bahawa mereka menggunakan bahasa Arab ketika berkomunikasi dengan kawan-kawan di dalam bilik kuliah manakala 40 orang (28.0%) yang lain pula sangat bersetuju. Sebanyak 35 orang (23.3%) tidak bersetuju bahawa mereka menggunakannya di dalam kelas. Begitu juga sebanyak 5 orang (3.3%) sangat tidak bersetuju bahawa menggunakannya di dalam kelas. Menunjukkan bahawa majoriti pelajar iaitu sebanyak 110 orang (73.3%) menggunakan bahasa Arab ketika berkomunikasi sesama kawan-kawan di dalam bilik kuliah. Jumlah pelajar yang tidak menggunakan bahasa Arab adalah 40 orang bersamaan dengan (26.7%).

Jadual 1: Tahap Komunikasi Bahasa Arab di dalam Bilik Kuliah

Skala Kekerapan Peratus Peratus Sah Peratus Komulatif

Sangat Tidak Setuju 5 3.3 3.3 3.3 Tidak Setuju 35 23.3 23.3 26.7 Setuju 68 45.3 45.3 72.0 Sangan Setuju 42 28.0 28.0 100.0 Jumlah 150 100 100

6.2 Tahap Komunikasi Bahasa Arab di Kantin

Jadual 2 menunjukkan bahawa sebanyak 82 orang (54.7%) tidak bersetuju bahawa mereka menggunakan bahasa Arab ketika berkomunikasi dengan kawan-kawan di kantin. Manakala 11 orang (7.3%) yang lain pula sangat sangat tidak bersetuju. Sebanyak 35 orang (23.3%) sangat bersetuju bahawa mereka menggunakannya di kantin. Begitu juga sebanyak 22 orang (14.7%) bersetuju bahawa menggunakannya di kantin. Menunjukkan bahawa majoriti pelajar iaitu sebanyak 93 orang (62%) tidak menggunakan bahasa Arab ketika berkomunikasi sesama kawan-kawan di dalam kantin. Jumlah pelajar yang menggunakan bahasa Arab adalah 57 orang bersamaan dengan (38%).

Page 5: tahap pertuturan bahasa arab dalam kalangan pelajar yang

e-Proceeding of the 3rd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization ICASIC2016 (e-ISBN 978-967-0792-08-8). 14-15 March 2016, Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://WorldConferences.net 178

Jadual 2: Tahap Komunikasi Pelajar dalam Bahasa Arab dengan Kawan-kawan di Kantin

Skala Kekerapan Peratus Peratus Sah Peratus Komulatif

Sangat Tidak Setuju 11 7.3 7.3 7.3 Tidak Setuju 82 54.7 54.7 62.0 Setuju 22 14.7 14.7 76.7 Sangan Setuju 35 23.3 23.3 100.0 Jumlah 150 100 100

6.3 Tahap Komunikasi Bahasa Arab di Luar Bilik Kuliah

Jadual 3 menunjukkan bahawa sebanyak 47 orang (31.3%) sangat tidak bersetuju bahawa mereka menggunakan bahasa Arab ketika berkomunikasi dengan kawan-kawan di luar bilik kuliah. Manakala 36 orang (24.0%) yang lain pula tidak bersetuju. Seterusnya sebanyak 34 orang (22.7%) sangat bersetuju bahawa mereka menggunakannya di luar bilik kuliah. Manakala yang lainnya sebanyak 33 orang (22%) bersetuju bahawa menggunakannya di luar bilik kuliah. Menunjukkan bahawa majoriti pelajar iaitu sebanyak 83 orang (55.3%) tidak menggunakan bahasa Arab ketika berkomunikasi sesama kawan-kawan di luar bilik kuliah. Jumlah pelajar yang menggunakan bahasa Arab adalah 67 orang bersamaan dengan (44.7%).

Jadual 3: Tahap Komunikasi Pelajar dalam Bahasa Arab dengan Kawan-kawan di Luar Bilik Kuliah

Skala Kekerapan Peratus Peratus Sah Peratus Komulatif

Sangat Tidak Setuju 47 31.3 31.3 31.3 Tidak Setuju 36 24.0 24.0 55.3 Setuju 33 22.0 22.0 77.3 Sangan Setuju 34 22.7 22.7 100.0 Jumlah 150 100 100

6.4 Tahap Komunikasi Bahasa Arab di Asrama

Jadual 4 menunjukkan bahawa sebanyak 48 orang (32.0%) tidak bersetuju bahawa mereka menggunakan bahasa Arab ketika berkomunikasi dengan kawan-kawan di asrama. Manakala 38 orang (25.3%) yang lain pula sangat tidak setuju. Seterusnya sebanyak 58 orang (38.7%) bersetuju bahawa mereka menggunakannya di asrama. Manakala yang lainnya sebanyak 6 orang (4%) sangat bersetuju bahawa mereka menggunakannya di asrama. Menunjukkan bahawa majoriti pelajar iaitu sebanyak 86 orang (57.3%) tidak menggunakan bahasa Arab ketika berkomunikasi sesama kawan-kawan di asrama. Jumlah pelajar yang menggunakan bahasa Arab adalah 64 orang bersamaan dengan (42.7%).

Page 6: tahap pertuturan bahasa arab dalam kalangan pelajar yang

e-Proceeding of the 3rd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization ICASIC2016 (e-ISBN 978-967-0792-08-8). 14-15 March 2016, Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://WorldConferences.net 179

Jadual 4: Tahap Komunikasi Pelajar dalam Bahasa Arab dengan Kawan-kawan di Asrama

Skala Kekerapan Peratus Peratus Sah Peratus Komulatif

Sangat Tidak Setuju 38 25.3 25.3 25.3 Tidak Setuju 48 32.0 32.0 57.3 Setuju 58 38.7 38.7 96.0 Sangan Setuju 6 4.0 4.0 100.0 Jumlah 150 100 100

6.5 Tahap Komunikasi Bahasa Arab di Rumah Sewa

Jadual 5 menunjukkan bahawa sebanyak 80 orang (53.3%) tidak bersetuju bahawa mereka menggunakan bahasa Arab ketika berkomunikasi dengan kawan-kawan di rumah sewa. Manakala 17 orang (11.3%) yang lain pula sangat tidak setuju. Seterusnya sebanyak 42 orang (28.0%) sangat bersetuju bahawa mereka menggunakannya di rumah sewa. Manakala yang lainnya sebanyak 11 orang (7.3%) bersetuju bahawa mereka menggunakannya di rumah sewa. Menunjukkan bahawa majoriti pelajar iaitu sebanyak 97 orang (64.3%) tidak menggunakan bahasa Arab ketika berkomunikasi sesama kawan-kawan di rumah sewa. Jumlah pelajar yang menggunakan bahasa Arab adalah 53 orang bersamaan dengan (35.7%). Jadual 5: Saya Berkomunikasi dalam Bahasa Arab dengan Kawan-kawan di Rumah (Sewa)

Skala Kekerapan Peratus Peratus Sah Peratus Komulatif

Sangat Tidak Setuju 17 11.3 11.3 11.3 Tidak Setuju 80 53.3 53.3 64.7 Setuju 11 7.3 7.3 72.0 Sangan Setuju 42 28.0 28.0 100 Jumlah 150 100 100

6.6 Tahap Komunikasi Bahasa Arab di Tempat Membeli Belah

Jadual 6 menunjukkan bahawa sebanyak 82 orang (54.7%) tidak bersetuju bahawa mereka menggunakan bahasa Arab ketika berkomunikasi dengan kawan-kawan di pusat membeli belah. Manakala 13 orang (8.7%) yang lain pula sangat tidak setuju. Seterusnya sebanyak 34 orang (22.7%) sangat bersetuju bahawa mereka menggunakannya di pusat membeli belah. Manakala yang lainnya sebanyak 21 orang (14.0%) bersetuju bahawa mereka menggunakannya di pusat membeli belah. Menunjukkan bahawa majoriti pelajar iaitu sebanyak 95 orang (63.4%) tidak menggunakan bahasa Arab ketika berkomunikasi sesama kawan-kawan di pusat membeli belah. Jumlah pelajar yang menggunakan bahasa Arab adalah 55 orang bersamaan dengan (33.7%). Jadual 6: Tahap Komunikasi Pelajar dalam Bahasa Arab di Tempat Membeli Belah

Skala Kekerapan Peratus Peratus Sah Peratus Komulatif

Sangat Tidak Setuju 13 8.7 8.7 8.7 Tidak Setuju 82 54.7 54.7 63.3 Setuju 21 14.0 14.0 77.3 Sangan Setuju 34 22.7 22.7 100 Jumlah 150 100 100

Page 7: tahap pertuturan bahasa arab dalam kalangan pelajar yang

e-Proceeding of the 3rd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization ICASIC2016 (e-ISBN 978-967-0792-08-8). 14-15 March 2016, Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://WorldConferences.net 180

6.7 Tahap Komunikasi Bahasa Arab di Perpustakaan

Jadual 7 menunjukkan bahawa sebanyak 56 orang (37.3%) tidak bersetuju bahawa mereka menggunakan bahasa Arab ketika berkomunikasi dengan kawan-kawan di perpustakaan. Manakala 9 orang (6.0%) yang lain pula sangat tidak setuju. Seterusnya sebanyak 52 orang (34.7%) bersetuju bahawa mereka menggunakannya di perpustakaan. Manakala yang lainnya sebanyak 33 orang (22.0%) sangat bersetuju bahawa mereka menggunakannya di perpustakaan. Menunjukkan bahawa majoriti pelajar iaitu sebanyak 85 orang (56.7%) menggunakan bahasa Arab ketika berkomunikasi sesama kawan-kawan di perpustakaan. Jumlah pelajar yang tidak menggunakan bahasa Arab adalah 65 orang bersamaan dengan (43.3%).

Jadual 7: Tahap Komunikasi dalam Bahasa Arab dengan Kawan-kawan di Perpustakaan

Skala Kekerapan Peratus Peratus Sah Peratus Komulatif

Sangat Tidak Setuju 9 6.0 6.0 6.0 Tidak Setuju 56 37.3 37.3 43.3 Setuju 52 34.7 34.7 78.0 Sangan Setuju 33 22.0 22.0 100 Jumlah 150 100 100

6.8 Tahap Komunikasi Bahasa Arab di Bilik Pensyarah

Jadual 8 menunjukkan bahawa sebanyak 52 orang (34.7%) tidak bersetuju bahawa mereka menggunakan bahasa Arab ketika berkomunikasi bersama pensyarah di dalam bilik pensyarah. Manakala 12 orang yang lain (8.0%) yang lain pula sangat tidak setuju. Seterusnya sebanyak 56 orang (44.0%) bersetuju bahawa mereka menggunakannya bersama pensyarah di dalam bilik pensyarah . Manakala yang lainnya sebanyak 20 orang (13.3%) sangat bersetuju bahawa mereka menggunakannya bersama pensyarah di dalam bilik pensyarah. Menunjukkan bahawa majoriti pelajar iaitu sebanyak 76 orang (57.3%) menggunakan bahasa Arab ketika berkomunikasi bersama pensyarah di bilik pensyarah. Jumlah pelajar yang tidak menggunakan bahasa Arab bersama pensyarah di dalam bilik pensyarah adalah 64 orang bersamaan dengan (42.7%).

Jadual 8: Tahap Komunikasi Pelajar dalam Bahasa Arab Bersama Pensyarah di Bilik Pensyarah

Skala Kekerapan Peratus Peratus Sah Peratus Komulatif

Sangat Tidak Setuju 12 8.0 8.0 8.0 Tidak Setuju 52 34.7 34.7 42.7 Setuju 56 44.0 44.0 86.7 Sangan Setuju 20 13.3 13.3 100 Jumlah 150 100 100

6.9 Tahap Komunikasi Bahasa Arab dengan Diri Sendiri Jadual 9 menunjukkan bahawa sebanyak 12 orang (8.0%) tidak bersetuju bahawa mereka cuba berkomunikasi dengan diri sendiri dalam bahasa Arab. Manakala 2 orang yang lain (1.3%) yang lain pula sangat tidak setuju. Seterusnya sebanyak 82 orang (57.0%) bersetuju bahawa mereka mereka cuba berkomunikasi dengan diri sendiri dalam bahasa Arab. Manakala yang lainnya sebanyak 54 orang (36.0%) sangat bersetuju bahawa mereka cuba berkomunikasi dengan diri sendiri dalam bahasa Arab. Menunjukkan bahawa majoriti pelajar iaitu sebanyak 136 orang (90.7%) cuba berkomunikasi dengan diri sendiri dalam bahasa Arab. Jumlah pelajar yang tidak mencuba berkomunikasi dengan diri sendiri dalam bahasa Arab adalah 14 orang bersamaan 9.3%.

Page 8: tahap pertuturan bahasa arab dalam kalangan pelajar yang

e-Proceeding of the 3rd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization ICASIC2016 (e-ISBN 978-967-0792-08-8). 14-15 March 2016, Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://WorldConferences.net 181

Jadual 9: Saya Cuba Berkomunikasi dengan Diri Sendiri dalam Bahasa Arab

Skala Kekerapan Peratus Peratus Sah Peratus Komulatif

Sangat Tidak Setuju 2 1.3 1.3 1.3 Tidak Setuju 12 8.0 8.0 9.3 Setuju 82 54.7 54.7 64.0 Sangan Setuju 54 36.0 36.0 100 Jumlah 150 100 100

Dapatan kajian dalam aspek dalaman dibincangkan dalam tujuh perkara, iaitu perasaan malu, rendah diri, tidak yakin, takut disindir, takut diketawakan kawan, kurang bersemangat, dan takut melakukan kesalahan.

a. Malu Bercakap Bahasa Arab

Kajian menunjukkan bahawa 77 orang pelajar atau 51.4% sangat bersetuju dan bersetuju bahawa perasaan malu menjadi penghalang utama untuk mereka tidak berkomunikasi dalam bahasa Arab. Perbezaan secara lebih terperinci dapat dilihat dalam Jadual 10. Jadual 10: Malu Bercakap Bahasa Arab

Skala Kekerapan Peratus Peratus Sah Peratus Komulatif

Sangat Tidak Setuju 17 11.3 11.3 11.3 Tidak Setuju 56 37.3 37.3 48.7 Setuju 19 12.7 12.7 61.3 Sangan Setuju 58 38.7 38.7 100 Jumlah 150 100 100

b. Merasa Rendah Diri

Kajian menunjukkan bahawa 80 orang pelajar atau 53.3% sangat bersetuju dan bersetuju bahawa perasaan rendah diri menjadi penghalang utama kepada mereka untuk tidak berkomunikasi dalam bahasa Arab. Perbezaan secara lebih terperinci dapat dilihat dalam Jadual 11.

Jadual 11: Merasa Rendah Diri

Skala Kekerapan Peratus Peratus Sah Peratus Komulatif

Sangat Tidak Setuju 19 12.7 12.7 12.7 Tidak Setuju 51 34.0 34.0 46.7 Setuju 18 12.0 12.0 58.7 Sangan Setuju 62 41.3 41.3 100 Jumlah 150 100 100

Page 9: tahap pertuturan bahasa arab dalam kalangan pelajar yang

e-Proceeding of the 3rd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization ICASIC2016 (e-ISBN 978-967-0792-08-8). 14-15 March 2016, Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://WorldConferences.net 182

c. Tidak Yakin kepada Diri Sendiri

Kajian menunjukkan bahawa 127 orang pelajar atau 78% sangat bersetuju dan bersetuju bahawa parasaan perasaan tidak yakin dengan kebolehan menjadi penghalang utama untuk mereka tidak berkomunikasi dalam bahasa Arab. Perbezaan secara lebih terperinci dapat dilihat dalam Jadual 12.

Jadual 12: Tidak Yakin kepada Diri Sendiri

Skala Kekerapan Peratus Peratus Sah Peratus Komulatif

Sangat Tidak Setuju 10 6.7 6.7 6.7 Tidak Setuju 23 15.3 15.3 22.0 Setuju 107 71.3 71.3 93.3 Sangan Setuju 10 6.7 6.7 100 Jumlah 150 100 100

d. Takut Diketawakan Kawan

Kajian menunjukkan bahawa 94 orang pelajar atau 62.6% sangat bersetuju dan bersetuju bahawa perasaan takut ditertawakan oleh kawan sepengkhususan adalah antara penghalang utama untuk mereka tidak berkomunikasi dalam bahasa Arab. Perbezaan secara lebih terperinci dapat dilihat dalam Jadual 13. Jadual 13: Takut Diketawakan Kawan-kawan

Skala Kekerapan Peratus Peratus Sah Peratus Komulatif

Sangat Tidak Setuju 13 8.7 8.7 87 Tidak Setuju 43 28.7 28.7 37.3 Setuju 62 41.3 41.3 78.7 Sangan Setuju 32 21.3 21.3 100 Jumlah 150 100 100

e. Takut Disindir Kawan

Kajian menunjukkan bahawa 83 orang pelajar atau 55.4% sangat bersetuju dan bersetuju bahawa perasaan takut disindir oleh kawan-kawan adalah antara penghalang utama untuk mereka tidak berkomunikasi dalam bahasa Arab. Perbezaan secara lebih terperinci dapat dilihat dalam Jadual 14.

Jadual 14: Takut Disindir Kawan-kawan

Skala Kekerapan Peratus Peratus Sah Peratus Komulatif

Sangat Tidak Setuju 24 15.3 15.3 15.3 Tidak Setuju 44 29.3 29.3 44.7 Setuju 70 46.7 46.7 91.3 Sangan Setuju 13 8.7 8.7 100 Jumlah 150 100 100

Page 10: tahap pertuturan bahasa arab dalam kalangan pelajar yang

e-Proceeding of the 3rd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization ICASIC2016 (e-ISBN 978-967-0792-08-8). 14-15 March 2016, Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://WorldConferences.net 183

f. Tidak Bersemangat Berkomunikasi dalam Bahasa Arab

Kajian menunjukkan bahawa 96 orang pelajar atau 64% sangat bersetuju dan bersetuju bahawa perasaan tidak bersemangat adalah menjadi salah satu penghalang utama untuk mereka tidak berkomunikasi dalam bahasa Arab. Perbezaan secara lebih terperinci dapat dilihat dalam Jadual 15.

Jadual 15: Tidak Bersemangat untuk Berkomunikasi dalam Bahasa Arab

Skala Kekerapan Peratus Peratus Sah Peratus Komulatif

Sangat Tidak Setuju 24 16.0 16.0 16.0 Tidak Setuju 30 20.0 20.0 36.0 Setuju 12 8.0 8.0 44.0 Sangan Setuju 84 56.0 56.0 100 Jumlah 150 100 100

g. Takut Tersilap Menggunakan Bahasa Arab

Kajian menunjukkan bahawa 125 orang pelajar atau 83.3% sangat bersetuju dan bersetuju bahawa parasaan takut tersilap bahasa adalah menjadi penghalang utama untuk mereka tidak berkomunikasi dalam bahasa Arab. Perbezaan secara lebih terperinci dapat dilihat dalam Jadual 16. Jadual 16: Takut Tersilap Menggunakan Bahasa Arab

Skala Kekerapan Peratus Peratus Sah Peratus Komulatif

Sangat Tidak Setuju 8 5.3 5.3 5.3 Tidak Setuju 17 11.3 11.3 16.7 Setuju 71 47.3 47.3 64.0 Sangan Setuju 54 36.0 36.0 100 Jumlah 150 100 100

7. Implikasi Kajian

Dapatan kajian memperkuatkan dapatan kajian Mahmud Kamil al-Naqah (1985: 179) bahawa kejayaan kemahiran bertutur bergantung kepada pelajar dan hanya akan berjaya sekiranya pelajar mengambil bahagian sepenuhnya. Kebanyakan pelajar yang tidak mengambil bahagian disebabkan oleh perasaan takut melakukan kesalahan, berasa bodoh apabila berhadapan kawan-kawannya yang pandai, malu diejek dan dipersendakan serta takut memulakan percakapan.

Pada kebiasaannya, pelajar yang bermotivasi tinggi akan lebih berkeyakinan untuk bertutur dalam Bahasa Arab kerana mereka akan dapat menangani sebarang masalah sewaktu bertutur dengan pelbagai cara yang tersendiri. Keyakinan yang tinggi dapat membantu penutur untuk menyampaikan mesej dengan lancar. Walaupun pelajar didapati mempunyai keinginan untuk memperbaiki kemahiran bertutur dalam bahasa kedua, namun, disebabkan mereka tidak mempunyai keyakinan untuk berbuat demikian dan tidak tahu bagaimana menyampaikan idea, pendengar tidak dapat memahami apa yang diperkatakan (Songsiri, 2007).

Page 11: tahap pertuturan bahasa arab dalam kalangan pelajar yang

e-Proceeding of the 3rd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization ICASIC2016 (e-ISBN 978-967-0792-08-8). 14-15 March 2016, Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://WorldConferences.net 184

Sebaliknya, sikap negatif sesetengah pelajar yang mudah berputus asa dan malu dengan kelemahan diri akan mengakibatkan mereka hilang keyakinan diri dan berasa rendah diri untuk bertutur dalam Bahasa Arab apabila dibandingkan dengan rakan-rakan yang lain (Ghazali, Nik Mohd Rahimi & Parilah, 2010). Selain itu, tahap penggunaan Bahasa Arab yang rendah dalam kalangan pelajar IPTA juga dikaitkan dengan masalah dalaman ini iaitu kurang keyakinan diri apabila pelajar takut dan malu melakukan kesalahan, rasa rendah diri, kurang bersemangat dan takut ditertawakan oleh rakan (Ab. Halim, 2009). Oleh itu, beberapa mekanisme perlu difikirkan bagaimana untuk melahirkan pelajar-pelajar yang berani dan berketerampilan dalam berkomunikasi bahasa Arab. Secara tidak langsung memberi implikasi terhadap teknik dan kaedah pengajaran bahasa Arab di Malaysia umumnya dan di UiTM khususnya. Antara implikasi praktikal yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

a. Memperbanyakkan aktiviti lisan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab seperti

perbualan, menyanyi, bercerita, berlakon, berbincang, menyampaikan laporan, bersyarah, berpuisi, berbahas, permainan bahasa, bertemu ramah serta memperbanyakkan bentuk latihan dan aktiviti.

b. Mempertingkatkan tindak balas antara pensyarah atau guru dan pelajar. Ini kerana pengajaran

ialah proses penyampaian dan komunikasi antara mereka serta berlaku hubungan saling mempengaruhi antara satu satu sama lain. Oleh itu sebagaimana yang diperkatakan oleh Atan (1980) prinsip-prinsip pengajaran yang baik ialah murid-murid hendaklah dilibatkan dengan aktif dalam proses pengajaran.

c. Memberi penekanan kepada latihan komunikatif secara semula jadi, bebas dan dalam konteks

yang lebih luas seperti, perbualan bebas, perbincangan umum, mencatat keterangan, membuat ulasan secara lisan dan bertulis dan karangan bebas. Menurut Raji (1978: 180), pendekatan ini sesuai dengan tujuan utama pengajaran dan pembelajaran bahasa adalah untuk komunikasi (Kamarudin 1990: 14; Hymes 1972).

d. Mewujudkan persekitaran bahasa Arab (al-bi’ah al-lughawiyyah). Hal ini disebabkan dengan wujudnya persekitaran bahasa Arab para pelajar akan lebih peka terhadap bahasa yang dipelajari. Hal ini disebabkan bahawa perkembangan bahasa banyak dipengaruhi oleh pelbagai faktor antaranya ialah persekitaran, kebudayaan dan sosial.

e. Merangka kurikulum pembelajaran bahasa Arab yang seimbang dengan memberi penekanan

pada tatabahasa dan sudut pembelajaran dan penghayatan bahasa dengan menggabungjalinkan cabang-cabang bahasa yang berasingan seperti bacaan, nahu, rencana, karangan, khat dalam bentuk komunikatif bersepadu yang bertujuan mempertingkatkan kemahiran bahasa seperti mendengar, bercakap, membaca dan menulis.

f. Mempertingkatkan motivasi dan membuang sikap negatif pelajar yang menghalang proses

pembelajaran bahasa. Antara cara untuk membangkitkan motivasi pelajar adalah melalui situasi bahasa dan kesalahan bahasa yang mereka lakukan. Ini kerana pelajar banyak berhadapan dengan pelbagai realiti dan situasi kehidupan yang melibatkan penggunaan bahasa, sama ada di sekolah (universiti) atau di luar sekolah (Mahmud Rusydi 1986: 214).

Page 12: tahap pertuturan bahasa arab dalam kalangan pelajar yang

e-Proceeding of the 3rd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization ICASIC2016 (e-ISBN 978-967-0792-08-8). 14-15 March 2016, Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://WorldConferences.net 185

8. Kesimpulan

Penggunaan bahasa Arab dalam kalangan pelajar yang mengambil kursus bahasa Arab diploma di UiTM Melaka dalam konteks kehidupan mereka sebagai mahasiswa sangat rendah. Sebahagian mereka didapati hanya menggunakan bahasa Arab yang dipelajari dalam perbualan sesama mereka di perpustakan, dibilik kuliah dan bilik pensyarah di samping berusaha bercakap sendiri. Faktor dalaman seperti perasaan malu, rendah diri, tidak yakin, takut disindir, takut diketawakan kawan, kurang bersemangat, dan takut melakukan kesalahan menjadi penghalang untuk mereka bertutur dalam bahasa Arab. Oleh itu untuk menguasai bahasa Arab sepatutnya mereka berusaha bertutur dan berkomunikasi dalam bahasa ini dan menjadikannya sebagai amalan dan budaya mereka. Walaupun bahasa Arab merupakan bahasa ketiga di UiTM tidak sepatutnya mereka mempelajarinya hanya untuk lulus peperiksaan semata-mata.

Rujukan

Ab. Halim Mohamad & Che Radiah Mezah. (2007). Kolokasi: Aspek penting dalam penguasaan

Bahasa Arab. Dlm. Isu semasa dalam pendidikan tinggi. Jil. 5 (monograf). Pusat Pembangunan Akademik (CADe), Universiti Putra Malaysia.

Ab.Halim Mohamad & Che Radiah Mezah. (2005). Ketepatan terjemahan struktur ayat Arab ke

dalam bahasa Melayu: Satu kajian kes. Kertas kerja Seminar Antarabangsa MICOLLAC, anjuran Jabatan Bahasa Inggeris, FBMK, UPM 23-25 April 2005 di Holiday Villa, Subang Jaya.

Ahmad Jelani Halimi. (1996) Kemasukan Islam ke Kedah, dalam Dokumentasi Konvensyen Sejarah

Kedah Darul Aman Kedua: Islam di Kedah Darul Aman. Majlis Kebudayaan Negeri Kedah. ‘Ata, Ibrahim Muhammad. (1990). Turuq tadris al-lughah al-‘Arabiyyah wa al-tarbiyah al-diniyyah.

Kaherah: Maktabah al-Nahdah al-Misriyyah. Abdul Rahim Hj. Ismail. (2005). al-Dirasat al-‘Arabiyyah fi al-dirasat al-‘ulya wa-‘alaqatiha bi-tarbiyah

al-lughah al-‘Arabiyyah fi Maliziya. Dlm. Pendidikan Islam dan bahasa Arab: Perspektif pengajian tinggi. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Al-Naqah, Mahmud Kamil. (1985). Ta‘lim al-lughat al-‘Arabiyyah li ghayr al-natiqin bi lughat ’ ukhra.

Saudi Arabia, Ummu al-Qura: Jamiah Umm al-Qura. Ashinida Aladdin. 2012. Analisis Penggunaan Strategi Komunikasi dalam Komunikasi Lisan Arab.

GEMA Online Journal of Languages Studies. 12 (12), 645-666. Asmah Haji Omar. (1989). Pengajaran bahasa untuk kemahiran berkomunikasi: Pendekatan

Wacana. Dlm. Asmah Haji Omar (Eds.). Kaedah pengajaran bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Atan Long. (1980). Pedagogi kaedah am mengajar. Selangor: Fajar Bakti. Azani Ismail @ Yaakub, Azman Che Mat dan Mat Taib Pa. 2012. Membina Kemahiran Pertuturan

Menerusi Aktivilti Lakonan dalam Pengajaran Bahasa. GEMA Online Journal of Languages Studies. 12 (1), 325-337.

Page 13: tahap pertuturan bahasa arab dalam kalangan pelajar yang

e-Proceeding of the 3rd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization ICASIC2016 (e-ISBN 978-967-0792-08-8). 14-15 March 2016, Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://WorldConferences.net 186

Brown, H. Douglas. (1987). Principles of language learning and teaching. 2nd Ed. New Jersey: Prentice. Hall, Inc.

Chomsky, Noam. (1965). Aspects of the theory of syntax. The Hague: The M.I.T. Press. Gan, Z. 2012. Understanding L2 Speaking Problems: Implications for ESL Curriculum Development in

a Teacher Training Institution in Hong Kong. Australian Journal of Teacher Education. 37 (1), 42-59.

Halliday, Michael. (1973). Explorations in the functions of language. London: Edward Arnold. Hymes. D. (1972). On communacative competence. In. J.B. Pride & J. Holmes (Eds.) Sociolinguistics.

Harmondsworth: Penguin. Ibrahim, Majdid Abdul Aziz. (1997). Maharah tadris al-fa‘al. Mesir, Kaherah: Maktabah al-Anglo,

Mesir. Ismail Ibrahim. (1994). Pengajian dan Pembelajaran Agama Islam di Pusat-Pusat Pengajian Tinggi.

Dlm. Abdul Halim El-Muhammady (Pnyt.). Pendidikan Islam dalam pembangunan ummah. Kuala Lumpur: Budaya Ilmu Sdn. Bhd.

Juriah Long. (1998). Pengajaran bahasa Melayu secara aktif. Dlm. Juriah Long (Pnyt.). Inovasi dalam

perkaedahan pengajaran bahasa, sains sosial dan teknologi maklumat. Bangi: Penerbit UKM.

Kamaruddi Haji Husin. (1990). Pengajaran dan pembelajaran lisan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Khatir, Mahmud Rusydi. (1986). Turuq tadris al-lughah al-‘Arabiyyah wa al-tarbiyah al-diniyyah fi

daw’ al-ittijahat al-tarbawiyyah al-hadithah. Kaherah: Dar al-Marifah. Mahjub, ‘Abbas. (1986). Musykilat ta‘lim al-lughah al-‘Arabiyyah: Hululun nazariyyah wa tatbiqat:

Qatar: Dawhah. Mastura binti Arshad. 2012. Pengguanaan Strategi Pembelajaran Kemahiran Bertutur Bahasa Arab:

Kajian di Pusat Asasi UIAM. Proseding Persidangan Kebangsaan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab (PKEBAR). Fakulti Pengajian Islam UKM.

Mat Taib Pa. (2008). Isu-isu pengajaran bahasa dan kesusasteraan Arab di institut pengajian tinggi.

Prosiding Seminar Pengajaran Bahasa dan Kesusasteraan Arab di Institusi Pengajian Tinggi Malaysia. Jabatan Bahasa Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, UKM pada 22-23 Mac 2008.

Osman Haji Khalid. (1994). Pengajian dan pembelajaran bahasa Arab di sekolah-sekolah dan Pusat

Pengajian Tinggi di Malaysia. Dlm. Abdul Halim El-Muhammady (Pnyt.). Pendidikan Islam dalam pembagunan ummah, 105-120. Kuala Lumpur: Budaya Ilmu Sdn. Bhd.

Ramuni, Raji Mahmud. (1978). Tariqah al-tadribat al-muwahhadah. Dlm. al-Sijill al-‘ilm li al-nadwah

al-‘alamiyyah al-‘ula li-ta‘lim al-lughah al-‘Arabiyyah li-ghay al-natiqinabiha. Saudi Arabia, Riyadh: Jami‘ah Riyad.

Page 14: tahap pertuturan bahasa arab dalam kalangan pelajar yang

e-Proceeding of the 3rd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization ICASIC2016 (e-ISBN 978-967-0792-08-8). 14-15 March 2016, Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://WorldConferences.net 187

Rivers, W. & M. Temperly. (1978). Teaching of English as a second or fereign language. New York: Oxford University Press.

Rosni bin Samah. 2007. Pendekatan Pengajaran Bahasa Arab di Sekolah-sekolah Agama. Prosiding

Seminar Penyelidikan dalam Pengajian Islam ke-4 2007, Fakulti Pengajian Islam, UKM Bangi, Songsiri, Montha. 2007. An Action Research Study of Promoting Students Confidence in Speaking

English. School of Education Faculty of Arts, Education and Human Development. Victoria Universiti.

Ta‘imah, Rusydi Ahmad. (1989). Ta‘lim al-‘Arabiyyah li ghay al-natiqina biha: manahijuhu wa

asalibuhu. Ribath: al-Munazzamah al-Islamiyyah li-al-Tarbiyah wa al-‘ulum wa al-Thaqafah (ISESCO).

Ta‘imah, Rusydi Ahmad. (2001). Manahij ta‘lim al-lughah al-‘Arabiyyah bi-al-ta‘lim al-asasi. Kaherah:

Dar al-Fikr al-‘Arabi. Ta‘imah, Rusydi Ahmad. (t.th.). al-Marji‘ fi ta‘lim al-lughah al-‘Arabiyyah li-al-natiqina bi-lughat

ukhra. Makkah al-Mukarramah: Jami‘ah Um al-Qura. Tanveer, M. 2007. Investigation of The Factors that Cause Language Anxiety for ESL/EFL Learners in

Learning Speaking Skills and The Influence it Casts on Communication in The Target Language. Master Thesis. University of Glassgow.

Wolfson, Nessa. (1983). Rules of speaking. Dlm. Language and communication. Jack C. Richards &

Richard W. Schmidt (Eds.). London: Logman Group Limited.

Zainur Rijal Abdul Razak dan Rosni Samah. (2007). Kesan Bahasa Arab dalam Peradaban Melayu di

Malaysia (Nilai, Negeri Sembilan: Universiti Sains Islam Malaysia).

Zakaria Ismail. (1991). Turuq tadris al-lughah al-‘Arabiyyah. Mesir, Iskandariyah: Dar al-Ma‘rifah al-Jami‘iyyah.

Zarima Mohd, Zakaria & Taj Rijal Muhd Ramli. (2008). Sejarah perkembangan program minor bahasa

Arab di Fakulti Bahasa UPSI. Prosiding Seminar Pengajaran Bahasa dan kesusasteraan Arab di Institusi Pengajian Tinggi Malaysia. Jabatan Bahasa Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, UKM pada 22-23 Mac 2008