4. kesilapan umum tatabahasa

Upload: ayufathihah

Post on 09-Mar-2016

262 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

aa

TRANSCRIPT

TAJUK DAN AGIHAN MASA SEMESTER 1 DAN SEMESTER 2

KESILAPAN UMUM TATABAHASATakrif dan Konsep Acap kali berlaku kesilapan bahasa sama ada dalam bentuk tulisan mahu pun percakapan. Kesilapan bahasa berlaku disebabkan para pengguna bahasa kurang menguasai tatabahasa atau peraturan-peraturan bahasa berkenaan. Nik Safiah Karim (1980) pula mendefinasikan kesalahan bahasa sebagai penggunaan bahasa yang melanggar peraturan-peraturan bahasa yang telah dipersetujui, sama ada pada peringkat sebutan, pilihan kata atau susunan frasa atau ayat. Menurut Corder (1981) kesilapan bahasa merupakan bentuk-bentuk pertuturan yang menyimpang atau menyalahi bentuk-bentuk pertuturan penutur jati. Konklusinya : Penggunaan bahasa yang menyalahi sistem bahasa yang diiktiraf baku oleh penutur jati yang terpelajar dan kesilapan itu meliputi semua aspek bahasa seperti tatabahasa, ejaan, sebutan, penggunaan, perkataan, istilah, dan sebagainya.

Jenis Kesilapan Bahasa Terdapat lima jenis kesilapan bahasa :

Kesilapan konsep. Kesilapan struktur. Kesilapan bentuk bertindan. Kesilapan kerana gangguan bahasa lain. Kesilapan kerana pengaruh bahasa lisan.Kesilapan Struktur Jenis kesilapan yang berkaitan dengan binaan sesuatu struktur bahasa, seperti binaan ayat, klausa, frasa, dan binaan perkataan.

Contoh kesalahan : Para pelajar-pelajar dibenarkan balik awal masa Hari Sukan Sekolah. Sepatutnya : Para pelajar dibenarkan pulang awal pada Hari Sukan Sekolah. Contoh kesalahan : Gemuk sangat itu budak. Sepatutnya : Budak itu sangat gemuk. Contoh kesalahan : Itu warna laut biru menarik. Sepatutnya : Warna biru laut itu menarik.Kesilapan Konsep Kesilapan dalam memahami sesuatu konsep atau maksud yang didukung oleh sesuatu perkataan sehingga menyebabkan kesalahan dalam penggunaannya.

Ia berlaku kebiasaannya disebabkan sesuatu bahasa itu mempunyai banyak perkataan yang hampir sama maksudnya atau kerana ketidak-cekapan memilih perkataan yang sesuai dengan konteks ayat.

Contoh kesalahan : Daniel memakan air sirap. Sepatutnya : Daniel meminum air sirap. Contoh kesalahan : Salji telah meliputi permukaan jalanraya. Sepatutnya : Slaji telah melitupi permukaan jalanraya. Contoh kesalahan : Kiki mencintai kucingnya. Sepatutnya : Kiki menyayangi kucingnya. Contoh kesalahan : Yazid memakai tongkat untuk berjalan. Sepatutnya : Yazid menggunakan tongkat untuk berjalan. Contoh kesalahan : Kasut sukan Aqil masam. Sepatutnya : Kasut sukan Aqil busuk.Kesilapan Bentuk Bertindan Kesilapan menutur atau menuliskan sesuatu yang tidak penting atau sesuatu yang mendukung pengertian atau maksud yang sama dan tidak membawa sebarang fungsi dalam sesuatu ayat atau ujaran. Kesilapan ini meliputi aspek-aspek penggunaan perkataan dan unsur-unsur tatabahasa. Contoh kesalahan : Rumah banglo ini adalah merupakan rumah Datuk Bandar New York. Sepatutnya : Rumah banglo ini adalah rumah Datuk Bandar New York. Contoh kesalahan : Rasyid membeli kereta demi untuk kegunaannya berulang-alik ke pejabat. Sepatutnya : Rasyid membeli kereta untuk kegunaanya berulang-alik ke pejabat. Contoh kesalahan : Aqram ada memiliki sebuah komputer riba yang canggih. Sepatutnya : Aqram memiliki sebuah computer riba yang canggih.

Kesilapan Kerana Gangguan Bahasa Lain Berpunca daripada pengaruh bahasa pertama atau bahasa ibunda, dialek daerah atau bahasa kolokial/basahan dalam penggunaan bahasa kedua atau bahasa standard.

Gangguan-gangguan ini telah mempengaruhi struktur binaan ayat, klausa, frasa, dan perkataan yang salah dalam Bahasa Melayu. Contoh kesalahan : Dan adalah mencuri itu haram hukumnya pada syarak. Sepatutnya : Hukum mencuri adalah haram di sisi syarak. Contoh kesalahan : Cikalang sula tengahali. Sepatutnya : Sekarang sudah waktu tengah hari.

Contoh kesalahan : Barangsiapa yang banyak bertanya perkara yang tiada hajat ke atasnya maka lemahlah imannya. Sepatutnya : Siapa yang banyak bertanya perkara yang tidak sepatutnya akan lemah imannya.Kesilapan Kerana Pengaruh Bahasa Lisan Bahasa lisan dan bahasa tulisan mempunyai laras bahasa yang berbeza. Justeru itu, tidak semua laras bahasa lisan boleh digunakan dalam bahasa tulisan. Misalnya, laras bahasa lisan tidak d tentang penggunaan tatabahasa. Di samping itu, laras bahasa lisan juga lebih banyak dipengaruhi dialek daerah dan bahasa pasar. Contoh kesalahan : Perabut itu diperbuat dari kayu jati. Sepatutnya : Perabut itu diperbuat daripada kayu jati. Contoh kesalahan : Pak Sukarno menggemburkan tanah di kebunnya dengan cangkul. Sepatutnya : Pak Sukarno menggemburkan tanah di kebunnya menggunakan cangkul. Contoh kesalahan : Kucing itu tangkap tikus. Sepatutnya : Kucing itu menangkap tikus. Contoh kesalahan : Charlie ada di bilik ayaq. Sepatutnya : Charlie berada di bilik air.Bentuk Kesilapan Bentuk kesilapan bahasa dapat dikenalpasti dalam aspek-aspek berikut : Penggunaan kata atau istilah Penggunaan bentuk jamak Kesalahan penggunaan frasa Kesalahan ayat Kesalahan penggunaan imbuhan.

Penggunaan Kata Atau Istilah Kesilapan menggunakan kata atau istilah yang sesuai boleh menyebabkan makna berubah, tidak jelas atau salah. Contoh kesalahan : Pil Chi Kit Teck Aun dapat menyedikitkan sakit perut. Sepatutnya : Pil Chi Kit Teck Aun dapat meredakan sakit perut. Contoh kesalahan : Ibu menyembelih ikan sebelum direndam dengan air garam. Sepatutnya : Ibu menyiang ikan sebelum direndam dalam air garam.Penggunaan Bentuk Jamak Kesilapan menggandakan kata nama yang sudah membawa makna atau konsep jamak.

Contohnya :SALAHBETUL

semua-semuasemua

seluruh-seluruhseluruh

orang-orangorang

umat-umatumat

Kesilapan mengulang kata nama yang sudah ditentukan maksud jamaknya oleh kata yang mendahuluinya, iaitu penanda jamak atau kata bilangan.

Contohnya :SALAHBETUL

para doktor-doktor pelatihPara doktor pelatih

beberapa orang kakitangan-kakitangan awamBeberapa orang kakitangan awam

senarai nama-nama ahliSenarai nama ahli

Persidangan Raja-Raja Melayu Persidangan Raja Melayu

Kesilapan pengulangan kata imbuhan, frasa atau kata majmuk sebagai tanda jamak.

Contohnya :SALAHBETUL

jurubina-jurubinajuru-jurubina

tatacara-tatacaratata-tatacara

rumah kebajikan- rumah kebajikanRumah-rumah kebajikan

negara bersekutu-negara bersekutunegara-negara bersekutu

senjata api-senjata apisenjata-senjata api

Perdana Menteri-Perdana MenteriPerdana-Perdana Menteri

hebahan-hebahanHebah-hebahan

patahkan-patahkanpatah-patahkan

Kesalahan Penggunaan Frasa Bentuk kesilapan kerana tidak mematuhi Hukum Diterangkan dan Menerangkan ( Hukum D-M). Kesalahan umum yang dilakukan ialah susunan kata penerangnya mendahului kata yang diterangkan. Contohnya :SALAHBETUL

Saya nama Nama saya

Sri Malaysia HotelHotel Sri Malaysia

Tol PlazaPlaza Tol

Ikan robot robot ikan

Hilal RestoranRestoran Hilal

goreng pisangpisang goreng

Kesalahan Ayat Tergantungnya ayat disebabkan tiada subjek. Contoh kesalahan : Sakit perut dan demam panas. Sepatutnya : Talhah sakit dan demam panas. Contoh kesalahan : Menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup kepada pesalah itu. Sepatutnya : Hakim menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup kepada pesalah itu. Contoh kesalahan : Berkaki ayam pergi ke kelas. Sepatutnya : Alwi berkaki ayam pergi ke kelas. Ayat tergantung disebabkan tiada predikat atau tidak jelas predikatnya atau terdiri daripada keterangan sahaja. Contoh kesalahan : Kamil sedang memijak. Sepatutnya : Kamil sedang memijak tikar mengkuang.

Contoh kesalahan : Kelajuan yang membunuh. Sepatutnya : Kelajuan boleh membunuh.

Contoh kesalahan : Pada sebelah petang. Sepatutnya : Zahid suka bermain bola pada sebelah petang Ayat yang panjang dan tidak gramatis. Contoh kesalahan : Guru boleh memulakan pelajaran dengan meminta pelajar membaca petikan dengan senyap, disusuli dengan mengemukakan soalan kefahaman tentang isi petikan berkenaan ini adalah kegiatan membaca. Sepatutnya : Guru boleh memulakan pelajaran dengan meminta pelajar membaca petikan dengan senyap. Ini disusuli dengan mengemukakan soalan kefahaman tentang isi petikan berkenaan. Kegiatan ini adalah kegiatan membaca.

Contoh kesalahan : Serahkan buku kepada saya untuk jumlah buku yang saya mahu. Sepatutnya : Serahkan buku sebanyak yang saya mahu.

Kesalahan penggunaan frasa sendi yang dijadikan subjek. Contoh kesalahan : Dalam masalah keruntuhan moral di kalangan belia dapat kita bahagikan kepada beberapa faktor. Sepatutnya : Masalah keruntuhan moral di kalangan belia dapat kita bahagikan kepada beberapa faktor.

Contoh kesalahan : Di setiap bilik guru pelatih perlu dipamerkan langkah-langkah keselamatan semasa berlaku kebakaran. Sepatutnya : Setiap bilik guru pelatih perlu dipamerkan langkah-langkah keselamatan semasa berlaku kebakaran. Kesalahan struktur dan makna ayat yang bercelaru. Contoh kesalahan : Pengaruh Akademik Fantasia amat besar, mahupun kepada kanak-kanak hinggalah orang dewasa. Sepatutnya : Pengaruh Akademik Fantasia amat besar kepada kanak-kanak dan orang dewasa.Kesalahan Penggunaan Imbuhan Tidak menggunakan imbuhan pada kata atau tempat yang sepatutnya menerima imbuhan. Contoh kesalahan : Alias suka main guli dengan kawan-kawannya. Sepatutnya : Alias suka bermain guli dengan kawan-kawannya.

Contoh kesalahan : Setiap awal bulan Hamidah bersama suaminya suka belanja di Pasar Raya Merdeka. Sepatutnya : Setiap awal bulan Hamidah bersama suaminya suka berbelanja di Pasar Raya Merdeka. Penggunaan imbuhan yang tidak tepat atau tidak sesuai. Contoh kesalahan : Halim pandai menguruskan perniagaannya. Sepatutnya : Halim pandai mengurus perniagaannya. Contoh kesalahan : Sembahyanglah anda sebelum anda disembahyangkan. Sepatutnya : Sembahyanglah anda sebelum anda disembahyangi.

Contoh kesalahan : Kawasan-kawasan pendalaman akan dibangunkan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. Sepatutnya : Kawasan-kawasan pedalaman akan dibangunkan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan.

Penggunaan imbuhan pada kata dasar yang tidak memerlukan imbuhan. Contoh kesalahan : Orang yang sakit memerlukan berehat yang panjang. Sepatutnya : Orang yang sakit memerlukan rehat yang panjang. Contoh kesalahan : Sudah hampir sepuluh tahun Sapuan meninggal dan bekerja di Kuala Lumpur. Sepatutnya : Sudah hampir sepuluh tahun Sapuan tinggal dan bekerja di Kuala Lumpur. Contoh kesalahan : Suzana sangat suka bertidur di dalam bilik darjah. Sepatutnya : Suzana sangat suka tidur di dalam bilik darjah.Individu berkomunikasi dengan diri sendiri.

-

Merupakan kata-kata dan bisikan hati tentangmakna, persepsi, penilaian dan konsep tentangapa sahaja fenomena yang dialami.

-

Ia boleh menentukan mood dan perasaan individudan seterusnya dijelaskan melalui perlakuan yangditunjukkan.-

Ia boleh juga mempengaruhi komunikasi

Interpersona

PAGE 59