analisis buku teks -word

14
ANALISIS DAN PENILAIAN BUKU TEKS SUBJEK : Perdagangan TINGKATA N : 4 PENULIS : Heang Seai Kie, Chiam Chee Siang, Zakiyah binti Jalun, Sharini binti Hj Ramli PENERBIT : Pustaka Seri Kancil TEMPAT TERBIT : 479A Melaka Plaza, Jalan Hang tuah, 75300 Melaka TAHUN TERBIT : 2002 1. KETEPATAN KANDUNGAN KOMPONEN PERKARA SKOR ULASAN 1 2 3 4 A. KESESUAIAN ISI KANDUNGAN 1. Kelengkapan isi kandungan / Isi kandungan buku teks ini didapati lengkap iaitu ia menyediakan pecahan setiap topik kepada sub topik tertentu secara teratur. Ia dilengkapkan dengan nota, contoh serta gambar dan sumber rujukan internet yang dapat digunakan oleh pelajar. Selain daripada itu ia turut menyediakan ruangan kecil yang memaparkan maklumat tambahan dan persoalan yang merangsang minda pelajar untuk berfikir. Seterusnya sebagai pelengkap isi kandungan, penulis menyediakan pelbagai bentuk latihan yang dapat menguji pengetahuan pelajar hasil daripada pembelajaran yang telah dilalui. 2.Keluasan isi kandungan / Keluasan isi kandungan adalah berdasarkan sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk matapelajaran ini.

Upload: muhamad-asri-hamdan

Post on 27-Jun-2015

4.757 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Analisis Buku Teks -Word

ANALISIS DAN PENILAIAN BUKU TEKS

SUBJEK : PerdaganganTINGKATAN

: 4

PENULIS

: Heang Seai Kie, Chiam Chee Siang, Zakiyah binti Jalun, Sharini binti Hj Ramli

PENERBIT : Pustaka Seri Kancil

TEMPAT TERBIT: 479A Melaka Plaza, Jalan Hang tuah, 75300 Melaka

TAHUN TERBIT : 2002

1. KETEPATAN KANDUNGAN

KOMPONEN PERKARASKOR

ULASAN1 2 3 4

A. KESESUAIAN

ISI KANDUNGAN 1. Kelengkapan isi

kandungan /

Isi kandungan buku teks ini didapati lengkap iaitu ia menyediakan pecahan setiap topik kepada sub topik tertentu secara teratur. Ia dilengkapkan dengan nota, contoh serta gambar dan sumber rujukan internet yang dapat digunakan oleh pelajar. Selain daripada itu ia turut menyediakan ruangan kecil yang memaparkan maklumat tambahan dan persoalan yang merangsang minda pelajar untuk berfikir. Seterusnya sebagai pelengkap isi kandungan, penulis menyediakan pelbagai bentuk latihan yang dapat menguji pengetahuan pelajar hasil daripada pembelajaran yang telah dilalui.

2.Keluasan isi kandungan / Keluasan isi kandungan adalah berdasarkan sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk matapelajaran ini.

3. Kedalaman isi kandungan /

Kandungan buku memberikan pededahan awal kepada pelajar tentang asas-asas dalam perdagangan. Oleh yang demikian didapati penerangan dan nota yang disediakan dalam setiap bab bersesuaian bagi peringkat pengenalan perdagangan kepada pelajar.

Rumusan dan cadangan penambahbaikan: Secara keseluruhannya kebanyakannya isi kandungan adalah bersesuaian untuk memperkenalkan pelajar kepada matapelajaran perdagangan. walaubagaimanapun kebanyakan isi kandungan tersebut hanya pada aras pengetahuan dan kefahaman sahaja. Huraian dan contoh yang lebih terperinci diperlukan merujuk kepada pelbagai aras pengetahuan mengikut taksonomi bloom kerana setiap pelajar adalah berbeza tahap penerimaan dan keupayaan.

Page 2: Analisis Buku Teks -Word

B. KETEPATAN ISI KANDUNGAN 4.Ketepatan konsep,

definisi dan fakta / konsep, definisi dan fakta yang digunakan bertepatan dengan isi kandungan.

5. Ketepatan contoh, kes, gambar, diagram dan ilustrasi

/

Kebanyakan contoh ada disertakan ilustrasi gambar juga penerangan bagi gambar disediakan dan sesuai dengan isi kandungan. Walaubagaimanapun terdapat contoh yang sudah tidak relevan digunakan. Contohnya pada m/s 75, penulis meletakkan pasaraya Makro sebagai contoh,sedangkan kini Makro telah diambil alih oleh Tesco. ini mungkin kerana penulis ingin memudahkan pelajar memahami berdasarkan pengetahuan sedia ada pelajar tentang premis perniagaan tersebut.

6. Ketepatan dan konsistensi istilah /

penulis menggunakan istilah yang konsisten tetapi terdapat penggunaan istilah yang tidak jelas maknanya, seperti istilah kos overhead (m/s 48) tidak di nyatakan apa itu kos overhead.

7. Ketepatan penulisan mengikut daftar ejaan / Terdapat kesalahan ejaan (rujuk m/s 18 - 'mengehadkan' sepatutnya ditulis

'menghadkan'. Ejaan 'xtra' untuk nama pasaraya sepatutnya 'Xtra' (rujuk m/s 50).

Rumusan dan cadangan penambahbaikan : Secara keseluruhannya isi kandungan yang dimuatkan dalam buku teks perdagangan Tingkatan 4 ini bertepatan dengan kehendak Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran. Penggunaan sesuatu istilah yang terkini dan jelas dapat memudahkan pelajar memahami arahan. Penulis perlu memastikan penulisan ejaan dan istilah adalah tepat untuk mengelakkan kekeliruan kepada pembacanya. Selain daripada itu penulis perlu membuat semakan terperinci dalam penggunaan istilah agar makna sesuatu istilah itu difahami oleh pembaca khususnya pelajar luar bandar. Di samping itu penulisan buku teks akan menjadi contoh yang baik kepada pelajar dan guru.

Page 3: Analisis Buku Teks -Word

KOMPONEN PERKARASKOR

ULASAN1 2 3 4

C. KEMUTAKHIRAN ISI KANDUNGAN

8. Kesesuaian kandungan dengan perkembangan ilmu dan teknologi

/

Perkembangan isi kandungan hampir seiring dengan perkembangan ilmu dan teknologi, contohnya sub topik 3.3c (m/s 56) ada menerangkan tentang Mesin Peruncitan Automatik dan konsep E-Dagang dan juga dalam sub topik 6.1b (m/s163) menerangkan pengedalian perniagaan dalam pengurusan sumber manusia dan pengurusan maklumat menggunakan tekonologi komputer.

9. Kemutakhiran contoh, gambar, ilustrasi peraturan dan kes serenar

/Penggunaan contoh,gambar adalah terkini seperti sistem komunikasi dan komputer, nama dan premis perniagaan terkini serta ia merujuk kepada kes yang hampir dengan persekitaran pelajar terutamanya di kawasan bandar.

10. Kemutakhiran daftar ejaan /

Daftar ejaan dalam buku ini adalah yang terkini mengikut perkembangan ilmu dan teknologi semasa contohnya istilah Tvi (Tv Interaktif) (m/s63), e-Dagang (m/s 60) dan IKS(industri Kecil sederhana). Walaubagaimanapun istilah lama yang sesuai masih diguna pakai contohnya 'memecah pukal' (m/s 39) dan 'hutang lapuk' (m/S62).

Rumusan dan cadangan penambahbaikan : Secara keseluruhannya kemutakhiran isi kandungan buku ini hampir seiring dengan perkembangan ilmu dan teknologi semasa. Buku ini telah pun melalui proses penyemakan semula untuk menjamin kesahihan maklumat dan memastikan kandungan didalamnya dapat membimbing pelajar menghadapi perkembangan semasa terutamanya berkaitan perkara -perkara asas dalam perdagangan dan perniagaan sama ada di dalam mahupun diluar negeri.

Page 4: Analisis Buku Teks -Word

KOMPONEN PERKARASKOR

ULASAN1 2 3 4

D. KESESUAIAN DENGAN

KEHIDUPAN PELAJAR

11. Sesuai dengan perkembangan dan kemampuan pelajar

/

Kelebihan bagi pelajar bandar kerana konsep perdagangan yang digunakan lebih hampir dengan kehidupan mereka dan walaupun sukar mereka mudah untuk mendapatkan maklumat tambahan melalui kemudahan internet yang mudah didapati dalam persekitaran kehidupan mereka. Bagi pelajar luar bandar pula yang agak sukar untuk memahami sesetengah istilah misalnya dalam bab perdagangan antarabangsa dan pelaburan, mereka memerlukan penjelasan mendalam daripada guru.

12. Sesuai dengan keadaan dan situasi lingkungan sosiobudaya pelajar

/

Contoh -contoh yang digunakan kebanyakannya sesuai dengan lingkungan sosiobudaya pelajar bandar . Sebaliknya mungkin sukar bagi pelajar luar bandar untuk mempelajari topik berkaitan perniagaan luar negeri dan pelaburan.

13. Menggunakan contoh, gambar dan kes tempatan

/Contoh dan gambar berdasarkan kes tempatan serta yang biasa dilihat oleh pelajar terutamanya di bandar. Bagi topik antarabangsa pula contoh dari luar negara di gunakan.

Rumusan dan cadangan penambahbaikan: Melihat kepada isi kandungan dan contoh yang digunakan, ia lebih mudah bagi pelajar bandar untuk memahami berbanding pelajar luar bandar kerana latar belakang pelajar dan pengalaman hidup pelajar yang berbeza. Walaupun penyediaan buku teks ini mengikut zon negeri serta menggunakan contoh kes tempatan , tetapi hakikatnya pelajar yang tinggal diluar bandar akan tetap mengahadapi masalah. Ini merujuk kepada kemampuan ekonomi keluarga dan kemudahan teknologi yang sukar untuk memenuhi tuntutan pendidikan semasa. Oleh yang demikian penyediaan buku teks perlu dikaji bukan berdasarkan zon negeri tetapi berdasarkan kesesuaian pelajar di kawasan bandar dan luar bandar.

/

Page 5: Analisis Buku Teks -Word

KOMPONEN PERKARASKOR

ULASAN1 2 3 4

E. KEPEKAAN TERHADAP

NILAI TEMPATAN

14. Menumbuhkan kepekaan terhadap nilai-nilai tempatan (ikut subjek)

/Memupuk nilai-nilai murni dan menerapkan prinsip dan amalan positif seperti bertanggungjawab, amanah, rasional dalam membuat keputusan, berdikari dan berdaya saing serta memberi pendedahan tentang pembentukan perniagaan.

15. Menumbuhkan kepekaan terhadap nilai-nilai gagasan/wawasan negara

/

Tidak di nyatakan secara jelas tentang nilai-nilai gagasan/wawasan negara. Kebanyakannya adalah tersirat dan mungkin pelajar tidak menyedari tentang nilai yang ingin diterapkan. Misalnya dalam sub topik 4.1c menyatakan kepentingan perniagaan antarabangsa kepada negara.

Rumusan dan cadangan penambahbaikan: Penulis sebenarnya ada menerapkan nilai-nilai murni dalam buku teks ini misalnya melalui aktiviti berkumpulan akan malahirkan sikap kerjasama, tolong menolong. Di samping itu berdasarkan Isi kandungan dapat membimbing pelajar menjadi peniaga yang amanah, berdaya saing serta berdikari seterusnya melahirkan bakal usahawan/individu yang dapat membantu meningkatkan kestabilan ekonomi dan kemakmuran negara. Walaubagaimanapun kebanyakan nilai-nilai murni ini adalah bersifat tersirat dan sukar untuk diketahui oleh pelajar. Kebiasaannya bagi pelajar mereka perlu memahami setiap isi kandungan bagi persediaan mengahadapi peperiksaan. Oleh yang demikian guru menerangkan tentang nilai-nilai ini serta penulis boleh meletakkan ruangan kecil menyatakan tentang nilsi-nilai murni yang ingin diterapkan kepada pelajar.

/

Page 6: Analisis Buku Teks -Word

KOMPONEN PERKARA SKOR ULASAN

1 2 3 4F. FOKUS KANDUNGAN 16. Mendorong

perasaan ingin tahu pelajar

/

Ruangan cetusan minda dalam sesetengah halaman buku teks ini akan mendorong pelajar untuk mengetahui lebih lanjut tentang sesuatu perkara. Begitu juga penulis turut meletakkan rujukan laman web bagi tajuk tertentu yang mungkin boleh menimbulkan minat pelajar untuk cuba melayari laman web tersebut.

17. Memperkembangkan daya kreativiti

/

Aktiviti berkumpulan dan individu dapat merangsang pelajar berfikir secara luas dan berusaha mengumpul dan memproses maklumat serta daripada pembelajaran ini dapat mendorong pelajar membina idea baru contohnya bagaimana untuk menambah pendapatan melalui perniagaan serta kaedah membuat promosi yang kreatif dan unik demi untuk memajukan perniagaan.

18. Mengembangkan daya kritikal

/

Ciri-ciri usahawan dan peniaga yang dipaparkan seperti inovatif, berani mnghadapi risiko, gigih dan tidak mudah putus asa dapat dijadikan contoh oleh pelajar agar menjadi individu yang sentiasa ingin maju dalam hidup dan tidak hanya menerima sesuatu keadaan tanpa sebarang tindakbalas atau persoalan.Sebaliknya mereka akan sentiasa ingin mengetahui apa jua punca sesuatu kejadian contohnya apabila gagal dalam sesuatu mereka akan menilai mengapa situasi itu berlaku.

19. Mengembangkan kemahiran hidup

/

Memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang memulakan perniagaan, mengamalkan cara-cara kerja yang sistematik dan mengetahui serba sedikit tentang risiko serta perkembangan perdagangan antarabangsa dapat memberi gambaran kepada mereka untuk membentuk kerjaya masa depan.

Rumusan dan cadangan penambahbaikan: Dilihat dari sudut kandungan dan latihan yang disediakan dapat meningkatkan kreativiti dan daya kritikal pelajar. Selain daripada itu fokus kandungan buku teks ini juga memberi pengetahuan asas kepada pelajar tentang dunia perniagaan yang dapat memberi gambaran awal serta mengembangkan minat mereka untuk menjadi usahawan yang berjaya. Walaubagaimanapun guru perlu membantu pelajar dengan penjelasan yang mendalam serta mengaitkan setiap kandungan yang sesuai dengan kehidupan seharian pelajar. Ini membolehkan pelajar menyedari manfaat setiap pelajaran yang dipelajari di sekolah. Ini kerana keupayaan pelajar adalah berbeza berdasarkan pengalaman hidup dan pembelajaran mereka.

Page 7: Analisis Buku Teks -Word

2. PAARAN

KOMPONEN PERKARA

SKOR ULASAN

1 2 3 4 G. TEKNIK PENYAJIAN KANDUNGAN

20. Bab dan sub bab dipaparkan secara konsistensi dan sistematik

/

Setiap bahagian dipaparkan secara konsistensi dan menggunakan sistem pernomboran yang sistematik. Setiap tajuk besar menjadi pendahuluan dan akan diikuti oleh beberapa sub tajuk kecil yang memaparkan isi berdasarkan kandungan bab.Seterusnya diikuti oleh rumusan dan latihan sebagai penutup.

21. Ketertiban konsep, definisi dan fakta /

Setiap permulaan bab dimulakan dengan definisi dan penjelasan bagi setiap penggunaan istilah dan kemudiannya diikuti dengan nota dan diselang sekikan dengan aktiviti kumpulan. Seterusnya bahagian rumusan dan latihan pengukuhan untuk bab tersebut.

22. Bersifat Konstekstual /

Dapat mengembangkan kefahaman pelajar serta mengamalkan prinsip asas perdagangan dan usahawan supaya boleh bertindak sebagai seorang pengguna atau pengeluar selaras dengan nilai dan etika perniagaan. Di samping itu menjadikan pelajar bertindak dengan bijak dan dapat menyesuaikan diri mengikut perkembangan teknologi semasa. Kemahiran menguruskan perniagaan secara tidak langsung mengembangkan kemahiran mengendalikan urusan diri dan keluarga secara teratur, kemas dan bertanggungjawab selaras dengan nilai dan tatasusila masyarakat dan bijak mengumpul, memproses maklumat secara sistematik, seterusnya membuat keputusan yang rasional.

23. Keseimbangan diantara bab dan sub bab

/Kebanyakan kuantiti kandungan bab dan sub bab adalah seimbang kecuali pada bab 3 iaitu topik Perniagaan Dalam Negeri. Bahagian bab 3 dalam buku ini terlalu panjang memandangkan kandungan yang terlalu banyak.

24. Kesinambungan antara bab/sub bab/topik.

/

Kesinambungan antara bab dan sub bab adalah bersesuaian dengan dengan topik perbincangan bagi setiap bab dalam buku ini. Pada permulaan pelajar didedahkan dengan asas perdagangan dan sejarah awal perdagangan. Selain daripada itu kandungan sebelumnya dapat membantu pelajar memahami pembelajaran isi kandungan selanjutnya. Seterusnya pengetahuan pelajar semakin ditambah dengan lebih mendalam tentang perjalanan aktiviti dalam perdagangan seperti pengeluaran, agihan , promosi, perniagaan antarabangsa seterusnya sumber kewangan perniagaan melalui tajuk perbankkan dan pelaburan.

25. Keutuhan makna bab/sub bab/topik / Isi kandungan nota yang ditulis dalam buku ini adalah menggambarkan tema berkaitan sukatan

pelajaran untuk perdagangan.

Rumusan dan cadangan penambahbaikan: Dapatlah dirumuskan bahawa teknik penyajian buku ini agak memuaskan dimana pelajar diperkenalkan kepada perdagangan secara berperingkat dan teratur. Walaubagaimanapun bab 3 terlalu panjang, ini mungkin boleh menimbulkan rasa bosan dikalangan pelajar kerana terlalu lama di dalam bab yang sama. Ini juga mungkin disebabkan penulis terpaksa mengikut Sukatan Pelajaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran. Namun begitu mungkin bab 3 ini boleh di semak dan dibuat pembahagian semula mengikut kesesuaian tajuk.

Page 8: Analisis Buku Teks -Word

KOMPONEN PERKARA SKOR ULASAN1 2 3 4

H. PEMAPARAN KANDUNGAN PEMBELAJARAN

26. Berpusatkan kepada pelajar / Sebahagian kandungan buku ini berpusatkan pelajar iaitu selain daripada nota, bentuk latihan

yang disediakan aktiviti berkumpulan dan perbincangan dimana penglibatan pelajar diperlukan.

27. Pembelajaran kendiri / Dalam aktiviti kumpulan atau individu dinyatakan apa yang perlu pelajar lakukan serta terdapat

latihan melabel gambarajah secara tidak langsung merangsang pemikiran pelajar.

28. Bervariasi /

Penyampaian informasi dalam buku teks ini bervariasi iaitu selain penerangan nota, ia juga menggunakan jadual perbandingan, gambar dan rajah bagi menerangkan sesuatu proses atau ciri sesutau struktur. Contohnya rujuk m/s 45 -50. Walaupunbagaimanapun paparan dalam buku ini kurang menarik kerana kebanyakan paparan gambar hanya menggunakan warna hitam putih. Ini menjejaskan imej keceriaan buku teks kerana dan tidak dapat pelajar untuk membaca atau menggunakannya sebagai rujukan. Penggunaan warna hanya dibuat dalam bab 3 buku ini.

29. Adil & demokrasi (tidak bias lokasi, gender, etnik dll)

/

Buku ini tidak bias kepada pelajar bandar tetapi bias kepada pelajar luar bandar. Ini kerana lokasi di pedalaman menyukarkan pelajar untuk merasai perkembangan semasa serta kemudahan ICT. Oleh yang demikian sesuatu yang biasa bagi pelajar bandar menjadi perkara baru bagi pelajar luar bandar.Contohnya E-Dagang

30. Mengembangkan kemahiran proses

/

Gaya pemaparan kandungan pembelajaran dalam buku ini dapat membantu mengembangkan kemahiran proses pelajar iaitu pelajar mendapat pendedahan dan gambaran awal beberapa proses yang berkaitan dengan perdagangan contohnya rangkaian proses pengeluaran (m/s 8), proses bertukar barang melalui sistem barter (m/s 18), proses pengagihan sesuatu barang (m/s 38), proses mendokumentasi dalam perniagaan (m/s 82), prosedur import & eksport (m/s 118), proses pengendalian perniagaan (m/s163) serta kaedah mengira pulangan hasil pelaburan. Segala pengetahuan mengenai proses ini dapat merangsang pelajar berfikir bagaimana strategi dan proses untuk memulakan perniagaan dan merangsang mereka membuat keputusan yang rasional dalam menjadi individu yang berjaya dalam kerjaya.

31. Mencipta komunikasi interaktif

/

Melalui sesi perbincangan berdasarkan pelbagai bentuk latihan seperti kerja kumpulan dan forum yang disarankan dalam buku ini dapat mewujudkan komunikasi yang interaktif dari pekbagai hala. Aktiviti ini akan merangsang pelajar berfikir, bekerjasama untuk berkongsi maklumat dan pengetahuan.

Page 9: Analisis Buku Teks -Word

32. Menekankan aspek keselamatan (bagi subjek amali/praktik)

/ Dalam sub topik Bantuan Perniagaan mengajar pelajar tentang risiko dan menekankan kepentingan insurans untuk melindungi keselamatan perniagaan.

Rumusan dan cadangan penambahbaikan: Dapatlah dirumuskan bahawa bahagian pemaparan isi kandungan buku teks ini hampir lengkap dari segi penyediaan nota dan bentuk-bentuk latihan ebagai pengukuhan kepada pelajar, tetapi ada kelemahan dari segi paparan iaitu penggunaan warna dalam penyampaian ini mungkin disebabkan faktor untuk menjimatkan kos pengeluaran buku ini. Oleh yang demikian dicadangkan supaya penulis dan penerbit buku ini menilai semula dari segi paparan menggunakan pelbagai warna agar buku ini lebih menarik dan dapat merangsang minat pelajar menggunakannya dan secara tidak langsung, objektif buku ini dikeluarkanakan tercapai serta segala kos yang terlibat tidak sia-sia. Ini kerana terdapat banyak pilihan buku rujukan di pasaran pada masa kini lebih menarik berbanding buku teks sekolah.

KOMPONEN PERKARASKOR

ULASAN1 2 3 4

I. KELENGKAPAN DOKUMENTASI

33. Pengantar /Buku ini ada menyediakan ruangan kata pengantar dimana ia menjelaskan tentang tahap tahap kualiti penyediaan buku ini melalui semakan semula dan diperakui oleh Kementerian Pelajaran serta memenuhi Sukatan dan Huraian sukatan Pelajaran

34. Definisi istilah / Pada bahagian helaian belakang buku ada disediakan ruangan Glosari dimana pelajar dapat membuat rujukan bagi Istialah yang digunakan dalam buku ini

35. Advance organizer pada awal bab /

Pada awal pengenalan bab bagi setiap topik ada disediakan tajuk, hasil pembelajaran, motif pembelajaran dan rajah peta minda yang menerangkan bab tersebut. Ini memudahkan pelajar mengetahui apa yang akan dipelajari atau apa yang perlu diketahui melalui pembacaan dan pembelajaran dari bab tersebut. Di samping itu penulis juga meletakkan ilustrasi gambar yang berkaitan dengan bab dan ini membantu memberikan gambaran yang lebih jelas kepada pelajar.

36. Sumber/rujukan terkini untuk buku teks, gambar, jadual, diagram, lampiran, nama, tarikh termasuk sumberatas talian

/ Berdasarkan sumber rujukan buku yang disenaraikan penulis buku ini kebanyakannya menggunakan sumber rujukan buku dalam lingkungan tahun 1985 -2005 dan juga dari sumber atas talian. (rujuk lampiran bahagian senarai rujukan.

Page 10: Analisis Buku Teks -Word

37. Rumusan /

Setiap bab disediakan rumusan pada akhir topik, ringkas memudahkan pelajar melihat 'point' penting dalam setiap bab. Walaubagaimanapun ringkasan yang baik tidak hanya mengulangi isi penting dari bab sahaja tetapi perlu di selitkan maklumat baru supaya pelajar lebih berminat untuk membaca ruangan ini, disamping menambah pengetahuan pelajar.

38. Tugasan dan contoh-contoh soalan pada setiap bab

/Pada akhir setiap sub topik disediakan aktiviti kelas dan kumpulan berbentuk perbincangan ataupun soalan berkaitan. Bagi setiap akhir setiap bab pula di sediakan soalan berbentuk objektif, esei dan kajian kes sebagai aktiviti pengukuhan pelajar .

39. Daftar Pusaka /

Daftar pustaka untuk buku ini dinyatakan pada bahagian awal buku iaitu dimulakan dengan judul buku, nama pengarang(seramai 4 orang), nama editor, nama dan alamat penerbit (Pustaka Seri Kancil), tahun terbitan serta tempat cetakan buku ini di buat (Percetakan Laser Press Sdn. Bhd).

40. Indeks /Ruangan Indeks dan Glosari ada di sediakan dan ini memudahkan pengguna buku ini mencari kedudukan dan makna sesuatu istilah atau perkataan berkaitan teks dan ditulis mengikut turutan alphabet (rujuk m/s 226,227,228 & 232).

41. Lampiran /Buku ini ada menyediakan lampiran bagi ruangan Glosari, Senarai Rujukan, senarai Rujukan Laman Web dan Indeks di mana ia dapat menjadi panduan rujukan tambahan pelajar. (rujuk ms 226 - 232)

Rumusan dan cadangan penambahbaikan: Secara keseluruhannya struktur dokumentasi buku ini adalah lengkap , dimulakan dengan kata pengantar sebagai bahagian pengenalan buku. Seterusnya berdasarkan susunan nota dan di selang selikan dengan latihan dapat menarik minat pelajar untuk menggunakan buku ini sebagai bahagian isi, diikuti bahagian penutup iaitu glosari, senarai rujukan dan indeks. Walaubagaimanapun ruangan sumber rujukan perlu dibuat menjadi lebih menarik supaya dapat di manfaatkan dan merangsang pelajar untuk menggunakan sebagai rujukan tambahan misalnya meletakkan ilustrasi gambar buku yang menjadi rujukan tersebut dan guru perlu menerangkan kegunaan senarai rujukan tersebut.