analisis buku teks sains pertanian tingkatan 4

49
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS SEMESTER 2 - SESI 2012/13 KPF 4023 PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH ANALISIS BUKU TEKS KUMPULAN KULIAH: KUMPULAN B DISEDIAKAN OLEH: NAMA NO. MATRIK TANDA TANGAN NURLINA FADILAH BINTI TAMBY SUBYR L20112007259 PENSYARAH: PM DR NOOR SHAH BIN SAAD

Upload: lynna-fadilah

Post on 19-Jun-2015

5.450 views

Category:

Education


14 download

DESCRIPTION

Bab 2.Sifat Fizikal Tanah

TRANSCRIPT

Page 1: Analisis Buku Teks Sains Pertanian Tingkatan 4

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

SEMESTER 2 - SESI 2012/13

KPF 4023

PENGURUSAN KURIKULUM

BILIK DARJAH ANALISIS BUKU TEKS

KUMPULAN KULIAH: KUMPULAN B

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA NO. MATRIK

TANDA TANGAN

NURLINA FADILAH BINTI TAMBY SUBYR

L20112007259

PENSYARAH: PM DR NOOR SHAH BIN SAAD

Page 2: Analisis Buku Teks Sains Pertanian Tingkatan 4

1

1

PENGENALAN Buku teks Sains Pertanian Tingkatan 4 ini diterbitkan pada tahun 2002, dan ia telah melalui beberapa proses pemerakuan yang tertentu di peringkat kementerian demi menjaga kualiti buku ini seperti Bahagian Buku Teks, Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Islam dan Jabatan Pendidikan Teknikal. Semua kandungan yang terdapat dalam buku ini adalah bersesuaian dengan usia dan tahap pemikiran pelajar. Ia juga telah memenuhi dan menepati kehendak Huraian Sukatan Pelajaran dan Sukatan Pelajaran yang telah digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Buku teks ini mengandungi fakta-fakta, pengetahuan dan lain-lain maklumat yang diperlukan oleh sesuatu mata pelajaran dengan tujuan untuk pembangunan diri dan pembentukan minda setiap pelajar. Maka, secara tidak langsung, buku teks ini tidak hanya ditulis untuk peperiksaan sahaja, tetapi boleh dijadikan sumber bacaan dan rujukan yang berguna kepada setiap pelajar. Penggunaan bahasa yang ringkas dan padat dapat merangsang pelajar untuk lebih memahami isi pelajaran yang ingin disampaikan. Selain itu, terdapat banyak ilutrasi, gambar-gambar, peta minda, jadual-jadual grafik dan lain-lain lagi yang dapat menarik perhatian pelajar dalam menghayati setiap maklumat dan pengetahuan yang dipaparkan. Objektif dan matlamat pengajaran dan pembelajaran juga dinyatakan pada setiap muka surat awal sesebuah bab bagi menyedarkan pelajar tentang apa yang perlu dikuasai di akhir setiap bab. Ini dapat membantu pelajar untuk lebih mengetahui tujuan dan sebab mereka belajar sesebuah topik dalam buku teks ini. Kandungan dalam setiap bab disusun dan dipersembahkan dalam bentuk yang efektif dan selari dengan pembangunan teknologi dan telekomunikasi. Sebagai contoh, diterapkan ruangan Jendela ICT yang memberikan cadangan laman sesawang yang boleh dilayari oleh pelajar dalam usaha menambahkan pengetahuan berkaitan sesebuah isi pelajaran. Selain itu, teknik dan kaedah pedagogi yang dimuatkan dalam buku teks ini ialah

a) Peta Konsep yang menggambarkan secara menyeluruh tetapi terperinci mengenai kandungan

bab

b) Rangsangan Minda yang mendedahkan pelajar kepada persoalan Sains Pertanian yang

memerlukan Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif (KBKK)

c) Sumbangsaran yang meminta pelajar menilai dan membincangkan isu-isu semasa yang

berkaitan Sains Pertanian

d) Kajian Kes yang membuka minda pelajar tentang isu sebenar yang berlaku di sekeliling

mereka pada setiap hari

e) Jurnal Pertanian yang menyalurkan maklumat tambahan yang menyentuh aspek kajian masa

hadapan dan pendidikan masteri

f) Merentasi Kurikulum yang menggabungjalinkan isu-isu Sains Pertanian dengan pengetahuan

daripada mat pelajaran lain seperti kimia

g) Eksperimen yang menggalakan pelajar agar mendekati mata pelajaran Sains Pertanian secar

saintifik dan teratur

h) Cabaran Minda yang menggalakan pelajar mengulangkaji fakta asas yang penting dari semasa

ke semasa

i) Soalan Latihan yang disediakan pada setiap akhir sub bab dan ia merangkumi soalan esei,

struktur dan juga objektif. Jawapan disediakan pada akhir buku teks ini yang boleh digunakan

oleh pelajar untuk menyemak jawapan.

Selain itu, buku teks ini tidak hanya menekankan aspek intelek sahaja, tetapi nilai-nilai murni juga ada diselitkan dalam topik dan sub topik yang dipaparkan. Nilai-nilai ini dapat diperoleh oleh pelajar secara

Page 3: Analisis Buku Teks Sains Pertanian Tingkatan 4

2

2

langsung dan tidak langsung. Ini sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan keseimbangan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani pelajar-pelajar. Ini seterusnya dapat melahirkan sebuah bangsa yang dinamik, produktif, bertanggungjawab dan madani sejajar dengan hasrat kerajaan. MATLAMAT BUKU TEKS Sains Pertanian ialah satu mata pelajaran elektif Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah yang ditawarkan di Sekolah Menengah Atas dan disenaraikan di bawah Kumpulan Sains Tulen dan Teknologi. Mata Pelajaran Sains Pertanian ialah kesinambungan daripada mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Pertanian Sains, Matematik,dan Geografi. Mata pelajaran Sains Pertanian memenuhi keperluan KBSM di peringkat sekolah menengah atas berdasarkan sifat praktis dan menggunakan pelbagai disiplin. Matlamat buku teks ini ialah digunakan sebagai bahan asas yang utama dan sumber maklumat mengenai mata pelajaran Sains Pertanian Tingkatan 4. Buku teks ini juga digunakan sebagai mencerminkan nilai masyarakat, harapan dan cita-cita negara seperti mana yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Selain itu, buku teks Sains Pertanian ini ditulis berdasarkan kehendak Kurikulum, Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran. Dan rangka kandungan buku ini disusun secara “continuously” dan bersesuaian dengan tahap kognitif pelajar. Selain itu, buku teks ini dihasilkan bertujuan untuk pembangunan diri dan pembentukan minda setiap pelajar. Setiap isi yang dipaparkan adalah padat, terkini dan tidak sekali-kali menjurus atau berfokus pada aspek peperiksaan semata-mata. OBJEKTIF MATA PELAJARAN SAINS PERTANIAN Objektif mata pelajaran Sains Pertanian dalam KBSM menekankan perkembangan kemahiran saintifik, praktik dan berfikir dalam bidang pertanian di kalangan pelajar. Ianya juga menekankan kepada aspek nilai murni iaitu memupuk dan memperkembangakan nilai dan sikap positif terhadap pekerjaan, tanggungjawab, kerjasama dan keselamatan kepada para pelajar berlandaskan bidang pertanian. Sukatan pelajaran Sains Pertanian menumpukan kepada pertanian sebagai sains gunaan yang menekankan kepada elemen saintifik. Dalam sukatan pelajaran berkenaan konsep sains diterapkan dan pendekatan pengajaran eksperimen digunakan dalam kerja amali. Selain itu, objektif lain ialah bagi menerapkan dalam diri pelajar sikap menghargai kepentingan alam sekitar dalam pertanian iaitu mengelakkan pencemaran air, pencemaran udara, penggunaan tanah berlebih-lebih bagi aktiviti pertanian dan sebagainya. Ini penting supaya generasi yang akan datang dapat menjaga khazanah alam dengan sempurna dan betul caranya. Disamping itu, mata pelajaran Sains Pertanian diwujudkan bertujuan untuk memperkembangkan minat, menghayati dan menghargai sumbangan pertanian kepada negara. Ini kerana pertanian adalah antara penyumbang kepada perkembangan ekonomi negara dan merupakan bidang yang penting pada masa hadapan memandangkan permintaan pada produk pertanian semakin meningkat dari semasa ke semasa. Objektif mata pelajaran Sains Pertanian juga adalah untuk memberikan pengetahuan asas teknologi pertanian kepada para pelajar. Antaranya ialah teknologi pembajaan, pengapuran, pemugaran dan lain-lain lagi.

Page 4: Analisis Buku Teks Sains Pertanian Tingkatan 4

3

3

KEKUATAN BUKU TEKS Isi kandungan yang terdapat dalam buku teks adalah baik dan bersesuaian dengan tahap pelajar. Buku teks ini memenuhi kehendak Sukatan dan Huraian Sukatan Pelajaran yang telah digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Setiap bidang dalam pertanian dibincangkan secara terperinci dalam buku teks ini. Sebagai contoh untuk bab 2, Faktor yang mempengaruhi pertumbuhan dan hasil tumbuhan terdapat 6 topik yang merangkumi 2.1 Pengenalan, 2.2 Tanah, 2.3 Biosis, 2.4 Genetik dan 2.6 Pengawalatur Pertumbuhan terdapat dalam buku teks ini. Dalam topik 2.2 Tanah , buku teks ini menyediakan 7 subtopik seperti sifat fizikal, sifat kimia dan lain-lain lagi, disamping di akhir topik ini terdapat latihan topikal untuk dijawab oleh para pelajar. Latihan ini mengandungi soalan-soalan subjektif dan objektif. Dan ianya, boleh dijawab selepas pelajar belajar sesuatu topik. Buku ini secara lansung menerapkan Teori Pembelajaran Behaviourisme iaitu Teori Edward L.Thordike. Menurut beliau, hukum latihan sangat sesuai digunakan untuk tujuan hafalan. Maka setelah habis pengajaran, guru sepatutnya menyediakan latihan pengukuhan kepada pelajar agar mereka lebih mudah mengingati isi pelajaran disamping memudahkan proses menghafal. Oleh itu, buku teks ini telah mengikut teori Thordike kerana menyediakan latihan kepada pelajar di setiap akhir sub bab. Selain itu, buku teks ini menyediakan isi pelajaran yang bersesuaian dengan tahap kognitif pelajar. Sebagai contoh pada muka surat 101, ada menyentuh mengenai penggunaan baja seperti ammonium sulfat boleh mengubah keadaan keasidan tanah. Ini kerana ammonium sulfat (NH2SO4) boleh dioksidakan oleh oksigen dalam tanah kepada ion ammonium, (NH4

+), ion hidrogen (H+) dan air. Terdapat rajah persamaan kimia ditunjukkan dalam buku teks berkaitan tindakbalas ini.Para pelajar telah belajar mengenai pH asid akan meningkat atau menurun disebabkan oleh kehadiran ion H+dalam matapelajaran Sains tingkatan 2 bab 5. Bagi kedalaman dan keluasan isi buku teks berada pada tahap sederhana baik dan disusun bersesuaian dengan pengetahuan pelajar, tahap persediaan pelajar dan kognitif pelajar. Buku teks ini merangkumi pelbagai jenis kemahiran, konsep, definisi, amalan, pengetahuan dan nilai-nilai murni selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan. Selain itu, buku teks ini dimuatkan dengan ruangan seperti sumbangsaran, jendela ICT, jurnal pertanian, eksperimen dan ruang rangsangan minda (m/s 105). Ruang sumbangsaran menyediakan soalan-soalan yang dapat meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis, merangsang pembelajaran secara koperatif serta mengalakkan pemikiran pelajar pada aras taksnomi Bloom aras tinggi. Seterusnya, untuk ketepatan isi kandungan pula, secara keseluruhannya, buku teks Sains Pertanian Tingkatan 4 ini menepati ciri-ciri buku teks yang interatif, menarik dan menyediakan intipati dan input maklumat yang tepat serta fakta-fakta yang relevan. Konsep-konsep dan definisi-definisi yang disediakan dalam buku teks ini mengikut spesifikasi yang dikeluarkan oleh United States Department of Agriculture (USDA), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), dan International System of Units (SI). Selain itu, terdapat banyak gambar-gambar yang dipaparkan di dalam buku teks ini. Ini penting kerana ia dapat menarik perhatian pelajar serta dapat meningkatkan pemahaman pelajar kerana menurut dual coding theory oleh Allan Paivio, manusia mampu menyimpan memori dengan lebih baik apabila minda memproses maklumat secara serentak dalam bentuk verbal (bahasa, tulisan) dan bukan verbal (gambar, rajah Venn, peta minda). Simbol dan istilah yang digunakan dalam buku teks adalah tepat dan tidak mengelirukan para pelajar dan dapat membantu pelajar untuk memahami isi pelajaran dengan mudah dan cepat. Manakala dari segi ejaan, tiada kesalahan ejaan yang dilakukan dalam bab 2, topik 2.2 Tanah. Kemutakhiran isi kandungan dalam buku teks ini adalah baik. Teknologi yang dimuatkan dalam buku teks masih lagi digunapakai sehingga ke hari ini dan tidak berlaku sebarang perubahan yang drastik.

Page 5: Analisis Buku Teks Sains Pertanian Tingkatan 4

4

4

Sebagai contoh, pelajar digalakkan menggunakan teknologi dalam eksperimen yang disediakan dalam buku teks ini. Alatan seperti meter pH, carta warna Munsell, Sistem Atterberg dicadangkan untuk digunakan dalam menjalankan eksperimen. Teknologi yang dapat mencegah hakisan tanah seperti menggunakan sungkupan, teknik kontur atau membuat teres juga ada dibincangkan dalam buku ini. Dalam satu kajian yang dijalankan selama beberapa dekad oleh Massachusetts Institute of Technology (MIT) menunjukkan bahawa penggunaan teknologi dapat meningkatkan dan mengembangkan pembelajaran serta menyediakan akses yang luas dalam mendapatkan maklumat, pengetahuan sokongan dan juga dapat mempertingkatkan motivasi dan self-esteem pelajar. Dalam buku “Teaching Vocabulary with Hypermedia, volume 6-12” tulisan Susan O’Hara dan Robert Pritchard, mereka mengatakan “Indeed, researchers have affirmed that computer and technology provides abundant oppurtunities for student to build or modify their personal knowledge through the rich experiences that technology afford” (m/s 16, Bab 2) Selain itu, isi kandungan dalam buku teks ini sangat bersesuaian dengan kehidupan pelajar, merangkumi sosiobudaya pelajar dan juga sangat bersesuaian dengan tahap perkembangan pelajar. Terdapat banyak contoh-contoh, gambar-gambar yang menggunakan keadaan yang berlaku di negara kita. Ia tidak lari daripada kehidupan seharian yang dialami oleh setiap pelajar dalam kelas, disamping memudahkan pelajar untuk memahami isi pelajaran dengan lebih baik. Menurut buku Sekolah dan Masyarakat tulisan Amir Hasan Dawi, fungsi sistem pendidikan adalah untuk merekrut dan menempatkan manusia ke dalam berbagai-bagai kedudukan dalam masyarakat dan buku-buku yang digunakan di sekolah seharusnya bercirikan tempatan, tidak bersikap induvidualistik serta mempunyai nilai yang sama, norma yang sama dan fikiran yang sama. Buku teks ini menumpukan kepekaan terhadap nilai-nilai tempatan dan juga menumbuhkan kepekaan terhadap nilai-nilai gagasan/ wawasan negara. Nilai-nilai murni yang diterapkan dalam buku teks ini adalah selari dengan 16 nilai-nilai murni pendidikan dan bersesuaian dengan amalan seharian pelajar-pelajar. Nilai-nilai murni yang disyorkan dalam buku teks ini adalah berbentuk tidak langsung iaitu dengan cara menjalankan aktiviti-aktiviti berkumpulan, melayari internet, berfikir secara mendalam tentang sesebuah perkara dan juga menjalankan eksperimen. Antara nilai Gagasan 1 Malaysia yang diterapkan ialah nilai ketabahan yang dapat dipupuk semasa menjalankan eksperimen dan nilai pendidikan iaitu menggalakan budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia. Pada muka surat 91 dan 99 terdapat ruangan jendela ICT yang mensyorkan pelajar mendapatkan pembacaan lanjut mengenai sesebuah topik dengan melayari internet. Selain itu, nilai-nilai Wawasan 2020 juga ada diterapkan dalam buku ini iaitu melahirkan masyarakat yang progresif, saintifik, maju dan perpandangan jauh serta dapat melahirkan tamadun yang berasaskan sains dan teknologi. Contohnya pada muka surat 110, terdapat ruangan Ransangan Minda yang memberikan idea kepada pelajar tentang sisa buangan daripada kilang besi dan keluli boleh digunakan sebagai bahan pengapuran dalam aktiviti pertanian. Selanjutnya, secara keseluruhannya, buku teks ini dihasilkan dengan baik dan teliti. Soalan-soalan yang disediakan dalam ruangan sumbangsaran dapat mencetuskan kreativiti dan daya pemikiran kritikal pelajar. Fokus kandungan juga memberikan pengetahuan yang berguna untuk diterapkan dalam kehidupan seharian pelajar. Buku teks juga memberikan laluan dan cadangan bagaimana mempraktikan ilmu pengetahuan sedia ada dalam dunia kehidupan sebenar. Maka, secara tidak langsung matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mahu setiap ilmu diaplikasikan dalam kehidupan pelajar telah terlaksana. Untuk kandungan pembelajaran pula, buku teks ini menyediakan isi yang berpusatkan pelajar dan menggalakkan pembelajaran kendiri. Terdapat banyak laman web yang boleh dilayari pelajar sama ada di sekolah atau di rumah. Pembelajaran kendiri ini membolehkan pelajar belajar mengikut minat dan kelajuan pembelajaran sendiri serta secara langsung boleh meningkatkan motivasi pelajar. Aspek keselamatan dalam amali dan praktikal juga dititikberatkan oleh penulis buku teks ini. Manakala untuk teknik penyajian kandungan yang disediakan dalam buku teks ini

Page 6: Analisis Buku Teks Sains Pertanian Tingkatan 4

5

5

berada pada tahap yang cemerlang. Setiap bab dan sub bab disusun secara sistematik dan kesinambungan antara bab dan sub bab tidak diabaikan. Selain itu, terdapat isi kandungan yang bersifat konstekstual dan keutuhan makna yang terdapat dalam setiap bab adalah tepat dan jitu. KEKURANGAN BUKU TEKS Keluasan isi kandungan buku teks tingkatan 4 untuk topik 2.31 Tanah (m/s 85) adalah pada tahap sederhana. Ini kerana keluasan untuk subtopik 2.3.5 sifat kimia tanah adalah terhad. Buku teks hanya membincangkan satu sifat kimia tanah sahaja iaitu pH sedangkan terdapat banyak sifat-sifat kimia tanah yang lain. Sebagai contoh, tidak diterapkan dalam buku teks sifat kimia seperti soil salinity, soil cation exchange capacity, organic matters dan juga nisbah karbon-nitrogen (C:N ratio). Sifat-sifat ini sangat penting untuk dipelajari oleh pelajar kerana ia melibatkan pengetahuan dalam pertanian. Contohnya: Soil cation exchange capacity adalah fenomena yang mempengaruhi tumbesaran pokok kerana exchangeable ion seperti Ca+, Mg2+ dan K+ memainkan peranan dalam perkembangan akar dan daun pokok. Selain itu, kedalaman isi kandungan buku teks ini baik tetapi kurang cemerlang. Ini kerana dalam subtopik sifat kimia tanah (mukasurat 101 perengan satu) ada disebut mengenai setiap unit perubahan pH akan melibatkan perubahan 10 kali ganda aras kepekatan ion hidrogen (H+). Tetapi buku teks tidak menerangkan secara lanjut apakah itu unit perubahan pH. Sebenarnya unit perubahan pH boleh diterangkan menggunakan skala logaritma. Buku teks juga tidak menerangkan apakah itu asid organik, tindak balas hidrolisis dan asid karbonik secara terperinci. (m/s 101). Walaupun pelajar telah mempelajari istilah-istilah ini, namun tidak semua pelajar mampu mengingatinya secara tepat. Selain itu, ketepatan konsep, definisi dan fakta dalam buku teks ini kurang cemerlang. Walaubagaimanapun, ia masih mengikut keperluan huraian sukatan pelajaran KBSM. Dalam buku teks sains pertanian tingkatan 4, definisi tanah yang diberikan ialah lapisan atas permukaan bumi (m/s 85 perenggan 3). Sebenarnya maksud tanah adalah lebih luas daripada apa yang diberi dalam buku teks. Dari segi

i. Bahasa : Tanah ialah lapisan atas bumi dimana tumbuhan membesar dan membiak serta ia mengandungi bahan berwarna kehitaman yang dikenali sebagai bahan organik.

ii. Sains : Tanah terdiri daripada mineral, bahan organik tanah (SOM), air dan udara yang setiap komposisi dan perkadaran unsur-unsur ini akan memperngaruhi sifat kimia dan sifat fizikal tanah seperti liang dalam tanah, tekstur, struktur dan keporosan tanah.

iii. Geografi : Tanah ialah corak peragihan tanah di permukaan bumi yang membentuk keserantauan geografi (negara atau region).

iv. Pertanian : Tanah ialah jenis material yang mempunyai ciri-ciri khusus yang mampu menyediakan persekitaran khas dan edaphic untuk tujuan penghasilan bahan makanan dan serat.

Dari segi kemutakhiran kandungan, terdapat alamat laman sesawang yang telah ketinggalan zaman atau salah, dan apabila dicari dalam enjin carian, page web tersebut sudah tidak wujud lagi. Sebagai contoh alamat sesawang Dr.Soil (m/s 91), alamat yang diberi ialah http//:ltpwww.gstc.nasa.gov/globe/pvg/drsoil.htm tetapi alamat sesawang yang betul dan terkini ialah http://soil.gsfc.nasa.gov/. Kemutakhiran contoh, gambar, ilustrasi, peraturan dan kes sebenar buku teks ini berada pada tahap sederhana disebabkan buku ini diterbitkan pada tahun 2002, iaitu 10 tahun lepas. Maka kes, contoh dan peraturan yang dimasukkan dalam buku ini berkemungkinan berlaku pada 10 tahun ke belakang dan agak lapuk untuk digunakan pada tahun 2012.seterusnya, dari segi keadilan dan demokarsi paparan kandungan pembelajaran, buku ini agak bias dari segi lokasi, kerana banyak

Page 7: Analisis Buku Teks Sains Pertanian Tingkatan 4

6

6

memberikan contoh-contoh yang berlaku di Malaysia sahaja dan tertumpu di Semenanjung saja. Contohnya pada muka surat 114, gambar-gambar di Cameron Highlands sahaja yang diambil untuk menunjukkan pencegahan hakisan. Mungkin boleh diletakkan gambar ladang teh di Kundasang, Sabah bagi mempelbagaikan lokasi rujukan. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Penambahbaikan perlu diberi dari segi penyampaian maklumat dan isi pelajaran. Sebagai contoh, proses-proses kimia seperti nitrifikasi dan hidrolisis yang disebut dalam buku teks boleh diterangkan secara details untuk meningkatkan pemahaman pelajar tentang apakah yang berlaku dalam proses-proses ini. Secara tidak langsung, penerangan-penerangan yang lengkap ini dapat mengurangkan kekeliruan yang akan berlaku pada para pelajar disamping ianya dapat menjawab pertanyaan berkaitan bagaimana dan mengapa ia berlaku. Selain itu, sifat-sifat kimia tanah harus diperluaskan dengan memasukkan sifat-sifat lain seperti soil cation exchange capacity (CEC), kandungan nutrien dan lain-lain lagi. Ini penting kerana sifat kimia dan sifat fizikal tanah saling berkaitan dan mempengaruhi antara satu sama lain. Cadangan lain ialah buku teks perlu memasukkan subtopik salinity of soil kerana sifat ini sangat berkaitan rapat dengan pH tanah, iaitu tanah berasid mengandungi garam yang tinggi manakala tanah beralkali mempunyai kandungan sodic yang tinggi. Latihan pengukuhan juga harus diperbanyakkan agar pelajar mempunyai aktiviti ulangkaji yang lebih dinamik dan lebih menguji minda. Penulis buku teks boleh memperbanyakkan soalan-soalan kajian kes yang lebih tinggi arasnya berdasarkan Taksonomi Bloom. Sebagai contoh, kajian kes yang melibatkan membandingbeza, mensintesiskan atau penulisan artikel dan lain-lain lagi. Disamping itu, latihan berbentuk permainan seperti teka silangkata, rubrik dan suaipadan boleh dimasukkan dalam buku teks untuk menjadikan pembelajaran lebih bersifat kreatif dan kritis.

Selain itu, penulis seharusnya menggunakan pengurusan grafik dengan lebih luas dalam menggambarkan ciri-ciri sesuatu perkara, tidak hanya bergantung pada grafik table sahaja. Penulis boleh menggunakan peta minda, carta alir atau timeline yang lebih menarik dan ringkas. Gambar-gambar juga boleh diperbanyakkan dalam usaha menjadikan buku teks ini lebih kompak dan menarik perhatian. Penulisan perlu dikurangkan agar pelajar tidak muak dan mudah berasa bosan. Gambar-gambar seperti sistem peparitan yang digunapakai untuk mengurangkan hakisan tanah boleh disertakan dalam buku teks ini (m/s 115), contoh gambar-gambar penutup bumi yang mencegah hakisan tanah juga boleh dimuatkan (m/s 113), serta gambar perbezaan keadaan tanah sebelum dan selepas proses pemugaran dilakukan (m/s 111), juga boleh dimasukkan ke dalam buku teks ini. Ini kerana dalam satu kajian yang dijalankan oleh sebuah syarikat pengiklanan terkenal dunia, Inspire Commerce yang berpusat di Amerika Syarikat, sebuah iklan yang mengandungi 75% paparan visual dapat menarik lebih ramai remaja dan kanak-kanak untuk menonton atau membacanya berbanding sebuah iklan yang mengandungi tulisan yang banyak. Oleh itu, kajian ini boleh djadikan indikator untuk digunakan oleh penulis buku teks untuk menjadikan buku teks lebih berwarna-warbi dan ceria. Selain itu, kekurangan yang lain ialah gambar-gambar yang digunakan pula kesemuannya bersifat tempatan. Seharusnya, penulis juga perlu menerapkan contoh-contoh, dan gambar-gambar yang berlaku di luar negara.Ini dapat menggalakkan pemikiran ‘out-of-box’ dan pelajar akan lebih peka dengan apa yang berlaku di tempat lain. Ini kerana paparan maklumat yang lebih luas dapat menggalakkan pelajar untuk lebih berfikir dan meluaskan pandangan pelajar dalam pertanian. Dari segi kepekaan kepada nilai-nilai tempatan pula, buku teks ini seharusnya menerapkan nilai-nilai kerohanian dan keagamaan. Sebagai contoh nilai-nilai kesederhanaan boleh dimasukkan dalam subtopik 2.3.7 Amalan Membaiki Keadaan Tanah. Ini kerana setiap perkara dalam dunia ini perlu dilakukan secara sederhana dan tidak berlebih-lebihan bagi mengelakkan sebarang bentuk kecelakaan

Page 8: Analisis Buku Teks Sains Pertanian Tingkatan 4

7

7

dan kerosakkan. Ini penting bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Selain itu, buku teks ini juga boleh menerapkan nilai-nilai lain seperti kepentingan menjaga alam sekitar. Ini disebabkan aktiviti pertanian adalah antara faktor utama yang menyumbang kepada pencemaran alam sekitar. Penggunaan baja, racun serangga, racun kulat, kapur, aktiviti pembakaran secara terbuka, pembersihan kawasan hutan adalah penyebab utama bencana-bencana alam seperti banjir kilat, hakisan tanah dan tanah runtuh. Maka seharusnya buku teks ini perlu memupuk semangat cintakan alam sekitar dalam diri pelajar. Melentur rebung biarlah dari rebungnya. Bagi cadangan penambahbaikan yang seterusnya pula, buku teks ini boleh memasukkan kata-kata kunci yang boleh memudahkan pelajar untuk merujuk. Sebagai contoh, setiap bab atau sub bab, mungkin boleh diwujudkan sebuah ruangan yang memaparkan kata-kata kunci yang penting bagi memudahkan proses pembelajaran. Selain itu, perlu disediakan di akhir setiap sub bab, glosari yang dapat memudahkan pencarian konsep dan definisi perkataan yang digunapakai dalam buku ini. Buku ini hanya menyediakan glosari pada muka surat terakhir buku. Kebiasaannya, pelajar jarang menyelak buku teks sehingga ke helaian terakhir. Maka, kebanyakkan glosari yang disediakan tidak digunakan oleh pelajar secara betul dan konsisten. Selain itu, untuk keadilan dan demokrasi paparan kandungan pembelajaran, seharusnya bias dari segi lokasi dikurangkan disamping memperbanyakkan contoh-contoh, fakta-fakta yang berlaku di seluruh dunia. Ini bagi menggalakkan pelajar supaya mempunyai pengetahuan yang luas, tidak hanya tahu apa yang berlaku di dalam negara sendiri sahaja. Lembaran kerja yang mengalakkan aktiviti pembelajaran kendiri perlu diperbanyakkan. Penulis juga tidak seharusnya tertumpu pada sumber internet sahaja, mungkin boleh dimasukkan pembelajaran kendiri melalui buku, jurnal, koleksi soalan peperiksaan, hasilan sastera seperti sajak, puisi atau aktiviti permainan minda. Buku nota kecil atau CD boleh dijadikan sebagai lampiran. Disamping dapat menimbulkan minat untuk pelajar belajar, ianya juga dapat membantu guru dalam menjalankan aktiviti P&P dengan lebih berkesan dan menyeronokkan. PENUTUP Berdasarkan analisis buku teks Sains Pertanian Tingkatan 4 ini, dapat disimpulkan bahawa buku teks ini masih relevan untuk digunakan oleh guru-guru dalam melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Buku teks ini mempunyai banyak kekuatan seperti isi kandungan bersesuaian dengan kognitif pelajar dan mengikut Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran. Kekuatan lain ialah buku teks ini bersifat interaktif, menarik dan menyediakan intipati dan maklumat yang tepat serta relevan. Namun begitu, terdapat juga beberapa kelemahan dalam buku teks ini, contohnya, laman sesawang yang dicadangkan dalam ruangan Jendela ICT sudah tidak ‘valid’. Selain itu, untuk sub bab Sifat Kimia Tanah pula terlalu ringkas dan tidak dibincangkan secara terperinci. BIBLIOGRAFI

1. Amir Hasan Dawi. Sekolah dan Masyarakat.2009. Quantum Books. 2. Noor Fitriyati , Abdul Samad. 2009 .Hubungan Motivasi dan Pembelajaran Kendiri (Self

Directed Learning) - Satu Kajian di Kementerian Pelajaran Malaysia. Masters thesis, Universiti Utara Malaysia.

3. Inspire Commerce. http://www.inspirecommerce.com/ 4. http://www.rurdev.usda.gov/MT_Home.html 5. Portal 1Klik.

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/category/9.html

Page 9: Analisis Buku Teks Sains Pertanian Tingkatan 4

8

8

6. Portal Rasmi Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.

http://www.kpkk.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=1506%3

A8-nilai-dalam-konsep-1-malaysia&catid=188&lang=bm 7. Shuib Md. Yusop.2008. Malaysia Kita.Selangor. Sasbadi Sdn Bhd. 8. Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan dan Abdul Aziz Shukor. 2008. Psikologi Pendidikan.

Selangor. Oxford Fajar Sdn. Bhd. 9. Susan O’Hara, Robert Pritchard. Teaching Vocabulary with Hypermedia, Volume 6-12.2010.

Harper Collins Publishers

Page 10: Analisis Buku Teks Sains Pertanian Tingkatan 4

9

9

ANALISIS DAN PENILAIAN BUKU TEKS

SUBJEK : SAINS PERTANIAN

TINGKATAN : TINGKATAN 4

JUDUL : SAINS PERTANIAN

PENULIS :TAN LUNG AIK

PENERBIT : PERCETAKAN WARNI SDN BHD

TEMPAT TERBIT: SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA

TAHUN TERBIT : 2002 ARAHAN Tandakan ( ) pada skor: 1: Lemah 2: Sederhana 3: Baik 4: Cemerlang Dalam ruangan ulasan, anda perlu menyatakan halaman dan justifikasi.

KOMPONEN PERKARA SKOR ULASAN (Halaman & Justifikasi) 1 2 3 4

A. KESESUAIAN ISI KANDUNGAN DENGAN TAHAP

1. Kelengkapan isi kandungan / Isi kandungan yang terdapat dalam buku teks adalah baik dan bersesuaian dengan tahap pelajar. Buku teks ini memenuhi kehendak Sukatan dan Huraian Sukatan Pelajaran yang telah digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Setiap bidang dalam pertanian dibincangkan secara terperinci dalam buku teks ini. Sebagai contoh untuk bab 2, Faktor yang mempengaruhi pertumbuhan dan hasil tumbuhan terdapat 6 topik yang merangkumi 2.1 Pengenalan, 2.2 Tanah, 2.3 Biosis, 2.4 Genetik dan 2.6 Pengawalatur Pertumbuhan terdapat dalam buku teks ini. Dalam topik 2.2 Tanah , buku teks ini menyediakan 7 subtopik seperti sifat fizikal, sifat kimia dan lain-lain lagi, disamping di akhir topik ini terdapat latihan topikal untuk dijawab oleh para pelajar. Selain itu, buku teks ini menyediakan isi pelajaran yang bersesuaian dengan thap kognitif pelajar. Sebagai contoh pada muka surat 101, ada menyentuh mengenai penggunaan baja seperti ammonium sulfat boleh

LAMPIRAN 4: BORANG ANALISIS & PENILAIAN BUKU TEKS

Page 11: Analisis Buku Teks Sains Pertanian Tingkatan 4

10

10

mengubah keadaan keasidan tanah. Ini kerana ammonium sulfat (NH2SO4) boleh dioksidakan oleh oksigen dalam tanah kepada ion ammonium, (NH4

+), ion hidrogen (H+) dan air. Terdapat rajah persamaan kimia ditunjukkan dalam buku teks berkaitan tindakbalas ini. Para pelajar telah belajar mengenai pH asid akan meningkat atau menurun disebabkan oleh kehadiran ion H+ dalam matapelajaran sains tingkatan 2 bab 5.

2. Keluasan isi kandungan / Keluasan isi kandungan buku teks tingkatan 4 untuk topik 2.31 Tanah (m/s 85) adalah pada tahap sederhana. Ini kerana keluasan untuk subtopik 2.3.5 sifat kimia tanah adalah terhad. Buku teks hanya membincangkan satu sifat kimia tanah sahaja iaitu pH sedangkan terdapat banyak sifat-sifat kimia tanah yang lain. Sebagai contoh, tidak diterapkan dalam buku teks sifat kimia seperti soil salinity, soil cation exchange capacity, organic matters dan juga nisbah karbon-nitrogen (C:N ratio). Sifat-sifat ini sangat penting untuk dipelajari oleh pelajar kerana ia melibatkan pengetahuan dalam pertanian. Contohnya: Soil cation exchange capacity adalah fenomena yang mempengaruhi tumbesaran pokok kerana exchangeable ion seperti Ca+,

Page 12: Analisis Buku Teks Sains Pertanian Tingkatan 4

11

11

Mg2+ dan K+ memainkan peranan dalam perkembangan akar dan daun pokok.

3. Kedalaman isi kandungan / Kedalaman isi kandungan buku teks ini baik tetapi kurang cemerlang. Ini kerana dalam subtopik sifat kimia tanah (mukasurat 101 perengan satu) ada disebut mengenai setiap unit perubahan pH akan melibatkan perubahan 10 kali ganda aras kepekatan ion hidrogen (H+). Tetapi buku teks tidak menerangkan secara lanjut apakah itu unit perubahan pH. Sebenarnya unit perubahan pH boleh diterangkan menggunakan skala logaritma iaitu:

pH = - log10 [H+] maka, = 1/ log10 [H+] dimana setiap unit yang jatuh akan meningkatkan keasidan sebanyak 10 kali ganda. Selain itu, buku teks juga tidak menerangkan apakah itu asid organik, tindak balas hidrolisis dan asid karbonik secara terperinci. (m/s 101).

Rumusan dan cadangan penambahbaikan: Isi kandungan, kedalaman dan keluasan isi buku teks berada pada tahap sederhana baik dan disusun bersesuaian dengan pengetahuan pelajar, tahap persediaan pelajar dan kognitif pelajar. Buku teks ini merangkumi pelbagai jenis kemahiran, konsep, definisi, amalan, pengetahuan dan nilai-nilai murni selaras dengan falsafah pendidikan negara. Selain itu, buku teks ini dimuatkan dengan ruangan seperti sumbangsaran, jendela ICT, jurnal pertanian, eksperimen dan ruang rangsangan minda (m/s 105). Ruang sumbangsaran menyediakan soalan-soalan yang dapat meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis, merangsang pembelajaran secara koperatif serta mengalakkan pemikiran pelajar pada aras taksnomi Bloom aras tinggi. Tetapi, penambahbaikan perlu diberi dari segi penyampaian maklumat dan isi pelajaran. Sebagai contoh, proses-proses kimia seperti nitrifikasi dan hidrolisis yang disebut dalam buku teks boleh diterangkan secara details untuk meningkatkan pemahaman pelajar tentang apakah yang berlaku dalam proses-proses ini. Secara tidak langsung, penerangan-penerangan yang lengkap ini dapat mengurangkan kekeliruan yang akan berlaku pada para pelajar disamping ianya dapat menjawab pertanyaan berkaitan bagaimana dan mengapa ia berlaku. Selain itu, sifat-sifat kimia tanah harus diperluaskan dengan memasukkan sifat-sifat lain seperti soil cation exchange capacity (CEC), kandungan nutrien dan lain-lain lagi. Ini penting kerana sifat kimia dan sifat fizikal tanah saling berkaitan dan mempengaruhi antara satu sama lain. Cadangan lain ialah buku teks perlu memasukkan subtopik salinity of soil kerana sifat ini sangat berkaitan rapat dengan pH tanah, iaitu tanah berasid mengandungi garam yang tinggi manakala tanah beralkali mempunyai kandungan sodic yang tinggi. Latihan pengukuhan juga harus diperbanyakkan agar pelajar mempunyai aktiviti ulangkaji yang lebih dinamik dan lebih menguji minda.

B. KETEPATAN ISI KANDUNGAN

4. Ketepatan konsep, definisi dan fakta

/ Ketepatan konsep, definisi dan fakta dalam buku teks ini

Page 13: Analisis Buku Teks Sains Pertanian Tingkatan 4

12

12

adalah baik tetapi kurang cemerlang. Walaubagaimanapun, ia masih mengikut keperluan huraian sukatan pelajaran KBSM. Dalam buku teks sains pertanian tingkatan 4, definisi tanah yang diberikan ialah lapisan atas permukaan bumi (m/s 85 perenggan 3). Sebenarnya maksud tanah adalah lebih luas daripada apa yang diberi dalam buku teks. Dari segi

i. Bahasa : Tanah ialah lapisan atas bumi dimana tumbuhan membesar dan membiak serta ia mengandungi bahan berwarna kehitaman yang dikenali sebagai bahan organik.

ii. Sains : Tanah terdiri daripada mineral, bahan organik tanah (SOM), air dan udara yang setiap komposisi dan perkadaran unsur-unsur ini akan memperngaruhi sifat kimia dan sifat fizikal tanah seperti liang dalam tanah, tekstur, struktur dan keporosan tanah.

iii. Geografi : Tanah ialah corak peragihan tanah di permukaan bumi yang membentuk keserantauan geografi (negara atau region).

iv. Pertanian : Tanah ialah jenis material yang mempunyai ciri-ciri khusus yang mampu menyediakan persekitaran khas dan edaphic untuk tujuan penghasilan bahan makanan dan serat.

Page 14: Analisis Buku Teks Sains Pertanian Tingkatan 4

13

13

Untuk fakta pula, buku teks memaparkan maklumat yang tepat dan betul. Contohnya;

i. Ciri-ciri organisma seperti bakteria, nematode, alga, kulat dan peranannya diterangkan dengan baik dalam jadual pada muka surat 90-91 buku teks tingkatan 4 sains pertanian. Bakteria seperti Bakteria Pemfikasasi Nitrogen, Bakteria Pelarut Fosfat dan Bakteria Pereduksi Sulfat sememangnya penting dalam peredaran karbon, nitrogen, fosforus dan sulfur dalam tanah (m/s 90 jadual 2.8: Ciri dan peranan organisma kepada tanah, kolum 1)

ii. Ciri-ciri tanah berdasarkan warna tanah juga diterangkan secara tepat dalam jadual 2.10, muka surat 92. Contohnya, warna tanah ialah merah kerana kehadiran ferum oksida. Ini kerana dalam keadaan kebolehlarutan yang rendah, ferum oksida boleh berubah kepada ion ferum (Fe3+). Proses ini dinamakan proses oxyhydroxide atau luluhawa. Ion ferum menghasilkan larutan berwarna merah apabila terlarut dalam air.

5. Ketepatan contoh, kes, gambar, diagram dan ilustrasi

/ Ketepatan contoh, kes, gambar, diagram dan ilutrasi buku teks adalah cemerlang. Sebagai contoh:

Page 15: Analisis Buku Teks Sains Pertanian Tingkatan 4

14

14

i. Gambar foto 2.5 muka

surat 90 menunjukkan gambar-gambar Alga, kulat, protozoa, nematod dan bakteria. Foto-foto ini berwarna dan dapat meningkatkan minat serta pemahaman pelajar.

ii. Untuk kajian kes pula, terdapat sebuah gambar ladang kelapa sawit dan kebun nanas (ruang jurnal pertanian), dan para pelajar diminta untuk menerangkan jenis tanah yang ada di kawasan tersebut berdasarkan pengetahuan mereka. Jawapannya ialah untuk penanaman kelapa sawit jenis tanah seperti latosol, aluvial, dan laterit, manakala bagi nanas ialah jenis tanah gambut.

iii. Pada muka surat 100 rajah 2.23 jenis-jenis struktur tanah, terdapat ilutrasi dan gambar sebenar struktur tanah seperti butir rapuh, berlapis, kolumnar, berblok dan lain-lain lagi.

6. ketepatan dan konsistensi istilah dan simbol

/ Ketepatan dan konsistensi istilah dan simbol dalam buku teks ini sangat cemerlang. Sebagai contoh;

i. Istilah luluhawa (m/s 87) digunakan untuk menerangkan proses pembentukan bahan inorganik.

ii. Istilah humus (m/s 88), digunakan untuk mewakili hasil terakhir pereputan bahan organik oleh

Page 16: Analisis Buku Teks Sains Pertanian Tingkatan 4

15

15

mikroorganisma. iii. Simbol-simbol seperti

kimia seperti Mg2+, Ca2+, K+, NH+, dan H+. (m/s 101)

7. Ketepatan penulisan mengikut daftar ejaan.

/ Semua ejaan dalam buku teks ini adalah tepat dan jitu serta mengikut spefikiasi daftar ejaan yang dikeluarkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Contohnya perkataan-perkataan bahasa inggeris yang dipinjamkan ke dalam bahasa melayu seperti nitrifikasi (nitrification), berbes (base), karbonik (carbonic), prismatik (prismatic) dan kolumnar (columnar) dieja dengan tepat dan tiada kesalahan ejaan yang dilakukan. Selain itu, istilah-istilah seperti pisahan tanah, ketersediaan nutrien, tanah bris, tanah lempung ditulis dan dieja dengan betul dan tepat. (m/s 93-110)

Rumusan dan cadangan penambahbaikan: Secara keseluruhannya, buku teks Sains Pertanian Tingkatan 4 ini menepati ciri-ciri buku teks yang interatif, menarik dan menyediakan intipati dan input maklumat yang tepat serta fakta-fakta yang relevan. Konsep-konsep dan definisi-definisi yang disediakan dalam buku teks ini mengikut spesifikasi yang dikeluarkan oleh United States Department of Agriculture (USDA), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), dan International System of Units (SI). Selain itu, terdapat banyak gambar-gambar yang dipaparkan di dalam buku teks ini. Ini penting kerana ia dapat menarik perhatian pelajar serta dapat meningkatkan pemahaman pelajar kerana menurut dual coding theory oleh Allan Paivio, manusia mampu menyimpan memori dengan lebih baik apabila minda memproses maklumat secara serentak dalam bentuk verbal (bahasa, tulisan) dan bukan verbal (gambar, rajah Venn, peta minda). Simbol dan istilah yang digunakan dalam buku teks adalah tepat dan tidak mengelirukan para pelajar dan dapat membantu pelajar untuk memahami isi pelajaran dengan mudah dan cepat. Manakala dari segi ejaan, tiada kesalahan ejaan yang dilakukan dalam bab 2, topik 2.2 Tanah. Untuk penambahbaikan pula, penulis seharusnya menggunakan pengurusan grafik dengan lebih luas dalam menggambarkan ciri-ciri sesuatu perkara, tidak hanya bergantung pada grafik table sahaja. Penulis boleh menggunakan peta minda, carta alir atau timeline yang lebih menarik dan ringkas.

C. KEMUTAKHIRAN KANDUNGAN

8. Kesesuaian kandungan dengan perkembangan ilmu dan teknologi

/ Kesesuaian kandungan dengan perkembangan ilmu dan teknologi adalah baik. Di dalam buku teks ini terdapat ruang Jendela ICT yang mencadangkan laman sesawang yang boleh dilawati oleh pelajar untuk belajar berkenaan sesebuah topik dengan lebih lanjut. Contohnya,

Page 17: Analisis Buku Teks Sains Pertanian Tingkatan 4

16

16

laman sesawang NASA yang menyediakan maklumat mengenai warna tanah, struktur tanah dan tekstur tanah.(m/s 99). Namun begitu, terdapat alamat laman sesawang yang telah ketinggalan zaman atau salah, dan apabila dicari dalam enjin carian, page web tersebut tidak wujud. Sebagai contoh alamat sesawang Dr.Soil (m/s 91), alamat yang diberi ialah http//:ltpwww.gstc.nasa.gov/globe/pvg/drsoil.htm tetapi alamat sesawang yang betul dan terkini ialah

http://soil.gsfc.nasa.gov/

Dari segi penggunaan teknologi pula, pelajar digalakkan menggunakan teknologi dalam eksperimen yang disediakan dalam buku teks ini. Alatan seperti meter pH, carta warna Munsell, Sistem Atterberg dicadangkan untuk digunakan dalam menjalankan eksperimen. Selain itu, menerusi sub topik 2.3.7 Amalan untuk Membaiki Keadaan Tanah (m/s 105-115), para pelajar digalakkan mengaplikasikan kaedah-keadah dan teknologi-teknologi seperti penggunaan baja yang betul dalam penanaman tumbuhan, teknologi pemugaran yang dapat mengemburkan tanah, teknologi yang dapat mencegah hakisan tanah seperti menggunakan sungkupan, teknik kontur atau membuat teres.

9. Kemutakhiran contoh, gambar, ilustrasi, peraturan dan kes sebenar.

/ Kemutakhiran contoh, gambar, ilustrasi, peraturan dan kes sebenar buku teks ini berada pada tahap sederhana disebabkan buku ini diterbitkan pada tahun 2002, iaitu 10 tahun lepas. Maka kes yang dimasukkan dalam buku ini berkemungkinan berlaku pada

Page 18: Analisis Buku Teks Sains Pertanian Tingkatan 4

17

17

10 tahun ke belakang. Namun begitu, untuk gambar-gambar dan peraturan pula, buku teks ini memaparkan maklumat yang masih digunapakai sehingga hari ini, dan tiada sebarang percanggahan berlaku. Sebagai contoh, peraturan penggunaan Sistem Segitiga Tekstur Tanah (m/s 95) dan Carta warna Munsell (Gambar foto 2.6, m/s 93) masih betul dan tepat.

10. Kemutakhiran daftar ejaan / Semua ejaan dalam buku teks ini adalah yang terkini dan mengikut syarat-syarat oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, dan disemak oleh Bahagian Buku Teks Kementerian Pelajaran Malaysia sebelum diterbitkan.

Rumusan dan cadangan penambahbaikan: Secara keseluruhannya, kemutakhiran isi kandungan adalah baik. Teknologi yang dimuatkan dalam buku teks masih lagi digunapakai sehingga ke hari ini dan tidak berlaku sebarang perubahan yang drastik. Namun begitu untuk kemutakhiran ilmu pengetahuan menggunakan internet, penambahbaikan perlu dijalankan memandangkan terdapat laman sesawang yang dicadangkan dalam buku teks sudah tidak wujud lagi dalam enjin carian seperti Google dan Yahoo. Manakala, bagi kemutakhiran gambar pula adalah baik dan masih relevan pada masa kini. Cadangan penambahbaikan yang difikirkan ialah seharusnya buku teks ini menyediakan lebih banyak gambar-gambar dalam usaha menjadikan buku teks ini lebih kompak dan menarik perhatian. Penulisan perlu dikurangkan agar pelajar tidak muak dan mudah berasa bosan. Gambar-gambar seperti sistem peparitan yang digunapakai untuk mengurangkan hakisan tanah boleh disertakan dalam buku teks ini (m/s 115), contoh gambar-gambar penutup bumi yang mencegah hakisan tanah juga boleh dimuatkan (m/s 113), serta gambar perbezaan keadaan tanah sebelum dan selepas proses pemugaran dilakukan (m/s 111), juga boleh dimasukkan ke dalam buku teks ini. Ini kerana dalam satu kajian yang dijalankan oleh sebuah syarikat pengiklanan terkenal dunia, Inspire Commerce yang berpusat di Amerika Syarikat, sebuah iklan yang mengandungi 75% paparan visual dapat menarik lebih ramai remaja dan kanak-kanak untuk menonton atau membacanya berbanding sebuah iklan yang mengandungi tulisan yang banyak. Oleh itu, kajian ini boleh djadikan indikator untuk digunakan oleh penulis buku teks untuk menjadikan buku teks sebagai bahan rujukan utama pelajar-pelajar.

D. KESESUAIAN DENGAN KEHIDUPAN PELAJAR

11. Sesuai dengan perkembangan dan kemampuan pelajar

/ Isi pelajaran yang terkandung dalam buku teks ini baik dan sesuai dengan tahap perkembangan dan kemampuan pelajar. Sebagai contoh

i. Pada muka surat 103, terdapat eksperimen bagi menentukan pH tanah dengan menggunakan pH meter. Terdapat 6 langkah-langkah yang

Page 19: Analisis Buku Teks Sains Pertanian Tingkatan 4

18

18

perlu dijalankan oleh pelajar bagi mendapatkan bacaan yang betul menggunakan alat meter pH. Langkah-langkah ini diterangkan secara mudah dan ringkas mengikut aras kemampuan pelajar serta tidak mengelirukan.

ii. Pada muka surat 107, terdapat contoh soalan pengiraan dalam menentukan gred campuran baja. Cara-cara pengiraan yang ditunjukkan adalah bersesuaian dengan kognitif pelajar, memandangkan operasi nisbah telah dipelajari sejak di sekolah rendah lagi.

iii. Paparan jadual 2.17: Kelebihan dan Kekurangan menggunakan baja kimia di m/s 109 adalah baik dan dapat membantu pelajar membandingbezakan bahagian positif dan negatifnya penggunaan baja kimia dalam pertanian.

12. Sesuai dengan keadaan dan situasi lingkungan sosiobudaya pelajar

/ Isi kandungan buku teks ini melingkungi sosiobudaya para pelajar kerana setiap tajuk yang digariskan dalam buku teks ini bersesuaian untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian para pelajar. Sebagai contoh,

i. Dalam subtopik 2.3.6 : Unsur Perlu Untuk Pertumbuhan Tumbuhan, para pelajar akan didedahkan dengan tiga unsur utama dalam pertumbuhan

Page 20: Analisis Buku Teks Sains Pertanian Tingkatan 4

19

19

pokok iaitu Nitrogen (N), Fosforus (P) dan Kalium (K). Unsur-unsur ini memainkan peranan dalam pengeluaran buah dan bunga pokok. Jadi, apabila sebuah pokok sihat tetapi tidak mengeluarkan bunga dan buah, maka pelajar akan tahu bahawa pokok tersebut kekurangan unsur-unsur tadi. Disini pelajar akan mengaplikasikan pengetahuannya dalam kehidupan seharian dengan cara membaja pokok tadi menggunakan baja NPK yang murah dan mudah ditemui di pasaran hari ini.

ii. Pada muka sura

13. Menggunakan contoh, gambar dan kes tempatan (Malaysia)

/ Cemerlang. Sebagai contoh;

i. Pada muka surat 112 pula, dinyatakan Malaysia mengalami hujan lebat sepanjang tahun maka hakisan kerap berlaku di tanah-tanah yang menjalankan aktiviti pertanian. Dalam ayat ini, ternyata semua pelajar tahu Malaysia adalah negara yang beriklim khatulistiwa dan sentiasa mengalami cuaca yang lembap dan panas (sosiobudaya pelajar tidak diabaikan di sini)

ii. Pada muka surat 92, terdapat jurnal pertanian yang memaparkan foto dua jenis tanaman utama negara iaitu nanas dan kelapa sawit. Para pelajar diminat

Page 21: Analisis Buku Teks Sains Pertanian Tingkatan 4

20

20

terangkan jenis tanah di kawasan tersebut.

iii. Pada muka surat 114, contoh yang digunakan untuk menggambarkan amalan membuat teres ialah Cameron Highlands. (Gambar foto juga disediakan)

iv. Pada muka surat 115, gambar foto amalan sungkupan digunakan di ladang kelapa sawit di Malaysia yang menunjukkan kaedah menghalang hakisan tanah.

Rumusan dan cadangan penambahbaikan: Secara keseluruhan isi kandungan dalam buku teks ini sangat bersesuaian dengan kehidupan pelajar, merangkumi sosiobudaya pelajar dan juga sangat bersesuaian dengan tahap perkembangan pelajar. Terdapat banyak contoh-contoh, gambar-gambar yang menggunakan keadaan yang berlaku di negara kita. Ini bersesuaian dengan pelajar kerana tidak lari daripada kehidupan seharian yang dialami oleh setiap pelajar dalam kelas, disamping memudahkan pelajar untuk memahami isi pelajaran dengan lebih baik. Namun begitu, seharusnya penulis juga perlu menerapkan contoh-contoh, dan gambar-gambar yang berlaku di luar negara.Ini dapat menggalakkan pemikiran ‘out-of-box’ dan pelajar akan lebih peka dengan apa yang berlaku di tempat lain. Selain itu, paparan maklumat yang lebih luas dapat menggalakkan pelajar untuk lebih berfikir dan meluaskan pandangan pelajar dalam pertanian.

E. KEPEKAAN TERHADAP NILAI TEMPATAN

14. Menumbuhkan kepekaan terhadap nilai-nilai tempatan (ikut subjek)

/ Buku teks ini menyediakan kepekaan terhadap nilai-nilai tempatan pada tahap baik. Sebagai contoh;

i. Pada muka surat 93, terdapat satu ruangan sumbangsaran yang meminta pelajar berbincang bersama-sama di dalam kelas bagi mengenalpasti warna tanah dalam foto yang dipaparkan. Aktiviti ini memupuk semangat bekerjasama dan hormat-menghormati.

ii. Pada muka surat 99, terdapat ruangan kajian kes dimana pelajar diberikan peluang untuk kemukakan pendapat berkaitan dengan struktur tanah. Aktiviti

Page 22: Analisis Buku Teks Sains Pertanian Tingkatan 4

21

21

ini secara tidak langsung mengembangkan nilai-nilai murni seperti kebebasan, rasional dan juga keberanian.

15. Menumbuhkan kepekaan terhadap nilai-nilai gagasan/ wawasan negara

/ Berdasarkan topik 2.3 Tanah, buku teks tingkatan 4 Sains Pertanian, terdapat beberapa nilai gagasan 1 Malaysia yang diterapkan dalam buku ini. Antaranya ialah;

i. Nilai ketabahan iaitu penggemblengan semangat bekerja keras, dedikasi serta tabah menghadapi segala rintangan dan dugaan adalah ramuan yang terbaik untuk mencapai sesuatu matlamat: Pada m/s 96 dan m/s 97, terdapat eksperimen yang harus dijalankan oleh pelajar. Dalam menjalankan eksperimen ini, sifat ketabahan akan dipupuk dalam diri pelajar dalam usaha untuk mendapatkan keputusan eksperimen yang precise dan accurate.

ii. Nilai pendidikan iaitu menggalakan budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia. Pada muka surat 91 dan 99 terdapat ruangan jendela ICT yang mensyorkan pelajar mendapatkan pembacaan lanjut mengenai sesebuah topik dengan melayari internet.

Buku teks ini juga menerapkan nilai-nilai Wawasan 2020. Sebagai contoh pada muka surat 110, terdapat ruangan

Page 23: Analisis Buku Teks Sains Pertanian Tingkatan 4

22

22

rangsangan minda yang memberikan idea kepada para pelajar tentang sisa buangan daripada kilang besi dan keluli boleh dijadikan bahan pengapuran dalam pertanian. Keadaan ini menggalakan penerapan cabaran Wawasan 2020 iaitu melahirkan masyarakat yang progresif, saintifik, maju dan perpandangan jauh serta dapat melahirkan tamadun yang berasaskan sains dan teknologi.

Rumusan dan cadangan penambahbaikan: Secara keseluruhannya, buku teks ini menumpukan kepekaan terhadap nilai-nilai tempatan dan juga menumbuhkan kepekaan terhadap nilai-nilai gagasan/ wawasan negara. Nilai-nilai murni yang diterapkan dalam buku teks ini adalah selari dengan 16 nilai-nilai murni pendidikan dan bersesuaian dengan amalan seharian pelajar-pelajar. Nilai-nilai murni yang disyorkan dalam buku teks ini adalah dalam bentuk tidak langsung iaitu dengan cara menjalankan aktiviti-aktiviti berkumpulan, melayari internet, berfikir secara mendalam tentang sesebuah perkara dan juga menjalankan eksperimen. Untuk penambahbaikan pula, buku teks ini seharusnya menerapkan nilai-nilai kerohanian dan keagamaan. Sebagai contoh nilai-nilai kesederhanaan boleh dimasukkan dalam subtopik 2.3.7 Amalan Membaiki Keadaan Tanah. Ini kerana setiap perkara dalam dunia ini perlu dilakukan secara sederhana dan tidak berlebih-lebihan bagi mengelakkan sebarang bentuk kecelakaan dan kerosakkan. Selain itu, buku teks ini juga boleh menerapkan nilai-nilai lain seperti kepentingan menjaga alam sekitar. Ini disebabkan aktiviti pertanian adalah antara faktor utama yang menyumbang kepada pencemaran alam sekitar. Penggunaan baja, racun serangga, racun kulat, kapur, aktiviti pembakaran secara terbuka, pembersihan kawasan hutan adalah penyebab utama bencana-bencana alam seperti banjir kilat, hakisan tanah dan tanah runtuh. Maka seharusnya buku teks ini perlu memupuk semangat cintakan alam sekitar dalam diri pelajar. Melentur rebung biarlah dari rebungnya.

F. FOKUS KANDUNGAN

16. Mendorong perasaan ingin tahu pelajar.

/ Buku teks ini mendorong perasaan ingin tahu pelajar dengan sederhana. Perasaan ingin tahu sangat penting dalam aktviti pembelajaran kerana ia mencetuskan perasaan seronok ketika belajar dan mendorong pemikiran pada tahap tinggi. Contohnya;

i. Pada muka surat 88, terdapat soalan yang ditanya oleh penulis buku teks yang dapat mencetus perasaan ingin tahu pelajar. Soalan ini ditanya apabila penulis selesai memberikan penerangan ringkas berkaitan bahan

Page 24: Analisis Buku Teks Sains Pertanian Tingkatan 4

23

23

organik. Soalan tersebut ialah Apakah kesan baik bahan organik?. Perhatian pelajar ditarik sebelum penulis membincangkan kesan baik bahan organik.

ii. Pada muka surat 104, bagi subtopik penyakit tumbuhan, terdapat gambar-gambar pokok yang mengalami gejala kekurangan nutrient dan dijangkiti penyakit. Gambar-gambar ini berupaya menarik perhatian pelajar dan mencetuskan perasaan ingin tahu apa yang berlaku pada pokok-pokok tersebut.

17. Memperkembangkan daya kreativiti

/ Buku teks ini mengembangkan daya kreativiti pelajar pada tahap sederhana. Pemikiran secara kreatif dapat dilihat pada

i. Muka surat 92, dimana pelajar diminta untuk menyelesaikan kajian kes berkaitan jenis tanah.

ii. Muka surat 93, aktiviti sumbangsaran yang mensyorkan pemikiran secara kreatif bagi meyelesaikan masalah menentukan warna tanah berdasarkan penggunaan carta warna tanah Munsell.

18.Mengembangkan daya kritikal / Daya kritikal pelajar sangat digalakkan dalam buku teks ini. Contohnya;

i. Muka surat 85, pelajar dikehendaki memikirkan kesan jangka panjang fenomena banjir.

ii. Muka surat 90, pelajar disyorkan memikirkan

Page 25: Analisis Buku Teks Sains Pertanian Tingkatan 4

24

24

secara kritikal apakah organisma yang paling banyak terdapat dalam tanah.

iii. Muka surat 98, pelajar digalakkan berfikir dengan kritikal apakah kelebihan ciri berongga pada struktur tanah rapuh.

19. Mengembangkan kemahiran hidup

/ Perkembangan kemahiran hidup adalah sederhana dalam buku teks ini. Kemahiran hidup ialah ilmu yang boleh diterapkan dalam kehidupan seharian pelajar. Sebagai contoh dalam muka surat 91, topik sifat fizikal tanah, pelajar akan mempelajari tiga ciri fizikal tanah yang utama iaitu warna, tekstur dan struktur. Dalam subtopik tekstur dan struktur tanah, pelajar akan mengetahui jenis tekstur dan struktur tanah yang bagaimana sesuai untuk penanaman pokok sesebuah pokok. Contohnya, penanaman pokok kelapa perlukan tanah bertekstur berpasir dan struktur berbutir rapuh.

Rumusan dan cadangan penambahbaikan: Secara keseluruhannya, buku teks ini dihasilkan dengan baik dan teliti. Soalan-soalan yang disediakan dalam ruangan sumbangsaran dapat mencetuskan kreativiti dan daya pemikiran kritikal pelajar. Fokus kandungan juga memberikan pengetahuan yang berguna untuk diterapkan dalam kehidupan seharian pelajar. Buku teks juga memberikan laluan dan cadangan bagaimana mempraktikan ilmu pengetahuan sedia ada dalam dunia kehidupan sebenar. Maka, secara tidak langsung matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mahu setiap ilmu diaplikasikan dalam kehidupan pleajar telah terlaksana. Untuk cadangan penambahbaikan, penulis buku teks boleh memperbanyakkan soalan-soalan kajian kes yang lebih tinggi arasnya berdasarkan Taksonomi Bloom. Sebagai contoh, kajian kes yang melibatkan membandingbeza, mensintesiskan atau penulisan artikel dan lain-lain lagi. Disamping itu, latihan berbentuk permainan seperti teka silangkata, rubrik dan suaipadan boleh dimasukkan dalam buku teks untuk menjadikan pembelajaran lebih bersifat kreatif dan kritis.

G. TEKNIK PENYAJIAN KANDUNGAN

20. Bab dan sub bab di paparkan secara konsistensi dan sistematik

/ Setiap bab dan sub bab dipaparkan secara sistematik dan konsisten. Contohnya sperti muka surat 105 hingga 112 dalam bab Tanah dan sub bab Amalan Membaiki Keadaan Tanah. Pada mulanya, kesuburan tanah dinyatakan, kemudiannya tanah yang bermasalah dijelaskan, seterusnya barulah

Page 26: Analisis Buku Teks Sains Pertanian Tingkatan 4

25

25

dibincangkan cara membaiki keadaan tanah yang bermasalah tersebut.

21. Ketertiban konsep, definisi dan fakta

/ Setiap konsep, definisi dan fakta diterangkan secara tertib dan tersusun dengan baik. Sebagai contoh dalam muka surat 85, pada mulanya definisi lapisan tanah dijelaskan, kemudian fakta mengenai setiap lapisan tanah diterangkan dalam jadual pada muka surat 86, seterusnya gambar profil lapisan tanah lazim dipaparkan dalam muka surat yang sama dibawah jadual tadi.

22. Bersifat konstekstual / Sederhana. Contohnya pada muka surat 108, terdapat jadual 2.16 yang menyenaraikan kuantiti nutrien baja organik dalam tinja haiwan seperti biri-biri, lembu, khinzir dan ayam. Para pelajar boleh mengaplikasikan pengetahuan ini dalam projek penanaman pokok di sekolah, di rumah atau dimana-mana sahaja.

23. Keseimbangan di antara bab dan sub bab

Terdapat hanya dua bab sahaja dalam buku teks ini dan untuk bab satu, ada lima sub bab, manakala bab dua, ada enam sub bab. Keseimbangan antara bab dan sub bab sangat baik. Sebagai contoh untuk Bab dua, iaitu Faktor Yang Mempengaruhi Pertumbuhan dan Hasil Pertumbuhan dipecahkan kepada faktor Iklim (2.2), Tanah (2.3), Biosis (2.4), Genetik (2.5) dan Pengawalatur Pertumbuhan (2.6)

24. Kesinambungan di antara bab/ sub bab/ topik.

/ Kesinambungan di antara bab dan sub bab dalam buku teks ini cemerlang. Sebagai contoh, dalam bab dua, sub bab 2.3 Tanah, pada awalnya pengenalan, kemudian 2.3.2 kepentingan tanah, komponen tanah, sifat fizikal tanah, sifat kimia tanah, unsur perlu untuk pertumbuhan, dan sub bab yang terakhir ialah amalan untuk membaiki keadaaan

Page 27: Analisis Buku Teks Sains Pertanian Tingkatan 4

26

26

tanah. Sub topik sentiasa berkait antara satu sama lain dan tidak lari dari topik utama iaitu tanah.

25.Keutuhan makna yang terdapat dalam bab/ sub bab/ topik

/ Semua makna yang terdapat dalam bab/ sub bab/ topik dalam buku teks Sains Pertanian Tingkatan 4, adalah utuh dan betul. Sebagai contoh muka surat 98, maksud struktur tanah yang diberikan adalah sama sebagaimana maksud struktur tanah yang digariskan oleh Natural Resources Conservation Service (NRCS).

Rumusan dan cadangan penambahbaikan: Secara keseluruhannya, teknik penyajian kandungan yang disediakan dalam buku teks ini berada pada tahap yang cemerlang. Setiap bab dan sub bab disusun secara sistematik dan kesinambungan antara bab dan sub bab tidak diabaikan. Selain itu, terdapat isi kandungan yang bersifat konstekstual dan keutuhan makna yang terdapat dalam setiap bab adalah tepat dan jitu. Bagi cadangan penambahbaikan, buku teks ini sepatutnya boleh memasukkan kata-kata kunci yang boleh memudahkan pelajar untuk merujuk. Sebagai contoh, setiap bab atau sub bab, mungkin boleh diwujudkan sebuah ruangan yang memaparkan kata-kata kunci yang penting bagi memudahkan proses pembelajaran. Selain itu, perlu disediakan di akhir setiap sub bab, glosari yang dapat memudahkan pencarian konsep dan definisi perkataan yang digunapakai dalam buku ini.

H. PAPARAN KANDUNGAN PEMBELAJARAN

26. Berpusatkan kepada pelajar / Sebahagian besar isi kandungan buku ini adalah berpusatkan pelajar. Buku teks ini menyediakan pelbagai nota, aktiviti berkumpulan, latihan dan cadangan-cadangan aktiviti yang banyak melibatkan penyertaan pelajar secara aktif dalam proses P&P. Contohnya dalam sub bab 2.3 Tanah, ada lima eksperimen yang boleh dijalankan oleh pelajar (m/s 96-97) dan (m/s 102-103). Dalam menjalankan ekperimen, pelajar perlu mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai murni.

27. Pembelajaran kendiri / Buku teks ini menggalakkan pembelajaran secara kendiri dengan menyediakan cadangan-cadangan laman sesawang yang boleh dilawati oleh pelajar. Tujuannya supaya pelajar dapat menambah pengetahuan dan mendapat maklumat lebih lanjut berkenaan topik yang dibincangkan. Contohnya pada

Page 28: Analisis Buku Teks Sains Pertanian Tingkatan 4

27

27

muka surat 91 di ruangan jendela ICT.

28. Bervariasi / Penyampaian buku ini agak bervariasi. Sebagai contoh, banyak yang dapat dipelajari oleh pelajar dalam bab dua, Faktor yang Mempengaruhi Pertumbuhan dan Hasil Tumbuhan. Lima faktor yang berbeza dibincangkan secara terperinci dan mendalam. Setiap sub bab ini ada disediakan latihan, eksperimen, kerja berkumpulan, gambar-gambar, rajah-rajah dan jadual-jadual yang dapat mempelbagaikan cara penyampaian isi kandungan pembelajaran.

29. Adil & demokrasi (tidak bias lokasi, gender, etnik dll)

/ Tiada sebarang unsur-unsur bias dari segi gender, etnik, kaum dan agama. Cuma buku ini agak bias dari segi lokasi, kerana banyak memberikan contoh-contoh yang berlaku di Malaysia sahaja dan tertumpu di Semenanjung saja. Contohnya pada muka surat 114, gambar-gambar di Cameron Highlands sahaja yang diambil untuk menunjukkan pencegahan hakisan. Mungkin boleh diletakkan gambar ladang teh di Kundasang, Sabah.

30. Mengembangkan kemahiran proses

/ Dalam buku teks ini terdapat aktiviti yang menggalakkan pengembangkan proses sains asas seperti pemerhatian, membuat inferens, berkomunikasi dan membuat ramalan. Contohnya pada muka surat 93, aktiviti sumbangsaran menyediakan aktiviti yang membolehkan pelajar menjalankan proses meramal, memindahkan pengetahuan atau data melalui percakapan atau penulisan (kemahiran berkomunikasi) serta membuat pemerhatian pada gamabar foto yang dipaparkan.

Page 29: Analisis Buku Teks Sains Pertanian Tingkatan 4

28

28

31. Mencipta komunikasi interaktif / Buku teks ini menggalakan banyak aktiviti sumbangsaran dan perbincangan. Antaranya pada muka surat 85, 90, 93, 98 dan 111. Semua soalan yang disediakan adalah lebih bersifat kerja kumpulan dan koperatif.

32. Menekankan aspek keselamatan (bagi subjek amali/ praktik)

/ Buku teks ini menitikberatkan aspek keselamatan dengan cemerlang. Sebagai contoh;

i. Muka surat 102, aspek keselamatan yang diterapkan ialah elak menggunakan ibu jari untuk menutup tabung uji ketika mengoncang.

ii. Muka surat 103, langkah keselamatan yang disyorkan ialah memastikan elektrod meter pH dibersihkan sebelum dan selepas eksperimen.

Rumusan dan cadangan penambahbaikan: Secara keseluruhannya, buku teks ini memaparkan kandungan pembelajaran yang berpusatkan pelajar dan menggalakkan pembelajaran kendiri. Terdapat banyak laman web yang boleh dilayari pelajar sama ada di sekolah atau di rumah. Pembelajaran kendiri ini membolehkan pelajar belajar mengikut minat dan kelajuan pembelajaran sendiri serta secara langsung boleh meningkatkan motivasi pelajar. Aspek keselamatan dalam amali dan praktikal juga dititikberatkan oleh penulis buku teks ini. Bagi penambahbaikan buku teks ini, seharusnya bias dari segi lokasi dikurangkan disamping memperbanyakkan contoh-contoh, fakta-fakta yang berlaku di seluruh dunia. Ini bagi menggalakkan pelajar supaya mempunyai pengetahuan yang luas, tidak hanya tahu apa yang berlaku di dalam negara sendiri sahaja. Selain itu, lembaran kerja yang mengalakkan aktiviti pembelajaran kendiri perlu diperbanyakkan. Penulis tidak seharusnya tertumpu pada sumber internet sahaja, mungkin boleh dimasukkan pembelajaran lanjut melalui buku, jurnal, koleksi soalan peperiksaan, hasilan sastera seperti sajak, puisi atau aktiviti permainan minda.

I. KELENGKAPAN DOKUMENTASI

33. Ada kata pengantar / Pada muka surat vii terdapat kata pengantar daripada Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia.

34. Definisi istilah dinyatakan / Definisi istilah disediakan pada muka surat 180 dan 181.

35. Ada carta/ Advance organizer pada awal bab

/ Terdapat peta konsep yang disediakan untuk setiap bab. Contohnya pada muka surat 62.

36. Sumber maklumat terkini: teks, data, gambar, jadual, diagram, nama, tarikh & sumber internet.

/ Kebanyakkan sumber internet dan data yang disyorkan sudah ketinggalan zaman. Namun teks , gambar, jadula, diagram,

Page 30: Analisis Buku Teks Sains Pertanian Tingkatan 4

29

29

nama dan tarikh masih relevan pada masa kini.

37. Ada rumusan pada setiap topik/ bab.

/ Terdapat rumusan bab pada muka surat 166.

38.Tugasan, latihan dan contoh soalan diberi pada setiap bab.

/ Setiap sub bab disediakan soalan latihan objektif, struktur dan esei. Contohnya pada muka surat 116 dan 120.

39. Ada bibliografi/ rujukan terkini / Bibliografi dan rujukan terdapat pada muka surat 182. Dan kebanyakkannya menggunakan sumber rujukan bertulis seperti buku dan jurnal. Tetapi rujukan yang digunakan kebanyakkannya terbitan sekitar tahun 1980an, padahal buku ini diterbitkan pada tahun 2002.

40. Terdapat Indeks / Indeks disediakan pada muka surat 183.

41. Ada lampiran (bagi perkara yang berkaitan

/ Tiada sebarang lampiran disediakan.

Rumusan dan cadangan penambahbaikan: Secara keseluruhannya, buku teks ini menyediakan kelengkapan dokumentasi yang baik. Terdapat kata-kata pengantar, peta konsep di awal bab, ada rumusan di akhir bab serta latihan dan tugasan yang diberikan bersesuaian dengan kognitif pelajar. Namun begitu, rujukan yang digunakan dalam penghasilan buku ini kurang memuaskan kerana hampir 90% sumber yang digunakan diterbitkan pada sekitar tahun 1980an, iaitu kira-kira 20 tahun kebelakang. Padahal sumber rujukan yang baik seharusnya diambil daripada sumber 5 tahun ke belakang. Lampiran juga tidak disediakan langsung oleh penulis. Cadangan penambahbaikan ialah buku nota kecil atau CD boleh dijadikan sebagai lampiran. Disamping dapat menimbulkan minat untuk pelajar belajar, ianya juga dapat membantu guru dalam menjalankan aktiviti P&P dengan lebih berkesan dan menyeronokkan.

Page 31: Analisis Buku Teks Sains Pertanian Tingkatan 4

30

30

LAMPIRAN

A. KETEPATAN ISI KANDUNGAN : 4. Ketepatan konsep, definisi dan fakta

Definisi tanah

Page 32: Analisis Buku Teks Sains Pertanian Tingkatan 4

31

31

F. FOKUS KANDUNGAN. 16. Mendorong perasaan ingin tahu pelajar.

Mendorong

perasaan ingin

tahu

Page 33: Analisis Buku Teks Sains Pertanian Tingkatan 4

32

32

B. KETEPATAN ISI KANDUNGAN : 4. Ketepatan konsep,definisi dan fakta , 5. Ketepatan contoh,

kes, gambar,diagram dan ilustrasi

Gambar jenis

organisma

tanah

Page 34: Analisis Buku Teks Sains Pertanian Tingkatan 4

33

33

C. KEMUTAKHIRAN KANDUNGAN. 8. Kesesuaian kandungan dengan perkembangan ilmu dan teknologi

Contoh laman

sesawang yang

boleh dilawati oleh

pelajar

Page 35: Analisis Buku Teks Sains Pertanian Tingkatan 4

34

34

B. KETEPATAN ISI KANDUNGAN : 4. Ketepatan konsep, definisi dan fakta , 5. Ketepatan contoh, kes, gambar,diagram dan ilustrasi

Contoh kajian kes

Page 36: Analisis Buku Teks Sains Pertanian Tingkatan 4

35

35

C. KEMUTAKHIRAN KANDUNGAN. 9. Kemutakhiran contoh, gambar, ilustrasi, peraturan dan kes

sebenar.

Peraturan

pengunaan carta

warna ini tidak

berubah.

Page 37: Analisis Buku Teks Sains Pertanian Tingkatan 4

36

36

C. KEMUTAKHIRAN KANDUNGAN. 9. Kemutakhiran contoh, gambar, ilustrasi, peraturan dan kes sebenar.

Peraturan

penggunaan segitiga

ini masih tidak

berubah.

Page 38: Analisis Buku Teks Sains Pertanian Tingkatan 4

37

37

B. KETEPATAN ISI KANDUNGAN : 5. Ketepatan contoh, kes, gambar,diagram dan ilustrasi

Ilutrasi struktur

tanah

Page 39: Analisis Buku Teks Sains Pertanian Tingkatan 4

38

38

A. KESESUAIAN ISI KANDUNGAN DENGAN TAHAP: 1. Kelengkapan isi kandugan , 2. Kedalaman

isi kandungan dan 3. Keluasan isi kandungan

Page 40: Analisis Buku Teks Sains Pertanian Tingkatan 4

39

39

H. PAPARAN KANDUNGAN PEMBELAJARAN. 32. Menekankan aspek keselamatan (bagi subjek amali/ praktik)

Page 41: Analisis Buku Teks Sains Pertanian Tingkatan 4

40

40

H. PAPARAN KANDUNGAN PEMBELAJARAN. 32. Menekankan aspek keselamatan (bagi subjek amali/ praktik)

Page 42: Analisis Buku Teks Sains Pertanian Tingkatan 4

41

41

F. FOKUS KANDUNGAN. 16. Mendorong perasaan ingin tahu pelajar.

Menarik

perhatian dan

mencetuskan

perasaan ingin

tahu pelajar

Page 43: Analisis Buku Teks Sains Pertanian Tingkatan 4

42

42

E. KEPEKAAN TERHADAP NILAI TEMPATAN. 15. Menumbuhkan kepekaan terhadap nilai-nilai gagasan/

wawasan negara

Penerapan nilai dan cabaran

Wawasan 2020 iaitu

masyarakat yang progesif,

saintifik dan berpandangan

jauh serta kemahiran hidup

Page 44: Analisis Buku Teks Sains Pertanian Tingkatan 4

43

43

I. Kelengkapan Dokumentasi : Ada carta/ Advance Organizer pada awal bab

Page 45: Analisis Buku Teks Sains Pertanian Tingkatan 4

44

44

I. Kelengkapan Dokumentasi : Tugasan, latihan dan contoh soalan diberi pada setiap bab.

Page 46: Analisis Buku Teks Sains Pertanian Tingkatan 4

45

45

I. Kelengkapan Dokumentasi : Tugasan, latihan dan contoh soalan diberi pada setiap bab.

Page 47: Analisis Buku Teks Sains Pertanian Tingkatan 4

46

46

I. Kelengkapan Dokumentasi : 37. Ada rumusan pada setiap topik/bab

Page 48: Analisis Buku Teks Sains Pertanian Tingkatan 4

47

47

I. Kelengkapan Dokumentasi : 34. Definisi Istilah dinyatakan

Page 49: Analisis Buku Teks Sains Pertanian Tingkatan 4

48

48

I. Kelengkapan Dokumentasi : ada bibliografi/ rujukan terkini