tgfu
Post on 25-Oct-2015
17 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
PENGENALAN
MODEL TEACHING GAMES FOR UNDERSTANDING APPROACH (1986)-TGFU
Model ini telah diperkenalkan oleh James Torpe, iaitu seorang atlet
Amerika Syarikat. Model ini menghujahkan bahawa teknik pengajaran
dalam pendidikn jasmani untuk mengajar atau melatih seseorang individu
dalam teknik dan kemahiran permainan tidak menyumbang kepada
kejayaan, menambah pengetahuan mahupun meningkatkan kemahiran.
Model ini bertujuan untuk membaiki model kurikulum bagi pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Jasmani sedia ada. Teori Bunker dan Thorpe
telah berfungsi untuk mewujudkan guru atau jurulatih bukan sahaja
mementingkan kemahiran pada kanak-kanak malah memberi ruangan
kepada kanak-kanak untuk terus meneroka dan mengekalkan minat
mereka sendiri dengan seronok dan ianya menghasilkan faedah yang baik.
Mereka berpendapat bahawa, dalam sesuatu permainan,kanak-
kanak haruslah diberi kesedaran tentang ‘Mengapa’ dan ‘Bila’ sesuatu
kemahiran perlu diaplikasikan dan bila ia patut ditunjukkan dalam sesuatu
permainan tertentu. Dengan itu,kanak-kanak akan memberi respons yang
lebih baik dan peka jika mereka tahu bagaimana sesuatu teknik atau
kemahiran harus dilakukan.
Terdapat banyak kebaikan model ini sebagai kurikulum di sekolah.
Antaranya ialah ia dapat Memberi peluang kanak-kanak meneroka
permainan yang telah ubahsuai berdasarkan umur dan tahap pengetahuan
mereka, kaedah ini lebih sistematik berbanding kaedah pengajaran yang
sedia ada, ia mencakupi semua aspek yang perlu diterapkan kepada
kanak-kanak dan kanak-kanak dapat menerokai permainan yang
diubahsuai secara berperingkat.
Namun begitu, model ini tidak terlepas daripada mempunyai
kelemahannya yang tersendiri. Antara kelemahannya ialah kanak-kanak
1
mungkin akan keliru kerana pengubahsuaian permainan ini mungkin akan
mengubah sifat asal sesuatu permainan itu dan peralatan yang digunakan
juga mungkin tidak bersesuaian untuk permainan tersebut.
Teori Bunker dan Thorpe telah sependapat bahawa model kurikulum
yang telah direka dan diperkenalkan oleh mereka menitik beratkan dan
memfokuskan kemahiran asas (theoritical base) dan ‘peringkat jangka
masa singkat’ ( temporal sequence ) dalam pengajaran sesuatu permainan
sebelum permaianan tersebut dikuasai dengan lebih baik dan mantap.
MATLAMAT TGFU
Matlamat utama Tgfu adalah untuk memperkembangkan kemahiran
seseorang pelajar dalam menyelesaikan masalah dan membuat
keputusan.Menurut falsafah Tgfu,pelajar atau pemain bukan sahaja perlu
tahu bagaimana untuk menjayakan sesuatu permainan tetapi adalah lebih
penting untuk belajar membuat keputusan yang sesuai ketika permainan
berjalan.
KATEGORI PERMAINAN MODEL TGFU
Terdapat empat kategori permainan yang terkandung dalam model TGFU
ini. Antaranya ialah:
1. Sasaran (Target)
Menempatkan objek pada sasaran atau mendekati sasaran untuk
mendapat mata.Murid berusaha untuk menempatkan objek agar tidak
melepasi sasaran yang hendak di tuju.Contoh: bowling, memanah, golf
dan lain-lain
2. Striking / Fielding
2
Perlawanan yang melibatkan dua pihak, pasukan menyerang (striking)
dan pasukan bertahan (fielding). Mengumpul mata melalui larian yang
selamat dan berjaya selepas pukulan dalam masa atau pusingan yang
ditetapkan.Contoh: baseball , softball, cricket
3. Net / Wall
Permainan dimainkan antara jaring atau atas dinding. Mengumpul mata
melalui menghantar objek ke gelanggang pihak lawan dengan syarat objek
tersebut tidak dapat dihantar balik dalam kawasan gelanggang . Contoh:
badminton, squash, ping pong.
4. Invasion / Serangan
Permainan berpasukan, ia dimainkan dalam jangka masa yang tertentu,
masuk ke dalam kawasan pihak lawan dan mengumpul mata. Contoh: bola
sepak, bola keranjang, bola baling.
TUJUAN MENGKATEGORIKAN PERMAINAN
i. Setiap pemainan dalam kategori yang tersebut mempunyai sifat dan
peraturan yang mirip atau seiras
ii. TGFU bertujuan untuk menggalakkan pelajar-pelajar melibatkan diri
dalam pelbagai permainan.
iii. Setelah mempelajari salah satu permainan dalam satu ketegori,pelajar
akan memperolehi pengetahuan asas atas peraturan,kemahiran dan
taktik dalam ketegori tersebut.
iv. Oleh itu,pelajar akan mampu untuk menyertai permainan lain dalam
kategori lain dalam kategori yang sama.
Contoh :
3
Pelajar yang telah belajar bola keranjang atau bola sepak
dapat main bola baling.
PERMAINAN KECIL BERASASKAN TEACHING GAMES FOR
UNDERSTANDING (TGFU)
PENDAHULUAN
Pendidikan Jasmani merupakan subjek teras di setiap sekolah yang
mana ianya tidak diabaikan kerana subjek ini melibatkan ketahanan fizikal
dan mental malahan kita juga boleh melibatkannya dengan pendekatan
rohaniah. Namun bagaimana pula dengan gerak kerja pendidikan jasmani
di sekolah rendah yang kesemua pelajarnya lingkungan 7 tahun hingga 12
tahun?
4
Lingkungan umur tersebut merupakan lingkungan untuk
mempelajari sesuatu yang baru. Ketika ini kanak-kanak suka akan sesuatu
yang baharu malahan mereka juga akan lebih dekat dengan alam jika
dipupuk. Hal ini disebabkan pertumbuhan mereka seiring dengan
perkembangan otak dan minda mereka yang ingin mengenali dunia.
Maka, oleh itu, permainan kecil amat sesuai untuk mereka kerana
ianya tidak melibatkan terlalu banyak pergerakan malahan ianya
bertujuan untuk menyihatkan tubuh badan dan otak selain ianya juga
menyeronokkan. Aplikasi permainan kecil ini melibatkan penggunaan
bahan dan juga hanya menggunakan tempat yang sederhana sahaja.
Setiap permainan kecil tersebut hendklah berasaskan TGFU iaitu
Teaching Games For Understanding. TGFU mempunyai empat asas yang
mana telah diterokai oleh Rod Thorpe dan David Bunker sekitar tahun
1970-an dan awal 1980-an. Perkembangan penggunaan asas TGFU ini
semakin berkembang hingga ke hari ini setelah beberapa kajian dan sebab
relevan dalam aplikasi TGFU.
Maka, pendidikan jasmani yang sesuai untuk kanak-kanak ialah
permainan kecil. Namun, permainan tersebut hendaklah berasaskan
Teaching Games For Understanding yang mana ianya boleh membantu
pertumbuhan dan perkembangan fizikal dan mental kanak.
PENGENALAN
DEFINISI PERMAINAN KECIL
Permainan kecil amat penting dalam pertumbuhan kanak-kanak.
Ianya merupakan hal yang mnyeronokkan dan mencergaskan minda. Hal
ini kerana program seperti permainan kecil ini menolong dalam
pembangunan kemahiran asas motor seperti berlari dan melompat. Ianya
juga meningkatkan daya kemahiran khusus sukan seperti melontar,
menangkap dan menyepak.
Tambahan pula, menurut Eisen (1998), kanak-kanak jika ditinggal akan
bersendirian dengan apa sahaja alat permaianan, mereka akan bermain
5
dengan alat-alat tersebut. Permainan kecil ini perlu diawasi oleh guru dan
ianya juga berlaku dalam keadaan berkelompok.
PERMAINAN KECIL KATEGORI SASARAN
1. NAMA PERMAINAN : GELECEK DAN SAMBUT
2. MATLAMAT
Permainan yang mempunyai peranan dalam PJ, bagi murid-murid
sekolah rendah .Objektif jangka pendek adalah untuk keseronokan dan
hiburan , tetapi permainan ini dapat memberi sumbangan yang baik dan
berkesan terhadap perkembangan kognItif ,psikomotor dan kesan
sosialnya.Permainan kanak-kanak semasa P.J disekolah merupakan
kegiatan yang dipimpin dan di awasi oleh guru, sentiasa dengan kawalan
yang rapi. Menerusi permainan kanak-kanak, murid-murid dapat membina
sifat jasmani dan sosial seperti yang diinginkan.Kepantasan daya tenaga ,
kekuatan,ketangkasan, kemahiran dan ‘game sense’ adalah beberapa
contoh sifat jasmani yang diperlukan.Ini dapat membantu murid dalam
mengenal pasti bakat kebolehan murid tersebut.
Guru mudah menbuat pengurusan dan mengelolakannya
Murid yang aktif akan dapat kemahiran asas permainan dalam ativiti di
persekitaran mereka, dan murid-melalui penglibatan secara terus untuk dalam
pembentukan persionaliti melalui boleh mengikut, ada inisaitif dan kesedaran
tentang keselamatan persekitaran,meningkatkan kebolehan fizikal dari
aspek perkembangan fizikal serta meningkatkan keyakinan diri,
6
mereka, warna berat, tekstur dan jenis,tempat atau satu cara melepaskan
atau- gembira, marah, geram,mengembangkan kobolehan kreatif sema ada
masalah dengan berkomunikasi dan berinteraksi
3. OBJEKTIF :
i. Mengasah minda murid merancang strategi serta berfikir secara
bersama/sepakat.
ii. Supaya murid sentiasa bekerjasama dalam pasukan begi
mempertahankan pihak masing-masing
iii. Membantu murid menguasai kemahiran asas pergerakan dan
permainan mengikut kemampuan diri mereka
iv. Membentuk sahsiah,disiplin serta jati diri murid
v. Memupuk semangat kesukanan dalam diri murid
vi. Mempertingkatkan dan mengekalkan kecerdasan berasaskan
kesihatan dan perlakuan motor.
CIRI-CIRI PENTING DALAM PERMAINAN KECIL
i. Memerlukan kemahiran-kemahiran asas.
ii. Mengandungi peraturan-peraturan yang minimum.
iii. Sedikit atau tiada alat yang digunakan.
iv. Tidak menggunakan masa yang panjang.
v. Ruang permainan yang sederhana atau kecil.
7
vi. Perjalanan permainan data diubahsuai.
vii. Senang untuk dijalankan.
8
top related