tgfu

9
PENGENALAN MODEL TEACHING GAMES FOR UNDERSTANDING APPROACH (1986)-TGFU Model ini telah diperkenalkan oleh James Torpe, iaitu seorang atlet Amerika Syarikat. Model ini menghujahkan bahawa teknik pengajaran dalam pendidikn jasmani untuk mengajar atau melatih seseorang individu dalam teknik dan kemahiran permainan tidak menyumbang kepada kejayaan, menambah pengetahuan mahupun meningkatkan kemahiran. Model ini bertujuan untuk membaiki model kurikulum bagi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani sedia ada. Teori Bunker dan Thorpe telah berfungsi untuk mewujudkan guru atau jurulatih bukan sahaja mementingkan kemahiran pada kanak-kanak malah memberi ruangan kepada kanak- kanak untuk terus meneroka dan mengekalkan minat mereka sendiri dengan seronok dan ianya menghasilkan faedah yang baik. Mereka berpendapat bahawa, dalam sesuatu permainan,kanak- kanak haruslah diberi kesedaran tentang ‘Mengapa’ dan ‘Bila’ sesuatu kemahiran perlu diaplikasikan dan bila ia patut ditunjukkan dalam sesuatu permainan tertentu. Dengan itu,kanak- kanak akan memberi respons yang lebih baik dan peka jika mereka tahu bagaimana sesuatu teknik atau kemahiran harus dilakukan. Terdapat banyak kebaikan model ini sebagai kurikulum di sekolah. Antaranya ialah ia dapat Memberi peluang kanak-kanak meneroka permainan yang telah ubahsuai berdasarkan umur dan tahap pengetahuan mereka, kaedah ini lebih sistematik 1

Upload: oleander

Post on 25-Oct-2015

15 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Pendidikan Jasmani

TRANSCRIPT

Page 1: TGFU

PENGENALAN

MODEL TEACHING GAMES FOR UNDERSTANDING APPROACH (1986)-TGFU

Model ini telah diperkenalkan oleh James Torpe, iaitu seorang atlet

Amerika Syarikat. Model ini menghujahkan bahawa teknik pengajaran

dalam pendidikn jasmani untuk mengajar atau melatih seseorang individu

dalam teknik dan kemahiran permainan tidak menyumbang kepada

kejayaan, menambah pengetahuan mahupun meningkatkan kemahiran.

Model ini bertujuan untuk membaiki model kurikulum bagi pengajaran dan

pembelajaran Pendidikan Jasmani sedia ada. Teori Bunker dan Thorpe

telah berfungsi untuk mewujudkan guru atau jurulatih bukan sahaja

mementingkan kemahiran pada kanak-kanak malah memberi ruangan

kepada kanak-kanak untuk terus meneroka dan mengekalkan minat

mereka sendiri dengan seronok dan ianya menghasilkan faedah yang baik.

Mereka berpendapat bahawa, dalam sesuatu permainan,kanak-

kanak haruslah diberi kesedaran tentang ‘Mengapa’ dan ‘Bila’ sesuatu

kemahiran perlu diaplikasikan dan bila ia patut ditunjukkan dalam sesuatu

permainan tertentu. Dengan itu,kanak-kanak akan memberi respons yang

lebih baik dan peka jika mereka tahu bagaimana sesuatu teknik atau

kemahiran harus dilakukan.

Terdapat banyak kebaikan model ini sebagai kurikulum di sekolah.

Antaranya ialah ia dapat Memberi peluang kanak-kanak meneroka

permainan yang telah ubahsuai berdasarkan umur dan tahap pengetahuan

mereka, kaedah ini lebih sistematik berbanding kaedah pengajaran yang

sedia ada, ia mencakupi semua aspek yang perlu diterapkan kepada

kanak-kanak dan kanak-kanak dapat menerokai permainan yang

diubahsuai secara berperingkat.

Namun begitu, model ini tidak terlepas daripada mempunyai

kelemahannya yang tersendiri. Antara kelemahannya ialah kanak-kanak

1

Page 2: TGFU

mungkin akan keliru kerana pengubahsuaian permainan ini mungkin akan

mengubah sifat asal sesuatu permainan itu dan peralatan yang digunakan

juga mungkin tidak bersesuaian untuk permainan tersebut.

Teori Bunker dan Thorpe telah sependapat bahawa model kurikulum

yang telah direka dan diperkenalkan oleh mereka menitik beratkan dan

memfokuskan kemahiran asas (theoritical base) dan ‘peringkat jangka

masa singkat’ ( temporal sequence ) dalam pengajaran sesuatu permainan

sebelum permaianan tersebut dikuasai dengan lebih baik dan mantap.

MATLAMAT TGFU

Matlamat utama Tgfu adalah untuk memperkembangkan kemahiran

seseorang pelajar dalam menyelesaikan masalah dan membuat

keputusan.Menurut falsafah Tgfu,pelajar atau pemain bukan sahaja perlu

tahu bagaimana untuk menjayakan sesuatu permainan tetapi adalah lebih

penting untuk belajar membuat keputusan yang sesuai ketika permainan

berjalan.

KATEGORI PERMAINAN MODEL TGFU

Terdapat empat kategori permainan yang terkandung dalam model TGFU

ini. Antaranya ialah:

1. Sasaran (Target)

Menempatkan objek pada sasaran atau mendekati sasaran untuk

mendapat mata.Murid berusaha untuk menempatkan objek agar tidak

melepasi sasaran yang hendak di tuju.Contoh: bowling, memanah, golf

dan lain-lain

2. Striking / Fielding

2

Page 3: TGFU

Perlawanan yang melibatkan dua pihak, pasukan menyerang (striking)

dan pasukan bertahan (fielding). Mengumpul mata melalui larian yang

selamat dan berjaya selepas pukulan dalam masa atau pusingan yang

ditetapkan.Contoh: baseball , softball, cricket

3. Net / Wall

Permainan dimainkan antara jaring atau atas dinding. Mengumpul mata

melalui menghantar objek ke gelanggang pihak lawan dengan syarat objek

tersebut tidak dapat dihantar balik dalam kawasan gelanggang . Contoh:

badminton, squash, ping pong.

4. Invasion / Serangan

Permainan berpasukan, ia dimainkan dalam jangka masa yang tertentu,

masuk ke dalam kawasan pihak lawan dan mengumpul mata. Contoh: bola

sepak, bola keranjang, bola baling.

TUJUAN MENGKATEGORIKAN PERMAINAN

i. Setiap pemainan dalam kategori yang tersebut mempunyai sifat dan

peraturan yang mirip atau seiras

ii. TGFU bertujuan untuk menggalakkan pelajar-pelajar melibatkan diri

dalam pelbagai permainan.

iii. Setelah mempelajari salah satu permainan dalam satu ketegori,pelajar

akan memperolehi pengetahuan asas atas peraturan,kemahiran dan

taktik dalam ketegori tersebut.

iv. Oleh itu,pelajar akan mampu untuk menyertai permainan lain dalam

kategori lain dalam kategori yang sama.

Contoh :

3

Page 4: TGFU

Pelajar yang telah belajar bola keranjang atau bola sepak

dapat main bola baling.

PERMAINAN KECIL BERASASKAN TEACHING GAMES FOR

UNDERSTANDING (TGFU)

PENDAHULUAN

Pendidikan Jasmani merupakan subjek teras di setiap sekolah yang

mana ianya tidak diabaikan kerana subjek ini melibatkan ketahanan fizikal

dan mental malahan kita juga boleh melibatkannya dengan pendekatan

rohaniah. Namun bagaimana pula dengan gerak kerja pendidikan jasmani

di sekolah rendah yang kesemua pelajarnya lingkungan 7 tahun hingga 12

tahun?

4

Page 5: TGFU

Lingkungan umur tersebut merupakan lingkungan untuk

mempelajari sesuatu yang baru. Ketika ini kanak-kanak suka akan sesuatu

yang baharu malahan mereka juga akan lebih dekat dengan alam jika

dipupuk. Hal ini disebabkan pertumbuhan mereka seiring dengan

perkembangan otak dan minda mereka yang ingin mengenali dunia.

Maka, oleh itu, permainan kecil amat sesuai untuk mereka kerana

ianya tidak melibatkan terlalu banyak pergerakan malahan ianya

bertujuan untuk menyihatkan tubuh badan dan otak selain ianya juga

menyeronokkan. Aplikasi permainan kecil ini melibatkan penggunaan

bahan dan juga hanya menggunakan tempat yang sederhana sahaja.

Setiap permainan kecil tersebut hendklah berasaskan TGFU iaitu

Teaching Games For Understanding. TGFU mempunyai empat asas yang

mana telah diterokai oleh Rod Thorpe dan David Bunker sekitar tahun

1970-an dan awal 1980-an. Perkembangan penggunaan asas TGFU ini

semakin berkembang hingga ke hari ini setelah beberapa kajian dan sebab

relevan dalam aplikasi TGFU.

Maka, pendidikan jasmani yang sesuai untuk kanak-kanak ialah

permainan kecil. Namun, permainan tersebut hendaklah berasaskan

Teaching Games For Understanding yang mana ianya boleh membantu

pertumbuhan dan perkembangan fizikal dan mental kanak.

PENGENALAN

DEFINISI PERMAINAN KECIL

Permainan kecil amat penting dalam pertumbuhan kanak-kanak.

Ianya merupakan hal yang mnyeronokkan dan mencergaskan minda. Hal

ini kerana program seperti permainan kecil ini menolong dalam

pembangunan kemahiran asas motor seperti berlari dan melompat. Ianya

juga meningkatkan daya kemahiran khusus sukan seperti melontar,

menangkap dan menyepak.

Tambahan pula, menurut Eisen (1998), kanak-kanak jika ditinggal akan

bersendirian dengan apa sahaja alat permaianan, mereka akan bermain

5

Page 6: TGFU

dengan alat-alat tersebut. Permainan kecil ini perlu diawasi oleh guru dan

ianya juga berlaku dalam keadaan berkelompok.

PERMAINAN KECIL KATEGORI SASARAN

1. NAMA PERMAINAN : GELECEK DAN SAMBUT

2. MATLAMAT

Permainan yang mempunyai peranan dalam PJ, bagi murid-murid

sekolah rendah .Objektif jangka pendek adalah untuk keseronokan dan

hiburan , tetapi permainan ini dapat memberi sumbangan yang baik dan

berkesan terhadap perkembangan kognItif ,psikomotor dan kesan

sosialnya.Permainan kanak-kanak semasa P.J disekolah merupakan

kegiatan yang dipimpin dan di awasi oleh guru, sentiasa dengan kawalan

yang rapi. Menerusi permainan kanak-kanak, murid-murid dapat membina

sifat jasmani dan sosial seperti yang diinginkan.Kepantasan daya tenaga ,

kekuatan,ketangkasan, kemahiran dan ‘game sense’ adalah beberapa

contoh sifat jasmani yang diperlukan.Ini dapat membantu murid dalam

mengenal pasti bakat kebolehan murid tersebut.

Guru mudah menbuat pengurusan dan mengelolakannya

Murid yang aktif akan dapat kemahiran asas permainan dalam ativiti di

persekitaran mereka, dan murid-melalui penglibatan secara terus untuk dalam

pembentukan persionaliti melalui boleh mengikut, ada inisaitif dan kesedaran

tentang keselamatan persekitaran,meningkatkan kebolehan fizikal dari

aspek perkembangan fizikal serta meningkatkan keyakinan diri,

6

Page 7: TGFU

mereka, warna berat, tekstur dan jenis,tempat atau satu cara melepaskan

atau- gembira, marah, geram,mengembangkan kobolehan kreatif sema ada

masalah dengan berkomunikasi dan berinteraksi

3. OBJEKTIF :

i. Mengasah minda murid merancang strategi serta berfikir secara

bersama/sepakat.

ii. Supaya murid sentiasa bekerjasama dalam pasukan begi

mempertahankan pihak masing-masing

iii. Membantu murid menguasai kemahiran asas pergerakan dan

permainan mengikut kemampuan diri mereka

iv. Membentuk sahsiah,disiplin serta jati diri murid

v. Memupuk semangat kesukanan dalam diri murid

vi. Mempertingkatkan dan mengekalkan kecerdasan berasaskan

kesihatan dan perlakuan motor.

CIRI-CIRI PENTING DALAM PERMAINAN KECIL

i. Memerlukan kemahiran-kemahiran asas.

ii. Mengandungi peraturan-peraturan yang minimum.

iii. Sedikit atau tiada alat yang digunakan.

iv. Tidak menggunakan masa yang panjang.

v. Ruang permainan yang sederhana atau kecil.

7

Page 8: TGFU

vi. Perjalanan permainan data diubahsuai.

vii. Senang untuk dijalankan.

8